Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, December 31, 2013

Restoran Seafood Bujang Firefly, Bandar Penawar, Johor.







Assalamualaikum...



wuhuuu.. rindu kita tak? lama dah tak menulis kat entry. konon bizi padahal tak ada benda nak diceritakan jadi senyap sunyi la blog ni. si owner blog ni bukan jenis socialize sangat. kahkahkah..


tak ada apa pun. just nak ceritakan semalam iols makan kat Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly dekat Bandar Penawar. memang dah lama mak nak pergi tapi tak berkesempatan. just tengok je kalau lalu hari2 dekat Bandar Penawar. sejak2 ni la sekarang baru rajin nak menyusur ke dalam2 tempat kawasan sendiri. melancong di tempat sendiri la katakan. selama ni tak pernah ke sini walaupun memang orang sini. T_T 


kalau korang nak tahu sinilah tempat nak makan tengahari dan malam dan boleh tengok firefly sekali tau. firefly tu kunang-kunang dalam bahasa melayunya. haaa.. ada yang tak pernah tengok?? kalau nak tengok pergilah sini. banyak kunang-kunang liar berkeliaran dekat Sungai Lebam ni. jangan risau. harga berpatutan. 


nak tempah bot, bilik, makan, ke apa ke bolehlah ke blog owner dan call sendiri tanya. tekan SINI.





maaflah. ni aku ambik dekat google, image siapa lupa. sebab dah save je. tak ingat siapa. maafkanlah diriku kalau ada sesiapa perasan gambar ni anda punya. terima kasih sebab saya dah kongsikan. lupa nak ambik gambar sendiri. haha..





ni dia owner dia. nama panggilan dia BUJANG so diambil untuk menjadikan tempat ni BUJANG FIREFLY. haaaa.. gituuu.. kalau orang tanya pergi mana boleh ler cakap nak pergi tempat bujang. hikhik *tak berapa lawak pun*







ini antara makanan yang kami order. masa aku datang aku datang dengan mak dan akak je. family aku ni jenis tak kuat makan. makan sikit je dah kenyang. jangan harap la boleh makan benda banyak2 ade karang keluar balik.


pulak tu jenis makanan dekat sini pakai SET. jadi korang datang kalau nak makan dia dah siap sediakan set2 untuk kesesuaian orang. contohnya dia ada sediakan set bersesuaian dengan bilangan orang. tapi kalau aku dengan mak dengan akak aku ni tempah makanan untuk 2 orang tapi lauknya masyaAllah banyaknya! dengan nasik banyak.. dengan air lagi. sumpah tak mampu nak habiskan.


menu dia contohnya macam ni :

MENU UNTUK 2 ORANG:

SET A RM65
2 cawan air teh o ais
2 pinggan nasi putih
Siakap sweet sour
Sotong goreng tepung
Tomyam campur
Kangkung belacan
Telur dadar


Dia ada set A sampai D. setiap set ada lain2 lauk. jadi boleh pilih lauk kesukaan korang la. macam ade orang nak siakap 3rasa, ada nak siakap stim, ada nak masak kari melayu, ada nak masak kicap apa tah. haaaa.. banyak jenis. kalau sotong pun ada sotong tepung, sotong kicap, sotong sambal. macam tu la. even telur pun ade jenis2. telur dadar, telur bistik.

harga setiap set pulak lain2. contoh set B RM70, set C RM75. tapi tak jauh sangat pun bezanya. mampu milik la kiranya.


tapi kalau korang jenis macam aku dan family aku. even pergi 3 orang pun jenis tak kuat makan. aku suggestkan korang kurangkan portion dengan bilangan orang. apa aku tulis ni? tak paham! haha.. macam gini.. kalau korang pegi ber3 korang kurangkan ambik set untuk 2orang je. sebab lauk banyak. nasik pun kira banyak la bagi aku.


tapi kalau korang pegi dengan family yang pemakan, baik ikut set yang sama dengan bilangan orang. baru sesuai. agak2 korang tak abis ade la tu sesape yang boleh abiskan nasik dengan lelauk yang lain. hikhikhik







haaa.. ni dia bot yang akan bawa korang pusing2 tengok firefly tu. satu catamaran boat boleh mengisi lebih kurang 50 orang dan akan membawa korang semua menyelusuri Sungai Lebam selama 45 minit. tengok la kunang2 tu puas2. kalau aku 45minit tu lama weh, dah la malam, dekat sungai mesti banyak nyamuk. mengantok aku. ade aku menguap patbelas kali atas bot tu. hahaha!


boat dia dah diubahsuai jadi dua tingkat. jadi boleh muatkan lebih ramai orang. disediakan jaket keselamatan dan ciri2 keselamatan. orang yang bawak boat pun berpengalaman. jangan risau beb! masa aku makan tetiba boat ni datang parking bebetul sebelah meja aku. sebab ada sekeluarga orang putih ni naik siang tengok pemandangan agaknya. dia park guna reverse parking kot. aku nak reverse parking kereta atas tanah pun tak reti, dia relax je park pastu ikat. hohoho.. well trained diorang nih!







restoran ni mungkin boleh memuatkan lebih 100 orang dalam satu2 masa sebab besar dan banyak meja. satu meja boleh memuatkan 8kerusi. kalau ade 50 meja tak ke banyak tu?


dan yang bestttttttnya restoran ni adalah RESTORANG TERAPUNG!! memula bila korang pijak je atas papan restoran ni memang tak rasa beb. rasa biasa je. kukuh. bila ada boat lalu even jauh pun tapi gelombang dia sampai dekat kita baru kita rasa bergoyang restoran ni. haaaa.. syokk ke tidokkk? tapi kalau goyang lelebih pening pulak la aku rasa. hikhik  *_*




keadaan dalam bot. lantai papan sama macam atas restoran. ada disediakan kerusi, meja, microfon, dan LCD TV. mungkin ada sedikit tayangan masa atas bot untuk penerangan. ermmm.. bagus kan?






lupa pulak nak beri tau. harga bagi menaiki bot ni tengok firefly ni:

ADULT : RM20
CHILD UNDER 12 YEARS OLD : RM15
CHILD 1-2 YEARS OLD : RM10

tu tak silat aku la aku tengok dekat papan putih dekat kaunter. kalau silap maafkanlah hamba yang pelupa lagi tak pengingat ni. hahaha!





ni dia pejalan kaki nak ke restorang. agak ekstrem. tapi boleh je kalau berhati2.




dari pandangan atas janbatan. banyak kolam2 ternakan ikan udang. aku agak la ternak ikan udang. kalau dak mana nak dapat bekalan banyak hari2 dari siang sampai malam. kan. bela sendiri lagi jimat.




Sungai Lebam yang tenang dan damai. budak2 sini kerjanya main dengan pancing je. ikan konpem banyak sebab banyak sisa buangan makanan kan. tapi still bersih lagi. jangan risau. hihi






mula iols tak bermekap. sememeh! pucat lesi. haaaa.. itu dia. baru lepas makan. pucat ler bibir hilang segala lipstik mak jemah yang merah menyala tuh! hikhik..


leher besau sebab tu dagu bercantum dengan shawl bawah dagu tu. harap nampak la aku ni ada leher. macam tak ada leher je gayanya. hahahaha.. pipi masih cukup ragi sebab tu berkembang dengan pesatnya! hahahaha..


ok la. kalau apa pertanyaan pasal tempat ni boleh kol terus ke restorang mereka yep!



tatatititutu!










Monday, December 23, 2013

Pet World 2013 at Danga City Mall





Assalamualaikummm...



hari tu kannn.. 15 Disember aku pergi Pet World dekat Danga City Mall. huahuahuahua... sebenarnya nak tengok kucing2 tu yang beria nak pergi tengok tu. tapi dapat jugak akhirnya tengok kucing2 comel. rezeki sebab masa datang tu memang ada pertandingan kucing dan dapat tengok kucing yang pelik2. 


alahhh.. sebenarnya aku dengan mak dan akak ni memang suka kucing. sayang kucing dan suka main dengan kucing. aku ni tak kesah sangat kalau kena cakar ke gigit ke dengan kucing. tengok la sejak aku cuti ni tangan aku asik kena cakar dengan gigit kucing je. penuh calar balar. tangan kanan kiri semua kena. tapi... au tak pernah serik. tak pernah dendam dengan kucing. bahkan aku tak takut pun dengan kucing. makin suka lagi adelahhh! hahahaha..

































aku suka tepek gambar banyak2 sebab aku pun suka tengok gambar orang blog orang. aku la tatau la orang lain. tak payah la nak cerita banyak2 sampaikan orang bosan cerita sebab tu tepek je gambar banyak bagi korang nak tengok. sebenarnya banyak lagi nak letak tapi macam banyak sangat la pulak gambar kucing ni. 


ada banyak kucing, anjing, arnab, ular, burung, cicak, hamster, chincilla.. semua binatang ada dipamerkan dan boleh dibeli. dah tu banyak jugak la makanan dan barang perhiasan dan pembersihan binatang2 tu semua. 


tapi yang aku tak suka kucing dengan anjing tak ada beza. semua kucing anjing masuk pintu yang sama lepas tu anjing semua jalan je sesuka hati dia. hampir nak kena orang lain. macam nak kena kami ni orang2 Islam. bukan tak boleh nak sertu tapi jangan la sampai kena. leceh la kan. 


anjing tu banyak comel2 dan gebu2. geram aku tengok. besar2 pun ada. kalau la boleh peluk2 macam kucing dah lama aku peluk2. hahhaa.. geram beb. lawa sangat anjing tu macam serigala dekat tempat sejuk2 tu warna kelabu2 besarrr! huaaaa.. sedap peluk malam2..hahaha


eiii.. banyak dah merepek ke meraban. ahhaa.. ok la beb. jangan la risau. moh la tidur. dah malam sangat dah. babai sayang semua..!




Thursday, December 19, 2013

Birthday ke 24!







Assalamualaikumm...



wiwiwiwi.. kitew nak ceritew ni. hari tuew kan.. masa birthday kiteww mak dengan akak kitew bawak kita pergi karnival dekat Nusajaya. hahaha.. sumpah rasa nak sepak muka sendiri bila bercakap gaya macam tu. 


8 Disember 1989 adalah birthday aku. dan akak dan mak ajak pergi jenjalan lepas tu sambut birthday aku. ayat sumpah tak ada rima sebab tak tahu nak buat rima macam mana. haha. 


memula pergi Nusajaya lepas tu baru la makan2 dekat Secret Recipe. dan aku dapat kek bukan seketui besar tapi.... 7 slice. huehuehue. kalau gabungkan sama je jadi jugak seketui kek jugak! hehehe







ini adalah senarai aturcara semasa karnival berlangsung tapi tak nampak pun. aku pun tak sempat nak baca sebab semua dah jalan ke depan. aku je lambat sangat jalan sebab nak snap itu ini. hihi






Dataran Mahkota ni. semua tertumpu dekat sini, macam dataran putra putrajaya la ni sebenarnya. sama je sebab nantu kan Nusajaya ni akan jadi macam Putrajaya jugak. Bakal jadi bandar baru yang penuh perumahan dan jadi pusat pentadbiran negeri Johor.










wiwiwiw.. aku pergi ekspo kerjaya konon la nak carik kerja. bukan la aku rancang pun datang sini. just sesaje je. memang tahu ade karnival kerjaya tapi aku malas nak bawak resume dan drop resume dekat sana. sebab aku nak tengok dulu pejabat apa dan apa yang dia tawarkan. bukan redah nak drop sana sini. aku akan survey dulu la. jawatan apa, dekat mana, sesuai ke tak, untuk berapa lama apa semua.












 

atas ni adalah cerita pasal Iskandar Malaysia. pasal sejarahnya dan macam2 lagi. yang aku nak tunjuk kat korang semua bukan apa just gambar atas ni. baca bebetul. Iskandar Malaysia ni 3 kali ganda lagi besar dari Singapura. 2 kali lagi besar dari Hong Kong. Nampak tak betapa besarnya Nusajaya? haaa..











haaa.. pernah tengok filem ni? Battle of The Damn? cerita ni buat kat Johor Bahru tau. haaa..  kurlas tak? orang putih tau. bangga kejap. hahaha... cerita keluarga Iskandar ni aku tak pernah tengok cerita ni sebab kat astro. iols tak ada astro sayang..hahaha







Go Green ! ada birthday aku la wei.. waaa.. bangga la sekejap. hahaha
























wiiiii.. dan akhirnya aku dapat 7 kotak kek secret recipe! weeeee.. bestnya la weii.. jangan la kata aku poyo sebab aku suka kek macam2 perisa. yang paling sedap adalah coklat indulge! sedapnya.. lepas tu kedua tersedap adalah pecan butterscoth. hahaha.. sedapnya weii! tapi tak leh makan selalu la. jangan nanti kena kencing manis! haaaa.. jangan la.



terima kasih mak dan akak sebab belanja makan dan kek. dapat handbeg lagi. wiwiwiiww.. ini entry gatai tapi happy.


syukur sangat sempena kelahiran aku ke 24 ni mak dengan akak ingat dan celecrate cara kami. bukan nak bermewah2 tapi yang penting aku merasainya.. terima kasih sebab dah besarkan izza sampai sekarang dan semakin membesar ni. dah habiskan duit dan segalanya untuk izza belajar sampai izza degree sekarang. Alhamdulillah.. alhamdulillah..



dikurniakan ibu bapa yang memahami dan sangat memberi sokongan moral. diberi adik beradik dan keluarga yang sangat membantu dalam segala hal lebih dari cukup. syukur sangat. itu je yang mampu aku ucapkan..


terima kasih jugak buat rakan2 dan kenalan yang mengenali dan wish kat
 aku masa birthday aku. terima kasih semuaaa...


wassalam..