Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, July 6, 2010

This Is What we Called? Funny or Loser??

cehhh.. speking la pulak aku nih
mengada2 seh..
ni la tetiba nak speaking2 bagai pula sebab siang tadik dah loser habisssss..

nak kata benda ni funny memang la funny..
dan juga benda ni amat loser..
bak entri Cik Fuzz Ngonget kan..
boleh tulis dalam diari sempena baru beberapa hari di Shah Alam dan melangkah ke alam degree..
dan boleh tulis dalam buku biodata..haha

pada pagi yang cerah hari ini kami telah berjanji mahu ke fakulti dalam waktu 10 ++ dalam erti kata sebenar pukul 11 la kan..
kami ber 7 tujuh memulakan pengembaraan..
cewahhhh.. pengembaraan konon..
bersiap cantik2 semata2 nak ke fakulti minta cop pengesahan dan juga ke pusat perubatan menemui abang hensem spek putih yang sungguh baik.. 
malangnya aku berurusan dengan jururawat disitu.. tapi mereka baik juga..haha =)

bas menuju ke fakulti ada satu je bas T603 jadi dah pro lah kan naik bas tu dan turun di fakulti
lepas berurusan di fakulti kami ke pusat kesihatan pula bagi menyerahkan borang kesihatan di sana
sepertimana yang aku telah katakan di kaunter hadapan pusat kesihatan itu kami berjumpa si abang spek putih yang hensem..
dan lepas serahkan borang kami keluar untuk menunaikan hajat cik Aisyah untuk makan di kfc.
namun seperti yang terlibat tahu si ika tak dapat ikot kerana da temujanji dengan kekasih hati..
(tibe2 nak jugak kekasih hati macam tu) hehehe
dan semasa keluar sahaja dari pusat kesihatan semua anak dara ini mahu sakit tiba2 sebab akan dapat berjumpa dengan abang hensem tadi..
apekah???

menuju ke kfc tak perlu menggunakan bas kerana kfc dekat je..
dekat pintu belakang.. jadi berjalan lah kami ke sana..
dengan tidak semena2 Ecah dapat kawan baru.. waaa..
hebat tak ecah dapat kawan kat trafik light je
tu semua tindakan luar kawal ecah la tu..
sampai kami tergelak2 tak habis2..
tahniah la kat ecah dapat kawan baru..

kemudian selepas makan kami berhajat mahu meronda2 shah alam yang pesat membangun ini
jadi kami naiklah bas yang menuju ke luar shah alam..
tapi tak tahulah apa malangnya kami tiba2 pakcik bas tu berenti tepi jalan tanya kami nak balik dalam uitm ke? turun sini..
kami katalah tak nak! haha
melawan pulak tuh.. dia kata jem ni lalu suruh kami turun?
ape kena mengena jem dengan turun?
pakcik bas cakap bas nak balik depoh dah.. apekah itu? dan kami di turunkan depan kfc tadi yang tempat kami makan. naik bas cuma pusing2 perumahan sekitar tu then turun semula dengan bayaran rm1.. 
tak berbaloi wohhh..
dah bersiar dalam bas je.. apekejadahnyer?
MySpace

loser nak mampus rasa..
lalu  6 wanita hanggun berjalan semula dan naik pula bas lain masuk ke dalam uitm balik..
bas berpusing lalu berhenti di kolej
dan akhir sekali kami hanya turun semula di kolej dan membeli belah di karnival apa ntah dia belakang blok ni..
owwhhhh.. hajat tak sampai.. sedihnyaaaaaa...
MySpace

masa di karnival ni emosi kami sungguh tak stabil
lalu saya dan beberapa kawan membeli belah
tak semena2 kami membeli belah..
haiyak!

lalu apabila di fikir2 balik..
kami salah bas ke atau pak cik bas tuh yang tak nak bawak kami?

MySpace

silalah menjamu mata dengan gambar2 kami ini..

:: tulang ayam yang telah di jadikan kraftangan oleh fuzzring sempena memperingati ika.. ::

:: aksi2 gadis2 pelik.. lebih2 yang tengah2 tu ::

:: gadis2 3, 4, 5 ::

 the end~

No comments: