Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, January 19, 2021

Salam Takziah



Assalamualaikum


Jumaat lepas pagi masa tu aku dah bangun tapi macam biasa la lepak-lepak atas katil
lepas tu aku dengar ada orang datang beri salam
lepas tu aku cepat2 bangun
rasa dah tak sedap hati sebab jarang la orang datang pagi2
musim-musim pkp ni takkan ada orang bertandang pulak

aku keluar bilik je aku
mak aku masuk balik rumah tergesa2 pastu cakap kat aku

" ija, cik midah meninggal.."

innalillahwainlalillahirojiuun
aku terkejut juga dengar makcik jiran sebelah aku meninggal
aku baru nampak 1 haribulan januari haritu makcik sebelah ni makan betik
main dengan cucu
lepak dengan anak cucu dekat seberang jalan sambil tengok pokok2 bunga 
tapi hari ni aku dengar dah meninggal

pakcik tadi tu datang sebab nak minta izin minta bunga siantan untuk buat bunga dengan pandan
racik2 dan tabur dekat kubur
aku pun tak kisah banyak mana bunga yang nak ambik
memang aku tanam pokok untuk memberi manfaat kepada semua makhluk
baik manusia dan haiwan

mak aku terus bersiap sebab nak tolong anak bongsu jiran dengan sedara kemas rumah
kemas untuk bawa balik jenazah
jenazah kat hospital
memang tengah berubat dekat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
suami arwah dekat hospital
pakcik sebelah ni sebenarnya sepupu abah aku
basically sedara pun
tapi jiran ni bukan orang luar pun sedara mara juga

aku terus cari baju dan tudung, gosok
aku suruh mak aku pergi terus tayah pikir sarapan apa hari tu
jadi aku terus buatkan air untuk abah aku dan aku bukak tuna ayam brand tu
sapu mayonis kat roti dan kemudian bubuh tuna
4 keping untuk abah aku sahaja
abah aku ni ada kencing manis jadi kena makan sarapan pagi, makan ubat baru boleh memulakan kehidupan haritu
lepas sarapan baru boleh melawat
aku pun siap2kan diri 
pakai baju tadi dah gosok then mak aku balik jap 
lepas tu kami semua aku, mak dengan kakak pergi sekali
terus masuk rumah dan baca yasin
habis baca yasin sekejap je jenazah sampai

awal2 imam kampung aku dah sediakan kain kafan dan tilam untuk jenazah
dia dah ajar macam mana nak uruskan pada ahli wanita yang uruskan jenazah nanti
kan mengafankan haruslah wanita bagi jenazah wanita
jadi iman ajar siap2
halakan ke kiblat
tunjukkan mana arah kiblat

sampai je jenazah, terus uruskan untuk mandi
dan terus kafan
alhamduillah semuanya dipermudahkan Allah
kena buat cepat sebab hari jumaat
jadi kena buat sebelum pukul 12 sebab iman dan beberapa ahli masjid kena solat jumaat
walaupun pkp rakyat tak boleh solat tapi imam kena solat
dan juga tatacara semasa pkp majlis perlu dipercepatkan 
bilangan pelawat yang hadir sikit je sesuai dengan pkp
mengebumikan dalam masa setengah jam je sebab semua kena serba cepat




depan mata nampak kesedihan ahli keluarga yang aku nampak hari2
selama 7 tahun ni pindah sini dari tahun 2014 kami saling bertukar pendapat dan berbincang
saling tolong menolong 
berbalas juadah raya
jiran dekat kan
jiran sebelah lagi cina

saat ahli keluarga anak cucu cium sebelum di kebumikan
suasana amat pilu
sebab sorang anak lelaki arwah bekerja kat Myanmar
menantu arwah video call dan tunjukkan wajah emak buat kali terakhir 
anak yang sorang ni rajin bawa mak ayah untuk urusan
banyak menolong walau tidak duduk bersama
dalam tak sedar aku pun turut mengalirkan air mata
pilunya hati disaat emak ke liang lahat, anak yang baik ini tiada disisi menguruskan jenazah 
patutlah aku dah lama tak nampak anak lelaki ni datang rumah
selalu ada balik kalau cuti sekolah

akhirnya bila keadaan begini sangat terkesan
memang betul la melawat orang meninggal ni meningkatkan rasa keinsafan 
meningatkan kita tentang mati tanpa ada waktunya
semuanya serba terkejut
meredakan semua yang telah diaturkan Allah

sesungguhnya dari Allah kit datang, kepada Allah jua kita kembali
Al-fatihah
untuk diri kita dan semua ahli keluarga..


Monday, January 18, 2021

Persedian Menhadapi Banjir


Assalamualaikum


Musim tengkujuh dah sampai di sesetengah kawasan negeri di Malaysia
Jujurnya, aku tak pernah mengalami banjir
Syukur sangat, seumur hidup tak pernah hadapi banjir dalam rumah
luar rumah pernah la

masa aku sekolah, nak balik sekolah tu jalan dah banjir bahagian sungai
masa tu aku tingkatan 1 atau 2 dah lupa
yang aku ingat aku sesi petang balik pukul 6 lebih
sekolah aku dulu sesi petang untuk peralihan, tingkatan 1 dan 2 
hujan sepanjang petang balik je tunggu kat bus stop tu nampak air naik 
lepas tu ada cakap jalan dekat sungai tu dah naik air
aku dah takut tak boleh balik sekolah
so masa tu abah aku ambik aku kat sekolah

rupanya abah aku lalu jalan dalam sebab jalan raya utama luar lagi tinggi dan dalam airnya
tinggal motor kat hujung sebelah sana
harung banjir ke seberang then pinjam motor orang ambik aku dekat sekolah
sampai je aku terus tanya abah ni motor siapa?
abah cakap pinjam motor orang banjir tu cepat naik.
pastu aku naik pergi la ke jalan dalam dan sungai tu turun motor pinjam tu terus angkat kain dan mengharung air banjir tu
banjir tu kalau aku sampai peha jugak tapi peha budak umur 13-14 tahun je pun
sebelum tu bukak kasut dengan stokin suruh abah aku pegang tinggi
dengan bag sekali supaya tak basah
orang pun masa tu tolong menolong
ada yang tolong capaikan bag sekolah aku tu pada abah aku then letakkan kat motor
kasut pun ada orang tolong ambik dan pegangkan 
sebab masa tu aku kena pegang kain sekolah, lepas tu kena pegang tangan abah aku
sebab air berarus kuat dan bawah tu ada batu-batu jadi tak boleh jalan laju2
kena jalan slow2 dan jalan hati2

masa tu jugak ramai yang macam aku
sama2 mengharung dengan abah dan emak masing2
tapi mostly orang lelaki yang pergi ambil anak kalau hujan
jadi ramai orang lelaki melayu dan cina
motor abah pinjam tu pun tak silap motor cina
baik dulu kita semua ni
sebenarnya tak pernah tu bergaduh 
aku sampai sekarang masih kawan dengan cina
kawan baik lagi, mesej aku panggil aku sayang.

dah banyak gila membebel so sejak aku pindah perumahan baru ni selalu juga la kawasan rumah naik air
tapi belum sampai atas rumah, paling kuat kena garaj kereta naik air
tapi kalau hujan terus garaj tu naik air dan boleh masuk dalam kereta
semalamnya which is malam sebelum semalam, hujan berterusan dari tengah malam sampai malam tadi
dari pukul 12 malam aku dah dengar hujan dan aku dah pikir kenapa habislah basah sampah aku tu
siang hari sabtu aku dah buang banyak sampah dan bersihkan macam2 luar rumah
sebab sabtu ada ambil sampah untuk bahan buangan macam dahan pokok, perabot, dan barang rumah tak guna
jadi sabtu pagi tu syok weh kemas macam2 buang itu ini
sekali tak ambik, dan hujan sampai ahad
ahad tu subuh pukul 6 mak aku kejut, garaj dah penuh air tu kereta dah nak tenggelam!
aku bingkas bangun tengok luar hujan lebat sangat air dah naik
mak aku dah alihkan beberapa barang yang kena tempias dan basah

dari minit ke minit air semakin naik dekat garaj
rumah aku ada 3 biji kereta
semua dah lepas ketinggian tayar dari tanah
semakin naik dan naik
pukul 9.15 pagi aku cakap dekat mak aku kena juga alih kereta ni sebab dah makin naik
kalau sampai kat pintu nanti air masuk dalam kereta



tinggi juga air kan?
boleh tahan la



muka macam makcik2 waktu banjir is wajib sistur
takkan aku nak makeup dan pakai shawl pulak
tak ke buang tebiat tu namanya?
air paras peha ye tak tinggi sangat 

lepas alihkan kereta ke tempat selamat
hati lega sikit
kereta adalah barang penting bagi aku orang tak kaya ni
walaupun kereta murah aku syukur sangat pusing semenanjung Malaysia dengan si merah ni

jadi nak tak nak kami kena kemas barang penting dan letak tempat tinggi
ada yang sangat penting perlu kami tinggal tapi letak tempat selamat
dan juga kami juga kemas baju kalau2 kami kena pindah ke Pusat Pemindahan Sementara Banjir
walaupun jujurnya aku tak nak ke PPS 
aku sanggup ke rumah satu lagi untuk duduk sebab taknak ke PPS
walaupun PPS tu jarakknya tak sampai 1km pun dari rumah aku
tapi tak nak
kemas baju semua tetap kemas
jiwa je meronta tak nak

ini aku senaraikan barang yang sesuai dibawa ke PPS :

1. Pakaian
    * Tshirt lengan panjang/ pendek
    * Seluar 
    * Baju sejuk
    * Kain batik/kain pelikat
    * Tuala kecil
    * Tudung yang mudah dipakai dan inner
    * Baju dan seluar dalaman
    * Stokin
    * Selipar sesuai waktu basah 

Baju - sesuai bawa baju lengan panjang sebab waktu hujan sejuk dan banyak nyamuk.
Seluar - sesuai seluar tracksuit yang ringan dan cepat kering
Baju sejuk/ Windproof - untuk cuaca sejuk dan banyak kena hujan dan angin. sesuai ada hood.
Kain batik/pelikat - untuk dipakai waktu nak ke bilik air atau solat
Tuala kecil - untuk lap badan lepas mandi dan cuci muka
Tudung - cari yang mudah pakai. tak perlu yang berpusing2 atau fancy
Stokin - untuk waktu tidur sejuk dan aurat wanita
Selipar - tidak licin, cengkam dan mudah dipakai

2. Keperluan 
    * Handphone
    * IC, kad bank
    * Duit tunai
    * Dokumen penting lain2
    * Powerbank
    * Charger
    * Earphone
    * Alatan mandi 
    * Skincare
    * Lilin n lighter/mancis
    * Ubatan dan vitamin
    * Pampers wanita/bayi
    * Keperluan baby/kanak-kanak
    * Plastik besar kecil
    * Gelang getah
    * Pisau dan gunting kecil
    * Hook 
    * Lampu suluh kecil
    * Sudu garfu travel
    * Kipas tangan or kipas bateri
    * Payung
    * Waterproof phone case
    * Mask
    * Hand sanitizer
    * Wet tissue n dry tissue
    * Makanan yang ada dirumah
    * Air mineral
    * Kunci2 rumah dan kereta
    * Ubat nyamuk

Ini sebabnya kena bawa barang2 diatas :

1. Handphone - penting waktu macam ni kalau kita nak bagitahu saudara dan keluarga dan tahu keadaan sekeliling

2. IC, my kid, dan kad bank - itu penting sangat dan masukkan kad semua dalam bag plastik zip lock. jadi tak kena air.

3. Duit tunai - perlu bawa sedikit untuk kalau nak beli makanan dan jajan kat kedai. sebab ada kedai buka dan boleh pergi beli barang makanan.

4. Dokumen penting lain - macam segala dokumen asal yang original kena la bawa.

5. Powerbank - pastikan penuh. bawak mAh yang besar. bawak beberapa banyak yang ada.

6. Charger handphone - kalau tak off elektrik boleh charge handphone.

7. Alatan mandi - bawa berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun mandi. kalau ada antibacteria lagi bagus. bawa sekali plastik untuk isi alat mandi.

8. Skincare - moisturizer, sunscreen, toner, bedak, lipbalm, minyak wangi dan deodoran.

9. Lilin and lighter/mancis - untuk persiapan kalau tnb tutup bekalan elektrik.

10. Ubatan dan vitamin - penting sangat ni. ubat yang kita makan seharian macam ubat penyakit yang memang kita ada, panadol, ubat sakit perut, antibiotik, minyak panas, minyak kapak, dan plaster. vitamin yang memang dipakai seharian. macam vitamin c dan multivitamin.

11. Pampers wanita dan kanak2 - seharusnya benda ni wajib bawa kalau nak guna.

12. Keperluan baby dan kanak-kanak - baby mesti ada yang barang baby dan kanak-kanak pun ada keperluan dia. susu, baju, sabun, bedak dan mainan wajib bawa.

13. Plastik besar/kecik - plastik ni penting ye. nanti nak isi baju kotor, baju basah apa semua.

14. Gelang getah - kalau nak ikat apa2 nanti senang. bawa je sikit.

15. Pisau dan gunting kecil - ye, untuk apa2 kegunaan. senang nak potong benang, bekas plastik, bekas jajan.

16. Hook - kalau nak sangkut baju basah atau jemur baju dia PPS nanti.

17. Lampu suluh atau lampu yang menggunakan bateri - ini berguna jika blackout ye. selain lampu suluh sekarang kat kedai Eco ada banyak jual pelbagai jenis lampu led. sila beli dan gunakan. pastikan pakai bateri jangan usb pulak, karang tak ada lampu sekali tak boleh charge usb or charging lamp tu.

18. Sudu garfu - bawa yang jenis travel atau plastik punya. ringan dan mudah. kalau dapat makanan dan tangan kotor belum sempat cuci atau memang tak yakin bersih. plus lebih senang kan dapat makan tapi ada sudu yang lebih selesa.

19. Kipas tangan atau kipas bateri - sekarang ni banyak jenis bateri. pakai yang tu je bagus. kalau elektrik mati ini bagus

20. Payung - nama pun musim hujan untuk kegunaan kemana2 dan lebih baik ada sendiri.

21. Waterproof phone case - kalau nak merakam dan mengambil gambar tengah kalut2 dengan hujan tangan licin. lagi pulak kena mengharung banjir. risau kan phone basah.

22. Mask and hand sanitizer - haaa.. ini wajib ada masa pendemik ni. kemana-mana mesti kena pakai mask.

23. Wet tissue dan dry tissue - wet tissue kalau nak bersihkan apa2 yang kotor. yang dry tu pun boleh guna buat kesat apa-apa. jenis kuat pakai tisu macam aku wajib. sebab selalau selsema pagi atau tak kira waktu.

24. Makanan - makanan apa yang ada dekat rumah. kalau kat rumah ada roti, sardin, biskut, air 3 in 1, atau apa2 makanan yang sesuai dimakan terus boleh bawa. waktu makan mungkin diberi makan tapi kalau tak ada kita mesti ikhtiar sendiri.

25. Air mineral - bawak sikit untuk minum nak2 mana2 anak kecil nak minum air dan ada orang tua nak makan ubat ikut waktu. minuman dan makanan mungkin akan dapat dari NGO atau badan2 politik sekitar tapi sebelum dapat tu kena bawa sendiri.

26. Segala kunci - bawa sekali kunci rumah, grill, gate, kunci kereta, motor, basikal dan segala jenis kunci yang anda ada. takut kalau tinggal kat rumah entah kat mana lepas banjir tu bahaya kalau tak jumpa.

Ubat nyamuk - aku jenis tak suka ada nyamuk. kalau musim hujan lagi banyak nyamuk dan biasanya PPS ni sekolah. semua terbuka kan. jadi lebih banyak nyamuk. kalau kanak2 tu kesian la nyamuk banyak. jad boleh bawa ubat nyamuk tak kira la jenis stick ke, spray ke, elektrik ke atau yang lingkaran punya. 

Ini secara kasar je
Kalau nak tambah apa2 sila tambah jangan segan
Semalam aku kemas 2 bag 
1 bag baju dan keperluan 
1 lagi bag alatan elektronik dan dokumen penting aku
bag baju tu aku nak bawa
bag elektronik tu nak tinggal je kat tempat tinggi dan tersorok dalam rumah

Ada juga step sebelum, semasa dan selepas pindah

Sebelum pindah:

1. Cabut kepala gas masak
2. Tutup dan cabut semua alatan elektrik yang tak digunakan kecuali peti sejuk. Peti sejuk hendaklah ditukarkan ke suhu paling sejuk supaya jika bekalan elektrik diputuskan, peti sejuk masih sejuk sehingga balik ke rumah.
3. Jika ada tempat tinggi alihkan ke tempat tinggi. Jika ada batu bata boleh diletakkan ke atas batu bata. Atau jika ada rumah 2 tingkat boleh dialihkan ke tingkat atas.
4. Kunci semua tingkap dan pintu sebelum dipindahkan.
5. Barang yang ada diluar rumah hendaklah di simpan seperti kasut, selipar dan barang lain.
6. Barang besar seperti basikal, almari kasut, rak kasut, tong sampah, meja taman, dan barang2 lain luar rumah hendaklah diikat ke tiang atau bahagian rumah dan pagar supaya tidak dibawa arus
7. Haiwan ternakan dan haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa ke pusat pemindahan maka pemilik perlu mengalihkan haiwan ini ke tempat selamat dan kawasan selamat. Jika boleh dijaga oleh saudara, jiran atau kenalan, boleh dibawa kesana. 
8. Barang berharga dialihkan ke tempat tinggi macam atas almari, rak dan sebagainya.
9. Boleh alihkan juga barang rumah yang kecik keatas meja, almari, rak atau pangkin.
10. Alat pembersihan diletakkan di satu tempat dan mudah dicapai seperti sabun2, penyapu, mop, penolak air, kain lap dan penyodok sampah.

Selepas balik ke rumah:

1. Pastikan selamat untuk ahli keluarga masuk.
2. Jangan on suis elektrik yang telah ditenggelami air.
3. Jangan hidupkan barang elektrik yang telah ditenggelami air.
4. Asingkan barang elektrik dan perabot rumah yang boleh digunakan juga tidak boleh digunakan.
5. Asingkan barang yang perlu dicuci dengan air sahaja dan barang yang perlu dicuci dengan sabun.
6. Keluarkan barang dan cuci dinding dan lantai rumah.
7. Setelah dinding dan lantai bersih lap kering bagi mengelakkan lantai licin.
8. Cuci barang atau perabot yang masih boleh digunakan.
9. Buang barang yang tidak boleh digunakan.
10. Pastikan selamat baru buka suis elektrik utama rumah

Aku tahu bnayak lagi langkah yang kena buat selepas banjir ni
sangat banyak
kalau barang banyak habis rosak memang kerja membuang je 
tapi kalau masih elok kena cuci, lap, repair dan boleh guna semula
cuma proses tu lama
nak cuci baju pun banyak tak kering musim hujan
apatah lagi barang dan perabot

Aku kesian mana yang kena banjir ni
simpati sangat
aku tahu penatnya kemas rumah, barang rosak habis duit kena beli baru lagi
Permudahkanlah rezeki kami dan urusan kami ya Allah
berikanlah keredaan didalam hati kami



   

Thursday, January 7, 2021

Mesyuarat Berdiri?




Assalamualaikum..




Ada baca kat fb yang orang mengamalkan mesyuarat berdiri dan ia lebih mudah dan ringkas.
kalau pikir memang macam tu tapi kalau mesyuarat melibatkan masa yang lama dan banyak handout akan menyebabkan kesusahan sikit la tak ada meja semua
kalau briefing dan short meeting sesuai je standing meeting tu
lebih mudah dan ringkas

biasanya kalau kilang, hotel dan sebagainya sebelum mula kerja pagi atau sebelum shift tu akan ada briefing yang ringkas
kalau briefing tu sekejap dalam 10-15 minit memang sesuai standing meeting je
kalau lama tak banyak nak cakap
biasanya briefing sebelum shift kita bermula ni sebab nak inform sesuatu pasal keadaan masa tu
ada apa jadi pada shift sebelum tu or shift malam
sebab hotel or kilang banyak running 24 hours

stand meeting ni bermula dengan orang barat rasanya
orang barat suka dengan stand meeting ni
party or hi tea pun standing je tanpa kerusi
kan diaorang tak kesah makan berdiri, kalau kita tak sesuai la kan?


Sumber : FB Raja Shamri


hotel punya breffing tu sekejap je sebab ia sangat perlu
nak update perkembangan pada next shift dan bagitu new update
sebab banyak sangat update waktu kerja
dulu kan pekerja tak ada whatsapp dan tak ada whatsapp group jadi ini la caranya
wajib breiefing ni bagus sebenarnya
aku praktikal dekat hotel Puteri Pacific Johor Bahru 
tapi sekarang dah tutup hotel tu
sedihnya..
hotel 4 bintang masa tahun 2011 tu
2011 tu dah lama kot Izza woi. hahaha 

rindu kerja hotel
kalau penat tu ada je benda kita nak buat dengan cara kita
tidur dalam bilik salin la, tidur dalam surau la
bab tidur tu bukan aku nak tidur sangat, tidur masa rehat je
tapi bab tidur ni sebenarnya kena paksa
masa tidur dala bilik salin tu tidur dengan makcik2 housekeeping
tidur dalam surau tu sebab kena halau dengan abang supervisor masa kerja front office
dia yang suruh tidur ye bukan aku makan gaji buta.. hehe

brieffing or quick meeting tak apa
kalau meeting lama kena la duduk baru selesa dan sesuai untuk catat dan mendengar
tak gitu?





Mula Menyukai Perkara dan Benda Yang Tidak Disukai




Assalamualaikum


Lama tak membebel kat sini
bukan apa, banyak sangat app video yang membuatkan kita cepat lalai
No, bukan kita, aku je
hahahhahaa


Ni nak cerita akhir-akhir ini aku mula mencuba balik makanan yang aku tak suka
dulu masa aku budak-budak which in below 30 an
now dah 30 an aku dah boleh terima banyak benda
walaupun banyak benda dulu aku memilih dan tak suka 
especially makanan
biasalah budak-budak kan banyak benda yang dia memilih
dah tua-tua ni semua makan dan mula makan benda yang dulu diri sendiri tak suka


aku tak adalah nak poyo sangat sampai tak makan itu ini
banyak benda aku makan
which is aku tak la memilih sangat
sikit sangat benda yang aku tak minat tu
tapi still aku makan benda tu semua

aku tak minat dulu

1. Burger Zinger KFC





Hahahah.. ini specific sikit. Tak tahulah kenapa. 
Dulu aku selalu juga makan benda ni, which is benda ni dalam senarai menu la kat KFC
tapi entah kenapa sampai satu tahap tu aku tak minat Zinger 
lebih tepat lagi aku tak minat isi ayam yang digoreng dan dijadikan patty burger
daging ayam bahagian dada dicelup tepung dan digoreng buatkan kita makan akan ada effect tarik sikit sebab dada ayam kan tekstur dia sejalur gitu
which is sangat bosan dan aku tak minat
aku suka burger yang aku gigit sekali terus tanggal isi dan daging dia
jadi aku prefer burger daging
tapi KFC kan jadi balik2 order snack plate, cheezy wedges itu aja
no zinger burger for me

But now, lepas lebih 10 tahun tak makan zinger burger aku craving baling nak cuba rasa zinger burger
atau burger ayam salut goreng tengah tu
tak kira la KFC ke McD ke
masalahnya PKPB ni agak susah nak cari McD
KFC ada je kat kawasan aku ni


2. Bubur nasi




Dulu masa aku sekolah sampai aku diploma, abah aku sukaaaaaaa sangat bubur nasi 
tiap kali hujung minggu mesti nak makan 
jadi mak aku mesti masak bubur hari sabtu atau ahad
biasanya sabtu la

aku tak suka aku bosan dulu
lauk bubur nasi rumah aku senang sangat
bubur nasi dan kacang tanah goreng, ikan bilis, bawang dan cili digoreng sekali perasakan dengan garam dan sewaktu dengannya
makan dengan kicap kalau tak cukup masin
itu sahaja
kadang la up letak telur rebus atau telur goreng
kadang ikan goreng atau ayam goreng

sekarang aku suka bubur
masak macam tu juga tapi aku ok je makan
malah suka je
entah kenapa la deria rasa berubah dah dan menyukai benda yang orang tua suka


3. Ikan bilis dan bawang goreng

dua benda ni dari kecik aku tak suka
masalahnya kalau atas makanan banyak tabur dua benda ni aku tak minat
tapi sekarang ok je kalau atas makanan ada benda ni
sekarang ikan bilis dan boleh ratah dah
bawang goreng tak benci sangat dah
hehehehe

4.  Aiskrim vanilla

Dulu semua benda nak coklat 
aiskrim nak coklat, kek nak coklat semua nak coklat
kalau sekarang kek boleh je vanila, aiskrim vanila dan semua suka vanila
budak2 suka sangat coklat kan dulu tu 
ni sekarang ni dah dewasa
infact sekarang suka kopi
suka bau kopi, rasa kopi dan benda2 yang kopi

dulu bebudak tak suka kopi
masa study diploma la mula minum nescafe
lepas tu degree letak 2 sachet terus sekali minum 
satu makan sampai beberapa cawan konon nak stay up tu
tapi mengantuk juga

bila dah habis study ni minum nescafe juga
dan sekarang ni dah minum nescafe tanpa gula
terinspirasi tengok cerita korea dan youtuber korea la sebenarnya
lepas tu cuba minum sebab dah mula ada kesedaran tak nak minum manis sangat
jadi berjinak2 nak minum nescafe kosong

sekarang ni suka semua perisa kopi
suka susu kopi, kek kopi, plastik sampah kopi dan pasir kucing pun bau kopi 
suka sangat bau kopi

setakat  ni itu je la yang rasanya apa yang dulu aku tak suka 
sekarang aku suka
tak ingat lagi benda lain
kalau ada nanti aku tambah

dan sekarang aku cuba mencuba apa benda yang aku tak suka
mana tahu aku dah suka sekarang kan
manusia berubah dan perubahan yang berlaku mungkin lebih baik 


5. Taugeh

Aku tak suka taugeh masa kecil
paling suka makan mee tapi tak suka taugeh
mak aku la suka letak taugeh banyak2
lepas tu letak je gaul 2,3 kali dah tutup api boleh makan
taugeh tu so crunchy dan banyak
pernah juga aku bebel2 kat mak
tapi ak always jadi mak, mak tak dengar kata aku

bila dah besar ni bila nak masak kadang tak ada taugeh
malas nak keluar beli taugeh 
tapi aku dengan happpynya akan akan cakap, masak je tayah taugeh pu boleh
sebab aku tak suka taugeh la aku sanggup kata gitu
dan mak aku setuju je ganti taugeh dengan sawi, kobis atau carrot
maka aku happpy!!!

Aku rasa setakat ini itu sahaja yang aku tak suka dan bila dah dewasa ni aku makin ok dan suka
tak ada masalah benda tu pun
just sendiri je tak suka kan
biasalah manusia

Selain itu, aku ada juga ketidakgemaran lain tentang makanan
Aku ada masalah tidak suka dengan nasi berperisa macam nasi ayam, nasi minyak, nasi beryani, nasi hujan panas dan nasi2 berperisa lain.
aku suka nasi goreng je yang berperisa

Semalam akak aku ajak beli nasi ayam dengan cendol
perghhh.. aku makan sikit rasa macam nak muntah
bukan sebab apa, nasi ayam tu lama2 muak
cendol pulak punya la manis
dah topup berapa kali air kosong pun tak jalan juga dia punya manis
nasi ayam tu aku tak akan makan dengan sup
yes, sejenis aku tak suka nasi basah lembik
makan nasi tu kering tapi nasi ayam kan dah dimasak dan dah lemak lembut
so, makan je dengan sambal
sambal pulak manis
ishhh, spoil betul sambal manis ni
aku suka sambal pedas sedap
sambal agak manis makan dengan nasi lembut dan lemak dan air cendol manis
fuhhh.. auto pening aku

sekarang kalau makan manis2 cepat pening
tah apa punya masalah la
sebab dah biasa kot makan air nescafe and teh hijau kosong tanpa gula
sesekali makan makanan manis, pening pulak kepala
makan pun dah lambat pukul 4 petang
perut dah masuk angin sekali 
fuhhh..

semakin tua makin banyak masalah tekak ni kan
makin mengada-ngada
tapi sebenarnya aku ok je
cuma bila makan manis banyak aku rasa bersalah pada diri sendiri
dan terus pening

korang pun mesti ada benda yang korang tak suka kan?
cuba la cerita