Happy Cat Kaoani -->

Monday, September 30, 2013

Tengok rumah baru. weheee!





Assalamulaikum..



selamat malam kawan2. hihi. semalam kan, eh bukan semalam, sabtu. aku dengan family aku pergi tengok rumah baru kami dekat Taman Bayu Damai dekat Punggai. rumah baru yang akan kami duduk lepas Petronas ambil tanah2 kami untuk cari gali minyak dan gas nanti. dan kampung aku adalah kampung utama yang digunakan untuk mengali minyak dan gas.


ewahhh.. selepas tersalah silap konon boleh tengok rumah minggu lepas, kami dapat juga akhirnya tengok rumah minggu ni. sebab dah hampir sebulan lepas undi nombor rumah tapi tak dapat tengok lokasi rumah kita yang mana. mana boleh. hahaha..


ok, sebenarnya aku tak tahu jugak hari sabtu boleh tengok rumah. tapi bila terpandangkan temlen wechat member kampung yang upload gambar rumah dia dekat sana baru aku macam ehhhhh.. boleh pergi tengok rumah la hari ni. huuuu..


maka laju2 ke rumah baru tu. nak tengok sekali ukur untuk langsir nanti. jadi inilah hasilnya.. huheehueee..




ini dia nombor rumah aku. haaaa.. lawa tak? pastinya belakang rumah aku rumah orang kampung Langkah Baik. tu nama kampung tau bukan nama langkah kau baik ke hape. nombor rumah aku PTD 6100. ahhh.. sebelum masuk ritu berenti la dekat polis bantuan yang berjaga tu. aku terus la tanya dengan baik2. 

Aku : Bang, boleh pergi tengok rumah??

Polis bantuan : sambil betulkan seluar dia.. " Assalamualaikum.. belum pernah tengok lagi ke?  PTD berapa? "

Aku : errrr.. waalaikumsalam.. belum pernah tengok.. PTD 6100. * cissss.. dengan muka berlagak tu la dia beri salam. perli la tu. mana la aku tau kau tu Islam ke bukan. buatnya bukan Islam tapi muka macam Islam macam mana? kan buat malu. tapi sekarang ni pun aku rasa malu jugak la.. *

Polis bantuan : boleh tengok masuklah. tu myvi tu lepas, awak boleh lepas la tu. masuk dekat kawasan banyak2 lori hantu dan JCB tu eh. 

aku pun panjanggggg leher jengah. manaaa??? sebab aku nampak lori hantu dan JCB tuh! hahahaa..





ni bahagian depan rumah. pintu sliding tapi rumah ni belum. dah cat tapi belum betul2 lagi. lepas tu banyak sampah sarap lagi. hahaha..






tepi rumah warna merah. aummmm.. aummm.. sebenarnya ade maksud warna merah ni. rumah warna merah ni rumah RM 105, 000. rumah paling besar dalam kelompok rumah2 dikawasan taman ni selain banglo. banglo tu sah2 la besar sebab namanya banglo kannn.. hihi..


harga rumah ni di tentukan oleh penilai dan disokong oleh peguam yang kita lantik untuk mewakili kita dalam urusan penilaian dan jual beli tanah dan segala infrastruktur diatas tanah kita. apa2 la binaan di atas rumah kita tu. tak kesah. asalkan binaan. walaupun hanya reban burung puyuh, kolam ikan, rumah lama yang hampir nak roboh, garaj, stor luar yang terpisah dengan rumah semuanya diambil kira. 


lepas selesai urusan kami akan diberi peluang memilih rumah yang bersesusaian dengan harga rumah yang kami dapat dan wang yang ada. macam ni. kalau lepas kira total semua rumah kita hanyak layak dapat rumah yang kedua RM 85 000 tapi lepas tu kita nak tambah duit dengan upgrade rumah kita ke rumah RM105 000 ni pun bolehhhh... tak ada masalah. tapi perlu la berurusan. 








tepi pintu sliding tu ada pintu kayu. macam rumah biasala. rumah bandar. ade dua. selalunya hari2 pakai pintu kayu je keluar masuk. kalau ade occasion je baru bukak pintu sliding kan? hahaha.. macam tu la gamaknya. tapi bila tengok lama2 aku tak suka specis tingkap macam ni. dengan tak ada tinted, panjang ke bawah macam ni. memang bukan taste aku sungguh. tak minat pun ada. 






kawasan dalam rumah. ruang tamu dengan ruang makan sekali. ye. tak suka juga. tak ada pemisah. susah la kalau orang datang. nak menyorok mana? nak jemur baju dekat mana? situ la jugak yang aku gunakannnn..hahaha.. aku ni suka rumah ada sekat2. jangan nak lantas dari pintu depan terus ke dapur! tak suka! hahaha.. 






aku dapat rasakan ketidakbestan rumah ni. tingkap panjang terang benderangggg.. amboi kau jahhh.. orang rumah sebelah cukur misai pun kau boleh nampak selai2 misai dia kot! hahaha








ini dapur. dapur ada satu singki je. ada table top mozek tapi belum siap mozek ni. lantai dapur je mozek. lantai depan tak mozek pun. tak best. malas pakai tikar getah lagi. bosan dengan tikar getah yang gelembung2 dan banyak semut dan berair. kalau pakai mozek senang nak mop, sapu, dan tak ada semut menyorok bawah tikar getah! hihihi






bilik 1. sekali dengan bilik air. bilik paling depan. paling lantas dan paling tak best. pintu mengadap ruang tamu besar. buka2 pintu je waaaaa.. pintu bilik air terus kau nampak. huhu. tak bagus. 





bilik 2. bilik aku. kecik sikit. tak ada bilik air. bilik air tengah2 antara bilik 2 dan 3. 




bilik 3. bilik 4 lupa nak snap gambar tapi sama je. kemungkinan besar bilik tu digunakan sebagai stor. sebab tak ada stor. haaaa.. 





ada kerosakan sikit dekat syiling. kena mengadu nih. 






bumbung yang bocor tu. 






tadaaaaaa. inilah gambar depan rumah tu. haaaa.. tak lawa ke lawa? sebelah kiri kawasan lebih kecik dari kanan. tapi tak tahulah macam mana nak letak kereta. dan yang pasti kereta tak ada garaj. kesian diaaa. basah panas. huuuu..


anti lepas dah siap bersihkan semua aku update lagi ye. tata sayang semuaaaaa.. hihi..




babai!











Saturday, September 28, 2013

Pemandangan kampung saya







Assalamualaikumm..



huaaaa... mengantuk rupanya tengah hari ni. rasa macam seronok pulak kalau nak tidur kan. pulak tu lepas mandi semua. badan sejuk. tidur adalah benda paling best bagi student dan budak2 baru abis belajar macam aku. konon masa belajar macam tak cukup tidur. padahal kerjanya tidur aje. hahaha


sunyi. sebab aku off tv. memekak sebab tak ada cerita apa2. tak syok. mata rasa betul2 nak membuta sahaja. kakak aku? entah nak tidur agaknya..


nak cerita apa hari ni? macam tak ada cerita. bosan. nak main game kena tunggu energy cukup baru boleh fedd kucing. main Cat Rescue dekat facebook. huarghhh.. menguap lagi. orang johor panggil menguap tu sanggap. menguap = sanggap. bukan sanggap tutttt.. ha! jangan pikir bukan2. hahaha


bosan2 macam ni moh la aku tunjukkan keindahan kampung halaman aku. tak cantik sangat tapi boleh la tahan. hihi
















kawasan ni mendamaikan. dulu masa aku kecik aku selalu jalan2 dekat sini. relax dengan mak. suasanya tenang. ni masa aku jalan2 dengan kakak dan mak. air naik tinggi. maknanya air pasang. kalau air pasang air laut dengan tebing tu tak sampai sejengkal. sangat tinggi. kadang2 waktu angin kuat air naik sampai jalan. 


macam ni la pemadangan kampung aku. cantik kan? ada banyak lagi gambar. ni sikit je baru tapi aku tak larat tunggu nak upload. internet slow. mengantok aku tunggu.. zzzzz.. ahahhaa


ok la. korang dah lunch? moh kita lunch! 



salam.



babai!




Friday, September 27, 2013

10 cara bagaimana untuk mendapatkan ketenangan jiwa






Assalamualaikumm...

ketenangan jiwa memang diperlukan dalam setiap umat. setiap manusia perlukan hati yang tenang untuk meneruskan kehidupan seharian. Disini saya sertakan 10 cara bagaimana untuk mendapatkan ketenangan jiwa. 







1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.


3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.


4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?



sumber dari: Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh




Tuesday, September 24, 2013

Impian dan angan-angan





Assalamualaikum...



apa khabar semua? malam ni nak beritahu apa yang aku suka. salah2. barang2 rumah iaitu perabot dan barang2 dalam rumah yang aku suka. corak dan warna ye. hihi


bila aku dah ada bilik nanti mesti terfikir nak perabot warna apa. nak buat apa, nak susun macam mana kan? macam tu jugaklah aku. rasa nak sangat la mengubah dan menghias rumah sendiri dengan hasil sentuhan sendiri. gitewwww.. mengada kan? hahahaha.. pedulik.. angan2 tetap akan terus jadi angan2 kalau kita tak cuba realisasinya kan??


ewahh.. berfalsafah pulak kau ni. tayah banyak sangat intro boleh tak? boringgggg.. *sambil padang kiri cakap dengan tingkap..* biasa buat kan?? huahahahaha. kejis...hahha


ni la barang2 yang aku suka sangat. selain harganya yang berbaloi2 juga keadaan yang sangat mininum pun boleh. ewahhh.. macam kau ada duit sekarang kan? hahaha..





boleh bayangkan murahnya almari 3 pintu ni? masa ni ikea tengah sale. so aku saje je usha. bukan apa pun. sebab nak beli memang tak lepas sebab jauh benor. huaahahha.. sedinyaa!almari ni dah la besau, murah, warna putih pulak tu. waaaa.. sukanya aku. warna putih ni bersih je kot. rasa macam nak sangat seketul letak dalam bilik..





ni cermin. saje la letak dalam bilik kan. perempuan, mana boleh dipisahkan dengan cermin. PANTANG namanya kalau ada cermin besar tapi tak guna. guna means ambik gambar buat ootd. huahahaha.. kesah pulak kalau orang nak marah. bilik kita, cermin kita.. ewahh.. makin kuat la melaram! hahaha






selain warna putih, aku jugak suka warna coklat. warna2 alam giteww. memang la aku suka. tak pernah bertukar kesukaan aku tu. wakakaa.almari ni pun murah sangat. ada 3 laci. boleh simpan macam2. mostly barang2 dalaman la kan kalau wanita tuh. hikhikhik






para2 letak atas barang2 comel. dan ringan sahaja. jangan letak barang2 berat. nanti roboh pulak. hahaa,, tapi lagi best kalau boleh letak frame, novel2, dan pewangi atas ni. mesti kiut miut. hahahaha






rak tv. rendah, putih. simple dan mudah diurus dan dibersihkan. waaaa.. sukanya.. harga pun berbaloi2.. tengah sale ni. sape nak grab cepat2 grab nanti kehabisan stok melopong pulek. hehehe






sofa jenis ni paling aku minat. namanya Chinese Longue. harga biasa mahai. harga lepas sale murah... sukanya. sofa bentuk L ni. hujung tu noleh buat tidur. lepak2 baring sambil baca novel, main kucing ke atau saje lepak tengok tv.ewahh.. berangan bukan main sungguh aku ni. hahaha




















senduk sudip comel ni pun aku suka. harganya pun berpatutan. warna pulak warna kegemaran aku. hahahaha.. sungguh la mak aku kata aku ni bosan. warna yang tu je aku suka.ahahhaa.. tak apa mak, nanti mak datang rumah iza mak tahu la semua barang warna putih, hijau dan coklat je. hahaha..


mak kata tak lawa. pastu aku tak suka ada bunga dalam rumah. macam errr.. tak sesuai. tapi kalau bunga lili atau warna putih daun hijau aku suka jugak. cuma tak suka bunga mengarut2 dengan warna ntah apa2. ahhaha..


ni smeua impian aku la. kalau aku dapat rasa seronok sangat. tapi bila akan datang nanti tengok macam mana. aku akan cuba pujuk bakal suami aku nanti suka warna ni. tak kira! hahahaha.. kesian beliau. siapalah tu yang malang kena dengan aku. hihihii..


ok la. nak makan pulak. babai sayang2 semua..



=D


Monday, September 23, 2013

Pasal rumah baru







Assalamualaikumm..



sihat tak korang semua?? mestilah sihat ye dak? kalau tak sihat makan ubat pastu rehat okeh? hari ni aku nak cerita pasal aku nak pergi tengok rumah yang tengah buat tu la. tapi sebab dalam pembinaan kena la ikut spesifikasi waktu yang dia suruh tengok. kalau dia tak bagi jangan nak ngade2 pergi tengok. kena tahan dengan polis bantuan yang ensem awww.. awww...aww..


tadi petang aki sekeluarga konon dengan penuh semangat nak pergi rumah yang dalam pembinaan tu nak tengok ok ke tak. nak ukur tinggi dan lebar pintu dan tingkap sebab mak nak tempah langsir. langsir rumah aku memang tempah. sebab rumah sekarang ni banyak pintu sliding. ada 3 pintu sliding kaca yang berukuran 10 kaki, 8 kaki dan 6 kaki. haaa.. bayangkan punyalah banyak dan besau kan. sebab tu tak reti buat sendiri.. jadi tempah je. hahaha.. yelah atas tu scallop la apa la kan. nak cantik dengan macam2 jenis bentuk. hahhaha..








rumah baru ni ade satu je pintu sliding. tak besar sangat la. biasa2 je. tapi tu la. mak aku nak ambik ukuran tingkap rumah baru. nak ambik betul2. rumah baru tu kalau dapat pun kunci nanti bukan boleh terus2 pindah. nak pasang mozek, grill, tintet, shower, astro, wifi, kabinet dapur, kipas lampu semua. semua kita kena la buat sendiri. rumah baru macam rumah beli. tak ada apa2.kosong. entah plug pun banyak mana agaknya. aku tak suka macam tu la. bukan ada apa2. leceh..


tapi nak buat macam mana kan. nak2 design rumah sekarang tak best seba ruang tamu dengan ruang makan sekali. tak ada pemisah, so memang lantas sungguh la pintu bilik dengan ruang tamu. taleh nak sorok rupa bilik macam mana. dah la rupa bilik kadang2 boleh mengundang kutukkan dan hinaan tapi aku peduli apa kan. ahaha.. kejiss..


tapi bila sampai tempat projek tu ada polis bantuan kata tak boleh masuk sebab pekerja sedang bekerja. ewahhh.. rupanya kami dapat wrong information sebab bukan semalam tarikh untuk melawat rumah baru kami. sedihhhh.. aahhaha.. rupanya orang salah bagi informasi. sabtu tu orang kampung sebelah yang tengok. pastu mesti orang assume yang ahad kampung aku pulak.


polis bantuan yang jaga depan pintu masuk projek tu ensem awww.. awww.. hahaha.. pastu aku siap berbasa basi dengan mamat tuh. nama dia HALIF. ewahhh siap tengok nama dia denganpenuh semangat sebab dia encemm.. hikhik.. mak aku pun cakap budak polis bantuan tu ensem.hahahaha.. mula la mode mengatal aku datang. kahkah..








ni rupa rumah baru yang nakal kami duduk nanti. warna merah. rumah paling besar. ade 3 jenis rumah. dan banglo. rumah flat kos rendah pun ada. macam2 jenis mengikut jenis2 rumah penduduk sebelum ni kan.


membebel tak sudah aku ni. huahahha.. macam best sangat cerita aku. hahaha.. ok la jangan runsing2 ye. nanti kalau rumah iols dah siap. dah ada nampak macam rumah iols akan buat entry sikit. ewahh.. macam bagus je nak buat entri baru bagai. macam retis! ahahhaa...


macam la ada orang baca blog aku ni.hahahhaa..


ok, sehingga berjumpa kembali! huehuehue


babai!




Saturday, September 21, 2013

Girls Day Out!






Assalamualaikumm...




isnin minggu ni yang hari cuti Hari Malaysia tuh. aku dengan kawan aku pergi jalan2 sat. sat je. dari pagi smapai petang jeee.. hikhok. pagi naik bas pegi Kota Tinggi then pukul 5 balik uma naik teksi. naik bas murah tapi naik teksi mahal. mahal gila ok. bukan sikit2 mahal. haha. mana taknya satu kereta RM52. bahagi la 4 orang berapa. tapi kalau tak ada orang ko kena la bayar RM52 jugak. nak ke tak nak kena. sedihh..


tapi best sebab dapat makan2 dan tengok wayang. ewah bunyinya macam haku pergi tempat mahal. bukan pavi ok. bukan. tempak kecik jeeee.. tengok wayang pastu makan kat secret recipe. hahaha.. sedih la perempuan ni. tu je kau mampu? hahaha.. yela uols, iols belum kerja lagi. 


plan awal nak ke JB. nak tengok wayang kat City Square. pastu nak makan kat Seoul Garden sebab kawan aku sorang ni tak pernah makan dekat Seoal Garden. tapi tak jadi. kita pergi Kota Tinggi je la sebab dia nak beli tudung. kat Kota Tinggi banyak gila baju dengan tudung. cantik2 ok. kawan aku ni saiz besar jadi nak beli tudung besar sikit. saiz XL. 3 layer lagi. tapi dapat RM35 selai. sebab beli dua dapat RM75. Huahaha.. ok. abaikan kiraan aku. 


gambar tudung tak ambik tapi tudung tu lawa. serius. warna pun cantik. ade manik2 bawah tu. pastu tengok wayang dekat MBO. tengok citer Elysium. memula aku nak tengok cerita Vikingdom. tapi kawan aku tu nak sangat tengok Elysium. tapi bila tengok cerita tu best ok. hahaa.. 




lepas tu beli barang sikit then pergi makan dekat secret recipe. makan lasagna. OMG! melting.. sedap ok. hihihi..




wiwiwiwiw.. sebenarnya aku taklah putih cenggitu. itu adalah propa semata. ia adalah kerana cahaya yang melimpah ruah masuk kedalam kedai itu dan aku pula mengadapnya. itulah yang membuatkan aku extraaaaaa putih. hakikatnya aku tak putih punnn -.-'


jangan terpedaya dengan tipu helah dunia ye akak2 dan abang2 sekalin.. hikhik.. kitew ni itamm.. ok. banyak sangat w memang mintak lempang sedas agaknya. aku bukan jenis nak awwww.. ewwww.. tolong sikit ok! *tetiba marah pulak. tak paham perempuan ni* hahahaha


lepas habis jalan2 petang tu aku balik la. tapi seriusly lasagna tu sedap gilos. rasa nak makan lagi. cuma takleh ler kau makan hari2. nangis badan kau kalau makan hari2. hahahaa..


ok. babai!




Friday, September 20, 2013

Suka gesel dan cium orang






Assalamualaikum..



ewahh.. pemalas kan nak tulis blog. hahaha. ni tengah rajin2 la ni. nak cerita pasal cerita hari tu. hari tu tu maknanya aku dah tak ingat tarikhnya. hahaha.. kejis tau sampai lupa. apa sebab selalu sangat pergi jalan2 dengan mak dengan akak so aku dah tak ingat dah. lantaklah.. hahaha


tapi sebelum pergi sempat la snap2 dengan mak and akak depan rumah saje. dengan ditemani budak2 yang menyibuk. 




budak ni suka sangat interprem.. haha.. golek2 kat kaki aku. ko hengat aku suka? sebenarnya sukaaaaa sangat kecik kau golek2. hahaha..





tengoklah dia ni menggesel je dekat kaki. tak boleh tengok aku senang langsung. ade je nak datang interprem gambar aku yang comel lotey ni. kahkahkah.. pedulik la kata dia agaknya. nak jugak dia masuk dalam gambar. huhahahaha..


masa ni pakai palazo coklat gelap, bluse biru turquoise dengan shawl baru. ewahhh.. tunjuk la konon. padahal shawl beli dekat pasar tani je tahu. pasar tani je. hahahaha..  

pastu cium mak pulak. dia ni paling manja antara semua. suka sangat menggesel kita semua.. gesel kaki la paling suka. padahal aku sayang tau dengan dia. hahaha




konon manja2 lettew dengan mak kiteww.. sibuk je kan.. harap maaflah sebab gambar tak cantaik. gambar ni kalau letak page jadi kembang2. waaaa.. tak tahu.. huuu


tapi tetap cun. suka la kita.. hihi..



ok la. babai. 

Yang kiut miut je




Assalamulaikumm..



hai2 kawan2.. lama aku tak menulis. ewahh.. bukan main malas lagi kau kan? pemalas bukan main. kau tahu tak kau tu tak ada masalah nak menulis. internet boleh bukak 24jam. tapi tadi aku tengok bil statement aku dekat YES punya laman web. ehhh.. mahal wooo.. dah rm80++. apekah? sedih pulak bila mahal. aku ni dah la tak bekerja lagi. sobs.. niat hati nak ambik stremyx. senang sebab wifi. tak payah pakai modem. hahaha. aku ni dah bosan dengan modem2 ni sebab biasanya tak kuat. kalau pakai wifi insyaALLAH memang sentiasa berupdate la laptop dan handphone aku. yelah, wifi kuat. senang aku nak tengok tonton, cerita. kuikuikui


apa aku merepek ni? ni la bahananya bila aku lama tak menulis. yelah, buat apa nak tulis hari2 sebab cerita hidup aku ni bukan best sangat pun. cerita2 bosang je punggg.. adododoi perempuan ni. kalau nak menulis biar la senang nak membacanya. aku ni cerita je kadang2 dengan korang bila ada cerita yang aku rasa best je. tapi bila tak best pun aku tulis jugak. korang kena baca tau! hahahaa..


aku ni suka jugak la barang2 comel. mostly kucing. yang berbentuk kucing. hahaha.. aku ni obses sikit dangan kucing. maafkan diriku jika entry ini membuat anda semua yang bosan dengan kucing atau tak suka kucing. pada yang suka kucing silakan tengok. hikhik


tada!!!!!





earphone Chi, penggulung wayar Rilakuma dan penyimpan ubat2 Bunny. ewahhh.. comelnya. sebenarnya bekas isi ubat tu saja je. bukan aku berpenyakit pun nak bawak pergi mana2. tapi saje je lama benor bentuknya. ahhahaha.. mudah terpengaruh sungguh. hahaha..


bentuk earphone Chi tu aku memang sangat sukaaa! sebab aku suka tengok cerita dia. aku donlod dari internet. hihi. comel kan? cepat cakap comel! hahaha




sebab aku suka aku upload lagi. hahahaa.. pedulik. seab best aku suka. earphone boleh gulung. ehhhh.. sukanyaaa.. sukanya.. warna pun comel2 je. hihihi..


aku beli dekat Mr. DIY. hihihi.. murah2 dah tu comel2 belaka. hikhik


ok la. nak chow dulu. hikhok.



salam..





Saturday, September 14, 2013

Tak ada Air







Assalamualaikum..



sihat? ewahh.. lama tak menulis. siang tadi aku baca blog sorang DOKTOR. dia ni pakar orthopedic. isteri dia pakar bius. perghh.. kerja memang la hebat bak hang. anak 3 orang. muda la jugak. around 30-an doktor ni. tapi still ada masa menulis blog. ada masa ceritakan pengalaman dia bersama pesakit yang dia jumpa. yang dia rasa nak share. memang la satu bulan tu tak lebih dari 10 entry dia buat tapi still dia tulis. mostly tulis pasal penyakit  la. cerita pasal simpton2 penyakit tu. apa yang perlu dilakukan kalau kena. bagus. aku jadi khayal baca. hehehe.. *konon dulu cecita doktor* kahkah. ketawa 6 harkat untuk kau. heehhee


aku ni masa banyak gila terluang. internet hidup segan mati tak mahu ni ada. tapi pemalasss nak update blog. adododododoi. sungguh la. rasa macam nak rakan je kehidupan seharian aku. pastu tepek kat blog. semestinya la tak best hidup aku ni. bangun tidur, tengok tv. lepas tu makan. tengok tv lagi. lepas tu tidur. itu memang membosankan. kalau kita jumpa ramai orang baru best. sebab ada banyakkkkk ragam. banyak ragam tu rasa nak tutttt je kan? hahaha.. 


apa motif sebenarnya aku menulis blog ni? aku rasa tak ada motif. owhhh..nak bagitau. rumah aku tak ada air. apesal ntah boleh tak ada pulak. pagi tu ada je amcam biasa. pastu tengah ari ok lagi dalam pukul 2 lebih macam tu tetiba tak ada air. dah la aku lupa bukak air luar untuk penuhkan tangki air dekat atas bilik air ni. aloooooo.. sudah la. nasib baik cukup aku mandi siang td. tapi malam ni kontang la. nak cuci muka pun tak dapek. hahaha. berminyak2 muka aku. adoi.. apehal ni? tak ada pulak orang bagi tahu kalau nak tutup air. cissss!





dah melengas muka aku ni. berminyak2. tapi nak cuci muka pun pakai air cedok. mane puas beb! nak air mengalir. hahaha.. sini dah la kampung. kalau kat kampung ni mana nak cekau air kalau tak ada. kot kalau kat bandar kalau dah terdesak sangat pi la mandi ke buang air kat tandas awam macam kat pam minyak ke shopping mall ke kan. ini? pam minyak memang ada tapi mana ada toilet. pam minyak pun kecik je. macam mana nak mandi? buang air? 


kampung aku ni memang la banyak lagi pokok2 buah. sebab banyak pokok buah la payah. semak. banyak binatang berkeliaran. banyak pokok, semak banyak haiwan tak diundang datang. bahaya wehh.. ada babi, ular tedung, musang, lipan.. macam2 binatang lagi la. huuu..


ada la perigi tapi air dah keruh sebab dah berzaman tak guna. parit ada jugak tapi semak. air agak banyak la jugak tapi tak bersih. tak boleh guna buat minum. takat buat cuci tangan boleh la kot. adoii.. payoh. dah malam2 ni memang bercinta la aku nak keluar. nak keluar bilik pun malas. tengok cinta jannah patu masuk bilik. malas dah tengok tv. haaaa.. pemalas dak? 


kerjanya dok main candy crush je. kahkahkah. ermm.. ermm.. kesian la kau ni. hidup sangat tak meluas. apa boleh buat dah malas sekarang. hahaa. ni aku tengah malas. kalau aku tengah rajin kang mau aku kerja je tak hingat dua. cewahhh.. tak ingat dunia kunun.. hikhik. padahal kerja je nak balik rumah. hujung minggu mesti nak balik. hahaha.. pentipu!


ok la. ini cerita semalam. cuma semalam internet vengong. slow gila. tak boleh publish. jadi publish hari ni. hari ni dah ada air. dah mandi puas2. hehehe.. babai sayang semua.. thank you baca entry merepek kita..


kita nak keluar jalan2. walaupun hujan kita nak jalan2 jugak.. huehuehue