Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, April 29, 2014

Lapar Tengah Malam?





Assalamualaikummm...



walaupun di waktu begini tekak dan hati aku masih lagi inginkan makan. nampak ayam goreng nak, nampak kek nak, nampak itu nak. ini nak. naganya perut iols malam2 macam ni. kahkahkah


jadi google2. kerja menggoogle memang kerja aku. tak payah bagitahu pun kerja aku google je. senang kerja. dihujung jari katanya. haha. 


tapi tu la. malam2 taleh masak dan makan. duduk diam2 sambil meleleh air liur tengok gambar makanan kat google. pastu berazam esok nak buat. last2 tak buat. tunggu je mak masak apa2 terus je makan. bapak ar malas perempuan ni kan. haha!




sumpah inilah yang aku idamkan. dengan pinggan putih macam ni. dengan nasik sejemput macam ni. rasa macam perghhh.. bapak sedap ar ni! >.< meleleh air liur haku malam2 ni. 


tengoklah betapa creammynya kuah ayam dia. ni namanya Buttermilk Chicken. ce google resepi gerenti ada. jangan risau la. haha




ha kauuuu.. melalut malam2 ni sorang kan dah terkenangkan Egg Tart KFC. sungguh menguji imanku. aku paling2 suka egg tart KFC. kulit dia aku suka, inti dia aku suka. lagi hangus2 hitam2 sikit lagiiiiiii aku sukaa. hahaha




ni kau. lama dah aku cakap dengan kakak aku nak pizza dominos. dari gaji ada banyak sampai gaji dah tinggal sikt tapi tak dapat jugak pizza ni. 

perisa kesukaan aku beef pepperoni! sukanyanya. lagi2 ade double crust. dalam ada cheese and mayonise. haha. sah2 tahu kenapa aku gemuk macam ni kan? haha




sape suka butter prawn? angkat tangan! dah2.. turun tangan tu. jangan dok angkat je. tau la suka. aku memang suka butter prawn tapi jenis berkuah sikit. baru ummmppph!! haha.. padahal tak pernah makan tau. sama macam buttermilk chicken je sebenarnya tapi tukar prawn. 

tapi ade satu perangai aku makan udang ni adalah tak suka udang tak kopek. menyampah sangat2 tengok kulit udang sampaikan boleh mendatangkan ketidakseleraan aku nak makan. hahahah! mengade sangat tau tekak perempuan ni. -.-'

mak aku dah tahu sangat. kalau masak udang mesti kena kopek. sebab kalau tak kopek nanti kalau abah aku makan dia kopek jugak. bukan kunyah dengan kulit2 semua. haha.


lagi?


dah2. aku malas nak tepek gambar lagi. buat korang yang tak tidur lagi tu lapar. ada karang start kereta/motor pergi mamak. haha. zaman belajar gitu boleh la. malam2 buta nampak pulak status kawan kat mamak tengah lepak. lepas tu siap la bbm/wasap/wechat/mesej suruh tapaukan makanan kannn? tipu kalau tak buat! pui! hahahaha.. *padahal ramai je tak pernah buat. nampak sangat kehidupan tak seimbang aku semakin berleluasa.. haha!*


setakat ni dulu ok. 


padahal lapar gila tengok makanan ni. nak nangis je rasa! >.<


babai!




Monday, April 28, 2014

Promosi Kraf Malaysia 2014






Assalamualaikumm...



jujurnya aku lupa hari ni hari isnin yang "MONDAY BLUES" sangat tuh. almaklumlah. aku ni tak kerja, tak sekolah jadi lupa. tambahan duduk Johor ni Ahad dah kerja pulak sekarang, jadi semakin menjadi2 la penyakit pelupa aku tuh. haha. maafkanlah diriku ini wahai kawan2. aku ingat hari ni isnin pun masa tengok Wanita Hari Ini. haaa.. nampak tak aku ni sangat wanita sekarang sebab hari2 tengok Wanita Hari Ini. kahkahkah. *tak lawak oke*


hari ni semangat nak cerita pasal benda nih la. suka weh!






haaa.. uolss.. mari2 kita datang Promosi Kraf Malaysia 2014 ni. dekat Angsana Johor Bahru Mall. alalala.. aku berani cakap kalau orang Johor dan Singapore mesti tahu sangat2 la Angsana ni kat mana. senang je nak perginya. popular sangat dah benda ni.


dulu ada jugak promosi kraf ni. ade booth lain yang besar dan panjang depan Angsana. siap ada aircond lagi. memang best sungguh la. tapi ni dalam Angsana je kot.


ni yang dulu punya.





ini dulu la. tahun lepas. sebelum Krismas. haaa.. best gila masa ni. kalau banyak duit banyak la benda aku nak beli woi. dah la lawa2 dan bentuknya rare pulak tu. sumpah nak. kalau boleh gazebo yang besar gedabak harga RM14K tu pun rasa nak rembat jugak. hahaha..


melampau jugak perempuan ni. dah nama pun perempuan. banyak jugak kraftangan, gelang, rantai, baju, perhiasan rumah dan macam2 la yang kena sangat dengan jiwa ni tu yang rasa suka sangat pergi sini. dulu aku dua ke tiga kali pegi sini. jangan tak tahu. pergi sekali untuk survey, lepas tu pegi sekali lagi untuk beli. nampak tak perempuan macam mana? maafkanlah mereka kalau diaorang nak pergi tempat tu berulang kali. walaupun sama je barangnya tapi nak jugak pegi. 


moh la pergi sana tengok2 apa yang korang nak beli. sure la ada punya benda yang korang nak beli. satu benda pun jadilah. sebab unik dan barangnya datang dari seluruh Malaysia!


okeh! babai.




Sunday, April 27, 2014

Ahad yang membosankan! haha





Assalamualaikumm...



wahai sayang2 sekalian, hari ni ari ahad, tapi dekat Johor kan dan sekolah dan kerja, tapi ada jugak yang orang tak kerja. tapi hari ni mak kita ada mesyuarat peladang. pastu mak kita jadi bendahari. konon nak buat penyata kewangan la kononnya tapi.... dua2 menggaru kepala sebab tak reti sangat. owhhh.. hahaha..


walaupun aku belajar akaun sampai degree tapi apakan daya kerana aku tidaklah reti membuat akaun sebenar. masa diploma dengan degree kawan aku ajar. dannnnn semestinya meniru kawan2. kahkahkah!


akhirnya jadi jugak walaupun tak tahu betul ke tak sebenarnya yang aku dengan mak aku kuat. hahha. lantak la uols. janji mak buat dan pegi mesyuarat tu. 


dan sekarang bosan. bosan dan bosan. makan pun macam tak lalu. elehhhh.. macam la tak makan langsung. makan tetap akan makan. tak pernah lupa kot! 




amboii.. gemuknya budak ni sama2 tengok ipad jugak. cute sangat rasa nak peluk2 je. haha. biasanya kucing sukakan budak2 dan akan berkawan baik dengan budak2. haha. macam ni la.






hahaha.. tang anjing tu aku tak tahu sebab aku ni mana pernah pegang anjing. tapi tang kucing tu macam betul la jugak. kalau gosok kepala memang dia suka tapi kalau pegang perut ke punggung ke mula la dia marah. hahaha. tu pun nak marah kan. 


entry bapak bosan mengarut dari kita. 


babai!



Saturday, April 26, 2014

Melalut







Assalamualaikumm...



kamon lah.. hari minggu kot. jangan gelabah sangat bolehh? lagi hari minggu lagi aku gelabah. gelabah bosan weii.. niat di hati nak je pergi jalan2. tapi apakan daya, duit enggak ada. kalau duit ada baru best sikit berjalan sambil bershopping macam2 kan? huehuehue


dah la bangun2 je mak aku suruh aku masak spaghetti. malas giler nak masak tapi dah masak jugak akhirnya. siap jugak walau bapak malas melanda diri ini. sebenarnya nak buat beberapa hari lepas, tapi tak ada lada blander tu yang tak jadi masak. lepas tu rasa marah lak tengah2 bersemangat ada kena cantas. blerghhhh...


dalam malas2 tu pun jadi jugak kuah speghetti aku tuh. dah makan dah pun, tapi aku malas nak ambik gambar. sumpah tak ada mood hari ni. bangun2 je mak aku paksa masak. haha. malas wei. nak terus je makan. tanak masak. hahaha.. tak ada mood jadi malas masak. cuba kalau aku ada mood, jangan kau tanya apa2 dengan aku. terus je aku masak2 sendiri. haha


apa sebenarnya aku nak cerita ni? sumpah tak ada benda nak cakap tapi sibuk update blog picisan aku ni. hahaha. pedulik la uols. gila meroyan je aku sampai lantak pi semua benda. huhu





nah seketul gambar aku zaman praktikal diploma. muka kecik lagi sebab masa tu belum gemuk macam ni. jangan terkejut atau buat2 terkejut. haha.

babai!




Wednesday, April 23, 2014

#1 : I Hate...






Assalamualaikumm...


tadi kan jumpa la gambar ni. rasa macam owhhh so trueeee! indeed!






perghh.. memang dan sememangnya inilah perasaan pemakai spek tegar lepas tu kena pulak pakai untuk tengok 3D! lololol.. rasa macam menyampah tahap 22 dan semak. sebab tak ada tempat nak sangkut. =.='


kalau dah memang tak pakai lens jenis pakai spek je macam mana kan?  


solusinya kau peganglah spek 3D kau sampai abis movie. kalau tak tengok je la gambar movie yang kembang2 tanpa 3D tu. kahkah. sedih beb!!


indeedd! deep!



bai!




Sunday, April 20, 2014

Dekorasi Dapur Idaman






Assalamualaikumm..


simptom menggedik dah mula dah. rasa memang belum mampu tapi apa salahnya berangan kan? hewhewhew. apa masalahnya ni iza woi! sawan ke ni? ahahhaha.. sawan la kejap sejak2 tengok semua orang sibuk decorate rumah jadi macam2 benda dan cantik2 ni. mula la otak dok berangan itu ini.


kali ni berangan tang dapur pulak. hari tu tang bilik tidur. ini tang dapur. yelah, dua tempat tu je yang jadi sudut privasi aku. tidur dan masak. hehehehe. ye ke idok? dua tempat tu la, yang jadi tempat paling banyak aku berangan dan melahirkan inspirasi. kuikuikui. jadi ni la masa aku berangan. dapur2 yang jadi inspirasi. 


memandangakan aku suka warna hijau jadi haruslah semuanya bertemakan warna hijau walaupun tak semua. warna paling selamat adalah hijau dan putih dan hitam. banyak sangat dan ni. haha. dah la tengok je la. hihi




maafkan saya jika telah mencurik gambar2 dari blog2 orang yang saya tak kenali. sebab gambar2nya santik2 sangat. jadi inspirasi diri saya sebenarnya. suka sangat. terus berangan nak buat macam ni satu. haha.

ni untuk ruang yang kecil dan memanjang. nampak macam sempit tapi tersusan. kemas. lawa!





kalau dapur macam ni rasa macam tak sampai hati pulak nak masak woi. dah la cantik. kemas bersih. siap ada karpet tuh kat dapur. habis kotor kalau aku. hahaha. tapi simple itu menawan pada aku. untuk yang baru berkahwin ok la tuh. masak situ makan situ jugak. hahha.





ni pun salah satu idaman yang realiti sikit la. sebab biasanya ni la bentuk rumah kos rendah yang baru nak hidp. dapur kecik. janji ada sikit kabinet nak letak pinggan manguk untuk duduk berdua je dalam rumah kan.






ewahh.. ni pun tak boleh katakan tidak. lawa jugak. bawah ni striking green tapi atas slow tone. kan lawa tuh. ala. kau masak bukan nampak kabinet bawah tu. ok ler. masak tengok stove dengan table top tu je. kannn?






ini pun macam yang atas tadi. bawah hijau striking tapi atasnya slow tone. putih translucent. dapur pun dapur sedut yang mahai. aduii., sukanya iolsss..





aku dapat macam ni pun dah cukup syukur. mintak2 la suami aku nanti nak terima kabinet macam ni. putih pun jadilah. sennag nak mix dnegan match. sikit2 je selitkan warna hijau. macam cutting board, tuala, sudip, senduk, kuali dan periuk hijau.


besarlah angan2 aku ni. puiii..hahaha





kurlas gila. dah la aku suka gila oven and microwave built in dekat kabinet. perghh.. idaman kolbu sungguh la. cuma tak berkenan atas dapur tu mozek kecik2 macam2 warna macam dam. tu iols tak suka sungguh. pening la nak masak ada banyak2 benda kecik2 tu. haha.





ini pun lawa jugak. yang aku suka tengok peti ais dia besor woo. kau sumbat la lauk semalam. sumbat buah. susu anak. dessert. air sejuk. sayur temayur. ayam, ikan, daging, meatball, sosej, crabstick, aiskrim. tu belum lagi benda2 lain. perghh. memang la aku suka. kerjanya sumbat je. bila nak kemas tak tahulah. kahkah.


jugak jugak ada island macam ni. macam modern kot. potong tengah2 pastu lebur kat dalam kuali. haaaa..








bapak ar best kalau dapat dapur cenggini weii. design dia sumpah best. situ jugak boleh hang out dengan kawan2. kalau suami nak tunggu kau masak sambil tatap muka ko pun boleh kot. sumpah best.


senang jugak kalau nak rakam masa tengah masak. boleh buat video. tak ade la dapur mengadap dinding. susah nak tengok kan. ni kalau tengah2 boleh la kau feeling2 masak macam dalam tv show. masak tengah2 belakang tu singki. bawah pulak ada kabinet. agak2 nak apa2 capai je bawah. kan  superb tu!





nangis mak aku tengok kalau aku buat dapur warna terang macam ni. bukan saje dapur. meja semua nak warna terang. mau dia datang rumah aku makan panadol berpapan2 pulak. pening sebab warna terang dan semua barang nak hijau. kahkahkah.





warna macam ni warna yang mak aku suka. warna lembut dan cantik. kemas. macam sebijik dapur rumah baru ni. kadudukan stove dan singki pun sama macam ni. tapi belah kanan tu ade kepung la lagi. lepas tu ada peti ais. lawa kot macam ni. simple dan nice.






dua gambar ni optonal. kalau tak dapat macam atas macam bawah pun jadi ar. dah la bersih kemas je. warna tu 3 jenis je. hijau, putih dan hitam kan. macam ni la idaman aku. haaa...


berangan la kau sana iza. sekarang ni berangan dulu sampai puas. lepas tu kalau ada duit dan rumah sendiri mau la kau kena buat semua tu. duit mengalir macam air hujan yang turun dia dalam tempayan, akhirnya kena guna untuk siram kaki yang kotor. tapi sayang2 pun kita guna kan?


apekah yang aku merepek ni wei? sedarkanlah aku!!


ok. korang pulak suka dapur jenis macam mana? share2 sikit!


babai!




Saturday, April 19, 2014

Buy 1 free 1 Burger Bakar Abang Burn!






Assalamualaikummm...



nak dapatkan burger free? buy 1 free 1 weh! meh download picture ni. aku ambik voucher ni dekat fb BURGER BAKAR ABANG BURN print lepas tu kau dapat makan Burger Bakar Abang Burn yang sedap cheese meleleh tuh! perghhh!!








complete set untuk aku ni. sebab aku suka burger, suka kentang, suka soup, suka eskrem potong. marbelesss!!! >.< 

kalau puasa pun aku kenyang je makan benda ni. perut tak besar sangat tapi pastikan lepas makan ni ada benda yang kau tapau untuk sahur nanti. kalau tak melalak rasa perut esoknya nak puasa. 


eh2. cerita pasal puasa pulak kan. hihi. macam biasalah, dah nak sampai bulan Ramadhan ni kena la semak2 balik berapa hari lagi tak ganti puasa plus mula la kena latih perut berpuasa kan. selama ni asik la makan je. ni puasa la sekali sekala kan bagusss. hikhik


nak? 


pa lengah lagi. valid 16 April - 16 May 2014. moh ler. print dulu. simpan dalam wallet n purse. agak2 kalau lapar jalan2 tak tahu nak makan apa, bukak2 purse nampak voucher ni cara gak kan makan sini sekali sekala? hahaha


ok. grab cepat tau!



Kalau nak menipu tu cuba bijak sikit






Assalamualaikum..







seketul gambar besar buat tatapan semua. hai, selamat malam. malam2 baru enjin panas nak tulis blog. siang2 pemalas dan tak ada idea. haha. alasan berlambak ke ladang gandum.


kakak aku sedang study pasal juri untuk pesta pantun negeri Johor kot. entah. muka tensen sangat. kahkah. last2 dia kata malas pikir dan nak hentam je bagi markah. kahkah. apekah akak aku ni. haha


saje je nak cerita pasal petang tadi. petang tadi aku pergi pasar lambak (pasar malam) orang Johor panggil pasar lambak biasanya. haha. entah. lantak la. 


ada la orang kol. suara macam orang perempuan India. dia kat dia dari GOLD COAST SEPANG. ok. ni menarik. nak dengar jugak apa offer dia bagi ni. ngeh ngeh ngeh. ok, sila baca conversation aku kat bawah. panjang hokey. siap cakap kuat lagi. dah la kat pasar malam. semua orang tengok je. haha


Telemarketer (T): Hai puan, saya dari Gold Coast Sepang. 
Aku (I):  Hai, ya.. ok. 
T  :  awak pernah dengar tentang Gold Coast Sepang? (pertanyaan paling aku tak suka. macam kita tak tahu sangat kan? )
I: ye pernah. kenapa?
T: okey, saya nak tawarkan awak percutian 2hari 1 malam di Sepang Gold Coast. untuk memberi komen pada resort kami.
I: nanti dulu, mana awak dapatkan nombor telefon saya ni? saya tak pernah pun duduk Sepang Gold Coast, macam mana pulak awak ada nombor tiba-tiba?

Tiba-tiba dia tukar orang. lelaki india pulak bercakap dengan aku.

I   : kenapa pulak tukar orang, kenapa perempuan tadi tak cakap dengan I?
T   : dia orang baru jadi dia tak pandai sangat jawab kol.
I   : okey, mana u dapat nombor i??
T  : kami just buat random call puan. kami just tekan2 nombor telefon dan dapat nombor puan. (masuk akal tak?)
I  : haha. tak kan la awak just tekan2 untuk dapatkan cutomer? semudah tu? dari awak susah2 cari nombor baru baik awak kol je guest lama awak. kan lagi senang.
T   : memang ni cara kami puan. 
I   : ok, siapa yang bercakap ni?
T   : I Raymond.
I   : apa position u dalam hotel tu?
T :  I tele markerter dari team i ... (apa benda tah nama team Sales n Marketing dia tuh)
I : ok, then? 
T : i nak offer u penginapan 2 hari 1 malam untuk keseluarga dekat Sepang Gold Coast untuk dapatkan review and a bit comment tentant resort ni. 
I : 2 hari 1 malam?? for free?? 
T : yes for free, cuma u kena luangkan masa selama 45 minit untuk dengar apa yang we alls cuba sampaikan dan u kena bagi komen tentang resort kami. u berminat tak puan?
I : tak berminat la. 
T : why u tak berminat? 
I : itu hak i kalau i tak berminat. u tak ada hak nak tanya or persoalkan.
T : ok. i just nak tanya. 
I : lagipun u tak beritahu i pun offer u ni valid sampai bila. apa term and condition dia. jangan i sampai sana u cakap lain. 
T   : ok, offer ni valid selama 6 bulan. (baru nak bagitahu tu -.-')
I   : 6 bulan dari tarikh u call i hari ni? maksudnya bila2 masa je kalau i nak datang i boleh datang dalam masa 6 bulan tu??
T   : ye puan. u just confirmkan pada kami je. nanti kami uruskan. 
I   : see, kalau i tak tanya u tak cakap pun valid sampai bila offer u ni. u offer ni untuk berapa orang? u ada kata tadi sekeluarga. berapa pax yang u bagi? 
T   : u dah kawen or single?
I   : i single. i tanya berapa pax u bagi bukan pasal i dah kawen ke belum.
T   : yelah, i kena tahu u dah kawen ke belum. 
I   : apa masalahnya kalau dah atau belum. i tanya berapa pax u offer. dengan siapa i nak bawak itu hak i.
T  : sebab offer ni untuk 29 tahun ke atas je. 
I   : what?? (nada dah tinggi). kalau macam tu, kenapa u tak tanya je i awal2 tadi umur i berapa. tak payah la u nak terangkan dan bagtau apa offer u dekat i. kalau orang yang u kol nak offer u tapi dia belum umur 29 nanti dia akan rasa terkilan tahu tak? you know apa itu terkilan??  kalau i nak offer u tapi bila u cakap macam ni maknanya i tak dapat la offer tu. sebab i under 29. apa masalahnya under 29?? (marah dah ni. cakap belit2 woiii!)
T   : yelah, kami ada term and condition. kalau under 29 tak married tak boleh. 
I   : apalah u ni. i rasa u punya manager kena dengar la skrip u yang berbelit2 ni cakap dengan customer lepastu i rasa your manager kena ubah la strategy marketing. dia kena cari stratergi yang effective sebab cara macam ni memang tak effective langsung. 
T   : why manager i pulak kena ubah?? ( dasar tak paham bahasa rupanya...)
I   : yelah, sebab sebelum u cakap dengan customer sepatutnya manager u akan dengar dan bagi tahu the proper way untuk attract customer dengan cara yang betul. bukan dengan cara macam ni. kalau macam ni sampai bila2 u takkan dapat customer. 
T   : this is our way to attract the customer. apa pulak manager i kena ubah? i cakap je dengan u. kalau u nak offer ni. 
I   : u jangan nak tipu i. apa pun u buat kena refer manager u. i study dalam hotel management. jadi u jangan nak tipu i hal hotel ni. i tahu. bila i cakap u punya cara tak betul u marah i kan? tengoklah u dapat ke tak customer dengan cara macam tu.
T   : bla..bla..bla.. (ape benda ntah dia cakap masa ni.. tak dengar pun)
I   : haha. pity u. i tak berminat dengan offer u dan jangan kol i lagi. (terus off fon)


phewwww... sebenarnya banyak lagi cakapnya. ni aku dah ringkaskan la kononnya tapi tak berapa nak ringkas sangat la. haha. 


korang paham tak apa yang dia cuba sampaikan? ni la aku dapat rumuskan.

term and condition:
1. offer kena 29 years old and above.
2. 2 hari 1 malam for free
3. luangkan masa 45 minit dan bagi komen
4. valid dalam 6 bulan. boleh confirm kalau nak betul2. 


tapi dia cakap term no 2 dua dan terus tak cakap pun hal penting pertama yang customer mesti above 29 years old. apekahhhh?? ffffuuuuuuu~~~


memang rasa marah bila dia kata just tekan2 nombor then dapat. hek eleh, lawak apakah ini. satu industry yang besar, kau boleh banyak snagat masa nak main tekan2 telefon just untuk dapatkan customer bertuah?? pentipu sungguh okey. lagi baik la kau bagi je offer ni pada history guest dan dapatkan return customer lagi senang dari dapatkan customer baru. bijak la sikit wei. 


aku pun pernah kerja hotel. kalau telefon operator, reservation dan sales punya telefon tak pernah ada masa nak main2. semuanya kerja. semua benda kena record. call in dan out semua masuk rekod. wrong number pun masuk record. jangan nak menipu sangat. ni mesti company lain punya tele-marketer yang Sepang Gold Coast hire untuk naikkan jualan. 


nak menipu main random calls. lepas tu kau tak tahu pun apa background orang tu. dia kerja apa. siapa. ni kau telefon aku. buatnya calls orang yang lagi pakar bidang ni macam mana? lagi la kau nak tersembur menjawab agaknya. haha. 


kesian la kalau dia masih gunakan cara tu nak attract customer. memang tak menjadi. kalau orang tak tahu memang ok. kalau dah tahu macam aku memang kena la bahan balik. sesiap je petang2 kena marah. sales pun tak masuk. haha


korang kalau jawap kol janganlah garang sangat macam aku ni. aku ni jenis garang semacam kalau orang yang tak kenal. kalau kena buat kerja atau apa2 hal aku cakap lembut je. senyummmm je tak marah. haha. aku jenis garang dan ganas sikit. haha. 


sebenarnya aku ni berhati2. banyak sangat benda yang boleh menipu. kalau offer tu betul. kalau offer tu tak betul dan kena tipu sia2 je tak guna. baik tayah nak percaya sangat benda2 offer ni. kalau dia cakap memang dari organization tu tak apalah. ni cakap pun tunggang terbalik ada hati ni persuade orang. memang tak menjadi la.


hati2 tau. sebab selalunya hotel or resorts takkan senang nak bagi offer macam tu melainkan kau ni return customer yang sangat selali datang untuk apa2 urusan jadi memang dia akan ingat dan akan greet kau baik. baik jaga return customer dari cari customer baru yang tak tahu siapa kan? logiknya la. lagi satu jangan senang2 percaya apa cakap orang. sekarang ni agensi penipuan banyak sangat. sampaikan tak tahu mana yang betul. bila dah terkena baru nak menyesal kan? 


jadi bertindak sebelum terkena. pesanan penaja blog ni.hahaha



okeh la uols. lama sungguh aku taip benda ni. tak abis2. terimalah seketul lagi picture somel aku. babai.






Friday, April 18, 2014

Garlic Bread and Mushroom Soup for Breakfast






Assalamualaikumm..


selamat pagi uolsss.. hari ni bangun pagi dengan semangat! cewah. konon la hari2 bangun dengan semangat. harini semangat lagi sebab nak buat Garlic Bread lagi! wehooo...


nampak tak 'lagi' tu? haha. sebelum ni beberapa hari lepas dah buat. tapi tak syok pulak kalau aku makan sorang2. kan best kalau ada kawan teman makan. 


maka hari ni akak aku dah balik rumah, dia request buat garlic bread ni lagi. moh kita buat! wehee..


Bahan:

seulas bawang putih - cincang
2sudu besar majerin (saya guna majerin Naturel)
4 keping roti (tak kisah roti apa, roti sandwich boleh, burger boleh, roti hot dog boleh)


cara:
1. cincang bawang putih sampai halus.
2. campurkan dengan majerin. 
3. sapu atas roti dan bakar.


cehhh.. macam ler susah sangat kan nak buatnya. buat sendiri lagi jimat dari beli garlic bread dekat luar. cecah pulak dengan mushroom soup. terangkat beb!





pemalas nak edit picture macam ni la rupanya. bantai je dari telefon. haha


cuba la. sedap tau! 


babai!


Thursday, April 17, 2014

Mood Mengimbau Kenangan Lama Nampaknya





Assalamualaikummm...




sebenarnya aku nak taip entry ni semalam. tapi disebabkan laptop banyak sangat hang2 jadi terpaksa shut down tanpa rela dan benda ni tak tersave. yang tersave hanya tajuk entry sahaja. maka dengan rajinnya aku terpaksa karang semula ayat2 manis baik punya aku semalam. hahaha. padahal letih tau!! =.='


okeh. mood semalam sebenarnya tak sama dengan harini tapi aku buat2 je la mood aku ada sekarang. kesian tajuk semalan terbiar tak berisi. kahkah. 


start semalam la aku tetiba teringat masa aku masak dekat kitchen fakulti. lepas tu konon2 nak post2 gambar dengan status dekat fb tapi tak jadi. keyakinan aku mengurang sekarang. hahaha. atas sebab2 malas menonjolkan diri. tapi kalau bab cakap depan aku tak pemalu. ok je. bab marah dekat ofis orang aku memang boleh buat dengan jayanya. haha!


semalam aku dah mula dengan diploma. tapi masalahnya dan terdelete maka terpaksa la tulis balik dari masa diploma. semalam cerita detail sikit. hari ni bapak malas segala nak tulis detail. ringkas2 sudah la kn. hahaha


aku diploma in Tourism Management kat UiTM Alor Gajah, Melaka. 2007-2010. jangan tanya best tak. semestinya best gila. diploma dengan umur muda dan banyak benda kau kena berdikari sendiri buat aku rasa sungguh terbelajar dari keadaan sekeliling. cewah. aku bet korang punya tempat study pun best kan? hahaha..




gambar ni masa induction kolej. kena pakai baju terbalik luar dalam depan belakang. kain batik. entah apa2 je la. lantak la, janji buat. tapi seriusly aku tak ingat sangat apa yang kami buat malam tu. haha. nyanyuk dah ni. haha


ni akak bilik aku. kak dalee yang baik orangnya. tak kesah berkongsi dan cantik. haha. tengok tarikh pun boleh agak. aku masuk diploma masa tahun 2007.





gambar masa sem 1 diploma. nampak tak muka sangat nerd dan sangat suci. dah la muka comel2 je. cuba bandingkan sekarang. mau lebar sebesar pinggan. masa ni nampak sangat semua pakai tudung putih, cream, dengan hitam je kan? zaman2 muda sangat. haha.





first dinner sem 1. dekat Everly Melaka. ada lagi ke hotel tu? entah. nampak tu. September 2007. haaa.. siap tarikh dan waktu. haha. jumpa tak aku? aku pakai tudung pink pekat dan pakai spek tuh. haha. macam tinggai dan cute je muka zaman dulu. haha.





ini dinner masa sem 2. tahun 2008 rasanya. masa ni dekat hotel apa ntah. lupa dah weh. masa ni dah up sikit. dah pandai bergaya. beli baju sama2 dengan kawan aku dekat Tesco. corak sama warna je lain. aku warna hijau kawan baik aku warna pink. dia kan peminat tegar pink. haha. lepas tu pakai sama2 untuk dinner. haha.


wajah pun dah up sikit. pastu dah pandai make up. dah pandai bersolek. tapi masa tu orang make up kan. aku nak make up? barang make up pun tak ada. lip ice dengan bedak johnson adelah. haha.





masa ni kelas hari jumaat. dan lecturer tu wajibkan semua orang kena pakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung perempuan. haaaa.. nampak macam sambuatan hari raya kan? yang lelaki siap cekak musang bagai.


tapi cantik dan bagus lecturer suruh macam ni. kenangan ni. haha







pentas ni legend. aku rasa budak2 sekarang tak tahu pun pasal pentas ni. sebab pentas ni aku start praktikal je dah dibuang dan digantikan dengan coolblog. tapi best la coolblog dalam campus. kalau aku memang hari2 beli on the way balik kolej. haha.


masa ni buat latihan math yang susah amat bagi aku. dah la susah. dapat pulak lecturer saiko macam tu. lagi la saket jiwa. haha. jahatnya aku kata lecturer saiko. padahal dia strict je bukan saiko. demi kami lulus dengan cemerlang. tapi yela, kami kan student berjaya, berjaya meniru sesama sendiri. kahkah. maka terjadilah study group terbesar debuat atas stage bangunan akademik ni. haha.






sem 2 jugak. kelas BEL bawah blok lelaki. kelas dulu heybat, study bawah blok lelaki. ada dijadikan kelas. lepas tu nampak la lelaki2 sedang jemur baju, cuci motor dan macam2 lagi.


tapi yang bestnya diorang buat aktiviti tu biasanya dengan keadaan tak berbaju uolsss!! haha >.< tu yang seronok. belanja mata. kahkahkah. bang ang tau.





trip ke Pulau Pangkor. trip esemen je sebenarnya. kami pergi ber6. tapi gambar hanya ber5 sebab sorang lagi lelaki tak suka ambik gambar. haha. jadi perempuan2 je ambik gambar. masa ni kat Teluk Batik.


buat esemen jauh2 ni memang best. pengalaman. tapi semua pakai duit sendiri. duit ptptn. habis jugak RM300 masa pegi sini. dalam 3hari 2 malam.






ini sem berapa ntah. sem 4 ke 5 kot. masa ni mampu la mengarut2 dah. eh, entah la. Dinner dekat Hotel Renaissance Melaka. hotel memang cantik makanan? biasa je. menu melayu kan.

zaman dulu aku memang rajin sangat2 la buat kolaj gambar. senang kan. korang boleh tengok banyak2 gambar satu masa walaupun gambar tu blur. hahaha.





ini masa buat esemen. tema merah. baru cantik ambik gambar semua. feeling2 je duduk atas rumput nak macam study luar negara. ahaha.







jangan cakap apa2. blazer ini dipinjam dari kawan2 kos Office Management. jadi haruslah tak sama saiz. jangan jugak tanya masa ni aku berat berapa. sebab masa ni tak segemuk sekarang. hahaha.


presentation Marketing sem 5. sehari sebelum habis study untuk 2tahun setengah tu. kawan aku yang paling tinggi tu dah jadi stewardess Malindo Air. tinggi kan. badan cantik. hihi






lawatan ke KarangKraf Shah Alam. 1st time pegi Shah Alam la ni kononnnya. tapi masa kecik penah gak pegi sebelum ni.





ini dia, satu group masa buat esemen Transport sem 5 kot. masa ni dekat Melaka. sekali tu ada dekat Putrajaya. naik cruise Tasik Putrajaya dengan Cruise Sungai Melaka. masa ni esemen perbandingan cruise la konon. haha.






sem 3 mungkin. trip ke mana eh? Syarikat Air Melaka kot. lepas tu lepak tepi pantai.






KL Trip. masa ni aku jadi bendahari. seronok walaupun penat nak uruskan.hari2 tiap malam ada meeting kami2 demi kelansungan trip ni. haha.


gambar ni masa dekat Muzium Kesenian Islam ke kat mana eh? lupa dah uols. haha.






Trip ke Pulau Pinang dan Pulau Jerejak. best trip ever kot. haha. sebab masa ni kami pergi 3 kelas. dalam 60 lebih orang. 2 bas. masa ni dekat Pulau Jerejak.





Dalam feri Pulau Pinang dengan 2 bas UiTM Melaka. perghh.. syok woo. first time naik feri dan naik dengan bas sekali. pihak feri pun kata masa tu tak pernah lagi bas naik feri.


mula2 takut tapi alhamdulillah semuanya selamat. dan bangga jugak la sebab semua orang tengok dan nampak kami student UiTM yang buat trip ni. haha.




masa ni dekat Sri Negara. makan bersama Pengarah Kampus. sempena kami akan meninggalkan UiTM. sem 5. kalau kos yang tak ada praktikal nanti sem 6 baru dapat makan dengan pengarah. kira ni satu batch la ni. spot la aku kat mana! hahaha






okehhh..



habis part diploma secara rambang, meh sambung part degree. jangan semput tengok perubahan diriku yang mendadak okeh. haha






bermula dengan Kem Pembangunan Insaniah di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam. masa tahun 2010. masa mula2 masuk degree. sedih masa ni sebab tak ada kawan satu kumpulan. tapi syukur ada kawan masa sekolah kos kulinari ajak join dia dan kawan dengan kawan2 dia.


kawan sekolah jugak akan tetap kenal sampai bila2 kan? haha.








kelas housekeeping sem 3. untuk aku sem 3 tapi sem sebenar sem 2. tak paham? sila abaikan. ahha. kelas housekeeping ni kena mengemas bilik dan laundry. tapi masa kelas bilik tu aku blur gila. tak paham nak buat macam mana sebab lecturer tu buat macam kilat lajunya. haku dah la tak pernah tahu pasal ni mau la tak paham. last2 google sendiri baru paham cara kemas cadar. lol sangat. -.-'




kelas memasak. yang pegang handbag tu lecturer aku. selalu gaduh dengan beliau. tapi masa beliau puasa beliau baik. dan kalau dia baik aku baik je la. haha. jahat sungguh la aku. hahaa.





kenapa aku je yang tengah fokus masak ni? orang lain semua tengok camera? hahaha. ni bebetul ke tipu je ni? haha. aku ni kalau dengan camera mana boleh betul2 fokus.


masa ni aku masak apa pun dah tak ingat. haha. masak sos kot. biasanya area sini masak sos. hujung sana masak sup. lupa weh!






kelas serving kami tiap2 minggu. masa ni last Supervisor Of The Day. supervisornya aku. kawan aku belah kiri tu first. aku suka kelas ni. macam2 aku dapat. kemas meja mengikut cara yang betul. atas aku tu lecturer aku. hensem kan? mula ala2 mat salleh. hihi.


masa paling gembira aku rasa bila lecturer aku ni puji aku sebagai pencuci pinggan (stewardess) tu comel. gerun pun ada wei. sebabnya lecturer aku ni jarang puji orang. mata helang dia buatkan aku dan kawan2 selalu takut. dia pandang je aku risau dah. step aku ni salah ke? hadoi la. tapi bila dia puji aku sambil dia pandang aku semacam aku gerun gak. dan semua kawan2 aku pun terkejut bila dia puji. haha.




Transformasi Khidmad Masyarakat di Kampung Sungai Dulang. ni masjid lama, jadi kami cuma bersihkan dan cuci biar dia nampak bersih dan boleh digunakan semula. sebelum ni agak terbiar sebab adanya masjid baru tu.




OPKIM Perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim River, Perak. trip ni kami bawak barang makanan sendiri, sediakan makan dan jamu orang kampung makan sekali kami makan. kan senang tuh. sebabnya orang asli kat sini bukan Islam jadi susah sikit.kita tak boleh  nak harapakn mereka la kan. langkah paling selamat adalah bawak sendiri barang dan masak kat sana. jenuh ke tak jenuh? haha




buat esemen di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). masa ni pergi redah habis. walaupun ada surat dari fakulti tapi tak telefon2 dulu. terus je redah. sampai sana dapat layanan baik punya. mintak gambar kelab semua bagi. info apa pun bagi. ambik gambar dengan pengurus pemasaran pun bagi.


tapi malangnya sama kelab dengan group sekelas. dah iols kena buat kelab lain. maaflah lecturer Taiwan kami. memula dia mengajar hampeh aku tak paham hape pun. tapi bila lama2 baru paham. dan naik baik dia paham kami. kena buat presentation lain dan kelab lain. suka je buat kerja 2 kali ni. haha. tak pa. kenangan kan?








kami memang tergolong dalam kanak2 riang yang selalu riang meriangkan keadaan. walaupun keadaan yang tegang. ewahh.. senyum je bila ada kamera dihalakan.


esemen di The Royale Bintang The Curve, Damansara. sebelah IKEA. parking kat IKEA tapi pergi buat esemen kat Royale Bintang. Takkan ko nak park dekat hotel untuk buat esemen kat sana? mahai woi. park kat IKEA baru RM1 je sejam. haha.


tengok la semua kawan2 aku tinggi2 belaka. iols sahaja yang rendah. kesian iols tau. haha.









Hari Bertemu Industri. pertama kali diadakan. agak kelam kabut tapi biasalah kita manusia. rancang baik2 pun akan ada benda yang terlepas pandang. tapi pada aku benda nis angat bagus. dapat mendekatkan pelajar2 semester akhir untuk ke bidang kerjaya.

ramai induntri yang nak terlibat lagi tapi malangnya pelajar2 yang tanak grab peluang. ramai tanya, banyak ni je ke pelajar tahun akhir fakulti kami? ramai sebenarnya tapi ramai malas pergi. malas nak jenguk sebab katanya leceh.


kena buat resume sampai 5 set. lepas tu buat interview untuk dapatkan cop. cukup cop sampai 5 kena tunggu lagi untuk approve. the whole day sarat nak berpikir. aku sebagai organizer suka je. kerja pun tak berat. haha.


masa ni sem 5. sampai turn aku habis study benda ni terus tak dibuat. adalah dalam 2 kali je kot buat. haha. tak tahulah budget tak ada atau apa.








Gua Damai Xtreme Park, Batu Caves, Selangor. wuhuuuu.. best weh kalau dapat naik batu2 ni sekali sekala. hilang tensen tapi dapat saket tangan kaki dan badan. sesekali dapat saket tangan apa salahnya kan? kuikuikui.




tapi aku datang sini tak hiking pun. iols datang nak buat esemen je. nampak tak iols pakai kasut and blouse je tu kan. cukup merakamkan yang iols tak panjat pun.






Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak. haaa.. ni dia masa main air. aku ni tak suka sangat main air laut. tapi dapat air gunung ni best jugak la. dah la tu masa kami main tu tak ada orang lain pun main, jadi satu pool tu kami yang punya.


aku bab2 main air dah la tak reti. asik la tenggelam. maka aku main sikit2 je. ahha. dah tak reti main air kan. nak main apa? air panas yang boleh rebus telur tu?


lepas basah2 main pegi pulak rebus telur pastu makan telur rebus. tapi rebus kat sini takkan boleh keras kuningnya macam kita rebus atas api nun. dia akan jadi lembut2 je.







1st International Islamik Tourism Standard Conference. di PWTC. best sangat sebab dapat tengok Tun Mahathir secara live di PWTC. weee.. tumpang bangga walaupun bukan kita yang organize. tapi bangga sebagai penonton. haha.






lecturer aku yang pakai spek besau belah kanan ni. sempoi je. muda belia. makan akak2 kita je. pakai pun sempoi2 jugak. lecturer ni baik sangat. dah la macam akak2 je dia layan. jadi pergi dengan keadaan yang tenang. take emosi ke hape.


hasil buah tangan Della dulu. sori Della, aku ambik dari fb. tapi cantik. haha =D



keseronokan di Pulau Perhentian. wehooo..antara masa melepaskan tensen. lest ni tensen2 lagi, tapi disebabkan pergi bersama lecturer yang sempoi makan keadaan pun jadi maiin sempoi la.

aku macam biasa tak main air. jadi tukang jurugambar mengarut kawan2 suruh. lantak korang la. aku suka je ambik gambar. haha.








event penat2 lelah. tengok tag, phewww.. Public Relation Bureau! Tourism Quality Management : Seminar and Innovation Exhibition. mula2 masa nak buat seronok. banyak benda rancang itu ini. tapi due tu budget yang sangat2 ciput kami gagahkan juga untuk pungut duit.


disebabkan ada seminar dan innovation maknanya kami akan mengadakan 2 slot iaitu seminar dan innovation jadi kami kena jemput someone dan bagi talk. untuk bagi talk dah dibahagi kepada 3 jenis. talk dari pandangan hotel, tourism dan kulinari/ food service. bidang2 ni nampak sama tapi sedikit berbeza ah...


nak dipendekkan cerita, aku antara biro public relation yang akan mengendalikan guest untk bagi talk. kalau tak dapat guest macam totally hancur la event ni. dengan 4 kali tukar tarikh event aku terpaksa tebalkan muka nak deal dengan orang besar untuk jemput mereka datang bagi talk. malu sangat tapi terpaksa.


semua cari sendiri. lecturer cuma cakap nak 3 jenis guest untuk talk lepas tu kami usaha sendiri kol mana2 tempat yang boleh memberikan talk. kalau lecturer ada suggestion tu cuma cakap je. tak ada bagi details pun. susah sebenarnya mula dari zero ni. kalau mula lecturer bagi tu tak apalah.


lecturer ada cakap dia nak En Akil dari Triways, En Ghazali dari  Bluewave Hotel Shah Alam, dan bahagian katering. macam tu je. lepas tu terkial2 la aku nak cari apa position En Akil tu, apa position En Ghazali dan bahagian katering. lecturer main petik je. tapi tak bagitau aku pun apa position mereka ni. bahagian katering aku decide nak mintak Pak Engku datang bagi talk.


punyalah seksa nak dapatkan kontek handphone private mereka guest tu sebab jawatannya tinggi sangat. hadoi iols mula dari bawah kan. mendapat la susahnya nak deal dengan orang atasan ni. last2 dapat dan nak tetapkan tarikh pun satu hal jugak. sebab kami tukar tarikh 4 kali due to tempat yang kami nak guna dan aktiviti lain yang clash dengan aktiviti lain. phewwww...


sampaikan harinya, dapat jugak guest tu datang. En Akil tu rupanya Triways Travel Network Managing Director. En Ghazali tu Hotel Manager Bluewave Shah Alam. phewww.. tinggi kot jawatan diaornag tuh. tapi En Akil memang sporting dan sangat baik hati. sempoi2 je berbual. En Ghazali tu pulak kurang bercakap tapi cukup kerjasama. baik sangat orangnya melayan aku ni banyak kali kol.


end up!






dapat buku masakkan dari Kuzie Katering dan discount voucher. haa. tapi aku tak guna pun voucher tu. haha.





En Ghazali, Hotel Manager Bluewave Hotel Shah Alam. haaa.. ni sebenarnya untuk esemen. jadi dapat la snap.


masa sampai je semua guest nak jumpa dengan aku sebab aku yang deal dengan dorang sampai diorang nak datang bagi talk kan. tapi malangnya aku tak dapat nak jemput diorang serentak. jadi kena iring satu2. last sekali En Akil datang lewat sikit sebab mak dia saket kat hospital katanya. aku jemput dari parking sampai masuk dewan. sampai dia naik atas stage dan kenalkan sapa kat depan ni. sebab depan tu ada dekan semua.


last2 punya post mo term event lecturer bagi BIG THANKS kat aku sebab aku berusaha dapatkan ketiga2 panel untuk bagi talk. sebab macam aku cakap dekat korang la. kalau tak dapat panel konfem event hancur. malu iols dapat pujian membina macam ni. kembang kempis toksah cakap la. hikhikhik >.<


walaupun tak pandai sangat study tapi insyaAllah aku akan buat kerja yang aku reti sebaik mungkin. aku bukan ketua biro public relation tapi aku tolong sebab kawan aku tu dia agak bizi dengan anak. kesian dia. aku tak kesah uruskan semua. janji majlis berjalan lancar kan. huehuehue..


kenangan manis sebelum habis study kot. hihihi.





last sekali adalah partner thesis. akhirnya berjaya siapkan thesis yang pening kepala tu dengan jayanya dan buat presentation waktu tu. alhamdulillah.


balik2 thesis hantar kawan aku ni balik Meru dia tak mampu bukak mata. sebab dia berjaga sepanjang malam siapkan slide. aku siapkan report. phewww.. aku drive hantar dia balik dan settle thesis dengan selamat.


panjang bebenor cerita aku. macam la ada orang baca kan? haha. lantak. kata blog peribadi kan haruslah perasan sendiri punya pembacaan dan penulisan. silakan baca kalau iols nak ye. terima kasih datang sini.



babai!