Happy Cat Kaoani -->

Monday, July 20, 2015

Hari Raya Hambar 2015. Haha








Assalamualaikum...


  *** entry ini ditulis pada raya ke-4 tapi siap post raya ke-15. lulz 


selamat pagi dan selamat hari raya ke-4. wahaha.. dah sampai raya ke-4 baru ingat nak update blog ye. derhaka betoi. apakan daya kami sebagai manusia yag tak pernah cukup masa terluang. masa terluang banyak dihabiskan main game dan scroll fb dan insta. hahaha. maafkanlah mediam yang telah lama ditinggalkan ini.




patutnya pagi2 cenggini aku mengadap kucing2 aku. bersihkan diorang. lepas tu jirus pokok. lepas tu mop beranda. ni pagi2 cenggini aku meniarap update blog. hahaha. apekah! kejap lagi la kita bersihkan itu budak gemok busuk tu. 








suasana hari raya tahun ni tak banyak beza dari tahun lepas. tapi tahun ni aku dengan family tak ambik gambar ramai2 macam dulu. haha. padahal family aku ade 4 orang je tau. tu pun malas nak ambik gambar bagai. sebab warna baju pilihan abah tahun ni kuning. so tak ada siapa yang hingin nak sama tema dengan abah. semua anti dengan warna kuning. so, tak adalah gambar raya ramai2 tahun ni. tahun2 sebelum ni semua warna kiteorang pilih so redho je abah pakai. tapi sebenarnya warna kiteorang pilih lagi cantik hokey. haha




Raya tahun 2014. Tahun pertama raya dekat sini.




raya tahun 2013 warna hijau. raya tahun 2012 warna merah bata. tiap tahun ada warna sendiri. tapi tahun depan aku ingat nak warna pink, tak pun warna royal blue. entah la. 



tahun ni tak ambik pun gambar. jadi korang imagine sendiri je la ye gambarnya. haha. lawak hambar. 




lamanya postnya terperam. macam tak cukup2 waktu nak post. padahal waktu terluang aku isi dengan main game farm heroes saga je. apa nak jadi ni?



sekian dulu la ye entry kali ni. nak cerita pasal kuih raya, tak sempat siap pun. nak cerita pasal itu ini jadi malas. kehidupan aku taklah membosankan tapi biasanya malas nak tulis. kalau rajin pun tulis kat kalendar hp. kalau hp mati ke rosak tak adalah jawabnya. sekian sahaja. 




babai kesayangan. 









Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan ke-21







Assalamualaikum.. 





harini dah puasa ke-21 dah kan. rasanya cepatnya masa berlalu. ish. aku rasa dah berzaman aku tak bukak blog ni. jangankan kata bukak, nak update pun pemalasnya masyaAllah. padahal banyak gila nak update blog. disebabkan internet macam chipsmore, jadi keadaan itu buat aku makin malas. ni pn aku pakai wifi telefon. roamingkan dia. wifi celcom ni aku malas betul nak buat macam mana sampaikan tak boleh roaming. apa masalah tah.




last entry aku bila tah aku pun tak perasan bila. pemalas sungguh nak tengok. tau2 bukak je terus la taip. padahal bukannya nak taip apa pun. 



sekarang ni walaupun tak kerja tapi bizinya mengalahkan ada kerja menteri besar. hahaha. nasiblah blog. kau dah macam tukun dah. nasib tak naik teritip je. kahkah. 



korang mesti bukak puasa best2 kan? alah.. aku makan simple2 je hari2. paling win pun masak biasa2 je. bukan ada benda yang special pn. tapi biasanya tetap jugak orang nak cerita kan. haha. samalah dengan aku.




whoaaa..kenapalah tetiba gelap gelita ni? iols nak pergi pejabat pos ni uols. lambat la hujan nnt. ok la babai uols.