Happy Cat Kaoani -->

Sunday, March 18, 2012

Tak kenal pun kau.






Assalamualaikum semua...


tadi aku saje la layan fb. petang tadi la. relax lepas kakak aku balik JB dan abah aku pergi pasar malam. aku malas pergi pasar malam. hujan2 ni mesti lecak gila. malas aku nak bergesel2 dengan orang ramai cuma nak beli leher ayam dengan jagung rebus. huh


lepas tu tetiba tup! keluar ada orang nak chat dengan aku. aku tengok nama aku macam tak kenal. awww.. feeling hot la ade orang nak kenal kan? hahaha.. aku tengok la dia tulis apa. dia bagi salam kat aku, then dia tanya umur aku. aku macam ehhhh.. apehal lak ko tetiba je nak tanya umur aku berapa? sesuka suki je. -.-'


aku tanya la apehal nak tahu umur aku. aku tanak bagi tahu pun. ntah sesape je dia ni tetiba nak ambik tahu sal umur aku. pegawai banci ke hape dia ni? aku dah curious je kan. dia kata nak tanya umur sebab tak nak berchatting dengan budak2. mantality budak2. ceh!


aku tanya la pulak umur dia berapa. dia tanak jawap, dia kata pastu umur dia 12tahun. hek eleh.. aku tengok kau belajar dekat kolej komuniti mane ntah. pastu dia kata cuba tengok dekat satu blog ni. blok pasal emas. dia kata dia baru je pegang jongkong emas seberat 70 gram adelah dalam 15k. aku macam ehhhh... apehal lak kau nak cerita kat aku kan.


aku pun saje la usha blog yang dia bagi tu. macam pelik je dapat2 jongkong emas ntah mane datangnya emas2 tu semua. halal ke emas tu semua? aku tak nak la terlibat dalam perniagaan tak halal ni. tak berkat hidup weiii!


aku pun terus je unfriend mamat tu. ntah sape2 je. berlagak je lebih tapi fail! sebab aku aku cakap dia fail? 

dia nak cakap "straight to the point" 

tapi dia tulis macam ni  "street the point"



korang nampak tak kesalahan tatabahasa dan segala nahu dia  tapi berlagaknya macam hape. ape la orang ni kan? kalau nak berlagak pun biar la bijak sikit. ni dah la tak bijak, nak berlagak pulak. tak paham aku. 


malas betul aku nak melayan orang macam ni. aku tak kenal pun sape dia. macam mane aku boleh approve dia. aku memang tak suka approve orang yang aku tak kenal. setakal mutual friend dua tiga orang memang aku approve. malas nak kumpul ntah sape2 tah sedangkan kita pun tak kenal dia. tak pernah berinteraksi dengan dia. ish2...



korang macam mana? approve ke kalau orang yang berlagak macam tu??






No comments: