Happy Cat Kaoani -->

Sunday, May 10, 2015

SELAMAT HARI IBU!








Assalamualaikumm...




aih... kenapa la malas sangat nak update blog ni? kalau internet dah slow jadi malas sangat2 nak update blog. bila laju kemain kau. semua lajuuuu je rasa sampai macam tak boleh tidur je. 




sejak setahun lalu aku sangat2 dan pemalas nak update blog. dasar! pastu sibuk cari entry lama nak tengok. rupanya tak ada. so saddddd. haha. pastu bebel2 sendiri rasa macam dah tua nyayuk tak ingat tarikh la, nama tempat la apa semua. tensi iols.




semalam je aku cari balik gambar buka puasa aku dengan kawan2 tahun lepas punya tak jumpa. alahai tua sangat diri ini sebab tak boleh ingat apa yang sepatutnya. benda kecik je pastu bukan lama sangat pun. setahun je pun. eh, belum setahun pun la.




tayah nka bebel2 sangat ah. ni nak wish HAPPY MOTHER'S DAY pada mak aku. mak mertua belum ada jadi simpan dulu wish tu. mana la tau taun depan wak cenggini dah ada mak mertua. kahkah. angan2 sangat uols. dah2. selamat hari ibu mak. hari2 hari ibu. tayah la nak wish hari ni je. haha. semalam aku dah wish. hari ni pun wish lagi. lagi dan lagi. kihkih.



kan pandang wajah ibu dapat keberkatan. jadi aku nak g dapur kejap pergi tengok muka mak. ade mak pelik pastu mak kata aku buang tebiat. mak tengah masak kot. tayah nak pi hadap muka mak. hahaha. nampak kan ibu aku sangat solehah. waktu cenggini memang waktu masak. anak dia dok mengadap laptop dalam bilik. syabas.. syabas! kahkah








antara gambar terbaru, padahal taun lepas punya gambar. almaklum la dah dewasa kini jarang ambik gambar selfiee dengan mak. selfie sendiri je. perasan lebih. haha.





masa ni dekat MAHA 2014. kat Serdang la. mak aku kecik je orangnya. terima kasih mak kerana membesarkan anakmu ni sampai lebih besar dari mak sendiri. kahkah. lepas ni kuruskan badan pastu boleh sama saiz balik dengan mak. kahkah. 






love u mak. ari2 tengok muka mak. nak makan, nak tidur. nak mandi. haha. sebab aku duduk rumah sendiri. senang jew. tayah telefon pun. telefon mak tu aku buat main game dengan mintak share topup je, kahkah, anak2. sabar je lah.




kalau bukan kerana mak, aku tak duduk sini lama2. aku kerja luar dah. tapi sebab mak aku duduk kg ni. teman mak. kawan mak. antar mak. hihi. baikkan aku? mak doakan eh kita dapat kerja sesuai, boleh duduk kg je. haha. 




ececeh.. konon sedih la. padahal tak pun. kuikui. ok la uols nak berkemas pulak. asik mengadap laptop je. nanti tak nampak kerja rumah yang siap. hiksss





love u mak!