Happy Cat Kaoani -->

Thursday, October 30, 2014

Buat Tatapan Masa Hadapan







Assalamualaikumm..





ini buat tatapan anda semua dan masa akan datang. aku tak tahu berapa lagi lagi jangkahayat laptop aku dan kalau jadi apa2 at least aku dapat la tengok dekat blog aku ni semula. internet takkan pernah padam kot? hahah.. agaknyalah.




buat pengetahuan semua yang dah tahu dan belum tahu. kampung aku telah diambil oleh PETRONAS untuk Projek RAPID. projek penyimpanan gas dan minyak yang terbesar di asia tenggara. terbesar dinegara. mahu tak mahu kawasan kami la yang terlibat. jadi dengan tak rela hatinya tanah kami diambil alih. 



sedih? jangan cakap la. 
marah? kadang2. bila rasa diri teraniaya.
saket hati? hari-hari.



jadi dengan ini separuh dari penduduk kampung telah diarahkan berpindah ke taman baru yang disediakan. rumah dibuat tapi bukan FREE ye anak2 semua. tak ada apa yang free dalam dunia ni. rakyat tetap akan teraiaya. takkan pernah rakyat dilayan macam raja. tak mungkin. yang payah rakyat. yang sedih rakyat. yang merana rakyat. yang susah payah. yang rugi. semua rakyat.



jadi. inilah hasil kampung yang telah ditinggal tu.














sekejap lagi kawasan ni akan diraatakan dan ditambak dengan tanah. dan lepas tu bermulalah projek RAPID tu. masa tu kita takkan dapat cam lagi kawasan rumah kita dekat mana. 




tak pernah terpikir dalam otak yang kami akan dipindahkan. dah berangan nak buat pelamin dekat mana. nak bukak khemah kenduri kat mana. nak buat rewang2 dekat mana. semua dah pikir. sungguh. tak pernah terpikir akan keluar dari tanah sendiri sebegini awal. 



cakap pun tak guna lagi. semuanya dah hancur.




selamat tinggal kampung. selamat tinggal rumah. selamat tinggal kenangan. selamat tinggal tanah bertuah. dibangunkan oleh arwah tok. tak pernah terfikir lagi.




T___T




babai!






No comments: