Happy Cat Kaoani -->

Monday, June 23, 2014

Azam Sebelum Puasa




 

Assalamualaikumm...



tinggal beberapa hari je lagi kita nak masuk bulan puasa. semoga kita semua dapat sampai ke bulan ramadhan dan mengharunginya dengan penuh rasa kesyukuran. betul la tu bulan ramadhan kena puasa. Wajib! haha. tapi pikirkan segala pahala dan dibuat kerana Allah. pasti kita tak akn rasa penat sangat atau lapar sangat. semuanya niat Allah yang tentukan. amin2..


bagi aku puasa ni sangat biasa. sinonim. rasa macam boleh bila2 masa je. tapi waktu bukan bulan puasa tu nampak agak mencabar sebab orang sekeliling yang banyak jual makanan tu rasa tak tahan kot. tapi aku kalau kata puasa relax je. kau makan la durian depan aku pun aku relax je. niat tu kena ada. haha. tapi bab air tu kadang tengok macam tak tahan jugak. sejuk2 tu berwap dapat minum memang la mengancam musim2 El Nino ni. rasa kulit bersisik je panas kan.


nampaknya puasa kali ni kami sekeluarga puasa dia rumah la. sebab nak pindah sebelum raya kan. sebelum raya tu maknanya sebelum puasa sebab masa bulan puasa tak mampu woi nak mengangkut berpindah bagai. sape nak tahan musim2 kemarau ni buat kerja berat2 panas2 macam ni? haha. tak larat. tak payah tipu. jangan la kata kau kuat sangat, kang tak pepasal buka puasa pulak. ciss..haha


puasa kali ni harapnya lebih semangat la. kira azam mula puasa ni. biasa orang buat azam masa awal tahun kan? ni aku azam nak mula puasa. entah. macam semangat lain macam  puasa tahun ni. tahun lepas puasa masa mula puasa aku masih lagi dekat Puncak Alam. masih belum habis exam tu. jadi dapatlah 10 hari macam tu puasa dekat Puncak Alam. puasa dekat perantauan ni best jugak sebenarnya. best sebab kita sendiri yang kena pikir kita nak berbuka apa petang ni. apa yang ada dekat dapur. apa nak sahur subuh nanti semua kena pikir sendiri. -.-'


kalau kita sendiri tak gerak, maunya kita tak makan. haaaa.. kalau kat rumah kau tak pikir pun dalam peti ais belah atas tu ada ke tidak ayam, ade ke tak daging, ikan, sayur bagai. ade tak apa2 makanan nak dimakan subuh nanti. kau cuma tanya mak je. ade ayam mak kat rumah? ade sayur? ade itu ada ini? tak pergi pun tengok sendiri. kahkah. tapi kalau tak ada aku bawak mak beli la. susah apa kan. haha. tu aku la. tapi aku masak jugak. masak ikot tekak aku la nak makan apa. haha. tapi aku buat banyak biasanya. untuk semua makan.


puji diri pandai masak? tak.. tak.. tak pandai masak pun. mak masak kita tolong. mak kan masak sedap.haha. mak kot. sape ada kata mak masak tak sedap. hahaha. dan2 kan. abah aku pulak jenis kena makan nasik waktu buka puasa. jadi hari2 harus la masak nasi dan masak lauk. kadang2 lauk tu beli je. sebab nak lauk jenis cerewet dan macam2 jenis. kang tekak tetiba nak siput sedut masak lemak la, ikan keli sambal hijau la, telur masak kurma la, lala sambal la. baik la beli sikit2. RM2 ke RM3 seplastik. balik rumah tuang dalam mangkuk settle. kahkah. 


azam bulan puasa ada banyakkkk.. tapi sikit2 kita cuba buat la eh. sikit2 lama2 jadi bukit kan. haha.





ni penyedap mata sebelum puasa. sedap aihhhh.. nampak je kecik tapi bila kau makan kenyang gila kot. haha. jangan pandang sebelah mata tau. pasatu air dia banyak dan langsing je gelas. tengok bawah ni.





haaa.. kan? merah langsing je dia. tinggi pulak tu sampai aku tak sampai nak hisap straw dia. haha. cis tau. saje je nak bagi nampak aku semakin rendah. haha. terpaksa angkat turunkan sikit kalau nak minum. jadi macam sopan sangat. padahal dia yang tinggi. 


ni aku makan dekat kedai makan kawan kepada kawan aku. diorang kenal masa praktikal dekat Holiday Inn Glenmarie Shah Alam dulu. katanya kawan aku owner dia sebaya aku. tapi sangat rajin bekerja jadi dapatlah sebuah kedai untuk diusahakan sendiri. syabas bro! tabik sama lu. umur aku ni? masa tu aku tak habis study pun lagi. kahkah.


sampai sekarang aku pulak kawan dengan dia dekat fb dan insta. kawan sama kawan. bagus kan? orangnya baik, sopan, pandai bergurau, suka berkawan, PANDAI MASAK, pandai manage perniagaan. nak apa lagi? tapi sudah berpunya. opssss! maafkanlah beliau. beliau sudah mahu berkahwin rasanya sekarang ni. haha.


nampak haus tak air tembikai dalam gelas langsing merah macam ni. berais2 basah2 gitu.. haaa.. jangan pikir lain. basah2 tangan nak pegang sebab wap luar tu la weii. otak jangan nak kuning sangat okeh. hahaha..


kedai makan dia namanya Warung Bonda. dekat SS15 Subang Jaya. perghh.. betul ke apa aku cakap ni? jujurnya aku tak tahu sangat tapi first aku pergi aku boleh ingat. depan Subang Parade ade junction belok kanan kalau dari Shah Alam. pastu cari SS15. ehhh.. betui ke ni? meh aku bagi mapsss!






Warong Bonda

48, Jalan SS15/4,
SS15,
47500 Subang Jaya, Selangor.


gambar ambik dekat fb owner. maafkan saya deh. hihi. kedai buka dari siang, sampai malam. siang ada lauk2 nasi campur dan malam makanan western dan ala carte (goreng-goreng). macam biasalah. hii.


jemputlah kesana. yakin tak akan kecewa. paling best pizza 4 rasa dia. 




pada aku la pizza ni memang betul2 memenuhi citarasa aku. ada 4 rasa yang tak terlalu pelik tapi sangat sedap. boleh rasa mana2 dari 4 jenis rasa tu. lepas tu crust dia tak tebal sangat. just nice!! 


sebelum puasa ni tengok sensiang boleh la. kang kalau dah puasa bukan tak boleh tengok. tapi nanti ada pulak yang menggugat iman dan sanubari. haha.


dah2. mari makan tengahri semua.


babai!







1 comment:

Tyara NY said...

Wah macam best je! Dekat je tu, boleh pergi cuba nanti..

Selamat bertemu kembali Nour ;)