Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, September 28, 2011

Satu kelas je




hari ni cuma ada satu kelas je. kelas dekat puncak pulak tu. menguji keimanan betul. dah la kelas start pukul 2 petang. time2 tidur tu. memang best la kalau dapat bantal. 


belajar pulak CTU yang kenegaraan bagai. aku rasa aku suka. sebab macam sejarah dan bahasa melayu. kalau orang lain memang tak suka la gamaknya. aku suka sejarah dan memang sukakan BM. feberet subjek aku masa sekolah sebab tu SPM dapat A. 


tapi jangan sesekali kau tanya aku pasal kimia dengan add math. memang fail selalu. -.-'


apa nak cerita sekarang ni? entah lah. hari2 sama2 je. hehehe..


yang pasti esok kelas aku penuh. pack dari awal pagi sampai lewat petang. ada 2 kelas dekat puncak alam esok. aku tahu sangat esok memang penat, panas dan sejukkk. bilik TEC dekat puncak alam bapak besar! sejuk pulak tu! agagagga.. rasa macam nak demam je bila balik kelas. sejuk yang sampai ke tulang! 


laptop aku belum baik lagi. mungkin minggu depan. minggu ni je boleh balik lagi. minggu akan datang maaf la. sebab konpem bz yang amat. 


ok. sampai sini dulu ye. tatata.

Follower 200~




Assalamualaikum kawan2 semua. harap anda semua sihat hendaknya. dah lama saya tak menulis di sini. adalah dalam 2 hari macam tu. laptop saya kan rosak, ni pun menumpang laptop kawan saya je. sedihnya saya. =(


semalam pun saya tak bukak fb sebab lepas kelas kawan saya bawa laptop dia dan broadband saya pergi dating dengan pakwe dia. saya tak de nak bukak2 fb la. nak tengok blog apatah lagi. saya sorang2 je dalam bilik tak tahu nak buat apa jadi saya tidur je semalam tuh. dari lepas maghrib sampai pukul 12.30 saya tidur. lepas tu bangun, buat air, makan biskut. pastu pukul 1 lebih tidur semua. sangatlah tak ada kerja lain yang saya nak buat. beginilah jika tiada laptop dan broadband. MATI!!


tiba2 saya bukak hari ni tengok2 dah 200 orang follower! walawehhhhhhhhhhh... sukanya!! terima kasih kepada sesipa yang sudi follow saya balik. jasa anda di kenang sepanjang hayat. heeeeeeeee~


terima kasih kepada follower saya ke 200. encik Solihin Zubir! yeaaaaa...






kalau  nak terjah encik Solihin ni picit je header dia yang kat atas nih. t awak semua akan sampai ke blog dia ikut highway! hehehehee. tapi tak ada tol pun. baik kan kita? hehehehe


ermmm.. kita lapar la. nak makan apa ek?? 
terbayang pulak lauk kari mak. huuuuuuuuuuuu






*minggu ni nak balik. yeyeah!!!






Sunday, September 25, 2011

Dulu dan Sekarang




blogging. aku suka menulis disini. dengan segala rasa yang aku suka. ikut suka hati akulah kan. sebab aku punya. gila berlagak punya ayat. hahahah. sebenarnya aku bukan apa, memang suka menulis benda2 yang aku suka. sebab aku suka. berapa banyak suka ni? hadoi!


mari kita imbas masa baru2 aku kenal blog. masa tu semua kawan2 aku nak ada blog jugakkkkkk.. sakan kan korang nak main lawan2. kemain lagi. setiap sejam tukar latout blog. punyalah kemaruk bagai. letak gambar banyak2. hias blog dengan macam2 widget. 


masa tu kemain berlawan lagi. tiap kali tukar widget, lagu ke hape semua kena sound sebab tiru kononnya. kalau kau ada, dia ada. apa masalahnya kan? ada masalah ke? bend atu dah ada untuk umum. kalau kau tanak orang tiru sila la buat widget sendirik. hahahha. kejam tak ayat aku. kalau letak lagu tersama pun kena sound. ada widget sama pun kena sound. ada color or layout sama pun kena sound. kengkadang, bukan sengaja pun nak sama2 ni. kebetulan je semua tu. tapi still kena sound dengan sape yang tak puas hati. 


masa tu nak tunjuk la blog sape paling besh. paling cantik dan paling up to date sangat kan. mane bleh ada orang cantas, memang hangen je la. sedia je la kena serang lepas tukar apa2 tu. masa tu pemikiran semua tak matang langsung. sikit2 sound, sikit sound. macam kanak2 je nak marah2. chill la beb. 


cuba pulak tengok sekarang. dah setahun lebih. mane nak lawan2 blog lagi? semua dah slow. ada dah lupa url dan password agaknya. yelah, bukan nak berblogging selamanya. habis manis sepah dibuang je kan? masa tengah baru dan hangat je sibuk2 buat itu ini. sekarang senyap je dah. alasan semua sibuk belajar dan bekerja. baguslah kalau semua dah matang. tak payah nak masam2 muka sebab blog.


tapi aku sampai sekarang akan sentiasa bersama blog aku. selamanya. aku tak akan tinggalkan kot. semua ni aku mula dulu dan aku memang akan sentiasa jaga. aku bukan cuma nak berlumba masa awal2 dulu. aku cuma nak buat page aku sendiri. bukan aku buat masalah pun dengan orang kan. aku akan keep it.. sampai aku tua. sampai aku jadi nenek.hahahhaa -.-'


sebab aku macam nak tulis perjalanan hidup aku dekat sini. dari first time aku ada blog sampai ada anak pinak semua. best kan macam tu. internet dan aku memang tak dapat dipisahkan. aku boleh kelemasan tanpanya.. =)




ok, penat dah bebel. nak makan megi. bye!



Musim Kahwin2..




sekarang ni musim kahwin2 ke hape? semua orang dok kahwin2 kan. kalau kita nampak lebih jelas artis la. semua kahwin lepas2 raya ni kan. nampak sangat planning tu. lepas ni dapat anak pun dekat2 je la. sebab tarikh kahwin lebih kurang je kan.


norman hakim dan memey

eira syazira dan azad


faezah elai dan heykal hanifah



sebenarnya hari ni ada sepupu saya di Singapura berkahwin. saya tak dapat pergi sebab esok saya ada kelas. mana sempat nak ulang alik. ingat ni naik flight ke? hahahaha... nampak sangat, bukan setakat dalam negara je sibuk kahwin2, kat seberang tambak pun sibuk kahwin2 waktu ni. 



kita doakan mereka semua kekal hingga ke akhir hayat ye. aminnnn~






Berhujung Minggu!





assalamualaikum kawan2. semua sihat hari ni? selamat hari minggu jugak. ada apa2 plan ke hari ni? ewahhh.. bukan main lagi. macam2 plan cuti hujung minggu ni kan?


saya tak kemana2 kot hari ni. walaupun dalam hati melonjak2 ingin berpoya2. selagi wang masih ada untuk berjalan mari kita berjalan. kalau dah tak ada nanti sila duduk rumah diam2 sambil makan megi. hahahahha..


tekak rasa nak makan ikan keli bakar cecah sambal belacan, dengan ABC. fuuuuhhh! mengancam! makan dekat sek 2 je kot. bukan jauh mane pun. sape2 nak teman???





Baru Amerika derrrr~




salam uolsss semua, apa khabar hari ni? sihat? aku sihat2 je dan semakinnnnn sehat dari hari ke sehari. semakin membesar dari sehari ke sehari. bestnya membesar kan? hahaha


ok2. aku ingatkan aku akan menghadapi hari yang suram hari ini rupanya tidak2 petang2 aku dapat berjalan ke IKEA. yeaaa! seronoknya! ada orang yang baik hati dan sanggup bawak aku jalan2 pergi sana dan makan2 meatball yang sedap2 tu.. awwwwww! suka i uolssss! nasib baik la uols suh kongsi2 kalau ikot aku, aku bantai sepinggan sorang jek! hahaha.. gila perut beruang sebenarnya aku ni. kahkahkah.. sedap nak buat macam mana. harus la baham banyak2. bukan selalu boleh pergi sane pun. huuuuuu


meatballs dan ciken wings. shedappppp~


cik dayah, ex levelmate. sekarang housemate. sangat gila2. not available~


my roomate and classmate. my classmate tu available..hahaha


dessert~ nyum nyum!





and last but not least!



      
.tembam.



akhirnya hajat saya nak sampai sini tercapai. kalau sorang2 memang mimpi je la nak sampai sini. nan hado. mesti ada orang yang bawak. 


terima kasih shami bawak kita, dayah jugak sebab dia kita sampai sana. tak lupa juga kepada mimah yang menceriakan hari2 sabtuku! awwwwww~



ok. bhai. dah nangantok! huuuuu







Saturday, September 24, 2011

hujung minggu yang dull...zzzZZZzzz




alahai, rasa bosan gila bila tak ada laptop sendiri. dah la semua gambar ada dalam laptop. patah kaki rasanya. ni pun nasib baik ada kawan baik hati bagi pinjam laptop sebab dia balik rumah. kalau dia ada dekat sini memang tak ada la nak mengadap laptop 24jam. dengar lagu, edit gambar semua kan.


tak leh la nak update laptop hari2 dan sekerap ni. waduhhhh.. sedihnya. bilalah laptop aku ni nak siap kan? harap2 boleh la betolkan. kalau tak huaaaaaaaaaaaaaaaaa! memangis siap!


aku bosan sebenarnya duduk rumah terkurung macam ni. tapi apakan daya saya tiada kawan nak diajak keluar. jadi silalah jadi wanita2 baik2 yang duduk sahaja di rumah tanpa keluahan. kalau tak mungkin dah berpeleseran di ruang2 shopping complex bersama rakan2 dan sahabat taulan. hukhuk

Raya!!!




yea! hari ni saya akan beraya! sebab saya dah habis puasa 6 hari ni. maka saya akan merayakannya seorang diri. bestnyaaaa!


dulu masa2 zaman jahiliah aku, tak ada la fikir nak puasa 6 ni ke hape. sik pikir makan je. kalau tak makan rasa macamm owhhh, haus.. tapi tak la masa bulan ramadhn. bulan ramadhan lain je.  feeling puasa tu kuat sebab ramai2 puasa sensama. kedai makan pun tak bukak. ni kalau puasa suka2, sekejap lalu rumah depan bau telur dadar, kalau lalu sek 2 medan selera tu bau ikan bakar, keli bakar sekali nampak Frado ABC. tak ke susah tu. haiyakkkk...


time bukan bulan puasa time tu la tak tahan kan. mengada-ngada sunggoh! hahaha. kalau bulan puasa ok je. tapi kali ni aku puasa straight seminggu. campur minggu sebelum tu jadi la 6 hari. maka lengkaplah puasa 6 yang aku dapat. hehehehehe


seronok rasanya dapat puasa 6 ni. sebab melengkapkan puasa kita. itu kan sunat. yelah, sejak dah semakin tua ni rasa macam diri banyak dosa jadi haruslah buat amalan2 sampingan supaya terbendung dosa2 tu. at least ada pelampung, tak la terlalu hanyut dengan keduniaan kan..


nampaknya aktiviti hari ni adalah berkemas, berkemas, menyapu, membasuh dan tu sahaja la nampaknya. aku bukan ada aktiviti luar pun. nak2 kalau sorang2 memang tak la aku nak berjalan sorang2. macam loser je rasa kan..


tu je nak cerita. k bhai!



Friday, September 23, 2011

Separuh Jiwaku Pergi....




ada berita sedih aku nak sampaikan kat korang semua. korang nak tahu tak yang laptop aku rosak. ye ROSAK. sebab level kat rumah sewa aku ni asik ter on off je karen. kejap blackout kejap ok. lepas tu lima minit blackout lagik. tensi mak nokkkssss!


aku masa tu tengah buat report, pagi. tetiba je blackout. nasib baik siang kan. kalau malam tak ke hangin kami2 ni dengan gelap dan panas2 bagai. dah off on balik. pastu off balik. dari pukul 9 pagi sampai pukul 12 macam tu. tensen je. dah la dalam rumah aku ni 4orang wanita ayu nak pergi kelas. kelas CTU dekat Puncak Alam pulak kan. harus la pergi awal. dah la tu semua nak gosok baju kurung dengan shawl dan tudung masing2. tapi hangin je sekejap ada karen sekejap tak de.


redha je la dapat gosok baju macam main cak cak dengan karen. hangen sebadan wehhhh.. mana taknya, dapat gosok sebelah tangan baju kurung, then karen mati. kang selang 2 3 mint ada lagi. laju2 gosok sebelah tangan pulak. gigih2 tengah gosok badan baju tetiba mati lagi karen. hadoi... kalau korang hangin tak? ingatkan ada TNB betulkan mane tiang je jadi blok kami terkena la tempias pembetulan tu tapi sekali tidakkkkk... 


ini disebabkan ada oran pakai barang yang shot, yang dah rosak, atau mungkin plug yang dah rosak. jadi sebab tu la sik2 mati je. malam esoknya pakcik2 dekat level ni kuar cakap macam tu jugak. aku dah agakkkkk dah! aku dah agak dah! tapi takkan nak pergi check satu2 rumah mana yang membawa bencana alam ni? ada 15 buah rumah satu level ni, takkan nak pergi check barang orang satu2 rumah kot. sangat la macam hape. tapi disebabkan itu laptop aku rosak. ye, sayang, rosak.


aku hantar kedai abang kedai tu kata kalau takat corrupt windows boleh install baru. esok malam siap. sekali dia kol. "laptop awak ni ada masalah dengan MOTHERBOARD la. jadi tak boleh ambik esok ye. kena bukak2 semua dulu. lambat sikit." OMG!! perkataan motherboard tu je  dah boleh buat aku sawan hanjing. korang tahu kan, kalau laptop ada msalah motherboard tu sama je macam tak ada harapan + pergilah beli laptop baru. huaaaaaaaaaaaa!!!


mane gua ade duit beb nak beli2 laptop baru? guna ni laptop lama pun abah gua belikan. kalau nak harapkan gua? sampai ke tua la baru gua dapat sebijik laptop. sebijik tau. gua tau guna ni bukan orang kaya sebab tu la gua risau.


eh. eh. asal dah tukar cara bercakap ni??
ok. ok. tukar balik eh.


sedihnya kalau kena tukar laptop lagi. sebab dulu dah pernah kena. tiba2 je laptop mati then rosak buat selamanya. sedih wehhh.. terpaksa beli laptop baru. macam hampeh je. takkan sekarang pun macam tu jugak? apakah dosa2 aku? tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!


korang tolong la doakan laptop aku cepat sembuh. semua gambar2 aku ada dalam tu. tensenya aku.  dah la tak boleh bersuka ria menaip entry dan bermain pesbuk di laptop sendiri. ni pun pinjam kawan punya. dia balik rumah jadik dia bagi pinjam. kalau dah banyak esemen esok menangis la gua bhai!!!!



ok la. dah macam entry mintak kesian. bhai!





* harap2 keajaiban akan berlaku!

Settle report!



fuh, fuh, leganya lepas siap semua report masa praktikal hari tu. rasa macam ehhhhh bestnya tak ada beban yang tertanggung lagi! weeeeeeeeee!!


kalau report belum siap tiap2 malam terpikir. buatnya tak jugak. lepas tu siap termimpi2 lagi. ape la gamaknya. tapi buat awal2 tak mahu. dasar pelajar suka buat kerja last minit! boleh katakan semua subjek buat macam tu. asemen last minit..dari diploma sampai degree perangai tak berubah2. apa la nak jadi dengan iza ni! heh! sekeh kang!


korang mesti perasan kenapa aku dah lama tak update blog. janji kalau balik belajar semua aku akan taip entry banyak2 kan? aku ada sebab kenapa tak update selalu. awal2 sem dalam minggu satu hari tu aku dan kawan2 ada masalah registration dan pemilihan minor. nak drop2 subjek yang dah belajar lagi.  lepas tu KPP baru ni suruh mix classmate dengan bahagi kelas secara rambang! rambang mata jugak la masa dapat saperate kelas dengan kawan2. benggang sampai mengganggu emosi dan jiwa. tapi selepas kami susun dan slow talk dengan incik KPP, beliau dengan mudahnya mendengar setiap masalah dan segala aduan kami. jadi masalah dah settle! yea!


setelah berhari2 bersengkang mata dan berhabis keringat demi sebuku report akhirnya siap juga. memang jahanam la duit kalau buat esemen selalu kan. mana taknya print je berpulu2 dah. aku tahu semua orang macam tu, jadi marilah sama2 kita menabung dan memikirkan masa depan! 


tapi masalahnya, aku ni kalau menabung silap2 hari bulan kalau aku sesak aku korek balik duit yang aku simpan tu. macam mana nak menabung. tu belum lagi rambang mata bila pergi shopping complex nampak kasut, beg, dan barang2 cumel yang berkenan dihati kan? hadoi la.... sendiri menabung sendiri korek susah kan? padan la muka sape suruh ade tabiat macam tu. hahhaha


masa aku kecik, aku ada tabung Maybank. bentuk harimau kau. penuh aku menabung dalam tu. mak aku ajar, kalau ada duit masuk dalam ni. mak pun masukkan 20sen dalam tabung. berdecing bunyinya. sunkanya aku masa tu. lepas tu kalau aku nampak duit je tak kira la duit sape yang sepah2 aku mesti ambik punya masuk dalam tabung. sampai aku besar tabung tu berat sangat. sampai nak masukkan 10sen pun tak buleh dah.  gila hebak tak aku menabung? hahahha


tapi masa masuk u aku dah keluarkan semua duit tu untuk belanja aku. masa tu banyak nak pakai duit. masa akak aku dekat UM lagi . masa aku baru nak masuk u jadi aku korek balik dan gunakan duit tu beli barang2 keperluan aku masa nak masuk u. aku dulu masuk u tak dapat wang pendahuluan tu. sian kan aku. semua aku tanggung sendiri. sobs sobs!





ingat ada ilkan tabung ni masa kecik2. bila di kopak balik buluh tu bersepah keluar duit syiling. waaaa..bahagianya! =)






*mesti ada orang kata, eh, asik citer diri kau je tak de citer lain ke pasal blog kau ni? mesti korang dah tanak baca kan?? isk isk



Wednesday, September 21, 2011

Jika hati masih teguh...




Assalamualaikum semua kawan2, semoga sihat sejahtera hendaknya. hari ni saya bangun awal. rasa macam tak boleh nak lelap lagi lepas tersedar pukul 7 lebih tadi. erm... jadi terus on laptop dan meninjau apa yang ada..


erm, semalam malam dapat berita yang sangat tak best dan buat saket hati. lepas tu tidur. pagi ni bangun ni berfikir semula. apa guna aku nak saket hati, aku bukan ada apa2 dengan dia. apa yang dia buat tu aku tak perlu nak saket2 kiwa mendengarnya. yang penting sekarang aku happy dengan hidup aku.. happy dengan segala yang aku ada dan kawan2 sekeliling aku..


ada ke sesipa cuba gugat aku? masih belum boleh rasanya.. aku tak akan tergugat kalau yang menggugat tu bukan calang2 orang. aku bukan jenis cepat cair. cuma cepat terharu je. nak2 kalau orang tu keagamaan. goyang jugak la iman tengok macam tu.


but! dun worry be happy aku tak pernah rasa nak tukar2 sekarang ni. setia pada yang satu adalah yang paling utama. dan aku akan berusaha ke arah yang lebih baik demi masa depan yang gemilang! wah! macam motto hari kemerdekaan pulak kan? hahahhaha


ok2. sebenarnya nak cerita pasala apa ye? macam2 cerita sebenarnya. ada macam2 benda.. ok2 nak upload gambar raya sekeluarga jap.. hehehehe












tu gambar family tak boleh besar2 malu uols. kalau besar akan nampak abah saya semakinnnnnn besar jadi kecik2 je sudahhhh janji korang nampak kan? hehehe.. ni je la keluarga aku. aku ada seorang kakak sengal. dia cikgu yang garang dan berlagak. tapi kalau dia bagi aku duit dia baik je. hahahahha.. gila jahat describe akak aku macam tu.. chill la kak..hahahhaa


tu je. aku ade sorang je kakak. then aku. aku yang tak manja tapi kadang manja. aku suka la manja2 ni. macam ni


aku : "mak, lapar la. nak makan apa ni?"
mak : "nak makan apa? mak buatkan."
aku : dalam hati kata "yessss!"


keji tak? kadang2 tahap kemalasan adalah paling tinggi. sebab kalau masak sendiri kadang2 tak jadi. jadi dari membazir baik la mak aja yang masak. konfem sedap menjilat jari jemari kan? hehehe.. kalau aku masak tak sedap jangankan orang lain nak makan, aku sendiri pun tak lalu..hahahha


ok. suka sangat duduk rumah sebab mak akan masak. mak masak kan kalau dah kenyang pun kena makan lagi la. lagi dan lagi. kalau tak makan mak marah ok. tak tipu. tapi bila baju2 dah tak muat mak pulak perli2..  "tu la, turunkan berat badan sikit.." hahahha.. 


aku malas pikir pasal berat badan. walaupun rasa annoying bila orang sound2 aku pasal badan. tapi aku buat tak tahu je. walaupun dalam hati terasa kan. tapi tak nak la tunjuk. childish sangat tiba2 nak mengamuk bila orang sound kan.. hahahha.. tak matured ok..


tapi sila la jangan lebih2. tak pasal2 kang aku banned kau dalam hidup aku! hahahahaha




Pentas Lakonan!





ya Allah, minggu lepas aku mendapat berita gembira. yang buat aku sangat terharu. sangat! rasa macam terlalu dihargai. aku rasa diri ini sangat disanjung daripada insan yang menyayangi aku. kerana aku dia sanggup berkorban juga kerana aku terbuka hatinya untuk bersama wanita.


tetapi hari ini aku baru dapat tahu itu cumalah pembohongan yang nyata. kau telah menjalinkan hubungan dengan orang lain dengan sekelip mata. aku yang terlalu bodoh atau kau yang terlalu bijak memanipulasi hidupku?


kau buat aku rasa sangat terharu dengan ucapanmu. aku pikirkan kau benar2 menyatakan hasrat hatimu. tapi aku telah dipermainkan di dalam sedar.


sedikit sebanyak rasa marah dan benci itu menular dalam diri aku bila melihat hubungan barumu...

Wednesday, September 14, 2011

Sekalian keterlupaan~

 ni aku nak senaraikan apa yang aku terlupa tentang campus, tentang rumah sewa dan tentang universiti..


1. lupa no blok rumah sewa.
2. lupa no rumah sewa
3. lupa kunci yang mana untuk mangga, mana kunci daun pintu dan yang mana kunci pintu bilik. 
4. lupa kedudukan kolej kediaman UiTM.. sekali tercakap Jati dekat dalam u, kena gelak siap. hahhaa
5. lupa mana laluan yang selalu jalan dan rasa semua laluan adalah lain2..



tu baru lima je.. belum macam2 benda yang aku lupa lagi. rasa macam kelakar dan pelik2 je sem ni sebab macam rasa berubah tapi rasa macam tak berubah. konpius gegurl uolssss!! hahahahahaha




Open House




eh2, lupa kan nak cerita pasal open house rumah kawan a.k.a kawan blogger skali. si Adam Haiqal yang gojes tu. hehehehe.. malam hari tu beliau jemput kami kawan2 sekelas open house rumahnya.. tapi yang sempoinya makan fast food je. hehehe.. jujur sungguh kawan ku ini beritahu siang tu yang dia cuma order fast food je padahal kami memang kami berjalan ni boleh saja kalau nak makan2 sesama kawan2.. hhheheheee


haaaa... yang bestnya rumah adam ni ada kucig yang sangat2 comel. persian at yang manja2 dan baik2 je.. heheeeeee... sukanya kamiii.. geram dengan kucing2 adam yang gebu2, lembut2 yang sedap dipegang dan di main selalu weee...


ermm.. hehehe.. makan tak seberapa nak lepak2 je lebih. dapat pulak tengok tv besar gedabak dekat rumah adam.. fuh! semua dok ralit main kucing dengan tengok tv je. sampai dah malam baru reti2 nak beransur pulang. kalau tak tak sedar lagi tu.. hahahhaa


balik tu kami sempat la pulak lepak2 pergi uptown shah alam lepas tu jalan2 seraound dua sebab saja2 nak survey dan nak menjamu mata supaya tak stress sangat. stress dengan masalah fakulti, kos, minor dan sebagainya. kalau ada jalan2 tak ada la saket hati sangat dengan keadaan yang ada.





tu kawan serumah saya yang sudah gojes2 tunggu jejaka tampan datang ke rumah untuk bersama2 ke rumah adam di Sunway. hehehe.. lawa kan cara pemakaian tudung beliau? sweet gitewwww...


ok.. selain tu dah tak ada dah. ok. lupa... ada lagi best.. kucing2 adam yang owh, so gebuuuuuuu.. geramnya!!! hahahahaha




Monday, September 12, 2011

Doakan yang baik2 je



Assalamualaikum kawan2 semua? sihat semua hendaknya!


saya baru balik dari temankan kawan saya pergi beli barang. sebab dia baru pindah rumah jadi tak ada perkakas dalam rumah. macam almari, kipas dan lain2 lagi. jadi saya tolong temankan je. tolong tenggek jugak. sebab saya tak da lesen nak memandu..hikshiks


kawan saya sorang lagi yang drive ke tempat2 yang kami tuju untuk beli barang. huhuhu. kami jalan2 tapi rasa memang tak puas la jalan2 sekejap sangat nak bersama. tak sempat lagi nak berbual2 panjang dengan kawan saya yang sorang tu. dah malam ni terus hantar dia balik Puncak Alam pulak. ermm..


rumah kawan saya dekat puncak tu best je rasa. duduk pun dengan kawan2 baik. sebilik sorang. rumah pun selesa nampaknya. baguslah kan, hehehe. nanti kalau aku nak pindah puncak korang tolong carikan rumah ok! hahahaha


lepas tu dah balik ni rasa macam loser pulak. ntah la kenapa. tiba-tiba hati macam erkk.. tak sedap dan rasa macam perasaan yang down..huhuhu. entah kenapalah agaknya.. =(


semoga tak ada apa2 akan berlaku la. aku doakan semuanya selamat.=)





Sunday, September 11, 2011

Siap kemas! yeaa!




Now, dah siap kemas barang semalam. dah mop rumah then dah sapu. dah cuci kain buruk sekali. puas hati setakat ni. tapi ada lagi yang tak sempat nak dikemas sebenarnya. dah penat kemas2 barang sendiri kemas barang kat rumah ni belum sepenuhnya siap.


rasa mengantuk pulak lepas penat2 berkemas ni. petang ni nak kuluar. maybe sempat le tido sekejap kan.


kawan sampai pun tak tahu pukul berapa.. rasa lambat lagi kut tapi orang perempuan ni kalau bersiapnya lama. sampai sejam. nak gosok baju, gosok tudung, nak pakai make up, tudung @ shawl semua kan. harus la sejam.
tu tak siap apa2 tu. tak gosok baju apa, tak rancang pun lg nak pakai baju apa. tak tahu la. ikut hati memang nak rehat je kat rumah hari ni tapi orang dah ajak. lagi pun memang ada benda nak dibeli. kira belanja diri sendiri jugak la.. 


nak beli barang makanan, barang2 rumah sikit. ermm... petang ni kut tu pun kalau sedar la nak bersiap. hehehe...

Hujung Minggu Pertama!




selamat pagi semua, harap anda semua sihat ye ye. selamat berhujung minggu semua. wah, minggu ni banyak sangat undangan open house dan kenduri kendara. sampaikan ada yang tak sempat2 nak lawat semua rumah kan. makan je semua benda tu sebab tu la makanan raya yang paling best sekali. time dah tak raya sedap jugak makanan tu tapi dah tak feel la kan.. hehhehehe


hari ni ada masa sehari sebelum mula class esok. esok klaz tak tahu pukul berapa sebab pagi tu rasanya kami tak ada class. class minor yang kami dah ambik dulu. hohoo. jadi harus la drop, buat apa nak ambik lagi. buat saket otak je kalau belajar balik kan. huhhuuu


hari ni pagi saya nak kemas barang2 saya.. yang bawak balik semalam. sebab semalam saya tak sempat kemas. kepenatan dalam perjalanan yang panjang. saya buat tak tahu je dengan beg saya semalam. dah hampir bersepah dah sik korek2 cari barang dalam dia. saya kena start kemas sekarang sebab petang nanti saya nak keluar dengan kawan saya. dia mintak teman pergi beli barang sikit sebab baru pindah rumah.


korang mesti banyak plan hujung minggu ni kan? ada nak pergi open house, ada nak pergi kenduri, ada nak beraya lagi, ada masih tak puas2 kumpul duit raya. macam2 aktiviti kan? seronok lah kalau nak beraya lagi. untung2 dapat duit raya lagi. saya tak beraya lagi dah sebab dah balik universiti. mak pun dah keluarkan semula duit dalam sampul yang tak bagi kat orang. hahaha.. kira macam dah habis raya la kan.


semalam pagi masa nak pergi malas gila nak pack kuih raya.. mak saya kata bekal la sikit takkan tak bekal langsung. jadi saya dengan rasa malas lagi kemalasan telah pack satu tupperware sahaja. ewah.. campur2 punya kuih. 


yang best sekali bila saya balik rumah sewa saya nampak ada peti ais! yahooo! ada peti ais! boleh la minum air sejuk, beli eskim, beli bahan nak masak2. kalau tak semua tak boleh. hahahah. tensen mak nyah sebab tak ada peti ais. terima kasih kat kawan serumah sebab dia yang bawak peti ais yang comel ni. walaupun comel tapi tetap berguna untuk semua. 


ok la, saya rasa nak berkemas dulu. nanti kalau dah siap kemas saya update entry lagi yaw.. bye2!





Selamat Bertemu kembali Shah Alam!

Assalamualaikum semua kawan2. diharap semuanya sihat je ye. 


sekarang saya sudah berada di shah alam! yeah! aku suka beberapa perkara tentang shah alam. pertama sebab kelancaran internetnya. keduanya ada bermacam2 benda di sini. almaklumlah... bandar kan..


banyak perubahan dah berlaku sepeninggalan aku selama 4 bulan di shah alam ni. cewah! macam2 uols.. banyak kedai makan baru. itu baru, ini baru. macam2 la baru. 


dekat seksyen 7 ni ada Subway, baru ada Cool Blog kegemaran ramai. ada kedai2 makan baru. macam2. rasa macam nak cuba semua benda dekat sini. hehehe


esok baru saya berkemas barang2 yang dibawa tadi. banyak okeh. memang melenjan cuti 4 bulan sungguh aku ni. tak hengat nak balik dah ke? hadoi! ini la akibatkan suka bawak barang bnayak2. last2 tak terkemas pun. main sumbat2 macam tu aje. huhuhu


nanti saya ada uploadkan gambar2 yang best. tapi tatau la mane yang best tu. hahaha


ok bye2. selamat malam! =)

Saturday, September 3, 2011

Beraya Sakan?




wow! blog berwajah baru rupanya! tak sangka. lebih kemas dan tersusun sekarang. lebih matang je rasanya blogger nih! 


rasa lama sangat tak update entry. mesti dah banyak bintang bersarang dan ramai follower menyampah nak follow saya yang tak best ni. plus dengan tak update. ingat kau best ke??? hahahaha


ok2. memandangkan saya baru dapat bayar broadband jadi saya baru la dapat melayan semua ini. nanti kalau dah balik u saya akan update banyak2 dan setiap masa macam biasa. yelah, dekat sana internet laju sikit. ni dekat rumah slow la. nak tengok gambar pun slow. apa la nasib beli laptop internet slow ni. menyesalnya. nak tukar? jangan harap la sebab belum lama beli. ingat beli laptop macam beli roti sebantal dekat kedai ke?? hukhuk


semalam saya pergi beraya dengan kawan2 sekampung + sekelas + sesekolah dengan saya. beraya keliling kawasan kampung. rumah kawan2 la. tapi diorang tak beraya pun dekat rumah saya! kecik ati ai tau! *majuk paling dinding!* adalah dalam sebelas buah rumah saya pergi beraya. paling seronok sebab dengan 19 orang kawan. ada 5 kereta plus 1 motor. dalam kereta tu bukan penuh pun semuanya. hehehe. 


seronok sebab dapat bersembang dengan kawan2 pasal apa yang berlaku masing2, dah habis belajar ke, dah nak cari kerja ke, konvo bila, sambung belajar lagi berapa tahun, kos apa masuk dulu.. macam2 kami bualkan. dari hal kawan2 sampai ke hal kampung. cerita pasal kenangan lama kami dulu masa sekolah rendah, menengah, dan sekolah agama. huih! bestnya masa tu. dan semuanya telah berlalu!






gambar adalah sangat gojes dan terang semestiya hasil bukan dari hp aku. hasil dari camera dslr incik amin. terima kasih daun keladi. lain kali ambil gambar uploade la lagi. huahahahha. boleh tak pantun 2 kerat aku? hahahhaa..


sangat terang okeh. ni diakhir rumah kawan saya. jadi harus la mengambil gambar ala2 gambar kemas zaman2 sekolah dulu. beratur dan posing2 malu2. hahahha.


gambar saya sorang? OMG! belum upload lagi la. mana ada gambar raya pun. semua tak upload lagi. 



nanti kalau dah settle semua saya upload ye. sekarang ni saya chow dulu! bye!'