Assalamualaikum...
selamat petang. hamboiii.. hari ni susah sungguh nak bukak fb dan blog. kemain slow lagi line internet. ntah kenapa ntah. agaknya ramai sangat kot yang main internet siang tadi sampaikan slow gila babun. sekarang ni baru berhasil bukak blog dengan jayanya dan boleh update blog!
dh maghrib barulah dapat menconteng arang ke blog sendiri. erkk... menconteng arang?? wakakakka...
bosan gilaaaa tak ada cerita nak tulis. erkk.. nak cerita pasal apa?? cerita pasal anak Mawi dan Ikin yang baru dilahirkan tu ke? ok jugak kan? Ekin melahirkan cahaya mata pertamanya pada pukul 4 pagi 28Feb 2012. fuhhh.. nasib baik 28hb kan. kalau 29hb macam hari ni maunya birthday sambut 4 tahun sekali. kesian baby tuh.. heeeeee...
lagi?? apa nak cerita?? Owhh.. cerita konsert Erykah Badu tak jadi di jalankan di Malaysia kerana gambar di surat khabar The Star menyiarkan gambarnya yang bertatu nama Allah dalam tulisan jawi di badannya. sungguh kurang sensitiviti kaum terhadap agama lain di Malaysia. sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa Erykah Badu ni. tetiba je jadi femes selepas tatu tu. nasib la Erykah, sapa suruh mempermainkan agama lain. huuuuu...
apa lagi? pasal pernikahan Yury dan Lisa? Ana Rafali dan Naim? ke sesapa yang bertunang dan bernikah lagi pada bulan ini??
tak payah nak merepek lagi lah. sila diam2. wakakaka..
ok la. mari solat maghrib!
No comments:
Post a Comment