Assalamualaikum...
kenangan tu sangat indah kan? hehehe. saja nak menjiwang subuh2 ni supaya korang ni baca kisah aku. ala, kisah aku yang kenal dengan orang disekeling aku. yang ada macam2 perangai dan macam2 gaya hidup yang berlainan dari diri aku.
dulu masa masuk diploma aku kenal dengan sorang senior. mula2 kenal sebab aku masuk pertandingan futsal. aku lawan tapi tak habiskan main. sampai tengahari je aku blah balik kolej dan tidur sebab penat sangat main. ntah macam mana ntah aku boleh setuju dengan kawan2 kelas aku supaya main futsal lawan dengan group lain. gila la malu. tapi ntah... masa tu macam tak ada perasaan malu. yelah, masa tu mana kenal sesapa. bantai je la bola tuh! sekarang ni nak suruh main?? soriiii sangat! segan gila aku! hahahaa
aku kenal dia dari sem 1 aku dekat u sampai sekarang kami masih berhubung. dari tahun 2007 sampai sekarang 2012. bila aku fikirkan balik, rupanya dah lama jugak aku kenal dengan senior aku tuh. wawawawa...
dan masa tahun 2008 tahun lompat kan? sama macam tahun ni. dan birthday dia 29 Feb sama la dengan tarikh hari ni yang kita akan jumpa 4 tahun sekali je. hehehe. dan masa tu aku wish la birthday dia. dan aku janji pada dia, aku akan wish pada dia tahun 2012 nanti untuk birthday dia akan datang. dia gelak je aku janji macam tu.
tapi hari itu datang lagi dan aku tunaikan janji2 aku dulu untuk wish dia sempena birthday yang jumpa hanya 4 tahun sekali tu. waaaahhh... lama juga perkenalan kami. tak sangka jugak aku. *sambil angkat2 kening*
rasa macam baru je meninggalkan alam diploma dekat Melaka dulu. tapi bila pikir balik rupanya dah lama sangat benda ni semua berlalu. lama dah aku kenal diorang. dan dah lama aku masuk degree ni. dah dekat 2 tahun dah.
tetiba rasa macam dah tua. sebab senior aku tu dah bertunang pun dengan gadis pilihannya. tahniah aku ucapkan kepadanya. hehehe.. jangkanya bulan september anti akan diijabkabulkan. Insya Allah... =)
aku gembira mendengarnya. semoga apa yang mereka rancangkan semua menjadi.
ada kawan2 aku yang lain pun sama dah bertunang dan merancang perkahwinan mereka akan datang.
gembira kau tengok semuanya bakal mendirikan rumah tangga. semoga rumah tangga kamu semua akan berkekalan hingga ke anak cucu. heeeee...
ok la, penat dah bebel2 macam mak nenek ni. nak beradu dulu la yeh!
p/s :: rindu gila dengan diploma session aku dulu. dengan Melaka. dengan kampus. dengan segalanya yang ada dekat sana. huuuuuuuu T_____T
No comments:
Post a Comment