Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 28, 2013

First paper yang cuak!





Assalamualaikum...



semalam kami menghadapi first paper. semua rasa takut. takut memang tak boleh nak cakap. biasalah. siapa tak cuak dengan exam kan.aku risau toksah cakap. sebab apa? sebab ilmu tak penuh didada. sebab tu la risau sana sini. kalau dah cukup insyaAllah boleh kata tak risau sangat. 


baca buku tak abis. jangan kata baca buku, baca spot question pun tak habis inikan pulak nak baca buku habis. hahahaha.. bukan kata apa memang tapi macam malas nak membaca. jadi student malas nak baca memang kelaut la kau kan. hehehe


aku la tu salah seorangnya. tiap2 sem azamnya tak mau baca buku last minit tapi kemain azam tinggal azam je. last2 baca malam sebelum paper jugak. pui. tak menyempat nak baca jugak.


masa bukak je paper nak jawab aku rasa aaaaaa... kenapalah aku tak hafal benda2 yang sepatutnya aku hafal? menyesal tak ada gunanya. aku buat je la apa2 yang aku rasa betul. walaupun hakikatnya salah. hehehehe.. biasalah. kalau dalam paper tak mentaram memang tak sah. bukan aku tu namanya..





bergambar bersama jam rm250 katanya. katanyalah aku pun tak tahu. jam aku kena culik bawak masuk bilik interbiu. so kena pakai jam pakcik ni pulak. tukar. konon jam aku formal la sangat untuk interbiu kan. so tukar. aku pun ye je la. bukan lama pun. sejam je nak pakai. ehehhee


ok. nak masak tapi tak tahu nak masak apa. kbai.




Wednesday, June 26, 2013

Presentation IS






Assalamualaikumm...



esok merupakan paper pertama aku. paper pertama dari empat paper. paper pertama final exam in final year. huaaaa.. tapi macam tak exam. relax je. petang2 boleh tidur. lama pulak tu. cisss.. apekah aku ni?  bahaya betul!


ni nak cerita hari isnin lepas merupakan hari presentation IS kami. IS means Independent Study. macam apa yang aku pernah cerita entry2 lepas. kalau ada korang baca la. kalau tak ada tak apalah. aku pun bukan best sangat entry nak kena ada orang baca. hahaha.. 


aku buat pikir presentation tu punyalah takut. bukan main lagi. yelah, cuba kau pikir IS tu research study kau sepanjang sem ni akan dipersembahkan pada satu hari dan akan dihentam kalau salah dan diberi markah masa tu. tapi for sure bukan sepenuhnya panel yang bagi markah. tapi still perasaan takut tu ada. kalau tak banyak sikit mesti ada sebab nak buat presentation  tu yang cuak. kalau takat hantar report tu tak rasa takutlah. 


aku ni dengan kawan aku yang partner sama2 buat IS sanggup tak tidur malam. demi buat kerja. padahal buat last minit tau. kalau buat awal2 boleh je tidur malam tuh. hahahha.. biasalah. student kan. kalau tak buat akhir2 deteline memang tak sah la gamaknya. kahkahkah.. sila rasa kelakar. tapi serius tak kelakar. aku rasa seriau gila sebab dah last minit sangat. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. siap terus print dan buat semua ikut prosedur. hahaa..


balik2 je aku kena hantar kawan aku balik Meru. sebab kereta yang dia selalu bawak kereta akak dia rosak pulak. bateri kong. nak gantri bateri baru mak ai mahalnya. nak kelim abang dia, abang dia tak ada pulak balik kampung isteri dia. so, tak ada siapa nak beri ongkos tukar bateri. so aku pinjam kereta kawan uma aku bawak dia balik. aku cakap kat dia drive sampai rumah dia sebab she is a good driver. tapi masa dalam UiTM lagi dia kata dah tak larat nak drive. mengantuk sangat2 katanya. pastu dia suruh aku drive. aku pun tak tidur sepenuhnya tapi ada la sejam dia aku lelap. dapat la cover. dia memang tak tidur langsung. 


aku pun drive balik uma kawan aku. dari UiTM sampai depan pintu rumah dia tidur. aku dah tahu dah jalan pergi rumah dia. dah hafal sangat. banyak kali gila datang kan, siap tidur sana bagai. sampai2 je main dengan anak sedara dia yang comel, putih, gebu, mantop dan kelakar tu. geram sangat dengan budak kecik tu. pandai buat muka. pandai bila orang cakap dia bagi reaksi. pandai la kau ni. nakal pun nakal. ahhaha.. auntie is gerammm...!


















ni la buddy aku. aku rasa korang dah kenal dia kot, selalu sangat aku tepek gambar dia dalam blog ni. terima kasih Shami untuk segalanya. segala yang kita buat. maafkan salah silap aku. mafkan andai ada guris hati kau sepanjang kita kenal. terima kasih ajar aku macam2 benda. dan yang penting sekali sama2 kita berjaya dalam degree kita ni. 


aku tak pernah rapat dengan Shami diploma dulu. walaupun kami satu kos masa diploma. sama kampus. tapi tak rapat sebab aku kelas lain, shami kelas lain. lepas tu masuk degree dapat sensama dan kenal. berbaik2 dan terus baik rapat. Alhamdulillah.. 
















ni dia anak sedara shami. gebu tembam geram aku tengok dia. dah la bijak. kalau cakap apa2 dia bagi reaksi macam orang dewasa. nakal pun nakal. tapi nakal pandai. bukan nakal jahat. hehehe.. 


rindu awak nanti tau kalau dah habis belajar. dah la comel. hehehe..


lepas ni nak study. lepas tu study lagi. lagi dan lagi. cewahhh.. padahal kang sikit2 mengantukkk.. sikit2 mengantukkk.. kahkahkah.. apa nak jadi ni?


kbai!






Tuesday, June 25, 2013

Study dan buat kerja di PPAS






Assalamualaikum..


haritu kan kami ke PPAS. jangan la anggap aku ni rajin sangat pergi pustakaan tapi yang best tu tempat dia cantik, tapi masa tu  masa cuti, so, jangan expect la ada kelapangan tempat dekat PPAS tu. konfem penuh. Saja je pergi sana untuk ade internet. tapi yang tak best bila orang ramai gila pastu tak ada plug dan internet tak kuat pun. choyyy!!


menyesal sebenarnya pergi sana. sebab tak sesuai pada aku. memang la sedap dan cantik tempatnya tapi ada sesetengah masa macam ni jadi tak best. dengan tak ada internet dan so on. nak on laptop pun tak ada plug. aku cadangakan lepas mamak KHALIFAH tak mahu pulak. khalifah dah la murah pastu tu internet laju bak hang. dulu aku selalu kot bawak laptop pergi sana main dan buat kerja. jadi memang laju. pastu makan pun mampu nak bayar. tahu la akhir2 sem ni semuanya kena bercatu okeh. bukan apa tak mampu dah nak makan benda mahal2. kena jimat2. huuuu..


jadi inilah hasilnya. pergi sana tak ada plug pastu bayar pc dan main dengan computer sana je. sejam seringgit. hah, melayang rm2 sebab main laptop. kahkahkah. nak buat macam mana kan. benda kita pun tak nak. tapi dah sampai situ. 


ni lebihnya ambik gambar.












inilah hasilnya bila kami kebosanan nak balik dah. posing sana sini tanpa hiraukan orang lain yang ada dekat sana jugak. pedulik...


hahaha.. aku tak tahu nak cerita apa lagi. sesungguhnya kehidupan aku sangat boring rupanya. hikhik


k bai!





Friday, June 21, 2013

Redo presentation. Last class.






Assalamualaikum..



semalam adalah last kelas kami. last kelas untuk the whole semester! wuhuuuuuu.. bangga sekejap jadi budak degree yang dah abis kelas. lalu tepi budak2 asasi sambil bermonolog dalaman. 


" hai adikk.. ada kelas ke?  akak dah HABIS kelas untuk degree! lepas ni tinggal final exam je... "


kahkahkah. kurang hajar sangatlah nampak nya kakak yang sorang ni. tapi nak buat macam mana. rasa riak masa tu sangat tinggi. lepas tu jalan kaki pun berbual ala2 orang ambik master dengan Phd je gamaknya. cerita pasal encik itu, cerita pasal dokter ini. dan yang tak best cerita pasal IS a.k.a Thesis kami untuk pelajar semester akhir. budak U lain thesis akhir panggil apa? PSM? UiTM degree panggil Independent Study. lain ken?? wahaahhaa..


lepas balik kelas aku dengan kawan2 pergi Shah Alam. bukan berjimba ok, pergi jumpa advisor untuk IS kami tu. yang takutnya present 24hb Jun ni. hari isnin. sekarang dah hari apa? jumaat okeh! takutnya bukan main. aku risau tapi jangan la tunjuk sangat kan. buat relax je tapi takunya masyaAllah. bukan main lagi. muka je macam tak ada perasaan tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu.




 



ni semua gambar2 kami sebelum habis belajar. macam gambar. macam2 ragam. paling tak boleh blah semalam la nak habis kelas kan. ramai nak ambil gambar dengan lecturer yang sporting yang pakai baju kurung warna hijau tu jadi berebut2. lect tu sangat baik. dah la tu ambik gambar dengan kami budak2 perempuan semua peluk2. sangat la sporting dan relax. baik. hehee..


dia layankan je semua student dia. siap suruh add kat fb pulak. jangan lupa dia kata dia. hahaha.. nampak tak, selalu student yang kata jangan lupakan kami tapi ni lecturer yang cakap macam tu. memang rare. lepas kelas kami pun berbondong2 la add miss dekat facebook. Lecturer aku miss lagi okeh. walaupun dah masuk 3 series. tapi dia tak nampak 3series. pelajaran sampai Master. badan cantik. comel. sweet. sporting. ada seketul kereta HONDA. gagagaga.. best okeh ada HONDA dalam usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. bukan sangat. memang sangattttttt tak senang. 


dengan hari rabu haritu ada REDO presentation. takutnya tak boleh cakap la. kau tahu la DATIN kan. expectation dia pelik2. jangan dia komen pasal content pulak sudahla. hari tu kami kena REDO pasal gambar je. dia tak puas hati dengan gambar kami yang berdiri je. dia nak gambar masa berinterview. selasa sebelum tu kami kena pergi Hotel Bluewave semula untuk ambik gambar yang lebih proper. terpaksa sewa kereta semula dan pergi semula. ambik gambar dan tanya sikit2. banyak sangat keluar duit akhir2 ni. nak kena sewa kereta. nak ambik masa pergi sana. bukan main lagi. siap ponteng2 kelas demi presentation DATIN. hahaha..


tapi hari rabu yang paling seronoknya lepas present je DATIN komen sikit itu ini. then datin cakap dia bagi A untuk semua presentation REDO kami hari tu. ya Allahh.. sukanya dalam hati aku. tak sia2 buat REDO presentation. dia tak komplen apa2 pasal part aku. dia kata semua improve presentation. lepas tu dia komen2 terus kata this is A presentation! wohooooo.. yang group sebelum ni yang dah lepas presentation tak tahu la dapat A ke bukan. huuu...


banyaknya nak cerita kan? aku ni akhir2 ni suka kompile kan cerita. senang. aku bukan tulis blog hari2. sebab tu la compile kan je. hidup aku ni bukan banyak sangat cerita nak cakap. just sikit2 je. betapa boringnya la hidup kau ni izaaaa...hahahaa






gambar gegar dari phone sape tah. bantai je. hahaha



bai!!



Tuesday, June 18, 2013

Hari tu punya cerita





Assalamualaikummm...



huehuehue.. hari tu ada modul. modul yang wajib budak UiTM kena pergi every sem. wajib. wajib. wajib. jangan nak skip. konfem repeat. hahaha.. jadi kena dan wajib la pergi walaupun sumpah aku sungguh bosan benda alah tu setiap sem sebenarnya. hahaa.. tapi nak buat guana kan. kang tak grad pulak kau kang.. hehehe





nah. seketul gambar. tu gambar dari camera orang tapi aku buat harta. maaflah. ni sebab nak letak kat blog. terpaksa buat watermark. tapi orginality kita tahu dari siapa. mekasih awak. hehehee


comey2 tak kawan2 aku? haruslah comel. we are so sweet girl. hahahaa.. perasaaan!!



k la tu je nak cakap. babai..






Monday, June 17, 2013

Stress + Emosi = MONDAY!






Assalamualaikum..


hari ni hari isnin kan? isnin yang blur. monday blues katakan.  tapi hari ni sangat tak best. sebab apa tak best? sebab tapi presentation tapiiiii.. kena redo. ingatkan kumpulan akhir dia ok2 je. tapi tak jugak rupanya. dia nak tengok macam2. you are unpredictably. TOTALLY. aku tensen sebenarnya tapi tak tahu nak cakap macam mana. kira macam tak terluah la sebenarnya.




redo presentation tu rabu ni. ye, rabu ni. ada masa sehari je. sedih kan? sabar je la nokkk... sedikit sebanyak menggangu emosi kami sebenarnya.






last class with datin. terima kasih atas ilmu yang telah dicurahkan kepada kami.




bai. takde mood.





Saturday, June 15, 2013

Malam Pra Graduan





Assalamualaikumm..



holaaaa.. apa khabar semua? dah makan?? aku dah makan jemput2 milo. made by me. warna konfem la itam. tak de gambar. aku tak ambik gambar pun. malas. aku goreng masa maghrib. terkejar-kejar nak solat maghrib. 


masa 3/6/2013 hari tu ada majlis MPG untuk fakulti aku. kira macam dinner pra graduan bagi pelajar semester 6 la sebenarnya. dah kata dinner. kena la melawa bagai. tema RETRO RENDEZVOUS. apa maksudnya pun aku tak tahu. jangan tanya aku. tanya penganjur. hahahaa


aku? konfem la tak ikut tema. kuasa pulak aku nak ikut tema. hahaha.. ikut tema aku sendiri buat. aku punya suka. aku suka apa aku pakai takde ikut tema bagai. tak kuasa aku nak melayan tema yang ditetapkan tu. sebab aku tak boleh pikir macam mana nak pakai tema retro tu. memang takkan pernah nampak retro la kalau aku pakai. 


so, aku decide aku pakai apa je yang ada, ada certain benda yang aku beli. tapi long term la. aku bukan pakai untuk MPG ni je. aku pakai sekali time raya rasanya tu. tak pasal2 tema raya warna hijau aku pilih tu. aku paksa akak and mak aku beli baju raya macam tu. abah aku tayah la cakap dia ikut je. bukan tahu pun kitaorang ni beli warna apa untuk dia. baju pun dia tak pikir untuk diri sendiri. so, semua serahkan bulat2 kat kami. jadi suka hati kami. huehuehue


so, aku pakai apa yang aku rasa nak pakai. tak cantik? terpulang. aku bukan nak dress up jadi queen of the night. aku pakai sesuka aku je. nah.. aku bagi. tengok la




mempersembahkan makcik gemuk yang berdress up macam makcik2 jugak, hauhahaha.. suka hati akulah nak dress up macam makcik2. yang penting tertutup lemak2 degil aku ni. hahahaha.. aurat lebih penting dari berlawa2 sampai tak ingat dunia yang sementara ni. ewahhhh.. padahal nak kover kata baju kau tak lawa. hahaa.. aku paham.







my girlfriends. hopefully friends forever kita semua ye. nak akhir2 sem ni sedih2 pulak. hehehe.. nak bersedih2 pulak kononnya. semua lupa masa ni. nak melaram dan snap picture je masa ni. benda lain dah tak ingat dah. 




MPG ni dibuat di Concord Shah Alam. so, malam tu kami beramai2 la pergi sana naik kereta sendiri. nasib baiklah kami ni ade kenderaan walaupun tumpang2 kereta orang. at least ade jugak la. kalau nak harapkan bas, bas cuma disediakan pada sesiapa yang tulis nama je. yang tak tulis tak ada tempat naik bas. blerghhh... jahat tau! hahaha






yang belah atas tu my housemates. ramai kan? ade 7 orang. of kos la semua perempuan. takkan la ada jantina lain atau jantina ragu pulak kan. ahhahaa.. jangan nak cari pasal. dudak lelaki depan pintu tolong betulkan pintu pun makcik atas rumah dah cakap macam2. tak mau la ada bad record pada kami ni. tercalas image baik kami yang sopan anggun tuh.  one time ade pernah aku sentap dengan satu insiden. bukan salah aku tapi terjadi sebab aku. maafkan saya housemates. kita jaga maruah sama2 ok.. sobssss





nombor beruah yang tak bertuah langsung. tak dapat apa langsung masa malam tu. hahaha. kuciwa gua. tapi tak pe. kan gua nak jadi biar orang tak perasan. so tayah la nak mencapap naik atas pentas nak ambik hamper or barang2 lain tu. tapi tipu la kalau aku tak berharap . sejujurnya aku berharap sangat. tapi muka kontrol ayu konon tak berharap. biasalah. ego. kahkahkah!






ni adik2 angkat aku. tetiba kan.. kakakakah. bukan la ni kawan2 aku. kira kawan rapat la jugak. boleh bergurau senda dan mempersendakan. asal sentap memang nak kena. aku jenis tak yah nak sentap2. menyampah aku tengok. 


banyak lagi gambar tapi ni je la aku tepek. takkan nak letak bebenyak. letih aku woi. banyak lagi kerja aku nak buat ni. ok la. aku nak edit gambar untuk esemen ni. nak compile esemen ni esok. jangan ganggu aku tau. nak komen2 la. nanti aku tengok dan balas. ceaaaa.. padahal bukan ada orang komen pun. hehehe..


biasalah feeling orang kenal. padahal seketul dua je manusia yang kenal aku. sobssss..hahaha


babai sayangs!




Friday, June 14, 2013

Esemen oh esemen!






Assalamualaikum...


hari ni dah setengah hari aku tak buat apa. bahaya ni. hari ni dah jumaat. lepas tu sabtu dan ahad. isnin presentation paling digeruni. nak kena hafal skrip lagi. perghhh.. saket. 


aku kalau update blog tak lain tak bukan mesti cerita pasal esemen. tak ada cerita lain. sekarang dah jarang keluar rumah sebab berjimat cermat akhir2 sem ni. jadi kurang la gambar berjalan aku. makan dekat rumah je. masak. tak de nak beli makan luar sedap2 walaupun dalam hati berangan nak makan meatball kat IKEA. erghhhh.. tensen bila aku ingat. 


ada sesiapa yang nak bawak aku pergi IKEA? anyone? aku tahu la aku tak ramai kawan pastu tak tahu jalan. siapa nak bawak kan. sobsss..


dah2, jangan nak sesedih. buat kerja sana. jangan nak berangan itu ini. banyak kerja ni diakhir2 sem ni. jangan nak sedih2 sangat. kau ingat kau banyak lagi impian yang perlu kau capai. so, make it now! jangan tunggu2 lagi. kalau bertangguh konfem tak siap sampai malam.


nanti kalau dah habis belajar apa aku nak buat dengan laptop ni. mesti jarang bukak. kalau bukak pun untuk main game, tengok gambar2 lama dan so on yang tak berfaedah. kalau kerja maybe la guna. tu pun kalau guna. hahahaha..





gambar bila ntah. oh, masa melawat pakcik meninggal masa ni. mak ambikkan gambar. sementara tunggu teksi nak balik bus stand. biasalah. masa cuti aku teman mak pergi mana. kalau aku tak boleh drive jauh2 or kenderaan tak mampu sampai aku naik bas ngan mak. aku dah biasa naik bas ngan mak. bas henti2 ataupun bas ekspress. sebab asalnya kami sekeluarga bukan orang senang. sekarang2 ni je aku n family rasa senang sikit. hehee..


 apa lagi nak membebel? ok. stop sini dulu. nanti aku nak update pasal Malam Pra Graduan yang super gojes tu. hehehe..



babai!




Wednesday, June 12, 2013

Kenduri Kawen sepupu





Assalamulaikumm...


huhahaha.. malam ni aku relax sikit. so boleh mula berpeleseran di blog ni malam ni. kalau tak asik pikir pasal Independent Study dengan esemen yang berderet-deret tu je. asik2 nak buat itu la, nak buat inilah. semua macam2 kerja akhir sem ni. jangan terkejut sangat la perangai tu. dah la suka buat last minit. memang redha je la kalau nak hantar esemen esok konpem harini malam tak tidur. wahahaha..


malam kita lupakan dulu pasal esemen dan belajar. kita bersuka ria dengan baca blog orang dan tulis blog sendiri ye. lama sangat aku tak blokwalking baca satu2 apa korang tulis. kali ni nak buat. entah sampai pukul  berapa aku nak membaca cerita best korang ni. kalau aku baca cerita korang ni konpem semangat aku nak menulis dalam blog ni meluap2 semua. bukan main lagi. cuba kalau lama tak blogwalking, rasa macam lemau gila nak menulis. heheehe.. kira korang ni macam pembakar semangat aku la. hehehe..


haritu aku pergi kenduri kawen sepupu aku dekat Persada Johor. waahhh.. berusaha sangat aku nak pergi sana, siap beli baju bagai. kakak aku pulak usha je baju aku tu. dah dia yang belanja kan. kalau dia nak pinjam pakai aku tak kesah je. pakai la. baju dia pun banyak je aku pinjam pakai. hehehe.. 


dapat je jemputan kat Persada terus mak and akak aku beria nak pergi. yalah, tak pernah pergi kenduri kawen dekat Persada. haritu akak aku datang Persada masa ikut aku pergi majlis Johor Tourism Award je. malu2 masa tu. tak kenal kan. kali ni tak malu la sebab suka sangat. hehehe..


aku satu family semua pergi. resepsi malam. so kita makan malam tapi makan nasik beryani jugak la. hehehe..








gambar aku dengan family aku. walaupun ambik gambar dekat toilet tapi aku suka. toilet bersih. hehehe





dan ni door giftnya. cantik. nampak sedap tapi aku lupa nak makan. sebab balik dah lambat. smapai rumah dah pukul 12 lebih. kemas2 beg sampai pukul 1 lebih.  terus tidur. tak ingat langsung nak makan je nak bawak benda ni. hehehe..


memang best la buat kenduri dekat Persada tapi duit mengalir laju la. hehehehe..


k.. bai!




Monday, June 10, 2013

Lamanya tak update!






Assalamualaikumm...



oh goshhh.. last aku updateblog 20 May! lamanya tak update. apa nak jadi ni? adakah aku semakin kehilangan deria untuk menulis? macam mana nak jadikan menulis ni bidang aku? zaman2 bizi je aku terus lupakan blog aku ni. kesian dia. mafflah sekarang ni sangat la bizi. sampaikan makan pun selalu tertangguh. tertangguh la setengah jam. bukan tertangguh lama pun. wahahaha.. aku nak lupa makan? sungguh la tak relevan. heehee...


sungguh banyak sangat benda aku nak cerita. tapi aku cerita sesatu ok. jangan gelojoh nanti tercekik pulak. huahahaha.. sejak dua tiga minggu kebelakangan ni aku banyak sangat buat kerja. itu la ini la. aku ni jadi biro protokol la hape la. bukan nak pun dah jawatan. kena la ambik as a tanggungjawab sebagai pelajar kan.. amboi ayat, kemain.. 


ok dah tak larat sangat aku nak menaipnya pun. mata berat sangat2. dah la tu aku puasa dihari isnin 1 syaaban nih. insyaALLAHH..


salam syaaban.



Salam 1 Syaaban




Assalamualaikum..


haaa.. korang puasa tak hari ni? aku disebabkan tak ada apa yang menghalang aku dari berpuasa hari ni, maka aku pun berpuasa la. penat? penat tu memang la penat siapa kata tak penat. pergi kelas. balik kelas. nasib baik kelas ada seketul je waktu pagi. kalau sampai petang berlecak ketiak tapi kering la tekak. dah la aku ni kuat minum air. huuuu..


kat sini aku nak lampirkan kebaikan membuat amalam di bulan Syaaban.








APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

Memperbanyakkan puasa sunat: 

i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 

Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw: 
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin) 

Bertaubat: 
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.