Happy Cat Kaoani -->

Monday, June 23, 2014

Azam Sebelum Puasa




 

Assalamualaikumm...



tinggal beberapa hari je lagi kita nak masuk bulan puasa. semoga kita semua dapat sampai ke bulan ramadhan dan mengharunginya dengan penuh rasa kesyukuran. betul la tu bulan ramadhan kena puasa. Wajib! haha. tapi pikirkan segala pahala dan dibuat kerana Allah. pasti kita tak akn rasa penat sangat atau lapar sangat. semuanya niat Allah yang tentukan. amin2..


bagi aku puasa ni sangat biasa. sinonim. rasa macam boleh bila2 masa je. tapi waktu bukan bulan puasa tu nampak agak mencabar sebab orang sekeliling yang banyak jual makanan tu rasa tak tahan kot. tapi aku kalau kata puasa relax je. kau makan la durian depan aku pun aku relax je. niat tu kena ada. haha. tapi bab air tu kadang tengok macam tak tahan jugak. sejuk2 tu berwap dapat minum memang la mengancam musim2 El Nino ni. rasa kulit bersisik je panas kan.


nampaknya puasa kali ni kami sekeluarga puasa dia rumah la. sebab nak pindah sebelum raya kan. sebelum raya tu maknanya sebelum puasa sebab masa bulan puasa tak mampu woi nak mengangkut berpindah bagai. sape nak tahan musim2 kemarau ni buat kerja berat2 panas2 macam ni? haha. tak larat. tak payah tipu. jangan la kata kau kuat sangat, kang tak pepasal buka puasa pulak. ciss..haha


puasa kali ni harapnya lebih semangat la. kira azam mula puasa ni. biasa orang buat azam masa awal tahun kan? ni aku azam nak mula puasa. entah. macam semangat lain macam  puasa tahun ni. tahun lepas puasa masa mula puasa aku masih lagi dekat Puncak Alam. masih belum habis exam tu. jadi dapatlah 10 hari macam tu puasa dekat Puncak Alam. puasa dekat perantauan ni best jugak sebenarnya. best sebab kita sendiri yang kena pikir kita nak berbuka apa petang ni. apa yang ada dekat dapur. apa nak sahur subuh nanti semua kena pikir sendiri. -.-'


kalau kita sendiri tak gerak, maunya kita tak makan. haaaa.. kalau kat rumah kau tak pikir pun dalam peti ais belah atas tu ada ke tidak ayam, ade ke tak daging, ikan, sayur bagai. ade tak apa2 makanan nak dimakan subuh nanti. kau cuma tanya mak je. ade ayam mak kat rumah? ade sayur? ade itu ada ini? tak pergi pun tengok sendiri. kahkah. tapi kalau tak ada aku bawak mak beli la. susah apa kan. haha. tu aku la. tapi aku masak jugak. masak ikot tekak aku la nak makan apa. haha. tapi aku buat banyak biasanya. untuk semua makan.


puji diri pandai masak? tak.. tak.. tak pandai masak pun. mak masak kita tolong. mak kan masak sedap.haha. mak kot. sape ada kata mak masak tak sedap. hahaha. dan2 kan. abah aku pulak jenis kena makan nasik waktu buka puasa. jadi hari2 harus la masak nasi dan masak lauk. kadang2 lauk tu beli je. sebab nak lauk jenis cerewet dan macam2 jenis. kang tekak tetiba nak siput sedut masak lemak la, ikan keli sambal hijau la, telur masak kurma la, lala sambal la. baik la beli sikit2. RM2 ke RM3 seplastik. balik rumah tuang dalam mangkuk settle. kahkah. 


azam bulan puasa ada banyakkkk.. tapi sikit2 kita cuba buat la eh. sikit2 lama2 jadi bukit kan. haha.





ni penyedap mata sebelum puasa. sedap aihhhh.. nampak je kecik tapi bila kau makan kenyang gila kot. haha. jangan pandang sebelah mata tau. pasatu air dia banyak dan langsing je gelas. tengok bawah ni.





haaa.. kan? merah langsing je dia. tinggi pulak tu sampai aku tak sampai nak hisap straw dia. haha. cis tau. saje je nak bagi nampak aku semakin rendah. haha. terpaksa angkat turunkan sikit kalau nak minum. jadi macam sopan sangat. padahal dia yang tinggi. 


ni aku makan dekat kedai makan kawan kepada kawan aku. diorang kenal masa praktikal dekat Holiday Inn Glenmarie Shah Alam dulu. katanya kawan aku owner dia sebaya aku. tapi sangat rajin bekerja jadi dapatlah sebuah kedai untuk diusahakan sendiri. syabas bro! tabik sama lu. umur aku ni? masa tu aku tak habis study pun lagi. kahkah.


sampai sekarang aku pulak kawan dengan dia dekat fb dan insta. kawan sama kawan. bagus kan? orangnya baik, sopan, pandai bergurau, suka berkawan, PANDAI MASAK, pandai manage perniagaan. nak apa lagi? tapi sudah berpunya. opssss! maafkanlah beliau. beliau sudah mahu berkahwin rasanya sekarang ni. haha.


nampak haus tak air tembikai dalam gelas langsing merah macam ni. berais2 basah2 gitu.. haaa.. jangan pikir lain. basah2 tangan nak pegang sebab wap luar tu la weii. otak jangan nak kuning sangat okeh. hahaha..


kedai makan dia namanya Warung Bonda. dekat SS15 Subang Jaya. perghh.. betul ke apa aku cakap ni? jujurnya aku tak tahu sangat tapi first aku pergi aku boleh ingat. depan Subang Parade ade junction belok kanan kalau dari Shah Alam. pastu cari SS15. ehhh.. betui ke ni? meh aku bagi mapsss!






Warong Bonda

48, Jalan SS15/4,
SS15,
47500 Subang Jaya, Selangor.


gambar ambik dekat fb owner. maafkan saya deh. hihi. kedai buka dari siang, sampai malam. siang ada lauk2 nasi campur dan malam makanan western dan ala carte (goreng-goreng). macam biasalah. hii.


jemputlah kesana. yakin tak akan kecewa. paling best pizza 4 rasa dia. 




pada aku la pizza ni memang betul2 memenuhi citarasa aku. ada 4 rasa yang tak terlalu pelik tapi sangat sedap. boleh rasa mana2 dari 4 jenis rasa tu. lepas tu crust dia tak tebal sangat. just nice!! 


sebelum puasa ni tengok sensiang boleh la. kang kalau dah puasa bukan tak boleh tengok. tapi nanti ada pulak yang menggugat iman dan sanubari. haha.


dah2. mari makan tengahri semua.


babai!







Saturday, June 21, 2014

Pertama Hati Baru





Assalamualaikum....



yeahhh.. hari ni nak cerita pasal jelly bunny crazy fur ball yag baru dilahirkan dekat dalam rumah ni. ehhh.. tak. sebenarnya luar rumah. tapi kita anggap la dia budak rumah ni jadi haruslah kita sebagai kakak gembira  sangat adik kira berjaya lahirkan dua ekor anak kucing yang sangat cantik. putih gebu kemerahan. awww...


sebenarnya ada 3 ekor tapi sekor dah mati. jadi tinggalkah 2 ekor sahaja. tapi tak pe. kakak tetap sayang. muah2. hahah. 


okeh. nak cerita. mak budak2 yang baru lahir ni sangat la peramah kucingnya. suka sangat bertanya (mengiaw) alalalaa.. manja tapi macam manja2 merpati la. bila dekat kita pegang2 dia macam elak2. tapi bulu dia lembut dan sangat manja. manja yang suam2. kadang suka. kadang dia macam elak2 kita nak pegang2 bulu cantik dia tu. alalala.. dia tahu la tu dia cantik. hahah.




nah. ni dia. mata besar warna biru. putih ekor hitam. kucing kampung kacuk siam. tapi sangat baik dan peramah. hihi


nampak macam kecik kan? tapi taka dalah kecik sangat tapi dia punya perangai memang macam bebudak sikit. manja. peramah. suka ambik tahu. tapi sangat sopan. hahaha..




my baby balls. sangat comel dan masih pejam lagi matanya. geram. bila la mata korang nak bukak eh? kakak nak main2 dengan korang ni. cepatlah besar sayang. boleh main kejar2 pastu main geget2 tangan kakak kan? calar balar pun tak apalah janji akak gembira dan bahagia. kakak dah selalu kena geget dengan kucing2 lain. berdarah2. hahaa.





gadis bermata biru dan mulat ni telah bertukar title kepada puan emak kucing yang comel dan manja! hahahaha.. tapi kotak dia kecik sebab abah dia sediakan kotak kecik. patutnya bagilah kotak yang besar sikit, ni cik puan mak nak baring pun kena mengerekot tapi sebabkan dia suka tempat tu jadi biarkan dulu. nanti kalau anak dia dah besar sedikit kita bagi dia kotak besar sedikit eh.


eh lupa nak bagitahu. anak kucing ni lahi pada;

Tarikh: 15 Jun 2014.
Waktu: Petang.


awww.. boleh tulis kat surat beranak la kiranya ni. kita lahir petang.hihi. lupa sebenarnya sebab kakak tak ada masa budak2 ni lahir. kakak pergi rumah baru. kakak balik tengok kotak kakak kat beranda depan dah koyak2. pastu kakak syak monyet datang main. tapi rupanya adik kakak nak bersalin. kakak lupa nak sedikan kotak. kakak ingatkan due awak lambat lagi sayang. sori ye.


tapi tak pelah. kakak balik tengok awak dah selamat melahirkan 3 ekor kitten yang sangat comel. tapi sayangnya sekor dah mati. jadi tinggal dua je. abah bagi kamu kotak kecik muat2 je. dah la padan kamu panjang. haha. apalah abah ni. ada lagi kotak besar bagi kotak air je. ish2. ahha.


bila kakak nak pegang main2 anak2 awak menjerit2 lepas tu awak datang. nak geget kepala nak bawak masuk dalam kotak. haha. salah la cara awk gigit anak tu adik. gigit kat tengkuk. bukan kepala. luka anak awak nanti. haha.. tak pe. budak2 lagi kan. nanti pandailah dia jaga. anak2 dia pun nampaknya sihat. nampak gemuk je. hihi.


ok. la, kakak nak kena pergi hantar mak kenduri yasin dekat perumahan baru. nanti malam kakak jenguk kamu lagi ye. babai sayang2 semua. 




Friday, June 20, 2014

Semua pasal bola!





Assalamulaikum..


sekarang seperti yang semua tahu. paling hangat adalah FIFA World Cup Brazil 2014. sangat la membosankan bagi aku. lantak pi nak kata aku tak mengikuti perkembangan semasa pun. lantak pi. ahaha. tak suka pasal bola dari kecik dan apa2 sukan pun aku tak minat. haha. sebab tu badan iols bulat kan? haha. janji bahagia. kuikui





annoying sungguh dengan benda ni. jangan ada sesiapa yang tanya aku pasal bola atau seangkatan dengannya. aku takkan tahu dan kenal benda2 ni. jangan berharap aku ni suka bola atau sebagainya. hahhaa.


amaran sungguh tau. jangan ada suara2 sumbang yang tanya aku kenapa. dah tak minat nak buat macam mana kan? haaa.. tabah je la dunia. 


bagi yang minat sangat tu jangan lupa. musim2 ni berjaga malam sebab nak tengok bola. jangan puasa nanti buat2 lupa nak berjaga atau nak sahur pulak. luku kepala awok. haha.


pesanan kepada semua yang terlibat. kuikui..



ok. senyap. tayah cerita pasal ni lagi.



Thursday, June 19, 2014

Bersihkan Hati




Assalamualaikumm...


niat hati nak berkemas hari ni.
hari2 niatnya macam tu jugak la.
tapi tak berbuat jugak sebenarnya.
almaklumlah orang rajinnnn sangat ni.
memang macam ni la gayanya..


tapi esok mula2 kena buat sikit2.
sikit2 kemas la. 
tapi sebenarnya kena kemas banyak2.
sebab nanti nak pindah.
barang banyak lagi nak kena kemas.


asik2 cerita pasal kemas2 barang rumah.
bosan kan perempuan ni? 
hahaha.
bertabahlah wahai pembaca sekalian.
huihui..


muhasabah diri sekejap. 
sibuk2 pun kena juga muhasabah diri sekejap.
sekejap je pun jadilah.





zikir2 sambil menyapu sampah.
zikir2 sambil lap2 tingkap.
zikir2 sambil drive.
zikir2 sambil masak. 
senang je kan?
bukan susah pun.
pahala tu mana2 pun boleh dapat.

hihi
saja. 
saling mengingati.


babai..



Wednesday, June 18, 2014

Birthday Mak!






Assalamualaikummm...


hohoii.. dah nak masuk 18hb Jun dan tapi aku masihhhh lagi tak dapat nak buat entry ni.
kuikuikui.
tak dapat konon. 
padahal aku ni ada je masa.
masa nak menulis je kadang2 kelaut dalam.
masa nak belek instagram, masa belek fb, like2 gambar semua ada je.


masa nak blogwalking pun kurang.
berikutan internet di siang hari yang kian bermasalah.
hahaha. poyo sungguh ayat mu nih!


sebenarnya kejadian ni waktu 2 Jun haritu.
lamanya kan?
kesian dia terperap dalam draf je.
sebenarnya internet buat hal seminggu dua ni.
dah la pulak tu, kalau pergi rumah baru internet tak ada.
macam hape je.
nak mengamuk aku rasa. haha


okeh.
ada apa dengan 2 Jun?
2 Jun tak ada apa.
yang sebenarnya 1 JUN yang ada apa2.
1 JUN tu BIRTHDAY MAK!
HAPPY BIRTHDAY MAK!
sayang mak ketat2. hikhik.


tapi 1 Jun tak dapat celebrate.
ganjak ke 2 Jun.
bukan celebrate apa pun.
just makan2 kat Dominos Pizza.
bukan makan besar sangat.
makan ber3 je pun.
abah kerja jadi tak dapat join. huuu..





haku tak mampu nak order whole kek bulat.
jadi aku belikan kek satu slice je.
actually 2 slice aku beli.
satu slice lagi aku punya. choc indulgune.
mak punya mud chocolate cake.
semestinya secret recipe. tengok kotak pun dah tahu kan? haha

ye.
umur mak dah 58 tahun.
hihi.
aku ingatkan dia tulis dekat slice tepi dia la. besar sikit.
ni slice atas.
bijaknya lahai pekerja SR ni.
almaklum la.. pekerja pun bangla kan. haha.
harus la banyak masalah komunikasi.hikhik





akak bawak pergi dominos.
phewww.. sebenarnya akak yang nak makan.
jadi marilah sekali kita meraikan birthday mak yang disayangi..
hihi.





ade banyak gambar mak sebenarnya sampaikan tak tahu nak pilih yang mana.
ni ok la kot.
muah2. sayang mak.
hikhik.


happy bithday ke 58 mak.
semoga panjang umur dan murah rezeki.
aminn..aminnn..hikhik


babai!



Friday, June 13, 2014

Aktiviti Bersosial dan Keagamaan







Assalamualaikummmm...


haloooo semua. ewah. kemain pendiam pemilik blog sampai blog berbunyi cengkerik kan. haha. nasiblah wahai blog. pemilik blog sangat bizi sampaikan blog ni sering terabai. bizi yang dibuat2. haha. kesian kan. padahal bukan bizi sangat pun. ala, biasalah buat2 bizi tu. propa lebih. haha


tajuk?
kemain skema kan?
skema itu milik aku okeh. haha


malam ni kiah propa ni nak cerita pasal apa? haaa... pasal makcik kiah ni dah mula berjinak2 menyertai kenduri yassin untuk wanita kampung ni. haa.. nampak tak tu? makcik kian insap mula menyertai kelab2 keagamaan yang baik bersama orang kampung. kuikuikui


tak pepasal. aku kena hantar mak pergi sana sini kenduri. jadi aku pergi sekali majlis tu. biasanya majlis tu untuk yassin dewasa. bacaan yassin, doa selamat, tahlil, cukur jambul dan marhaban. biasanya la pada hari jumaat, sabtu dan ahad. waktu2 orang tak kerja. almaklumlah sekarang orang ada cuti jumaat sabtu ada sabtu ahad. tak selaras jadi ada je la 3 hari tu. nak-nak hujung sebelum puasa ni. lagi la orang berkejar nak buat majlis. 


alkisahnya tak ada lah banyak cerita. biasalah kiah propa kan. harus la propa. haha. biasanya yassin mula pukul 2 petang dan habis 4 petang. depends pada majlis apa dan kelewatan makan dan berbual. dah jumpa orang kampung harus la berbual. kita pulak baru2 pindah. haha. topik hangat tu. wajib dalam setiap perbualan orang kampung tak kira tua muda lelaki perempuan. hikhik





hahaha. gambar tuan blog je banyak. maafkan diriku ini. jangan la muntoh pulak. ni masa nak g kenduri yasin la ni.





suasana rumah jiran masa kenduri doa selamat dan yasin rumah baru. biasanya keadaan akan di lapangkan dan dibentang tikar dan karpet dekat tengah2 supaya orang yang datang duduk atas tikar dan karpet tak sejukkk. almaklumlah biasanya yang datang ni orang tua2. umur dah 50++. jadi haruslah elok2 sikit. haha


nak2 rumah baru sekarang ni. orang berlumba2 untuk buat macam2 dekat rumah masing2. nak dekorate macam2. berlawan2 nampaknya. tambah depan. belakang. tambah itu ini. semua macam tak terjangkau dek pikiran. haha.


makanya aku selalu bizi. dah la pulak tu internet kalau siang2 memang mengundang betul. haha. rasa nak hantuk pale kat dinding. haha.


yasinan biasanya dapat makan yang sedap2 tapi lebih fokus mendoakan tuan rumah dan membacakan yasin di kawasan baru tu. bagus la selalu2 baca yassin. 


aku cuba lepas ni yassin aku ambik gambar bagi gambaran. ewah. macam orang tak buat majlis yasinan. ahahha..



okeh. 


babai!




Monday, June 2, 2014

Pokok Bunga Burung





Assalamualaikum...



bizi? ala, semua orang pun bizi.
tak ada yang tak bizinya.
kalau tak bizi pun mesti buat2 bizi kan.
haha.


nampak sangat tak ada cerita tapi buat2 macam hade.
kau orang semua terpaksa la mengiaya kan apa yang aku nak cerita ni.
sebab intipati kurang. 
jadi sangat tak produktif. 
tak produktif tak adalah cerita.


hari ni nak cerita pasal pokok bunga.
aku ni jenis suka tanam pokok bunga *nampak sangat propaaa*
tapi disebabkan keadaan rumah pun dah tak mengizinkan harus la tak menanam.
dulu rajin la tanam itu ini.
pokok bunga. pokok tomato. pokok apa2 pun aku main sebab je tanam. haha.
masa sekolah la.


kan masa sekolah belajar Kemahiran Hidup.
aku paling suka bab pertanian. 
soooka yang memang hapal la.
semua komposisi tanah dalam kepala otak aku.
jawap sup sap sup sap terus dapat A. *padahal itu je yang aku mampu*
kuikuikui


kali ni nak share sejenis bunga namanya Bunga Burung.
ahhahaha.. tak tahu nama dia apa. jadi bedal je letak pokok bunga burung sebab bunga dia macam bentuk burung.
tak caye???
nah tengokkk...




nampak? 
ke tak nampak?
nak tengok lebih jelas?
nah!





haaaa... nampak macam burung kan?
teruja aku okeh nampak bunga burung ni.
wak aku yang ambik dari rumah kawan dia.
dia pun tak pernah nampak dan teruja mula2
pastu kawan dia bagi.
wak tanam depan rumah 
2 batang keratan batang pastu wak cucuk je depan rumah.
hikhik..

wak aku jenis suka menanam.
suka berkebun.
walaupun wak dah tua tapi kuat lagi tau.

hikhik.
aku?
pastu dah beli
benih dah beli
baja dan beli
bekas dah beli
tanamanya tak lagi.
pui la. ahahaha


*insaf kejap*
mari tanam pokok untuk keindahan laman dan untuk oksigen kita.


*tempat baru tak ada pokok sangat malam panas*


babai!