Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, April 29, 2014

Lapar Tengah Malam?





Assalamualaikummm...



walaupun di waktu begini tekak dan hati aku masih lagi inginkan makan. nampak ayam goreng nak, nampak kek nak, nampak itu nak. ini nak. naganya perut iols malam2 macam ni. kahkahkah


jadi google2. kerja menggoogle memang kerja aku. tak payah bagitahu pun kerja aku google je. senang kerja. dihujung jari katanya. haha. 


tapi tu la. malam2 taleh masak dan makan. duduk diam2 sambil meleleh air liur tengok gambar makanan kat google. pastu berazam esok nak buat. last2 tak buat. tunggu je mak masak apa2 terus je makan. bapak ar malas perempuan ni kan. haha!




sumpah inilah yang aku idamkan. dengan pinggan putih macam ni. dengan nasik sejemput macam ni. rasa macam perghhh.. bapak sedap ar ni! >.< meleleh air liur haku malam2 ni. 


tengoklah betapa creammynya kuah ayam dia. ni namanya Buttermilk Chicken. ce google resepi gerenti ada. jangan risau la. haha




ha kauuuu.. melalut malam2 ni sorang kan dah terkenangkan Egg Tart KFC. sungguh menguji imanku. aku paling2 suka egg tart KFC. kulit dia aku suka, inti dia aku suka. lagi hangus2 hitam2 sikit lagiiiiiii aku sukaa. hahaha




ni kau. lama dah aku cakap dengan kakak aku nak pizza dominos. dari gaji ada banyak sampai gaji dah tinggal sikt tapi tak dapat jugak pizza ni. 

perisa kesukaan aku beef pepperoni! sukanyanya. lagi2 ade double crust. dalam ada cheese and mayonise. haha. sah2 tahu kenapa aku gemuk macam ni kan? haha




sape suka butter prawn? angkat tangan! dah2.. turun tangan tu. jangan dok angkat je. tau la suka. aku memang suka butter prawn tapi jenis berkuah sikit. baru ummmppph!! haha.. padahal tak pernah makan tau. sama macam buttermilk chicken je sebenarnya tapi tukar prawn. 

tapi ade satu perangai aku makan udang ni adalah tak suka udang tak kopek. menyampah sangat2 tengok kulit udang sampaikan boleh mendatangkan ketidakseleraan aku nak makan. hahahah! mengade sangat tau tekak perempuan ni. -.-'

mak aku dah tahu sangat. kalau masak udang mesti kena kopek. sebab kalau tak kopek nanti kalau abah aku makan dia kopek jugak. bukan kunyah dengan kulit2 semua. haha.


lagi?


dah2. aku malas nak tepek gambar lagi. buat korang yang tak tidur lagi tu lapar. ada karang start kereta/motor pergi mamak. haha. zaman belajar gitu boleh la. malam2 buta nampak pulak status kawan kat mamak tengah lepak. lepas tu siap la bbm/wasap/wechat/mesej suruh tapaukan makanan kannn? tipu kalau tak buat! pui! hahahaha.. *padahal ramai je tak pernah buat. nampak sangat kehidupan tak seimbang aku semakin berleluasa.. haha!*


setakat ni dulu ok. 


padahal lapar gila tengok makanan ni. nak nangis je rasa! >.<


babai!




No comments: