Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, February 24, 2016

Nampak buruk dan dianggap buruk







Assalamualaikum..



hailahh.. lama benor tak menulis. lama benor bercutinya. dari pada dulu kononnya bila ada wifi baru nak update hari2 kan? tapi nampaknya janji tinggal janji.
aku masih malas jugak nak menulis. padahal menaip je. apa nak jadi ni?


aku kalau nak menaip kena ada rangsangan dari luar. 
macam kena baca dulu blog orang lain baru la rasa gedik nak menulis tu ada.
tadi kejap baru je baca blog kak Diana Ishak.
korang tahu tak blog dia? kalau tak tahu klik SINI untuk baca blog dia.
best weh. orang berpengelaman.
aku sebenarnya dah follow blog kak Di dari dulu lagi. zaman dia baru ada anak. sekarang anak dah besar 2 orang dah. lamanya. hehehe


terbaca 1 entry pasal hal dipandang buruk kerana fitnah.





sorry kak Di sebab curik gambar. tapi ini memang buat aku teringat sesuatu.
pasal story dulu.
rasanya aku tak pernah tulis kat blog. 
or aku dah lupa.
jadi mari aku cerita.


macam kak Di kata dia punya pengalaman paling worst masa citer pasal exbf dia dulu. 
masa study. 
yup. aku pun ada pengalaman masa study yang worst aku rasa. tapi bukan pasal bf. almaklum, iols kan manusia naif masa study. kahkah. ok perasan kan.


masa tu aku sem 3 or 4 lupa dah.
ade sorang roomate aku ni baik je kawan dengan aku depan2. 
tapi end up macam2 perangai dia yang aku tahu.
salah satunya dia ni kaki kelentong. perangai lain adalah panjang tangan dan ermm.. apa eh nak namakan? entah. 


pasal aku cakap dia kaki kelentong tu sebab dia cakap yang dia sakit la. dia tak mampu bayar yuran la. abang dia kerja chef la. pakwe dia belajar kat Mesir la. macam2 la.
sampaikan aku naik musykil. apa ke macam hebat sangat life dia ni kan? haha


panjang tangan sebab dia pernah ambik baju tshirt, seluar track dengan majalah aku. pastu kantoi dengan aku. aku selamba je tanya. biar dia. sebab dah berzaman aku cari benda tu tak jumpa. rupanya dia sorok. nak bawak balik kampung lettew. haha


last sekali perkara yang paling worst sekali aku tak leh lupa dan takkan lupa sampaikan satu level ingat aku ni jahat sangat sampai levelmate aku semua fikir aku nak buat dia berenti study.
ehhhh.. tak kuasa aku nak buat gitu. apa aku dapat? award? haha. tak masuk akal betol. tapi yang tak masuk akal tu la orang percaya kan?


kisahnya gini.
masa tu hampir nak final exam. selalunya 2 weeks sebelum exam mula kita kena print sendiri slip masuk exam tu. print kat student portal u la kan.
fyi, aku study dulu dip dekat UiTM Lendu, Melaka. degree kat UiTM Shah Alam.
aku dah ingatkan roomate aku ni. suh print slip periksa. dia day by day tak print lagi. dan aku keep ingatkan. sebab dia memang jenis pelupa dan messy sikit. haha.


jadi dalam masa beberapa hari nak exam dia balik bilik dia siap goyang2 lagi slip masuk periksa dia dah print 2@3 helai. senang kalau hilang or cicir ade lagi kan. 
aku pun yakin je la. 


bila exam 1st dia kantoi.
masa nak exam slip letak atas meja sekali kad matrik kan?
nanti pegawai pemeriksa akan collect kertas kedatangan dan check matrik kad sekali slip tu.
dia kena panggil baru 1/2 jam exam. bawak keluar dewan. ni cerita kawan2 aku la. sebab aku bukan 1 kos dan sefakulti dengan dia. jadi aku tak tahu macam mana masa tu.


dia kena keluar dan ada soal siasat.
aku rasa 1st exam masa tu BEL. tak silap la.
aku balik exam singgah cafe tapau makanan nak makan kat bilik sebab petang ade paper lagi.
kat level kena bukak kasut, so hujung level aku nampak ada kasut kilat2. kasut lelaki dan perempuan.
aku tak pikir apa. ingat ade la pegawai datang tengok apa ke kan.


sekali aku selamba je la masuk bilik aku. aku tahu memang akak roomate bilik aku tak de exam pagi tu. dia stay bilik. 
aku selamba masuk siap panggil nama akak bilik aku tu lagi.


pastu aku pegun jap sebab ada 4 @ 5 pasang mata tengah pandang aku. agak tajam pandangan itew.
rupanya ada pegawai pendaftar dan ketua guard serta guard perempuan dalam bilik aku.
aku terkejut gila.
dia arahkan aku masuk. aku tutup pintu semula. ketua pak guard ( dulu panggil pak gad, sekarang panggil polis bantuan) tu tanya akak bilik aku, ini ke yang a____? 
akak bilik aku cakap bukan. ni iza. penduduk bilik ni jugak.
aku letak nasi tapau atas meja dengan beg. aku pergi kat akak bilik aku tanya. cari a____ ke? kenapa?


ketua pak gad (KPG) tu tanya aku, awak dari mana? kos apa?
aku jawap la. 
pastu dia direct to the point tanya mana kwn aku tu.
aku cakap tak tahu sebab lain kos lain tempat exam. ok dia terus cerita apa masalahnya dan aku sangatlah terkejuttttttt yang amat. 
aku cakap macam tak percaya. tak sangka dia berani buat macam tu. sebab dia dgn kawan2 baik dan dia bukan jenis yang jahat.


KPG tu tanya aku macam2. aku jawap semua jawapan dia. 
aku suh dia cari dekat barang2 kawan aku tu. tempat buku2 dia. mana tahu dapat bukti.
sebenarnya kalau korang nak tahu, kawan aku tu dah memalsukan salinan masuk peperiksaan sebab dia tak bayar yuran awal sem dan sepatutnya dia dah gugur dan bukan lagi pelajar. tapi dia relax terus study sampai nak exam dia tipu buat slip lain masuk exam dengan tenang pastu kantoi. wowwww sgt tuh!


aku tolong dia carik apa yg nak dicari. aku cakap aku sendiri nampak dia tayang kertas macam slip exam katanya dah print. tapi aku xtengok pun betul ke tak tu slip exam.
tapi kalau aku  tengok pun aku bukan tahu. sebab semua orang ingat dia memang belajar betul.


tak jumpa apa2. dan kawan aku tak balik tengahari tu. dia tahu orang tengah tunggu dia agaknya.
pak guard ambil lanyard dia je. 
pak guard tu kata nanti petang dia datang lagi.


petang tu dia datang lagi. kawan aku ni tak balik gak. sampai KPG tu balik. dia geram jugak sebab tak balik2 bilik kan. 
dah tu aku pun terconggok la tunggu sebilik dengan KPG tu. sambil disoal siasat. kadang aku ada jugak tanya2 untuk kepastian. 
lama jugak la duduk2 dengan KPG tu. berjam2. siap tutup pintu lagi. dia memang suruh tutup pintu dan sorok kasut dia nanti kawan aku nampak. licik tak kawan aku tu? tahu je dia ada kat bilik.


dalam beberapa jam tu aku pan sabar je la. tunggu. tapi sumpah la tak selesa ada lelaki lain dalam bilik kau. dah la kena bertudung je. pastu dia KPG kot, kena jaga tata susila. akak bilik aku siap buatkan air lagi kat KPG tu sebab tunggu sampai 4 jam.


bila kawan aku balik kitaorang tanya la dia macam2. dia diam je.
tanya2 dia. aku nak dia mengaku. kalau tak salah kenapa nak takut kan?
dia kata dia dah bayar yuran. guna transfer masa lepas dapat PTPTN.
memang macam tu pun. sama ada PTPTN tolak terus or kita buat transfer sendiri. settle dah.


kalau bayar mesti ada transaction dalam bank. resit lama dah tak ingat so kena pegi bank Islam semula untuk dapatkan penyata masa bulan2 lepas.
akak bilik aku teman dia g bank islam hujan2. tapi transaction tu tak ada.
dia mati2 kata ada.


pada masa tu levelmate aku dah berkata2. sebab ade KPG yang dok ulang alik ke bilik kami. tapi kami semua selamba je tak bukak mulut. 
tak cerita sebab kes ni belum selesai plus KPG tu dah pesan jangan ceritakan. aib orang kan. aku pun okey la kesian. 


dalam masa nak tangkap dia supaya berdepan dgn KPG tu sangatttttt susah. nak 3@4 hari gak la KPG tu berulang nak  jumpa dia kat bilik tapi dia menyorok kat mana tah. jadi KPG tu tunggu je kat bilik tu.
kau orang boleh imagine yang KPG tu tengah tengok kau, memang tak selesa la nak belajar ke, makan ke apa ke kan. dah la masa exam. tensennya akuuuuuuu!


sampai KPG tu ambik no hp aku. aku ambik no dia. dia kata kalau kawan awak balik bagtau sy senyap2. boleh tangkap dia.
aku pun buat la. sebab tak tahan asik diganggu oleh KPG tu. dah macam bercinta aku dgn orang tua tu. hahaha.


last sekali masa tu tengahari. kul 11 @ 12. exam aku kul 2. dia menyorok kat bilik sebelah sebab takut. masalahnya dia dah pack barang dia letak kat bilik orang lain. tapi KPG tu tak leh masuk bilik orang lain sebab tu masalah dia.
aku merayu kat kwn aku tu supaya ikot je KPG tu untuk soal siasat. bukan terus nak jatuh hukum. sebab aku ade exam Economy petang tu dan aku rasa tertekan dengan kes tu dengan KPG tu terconggok dalam bilik aku. adoiii..


KPG tu kuar bilik berdiri kat level sampai terkejut levelmate semua nampak lelaki kat level. mana yang berkemban, yang pakai short, pakai sleveless berlari masuk bilik semula. gila kau. 


duhhhh.. KPG dah start berang dah tak menyorok kat bilik aku.
dia ugut untuk tendang pintu bilik sebelah tu kalau tak bukak dan tak keluar. 
dah la orang tua tu bekas tentera. kuat semacam, aku tengok pun seram. 


sungguh tensen  masa tu.
KPG tu ugut nak report polis kalau aku tak tolong dia dan suh aku menjawap dengan polis. 
sebab kes ni 1st dalam sejarah UiTM seluruh Malaysia. 
terus aku seriau... perghhhh... seriusnyaaaa! nak nangis aku dengar.


end up terpaksa jugak dia keluar dan ikot KPG tu. 
aku tak suka nak paksa tapi makin aku baik makin kau pijak kelapa aku. jadi aku terpaksa berkasar.


levelmate aku nampak dia ikot KPG tu. then tanya2 kteorg apa dah jadi. aku dgn akak bilik tu cuma cakap ada hal sikit. tu kena ikot pak gad tu. haha. lame excuses sebenarnya. tapi apa boleh buat.


bila dia balik dia terus happy mcm biasa tapi barang2 dia dah pindah bilik lain. alasannya nak balik dah tapi tunggu dulu. tumpang bilik kawan jap.
tapi dia ni careless banyak.
masuk bilik tak kunci pintu semula. tutup je. kalau merayap bilik orang lain pintu bilik tak tutup, ternganga je.
nasib baiklah duit group aku masa aku jadi bendahari untuk esemen tu tak hilang. adelah dalam 1.5k jugak. aku letak dalam laci kunci tiap kali nak kuar g kls dan kuncinya aku bawak. phewww...


disebabkan aku tak suka perangai careless dia, perangai tak sedar diri tu dah salah tapi buat macam happy sampaikan aku curik kunci bilik yg dia pny aku sorok. jadi dia tak dapat masuk bilik.
memandangkan dia amat cuai, masalahnya klu dia cuai, yang bakal jadi mangsa aku dgn roomate lain sebab barang kteorang la dalam tu. barang dia dah tak ada pun. tak ke sakit hati kalau hilang?


tapi dia jaja cerita cakap aku ni jahat, nak dia keluar bilik dan berenti belajar.
cuma masa tu orang tak cakap kat aku. orang sok sek belakang je.
dia cakap kat orang aku tak suka dia. aku saja nak jatuhkan dia. curi kunci bilik biar dia tak dapat masuk and macam2 lagi la.


bila dia didapati bersalah dan dia dikehendaki meninggalkan UiTM tapi dia masih berdalih. 
last2 abang dia datang ambik dia.


aku dengan akak bilik cakap dia ada masalah keluarga terpaksa berenti belajar.
macam tak masuk akal tapi tu je alasan yang ada. 
orang masih anggap aku buruk. jahat. dengki dengan dia.


next sem nya akak bilik aku sem 6 kena duduk luar. dia keluar bilik. taka da dalam bilik. mas atu aku sem 5. kira sem 5 ni la paling besar dalam level masa tu.
ramai tanya aku balik pasal kawan aku ni.
aku malas nak cerita tapi aku dapat rasa orang pandang serong kat aku. makin lama orang pandang aku teruk. busuk.


ini tak leh jadi. memandangkan tak ada siapa nak backup aku dan sama2 dekat bilik ni jadi aku harus mempertahankan diri aku dengan explain semua orang yang aku tak bersalah dan reveal apa yang terjadi. 


baru orang ternganga dengar cerita aku. aku ni bukan jenis nak aibkan orang. kalau aku nak aibkan orang dah lama aku buat sejak kes tu kena dulu tapi tak, aku tak sekejam tu.
aku siap create alasan dan kawtim dengan akak bilik aku untuk jawap alasan yang sama kalau orang tanya pasal kawan aku tu. sebabnya nak nampak tak bercanggah n real. see? siap create alasan kau. baik ke idok? haaaa... 



last2 orang dah tau pasal hal sebenar dan mula la tak ragu dengan aku. mula la aku nak itu ini dengan orang senang. 
tak ada la orang nak jeling2 aku or tak nak bercakap dengan aku. haha.



sekian sahaja cerita aku.
benda2 masa study especially masa dekat u sangat la mengundang pelbagai rasa dan amarah. 
tapi kalau kita hadapi dengan tenang dan tawakal insyaAllah takkan ada secalit noda dapat pada kita. 
jujur tu penting ye uols.



aku tak baik sangat.
tapi berusaha kearah baik atau sekurang-kurangnya berbuat baik diwaktu orang lain susah.
tu je. 



hal ni benda lama, tak perlu ungkit pun.
cerita ni pun sebagai pengajaran dan pengalaman aku je untuk orang ambik iktibar.






sekiannn..