Happy Cat Kaoani -->

Sunday, December 23, 2012

Kebizian di hujung semester







Assalamualaikum...



lama dah tak merepek dalam blog ni. nampak sangat aku ni banyak merepek sampaikan dah dua tahun ada blog pun tak ramai follower kan? sedihh.. kesian ini perempuan.
minggu2 akhir sekolah ni aku agak bizi la. biasalah lah kan.. aku ni student. hujung2 sem ni banyak sangat test, presentation dan esemen nak kena hantar.
nanti agaknya kalau sem 6 ntah bizi macam manalah agaknya kan? tak tahulah aku..
jadi kalau sem depan aku jarang update tu aku bizi la tu maknanya kan.. paham2 sahajalah..hikssss


sekarang ni aku tengah cuti study week. tinggal dua minggu lagi nak final exam dan aku pun mula nak cuti semester.
maka, berakhirlah semester 5/6 ni bagi aku..
dengan ini bermulanya semester depan maka dengan rasminya aku ni super duper senior the 6/7 part..
phewwww.. bukan main tua lagi kau kan. hahaha.. in love sangat dah dengan UiTM ni..
six years dengan UiTM since diploma.. wahhhh..gojes kauu.. belajar kemain lama..
niat dihati ingin sekali sambung master tapi apakan daya, kalau aku sambung master maka semakin lamalah aku dengan UiTM ni..hehehee


masa aku tengah taip entry ni ade la awek sepupu aku naik chat dengan aku. tanya no tepon pakcik aku (ayah pakwe dia). 
henpon pakwe dia rosak so, tak dapat kol tanya khabar. dia nak kol ayah dia. 
such a berani.. kalau aku bukan tak berani, aku segan. almaklumlah, aku ni kan penuh sifat pemalu *tangan ke dada*
pastu dah bagi aku tanya la pernah jumpa ke ayah pakwe dia ni. 
dia jawab pernah, masa kat poli dulu.
dia sibuk cakap kat aku yang pakwe dia penah menyuarakan hasrat nak tunang cepat dengan pakwe dia. 
SEBAB,  alasanya kesian kat mak dia, dia anak sulung, lama dh mak dia tunggu menantu.
PANGGGGG!!! apakah alasan kau tu? sumpah kelakar okehhhh!
hahahahaa...
pastu aku cakap, suka hati korang la. aku tak minat nak cakap hal ni.
dia siap nasihat aku, tak apalah, nanti timbul la niat nak kawen2 ni. hahahhaa..
boleh tak kau terima? rasa nak lempang aku ke lempang budak ni? hahahaa.. emosi pulak aku bila chatting dengan dia ni. gatai snagat nak kawen dah gamaknya!
eiiiii.. siap nasihat aku bagai. 
heyyyyy.. suka hatilah kalau aku tak minat nak dengar ke hape... its my own busninesss..


nampak tak emosi aku tu macam dah terbang2 kemana-mana. 
saket pulak hati kita ni. hahahaha
sumpah menyampah gila aku dengar.
kau dah gatal nak kawen just carry on, tayah nak menasihat aku aku bagai.
aku bukan terdesak sangat nak kawen sekarang kan..
spoil mood aku malam2 ni..
cissssssss...!


nasib baik ada sorang mamat ni mampu menyejukkan hati aku yang membara ni.
kalau dengar dia nyanyi lagi la melting hati ni. rasa best sangat dia nyanyi..
sedap pulak tu suara..heheee
meh sini, kita dengar sejukkan diri kita..







haaaaa... best kan?
rasa sejuk je hati dengar.
dah la suara dia sedap je..
hehehehee..


entry ni aku tulis malam tadi.
tapi aku tensen dengan laptop aku sik2 la mati2 so, aku biarkan dulu la benda ni..
aku sambung hari ni. bukan main lama kan aku nak menyambung..
hahahaa.. gila pemalas aku nak menaip. so, inilah hasilnya...lama gila baru siap satu entry..
payah nak jadi penulis blog berjaya ni!
hihihihiiii..


kalau nak dengar lagi boleh la ke youtube dah search Raef ni.
ade 3 lagu dia yang popular dan aku minat..
sedap je aku rasa..
hehehehee..


babai! =P




Thursday, December 20, 2012

Kenduri di Singapore!






Assalamualaikum..



apa khabar semua.. sihat tak? amboi, dah lama pulak rasanya aku tak post apa dekat sini. macam tak ada apa cerita. padahal banyak gila cerita yang aku nak cerita. hehehehee..


ni cerita berapa minggu punya. aku pun lupa. haritu aku sekeluarga dan keluarga pakcik aku pergi jemputan kahwin sedara aku dekat Singapore. waaaa.. seronoknya sebab dapat jalan2. aku sanggup balik kampung hari jumaat tu sebab nak pergi jugak Singapore tu walaupun aku bizi minggu tu. 


hari khamis tu kami semua sekelas ke PWTC sebab ada conference Islamik Tourism. anjuran fakulti kami dan dihandle oleh seluruh lecturer dan master student. best wehhh.. mesti banyak gila kerja. sebab deal dengan hotelier Turkey dan delegates dari Turkey dan Korea. sangat bermanfaat tapi tu la.. kami ni kalau pergi ada je.. hehehee.. 


dan, pergi sana tak bergambar adalah tidak sah dan tidak memenuhi syarat kami sebagai pelajar yang gilakan  camera dan tak pernah lupa bergambar nih! hehehee..




pepagi buta dah terpacak depan bas persiaran yang bawak kami. gigih sangat pukul 6.30 dah sampai UiTM. waaaa.. ni masih remang baru nak pukul 7 ni sebab tu gambar macam tak berapa terang. sori la uols, camera hp cikai mikai sakai ni. i pakai hp murah jekkk.. tak terang, tak ada flash! huaaaaa...






nah lagi seketul gambar sebagai bukti aku dah sampai dekat sana. bukti yang aku dah sampai PWTC setelah hidup selama 22 tahun.. kenapa bukan 23? sebab masa aku pergi ni hari khamis. birthday aku hari sabtuuuu.. so belum 23 lah ye anak2 sekalian.. weols muda lagi okeh! hehehee...


jumaat tu laju2 aku balik kampung. sabtu tu laju2 jugak ke JB sebab nak saing pergi dengan wak aku dekat JB tu. naik Avanza je kami bertujuh dan ada driver bawak kami kesana. waaaa.. driver bayar okeh. dia india. bawak teksi dengan bawak orang dari Singapore ke JB dan vise versa la. tapi bayar dalam dollar Singapore la. kalau tak pun double kan duit Malaysia tu. sebab kita dah bawak dia pergi Singapore kan.. 





tadaaaa.. weols kat rumah pakcik weols tau. saja je posing macam orang jakun depan rumah, padahal ada pagar je pun. sibuk nak camwore sana sini. bosan sangat dengan aku ni kan? hahahaa





ni seketol dalam Avanza yang pakcik aku sewa ni. sempit sikit la sebab aku dengan kakak aku bukan kecik. mak aku je kempis. aku ngan akak aku kembung! haahahhaa.. sempit wehhh! saket rusuk kanan aku..hehehee.. tapi we have happt time together okeh! 





ni dia aku dengan akak aku mencapak seketoi dua. malasdah buat caption ni. hahaha..







wehuuuu.. cop imegresen pada tarikh bufday kitaaaa... weeee! sukanyaaa.. balik hari je uols. ala, attend kenduri kawen je kan. sekejap je. bukan perlu nak tidur lama2.. hahhahaa..


dah la aku penat la cerita. aku kalau lama2 bosan dah taip entry ni. aku dah tak ada cerita nak cakap.. heeehe..


ok la. babai! =D




Friday, December 14, 2012

Gua Damai







Assalamualaikum..



haritu kan.. haritu la.. hari selasa yang ada cuti sebab Hari Keputeraan Sultan Selangor tu kan, kami2 pergi buat esemen Park pulak. ini memang sangat2 la terdesaknya sebab minggu depan hari selasa dah nak present pulak Park ni. Isnin ada presentation lain. selasa presentation lain. aiyoooo.. kerja bertimpa-timpa dah sebenarnya ni. esemen berkepuk2. presentation menanti sana sini. banyak woo.. kalau aku banyak, kawan2 aku lagi banyak subjek ni lagi banyak kerja. tak apa2, berkorban demi masa depan yang cerah. InsyaAllahhhh... =D


ni aku nak cerita la masa kami pergi sana. aku dapat tempat on the spot kol owner tuh dan siap2 pergi! terima kasih sangat dekat encik tu sebab melayan kami dengan baiknya. melayan segala karenah kami student2 yang tak ada surat secebis pun ni. hehehehe..


dah inilah hasilnya.. 






ni muka teruja sangat bila jumpa batu kapur. ni kan dekat dengan batu Caves dan inilah pertama kali aku pergi dekat2 dan rasa batu ni. nak2 tengok orang main Rock Climbing. lagi la aku teruja. nak panjat tak reti dan tak ada kemahiran jadi tengok pun dah cukup. tu yang aku sampai beria-ia nak ambil gambar dengan batu tu. siap tunjuk2 lagi..hehehee







masa ni tengah naik tangga. aku naik dulu. jadi ambil gambar diorang. tapi masa ni belum tinggi sangat naik. so berani la lagi ambik2 gambar bagai. hahaha..






inilah view dari ketinggian 60kaki di atas Gua Damai.waaaa.. gayat sungguh wehh.. nampak tak palang kuning tu? aku kalau berdiri mesti berpegang pada palang kuning tu aje. kalau tak memang rasa tak selamat. wakakakaka..






sesi mencapap aku. biasalah. aku memang ada sesi aku sendiri. sila jangan marah. aku memang suka ambik gambar muka aku sendiri. nak nampak batu2 atas tu katanya. baru la nampak aku dah sampai sane kan? hikhik






gambar perasan lagi. sila tahan. jangan muntah. hehehee






ni dah tak tahu nak letak caption apa. ni kawan aku lagi dua orang. hehehe.. comel? sori, its not available... opssss!








apesal tah aku buat muka plastik gila masa ni. senyum pun rasa macam tak ikhlas je gamaknya. hahaha.. padahal takut owh ambik gambar. takut kalau terpeleset mau jatuh dari ketinggian 60kaki. ya Allah! mintak jauh!





haaaa.. tangga dia cenggitu. ok je tangga dia. nampak tak seram tapi bila melangkah satu2 baru rasa debarnya.. hurmmm.. hurmmm






brader ni tengah panjat2. aku kagum dengan orang yang pandai panjat2 ni. kuat otot tangan mereka. pastu nak kena pandai la pilih lokasi nak letak kaki dan nak pegang. kalau wall climbing benda tu dah ada, kita  just pilih. ni memang benda semula jadi. kau pandai2 la panjat. hahahaa





haaa.. bergambar lagi. sila jangan marah!  hikhikhik






nampak tak aku teruja nak ambik gambar batuan dan air yang mengalir tu? such a sejuk air dia. best sangat kawasan tu. walaupun nampak cetek tapi aku rasa dalam jugak tu. kalau aku berdiri mau sampai dada kot. ke aku yang rendah?? ehhh...





bersama owner, en Mustapa. beliau la yang mempelopori sukan extreme ni sejak muda. dan beliau jugak la yang membangunkan tempat ni sampai terkenal. orangnya sangat simple tapi bercita-cita tinggi. hehehee.. nampak macam pakcik2 biasa sangat kan? macam tak sangka kan??






dia atas batu-batuan gua damai. yang indah. pada aku ciptaan Allah macam gua, gunung, bukit, rimba semua sangat indah. aku suka sangat keadaan macam ni dan ekopelancongan macam ni. daripada asyik tengok man made yang kita sendiri tahu benda tu buatan manusia dan kagum2, baik mengagumi ciptaan Allah yang ulung ni kan?





nun sayup2 nampak tangga tuh kat bawah. itsss scaryyyy... gegegee





then finally, the four of us! hikhok.. dapat jugak bergambar berempat atas ni dengan bantuan anak owner tadi. dia yang tolong ambilkan gambar kami. yeaaa.. nasib baik cantik! ehehehehee..



ok la, dah penat aku mengomel. nak menunaikan solat isyak pulak ni. tata...




=D






Thursday, December 13, 2012

Emosi bersepah akibat muka plastik?






Assalamualaikum..



hari ni emosi gua bersepah. start from tadi ada la benda aku buat. pastu terus tak ada mood. rasa macam nak moody sepanjang hari. tapi macam tak perlu je. motip kau nak moody sepanjang hari kan?


hari ni kelas aku petang. nak ke kelas pun malas ni. macam nak ponteng je rasa. tapi wa tak pernah ponteng tau. wa budak baik. muka wa macam ganas, badan wa memang besar tapi wa rajin pergi kelas. wa jarang ponteng tanpa sebab. kihkihkih


ada benda yang best wa buat dua tiga hari ni. tapi biasalah. wa kan orangnya bz memanjang. so, wa tak sempat lagi buat entry wa buat esemen hari tu. wa rasa beruntung sebab masa wa nak buat esemen alhamdulillah ada tempat dan orang nak tolong. wa dan geng2 wa memang suka buat kerja last minit. biasalah.. student kan. kalau tak buat kerja last minit mane sah. tak rock la buat esemen awal2..wakakaa..


gua dah masak tadi. alah, ayam goreng dengan sayur je. meh la makan tengahari dengan wa. hahaha.. wa pun dah rasa macam lapar. karang waktu kelas wa tak boleh pokus sebab perut lapar. biasanya kalau lapar wa tak boleh nak berfikir. ahahahaha.. alasan sangat kan? but its true! tapi kalau final exam, wa lagi rela berlapar dari kenyang se'eh nak mengadap paper. ada kang wa muntah dalam dewan kang! hahahaa


ok lah.. wa nak cepit kuku ni. pas ni nak makan pulak. sat ag nak solat zuhur then pergi kelas. wa pun tak tahu. wa ikut je kata boss nak pergi pukul berapa kan. urmm..


ni ada sikit teaser dari wa.. tengok belakang wa tau. bukan muka wa yang bulat tu. korang nampak apa belakang wa?






wa senyum macam fake kan? semenjak dua menjak ni wa perasan wa selalu senyum fake? adakah wa semakin plastik sekarang? woooo.. jangan salahkan wa. ni semua dunia yang mengajar wa supaya plastik. padahal wa neutral woo.. kalau wa tak suka wa cakap je. nak saket ati silakan. yang penting belakang tak ada timbul masalah. 


apa wa merepek ni? dah la.. baik wa makan lagi baik.. hahahaa..



babai!




Tuesday, December 11, 2012

1st International Islamic Tourism Conference






Assalamualaikumm...



hey! hey! hari khamis hari tu kami dipaksa bangun pagi demi mendengar conference di PWTC. terpaksa tauuuu! padahal bila lecturer beritahua ada conference hari sekian2 dan panel penceramah adalah Tun Mahathir kami semua kata terus nak pergi.


so, kami dengan penuh semangat seempat segi suara *selalu sebulat suara kan?* kata nak pergi PWTC sebab lecturer kata benda tu base on tourism industry punca cerita dan dihandle oleh fakulti aku iaitu Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan membuat kerjasama hotel 7 bintang Golden Caprice di Istanbul, Turki.  Jadi ada 40 wartawan Turki datang membuat siaran di conference ni. jadi lecturer suruh kami pakai blazer dan bertudung semua. sebab orang dari turki Islam. Conference ni pun berkisar Islamik perspective. hehehehe..


so, kami pun mengojes la dalam menuju ke PWTC.. hehehee..bangun pagi2 uols sebab pukul 6.30 dah nak bertolak ke KL. kau tau je la KL ni kalau pagi2 macam mana punya jem. tensen la kan. so, kami yang duduk jauh kena la jalan awal. hehehee..


dah la aku serumah duduk 7orang dengan air kecik kene mandi sensorang so haruslah bangu  awal gila seperti pukul 5 pagi sebab nak bangun mandi kan. lepas tu perempuan pulak bersiap plus bersolek lama. walaupun malam2 dah gosok baju bagai. hehehee..





tadaaaa! inilah hasilnya terpacak depan PWTC sebelum pukul 9 lagi! syabas kepada semua yang telah memberikan kerjasama anda! sampai jugak akhirnya kita di PWTC seawal yang mungkin. huahahahaha..


sampai2 je macam biasa la aktiviti kami adalah memcapap! yeaaaa.. kenangan beb! harus la ambik gambar.. untuk pengetahuan korang, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke PWTC. sebelum ni nan hado!


sedih kan?? tapi takpe. since aku dah memjejakkan kaki disini haruslah aku dan kawan2 yang gilakan camera kawan2 lain ambik gambar dengan penuh perasaan.hahahaa..






lihatlah betapa subuhnya kami sudah berada di dalam bas. hahahaa.. sampai tak nampak sangat pun ada hati nak ambik gambar. yela, hp aku cikai je, mana ada flash jadi memang tak dapek nak nolong la ni haaaaa..hahahaha





dalam bas dikala bas baru sahaja berjalan. masih suram2. walaupun sudah pukul 7 lebih. muka sembat bergegas juga ke KL demi conference. hehehhee..









ada jugak yang menyelit tatkala aku snap gambar ni. owhhh.. terasa kemontelan aku disini berbanding Arai yang kurus ni. cissssss!!






bergambar seketul bersama banting conference ni. huaaa.. banting ni besar. so, aku nampak kecik. sooo nice.. hehehehe..






keadaan dalam dewan Tun Dr Ismail, PWTC. biasa je. tak ada la besar sangat dewannya. tapi sejukkk sangat jugak la dewan tu sampaikan dah pakai blazer pun rasa jugak nyaman2 sejuknya dewan tu. hehehe. kami dapat tempat duduk atak belakang. so, agak jauh dari pentas dan segalanya. nampak la Tun Mahatahir sayup2 dikejauhan..hehehee








bersama kawan saya. sama besar tembam dan sepet! hehehee...






tengoklah arai. asal boleh je dia nak masuk dalam gambar aku kan. bersepah muka dia kat mana2. cissss.. sempat lagi tu daok buat muka belakang aku. hahahhaa...


petang conference tu ada penyampaian hadiah dan pembentangan oleh pensyarah dan pelajar yang membuat research pasal paper tourism dan hospitality. Tajuknya bagus tapi ada juga yang tak berapa aku paham dan minat. mengantukkkk masa dengar ceramah. nak je sorong bantal. kalau la dapat sorong bantal, alangkah indahnyaa... =D



dah2. tu je cerita hari tu. balik sampai rumah dalam maghrib. lepas tu semua pengsan. hahhahaa..




=D





Wednesday, December 5, 2012

Berdiri pun boleh senget!







Assalamulaikum..



waaa.. hari ini aku demam lagi. demam lagi ok. baru je hari tu aku demam. tapi aku rasa demam kali ni lagi melemahkan aku walaupun tekak tak sesakit yang demam dulu tu. tapi badan gila lemah. rasa macam tak nak buat apa2. tadi masa kat kelas pun aku tak buat latihan, tengok je orang buat latihan. sampai kawan aku tanya, aku ni serius ke tak mau buat latihan? hahahha.. memang aku rasa tak larat nak berfikir. nak pegang pen pun aku malas. inikan pulak nak buat latihan yang kira2 tu.. puiii!


balik kelas je aku terus mandi, solat then tidur. bangun2 je pukul 5.30 dah. bangun baru rasa lapar sangat. nak makan. mana taknya. aku tak makan apa2 pun sebelum ni. terus je tidur. bangun ni terus lapar. makan nasik dengan lauk ikan. pastu rasa tekak nak makan benda manis2.


macam cekodok pisang, kek sekeping pun jadilahhhh!










antara benda yang aku teringin nak makan. hehehe.. such a mengidam sangat. macam orang2 mengandung pulak kan..hahaha..


tapi benda yang paling penting aku kena makan sekarang ni adalah benda ni!






kalau tak ada benda ni memang mamai la aku. aku dah tak boleh la makan panadol biasa yang bulat2 biasa tu. tak jalan. tak kuat. aku kena makan panadol actifast sebijik atau dua bijik baru boleh jalan. baru la relieve sakit tu. tak kira la saket apa aku telan je panadol ni..


urmmmm.. esok mudah2an elok la. aku nak pergi conference ni.. nanti balik konference aku cerita pasal benda tu dekat sana.



=)




Morning!







Assalamualaikum..



hari ni aku kelas satu je. kelas account. hahaha.. setiap minggu memang ada satu je kelas aku. tapi minggu ni aku rasa malas sangat nak ke kelas. entah kenapanya lah aku pun tak tahu.. huehueheu.. aku dari semalam dok cakap dengan kawan2 aku, mohon hari ni tak ada kelas. serius malas!! haaahha..


padahal lecturer dah cakap tau dari minggu lepas, hari ni nak belajar chapter mana dan nak kami tanya soalan kat dia sebab chapter yang nak belajar minggu ni dah belajar sem 3 hari tu. ehhhh, Hello encik, bukan kami ingat lagi benda2 tu semua. nak2 aku ni ha.. bab2 menghafal fail, apatah lagi bahagian kira2 lagiiiii la tak pernah melekat dalam otak!


jadi perkara paling indah aku nak dengar hari ni adalah KELAS CANCEL. hauahhahaha.. bestnya ayat tu. best sengsangat! awwww...


harapan yang tinggi walaupun aku tahu ianya amat tipis untuk berjaya. hehehhee.. tapi harapan terus mekar. tak dapat nak dihalang kemalasan kawan2 sekelas juga aku. hahaha..



apa pun. good morning dan selamat sejahtera. membebel banyak baru ni nak wish morning? errrrr.. its ok kan? dah sarapan ke korang semua? aku tekak dah mula saket2. makan durian banyak benor kot.hahahah.. jangan la saket tekak, weols nak balik kampung nih.. sobsss!







colors ur life.. 



=)




Wordless Wednesday




Assalamualaikumm..










=)





Tuesday, December 4, 2012

Kitaran Kehidupan





Assalamualaikum..









alam yang telah Allah tetapkan dan kita harus laluinya dengan tabah. dengan penuh semangat dan istiqomah. hehehe.. 



Allah maha mengetahui..




=)



My First Homemade Curry!







Assalamualaikum..


semangat nak makan ayam masak kari membuak-buak. setelah sekian lama tak masak kari ayam. tapi bagi aku this is first time. first time kau masak kari ayam.wakakaka.. malunya. sebagai anak dara berumur 22 tahun 11 buulan 4 hari. sedih nok.. malu okeh sebenarnya. kawan2 LELAKI aku mostly pandai masak kari. aku? *tekup muka kat bantal*


so, hari ini dengan semangan yang berkobar2 aku mula la nak memasak. yelah, hari ni aku tak ada kelas. relax je. so, boleh memasak dengan tenang tanpa sebarang gangguan. hahaha.. jadi memasak la aku. kahkah.. kelas kau baru belajar nak masak kari ayam. siap google resepi Che Mat Gebu bagai. kahkahkah..


tengah2 masak mak aku pulak kol. masa tu aku nak potong sayur. tapi tak pe, aku kan pro *puihhh!* aku boleh je kepit telipon kat bahu tapi still potong sayur sawi. pro tak gua? kahkahkah.. mak aku bising2 suh aku masak dulu tapi aku tak mau. nak sembang jugak. ahhahaa.. memasak la aku sambil bertelepon ngan mak. gila style! hahaha..


maka, terjadilah kari ayam versi aku. aku pun tak tahu apelah rasanya bagi orang lain. bagi aku sedap je. aku telan! hahahha..





gila huduh kari ayam aku kan? wakakaka.. lantak. selekeh bukan main anak dara ni masak. fail!! hahaha.. pedulik la kan. janji sedappp.. eh, eh.. sedap ke? perasan kau nyah!!



k la. bosan dah kan aku bebel2. sila diam dan buat kerja.



malam ni terasa nak makan manis2 pulak. tekak2. mengada2 sungguh!



=)




The whole day!





Assalamualaikumm..



huehuehue.. tadi kan tak ada kelas Park. sukanya kami. balik tengahari boleh tidur. wakakaa.. maka balik dari kelas kami berbelanja dahulu dan pergi makan! yeaaa.. tapi tempat makan tak sedap.. wuuuu.. makan nasik goreng ayam dengan air epal je. ciss.. tak de la sedap mana pun. hahaha.. tak baik okeh mengutuk makanan yang menjadi darah daging *ceramah kat diri sendiri* huuuuu T___T


lepas makan semua balik tu terliur pulak tengok buah2an di tepi jalan area rumah kami. cisss.. mengundang sungguh kan? terliur tengok durian, rambutan semua. waaa.. kalau banyak duit beli je. lepas tu bersediala ke klinik dan makan ubat lepas ni. kalau2 saket tekak dan batuk. makan buah macam tak ada esok kan. pastu makan esoknya macam tak ada esok.. lepas tu makan lagi.. perghhhh! sampai rambutan hitam rambutan tetap nak makan..hahahaa


maka umi dengan perasaan yang tak dapat dikawal nak membeli durian. nyummm.. sedapnyaaaa.. hehehee.. umi dengan mimah nak makan pulak.. so, aku berenti dan diorg pergi beli. waaa.. bestnya dapat makan durian balik nanti.


malam ni kawan2 aku masak tom yam dan telur bistik. waaa.. sedap okeh. aku tak makan nasik pun tapi kenyang gila. makan durian lagi. nasib baik sedap. durian tu 4biji RM10. tapi elok2 je isinya dan manis2 belaka. tak sangka pulak. bila kopek semuanya elok2. makan dua biji tapi isinya banyak. boleh makan serumah. ada dua biji lagi belum bukak. esok2 boleh makan lagi. weeee...






ni masa sem lepas. sem ni aku tak ambik gambar pun sebab aku lupa. tak sabar sangat nak bukak dan makan. hehehe..recycle gambar pun boleh kan??








nilah hasil menunggu kawan aku pergi beli durian. sempat la snap seketoi dua gambar. hahaha.. muka berminyak berkilat. wakakaka.. dah habis kelas katanya. hehehee.. harus la selekeh..hahaha..


tapi masa maku pakai baju aku siang tadi aku rasa pelik. macam ada banyak space lagi baju aku dengan badan. waaaa.. masa aku pakai kawan aku nikah dulu masa bulan 9 aku rasa ketat gila. hahaha.. sampai aku dengan kakak aku pun pelik dengan baju aku. sekarang ni macam longgar pulak. hehehe.. sukanya akuuuuu.. *menari2 dalan kegirangan*



tak boleh belah. semangat aku tak makan malam duduk rumah sewa ni. aku makan roti. makan jugak tu. hahaha.. tapi tak apa nampak sikit hasil aku sukaaa..



ok la. dah masuk hari selasa pun. taip entry tak habis2. apekahhh..



bai!




Monday, December 3, 2012

Selamat hari Isnin!






Assalamualaikum semua..



apa khabar? sihat tak? semoga sihat2 sejahtera hendaknya.. ewahhh.. hari ni dah hari isnin rupanya.. malas sungguh nak ke kelas gamaknya. rasanya inilah isnin paling malas sekali buat aku. wahahahaa.. sumpah rasa macam mintak2 la lecturer batalkan kelas pagi ni. boleh la tidur barang sejam dua lagi. urghhhhh...



urmmm..urmmm.. aku ni kalau ikot hati nakkkkk je ponteng kelas tapi weols kan baik budaknya. jarang sangat ponteng kecuali kalau dah ada hal sangat dan tak larat saket. setakat demam sikit2 je tak ada hal la nak ke kelas. hari tu aku demam tapi aku malas layan penyakit. so aku pergi je kelas macam biasa. siap pergi klinik dan doktor check baru aku tahu aku demam rupanya..hahaa







so, tayah bebel2 lagi. siap sedialah ke kelas. babai uolsss..




=)




Sunday, December 2, 2012

Lena tidur sebab Harimau Malaya menang?







Assalamualaikum...




selamat pagi ahad semua. selamat berhujung minggu. huarghhhh.. macam mana tidur semalam lena? lena kot rasanya sebab ramai yang gembira sebab Harimau Malaya menang dengan Indonesia semalam kan? hahahaa.. dengan aku sekali terjebak. dengan aku sekali tengok bola. padahal aku tak minat langsung bola. kenal pemain pun sebab kawan2 aku dok sebut2. aku tak nak ketinggalan so, aku pun senyap2 google la sorang pemain dia. kejisss tak? hahahaha.. pedulikkk.. aku nak tahu so kena la ambik tahu. hahahaha..



aku pun senyap2 meng'google' la sorang2 pemain. siap biodata, gelpren semua la. aku dah macam gossip2 sangat tau. hahaha.. tu yang tahu sikit2. kalau tak sumpah la melopong je aku dengar kawan2 aku memebebel pasal bola. kalau tengok kat rumah tu, nak2 negeri masing2 main. bukan main menjerit semua. hahahaa.. aku relax je malas campur. sebab aku memang tak minat kan. hahahaa..



yang penting semalam aku tengok bola pastu menang, baru la tak saket hati plus rasa membazir kan..hahaha.. memula aku ikot Della dengan abang dia makan. ceaaa.. menyibukk je orang anak beranak adik beradik nak makan kan. aku dok tak malu mengikot. pastu orang belanja pulak tu. hahahaha.. makan sedap pulak. perghh.. makan seafood dekat Port Klang. hehehee..



pastu lepak Temerloh Katering kat sek 15 minum-minum sambil tengok bola. hahaha. sebelah kami orang indon. selamat la senyap je. kalah kan. hahaha.. dah la duduk Malaysia, kalau bising karang kena tibai pulak. wkwkwkwk..



akhirnya Malaysia menang tipis dengan Indonesia 2-0. cehhh.. tipis kata kau? cuba kau main.. baru lagi satu padang dah mengah. tu belum lagi kaki nak sepak bola. belum lagi kaki kena tibai. saket woooooo...











gambar dekat Temerloh Katering. kawan aku ni orang Pahang. so, abang dia suka lepak sini. tapi ok je sini. nampak makanan dia best kot. sampai masuk Jalan2 Cari Makan. hehehe.. sure sedap. aku pulak memang suka ikan2 patin semua ni. tapi bukan makan pun dekat sini semalam. just minum2 je. kan tadi dah makan. kenyang kot aku! hahaha..



mana taknya aku order air epal dapat karot susu. dah la lama gila nak dapat air. yang paling cepat dalam banyak tu kerabu mangga. tapi memang sedap kerabu mangga dia. haaha.. meleleh weh air liur..hahaha...



ok dah! dapat makan sedap maka tidur akan lena.hhahaa..



ehhh.. semalam baru perasan pemain Malaysia, Wan Zack Haikal hensem...hahahaa.. tapi budak2 sangat aihhh.. 21 tahun baru. kensel la mak nak ngorat.. hahahaha.. -____-'  *tangan ke dada sangat*



ok la. lapar la membebel ni. nak sarapan. bubai!!..



=)





Saturday, December 1, 2012

Makan Tengahari!








hello hai kawan2 semua.. amboi, hilang dah Assalamualaikum ke? ok, maaf... assalamualaikum.. ehhehee.. hari ni aku dengan dila main masak2. masak untuk tengahari je nok. makan untuk perut sendiri. dan masak mari la ngap! 


wohoooo.. lama gila pending entry ni. aku tulis perenggan atas ni sebelum makan lagi pukul 1.40. tapi sekarang baru nak sambung tulis semula. makan tadi kan. pastu kenyang. tak boleh menaip. hehehe..


ni la hasilnya bila kami main masak2 kat rumah. heheehhe..







lauk sambal kentang dan tempe, ayam goreng perap bawang2 dan sayur sawi dan cendawan. apa2 je yang ada dalam peti ais kami masak je ikut suka. tak ada la nak cerewat atau nak memilih lauk sangat. makanan pun biasa2 je. tu pun masa kemain lama.. ahahhaa...



ok la. tak boleh lama2. ade kilat2. kena tutup internet. wuwuwuwuw...





=)



Morning dan Hello December!






Assalamualaikum..



hai hello December! how are you? please be nice with me ok? hahahaha.. gila la pepagi nak speaking bagai. dah kenapalah? pelik2 je aku rasa. bangun2 tidur je saket perut apa lagi terus terbangun lepas tu. dah tak boleh tidur balik walaupun hati rasa nak tidur. wakakakaa..



pelah, benda tu pun nak cerita kan? biasalah la tu.. hahhahaa... bangun pagi ni rasa lapar pulak walaupun semalam aku dah makan megi goreng. megi goreng dia goreng. sedap pulak. megi aku della masak so makan sama2. ehehhehee.. kami memang bekerja sama dalam memasak dan memakan. huahahahaa...







remember the December. u will make me so happy and sad in the same time. 





=)