Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 9, 2016

Hari Ibu hanya sehari?







Assalamualaikumm...



lama aih malas ni bersarang. malas bukan sebab apa. sebab memang dah malas. haha. sengal weh statement kau ni. sedih. haha.


sepatutnya sambung entry umrah tapi kita rasa nak menulis sempena hari Ibu pulak. jadi kita selang seli la eh dengan entry selain umrah. 
entry umrah tu dah siap part 2 tapi aku touch up banyak lagi. 
boleh jadi entry 2-3 lagi. 
aku pecah2 kan lagi.
taknak bagi korang penat baca satu entry macam buku sejarah
aku tak pe, aku suka buku sejarah. hahhaha

jadi hari ni nak cerita pasal HARI IBU.
bukan pun sambut beria. aku tak celebrate pun. 
cakap je kat mak selamat hari ibu. tapi hari ibu mak jugak yang masak. bukan aku. haha
tak pelah kan. mak masak sedap jadi mak je la masak. *alasan* 

jadi saja la nak buat wish hari ibu untuk mak sendiri.
walaupun hari2 boleh cakap dengan mak sebab mak depan mata tapi tak pelah.
cuma tak ada kek sebab plan hari rabu nak pergi JB nak makan kat Secret Recipe sebab aku dah lama gila tak makan kek dia. sampai teringat2 okeh. haha over tau.

makanya SELAMAT HARI IBU untuk mak aku yang tercinta.
haha. hari2 pun hari ibu kalau nak diikutkan kan.
tak pelah. tak ada apa pun makan2 ke apa. just ucapan yang biasa je.




gambar bersama mak paling latest kot.
masa kat Mekah hari tu. bulan 12 haritu.
mak iols kecik je orangnya.
anak2 je membesar bagai johan. kahkah

you are the best mom.
hehe. ayat bodek nak beli apa tu? kuikui
hopefully next year dapat la pergi umrah lagi dengan mak. hehe
harapan sungguh tau. kalau boleh every year nak pergi umrah. haha
suka sangat. tak pernah puas.

aku tak post kat fb sebab aku pikir perasaan kawan2 aku yang tak ada mak.
kesian kat diorg dapat doakan mak je tak dapat nak cium tangan mak lagi
doa je banyak2 eh korang. sedekahkan Al-Quran je.
InsyaAllah. doa anak yang soleh lebih afdal.

syukur jugak walaupun aku tak kahwin lagi tapi aku dapat la berbakti pada mak
even bukan pada kewangan. tapi tenaga dan seluruh jiwa untuk mak kat kampung ni
jaga mak, bawak mak pergi mana2, teman mak uruskan apa2 dan bawak mak pergi klinik dan hospital.

sebab sebulan sebelum nak ke umrah mak sakit
jadi masa tu risau sangat nak pergi umrah tapi mak sakit.
ulang alik klinik dan akhirnya tahu jugak sakit apa.

kepada semua mak2 dalam dunia ni sama ada mak yang melahirkan anak2, mak angkat, ataupun mak susuan anda masih seorang mak yang sangat awesome. hehe
terima kasih kerana membesarkan, mendidik, menyayangi, membelai, menjaga dan segala me la. hahaha.
terima kasih atas segala keringat, tenaga, kesabaran, air mata dan segalanya untuk membesarkan kami2 yang kadang degil kadang comel ni.
semoga sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah.


hehe.
ucapan macam dapat award.
hiksss




tata