Happy Cat Kaoani -->

Sunday, August 1, 2010

Tidak Pernah Ada Istilah BFF?

Semalam saya menghadiri satu modul PPKP yang diwajibkan kepada semua pelajar UiTM
maka saya mendengar lecturer *muda dan comel* itu berkata yang di dalam  dunia ini tak pernah ada istilah BFF..
pada tafsiran beliau, manusia akan meninggalkan rakannya untuk keluarga.. untuk bekerja.. 
maka tak ada seorang pun yang mempunyai BFF..
mungkin juga..

tapi bagi sesetengah orang, walaupun mereka sudah bekeluarga dan bekerja jauh mereka akan tetap ingat rakan2 mereka dan jika ada masa mereka saling melawat..
tidak kurang juga saling membantu..
jika mereka dalam kesusahan..
sebab rakan yang baik tak kisah bersusah dan bersenang dengan kita..



tidak dinafikan amatlah payah untuk kita menjumpai seorang yang kena dengan cara kita..
yang boleh kita masuk jika bersama dengan mereka..
selalunya dia baik, tapi kita tak betah bersama mereka..
tak kiralah dalam apa segi pun..

jika kita jumpa yang betul2 baik ataupun yang bijak menjaga hati kita adalah seorang dua..
itu pun amat susahkan?
tapi kita juga tak bolehlah terlalu sensitif ataupun prejudis dengan orang lain..
mungkin cara dia berkata2 sebegitu namun bukan itu yang dia maksudkan..
kita tak boleh cepat prejudis kan..
walaupun sebenarnya kita memang cepat buruk sangka dan prejudis terhadap orang lain..



malah semasa itu baru saya sedari
sesuatu yang saya tak pernah sedari..
tidak semua manusia menyukai kita sebagaimana kita tidak menyukai semua manusia
dan cara setiap orang adalah berbeza..
citarasa orang juga berbeza..
jiwa tak akan membohongi diri
jika kita tak suka jangan paksa
jangan kita selalu kata suka..

dan saya dapati memilih BFF ini senang namun nak bertoleransi dengan mereka ni yang susah..
samaada kita yang terasa ataupun mereka yang terasa..
kadang2 percakapan kita, kita rasa cukup lembut namun ia boleh juga menyentuh hati dan perasaan orang lain..
jiwa kan.. 
siapa boleh paham?
hati sendiri pun kita sering tak paham..




psstttt :: rindu sama Wan Norhani.. kalau kamu ada disini silalah berkawan dengan saya.. hukhuk

No comments: