aku belum mampu meletakkan segala harapan dan impian
kala masa datang barulah aku akan menghadapinya
aku akur saat kau mengatakan aku berlainan dari setiap kenalanmu
namun apa yang harus aku lakukan
itu adalah aku
aku yang aku bentuk mindaku sekarang
maaf andai ini melukakanmu
aku bukanlah bidadari syurga yang kau impikan
aku hanyalah hamba Allah yang tidak lari dari sebarang kesilapan
dan aku telah berkali kali silap di hadapanmu
belum pernah ku kira
kerana banyaknya ia
lalu aku kiriman kepadamu
serelung kasih
andai ada lagi ruang untukku berada di hatimu
walaupun hanya seketika..
No comments:
Post a Comment