Happy Cat Kaoani -->

Saturday, May 31, 2014

Handphone buat hal masa kritikal






Assalamualaikumm...



hari ni adalah hari kebengangan. 
hari yang penuh saket hati.
sebab hp aku ni tetiba buat hal.
dia punya android entah apa jadik.
tetiba boleh stopped pulak.
pui benor la. 


dari tengahari sampai malam ni dia buat hal.
sampai aku rasa nak hempas je.
biar pecah baru puas hati.
tapi sebelum aku hempas
baik aku selidik dulu apa sebenarnya tak kena dengan hp ni.
niat hati nak hantar kedai esok.
tapi macam alahhh.. mesti kena charge kan?
tamau kena charge.
jenis perempuan kedekut kan. kahkah!


jadi aku godeh2 la apa masalahnya.
sebabkan tanak membazir pergi kedai betulkan apatah lagi beli lain.
aku gigih google apa sebenarnya masalah hp aku ni.


sebelum tengahari tadi kemain rancak lagi aku wasap2 dengan kawan.
naik sebu tangan menekan.
tetiba terus tak leh. 
nampak sangat dia pun sebu dengan aku.
mual. 
terus tetiba buat2 saket.
jadi aku dapat rehatkan dia.
padahal aku ni baru dapat rehatkan minda.
cewahh.. macam bekerjaya sangatttt!
puiiii...


haha. ni la dia masalahnya.
dia ni kira bagus lagi sebab boleh printscreen. 
aku lagi tak boleh hape2 langsung.
bukan takat printscreen.
buka2 je dia terus tulis cenggini.





macam gini la dia terpampang dalam skirn hp aku.
lepas tu tak leh klik apa2. 
tekan whatapps tak leh.
wechat tak boleh.
instagram tak keluar gambar. 
tensi mak hincik.
rasa macam nak hempas.
kasi pecah baru puas.
kahkah. 
kayakah kau manusia??


emosi je lebih. 
padahal benda boleh bincang.
boleh buat kalau nak.
kuikui
iols kan buta IT. cepatlah tensennya tu.


tapi berkat ketekunan yang nyata bagi aku.
aku pun dapat menyelesaikannya.
hahahaha..


dah boleh main wasap2 sekarang.
baru tenang hidup hamba.
kuikui,


nak tahu penyelesaian?
google. ada banyak cara dia suruh buat dan ajar macam mana nak selesaikan perkara macam ni.
dah ramai orang kena.
tapi ia bukan pengakhiran dunia okeh.


ok. babai semua.



Wednesday, May 28, 2014

Arah Kiblat








Assalamualaikumm...



Dalam rakusnya aku menguruskan rumah. dalam kesibukan berulang alik dari rumah lama ke rumah baru seharusnya kita lupa pasal perkara2 sebegini. perkara WAJIB yang harus kita lakukan kalau masuk rumah baru atau kawasan yang kita tak tahu arah kiblatnya. 


benda ni selalu diremehkan oleh kita. diremehkan atau tidak dititik beratkan. walhal benda sebegini seharusnya dilakukan dirumah kita dan di ajar kepada anak2 kita akan datang. supaya mereka tahu membaca arah kiblat dan membaca kompas.








ini yang JAKIM saranakan kita buat setiap tahun dan tahun lompat supaya kita tak tersalah arah kiblat. untuk lebih kepastian buatlah dirumah anda sendiri. buat ditempat anda selalu solat dan tandakan dengan pita pelekat atau marker.


jangan lupa tau buat hari ni. petang ni dekat rumah anda. dekat opis pun boleh. mana2 yang selalu korang solat tu. 


sama2 kita share dan amalkan. 


amin.



salam.






Night






Assalamualaikumm...






good night!




Heboh Sangat Dah





Assalamualikum...



heboh sangat dah pasal coklat Cadbury ada DNA babi. jadi masalahnya sekarang jadinya jatuh haram. benarkah? kalau betul perjelaskanlah.


aku dari dulu memang tak minat sangat cadbury. macam manis sangat bagi aku. aku ni kurang pemanis. tapi sometimes aku suka benda2 manis yang melampau. supaya merangsang adrenalin aku. hahaha. konon la. padahal memang kau suka makan manis.


















sekarang. kena berhati2.
kena, wajib.
jangan tak ambil kisah.
bahaya pada iman dan keturunan.


bersama2 kita mencari kebenaran dan kesahihan.




Tuesday, May 27, 2014

Salam Israk Mikraj





Assalamualaikumm...


Salam Israk Mikraj! Siapa puasa hari ni? hihi. aku la puasa. puasa 27 Rejab dan puasa ganti. kuikui. dah nak puasa ramadhan baru nak puasa ganti kan? tak apa. janji ganti. slow2. janji buat. niat tu penting. haha.


Peristiwa Israk Mikraj yang sangat mengagumkan bagi umat Islam. sangat2 hebat tak perlukan teknologi. hanya Kuasa Allah. 


Mari imbas2 balik peristiwa hebat ni. takut2 lupa dah dewasa ni. penuh schedule date dengan hal2 duniawi. sesekali jangan pernah dilupakan hal2 sebegini. Biar sentiasa update macam apps telefon dan gadget kita. takkan apps gadget je nak update, laptop je nak format dan handphone je nak kena reboot kan. kita jugak mesti reboot hari2. update setiap minggu dan format setiap bulan. haha. tetiba ada ustajah dari aliran sains computer. hahaha. 







nak tambah lagi ilmu? senang sangat. dari jari dok main game dengan search internet main instagram moh la google pasal israk mikraj. tahu. tahu. ramai dah lupa kan? biasalah. kita ni. cepat sangat lupa benda2 hebat macam ni. 


kalau malas cari internet, mari la ke kedai buku. banyak sangat ah buku2 agama yang bercerita pasal perkara2 hebat dalam ISLAM ni. mari2. tambah ilmu. perbaiki diri.


okeh. nak undur diri dulu untuk melihat kawasan rumah baru. kuikui

*dalam otak ligat pikir nak makan apa berbuka nanti*


kuikui


babai!



Monday, May 26, 2014

Kebosanan Apakah?






Assalamualaikumm...



kebosanan apakah ini malam2 tak ada cerita best.
kebosanan apakah ini bila internet tiba2 mati.
kebosanan apakah ini sampaikan aku terpaksa main twitter je. 
haha. 
bapak ar bosan.
jangan la macam ni. 
bagi la aku kawan keseronokkan sikit. 
beronok2 pun baguss..
haha.


nampak?
dah bengong.
sila tulis entry yang ada intipati.
baru la boleh berjaya!


blah la. aku dah la tengah bosan.
pastu ada la orang mesej dengan aku sikit2 je.
mesej la habis2 baru best kan.
ni tak. tanya2 pastu dah tahu diam.
tidur ke hapa agaknya.
harghh..


bosan la malam2 ni.
rasa macam nak pergi shah alam. 
lepak mamak. 
surf internet.
tak pun jalan2 dekat i-city. 
tengok gelagat orang. ambik2 gambar.


lepas tu pergi dataran.tengok orang lagi.
kerjanya tengok orang aje la.
pergi tasik pun best tapi malam2 bukan nampak apa.
haha. 


how i miss shah alam.
nak pergi sana jalan2.
nak makan kat Pecal Lele Padang Jawa.
nak makan nan cheese dekat Khalifah.
nak makan nasi goreng kambing Barra. 
nak makan cendol seksyen 7.
nak makan kue tiew ladna Wira Sejati.
nak makan egg tart KFC Seksyen 7.
pengaruh ni semua. pengaruh rakan2 sebaya! kuikui


nak pergi sana lepak2. 
tengok keadaan dulu. 
nak drive kereta sendiri.
tak pun sewa je kereta.
tak kesah la.


rinduuu.
bosan dah kat sini.
bila lama2 dekat sana rindu sini pulak.
haih. manusia lalang. aku la tu. 
hahahaha.


nampak tak bosan sangat sampaikan terbayang2 makanan. 
ish2. bahaya.
bosan je terbayang makanan.
bosan je terbayang makanan. 
bahayaaaa...


ok. 
nak makan biskut oreo. 
hikhik





babai sayang!





Thursday, May 22, 2014

Keywords mengarut!




Assalamualaikumm..




dikala kebizian mula menjengah, aku pulak tak menjengah kat blog ni. 
kesian dia terbiar macam villa nabila.
haha. parah. siap semak samun. 
padahal baru semalam baca blog orang tapi nak tulis sendiri malas. 
dasar pemalas tau perempuan ni. haha


ok. tayah la malas2. 
nanti sikit duit nuffnang kau nyahh..
rugi duit kawen. kuikui


haaa.. hari ni aku rajin walaupun bz memanjang.
siang bz lain.
malam bz lain.


siang aku kontraktor
malam aku kerani. 
kahkahkah.
tu mak aku cakap la.
bukan aku. 
hikhik


tadi belek2 nuff nampak ni.
kat keywords





ni je keywords yang aku mampu. 
sedih? 
lantak la. sebab aku tak dambakan pun. aku menjurus kepada minat aku menulis bukan pada keywords.
tapi yang aku pelik apa "dandalan wada mudi facebook" tu??


mengarut je korang ni. 
kalau yang nombor satu rumah warna merah tu aku paham la. 
rumah baru aku warna merah.
walaupun bukan merah sepenuhnya tapi ada la jugak warna merah.


gambar rumah nanti aku upload kalau dah siap la. 
belum siap buat apa upload.
kosong je kan. tak best pulak.
nantilah kalau aku rajin aku tunjuk.


ceaaa.. padahal malu kan nak post.
rumah biasa2 je.
bukan orang kaya ada barang mahal2.
ihikihik.


sesudah la mengarut,
moh ler tidur.
esok kena keluar awal pagi. 
nak antar borang.
nak kemas rumah.
mop. lap. sapu lagi.


nak suruh orang hantar barang.
tu yang nak cepat. 
kesian orang kedai.


barang baru?
gerobok baju je. 
gerobok baju yang ada tu aku belum wujud dia dah wujud.
harus la dah rosak.
jadi kena la ganti baru.
almaklum la. 
kalau pindah2 rumah ni barang banyak jahanam. 
jahanam turun naik lori.


dah la bebel.
esok aku nak kol kontraktor tu.
suruh dia buat awning dengan belakang.
buat cepat siap cepat.
konon la. aku cakap cepat. nanti diorang yang lambat.


bersabar je la hidup ni.


jom tidur.
mata pun layu dah ni. 


babai!




Sunday, May 18, 2014

Sabtu-day yang awesome!!





Assalamualaikum...


sebenarnya sejak pukul 9 aku dah bukak new post tapi otak asik pikir nanti. nahtijahnya pukul 12 baru nak start taip entry baru. pukul berapa pulak aku nak tido ni? otak dah sedikit mereng. tekak dah sedikit gatal. alalala.. mencuit2 tekak ni.


telan la beberapa bijubat dan ubat batuk. akhirnya diam jugak tekak aku yang sedang menggatal ni. tapi lain pulak jadinya. kepala jadi pening dan rasa loya nak muntah pulak. ahhh sudah. tapi gigih dan gagah nak tulis entry walaupunnnnn tak ada apa nak cerita. haruslah aku nak cerita, akak rasakan cerita hidup akak adalah paling indah sekali. *sedihnya perempuan ni..haha!*


perasan sendiri adalah penting dalam kehidupan. perasaan orang lain? jangan pulak tak jaga. haha. mengarut bagi je la kat perempuan meroyan ni hari2 sekarang nak tulis dalam entry sebab rasa macam bagus. kahkah! bagus nak mengasah bakat menulis aku balik. jujur la aku ni suka menulis dulu tapi tu dulu la. sekarang sukaaa menaip. taip tu best walaupun saket tengkuk jadinya. kuikui


pagi2 tadi tengah syok2 lipat kaki tengok ulangan SIS kat tv9 dapat pulak kol yang kata nak betulkan retakan rumah tu. harus la aku dengan mak laju2 pergi bersiap. tu la awal2 mak dah cakap esok awal2 gosok baju cepat2 sebab  nak pergi kenduri kawen orang kampung ni. pastu terus la duduk sana tengok ada tak orang nak buat. sekali pling! memang ada dan aku dengan mak tak bersiap lagi. bagusssss sangat! hahaha. 


laju2 gosok baju tudung semua gegas2 ke sana. sekali pergi sana tak ada orang nak buat tu. dah balik sebab rumah kunci. ehh.. terdetail pulak kita cerita. haha. terus la pergi kenduri kawen. masa nak cari parking tu kereta terjerobos masuk selut. tayar depan dan masuk dua2. tak boleh reverse! huaaaa!! >.<


tapi kampung aku kan penuh dengan sifat tolong menolong. haruslah ramai pakcik2 yang tolong haku. tolong angkat kereta! bukan tolong tolak sebab dah tersekat. huaaa! malu mak hencik. tapi memang dah adat. rupanya tempat tu ada paip bawah tanah yang pecah sebab kawasan tu yang lembik. rupanya bawah dia memang lembik dan berair. kat tayar tu je. sebab kelilingnya boleh pijak. okeh je. 


habis selut sampai sport rim kereta. merah je. sama dengan warna kereta hakak. kahkah. hadiah hari sabtu yang gojessss.. kuikuikui


gambar? nan hado. dah hakak dalam kereta macam mana nak ambik gambar. takkan akak nak selfie sedangkan 6 orang pakcik2 sedang sibuk angkat kereta? sungguh biadap tindakkan itu! hahahaha!


terus akak tak jadi nak fefeling gojes. walaupun hakak tahu hakak tak gojes tapi syukur la kalau akak perasan je akak gojes. kuikui.. lepas tu akak penat tau. balik rumah kemas itu ini. akak dah macam kontraktor comel berbaju kurung mengecat rumah, kemas batu2, cakar tanah, cangkul pasir, dan alih batu batan berselerakkan. sampaikan habang kontrak sebelah rumah datang usha akak yang comel sangat cekak2 pinggang tepi rumah ni. pikir macam mana nak buat. kuikui


habang tu biasalah cuba jual service buat rumah dan cuba jual diri. kahkahkah. akak santai je jawab. tapi tak tahulah kalau hakak punya jawapan macam marah bunyiknya. akak ni intonasi marah dengan menerangkan sama je. tapi sebenarnya niat akak lain. ke akak perlu hadir kelas intonasi? tak pa la. dulu masa akak kerja hotel, akak cukup berdiplomasi. nak2 dengan customer. harus la akak senyum 24jam dan akak layan baik2. sampai duda2 pun asik la senyum. hadoi! bahaya! hahaha..


last2 sampai petang akak duduk rumah dan berbual itu ini. berbual bukan suka2 sebab mengatal tapi hakak kau ni kena uruskan macam2 benda. last2 berbual dengan budak kerja kontrak. asal dari Lombok, Indonesia. haha. gaya cakap dah macam orang melayu. kuikui. bahaya ok bahaya. jangan pandang mata dia. hahaha


begitulah rutin harian hakak kau ni. jelas tak menyeronokkan tapi beronok-ronok. ok. melampau hakak kau punya gandaan ayat. membebel cikgu bahasa Melayu akak yang tengah batuk2 dalam bilik tu. haha


ok la. puas aku menulis diari awam akak ni. harap semua terhibur membacanya. kalau tak terhibur buat2 la terhibur! jaga sikit hati akak kau ni. hahaha. *lempang diri sendiri!*


kakak mau tidur. mari kita semua tidur ye. baca doa sebelum tidur tau. 


babai!







Saturday, May 17, 2014

Hari-hari pun hari ibu






Assalamualaikumm..



apa khabar kawan2 semua? cewahh.. kawan2 tu tak tahan. macamlah ramai sangat kengkawan hakak dalam blog picisan hakak ni. follower pun ciput je. hakak ni mana pandai sosial. jadi sebab tu hakak ni tak ada kawan sangat. *flip tudung*


kita rasa macam dah lama sangat tak menulis sampaikan dah tak ada mood pulak nak menulis. menulis dalam kotak pikiran nak mengamuk tu je hari2. haha. itu harus ada setiap hari untuk marah2 kontraktor dan orang2 yang menyusahkan kepala hotak hakak kau ni. hakak bukak emosi datang bulan  kalau datang matahari pun hakak emosi tau. tapi biasalah kita kan kena lembut2 sikit lepas tu tegas2 jangan bagi orang pijak kepala kita. hahaha. *cekak pinggang*


jadi semenjak dua menjak ni hakak agak bizi menguruskan rumah baru hakak yang tak menyenangkan hati tu. ada je benda yang tak kena dimata tau diorang ni. jangan kata kita tak kerja maknanya kita goyang2 kaki je dekat rumah tau. kita pun ada kerja. setiap orang ada masalah dan kerja masing2. jadi jangan ada mulut2 sumbang kata hakak ni tak kerja tak study duduk goyang2 kaki dekat rumah. korang tak tahu hokey hakak goyang kaki ke hoyang punggung dekat rumah ni? maaflah, kasar ke hakak cakap tu? akak cuma cakap yang benar. kadang2 hakak goyang punggung jugak. korang pun kat opis sambil2 curi2 baca blog orang tu boleh jugak goyang2 punggung. *huehueheue.. silang kaki*


hal rumah tu kita tinggalkan sebentar. cewah. macam ayat pembaca berita kan? tayah nk formal sangat la. kuikui. berbalik kepada lama sangat tak menulis marilah kita bercerita kisah diri sendiri. dah kata pun blog peribadi haruslah cerita pasal diri sendiri kan? alalala. awak yang kat sana kalau nak kita cerita pasal awak pun boleh, meh sini meh. *tepuk2 seat sebelah*


ok sebelum 11 Mei hari ibu kan? ala, klise la buat ucapan hari ibu kat FB.padahal mak2 kita bukan ada pesbuk pun. kahkah. ni pulak aku nak cerita kat blog. mak aku pun tak ada blog. tapi biasalah manusia tetap akan cerita kan. dah kata blog haku haruslah cerita pasal kehidupan aku. hikhikhik.


mak jelaslah seorang manusia yang sangat kuat, cekal, cekap, rajin, baik hati, pemurah, dan penyabar. haruslah kita anak2 ada je yang buatkan mak marah, geram, sedih dan terharu. 


sangat jelas pengorbanan mak yang sanggup balik kerja tengahari dalam jarak 20 minit naik motor semata-mata nak susukan kami, nak ambik kami sekolah dan hantar balik rumah. jelas sangat pengorbanan mak sanggup berenti kerja sebab nak hantar kami adik beradik pergi sekolah sebab dekat rumah dulu banyak monyet selalu sangat kena kejar masa naik basikal pegi balik sekolah. jelas sangat dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 mak antar ambik pergi sekolah. pergi tuisyen hujung minggu. hantar bekal. abis sekolah hantar pergi ambik dekat u. naik motor ambik dengan beg roda besar. 


excident motor banyak kali dengan mak. sebab orang langgar. sebab monyet kejar. sebab jalan licin. excident motor tu biasa bagi mak. sebab mak kerja dari muda memang merempit naik motor. mak dah biasa naik motor. pecut 80km/j. boleh beat budak2 muda. 


banyak sangat pengorbanan mak. tak boleh balas satu2. sangat banyak. dalam setiap doanya. dalam setiap pikirannya semua untuk kita anak2 mak. bohonglah kalau kita kata kita nak balas segala jasa mak. tipu sangat. sebab tak akan boleh. jasa dan pengorbanan mak masa mengandungkan kita je pun kita tak akan dapat balas. jujur cakap. *kesat air mata*


semua orang ada kisah dengan mak diorangkan. tuliskan. jelaskan pada mak yang korang sangat sayangkan mak. sangat. sebab kalau korang tak mampu tulis atau ungkap, suatu hari nanti kita akan terlepas waktu berharga tu. mak cepat gembira dengan ucapan kasih kita kepadanya. tak payah cakap. buat je apa dia suruh dan dia senang hati cukup. cukup buat mak senyum dan senang hati. kesenangan hati mak adalah syurga bagi kita anak2 perempuan yang belum berkahwin dan anak2 lelaki. sampai bila2. 


sebab itu aku tak kerja lagi. aku tolong mak uruskan hal2 rumah baru. banyak sangat benda kena uruskan. dengan keadaan mak yang semakin tua. haruslah aku yang kena tolong bawak mak kemana2 sahaja. padahal dah cakap dekat banyak post dah. saje. nak mention banyak kali. jangan ingat dapat rumah pampasan ni senang hati tau. lagiiiiii saket hati adalah. semakin ramai orang kampung saket2 tak tidur pikirkan hal rumah ni. sungguh. tak pernah tipu dengan keadaan yang menyakitkan hati sekarang ni.


haritu sebenarnya aku dah dapat kerja dekat travel agent. travel agent yang baru nak dibuka di JB. lokasi terbaik. sebaris EC College. dekat dengan Mawar, Dewan Spastik, SETAR, Thistle Hotel, dan Dataran Bandaraya JB. cukup baik untuk aku yang dah biasa dekat situ. position sebagai staff travel agent yang baru nak bukak dekat JB. pejabat kosong lagi. jadi kalau aku setuju memang akulah pekerja pertama. sesi interview bermula. 


aku datang interview dengan mak. mak ada duduk dekat sofa belakang dan aku interview bukan dalam bilik. dekat ruang legar ofis. jadi mak aku boleh dengar setiap bijik butir penemuduga tu dan apa jawapan aku. tapi aku sangat2 kecewa dan jiwa aku pulak terduga dengan penemuduga ni. dia seorang wanita berumur 30-an dalam pikiran aku. belum berkahwin dan perwatakan tegas dan sangat simple. pakaian dia sungguh tak macam branch manager. dia dari KL dan ditugaskan jaga branch kat JB. 


temuduga dalam BI. jujurnya aku tak bagus sangat dalam BI plus kita akan mula berdebar jadi haruslah BI tonggang terbalik. harus okey. haha. jadi jawap2 la soalan beliau. lepas satu2. kenalkan diri dan dia bagi soalan pasal tourism. jujur lagi. aku ni tak buat apa2 persedian langsung masa interview. cuma pergi atas dasar ada kawan bagi nombor telefon aku pada penemuduga. sebab diorang nak fresh grad UiTM. tepat la kononnya aku pergi temuduga sana kan. sekali dia bagi ujian. 


1- buat itinerary KUL- LGK (Langkawi). 4 Days 3 Nights. 2 Adult 2 Children. siap kena buat depart and arrrived. hotel. tempat menarik yang dikunjungi dalam 3 hari dan balik semula ke KL. matik. lupa dah!!!! *menjerit dalam hati* padahal dulu masa diploma tu makanan tau. selalu buat tapi biasalah. dah lama jadi lupa dan tak tahu apa jarak tempat menarik kat sana. dia kata tak apa. buat je. agak2. tak betul sangat pun tak apa. ok. lepas buat dia check. ok kata dia. boleh buat walaupun dah lupa.


2- dia suruh aku cari hotel 5star berdekatan Fiera Milano, Italy. ok. aku langsung tak pernah lagi naik kapal terbang lepas tu kena pulak cari 5star hotel around Fiera Milano? sangat la macam erkkk.. *cekik leher sendiri* jadi dia bagi aku PC dia dan dia nak aku cari apa nama hotel berdekatan tempat tu. ITALY tuuu.. tak tahu sungguh. nangiss!! >.<"  aku dapat nama hotel tu dan jarak dia ke Fiera Milano. rupanya Fiera Milano tu macam tempat convention. kalau kat Malaysia PWTC la. 


dia dah setuju nak ambik aku kerja tapi! dengan beberapa syarat yang aku mesti patuhi. 

1- tak boleh datang lewat. dengan apa cara sekalipun mesti datang sebelum pukul 8.30. ok. aku tak kesah. itu wajiblah. 
2- kalau nak cuti mesti beri alasan kukuh. jangan suka2 cuti. 
3- kalau dapat task kena jadi tour leader pergi mana2 sorang2 TAK BOLEH REFUSE. mesti kena pergi walau macam mana pun. tak boleh beri alasan apa pun dan tak nak dengar alasan tak boleh pergi sana sorang, MAK TAK KASI. tak boleh. walaupun kita seorang yang akan uruskan 30pax group pergi overseas. TAK BOLEH BERI ALASAN APA PUN
4- tak nak dengar alasan yang MAK SAKET JADI KENA CUTI. tak boleh langsung. dia kata dia pun ada mak. tapi akak dia jaga. jadi jangan jadikan alasan mak saket atau apa2 pasal mak ayah untuk cuti sesuka hati. sebab kerja memang banyak dan bertindih2. tak akan ada sesiapa akan cover kerja orang lain.


bila aku dengar ayat dia aku TERKEDU. sungguh aku terkejut. kau ada mak, dan kalau mak kau tetiba saket kau tak tengok langsung ke? MAK TU TAK AKAN ADA GANTINYA. 


macam mana dia boleh pikir macam tu eh? ALLAH.. terkejut aku dengar. walaupun muka aku lagak biasa je tapi dalam hati je aku bercakap. 


dia cakap dengan aku pasal mak tu dalam BI dan suara yang kuat. for sure mak aku yang dekat belakang tu dengar dengan jelas je apa yang dia cakap. mak aku pun paham BI. walaupun mak orang kampung. walaupun mak tak sekolah tinggi. tapi mak belajar aliran Inggeris dulu. jadi mak paham. mak dengar setiap butir bicara penemuduga tu. dia sengaja rasanya nak cakap kuat2 biar mak dengar dan cakap dalam BI biar mak tak paham rasanya. muka penemuduga sangat tak beriak. mendatar. macam mesin jangka hayat yang tegak je. tanpa nyawa itulah mukanya. maknanya dia memang tiada 'JIWA' dan 'NYAWA'. sebab NYAWA dan JIWA kau adalah MAK. tak mungkin ada yang lain.  



dia kata dia akan bagi jawapan dalam beberapa hari sebab nak balik KL dan beritahu bos dia tentang aku. aku angguk dan senyum. tapi dalam hati aku dah bulatkan tekad, walaupun aku dapat kerja ni aku akan TOLAK. sebab kerja yang tak pentingkan MAK tak akan dapat restu walau kita kerja keras macam mana pun. mak dengar dan mak paham apa yang penemuduga cakap. mak cuma kata, "pikir la masak2, kalau ija nak ija terima la." ayat mak buat aku rasa tersinggung. 


tak mungkin aku pilih kerja macam tu. tak mungkin. rezeki aku terletak pada RESTU mak dan REDHA Allah. tak ada keduanya maknanya rezeki kita KOSONG tanpa berkat. 


walau macam mana pun aku akan utamakan mak.katalah aku ni anak mak ke apa. tak kesah langsung. janji aku dapat tolong mak dulu sebelum aku dapat jodoh. sebelum aku tutup mata. kebarangkalian aku dapat jodoh tu tak tahu bila tapi aku yakin walau macam mana pun kita tetap akan ada keluarga sendiri. tapi sebelum tu selagi aku mampu aku akan tolong mak, bahagiakan mak, dan senangkan hati mak. 


aku tak ada harta, tak mampu bagi duit berkepuk. tak mampu nak bagi apa2. cuma senangkan hati mak. cuma bahagiakan mak. *kesat air mata*



jadi sebab tu aku masih ada dekat sini. teman mak. tolong mak. aku bahagia dapat tolong mak. jujur nih! hihi. bahagia la sebab mak top upkan hp, mak bayar internet, mak belikan baju. kihkihkih. anakmu belum kerja. nanti dah kerja kita pulak bantu mak kan. hihi


jasa mak. pengorbanan mak. takkan pernah aku lupa. setakat kerja aku tak kesah tak kerja situ. mungkin ada hikmahnya. aku bagi la sesiapa yang tak ada tanggungjawab jaga mak untuk kerja tu. rezeki kita Allah dah bahagi2kan kan. jadi jangan tamak. 





satu je la gambar mak kita dengan kita. terlalu ekslusive untuk tayangan umum. hahaha. 



MAK, KAULAH RATU HATIKU.


ungkapan yang mudah tapi sangat bermakna. 


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU2 YANG BERADA DI SELURUH DUNIA. 


hari2 pun hari ibu kan? hiksss 



babai!




Sunday, May 11, 2014

Buah Mulut Orang Kampung





Assalamualaikum..



phewww.. dimulakan semalam dengan keluhan penat dan panas. haha. seharian menolong wak aku pindah rumah. walaupun sebenarnya aku hanya angkat benda2 kecik je sebab tak mampu angkat almari besar dan berat2 tu tapi penatnya bukan main. panas pulak tu. rasa macam nak mandi patratusduabelaskali. kahkahkah. *over uolsss*


padahal wak aku tak bawak semua benda dalam rumah tau. ade 5 almari, satu set meja makan, peti ais, mesin basuh, katil dengan barang2 lain je. tak ada benda sangat. sofa satu set tak bawak. bawak satu je. jadi tak banyak sangat. dapur lama tak bawak, dah rosak. dan ada lagi benda kecik2 cuma angkut dengan kereta je. jadi tak de la susah sangat.


aku dok pikir kalau rumah aku nak pindah ni  macam mana la agaknya. bukan sebab apa, banyak jugak barang rumah aku ni. tapi sebenarnya aku nak bawak banyak pakai kereta je. gerobok2, sofa, mesin basuh, peti ais, meja2, kerusi2, katil2, dan barang2 yang berat naik lori la. setakat baju, barang2 kecik naik kereta je muat. tak muat pun buat la banyak trip. tak adalah susah sangat.


aku tengah pikir2 nak buat apa lagi dengan barang2 dalam rumah ni. nak DIY ke nak angkut je barang lama sama macam dulu atau sebagainya. entah. cerita banyak pun tak guna. ni tengah tengok cerita Tolong Rumahku dekat TV3. perghhh.. best betul!! rasa macam nak jemput AG nak datang buat rumah aku. buat la apa2 yang patut. buat bilik aku je pun tak apa. janji aku puas! hahahaha. *selfish..kahkah*




inilah gugusan duka kami. yang kami rasa semua ni hanya mimpi  tapi mulai kami menggenggam gugusan kunci ini akhirnya mimpi2 buruk menjadi nyata. mimpi yang sedih menjadi realiti. mungkin inilah takdir kami. tapi mengapa harus kami??


memberontak. jiwa hanya mampu berdesir. mampu bersuara tapi mulut tak terluah. Allahh...



kisah rumah. rindah. rumah rosak. pemaju tak betulkan. itu ini. jadi buah mulut orang kampung kalau jumpa kat mana2 pun. tepi jalan pun akan tanya benda tu jugak. topik hangat.


aku tak tahu lagi pindah bila. tak plan lagi. cuma plan slow2 akan pindah sebelum puasa mungkin. atau entah. mungkin sampai kena halau. halau yang betul2 halau. tapi kalau Petronas nak buat dia cuma tolak pokok, korek2 tanah ujikaji itu ini dengan jentera apa semua dah buat kita tak selesa duduk di tanah sendiri kan?


ok la. nanti kalau rumah dah siap pindah. aku update lagi. ewah. macam la lawa sangat kan. haha


babai!





Monday, May 5, 2014

Baju Melayu tak jahit lagi?






Assalamualaikummm...


dah masuk bulan rejab nampaknya. dah boleh cepat2 ganti puasa. ramadhan bakal tiba kan. ewahhh.. tuan blog cakap kat orang. sendiri punya ganti macam mana? hikhik. sedang diusahakan la ni. slow2. 





otak tengah celaru tempat mana nak tempah baju melayu teluk belanga bapak aku ni. mana? mana? kain dah beli. kain sampin dah beli. masalahnya tak berjahit lagi. lambat woi nak buat baju melayu. mak aku pandai tapi dah tak larat nak buat. malas dah. dah tua2 ni malas nak tengok benda2 yang perlukan fokus tinggi. haha. 


anak dia? jangan la cakap. tak reti langsung. reti tengok je. haha. haritu berkobar2 nak beli mesin jahit mini. konon la nak belajar menjahit. mak pun sokong gak kalau nak beli. boleh mak tumpang sekaki dua menjahit sikit2 ni. tapiiiiii.. memandangkan banyak benda yang aku nak kena buat dan pikir. dan tak banyak masa dekat rumah haruslah terbantut niat dan perasaan nak membeli mesin jahit mini idaman kalbu ituwwww.. hahahah! *pangg! sebab terlalu berkhayal*


apa sebenarnya aku nak cerita ni? ohmaiii.. ohmaii.. bebelan yang nyata la uols. tak ada point langsung. ok2. kita fokus barulah ada hala tuju yang jituwww... *pang lagik!*




what fruit are you? kahkahkah. sebenarnya aku tak percaya langsung pasal kuiz2 dekat facebook ni tapi disebabkan aku banyak masa terluang dan aku tak pening dan saket malam ni rasa macam nak kuat kuiz mengarut dalam fb. tahulah dalam fb kan banyak benda2 macam ni. aku pun terpengaruh. *dasar perempuan cepat terpengaruh. haha!*


aku ni buah APPLE? ewahhh.. entah apa ciri2 pun tak tahu. main letak je. tetiba apple, kalau buah2 mesia takde epal2 bagai sat gi pulasan la, nangka la, ciku, duku, mempelam, kuini, langsat, durian, jambu batu.. macam2 buah kau hade. *apa aku merepek ni??*


nak highlight ni. BAJU RAYA ABAH TAK JAHIT LAGI. tu yang merisau sampai tulis dekat blog. tapi tak pi cari tailor? bijaknya perangai. ahha. pi la cari tailor ye dak? takat tulis kat sini bukannya ada HATTA DOLMAT datang offer2 diri nak buatkan baju melayu abah. hadoiyaiii.. iza.. iza.. haha


dah la baik pi tidur. baru la syok. tapi panasnya bukan main sekarang ni. macam nak mandi lagi je. hahaha


okey la babai!




Sunday, May 4, 2014

Demam dan saket tekak





Assalamualaikummm...



minggu ni sangat tak efisyen dalam berblog. cehhh.. konon, padahal memang tak pernah efisyen pun. kahkah. tapi paling tak produktif la minggu ni. sebabnya akak aku balik dan dia bawak saket tekak dan batuk. dan akhirnyaaaaaa aku dengan mak pun berjangkit sekali. 


poor me and my mum. hahah. kesian kan kami. tak pasal2 berjangkit sebab dia sentiasa batuk disekitar kami. dah la tu. memang sentiasa jalan2 dalam kereta sama2. dalam kereta kan tak besar. harus la jangkit. aku bawak kereta akak kat sebelah. dia batuk aku pun sedut. naik kereta sensama, tengok tv sensama, tidur pun sensama maka haruslah aku yang kena dulu. 


semalam tekak aku dah ketat. lutut dan lemah2. badan dah saket2. mata dah berair. balik2 je aku terus makan panadol actifast dua bijik pastu makan roti telur. pastu buat2 tidur. buat2 tapi hakikatnya scroll instagram. kahkahkah. tak tidur tapi nak baring2 sebab badan saket dan malas nak duduk ruang tamu. 


tapi semalam sebelum saket2 teruk sempat jugak tu pergi kenduri kawen kawan masa sekolah rendah dulu. kawan sekampung. dekat je. aku pergi dengan mak. akak tak pergi sebab dia demam dan batuk. banyak kena pantang makan. tapi sebenarnya mak pengantin beria jemput dia sebab mak pengantin tu cikgu TADIKA kakak aku. ok, nampak tak? TADIKA. haha. kakak aku sekarang berumur 29 tahun. kawan aku yang kawen ni sebaya aku 25 tahun. okey lah. memang betul. kakak aku dah tua. kahkahkah!!





owh, ini bukanlah masa pergi kenduri kawen. gambar pergi kenduri ada lagi dalam hp. malasnya tahap gaban nak transfer. nampak tak sungguh tak produktif minggu ni. sebab saket kot. tu yang malas segalanya. maafkanlah tuan blog yang tak sihat ni. *uhuk..uhuk*


tapi tuan blog mampu memcapap. pegi taman pun mampu pakai faundation dengan bedak. mampu lagi pegi pasar malam. tapi epiknya pergi pasar malam tak ada selera nak beli makanan. pergi sebab nak beli baju dan mak beli ayam. sungguh tak beli makanan. lapar? lantak la. balik2 mak tak makan apa just buat air. aku buat air 3 in 1 yang ada oat dan nestum pastu makan kek swiss roll. janji kenyang. haha *konon diet la*


sehari dua ni cuaca panas sangat. minum air bergelen. tidur pun kipas speed paling kuat tu pun masih berpeluh. habis basah baju *euwwww* haha.





masih tak sedar diri kepala dah pening walaupun dah makan ubat awal malam tadi. adekah kena makan ubat lagi? pening pulak sekarang ni. tetiba rasa nak muntak pulak. what the ....


nampaknya tuan blog haruslah berehat sebab dan berpeluh2 sejuk ni. badan berpeluh tapi kipas speed 5. nampak sangat iols ni demam sebebnarnya. nak check suhu mana tak termometer mak aku simpan. esok kena pergi klinik kot. *mohon jumpa doktor abang kepada kawan aku tuh* hahaha


marilah kita berehat dan buat2 tidur. tak boleh tidur semalam sebab panas sangat. kena pulak share kipas dengan akak. phewww *berpeluhhh*


ok la. babai sayang!



Saturday, May 3, 2014

Hiasan dinding bukan gambar




Assalamualaikumm...


tengah mengalami kegilaan yang nyata. yang sangat nyata tapi apakan daya budget tak ada maka kenalah berjimat cermat dan berhemat seperti kenaikkan harga minyak yang sangat meruncing. meruncing macam mana pun kau tetap jugak guna motor kereta tu kan? haaa.. macam tu la kegilaan aku. tak dapat dihalang. *cheaa.. ayat*


memandangkan rumah semakin siap dari hari ke hari ke hari, maka aku dengan ligatnya tengah berfikir yang apa nak hias rumah tu. bosan dah dengan gambar lama. bosan dengan gambar2 buat ready made jual kat kedai tu. 


paling2 pun mak2 akan beli gambar dekat kedai yang siap dengan frame tu kan? frame warna emas. tak best la letak dalam bilik. jadi macam istana2 je tak sweet2 macam tema moden?


meh sini aku nak beritahu. sekarang aku ada kegilaan baru. nak buat tulisan khat kufi dan gantung dalam bilik. tahu tak macam mana khat kufi tu bentuknya?




hasilnya dalam frame aku.





nih dia hasilnya. amacam? aku suka simple2 je janji lawa. ini baru percubaan je. nanti kalau dah jadi banyak aku tunjuk la banyak sikit. 


frame ni aku cuma beli dekat kedai RM2 je. pastu aku letak gambar tu. murah dan mudah. untuk adik2 yang kekurangan bajet macam aku ni. aku kan manusia penuh penjimatan berganda macam minyak Shell tu. haruslah berjimat cermat amalan mulia. hikhikhik


ada lagi. 




peta negeri kelahiran yang ku cintai. ewahh.. panjang betui nama negeri. haha. padahal peta Negeri Johor je pun tapi uniknya bila dia tulis dalam tulisan khat. kreatif sangat aih manusia macam ni. kenapalah aku tak dikurniakan kekretifan yang macam ni. haha

tarik balik la ayat suka khat kufi je. aku suka semua khat. nak2 khat kufi, khat thuluh dan khat nasakh. perghhh.. bukan takat hiasan dinding ni. tapi juga menyemarakkan lagi tulisan jawi dan penggunaannya. 

kalau kat dinding tulis ayat2 mesti kita secara tak langsung membacanya kan? pahala wei semua tu. syaitan pun segan2 nak masuk. macam kita letak banyak ayat2 dalam rumah la. sama je konsep. tapi ni versi moden dan simple. 






konon letak atas almari. belakang tu gambar konvo aku dan akak. tompok je situ. tak ada tempat nak letak. kalau kat rumah baru nanti rasanya macam nak gantung. baru cantik. letak atas meja tak cantik sangat. 


ayat2 ni pun rasa nak gantung. gantung pulak dengan keadaan yang unik. cewahhh unik kau! * pegang tukul pikir2 nak ketuk mana*


ada banyak lagi tulisan2 yang cantik. banyak dalam internet. boleh print je. letak dalam frame. jimat la. tayah nak beli mahal2. untuk penjimatan yang nyata dan pahalanya tetap sama je. hihi


ni ada lagi cantik2 woooo..


















ha kauuu.. rambang mata uols nak print mana nak letak dalam frame lepas tu gantung. haha. kakak aku dah cakap tema rumah baru tulisan khat sebab ade tengah gilakan khat. perli lettew. 


tak apa. nanti kalau dah siap print gantung elok2 dalam bilik ke dekat ruang tamu maunya tak lawa? lawa beb!


internet aku ni slow tahap siput makanya nak donlod gambar banyak2 ni pun makan masa berejam. jadinya entry lewat malam. *gosok2 mata*


maafkanlah jika saya ada ambik hasil tulisan khat sesiapa. saya cuma ambil dekat google dan dengan tujuan sendiri. tak buat untuk komersil. jadi tulisan anda di abadikan dia ruangan dinding rumah saya. secara tak langsung akan memberi pahala kepada anda. terima kasih sangat. anda2 semua memang kreatif!! *tabik*


wee.. wee.. tak sabar nak gantung kat rumah baru nanti. haha


nak cuba? print la. bila dah terpandang tu rasa tenang jiwa. 



babai!




Friday, May 2, 2014

Salam Hari Jumaat





Assalamualaikummm...




selamat hari jumaat yang barakah. jangan lupa solat ye wahai kaum Adam. kaum wanita juga yang boleh bersolat marilah solat Zuhur. *ehemm.. betulkan spek* 


dah2. pukul berapa dah ni. harap2 yang lelaki dewasa yang cukup segalanya tu pergi mandi sekarang. pergi siapkan diri. pakai apa yang patut. yang sunat jangan ditinggalkan. *libas tudung*



lepas solat tu jangan lupa Ramadan semakin dekat2. jadi jom2 ganti puasa uols. wajib tahu!
* tuan blog pun gigih ganti puasa..teheee*





peringatan sesama Islam ye dak?



salam!



*wave*