Happy Cat Kaoani -->

Friday, February 3, 2012

Demi sekeping kertas dan plastik yang diiktiraf!





Assalamualaikum dan salam Jumaat yang indah ini..


hari ni subuh2 dah hujan tapi aku memang tak sedar. lepas bangun keadaan sungguh tak best dengan gelap dan mula nak hujan. akhirnya dalam pukul 10 hujan turun. 


yang bestnya tetiba abang yang ajar aku kereta tu mesej tak payah datang belajar. hujan katanya. esok je aku kena datang pagi pergi bandar penawar belajar kereta di sana. wehuuuuuuuuuuuuuu!!!


sukanya aku. wehoooooooooo! \(^_^)/


sebab aku memmg tak suka sangat nak belajar memandu tu. aku malas nak berfikir sebenarnya. malas nak ingat step. aku rasa nak rehat je sepanjang cuti ni. tapi demi sekeping kertas dan plastik yang diiktiraf iaitu LESEN kereta aku gagahkan juga. arghhhh.. malas gila nak belajar!


pagi2 aku bangun aku sarapan nasi goreng dengan air milo. tapi sumpah tak ada selera sangat. padahal semalam aku tak makan nasi dan malam tadi ada jugak la rasa lapar. bila pagi ni tak selera sebab kena belajar. tak lalu nak makan nasik goreng mak aku buat. 


penah pulak aku tak lalu masakkan mak aku. tetiba je kan. rasa tak sedap ati. rasa menyampah sebab kena pergi belajar kereta sekejap lagi tu la pasal. lepas tu aku minum air milo je. lepas abang tu mesej kata tak payah datang belajar, aku kemain suka. siap ambil nasik goreng tadi makan dengan lauk kari ayam semalam. aku rasa sedapppp je pulak. nampak sangat kan penangan sampai tak lalu nak makan..hhahahhaa


lepas tu berbual dengan mak macam2 benda. haha. baru la syok sebab hati senang. ni tak hati jiwa ni rasa menyampah je. huhahahahhaa


apelah kan aku ni. nak lesen mestilah kena belajar dan ingat step. kalau tak, macam mana nak lulus. ish2. tapi aku dah memang tak suka. nak buat macam mana kan? hehehee


hopefully esok tak adalah perkara yang buat aku tak suka lagi. jangan la ada buat aku annoying lagi. kalau aku rasa annoying nanti aku akan rasa tak suka. tu yang payah tu. memang aku tak tunjuk tapi memang rasa tak suka dalam hati ni..


doa je esok tak ada apa2 berlaku. dan semua baik2 je. =)



No comments: