Happy Cat Kaoani -->

Monday, April 29, 2013

Sahabat Berbangsa Cina yang tak suka wanita melayu tak bertudung






Assalamualaikum.. 



apa khabar hari ni? sihat tak? kalau sihat alhamdulillah. kalau kurang sihat semoga cepat sembuh dan rajin2 makan ubat ye. hehehe.. aku? aku sihattt.. bangun2 je terus meneruskan kehidupan hari ini dengan kadar teratur. teratur tu hanya aku je tahu macam mana keadaanya. sebab dah lama aku abaikan banyak benda. aku nak mula balik macam dulu2. rajin macam sebelum ni. untuk penggal kedua sem ni. 


sem ni dah tak lama lagi dah. bulan 7 nanti habis la degree aku ni. insyaAllah. bulan 12 nanti aku konvo kalau tak ada aral melintang. hehehee..


sebenarnya semalam ada satu kejutan yang kawan aku post. kawan aku berbangsa cina yang buat kami2 orang melayu ISLAM ni berasa malu kalau ada yang membacanya..







dia ni kawan aku masa tingkatan 1 sampai tingkatan 6! lamanya aku kenal dia rupanya. hahaha.. kami dah lama sangat berkawan. dan dia suka sangat cara orang melayu. tengok la cara dia tulis status tu pun macam orang melayu. pandai dia tulis macam orang melayu kan? hahaha..


sejak dia masuk form 6 dia semakin pandai tulis macam orang melayu dan buat lawak macam orang melayu. ada kawan aku ajar. tapi bila sekarang ni dia semakin bijak menilai orang sekeliling dia. syabas! hehehee..


dulu aku pun terkejut bila dia datang beraya rumah aku pakai baju melayu dengan songkok sekali! whoaaa.. kau tak terkejut ke. smart wehh.. jap2 aku cuba cari gambar dia kalau ada. aku memang ada ambik gambar tapi masa tu dah lama. tak pun dalam cd kot aku bubuh. ala, tak ada pulak la. hehehe..


satu benda aku boleh cakap, aku doakan Allah bukakan hati dia dan memberikan hidayah supaya dia memeluk agama Islam. Amin..aminn..aminn...


lama sangat tak jumpa dia ni. aku jadi rindu nak bergurau dan bersembang dengan dia ni. dia antara kawan cina aku yang paling sporting dan paling rapat dengan aku. dan kami selalu bergaduh dan bergurau masa sekolah dulu. sebab dia paham gurauan orang melayu yang sempoi! hehehee..


sampai sini dulu ye. 




babai!




Monday!







Assalamulaikum..













Esok isnin? owh..






Assalamulaikumm..



sihat tak semua? aku sihat2 sahaja. wohaaa... esok isnin? malasnya la hai.. sungguh la. kenapa esok isnin? tensen tahu tak?? selepas cuti seminggu, ni baru balik puncak alam semula. sebab tu aku senyap. rindu aku tak? rindu kan? kan? kan?? hehehe..


jangan malu2 nak mengaku rindu kat aku. kahkahkah. perasaan. sila perasan. aku ni balik kampung bukan pun buat apa. tengok tv. bukan study apa pun. bawak je buku balik. tapi tak study. aku ni balik buat notes je. lepas tu teman mak kesana kemari. bawak mak itu ini. hehehe..


minggu ni ada beberapa hari je kelas. isnin selasa kelas. rabu cuti sebab 1 Mei. khamis maybe ade kelas dan jumaat memang tak ada kelas. lepas tu sabtu cuti, ahad memang la sebab mengundi. Isnin dan selasa minggu depan cuti lagi. haaaa.. kan banyak gila cutinya. seronok dengar banyak cuti tapi dalam amsa yang sama aku risau jugak banyak cuti ni. maknanya banyak la kelas ganti. banyak kerja tertangguh dan melambatkan proses event. nak uruskan itu ini mana boleh time cuti. mesti time kelas biasa kan. 


haa.. aku ingat nak beli powerbank. boleh la support sematpon aku yang cepat benau abis bateri ni. aku rasa duit nuffnang ni dah cukup untu beli seketul powerbank. haruskah aku cash out? eiii.. sayangnya... rasa nak kumpul banyak2 sampai satu tahap yang aku rasa nak keluarkan. cea... nak tunggu banyak tu bila la agaknya. aku ni bukan sape orang kenal. bukan best sangat blog ni. so, tak banyak la nuffnang aku. biasa je.


berapa eh harga powerbank biasanya? aku ade jumpa macam2 harga. tak tahu mana yang murah. mana yang baik. berapa pin. berapa lama tahan. semua tak tahu. anyone yang nak berikan aku pengetahuan sikit?? almaklumla aku ni bukan bijak mana. nak tahu sikit2 supaya tak kena tipu masa beli nanti. tapi kalau ada sesiapa yang murah hati nak belikan pun bagus jugakkk..hahahaha.. masalahnya ada ke? 


dah2. stop membebel. hari dah semakin larut malam. baju tak gosok lagi. esok nak pergi awal sebab nanti berebut naik lift. lift memang banyak. tapi kerana kempen jom beratur tu membuatkan keadaan jadi slow dan kena beratur panjang. 







nah seketul picture aku berwarna warni. suka woh warna dia. hikhik. 



babai!



=D




Friday, April 19, 2013

Bermulalah cuti mid term saya!





Assalamualikumm..



yeaaa!! esok pulang ke kampung halaman! sukanya. dengan ini cuti mid term kami bermula. maknanya dah separuh perjalanan kami disini. hampir ke penamat. tapi bila balik nanti kerja berderet2. test, pun ade jugak. mula la tensen dengan itu ini. dengan event la. dengan trip la. semua memerlukan perhatian masing2. waaa.. 


esok aku balik pagi. pukul 9 dah naik bas dekat Klang. so aku dah kol teksi esok ambik aku dekat Puncak ni bawak pergi klang. kemain la payahnya kan nak balik. mahal pulak tu rm30. kalau kat shah alam ni senang je. kol teksi 5min kemudian dah ade dekat luar. bawak pergi mana2. dah la tak mahal sangat. heheee...


biasalah. harga yang perlu kita bayar demi menimba ilmu. biasalahhh..bebel2 buat apa iza? hahaha..


diharap perjalanan aku esok baik2 sahaja. dan yang paling penting ADA TIKET BAS esok! mintak2 la ade waktu yang aku nak tu. jangan la tak ada. sedihnya. kalau tak ada kena balik pukul 10 pulak. ishhh.. mintak2 jangan la. mintak2 ade la pukul 9 esok. huuuuu.. doakan tau!


minggu ni settle dua test. naik cuti ada lagi dua test. dalam cuti kena buat IS jugak. emel dekat dia. jangan tak emel. perghh.. aku tensen sebenarnya ni. balik rumah nanti aku bukan ade internet. nak kena pergi kedai baru ada internet. gila old skool aku rasa nak kena pergi cc baru dapat internet. ade jugak karang aku usha mak aku mintak broadband kang. hadoi.. guna YES la. best dak YES?? suggest sikit..hehehe


aku dah la nak kena buat macam2 cuti ni. rasa tensen pulak sebab time cuti pun ade kerja yang menghambat kesana kemari. rasa tak bebas sepenuhnya! huaaaa...


aku mau pulang dengan keadaan tenang2 je. tamau serabutkan diri pikir macam2 benda. lantakkkk..hahahha


aku nak berkemas ni. jumpa esok2. hehehee..



 






p/s :: makcik kantin sekolah. tapi dia cun woooo.. hikhikhik




Tuesday, April 16, 2013

Selamat hari selasa






Assalamualaikum dan selamat pagi!



apa khabar semua? sihat? ewahh.. pagi2 ni rasa lapar sangat2. orang lain semua tak bangun lagi. aku memang kalau dah lepas solat subuh jadi mata segar sebab pepagi dah cuci muka semua kan? nak tidur balik tu kadang2 tak boleh. kadang2 kalau ngantok snagat boleh jugak tidur lepas tu. kuikuikui..


aku bangun2 je ingatkan hari ni hari rabu. tapi masih bertenang. hahaha.. padahal hari rabu ade test tau. test yang paling ditakuti sebab test satu pun dah long essay. perghhh.. apalah yang nak di goreng dalam tu. silap goreng memang la menangis kau dengan lect tu. percayalah sesungguhnya aku amat takut. 


ahahaa.. hari2 cerita pasal aku dekat kelas, aku dengan lect. presentation. abis tu nak cerita apa lagi kan? student katanya mestilah cerita pasal hal2 belajar jugak. takkan aku nak cerita pasal keadaan dalam kapal atau kapal terbang kan? dah aku pun tak tau macam mana dalam tu. kalau cerita dalam hotel aku tahulahhhh.. kata student hotel management. kannnn.. hahahaa..








tahu la macam mana hal2 hotel2 ni. sebab aku dalam bidang ni kan. ni gambar masa aku diploma dan degree. hehehe.. praktikal dia dua tempat berbeza. 


hehehe.. sekian sahaja bebelan saya hari ini. hehehe.. 



babai!





Monday, April 15, 2013

Pari bakar, yu masak kari idaman balik kampung





Assalamualaikum..



apa khabar? sihat? berakhir sudah monday blues aku. dengan penuh gembiranya sebab presentation tadi tak ada re-do! yeahhahaaaa.. sukanya aku. tinggal test dan presentation re-do rabu ni. lepas tu khamis ni test sustain pulak. lepas tu jumaat balik rumahhhh! ye haaaa.. sukanya aku!


tak sabarnya aku nak balik rumah. rasa lepas beban aku bila lepas hari isnin ni. hari rabu ni walaupun ada lagi tapi tak tertensen macam malam sebelum ni. rasa nak pengsan lepas tu sedar2 semua ni dah berlalu. dan aku dah ada dekat rumah. kan best! hahaha


aku dok google tadi dalam blog, pastu aku jumpa blog makan2 akak dekat JB ni. perghhh.. dia tunjuk baby crab goreng, pari bakar, dengan ikan goreng garing makan dengan sambal kicap. perghhhhh... terangkat beb. aku dah la mengidam ikan yu masak kari dari cuti sem lepas. cuti kali ni dapat ke idok agaknya?? nak jugak. lama sangat dah tak merasa ni. 










amacam? terliur tak kau?? aku memang dah drooling dah ayaq lioq ni. hahaha.. balik ni aku nak ajak mak abah aku makan dekat luar. lepas tu makan paari bakar. pastu cari jugak ikan yu masak kari. celur mee lidi pastu makan jadi mee kari. dap2nya..hehehe..


penah ke idok makan ikan yu? rugi weh tak makan. sedap sangat. masak kari. pergh.. gua pun terliur. pastu ikan todak masak kari jugak. sebab apa selalu masak kari je? sebab kari sedap. cover rasa ikan yang tak sedap tu. tak hakikatnya ikan memang sedap2. 


aku memang nak makan ikan je balik ni. tanak makan ayam. tak lalu dah makan ayam. kat sini pun makan ikan keli je. tak makan ikan lain sangat. ade la makan ikan selar ke apa. tapi tak sesedap kat rumah. kuikuikui..


ok la. penat dah membebel. dah terliur ni tengok ikan bakar bagai. nyumsss...


jumpa lagi next time. babai!!!




Sunday, April 14, 2013

Hati tak tenang





Assalamualaikum..



sejujurnya aku rasa tensen minggu ni. mana nak presentation lagi. mana nak re-do presentation. mana pulak test ade 3 berderet2. rasa nak nangis. nak hempuk kepala sendiri kenapa masih bertenang sekarang? sejujurnya tak tahu nak buat yang mana dulu. nak hapal yang mana dulu. semua pun penting. Allahhh.. bantulah hambamu ini...


haaa.. tensen2. dengan IS masih belum siap lagi chapter 2. nak baca journal berlambak. nak hafal skrip present. nak hapal skrip itu ini. tensen wehhh...


dah la. baik bersiap nak maghrib ni. baru dapat keberkatan...




Saturday, April 13, 2013

Mengapa ahad terlalu dekat dengan isnin??





Assalamualaikumm..



salam hari sabtu. dah separuh hari dah ni. still tak buat apa2 dah. mula bakerja iza. nanti kau yang saket nak study banyak2 benda satu masa. mula la kau tensen dan geram sebab tak study awal. klise. setiap kali sama je pekara yang berlaku. cuba buat kelainan.


kelainannya adalah cuba jadi rajin. cuba siapkan kerja cepat dan cuba jadi orang yang lebih teratur, ni tak . serabut sana sini. haihhh..


membebel untuk diri sendiri ke hape ni? sabar je la aku ni nak bebel2 kat diri sendiri. bagus jugak bebel2 untuk diri sendiri ni. rasa macam diri ni sangat tak bagus. hehee..






ni dia hidup mahasiswa. sem ni dah dua bulan tak balik. sejak dari masuk je tak balik2 rumah. nanti 20hb ni baru la balik untuk cuti mid term. yang risaunya minggu ni. test berderet nak kena settle sebelum balik. takut okeh! nak mengadap lect buat dua presentation satu hari lagi la gua seriau. mana nak hapal satu presentation. dengan satu presentation lagi. huuuu.. gua nangis kang!!





sepanjang aku belajar diploma plus degree aku rasa hari isnin jarang buat aku stress. boleh katakan tak pernah untuk degree ni. tapi untuk akhir sem ni aku rasa isnin macam killer day. isnin sangat blues dan isni sangat buat aku tensen. sebab ada satu kelas yang amat digeruni setiap masa. setiap ketika dan waktu 2jam kelas tu aku rasa otak aku kena berfikir ligat, pantas dan tepat untuk memenuhi setiap kehendak dan kemahuan lect yang sangat high demand. yang buat aku letih penat dan seksa sekali gus. 


yelah, aku ni bukan budak bijak. bukan jenis yang cepat tangkap. bukan sentiasa ada idea. ada masa2nya aku blur. ada masa2nya aku tak daoat berfikir. tapi lect suka petik2. tunjuk2 sape2 yang dia suka. kalau kau tak dapat jawab dengan betul kau dikira tak cukup fit untuk kelas dia. huarghhhhhh.. aku tensen untuk mencapai standard beliau. 







aku rasa sem ni semua blog aku cerita pasal kelas hari isnin yang tensen ni kan? jangan la korang meluat atau menyampah dengan aku. bila korang jumpa dia baru korang rasa apa yang aku rasa agaknya. hehehehe.. nak jumpa ke? baik tak payah wehhhh..


ok la. sampai di sini sahaja la bebelan kita hari ini. bertemu lagi di lain kali. salam ikhlas. 



amboiiiii.. baik benor pengakhiran cerita aku ni.. kohkohkoh..hehehe


babai!!




Friday, April 12, 2013

Jalan2 cari makan!






Assalamualaikumm..



selamat pagi jumaat semua. sihat? aku sihat2 sahaja kat sini. biasa je. jumaat yang berkat. sebenarnya jumaat minggu terakhir untuk menempuh minggu depan yang super awesome. yang super takut. super tensen dan super damn bz. ecehhh.. tetiba nak cakap BI kan? kelakarrr.. baik kau cakap melayu udah ler iza. hahaha


kenapa aku kata super bizi? sebab minggu depan test berderet menunggu. presentation meeting dan presentation re-do.semua berjalan sekaligus. dan aku masih belum prepare apa2 lagi untuk minggu depan. nak mati betul la ni. start hari ni kena buat bebetul. kalau tak nak kehidupan musnah seterusnya. hahahaa..


presentation meeting tu tak boleh tengok skrip. lect nak tengok kita ni macam betul2 manager yang tengah berkata2 dalam meeting. jangan sampai aku pengsan nanti dah la. present depan datin boleh meluruhkan seluruh rasa gembira dan ditukarkan dengan ketakutan melampau. itu dia gambaran perasaan aku. kejis sangat ke? tak kan? hahaha..


saat presentation berlangsung, umpama seluruh jiwa telah direnggut oleh datin. nasib kami hanya di hujung bibir datin je. kalau dia kata re-do buat je la muka poyo angguk2 then minggu2 seterusnya pergi la re-do. tak kira la kat mana dan bila diakata kami ye kan aje. kalau dia kata kat shah alam pun angguk je. sebab kalau kau bantah kau takkan memang. sila la redho membuat re-do tu semua. kahkah..


rabu hari tu aku pergi makan dengan kawan2 aku. dekat kedai kawan kepada kawan aku. kira menternak lemak la ni. aku ok je sebab aku memang suka cuba kedai baru nih. hehehee..






aku sampai2 kedai je kami pun duduk kat tepi dinding yang ada lampu meja kecik comel ni. aku terus rasa macam comel sangat lampu ni buat bergambar, jadi aku paksa kawan aku ambik gambar sampai elok. sebab dua tiga kali sebelum ni semua picture gegar. ni Parkinson ke apa?? hahaha







ni kawan aku. aku rasa banyak sangat dah gambar dia dalam blog aku ni. tak kenal tak tahulah. hehhee.. ok nk beritahu. gelas untuk minum air jus sangatttttt la tingginya. sampaikan kalau paras2 ketinggian aku ni mau la tengak tengkuk kau nak minum air ni. tak sampai ok. sudu pun ala2 spatula tau. panjang bukan main. hehe..






tengok la aku. nyaris2 tak sampai nak minum. nyaris ok. aku tahulah aku ni rendah. pendek je. pakai gelas tinggi2. hadoiyaiii..











ada gaya macam kembar tak? ramai lect kata muka kami akan2. sampaikan kata seiras. loh. seiras sebab sepet dan badan lebih kurang besar kot. kot la..hehehe..






pizza ni ada 4 perisa. ade 4rasa yang berbeza sampaikan rasa nak makan semua. ni dah tinggal separuh baru ingat nak ambik gambar. sebab dah lapar sangat sampai2 je dah ambik sorang satu slice dan ngap!. lepas ngan dan rasa sedap laju2 la nak ambik gambar pulak. hahahaa... tapi serius. sedap ok. ala2 macam piza dominos. doh nipis dan cheese banyakkkkk.. waaaa.. terliur!!






ni makanan aku. fettuccine cabonara. memula aku tak nak menu ni. sebab dalam otak aku pikir cabonara rasa dia muak. muntah kang aku makan benda ni malam2. tapi owner ni cakap tak muak. konfem. jadi aku pun cuba. kalau muak aku nangis je kat situ. tapi sekali datang je benda ni aku makan rasa sedap okeh! tak muak langsung!! aku betul2 suka dan salute kat kawan kepada kawan aku ni. sebab dia kata semua benda homemade. bukan instant. kawan2 aku yang lain rasa pun kata benda ni sedap. lain kali datang boleh la order lagi. tak rugi langsung. hehehee..


sekian sahaja entry membesarkan badan kali ini. terima kasih.




Tuesday, April 9, 2013

Selasa yang spoil







Assalamualaikum..



hai2 kawan semua. tengah buat apa? aku tengah semangat nak buat kerja tapi mata mengantok. bagaimanakah? adakah perlu tidur dahulu baru bangun balik buat kerja. adakah perlu buat kerja dan bersengkang mata demi menyiapkan kerja? adakah??


tak tahu nak buat mana dulu. nak tidur dulu atau nak buat kerja terus. tensen pikir. ececeh.. mengade sangat tau itu pun nak tensen. pirahhh...


hari ni biasa je. tak ada yang menarik dalam hidup aku. hidup yang dijalani macam biasa. cuma yang aku bengang sikit hal masa aku nak solat zuhur dekat surau UiTM masa tengahari tadi. biasalah surau tu kalau zuhur memang penuh gila almaklumlah ramai sangat umat manusia yang bernama perempuan dekat UiTM ni. korang sendiri tahu kan banyak mana nisbahnya dengan lelaki. surau lelaki lenggang je. surau wanita mak oi, nak solat pun penuh sangat. kena la pilih2 tempat yang sesuai dan berusaha dapatkan telekung. 


sebab aku berusaha dapatkan tempat dan telekung tu la kaki aku terpijak kerongsang sape ntah letak elok 3 butir atas sejadah yang ada corak2. kau dapat beza tak corak dengan kerongsang besar2 jari tu dekat atas sejadah letak ade 3 ketul macam tu? dapat beza? dengan spek kau letak sebelah kerongsang elok atas sejadah. memang kasi orang pijak ke hape? dah finally aku tak perasan terpijak. 


aku tak pasti aku pijak kerongsang dia atau pijak spek dia. tapi aku tak peduli. lantak kau la. yang aku peduli kaki aku dah berdarah2 meleleh. aku mula2 relax je. aku tahu saket tapi aku malas nak ambik kisah. dh terpijak mestilah saket kan. jadi aku pretend macam biasa. tak ada apalah.. sekali aku tengok.... ha kauuu.. berdarah2 kaki aku. aku kesat dengan tisu pastu pergi ambik air sembahyang. solat macam biasa. malas nak ambik tahu siapa yang punya spek tu. patah ke tak pun aku tak ambik peduli. lantakkkkk..


kenapalah bijak sangat pergi letak kerongsang yang kenit2 tapi atas sejadah tu buat apa? bijaknya la hai kau ni. kenapalah benda macam tu pun kau tak boleh pikir? benda senang. letak atas tu nanti orang pijak. kerongsang aku rosak, kaki orang pun rosak jugak. tak boleh pikir ke? masuk universiti pun tak bijak lagi?? adoiii...


yang best sekarang kaki aku saket dan pedih. sekian..



terima kasih awak yang bijak..






Monday, April 8, 2013

G.I.Joe dan The Host Review





Assalamualaikum...


hari tu aku pergi tengok G. I. Joe. semuanya tak plan langsung. selasa lepas, abis kelas pagi kami balik sebab tak ada kelas petang. balik macam biasa. relax. tetiba petang2 ade kawan ajak keluar. nak shopping dan tengok wayang katanya. entah la. aku pun ikot je la. runpanya nak tengok wayang dulu baru la shopping. tapi tak sempat shopping. pergi tengok wayang je habis dah maghrib. lepas solat bagai kami balik je la. makan pun dekat puncak alam.






masa aku datang nak tengok wayang ni ade wayang 3D yang paling dekat waktunya dengan kami. jadi ambik la 3D. inilah 1st time tengok 3D ok. sebelum ni tak pernah. dah letak dalam kepala otak mind set ni kata 3D mahal. tapi nasib baik bawak kad matrik. padahal aku pakai kad matrik masa diploma bukan degree. tapi mana dia tengok kan. so, lepas je la.


ceritanya best tapi aku tak paham sangat sebab tak tengok G.I.Joe 1 so aku tak paham. ni siapa. ni apa. kenapa dia jahat. kenapa dia baik. hahahaha.. dok bising2 tanya kawan mana satu jahat dan baik. hahaha..


tapi overall best la. tak mengecewakan. aku teruja sebab aku The Rock sebenarnya. suka ok tengok the rock tuh. hehehe..



lepas tu ni ade orang belanja tengok wayang lain. cerita The Host. ermmm.. nak kata tak best macam best, nak kata best, tak adalah best sangat. tapi ceritanya ok. sesuai dengan otak aku ni. boleh la aku cerna cerita ni. aku tak suka cerita yang tak boleh aku cerna. tak paham aku rasa benda2 yang luar otak aku ni. heheh..






kalau tengok poster ni mesti tak paham. cerita pasal apa benda ni. kan? tak dapat tangkap langsung. aku pun mula2 macam cerita apakah ini. tapi masa tu aku tak tahu nak tengok cerita apa. kebanyakkan cerita aku dah tengok dan sesuai dengan waktu kami datang. tengok aje lah apa2 pun. mula2 memang tak paham tapi dah lama2 paham dah. teruja aku tengok dengan kepandaian teknologinya. 


ok2. sem ni sangat banyak tengok wayang. balas dendam sungguh dari sem lepas yang tak ada seketul pun tengok wayang. kesian gua. sem ni baru minggu 6 dah tengok 4 wayang. hehehee..matik la menghabiskan duit dengan wayang je. tapi tak pe la. sem ni la sem akhir kami tengok wayang sama2 dengan kawan2 dan kawan2 rumah. kalau tak, mana ada nak keluar2 ni. 


sem ni la nak lepak2. lepas ni dah kerja tak ada maknanya nak lepak2 sesama. memang payah sangat2 la kan. aku tahu sangat. dengan duduk jauh2 macam ni tak berkesempatan langsung. 


jadi nikmati waktu sekarang ni dengan senikmat-nikmatnya.. sobsss..



babai..





Sunday, April 7, 2013

Kenduri di hari Jumaat






Assalamualaikum...



hari jumaat hari tu kami 7 sekawan serumah ni telah mengadakan bacaan yasin dan doa selamat. memang dah niat nak buat yasinan tu sejak sem lepas lagi. nak bagi kawan2 makan. sebab ramai dah buat yasinan dekat rumah masing2 tapi kami tak buat lagi. baik kami buat sem ni. kalau tak takkan ada lagi la.


jadi inilah kemeriahannya! 

























nampak tak kemeriahannya? haaa.. semua semangat makan2 dekat rumah kami. menu kami haritu adalah bihun sup, soto dan mee goreng. semuanya licin. sup tu belum habis majlis dah habis dulu dah. tak cukup. jadi macam err... kami laju2 masak lagi. sebab nak bagi orang sikit.


yang penting semuanya habis dan licin. lagi suka aku orang makan banyak dari tak makan dan tak ade orang datang. lagi aku risau kalau tak ada orang datang. waaa.. 


penat yang amat sangat tak boleh cakap la. dari hari khamis sebelum tu beli2 barang sana sini. lepas tu malam buat mise en place. esoknya pulak. pagi2 bangun je celik2 mata dah mengemas barang aku yang banyak ni. barang aku ni letak dekat luar bilik. berselerak dekat ruang tamu. memang la kena kemas. baru la luas dan lapang kawasan ruang tamu tu. tapi bilik kawan aku jadi stor la aku letak segala barang aku dalam bilik diaorang. kesian. tapi nak buat macam mana kan.


habis je majlis petang tu kami laju2 kemas barang2 yang kami pinjam kat kawan ni. dia nak balik dah so laju2 kemas itu ini. bungkuskan balik dan bawakkan makanan untuk dia sikit tanda terima kasih. hehehe.. kalau tak payah la nak buat kenduri tak ada barang2 macam tray makanan dan semuanya. susah ok.


dan semuanya berjalan lancar. kawan2 suka makanan yang kami masak. kawan2 aku yang masak sup dan mee goreng. goreng keropok dan popadom. semua dok semangat makan papadom kami. dan keropok. ade kongkang tulang. suka aku tengok korang makan. maafakan kami kalau ada kekurangan dimana2. kalau terlebih tu terima kasih. terima kasih kerana datang dan terima kasih kerana sudi bacakan yasin di rumah kami. 


niat dah terlaksana. alhamdulillah..




Kenangan Di Puncak dalam genggaman!





Assalamualaikum..



ermm.. ermm.. ermm.. nak mula cerita macam mana eh? aku pun dah tak ingat dah cerita apa aku nak cerita. banyak sangat benda yang nak cerita tapi tak boleh cerita semuanya pada blog ni. banyak sangat kekangan dan halangannya. benda ni public bukan aku sorang je boleh tengok.





ni dapat dari kawan aku. dia tulis buku ni. Pepol. nak tengok or nak beli novel dia boleh la ke blog dia atau wasap/mesej/bbm beliau. sangat peramah dan baik. jangan risau kalau nak beli novel dengan dia. sporting je ni. sempoi. hehe..


dia hantar sendiri pada saya dekat depan rumah. tak main pos2 tau. special. hehee.. tapi bayar la kan. takkan free. aku belum habis baca tapi kawan aku dah habis baca. hehhee.. kenapa nama dia kenangan di puncak? sebab penulisnya dulu study di Puncak Alam. hehee


jadi sila ke blog beliau. Yespepol




=)




Mood blogging berkurangan





Assalamualaikum..


lama dah aku tak update blog aku ni kan? tak tahulah kenapa aku malas sangat2 nak update. aku tak tahu la apa yang buat mood blogging aku swing. sebab hal semalam2 kot. aku memang malas kalau ade orang usik aku. aku mintak maaf kat sesiapa yang telah buat apa2 tanpa kebenaran. maaf sebab tak minta kebenaran tapi aku tak yakin orang sebenar yang suruh aku buat macam tu. kalau betul tu awak, sila tunjukkan diri. bukan guna anonymous. saya nak ucapkan terima kasih sebab tak ambil tindakan atas perbuatan saya. benda tu dah lama dan saya pun tak sangka awak dapat detect. 


tapi kalau bukan awak. saje nak takut2kan saya, saya maafkan. tapi saya akan menyampah dengan sikap penakut sebab guna anonymous tu. 


mintak maaf sekali lagi kalau saya buat awak marah. saya tak de niat lain. just untuk kenangan saya. saya tahu itu salah tapi sorry. saya dah terambik gambar. jujurnya awak good looking. gambar tu hanya untuk tatapan saya je. bukan pada orang lain. jangan risau. 


awak buat mood blogging saya kurang. malas dah jadi nak update blog. malas kena tegur. hahah. ye, tak suka dan malas. 


sekian. 




Friday, April 5, 2013

Pre- Kenduri yasin





Assalamualaikumm..



apa khabar semua? hari ni adalah hari yang sangat2 penat untuk aku. pagi2 aku dah bangun dan hantar kawan2 aku pergi klinik kesihatan dan pergi kelas. lepas tu balik rumah dulu. pukul 10.30 aku dengan kawan lain pergi kelas semula. 


balik kelas pergi makan dulu baru pergi beli barang dapur. pergi sana, sini. sampai rumah asar dah. rasa penatttt sangat kaki ni. dah lama tak rasa penat macam ni. macam2 tempat pergi hari ni. rasa hidup ni sangat bermakna je. kalau tak tak ada apa. apa yang buatkan aku penat ni sebab hanya certain2 manusia je yang bersama2 buat kerja. bukan semua. biasalah. kerja2 macam ni kan. -____-'


tak semua orang suka rewang2 ni. ada la yang tunjuk perangai tuh. biasaaaaa.. tak apalah. sila la tunjuk perangai baik, cantik awak tu. tak luak pun.


esok ade kenduri dan baca yasin dan doa selamat dekat rumah aku. saja nak buat bacaan yasin dan jamu kawan2 makan. dari sem lepas aku dengan sorang dua kawan ni niat memang nak bagi kawan2 makan. macam kawan2 lain buat. rumah kawan2 lain semua dah buat. kira macam housewarming la sebenarnya. tapi kami memang warm abis ni sebab dah nak abis degree baru berkesempatan buat. hehehehee...


lepas isyak tadi aku pengsan. bangun2 pukul 11.20 dah. terus kawan aku suruh bukak kicap. hahaha. diorang dah masak nasik himpit. dah buat puding dan sambal kicap. daging dah potong. sayur dan potong. bawang, lada, halia semua dah siap2 kupas. tinggal nak blend atau potong je. hehehe..


rasa macam nak raya je bila buat kerja macam2 malam2 ni. bau2 daging, bawang sayur semua. sebijik macam nak raya. kecoh2 malam2 ni buat kerja itu ini. ehehee.. ade kawan aku kata kenduri kawen. ade kata nak raya. aku tak rasa kenduri kawen sebab aku tak pernah merasa buat kenduri kawen dekat rumah. aku rasa nak raya sungguh2 la. nasib baik xde la nak pasang2 langsir ke hape kan. kalau tak sebijik sama macam  nak raya. 


sekarang ni aku dah mengantok lagi. rasa nak tidur semula. macam best je kan tidur balik. hehehe..


k la. bai..



Wednesday, April 3, 2013

Potong kuku ikut sunnah






Assalamulaikum..







biasanya korang potong kuku dari belah mana dulu? kalau aku memang dari kanan. dah terbiasa. tak tahu kenapa. tapi secara tak sengaja dah ikut sunnah. ni antara dua Imam yang sesuai kita ikut. 


boleh dipraktikkan jumaat ni. sunnah potong kuku hari jumaat kan. hehe. aku ni pun nak potong kuku jumaat ni. dah panjang dah kuku ni. tak selesa uolss.. hehee


ok tu je. 



babai!




Tuesday, April 2, 2013

Miss them already!





Assalamualaikumm.. 



selamat pagi! weee.. apa yang gembiranya pun tak tahulah. selamat hari selasa semua. entah la tak tahu perasaan hari ni. perasaan yang bersama pagi ni macam tak hepi tapi tak lah sedih. hehee..












i really miss them. miss them damn much! rindu nak peluk2 cium tampar manja budak2 nakal dan busuk ni. hehehe.. kalau aku balik memang selamat la diorang aku mandikan. aku main hari2. mula la nak tunjuk manja dan nakal dia tuh. hehehe..


geramnya kat diorang ni. lambat sangat balik rumah. aku dah rindu gilos kat diorang. nak main dan buat diorang tensen. hehehe. aku suka buli diorang sampai diorang bengang. tapi manja bukan main. mengade!



nak balik. cepatlah cuti mid term.. wuwuwuwuwuuuu..




Lepas beban minggu ni..






Assalamualaikum,,..



malam ni gua relax je walaupun sepatutnya gua kena buat IS dengan kawan gua tapi gua kena menangkan perasaan malas gua dulu. kalau tak memang la gua buat sambil lewa gila. tapi ikut kronologi gua tak pernah pun buat kerja dengan sepenuh perasaan. gua tahu, gua pemalas. gua terima lu orang nak kata gua macam2. tacing pulak tetiba minah ni. 


berakhir hari isnin maka gua rasa bebas sepanjang minggu ini. kalau tak gua rasa macam ada benda yang menghambat gua kesana kemari dengan penuh rasa seksa. lu orang tahu tak, gua ade present siang tadi? tak tahu kan? ni la gua nak citer sama lu orang. al kisahnya gua present pagi semalam. pastu gua buat dengan  bersungguh2. gua hapal skrip macam gua nak pidato. dengan harapan gua dengan group gua tak kena redo. 


tapi malang selalu tak berbau. lepas ni gua nak letak bau kat dia kasi wangi. gua nak letak bau donut Big Apple biar bau je rasa lapar dan sedap baru syok kan? haha. gua buat lawak ni. ketawa la sikit. -___-'


ok, gua sambung, malangnya kumpulan dua kena jugak redo sebab tak buat certain benda dan bila dia tanya gua, gua jadi blur dan gagap nak cakap. terus dia kata redo. gua tak sempat cakap pun dia dah cantas. otak gua tak dapat nakmencerna apa dia tanya masa tu. tetiba dia tunjuk kat gua kena jawab. gua macam apa dia tanya ni?? ohmai.. gua rasa macam nak pinjam rifel komando 21 kat sungai udang nun pastu tembak kepala gua sendiri. tensenya macam tu sekali gua rasa. lu orang tak tahu kan?


gua dengan muda redo kena la buat semula. gua paham dia nak yang terbaik. gua tahu dia ajar benda yang betul. yang akan bentuk kita jadi graduan berkualiti. tapi masalahnya budak2 tak tahan. jadi macam orang gila nak present. semua ketar, gigil, takut semua ada. kalau dulu gigil sebab kena berdiri depan kelas, depan kawan2. tapi ni gigil dengan lect je sebenarnya. cuak takut apa yang kita cakap semua salah. semua dia nak kondem. huaaaa.. tensen dowhhh...


minggu depan kena buat presentation semula. pastu gua nak hapal semua benda. gua dah tensen kena point tapi gua blur2. malu la gua macam tu. nampak sangat gua bodoh. walaupun hakikatnya memang ade la sikit kebodohan di mana2. hahahaa.. ahhh.. tengok, gua dah semakin biol. 


balik tu rasa mengantok yang amat. lepas tu sekarang ni gua rasa lenguh kaki. tak selesa sungguh. gua rasa macam nak tidur lagi. patutnya gua kena buat kerja malam ni tapi gua malas. macam biasa la gua akan menangkan perasaan malas tu dari lain2 hal. gua ni suka sangat buat kerja last minit pastu gelabah. lu orang pun sama kan? kan??


ok la. gua dah ngantok ni. lu orang tak ngantok lagi ke? hebat la mata leh tahan lama2. gua ni mata second hand. cacat pulak tu. memang la teruk macam ni. gua rasa gua nak tidur la. selamat malam brader2. jangan poyo sangat ok? hehe



gua chow dulu beb!



tatatititutu!




Monday, April 1, 2013

Monday blues







Assalamualaikumm...












tak dapat terima hakikat hari ni dah hari isnin. kepada adik2 yang sekolah tu dah naik sekolah balik. jangan malas pergi sekolah. pada yang bekerja selamat bekerja dan selamat menempuh hari isnin yang sangat blues bagi aku. 



ok. babai...




Rindu? Jodoh?




Assalamualaikumm...
























Aminnnn ya Rabbal alaminnnn...