Happy Cat Kaoani -->

Saturday, June 26, 2010

Pelayan Over~

ceh, tajuk nak cam gempak habis
ayat je gempak nanti..kui3

alahai, sekarang ni waktu nak bersiap2 ke shah alam
aku nak bukak fb dan blog pon mak aku sound
asyik main fb dan blog je bila masa nak uruskan pasal nak pergi ni?
tapi hakikatnya aku dah uruskan pun
dah settle..
dah bayar yuran, dah beli no pin ptptn, dah buat medical check pun
tapi ptptn belum online lagi..
sat2 lagi la yep.. sebab nak bukak laman ptptn pun sangkut
ape ke hal nyer?

tentang lesen pun tak boleh abiskan..
macam hampeh je.
yela, aku dah habis belajar 9 jam..
cuma belum buat QTI je..
sebab hari tu aku pergi singapore tu la..
haish! >.<
dah jadi tertangguh cam ni...
bila aku nak dapat lesen kalau cam tu?
hailaaaa...

tentang tajuk atas ni
apa maksudnya ye?
maksud aku, kalau dalam dunia dan akhirat tak de perkiraan dosa dan pahala, ada yang does and don't pasti aku jadi pembunuh tegar..
gilosss perempuan ini nak membunuh..
sebenarnya betul kan?

memang gila la kalau nak membunuh je kerjanya
kalau pergi mana2 mesti bawa pisau..
ke pistol..
memang gila kan? haha

tu adalah imaginasi paling gila pernah aku pikir
sebab dunia ada undang2 dan Allah juga ada undang2..

Mari kita mengucap dulu..
Astaghfirullahalazim... bawak mengucap.. bawa bersabar..
berkat kesabaran tu la dunia ni aman..haha  -_-"

ceritanya, tadi saya ke kedai beli barang2 keperluan nak ke u la kan
beli macam2 la dekat pekan je
kedai biasa dan tauke dia dah kenal kita
almaklumlah, penduduk dari duduk
memang lahir dan membesar dekat sini
jadi pekedai dah kenal sangat la..

tapi dia punya pekerja budak sekolah aku rasa
kerja time weekend kot
mak ai.. gilosss mengikot aku kemana2 ceruk kedai
tak boleh aku tengok ke pegang bende je mesti dia tanya, nak beli ke? saiz ape? nak warna apa? selalu pakai macam mana?
hello! aku cuma pandang tak pun aku pegang je
tak perlu la kau nak over layan pulak

aku jalan 5 tapak dia ikut 5 tapak
aku undur setapak dia undur setapak
aku cuit je baju kanak2 yang comel2 dia pun kata nak beli? warna apa? saiz?
hey, aku cuit je la.. bukan aku nak beli
kalau aku nak beli pandai la aku ambik..

aku saje je
bila aku jalan 2 tapak tibe2 aku berenti
dia pun break mengejut la...
aku jalan balik dia ikut jalan
aku pusing dia ikut jugak..

aku nak bercakap dengan mak aku pun tak senang
nak je aku cakap
"awak jangan ikot saya boleh tak?"
tapi aku tak cakap..
aku ni bengang tapi tak mahu luahkan..
ntahlah..

last2 aku pun menyampah
aku bayar je then blah macam tu je
haa.. niat hati nak beli barang lain tapi tak jadi
ah, ni semua pasal pelayan over tu la..
haha..





No comments: