Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, June 21, 2011

Maharaja Lawak Minggu 12 Live in JB







hadoi ai, baru hari ni dapat update pasal dunia luar. apa yang terjadi minggu ini. cerita maharaja lawak dan keseakan bandar Johor Bahru. Maharaja Lawak ni macam virus kan? dan biasanya orang suka benda yang boleh buat kita ketawa. macam ML ni... =)


minggu ni Maharaja Lawak di Johor Bahru. di Stadium MBJB Johor Bahru. stadium ni dekat je dengan tempat aku duduk, tapi aku tak pergi pun. sebab tak ambik pas. orang ambik pas dari pukul 10 pagi jadi diorang dah ramai2 tunggu situ start jam 11 pagi. gila awal okeh, sebab ML start pukul 10 malam...wahhhh.. meriah sungguh la dekat Johor Bahru. ramainya orang dekat stadium. menyampah ai bila nak balik kerja bas City Tram yang selalu aku naik tu tak dapat lepas kleuar dari jem depan stadium tuh. sabar je la aden.. 



tapi memang meriah dan havoc la orang JB ni. padahal bukan orang JB sahaja, ada orang daerah2 dekat Johor ni macam orang Pontian dengan Kluang sebab kumpulan Sepah dari Pontian dan Kluang. mestilah ramai kaum kerabat dan sedara mara mereka ramai yang datang untuk support mereka. bab menjerit memang orang JB memang! ahhahaha,... menjerit sakan. macam tak pernah jumpa artis je diorang ni.. hahahahha


dah tu balik kerja bas yang satu aku tunggu tu tak ada. macam mana ni? sebab selalu dalam pukul 5.30 dia dah lalu depan bus stop depan CS ni, tapi ni tak muncul2 juga sampai pukul 6. aku dah naik bengang, memang la rasa macam, " eh, dah kenapa bas tak lalu2 ni?" pakcik bas kata jem kat CIQ tak boleh lepas bas, jadi naik je bas mana2 untuk sampai rumah.



dem. bas tu je yang  betol2 sampai rumah gua. kalau yang lain sampai jauh dari rumah gua, nanti gua kena   naik teksi lagi balik rumah. kalau naik bas gua cuma bayar rm 1.30 ni gua kena bayar rm 5 sebab gua naik bas dan teksi. dah lari budget gua. nasib baik la gua ni tak la sengkek sangat masa tu. nak tak nak gua kena jugak keluar rm 5 untuk balik rumah. sebab ML punya pasal.. haiyooooooooooo...


tapi bila tengok ML minggu ni, Jozan la terbaik.. kelakar gila.. Sepah pun apa kurangnya. ada je modal nak dibuat lawak. "Manisnya Kurma ini" gila kelakar. cantik pulak Jep sepah pakai tudung kan? semput2 bagai.. hahahahaa.. kelakar gila. kalau boleh nak tengok hari2, memang tak jemu la sebenarnya... hehehehhe



Even aku tak pernah ada Astro, tapi aku tengok ML tiap2 minggu dekat youtube. tak pernah miss ok. hahaha.. lawak yang segar dan menyenangkan. lagi2 pulak Sepah tu memang kelakar. hahahha.. korang rasa tak kelakar? pi hantuk kepala tu dekat dinding, mingkin ada yang dah loose, jadi lepas hentak ketat sikit skru tu! hahahahhaha


ok bye!!





No comments: