Happy Cat Kaoani -->

Monday, March 12, 2012

Weekend yang sangat penat!





Assalamualaikum semua...


apa khabar semua? harap sihat2 sejahtera hendaknya. semalam aku pergi jalan2 dekat KL denagn kawan2 tourism aku. sampaikan aku tak berupdate blog tu. terbiar je. sebab gembira sangat dapat keluar jenjalan sama2 dengan kawan2 lama yang sememangnya rapat.


aku dengan kawan2 aku pergi KL naik bas sahaja. biasalah student kan, mestilah naik bas. tapi punyalah payah dan susah caranya nak naik bas kena masuk UiTM dulu baru boleh ambik bas ke Shah Alam. lepas tu dari Shah Alam ke KL. sampai KL Sentral naik monorail pergi Times Square. perjalanan tak payah sangat tapi banyak kenderaan kena naik. jadi kena berebut dan bersesak denganorang ramai. phewwww.. sangat la leceh sebenarnya.


kalau tak betul2 rasa nak pergi berjalan baik tak payah la pergi naik bas ke KL. penat jugak sebenarnya. kalau nak ikutkan hati malas baik la naik kereta je. naik kereta cepat sikit. ni taklah berlari dan kejar monorail. berlari nak naik bas. kejar2 bas. gesel2 dengan mat bangla yang keluar hujung minggu dan jugak lalu tepi apek2 ketiak busuk. wakakaka =.='


gigih ni samapi dekat Times Square pukul 10.45 pagi dan terus2 cari tempat makan. semua sepakat nak makan  dekat foodcourt sebab semua dah lapar. pagi tak pagi sangat pukul 11 dan mencekik asam laksa, keuy teow kungfu dan macam2 menu lain la. rasa makanan foodcourt memang tak sedap, macam biasalah. orang bangsa asing yang masak kan. mana nak sama dengan orang kita masak.


aku saja je tempah kuey teow kungfu. nak tengok macam mana. tapi memang tak sedap dan tak boleh challenge dengan kedai bawah rumah aku dulu.kuey teow kungfu dia sangat sedap dan best! aku memang suka gila dengan kuey teow kungfu kedai tu. ahhh.. rindu la nak makan dekat sana. one day mesti pergi semula la dekat kedai tu barulah la boleh lepaskan rindu. huuuuu T____T

aku tak membeli belah apa pun. cuma jalan2 je tengok2 temankan kawan2 aku pergi jalan2 dan beli baju dan barang2 mereka. ermm.. tanak bazir duit la sebab nanti banyak benda nak kena bayar. huuu...sedih aku mengenangkan banyak gila nak kena bayar. huuuuu


balik lagi la ramai manusia nak naik bas. terpaksa pergi dekat Pasar Seni untuk ambik bas pertama pergi KL  Sentral. orang tak ramai sangat. even tak ramai tak dapat duduk jugak. pui! penat gila berdiri dari KL ke Shah Alam berdiri dalam bas. sampai Shah Alam naik pulak bas balik puncak alam. samapi simpang u ambik bas untuk balik rumah. owhhhh.. dem penat! nak tercabut kaki berjalan sesana kemari.


apa cerita korang weekend ni?? pergi jalan2 kemana??



No comments: