Happy Cat Kaoani -->

Monday, March 7, 2016

Part 1 - UMRAH







Assalamualaikum... 




lama dah aku peram cerita ni sampaikan macam dah ingat2 lupa. sebenarnya tak lupa lagi. masih segar dalam ingatan walaupun sebenarnya aku ni bukan pengingat sangat. haha.


Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sebagaimana dalam perancangan hamba yang hina ini.
disini aku nak bercerita tentang kisah umrah yang aku sertai. yang aku alami dan apa yang aku rasai dan aku nampak.
namun jika ia baik dan boleh dijadikan teladan, maka, ambiklah dia sebagai teladan dan ikutan. 
jika ia tidak baik maka jadikan ia sempadan dan pengajaran.


aku tahu ramai dah mampu ke tanah suci. ramai sangat dah.
even orang kampung aku sendiri dah hampir 80% dah pergi umrah. bukan sekali malah berkali2.
kalau mampu apa salahnya kan. tiap tahun pun aku nak. hihi


kekdahnya mula merancang sejak awal tahun lepas. tapi cuma cakap2 kosong kakak aku pada mak.
mak pun muka budget2 pikir macam nak pergi.
tapi end bulan 9 akak terlalu eager nak pegi sampaikan paksa cari juga travel agent ke sana.
memandangkan akak seorang cikgu maka, dia nak masa cuti sekolah. yela, senang la kan. tapi tak bestnya orang ramai dan harga tinggi sikit.


bincang2 maka satu  hari kami bertiga, aku, akak dan mak nekad ke JB cari travel agent. 
adelah 2@3 spot travel agent kitaorang masa tu. 
berdasarkan pengalaman makcik dan pakcik aku sebelum ni jadi kita go straight ke travel agent yang kita dah tahu tempat dan dah aim bagus dan diyakini.


kerja aku macam biasa, cari travel agent yang kita nak tuju. alamat, lokasi dan mapsnya dia kawasan sekitar JB.
sebab aku bidang2 tourism dan hotel makanya semua aku buat.


sebelum g travel agent aku dah study sesikit pasal umrah. apa soalan yang aku perlu tanya dan so on. 
barulah tak nampak blur depan pegawai tu nanti kan. haha
akak macam biasa la dia serahkan bebulat kat aku.
bukan nak study apa semua dulu.


memula survey 4 travel agent.
Tiram Travel, Andalusia, Utas dan Toyyibah.
last sekali pilih Tiram sebab Tiram ade pakej yang kami nak, ade pakej yang bilik ber4, ada pakej waktu yang sesuai dan sebagainya.


memang dah aim Tiram ni. tapi since dia je melayan kami dengan baik dan yang lain so-so jadi aku pilih Tiram.
lepas pilih je terus kol bagitahu nak tempah pakej sekian waktu dan harga.
terus pegawai tu suruh bagi details in emil dan boleh bayar deposit.
laju2 aku bayar deposit transfer je.
baru rasa lega.


teruslah tanya bila nak pergi kursus umrah and so on.
kursus tu tak jauh dari travel agent tu, kat masjid sebelah je. so senang la.




masa kursus umrah hari tu.
aku rasa aku pergi kursus umrah ni dalam 2@3 kali je.
selebihnya aku baca buku dan google.
sebab setiap kali kursus tu benda yang sama je diulang2. kalau penceramah sama lagi la sama.
kalau penceramah lain, lain la sikit ceramahnya.
maksud aku cara penceritaan dan pengalaman la.


aku tak tahu berapa kali orang ambik kursus umrah untuk ke umrah.
sebab aku tak pernah tanya orang. aku just ambik tahu hal2 dari internet je bukan orang awan atau orang kampung.
cuma wak2 aku bila aku tanya sorang tak pergi sorang pergi beberapa kali.
jadi aku rasa ok je la tahap aku pergi kursus 2@3 kali tu.
yang penting baca buku, pahamkan dan ingat muka surat dan urutan nak buat nanti. itu penting.


tapi masa aku pergi TA untuk uruskan dokumen, adalah jumpa sorang Mutawifah gelarannya untuk perempuan. aku pun tak tahu, dia yang gelarkan diri dia sendiri.
akak aku yang berbual dengan dia sebab aku mengadap pegawai tu tanya macam2, jadi akak aku yang duduk kat sofa jadi mangsa Mutawiffah tu nak bertanya.
maka akak aku pun disoal macam.
bila akak aku kata baru daftar dan baru sekali pergi kursus mutawiffah tu mula bukak seribu ayat nak komen.
tak boleh la kursus sekali dua. kena kursus setahun baru boleh pergi. katanya.
pastu tanya macam2, macam mana tahu pakej umrah ni la. daftar umrah datang sini terus ke pakai agent? mana tahu travel agent ni? macam2 soalan dia.
kalau travel agent ni dah establish bertahun2 wujud. based HQ memang kat JB dan iklan bersepah dalam surat khabar. apa yang tak tahunya kan? haha. tabah je la soalan mutawiffah ni.


sebenarnya mutawiffah tu rasa tercabar la.
sebab dia yang jaga area kg aku tu. so sepatutnya orang cari dia, sebab dia macam agent kawasan aku.
bukan terus terjah HQ tanya pasal pakej semua. mungkin ade komisyen kot kalau dia uruskan.
entah la. tak tanya. haha.


bila urusan aku dengan pegawai tu siap, pegawai ni suruh tunggu kejap dia pegi ambik stock beg dekat stor.
pegawai tu keluar dengan 4 beg roda dan beg kecik untuk bawak kat bahu.
baru mutawiffah tu terkejut.
dia kata dia pergi umrah 11 kali semua dapat beg biasa, beg bimbit yang hujung tu ada roda kalau nak tarik.
aku tak tahu menahu langsung pasal beza beg ni. aku pun diam je.
mutawiffah tu kata kalau beg roda ni pakej mahal. hotel dekat. katanya. kalau tak beg biasa je katanya. aku pun ye je. sebab tak tahu pun.
maka, lepas tu mutawiffah tu ajak kami ke kelas dia kat felda kawasan aku dan boleh tanya dia kalau apa masalah.
tapi aku sekeluarga tak pergi pun kursus dengan ustazah tu. pergi yang dekat HQ je.


google sangat membantu kalau ada apa2 benda yang kita tak tahu.
tapi kalau korang ade kenal ustaz or ustazah yang boleh bagi nasihat dan boleh jawap semua persoalan korang lagi bagus.


then lepas bayar deposit, dalam 40 hari sebelum kita kena sediakan dokumen yang Travel Agent (TA) mintak.
senarai dokumen yang TA nak biasanya salinan ic, salinan surat beranak yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran, gambar untuk visa, passport antarabangsa yang tempoh tamat lebih dari 6 bulan, surat nikah yang disahkan kalau wanita berkahwin berumur bawah 45 tahun.
kalau wanita atas 45 tahun yang dah berkahwin tak perlu ada mahram pun tak apa. boleh golongkan dalam golongan wanita atas 45.


aku uruskan semua benda nak pergi sana. urusan cop kat pegawai pendaftaran dan cop surat nikah mak abah.
passport memang dah buat haritu masa nak pergi singapore. so settle bab passport.


pasal pengesahan tu korang pergi je pejabat Pendaftaran mana2 pun yang boleh buat ic dan surat beranak.
mintak pegawai cop. nanti pegawai atasan akan cop.
salinan ye, bukan yang asal.
untuk menunjukkan kau ada ayah sebagai mahram.
kalau mahram adik beradik salinan surat beranak adik beradik.
surat mati ayah kalau ayah meninggal.
kalau pakcik yang mahramkan pun sama.
kena ada bukti menunjukkan kita (perempuan bawah 45) mahram dengan siapa untuk pergi tu.
ada syarat2nya. kalau tak berapa paham mintak tolong pegawai TA tu terangkan.
biar dia annoying janji kau paham tapi jangan la pulak kau jadi annoying ye. hehehe


abah aku mahram aku.
so senang. salinan surat beranak di sahkan je. nampak la sapa father and daughter tu.
gitu.





dannn.. lupa nak cakap, yang kad injection jugak kena ada dalam senarai dokumen yang perlu kita hantar ye.
jangan lupa ambik injection dulu dekat klinik2 yang diiktiraf.
harga injection ni dalam RM 120-150 seorang ikot klinik la.
aku inject dekat Klinik Faizal kat BBU je. sorang RM150.
lepas tu dapat kad. ade klinik pakai surat je. depends.







tu dia dokumen yang kita perlukan untuk ke umrah.
kalau dah kawin ada pengesahan kadi kat salinan surat nikah tu.
tu je bezanya.
jangan lengah siapkan dokumen dan sambil tu doa banyak2.
cukup masa 40hari sebelum je aku terus antar dokumen tu semua. lebih kurang dalam 30hari dia akan ke Arab Saudi urusan visa pulak.
masa ni tawakal je yang boleh mohon dilepaskan visa.
kadang2 visa kita tak lepas tanpa ada sebab pun. waaa.. sedihnya..


masa hantar dokumen semua TA bagi kita luggage cop TA. masa bayar deposit dah bagi buku panduan. so buku panduan tu dah study dan lunyaikan sehabis mungkin la. haha.
buku panduan TA aku kasi cop TA aku. mostly tiap TA ada buku sendiri rasanya.
one more thing yang aku lupa pasal aku pilih Tiram ni sebab kursusnya diadakan di Masjid sebelah bangunan TA ni. which is ada space untuk parking dan tempat selesa sebab dekat masjid.


TA lain yang aku survey ade satu buat dekat tingkat atas lot kedai means atas pejabat TA tu sendiri. tak tahu condition dia macam mana.
tapi nampak lot TA tu agak kecik, jadi aku agak lot atas kecik jugak la kan.
satu lagi TA aku tanya pasal krusus dia kata before ni tak ada kursus dekat JB. buat dekat HQ je. kat Melaka. tapi tahun ni mungkin ada dan buat kat pejabat ni TA tu jugak. macam errrr? haha. ruang tak luas dan kawasan pejabat kan. tahu la. tak seselesa macam dekat masjid.


seminggu sebelum bertolak baru debar nak dapat visa.
haaa.. baru mengelabah kan.
plan dan tetap ni. tapi visa belum tahu lagi lepas ke tak.
beberapa hari sebelum tu ada tanya dekat TA visa kitaorang ni lepas tak.
pegawai tu cakap rasanya semua visa dah lepas dan ada dekat KL.
hati dah berbunga gembira la.


2 hari sebelum tarikh berlepas TA call yang bagitahu visa dah lepas dan siapa nama mutawif dan no telefon mutawif.
pukul berapa kena ada dekat KLIA2 dan so on.
maka ternyatalah VISA dah lepas dan bersedia untuk pergi.


aku dah plan sehari sebelum ke KLIA2 aku cadang nak stay KL or somewhere area KLIA2.
kalau tak memang takkan sempat aku nak datang dari rumah.
sebab kena ada dekat KLIA2 dekat 10lebih macam tu. flight pukul 2.30 petang.


jadi sehari sebelum aku sekeluarga ke KL naik bas je.
family lain hantar kat terminal bas dekat dengan kampung.
naik bas ke TBS. dari TBS ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk stay dekat sana.
so senang tak jauh sangat dengan KLIA2.
aku naik flight Air Asia X direct Jeddah.





dekat hotel Bandar Baru Salak Tinggi. pagi sebelum ke KLIA2.
gambar agak blur dan teruk sikit sebab bilik lampu kuning. kamera depan pun sooo tak best. haha
serba hitam aku, mak, akak dan abah.





macam nak melancong ke macam nak pergi umrah? haha
serba hitam sebab tak pandai nak matchkan warna apa yang sesuai selain hitam. padahal kelabu, dark blue semua boleh. ehh.. boleh je. tapi sebab hitam tu senang je nak match jadi pilih je hitam.
jubah pun bukan jubah beli.
wak aku dulu pergi umrah belikan jubah so aku pakailah nak pergi sana. senang. jimat. hihi


sampai awal. nak cari international plug pulak sebab takut dekat sana tak sama dengan sini.
so kalut sebab tak pernah pergi kan. tak tahu macam mana keadaanya.
cari international plug kat kedai Nikon. tengok harga pun seram. haha.
last2 redho je. malas pikir.


tunggu mutawif sampai. tak kenal pun macam mana rupa mutawifnya.
tetiba ada pakcik ni tegur abah aku tanya nak pergi umrah pukul berapa flight. mutawif siapa semua.
sebab nampak beg Tiram so dia tegur.
Alhamdulillah jumpa jugak lagi 1 keluarga yang sama2 nak ke sana.
pasangan suami isteri dan adik dia juga suami isteri. so dia ber 4.
dari Johor jugak. cuma ramai anak2 dia antar sekali. kami tak ada. hehehe


tunggu2 dekat depan tempat timbang luggage akhirnya jumpa mutawif kami.
orang Kedah rupanya. dari Kedah juga. waa.. jauhnya.





ni dia mutawif kami selama 10 hari ni. segak orangnya.
namanya Ustaz Zul Nasri. kami panggil ustaz Zul. dah siap berihram dekat KLIA2.
semangat ustaz kan. hiks


mutawif suruh berkumpul dekat satu tempat pastu ramai2 pergi dekat kawasan check in luggage.
masa tu mutawif bagi passport, tag beg dengan name tag.
tag beg kena tulis dan letak dekat beg.
name tag pakai.passport simpan elok2 dalam beg. jangan hilang.





hakak aku bayangkan yang naik flight masa tu pakai tangga. kena naik sendiri macam kita tengok dekat tv tu.
sekali dia bagi tunnel nak menghubungkan KLIA2 ke flight.
jakun sungguh la kakak aku. jalan2 terus jumpa pintu flight.
tunjuk nombor seat then dia bagi tahu kawasan mana nak lalu.
almaklum la. tak pernah naik flight. gini la kakak aku ni.
tapi masa tu hujan jadi baguslah tunnel ni. kita tak kena hujan.


sebelum tu macam biasa solat sunat qada, solat sunat musafir dan solat sunat ihram dekat KLIA2.
korang tahu je je la kan, keadaan surau KLIA2 tu besar mana. kecik benor.
untuk wanita memang la penuh sesak tak muat. tapi aku gigih jugak. selit2 celah orang.
sempat lagi mintak maaf lepas habis solat kat makcik sebelah sebab terpijak telekung dia.
dia kata tak apa. sikit je.
syukur la. manusia semua baik2. hehehe





ni perempuan jakun dalam flight pegang cawan Air AsiaX. dah la air kosong je.
mak aku sebulan sebelum pergi umrah tak sihat sangat. tetiba je pening. pergi klinik semua dokter tak dapat detact.
doktor syorkan pergi pakar. tapi sebab nak cepat mak aku pilih pakar swasta bukan hospital besar. nanti lambat diagnose dan detact.
masuk2 flight mak dah pening kepala. nak makan ubat.
tapi tahu je la kan. flight dia jalan2 atas landasan dekat 2 jam baru berlepas.
nak cepat sebab nak makan ubat ni.


terbang je dah stabil aku dok bisik kat pramugara nak air kosong nak makan ubat.
tu dia kasi air kosong tu.
rupanya ramai je yang nak sangat air kosong dan nak makan ubat.
waktu makan ubat dah lari sebab nak naik flight tadi kan.


atas flight akan dapat makan 2 kali.
1st meal dapat makan nasi lemak. sedap nasi lemak tu. siap ade rendang ayam sekali. sambal pun sedap.
air minural botol kecik. comel. suka iols tengok.
tapi kalau nak air lain boleh je mintak. ada air nexcafe, milo, oren, air tin (soft drink) dan rebina.
harga air berbeza ikut jenis air. panas sejuk air.




lepas makan aku sambung baca buku lagi. buku Tiram sentiasa je baca. zikir pun tak lupa. siap ade counter digital lagi dekat jari.
risau. jadi mintak dipermudahkan segala urusan kami dekat sana.


belakang seat Air Asia X ni tak ada apa pun. just gambar je.
taka da skrin tv boleh tengok movie or USB port pun. basic sangat.
jadi kau pandanglah gambar penyu (Torism Maslaysia) depan kau selama 9 jam. haha.
masa pergi aku tak tidur langsung.
excited punya pasal kan. tak de la nak lelap.


next meal dapat 2 jam before landing.
makan dulu sebelum turun.
tapi masa ni aku dah tak sedap perut. masuk angin sangat2.
dah ulang alik ke toilet.
toilet kan tak leh banyak guna air. air dalam mangkuk tandas je guna elok2.
jangan tumpah2 ke lantai. banyak je arahan dia.
cuma kecik la toilet. bergerak tu hati2 sikit.






dah la perut aku tak sedap. angin semua.
dapat pulak nasi goreng halia. fuhhhh.. aku tak makan pun. aku cuit2 je. takut nak makan.
kang termelepas satu flight terpaksa menanggung siksa. kahkah


yang kanan bergulung tu artificial chicken kot. rasanya pelik sikit.
tapi sesuai sangat untuk vegetarian la.
aku mamalia tak sesuai ni. haha.


sampai airport Jeddah pukul 8 malam. cuaca masa tu baik. keluar dari tunnel flight turun tangga ke bawah rasa sejuk2 nyaman dia.
turun bawah naik pulak bas ke dalam airport.
dalam bas tu dalam 15min je. tapi sejuknya dalam bas tu lagi sejuk dari kat luar. haaa..


sampai2 je masuk dalam airport pergi la ke kawasan ke cop passport. dari atas dah nampak ramai orang beratur dekat sebelum partition warna hijau cair.
kami turun terus beratur mana yang tak penuh lagi.
masa ni mata melilau tengok keadaan airport.
macam semuanya datang untuk menunaikan umrah. kami2 je. tak ada orang lain.




dah nampak dah lambang Saudi Arabia tuh. dekat airport.
tunggu nak cop passport ni dalam 3@4 jam. berdiri.
dah penat lesu dalam flight kene berdiri 3@4 jam pulak sangat menguji kesabaran kita. masa ni la kita nak zikir, selawat, istgifar selalu supaya dipermudahkan urusan.
kaki memang penat tapi risau tu ada kan. so takleh nak duduk atau nak bising2.


Alhamdulillah family aku semuanya lepas dengan selamat tak ada apa masalah.
dia ambik gambar kita semula. cop jari kita 10 jari baru lepas.
nampak mudah tapi lama sangat rasanya.
ermm.. bila macam ni baru nampak betapa canggihnya negara kita check in dan check out pakai mesin je. letak passport pastu lepas. efisen sangat aihhh.


lepas keluar tu scan beg dan tunggu bag keluar. tapi mutawif kami dah ambik beg dan kumpulkan. kita ambik je la beg2 kita. letak atas troli dan keluar tunggu kawan2 lain keluar jugak.
memula tunggu dekat kawasan kerusi kuning.
lepas dah beberapa jam tunggu pulak kat kerusi hijau.
tunggu semua jemaah lepas dan nak naik bas ke Mekah.






tu dia seat kuning dan seat hijau.
kawasan seat hijau lebih sejuk dan gelap sikit pencahayaannya.
inilah rupa kawasan airport Jeddah bagi sesiapa yang belum sampai. kawasannya luas dan lebih banyak terbuka.
bumbung tinggi dan ada bahagian tempat duduk dan kedai2.
ada kawasan bilik air dan ruang solat.
ruang solat wanita dan lelaki dedua terbuka ye. jadi jangan pelik. silakan solat dengan pakaian anda je. mudah.


masa ni dah mula sejuk. tengok pakcik tu dah berselubung dengan ihram.
kami perempuan ni yang pakai berlapis2 pun dah mula terasa sejuknya. sebab dah semakin malam.
kami dapat naik bas pukul 2.30 pagi.
sampai di hotel Mekah pukul 4.30 pagi lebih kurang.
perjalanan dari Jeddah ke Mekah makan masa dalam 2 jam macam tu.


masa tu aku memang sangattt teruja.
aku duduk dengan mak dalam bas. dah cakap kat mak. nanti sampai Mekah kita kena baca doa kan. nampak bangunan kena baca. kalau lalu nampak kaabah pun lagi kena baca. tapi biasanya tak nampak kaabah. kaabah kan dalam Masjidil Haram.


lepas beberapa minit aku terlelap dengan mak. semua pun tertidur. padahal sepatutnya kena talbiah sepanjang perjalanan.
tak tahan sangat mata ni. dah la jet lag. siang jumpa siang. lambat nau malam. letih badan.
sedar sebab mutawif mintak passport. nak letak dekat hotel.
terus bukak buku nak baca doa masuk tanah haram Mekah.


sampai kawasan Mekah nampak banyak lampu2 dekat bangunan. lepas tu bas berenti.
nampak ramai orang berjalan bertentangan kami.
tengok jam baru pukul 4. pergi mana ni? Subuh?
terus teringat sini subuh pukul berapa?
kalau orang jalan bertentangan maknanya Kaabah ada dekat belakang ni la?
ya Allah.. terujanya hati.


lepaskan orang ramai berbaju putih dan berihram menuju Masjidil Haram. ada berkerusi roda. ada jalan kaki. ada dipimpin. ada bertongkat. ada naik teksi. macam2.
sungguh indah pemandangan manusia berpusu2 ke rumah Allah.




hotel kami di Mekah.
cerah terang tak macam subuh.
kalau orang kata NY never sleep, ni aku nak buat pepatah MEKAH never sleep. tak pernah senyap sunyi.
macam2 bunyi korang boleh dengar.
orang sentiasa berulang alik ke Masjidil Haram nak buat tawaf wajib, sunat, dan sebagainya.

bas berhenti di sebuah hotel paling dekat dengan kawasan Masjidil Haram.
turunkan kami dah suruh kami masuk hotel.
beg dia turunkan oleh bell boy yang dah sedia dengan trolley.
hulur la 5 riyal buat semangat mereka buat kerja. berat tu beg2 kami ni. hehe




bas kami. cantik jugak kan?
jangan salah ye, pemandu kenderaan di Arab Saudi ni belah kiri. pintu kanan.
janganlah kau cari pintu bas sebelah kiri. sebab ramai jemaah sensama aku haritu blur cari pintu kiri tak jumpa. haha.
tempat letak beg jugak biasanya belah kanan. atau kiri kanan. depends pada bas.




receptionist.
semua pekerja dekat Mekah ni lelaki dan wanita dilarang berkerja dan memandu dekat sini. jadi janganlah pelik. semua orang lelaki yang bekerja.
pada aku hotel ni cantik.
meja reception dia pun cantik. style.
lantai pun cantik.




kawasan lobi hotel. jemaah yang tua2 boleh berehat dulu sementara menunggu pihak hotel dan mutawif uruskan bilik kami.
mutawif akan susun bilik yang sesuai dengan kita.
almaklum la. bilik bersepah. bukan sama satu floor semua jemaah.




aku melilau mencari kalau ada skrin menunjukkan waktu solat dekat Mekah. tak ada pulak.
tapi boleh tanya reception. nanti dia bagtau pukul berapa.
jadi aku snap la dulu floor hotel ni. senang nak pergi nanti.
tingkat M tu private untuk jemaah timur tengah. restoran untuk timur tengah.
tingkat S tu Al Bustan Restaurant restoran biasa. makanya kat situ kita semua akan makan. take note. senang gini. kang tertanya2 mana restoran. hehehe


ikut jadual sepatutnya kami dah ihram dan buat umrah malam ni juga.
tapi bila sampai pun dan nak waktu subuh, makanya muatawif buat keputusan yang kami naik bilik dulu, mandi, solat subuh. mana yang nak solat subuh dekat masjid boleh. silakan.
pukul 8 baru turun semula ke lobi dan akan sama2 buat umrah dengan mutawif.


kami tak larat dan tak tahu selok belok perjalanan ke masjid pilih mandi2 dan solat subuh dekat bilik je.
pukul 7 lebih kami turun sarapan dan pukul 8 mula umrah. mutawif bawa ke masjid.









sarapan pagi dekat hotel. everyday sama. haha. janganlah pelik.
sarapannya dekat sini western sangat. roti perancis, roti pita, telur hancur, kacang macam kacang pool, nugget, keju, madu, jem, olive dan salad. haaaaa.. kurlas kan?


air ada air oren dan air panas. tapi kalau nak minum air panas sini kene bancuh sendiri.
dia sediakan air sejuk dan air panas kosong sahaja.
ade satu bowl susu, satu bowl gula, dan satu botol besar nescafe juga satu bowl teh lipton.
korang bancuh ler sendiri.


dan kawasan air tu palingggggg sesak sebab orang berebut buat air panas pagi2.
haaaaa. aku? tekan je air oren dah siap bancuh tu, senang kan. tak pun mium air kosong.





pemandangan hotel yang kami duduk waktu siang. pagi esoknya ni. cuaca cerah.
matahari mula naik.
indah.




pagi pukul 8 mutawif suruh berkumpul dekat lobby dan sama2 menuju ke Masjidil Haram dan buat umrah.
sempat la aku snap beberapa keping sebelum menuju ke masjidil haram.
hotel yang aku duduk ni namanya Al Massa Hotel. 4 bintang je.
aku rasa ni hotel budget paling dekat dengan Masjidil Haram. around 150 meter ke Masjidil Haram.
Alhamdulillah. memang ini yang aku nak. tak jauh sangat dari Masjidil Haram. sebab abah mak aku dah tua kan. nak mudahkan diorang.


rasanya hotel ni budget hotel paling dekat dengan masjid.
hujung barisan hotel2 biasa. sebelah kanan dan hotel besar dan menara jam.




pemandangan menara jam dari bawah. menara jam ni sangat cantik dan berada di Zam Zam Hotel.
hotel mewah yang mengubungkan Masjidil Haram dengan hotel.
dekat sangat dalam 50 meter je.





cannot move on lagi ambik gambar menara jam. lawa sangat.
sebelah hotel aku ni ada bangunan tengah bina.
mungkin hotel jugak kot.
diantara menara jam dan hotel aku duduk ni.





papan tanda depan hotel aku duduk.
besau. jalan ni namanya Jalan Jabal Al Kaabah.
jalan ke Mina belah bawah. ade terowong bawah ni.


ni sebelum menunaikan umrah pertama. boleh la ambik2 gambar.
masa lepas ni tak ada masa langsung. semua ikut mutawif sebab tak pandai selok belok masjid lagi masa ni. kami pun 1st time kan datang sini.
kalut2 sikit tu biasalah.


habis buat umrah dalam tengahari.
petang tu rehat2 je dekat bilik.
aku just hantar baju dekat dobi.
bukan baju aku, kain ihram abah. dedua dah kotor. bawak 2 set je. so untuk umrah sunat akan datang nak pakai lagi tak ada pulak.
better basuh cecepat.
basuh dobi kat Mekah ni pakai helai ye. dan jenis pakaian. bukan macam kat Malaysia pakai timbangkan. sini pakai pieces.
kain ihram 2 helai 15 riyal. tapi kejap je siap. kalau hantar pukul 8 pagi boleh ambik lepas zohor.
kalau hantar lepas zohor boleh ambik lepas maghrib.
macam tu la cepatnya. service bagus. tapi korang tagak je la bila dia. mahai. heheh





ni makan tengahari. lauk tempe goreng pun ada tau dekat Mekah ni. jangan la kau pelik. haha. cuma tak ada sambal kicap je. kalau ada konfom la menjilat jari. haha.
makanan hotel aku ni semua ala2 asia. sebab restoran ni memang orang asia je yang makan. orang Indonesia, Malaysia, Singapore dan Brunei.
kalau orang timur tengah restoran dia level M. lain. so tak akan jumpa orang timur tengah makan sama kau.


kat sini lauknya ayam masak apa2 la, sotong masak hitam (ni pujaan aku ni) , ikan dowry masak macam 3 rasa, masam manis. daging masak apa tah lagi. sedap je aku rasa. boleh telan.
sayur kacang, tauhu, tempe goreng.
side dish ade sup ayam campur bendi, keropok moni, agar2 sebagai pencuci mulut.
seminggu gitu la kaedahnya lauk tetukar. tapi sarapan maintain western. haha


tak jumpa nasik arab, mandy, lamb bagai pun kat sini.
nak makan gitu silakan ke kedai luar.
sos dan kicap pun sos ABC Indonesia punya. rasa macam kat indon dah.


esoknya pergi ziarah pertama.
dan umrah sunat.






dekat Jabal Rahmah.
kami semua tak naik sebab muatwif tak kasi naik.
masa ni orang ramai sangat naik. takut dah naik tak sempat turun seba tak boleh lama2 dekat sini.
jadi tengok dari bawah je.
doa jodoh je. kata bukit kasih sayang. gitu.
aku doa apa? mana boleh bagitau! hahaha




ada stall aiskrim. ada van aiskrim. kacang. jajan. banyak sangat bawah ni.
boleh beli kalau nak makan. tak mahal pun. sodap jugak.




ada jugak orang jual2 dekat sini. tapi bila polis datang bertempiaran lari.
polis naik jeep jaga kawasan sini tapi dah nama pun tarikan peserta umrah haruslah orang tumpu berjual dekat sini.
jual2 macam ni sangat murah. sejadah besar boleh dapat 5 riyal ye. sejadah kecik dapat 1 riyal. mana nak dapat wei kalau kat mesia. haha




ini khemah di Mina.
tapi gambar gegar sebab aku ambik dari dalam bus je.
gegar sikit la janji ada.




masjid Jaranah. tempat Miqat kami untuk umrah sunat ni.
masjid lama sangat.
rekabentuk dari luar nampak ok tapi bila dkat dalam kau paham2 je la.
dengan ramai orang tengok tu berbas2.
ambiklah air sembahyang siap2 dekat hotel or bekal spray wuduk. senang nanti nak wuduk.




inilah pemandangan dari tingkap bilik aku. syukur sangat muatwif bagi bilik ni. rupanya bilik ni mendapat depan hotel.
gambar ni laluan menghala ke masjid.
turun bawah. lalu kiri rentas kat depan merpati beterbangan tu terus ke kawasan putih tu.
kawasan putih tu dah kira lantai masjid ye. mozek warna putih jenis matte.
lepas tu masuk pintu paling kanan menuju ke Mataf (Kaabah).





ginilah keadaan teksi waktu siang. berderet menunggu nak pusing nak ambik orang dekat depan masjid kalau sape nak balik hotel jauh.
teksi mostly Toyota Vios putih.
banyakkan? berderet. siang malam macam ni. dan bunyi bising.
teksi akan hon2 orang jalan kaki tepi2 jalan untuk tarik orang naik.
dan kat sini banyak teksi kemek. hehe, paham2 la kan. banyak. sesak. sempit. kelam kabut.




ini pulak bebetul bawa pintu hotel.
bas2 ni akan berenti dan ambik penumpang naik. destinasinya aku tak pasti dan tak tahu mana.
harga pun tak tahu. jangan tanya. haha.
aku tengok orang naik relax je macam tak bayar tambang.
aku syak bas ni macam rapid kl.
semua cop sama nama SAPT.CO. tak silap la.





pemandangan waktu malam.
nampak tak ramai orang berjubah putih, bertelekung putih menuju masjid. sunat berpakaian berwarna putih kan. sunat free2 dapat pahala tau. indahnya la.
tu jalan bawah tu menuju ke Mina. terowong dia lawa jugak tau. not bad la.
jalan bawah tu pun 2 line pergi balik. besar la kan.





ni kedai aiskrim sebelah hotel aku. fuhhhh.. jangan cakap la. kalau lepas solat or umrah mesti ramai balik beli aiskrim ni.
bukan kata kita orang luar, penduduk sana pun suka beli.
ada sekali tu aku nampak pekerja pakai jaket pantul cahaya syarikat Bin Laden beli pagi2. siap pakai topi construction lagi. beli sebelum masuk kerja.
ala, syarikat empunya kren tumbang tu. syarikat besar tau tu. kren semua bebesau.


aku akhiri umprah part 1 ni dengan gambar aiskrim coklat dan vanila ye. hikhik
sedap wehhhh...





aiskrim vanila dengan coklat paling best.
ade aiskrim strawberry, mango, chocolate dan vanila. boleh la mix jugak. kalau tak mix macam aku ni la.
dah tekop dengan penutup dah tak nampak cantiknya aiskrimnya. tapi sedap tak penah kurang.
rasa susu yogurt tu yang sedap. tah kenapa tah. hehe.


silalah rindu dan sedapkan tekak dengan aiskrim Mekah.
aku tengah sakit tekak ni. gatal tekak.
nak makan antibiotik tak ada.
makan ubat batuk je la.
nite uols.






1 comment:

Pen Biru said...

Allah..rindunya Mekah. akak pergi thn 2013..hotel pun area situ jgk..dgn Tiram jgk..cuma yg x best, wktu tu Tiram dah tipu kami.12 hari jadi 11 hari..duit x dipulangkan