Happy Cat Kaoani -->

Friday, March 2, 2012

Adik2 saya saket





Assalamualaikum..


apa khabar kawan2 semua? dah makan tengahari? saya dah makan roti pagi tadi dengan sardin. sardin saya masak sedap tau. hehehee... perasan sungguh! cuma masak sardin! pui! hahahaha


ermmm... dua hari ni anak kucing saya saket. tak lalu makan dan muntah2. badanya lemah. panas. saya agak dia demam. kesian dia. dah dua hari tak makan. kurus je badan dia. nak bawa pergi vet, tak ada vet dekat sini. jadi saya bagi dia minum air kelapa. mana la tahu keracunan kan. sebab 3 hari lepas abah saya ada meracun rumput di sekitar kawasan rumah. tak tahu la kalau dia keracunan.



budak itam yang saket. demam. ;'(



kesian dia kan. demam je. panas. hangat je badan. hari tu 3 hari makcik dia, si anjang tak sihat. tak lalu makan. tak nak makan walaupun bagi depan dia. dah la anjang tu kurus tak makan jadi semakin kurus la.



anjang. kurus sangat. ;(


adakah ini semua kerana perubahan cuaca yang tak menentu? yelah, ada hari yang panas sangat2. ada hari yang hujan sepanjang hari. ada kejap panas, sekejap hujan. tak sempat nak basah tanah dan kering kena cahaya matahari. kalau manusia yang besar dan kuat ni pun kena saket tekak dan demam, tak mustahil kucing2 pun macam tu juga kan??


ni andaian sahaja. saya doakan mereka cepat2 sembuh supaya boleh tengok diorang cergas bermain kesana kemari. ni tak duduk diam2 dan orang panggil suruh makan pun tak datang. tak larat! kesian!


anak2 bulus anda semua sihat??




2 comments:

Razil Tahir said...

Cute nyer adik-adik awak...
Get well soon!! XD

inna_risna said...

wah, caringnya awk kat kucing2 tu...