Happy Cat Kaoani -->

Saturday, July 24, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010

Sebenarnya cerita ni bulan lepas punya..
Sebab Kembara Mahkota Johor 2010 berlangsung pada 26 hingga 28 Jun 2010.
Yang menariknya kembara kali ini adalah Tunku yang sudah menaiki takhta Sultan Johor akan melakukan kembara merentasi 4 daerah dengan menaiki keretapi..
Bukan dengan motor besar beliau yang amat terkenal itu..
Namun sambutan kali ini amat memberangsangka kerana rakyat amat gembira dengan kunjungan Tunku ke daerah-daerah yang terlibat..

Aku pula merasa bangga sebagai anak jati Johor kerana Sultan kami sanggup mencemar duli melawat rakyat jelata yang jauh dimata namun dekat dihati..
Segala keluh kesah rakyat dapat didengari dengan kunjungan itu..
Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara Sultan dan rakyat..
Disarming itu, bukan hanya Tuanku yang terlibat dalam kebara ini, malah seluruh keluarga beliau turut terlibat…

:: Tunku Ibrahim ::

Kembara ini sentiasa dinantikan seluruh rakyat Johor setiap tahun kerana kegembiraan rakyat jelas terpancar bila melihat Sultan mereka lalu dihadapan mata dan dapat bersalaman dengan Tunku..
Tunku yang berjiwa rakyat ini amat disenangi seluruh rakyat jelata tidak mengira bangsa..
Tunku yang amat menyenangi sukan rakyat dan Tuanku akan menyertai setiap permainan sukan rakyat yang dianjur selain Tunku juga pandai memasak..
Sikap jenakanya membuatkan rakyat lupa seketika tentang darjat diantara rakyat dan Sultannya..
Kegembiraan yang jelas memenuhi jiwa setiap rakyat Johor membuatkan Tunku rasa berbesar hati dan terharu kerana disambut dengan penuh kemeriahan dan setiap kampung yang disinggah akan diadakan keramaian..
Rakyat tidak mengira bangsa dan peringkat umur berasa gembira bila mereka dilayan dengan baik oleh Tunku dan keluarga..



Dengan pengembaraan kali ini melibatkan keretapi, Tunku perlu mengendalikan keretapi api Blue Tiger yang beratnya bertan-tan *lupa berapa tan*
Selesai pengembaraan meliputi empat daerah di negeri Johor  dan pemusingan sebanyak 180 darjah *atas apa ntah nama dia*
Maka, tamatlah sesi pengambaraan sekaligus melengkapkan Tuanku untuk mendapatkan lessen keretapi yang diidamkan Tunku..

Hari Sabtu minggu lalu saat saya balik ke rumah dan berpeluang menonton edisi khas Kembara Mahkota Johor 2010 yang sangat saya nantikan..
Cewahhh, ayat skema habis la kan? Hahahaha…
Berakhirnya kembara di JB Sentral dan ada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2010 dan seluruh tenaga kerja yang terlibat dengan Kembara Mahkota Johor 2010 ini.

Pada suatu hari.. 
Saat saya berbual dengan beberapa orang rakan, ada salah seorang darpadanya tidak begitu bersetuju dengan tindakan Sultan Johor yang melakukan kembara menggunakan keretapi sebab katanya akan menyusahkan rakyat yang nak menguruskan segala keperluan keluarga Tunku dan mengubah gerabak yang diduduki keluarga Tunku dan segalanya berkaitan kembara ini.
Saya sangat tidak bersetuju, pada saya kawan saya itu hanya cemburu dengan idea Tunku yang ingin merapatkan hubungan dengan rakyat negerinya.
Sudah semestinya kawan saya itu bukan anak jati Johor!

Saya akui memang agak memenatkan menguruskan event dan segala keperluan yang melibatkan kerabat diraja, namun itu satu pengalaman yang boleh menghubungkan kita dengan kerabat diraja..
Dan! Mereka bekerja dapat wang! Bukan buat kerja suka-suka..
Saya memang tak suka beliau mengutuk sultan saya sebegitu kerana saya kenal sultan saya yang amat baik dan berjiwa rakyat ini.

Saya sendiri pernah bekerja di bawah Jabatan Pelancongan Negeri Johor yang menguruskan setiap Kembara Mahkota Johor dari dulu sehingga sekarang tak pernah merungut semacam anda merungut.. bahkan inilah salah satu kebanggaan rakyat Johor kerana Sultannya berjiwa rakyat dan sanggup mencemar duli.

Jadi, silalah jangan berkata sebegitu.. 
saya jadi menyampah kerana beliau berkata sambil menbuat muka tak suka sebab dengar Sultan Johor mengadakan kembara di dalam keretapi..

Hey! kamu sedar tak kamu sedang cakap dengan anak jati Johor yang sayangkan Sultannya?
cewaaahhhh..
tapi betul la.. 
saya sangat sayangkan negeri saya..



pssssttttttt :: sekarang plat kereta dan motor di Johor sudah sampai mana? hari tu saya nampak JMH yang terbaru.. jika ada lagi baru sila update kepada saya ye..



2 comments:

Mat Gebu said...

Betul2..kenapa mereka perlu kritik apa yg Sultan kita buat, dah negeri dia, suka hati lah nak buat apa2 pun, at least ada juga insiatif nak melawat rakyat jelata, tak delah dok guling2 dalam istana jeee...Saya bangga jadi anak JOHOR..

Nour Eyza said...

betulkn en mat gebu.. kawan saya tak puas hati sebab sultan johor buat cm tu.. dia bg mcm2 alasan.. saya tak suka dgr dia ckp tp sy x sound sbb sy tak nk gado..huuu

sya bangga jadi anak JOHOR!