Happy Cat Kaoani -->

Thursday, February 2, 2012

Perjalanan Hidup kita cepat atau lambat sebenarnya??





Assalamualaikum..


semenjak dua menjak ni, ramai pulak kawan2 aku yang bertunang dan berkahwin. di usia 23 tahun untuk tahun ni memang sesuai dah untuk bertunang kan?


tapi bagi aku tak. sebab aku masih dalam tempoh belajar. bila dah kerja baru sesuai kot benda tu semua. akutak gila nak kawen pun. dan sebanarnya aku tak pernah terfikir aku nak kawen nanti tema warna apa, hantaran apa, dekat mana, nak tema apa,semuanya aku tak pernah fikir dan tak terfikir. aku hanya tengok orang kawen sahaja. dalam kepala otak tak pernah nak set apa2.


tapi bila ramai orang bertunang la, kawen la rasa macam dah tua sangat pulak diri ni. sebab kawan2 dah mula bertunang bagai. rezeki orang lain2 kan. aku tak kisah pun. tengok je la.


mungkin at least every girls have their own wedding imagination. but not me. entah la. pada aku apa pun aku tak tahu. aku belum lagi terfikir ke arah tu.


macam baru2 ni abah and mak aku jadi wakil merisik untuk sepupu aku. sepupu aku lelaki. umur 22 tahun. bawah aku setahun. tapi dah sibuk nak bertunang. ermm.. apa nak dikata lagi. sepupu aku pun dah bekerja. dah ada wang sendiri. sesuai la kalau dia nak bertunang ke apa ke. apa nak difikirkan lagi kan. sedangkan aku sendiri belum habis belajar, lepas tu ada ura2 berangan nak sambung lagi lepas ni. 


hai, lambat la lagi mak aku ada buat2 majlis ni. aku dengan kakak pun tak nampak bayang. aku bayang nak dapat ijazah ade la. nak menambahkan lagi ketidak muatan gerobok dekat rumah tu nak display gambar konvo. kalau akak ade dua, aku pun nak ada dua. tu je hasrat aku..


seriusnya, bulan dua ni sepupu aku bertunang. dalam setahun dua sepupu aku berkahwin pulak. aku dalam setahun baru nak habis degree. tu belum kerja. kalau nak sambung study lagi dalam setahun dua. adalah dalam 25 ke 26 baru habis belajar kan. nak kerja pulak. nam kumpul duit nak beli kereta, rumah, dan sebagainya. 


eh, eh, bila aku nak kawennya???


nak kawen dengan orang kaya boleh??? senang hidup aku.


"abang, tolong bayarkan PTPTN!"
"abang, tolong bayarkan bil broadband!"
"abang, tolong bayarkan kereta!"
"abang, tolong bayarkan rumah!"
"abang, tolong tambahkan ASB!"
"abang, tolong bayarkan insurans!"
"abang, tolong bayarkan kad kredit!"
"abang, tolong bayarkan insuran kereta dan road tax!"
"abang, tolong tambahkan SSPN untuk anak!"
"abang, tolonnnnggggggggg......"



hamboi, korang tengok la kemain banyak lagi tolonggggg bayarkan tuh! kena yang kaya tuh! tu belum yang sampingan2 lagi kan. dunia sekarang ni memang bnayak pakai duit. bayar parking pun mahal sekarang..haishhh..


sebenarnya aku yang melalui perjalanan hidup terlalu lambat atau orang yang melaluinya terlalu cepat?? penat aku berfikir sebenarnya ni..


ermmm...




No comments: