Happy Cat Kaoani -->

Friday, November 30, 2012

Bye November, Hello December






Assalamualaikum







esok telah masuk bulan baru. bulan terakhir dalam tahun ini, iaitu bulan December. ye. dah sampai penghujung tahun rupanya. dah nak habis tahun ni rupanya. ohhh..ohhh..



rasa macam tak percaya kan? rasa macam baru sangat naik tahun baru. rasa macam baru je habis sem lepas dan masuk puncak alam ni. rasa macam baruuu sangat2 semua ni berlaku. rasa macam baru semalam masuk sem ni tapi tup2 sekarang dah nak habis pulak. T____T



rasa macam tak rasa sangat pun tahun ni. tetiba dah naik tahun depan 2013. 



masuk bulan ni maka, masuklah umur aku setahun lagi. dan bila habis tahun ni maka bertambah lagi la umur aku secara general. tahun ni belum 23 tapi selang beberapa hari je dan naik tahun 2013 maka umur aku 24. owhhh.. no!!!



cewahh.. cara cakap macam iklan kosmetik anti penuaan je kau kan? perasan muda? sila pergi terjun bangunan tingkat 17. sila la.. mengada sangat kan.huahahaa.. *lempang sedas*








bye November..




Hello December...
please be nice with me..





Hujan dan banjir






Assalamualaikum..



hahuahuahahha.. semalam balik dari kelas dan test tu aku hantar kawan aku balik. rumah dia dekat Meru je. tak jauh mana pun. pastu kami sekereta ni pun hantar dia sekali nak makan tengahari. pukul 5.30 petang balik kelas baru makan tengahari. sadis tak? huahahaha..


masa on the way ke Meru jalan banjir! banjir pekat! macam teh susu terlebih susu.. huaaaa.. dalam jugak la banjirnya. memula kami semua dah risau2 dah takut tak lepas. yelah, kami ni kereta kancil comel menawan ni aja. hehehehe.. tapi melihat pada kereta kancil orang lain boleh lepas aku pun yakin la lepas. tapi seram jugak la. kalau hujan lama lagi mesti naik lagi tinggi air.. bahaya sungguh!!

















nampak tak air kat atas tu dah memenuhi parit2 dan longkang2 yang sangat besar. longkang je besar tapi penuh rumput memang la ir tak dapat mengalir dengan elok. kalau dibersihkan segala rumput rumpai tu mesti elok je air mengalir. majlis perbandaran sila take note! hahahaa.. kemain kau. macam datuk bandar! hahaha..



tapi serius weh bahaya kalau untuk motor segala ni. kalau kereta elok tak apa sangat. kalau tak elok maunya masuk air. cissss.. kesian ok..dah la tu bahaya tok motor dan pelbagai kenderaan. bukan satu tempat je naik air ni. ade banyak2 tempat jugak.



itu sahaja laporan terkini saya hari ini. sekian..



hahahaha..babai..






Thursday, November 29, 2012

Morning Thursday!






Assalamualaikumm..


selamat pagi cikgu! ehhh.. cuti sekolah ni mana ada nak sekolah2 bagai. tak de cikgu sekolah pun. cikgu duduk rumah goyang kaki baca novel nun. apa pun selamat pagi semua. =)


hari ni petang, aku ada test sekali dengan kelas ganti. satu kelas je. subjek yang sama pun ganti tu. huhuhuhu.. test ni banyak. ada long essay jugak. waaa.. doakan kita boleh jawab eh. almaklum la dah nak abis sem ni memang la test, esement, presentation berderet bagai menanti dihujung pedang! 


perumpamaan apakah itu? peliknya? wakaakakak... lantak.. suka aku la nak buat perumpamaan apa kan? ye dak?? hahaa..


dah2. tak boleh lama2 dekat sini. tak menjadi segala pembacaan aku. gud bai! 








Hello hai Singapore! ^_^





=)





Tuesday, November 27, 2012

Semalam pagi punya cerita





Assalamualaikum..


malam ni akhirnya hujan. patutlah panas je badan aku siang tadi. rupanya malam ni nak hujan. hari ni aku tak ada kelas tapi aku tak buat banyak benda pun. study pun satu chapter tak abis2. apa la aku buat agaknya..


sooo.. boring..padahal ada banyak kerja nak buat.  *sigh*










ni gambar aku nak pergi kelas semalam. sebelum kawan2 aku turun aku snap2 dulu dengan kawan aku ni. huahahaha.. perasan dan perasaan je kami ni. tapi tak pe. aku suka.


aku suka pulak baju akak aku ni. macam best je. eh2, lupa nak bagitau baju aku pakai ni baju kurung akak aku. sementara dia cuti sekolah ni aku pun sebat la baju dia.. huahaha.. suka aku. sebab aku berkenan baju ni. so aku mintak la dia pinjam baju ni. dia bagi sebab sekarang kan cuti sekolah. dia bukan guna pun. hari2 duduk rumah je batuk2. hahahhaa..


sebenarnya tak tahu nak update apa. heehehe..merepek merapu je aku ni. k la. babai..




=)




Morning!






Assalamualaikum 



selamat pagi kawan2 sekalin. huehueheue.. aku bangun awal hari ni. sebab dah tidur macam syaiton semalam. tidur lepas maghrib dan dan bangun pukul 10. lepas tu tidur semula pukul 1 lebih. huaaaaa.. terjaga pukul 6.30 lepas tu aku tak tidur lagi sampai sekarang. perut dah berkeroncong. lapar..huahahaa..


housemates aku pergi kelas je aku mula la buat operasi. tadi kemas sampah dan kawan2 aku buangkan sekali nak ke kelas.lepas tu mula la operasi kemas rumah yang berhabuk berselerak dan kotor ni. 


huarghhhh.. perut aku dah berkeroncong. lapar gila. blerghhhhhh!!



apa pun.. morning semua! =)







zaman bila gambar ni pun aku dah tak ingat. but enjoy it! =)




Sunday, November 25, 2012

HAMKA





Biodata HAMKA

HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai PENSYARAH di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang yang bijak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituan Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (10 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.
Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura, turut dihargai.



Antara Karya Allahyarham Hamka
1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Si Sabariah. (1928)
3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).
7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10. Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.
11. Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
17. Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.
18. Tuan Direktur 1939.
19. Dijemput mamaknya,1939.
20. Keadilan Ilahy 1939.
21. Tashawwuf Modern 1939.
22. Falsafah Hidup 1939.
23. Lembaga Hidup 1940.
24. Lembaga Budi 1940.
25. Majallah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
26. Majallah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
27. Negara Islam (1946).
28. Islam dan Demokrasi,1946.
29. Revolusi Pikiran,1946.
30. Revolusi Agama,1946.
31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
34. Sesudah naskah Renville,1947.
35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
37. Ayahku,1950 di Jakarta.
38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
42. Kenangan-kenangan hidup 2.
43. Kenangan-kenangan hidup 3.
44. Kenangan-kenangan hidup 4.
45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai 1950.
46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
50. Pribadi,1950.
51. Agama dan perempuan,1939.
52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
54. Pelajaran Agama Islam,1956.
55. Perkembangan Tashawwuf dr abad ke abad,1952.
56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
60. Dari Perbendaharaan Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982 oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.
62. Islam dan Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.
64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
70. Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
71. Himpunan Khutbah-khutbah.
72. Urat Tunggang Pancasila.
73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
74. Sejarah Islam di Sumatera.
75. Bohong di Dunia.
76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
77. Pandangan Hidup Muslim,1960.
78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
79. [Tafsir Al-Azhar][1] Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno








inilah Pak Hamka si penulis, penyajak dan pensastera terkenal dan unggul sehingga kini..







Morning Sunday!





Assalamualaikumm..


hai2, morning semua.. apa khabar pagi ni? sihat? aku sihat2 je.. ehehehe... pagi ni apa plan korang? jom la tengok kawan2 konvo dekat UiTM nun..ehhehee






hai akak abang sekalian. nama kita kecik. sekeluarga panggil kita kecik. dulu kita kecik, sekarang dah besar pun still orang panggil kita kecik. hehehee..


kita warna putih tapi dah bertukar warna coklat2 sikit. ermm.. kita baru dapat mak cik tau.. comel2 makcik kita. nenek kita lahirkan diorg. ade 4 ekor semuanya.. waaa.. ramai kan? best la lepas ni ada kawan main. hehehe..





ni la makcik2 baru kita. comel kan? nenek kita gojes lagi tau. tak menapous lagi so, boleh la beranak lagi. ehehhe.. untung la sape jadi laki nenek. tapi hari tu kan kita nampak ade sekor jantan hitam legam mengurat nenek kita. alih2 ni dah kuar 4 ekor. huehuehuehue...


ok la. kita nak main2 dekat kebun. kita memang suka main2. lepas tu penat kita tido.. busuk2 pun tido je. pedulik apa kita.. kita busuk pun kak ija tetap cium kita.hehehee



ok la. babai..




Ikhlas. Positif. Smile





Assalamualaikum...







kadang kita nampak orang melakukan sesuatu benda. dalam hati kita boleh pikir macam2 tentang keikhlasan seseorang tu. padahal, di lubuk yang paling dalam kita sangat ikhlas melakukannya. mungkin mimik muka kita, nampak kita tak ikhlas. 


tapi senang cakap kita kena fikir macam ni.







dan jangan lupa.







don't forget to smile.



love u all..



=)





Durian Crepe!






Assalamualaikumm...



malam ni sangat bahagia. sebab apa? lepas berbuka je aku rasa senak gila perut. angin penuh satu badan agaknya. yela, seharian tak makan. lepas tu buka je dok sental air dengan nasik. mana dia tak senak kan.. sesuka je mendera perut muncit ini..hehhee



lepas tu dok borak2 dengan member. baru la perut ni ok sikit. maka aku pun menjalankan la acara makan DURIAN CREPE. hahahahaa...


ohmaiiii.. sedap rupanya!!! 














sedap sangat okeh. dah la aku ni memang hantu durian. lepas tu dok mengidam dari semalam. dengan rasa durian yang manis lemak super sedap tu, lepas tu gabung dengan cream pulak. memang mengancam!! 



cair dalam mulut rasanya ni..hahahhaa..



aku mula la berangan nak buat kat rumah lepas tu nak hidang kat yasinan mak. macam la mak ada ambik yasinan lagi buat masa terdekat kan. ceaa... macam bagus, yela, sejak orang puji spagheti aku tu aku jadi sukaaaaa gila nak masak lagi. cewahhh.. mengade!



aku beli benda ni dengan akak yang aku kenal kat fb. macam mana aku kenal dia aku pun tak tahu. tau2 ade dah friends kat fb. hahaha.. lepas tu kerja dekat RHB Alam Jaya pulak tu. memang la kena sungguh aku nak mengoder benda ni. hehehe..


aku baru makan satu. kawan aku makan satu. tapi aku rasa kalau buat sendiri lagi berbaloi kot. hehee.. kalau beli agak mahal la sebenarnya. nak2 kalau kau ade durian sendiri sebakul. beli bahan sikit tok buat tepung. tepung dia sebijik macam buat roti jala. ermm.. senang je kan..



lepas tu sejukkan. dah siap di ngappp!!



hehehee.. balik nanti aku nak beli bawak balik. sebab aku tak ada masa nak buat kat rumah nun. hehehe.. akak aku la sibuk cari benda tu dari hari tu. aku pun tak tahu nak cari dekat mana kalau kat kampung. or kat jb la kena carik. hehehe



ok la. dah malam. aku pun dah mengantuk... jom tido! 




babai!






Saturday, November 24, 2012

Teaser - Jambatan






Assalamualaikumm..






=)






Meroyan di pagi Sabtu





Assalamualaikum semua...



apa khabar? harap semua sihat2 sejahtera hendaknya. sepatutnya hari ni aku ada modul. tapi akibat malasnya aku nak ke modul maka aku dengan rasa tak bersalah telah skip modul tu dengan bangganya. sebab musababnya aku ada sem depan untuk meraikannya lagi. ewahhh.. meraikannya..hehhehee..


sem ni memang dah boleh modul. but sem depan aku ada lagi masa nak pergi. bukan sem ni sem last pun. huahahaha.. kemain aku kan. sekali sem depan aku ada program lain padan muka aku.. wakakaka.. tapi mana boleh ada program lain. dah memang wajib pergi kan. haruslah memperuntukkan masa aku waktu tu. such a sem 7 student! huahahahaha..


pagi ni bangun2 je sejuknya bukan main. berselimut aku. tapi still jugak nak bukak kipas angin. mengade sungguh!. kalau tak dengar bunyi kipas angin memang tak sah aku rasanya.. hehehee.. 


nak membebel apa pulak ni? pagi2 pun aku nak membebel. sekejap lagi kawan aku ajak pergi econsave. memang aku nak pergi econsave pun. nak beli barang. banyak benda dah tak ada dekat rumah ni. barang aku pun banyak habis ni. tapi mungkin tengahari nak pergi ambil durian crepe tu lagi. tak apalah. nanti pergi lagi. huuuu..


aku bosan sebenarnya. walaupun esemen tak siap lagi tapi bosan tetap menguasai. rasa macam nak kemas rumah pulak hari ni. huahahaha.. karang, kalau aku kemas rumah tak pergi econsave karang. selamat aku kemas semua banda. urmmm..urmmmm...





miss this phone walaupun aku hanya pakai hp ni satu sem sahaja. tapi its quite ok. walaupun camera dia selalu mengecewakan. tapi aku redha sebab dah beli kan.. konon nak hp touch screen sekali tak best gila. dah la mahal kemain. konon nak pakai experia jugak tapi xperia cikai sajorkkk.. mana nak lawan xperia mahai.. isk isk.. kesian aku kan.. feeling je lebih..hehehehe


apekah pepagi meroyan pasai hp lama yang dah dijual ni? thinkk...thinkk... hahaha.. i am happy with my new gadget.. my blackberry 8520 saje.... tak mampu sekali lagi. janji dapat pakai bb, sebat je la bb paling murah dialam semesta yang 2g dan selalu tak ada line ni..huahahaha..kesian dahku!..


ok, dah2 latu iza meroyan di pagi sabtu yang hening ni. heheheh.. aku nak gerak mandi dan kemas2 ni semua. serabut perut aku rasa.. hehehe.. babai!



=)




Friday, November 23, 2012

Hari Asyura





Assamualaikum semua.. 



hari ni ingat tak hari apa? yep2, hari jumaat tu aku tahu la. berapa haribulan Islam?? hari ni 9 haribulan Muharam. korang ingat tak hari ni hari apa? ermm.. takpe2 tak payah nak kerut2 kening la, dahi la hape la.. aku baritahu je. hari ni adalah hari Asyura. yep, hari asyura.. 


meh sini aku nak share kelebihan puasa di hari Asyura ni.














haaaa.. sekarang dah faham kan? mari la sama 2 kita berpuasa.. =)



wassalam!




Kelebihan Surah Al Kahfi






Assalamualaikum..




mula2 sekali nak ucap selamat pagi. selamat hari jumaat yang penuh berkat. Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk menghirup udara segar ini di pagi jumaat yang amat indah ini. semoga jumaat kali ini diberikan keberkatan yang tak berbelah bahagi oleh Pencipta.. =)


first of all, ewahhhh.. cakap BI bagai.. gegegee... mari kita membaca surah al kahfi. korang tahu tak fadhilat membaca surah ni pada hari jumaat? sangat besar oke.. semua ni Allah bagi free je dekat kita. tinggal kita je sama ada membuatnya atau tidak. Allah dan bentangkan seribu kesenangan dan seribu cara untuk kita mendapat redhonya.. cuma kita je yang masih malas atau tidak mengetahui kelebihan setiap perkara dan setiap hari.. 


kat sini aku sertakan alunan surah al kahfi supaya korang boleh dengar walau tak hafal pun. hehee.. senang kan sekarang, teknologi dihujung jari..







ni aku nak kongsikan pulak fadhilat surah al kahfi dan fadhilat hari jumaat.. hehehee.. semuanya kita boleh ambil tahu. cuma di hujung jari kan. ramai sangat dah orang post benda2 ni. sampaikan kita tengok je tanpa kita baca. maksud "baca" adalah dengan membaca dengan mata hati. jarang sekali kan? sekadar baca. sekadar nampak dan tak amalkan. apa kata hari ni kita mulakan dengan membaca dan mengamalkannya?











Alhamdulillah.. sudah? bagus kalau sudah baca surah al kahfi. tak pun sambil baca entry ni sampai habis boleh on play youtube surah al kahfi tu. kalau kita tak hafal pun, mendengarnya pun sudah cukup baik. sememangnya kita tidak hafal kan? surah al kahfi tu panjang sangat. tak pe2. mula sikit2. lama2 terbiasalah.. 



tadi aku mesej mak aku, lalu mak aku cakap yang ada seorang orang kampung aku meninggal dunia. beliau orang kuat kampung. dan sudah lama berkhidmat dengan kampung. sangat peramah dan baik orangnya. aku agak terkejut mendengar berita itu, sebab aku tengok beliau baik2 sahaja, tapi mak aku kata beliau menghidap saket jantung. dah lama penyakitnya itu. 


hanya iringan doa yang mampu aku titipkan. selamat pulang kepangkuan penciptamu..  Innalillah..








wassalam...




Keseronokkan Tak Berbelah bagi..






Assalamualaikumm...



malam ni sangat bosan. lama sangat tak pergi jalan2 dengan kawan2 lepak2 gelak2. kalau dulu, selalu sangat. pantang rehat2 je tak ada benda mula la ade orang  ajak pergi sana sini. sampaikan kena pikir dua tiga kali nak keluar ke tak. yela, pikir pasal duit lagi, penat ke, esemen ke.. tapi kalau haku jarangggggg sangat menolak aihhh..wakakaka.. selalunya aku sebat je. aku suka berjalankan. mula la nak kesana kemari. sebab jalan2 adalah best walaupun dengan poket kering..wahahaha..



nak2 kalau malam2. aku rela ikot dari tinggal kat rumah sesorang. almaklum la dekat puncak alam ni tak berapa selamat sangat. kalau nak ikotkan dulu dekat shah alam pun sama je ketakselamatannya tapi better kot. aku rela duduk rumah sensorang dari kena berjalan2 dengan hati yang tak rela. sebab biasanya aku malas. lagi best aku duduk tidur dekat rumah. wakakaka..



aku rasa nak jalan2 sangat sekarang ni. dulu ade la kawan kepada kawan yang selalu bawak kami pergi jalan2, makan, karoke walaupun aku tak pernah nak nyanyi tapi dia dengan rela hati bawak kami pergi mana2 yang kami suka. cakap je kat mana. walaupun duduk puncak dia sanggup ambik dan dan bawak pergi uptown sana nun. pastu antar balik kami2 ni semula tanpa bayar duit minyak sikit pun. wallla! seronoknya! 


yela, dia kerja. boleh la belanja makan. pastu tak payah kami2 isi minyak. kami2 kan student lagi. wahaha.. ingat lagi last keluar dengan dia. urmmm..urmm.. sem lepas. pergi up town jugak la. hehehe.. seronok dengan dia. dia akan ikut kita jalan kemana2. kalau aku dok sibuk pilih tudung, yg mana satu cantik dia pun sibuk belek2 jugak macam nak beli jek. padahal tengok2 je.bahahhaa...



hahaha.. tapi sekarang ni dia dah pindah tempat kerja. so, dah jauh dan jauh dari kami. sedih la.. hahaha.. sedih sangat kan. padahal kau tak dapat la jalan2 lagi kan? dasar..ahahaha



adui.. sampai pening ni ha menaip entry sebab panjang bebenor. panjang ke? baru membebel sikit dah pening dah. mengade betul la kepala ni. hantuk kat dinding nak? hahahahhaa.. apekah kau ugut2 kepala sendiri. kalau saket kepala kau jugak kan. hahahaha..



ahhh.. sudahlah kau iza. mengarut je tengah2 macam ni. pukul lelaju kang. hahahaa.. padahal mata dah mengantuk ni. kalau aku landing kepala sure aku berlayar ni sedar2 dah pukul 5 pagi. biasanya macam tu la aku hari2. sedar dah pukul 5 pagi. hahaa.. terus bangun tak boleh tidur. mula la aku membasuh baju la, tengok adam hawa la, baca blog orang la.. hahaha.. macam2 aktiviti sementara tunggu subuh tu.



lepas subuh kalau boleh tidur aku tidur la. kalau tak aku dok berjaga je la. sampai siang. kang agak2 pukul 11 macam tu barulah terasa mengantok bagai. orang lain baru nak bangun, aku dah nak tidur semula. hahaha..








entry ni malam tadi tulis tapi tak sempat post tertidur pulak. maka selamatlah dia dengan tidak berpost. jadi aku nak post hari ni boleh? tak boleh pun pedulik, aku nak post jugak! huahahaha.. 



ok. bai!




=)




Thursday, November 22, 2012

Lubuk yang Paling Dalam







Assalamualaikum..



selamat hari rabu. hari ni aku tak tahu perasaan aku. lepas semalam aku gembira tapi hari ni aku rasa perit. pedih. walaupun aku paham perasaan itu kenapa tapi aku rasa geram dengan semua ini. aku jadi saket hati dengan semuanya. aku rasa aku jadi benci. benci dengan keadaan sekeliling. dengan apa yang dah jadi. kalau aku ada kuasa, akan aku putarkan kembali masa lalu menjadikan ia betul dan baik. 



tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa yang tak mampu buat apa2 dengan masa. tak mampu putar, betulkan mahupun melakukan apa2. aku hanya insan lemah.


aku malas nak pikir lagi. aku paham. demi menjaga hati orang sekeliling, aku sanggup ketepikan hati aku. aku lebih suka diam dari berkata-kata. sebab aku takut kata2 aku mampu yang membuatkan orang lain tersinggung, saket hati, dan marah.


tapi biasalah, aku juga manusia biasa. aku ni ada juga perasaan. rasa macam nak buang perasaan biar aku tak ada perasaan biar orang tak boleh saketkan hati aku dan aku tak saketkan hati orang lain. kan senang. tapi kita pun boleh saket hati dengan mesin, inikan pulak manusia. jika dah namanya manusia, aku tetap dengan perasaan, emosi dan jiwa.






















ini adalah wajah2 kesayangan hamba. hanya mereka yang mampu mengubat segala rasa saket yang bersarang dalam jiwa yang paling dalam ini. tanpa mereka siapalah aku didunia ini. tanpa mereka pada siapa lagi harus ku bergantung harap. kasih sayangku tak pernah berbelah bagi untuk mereka.



terima kasih atas segala rasa dan pelajaran yang telah anda semua berikan..




salam






Tuesday, November 20, 2012

Save Palestine!







Assalamualaikum..



sekarang kita di kejutkan dengan serangan Israel ke atas Palestin. sangat kejam tindakan Israel terhadap Palestin. negara Yahudi yang sangat jahanam memusnahkan Palestin negara Islam. ya Allah kami hanya mampu berdoa kepada Allah supaya diselamatkan semua muslimin dan muslimat.


jika ada yang terkorban syurgalah tempat mereka ya Allah.. kami hanya mampu berdoa. semoga senjata doa ini boleh meringankan beban kaum muslimin di sana.. aminnn









Morning!






Assalamualaikum!



morning guysss!!! selamat pagi dan semoga sihat2 sahaja hendaknya! aku hari ni tak ada kelas. so boleh berjimba bersuka ria. kemain lagi. 






=)




Sebelum cuti Raya Korban dan Mid Term!






Assalamualaikum..



selamat pagi semua. hari ni aku bangun awal. dalam pukul 5 aku bangun. sebabnya aku dah tertidur awal. makan panadol. lepas tu aku konon2 tengok movie Budak Pailang tapi budak2 tu yang tengok aku tertidur nampaknya.. hehehe


nampaknya sem ni aku sangat sikit tulis entry blog ni. kesian aku tengok blog ni terbiar. aku tak tahu nak update apa dekat blog sebab mostly dekat kehidupan aku ni benda2 biasa je berlaku. huahahaa.. biasalah aku ni kan wanita biasa yang menjalani kehidupan biasa...


masa cuti raya korban hari tu aku balik awal. hari selasa pagi aku dah chow balik kampung. tapi pagi tu sangat la kritikal. jalan sangat jem sampai masuk jalan nak masuk kawasan rumah jemnya. itu sangat la tensen. maka aku dengan kawan aku jalan kaki keluar pagar apartment kat pak guard tu tunggu kawan aku ambik bawak pegi klang. waktu sangat kritikal masa tu sebab dah pukul 8 tapi kami masah dekat rumah. tikat bas pukul 9. umi kawan aku yang paling takut sekali sebab tiket balik kelantan dah habis waktu tu. tu pun hari selasa umi ponteng kelas. sebab tak ada tiket. jadi umi la yang paling cuak. 


tapi sampai awal. tak sampai pukul 9 dah sampai klang sentral. hehhee.. nasib baik sempat dan jalan nak pergi klang tak jem. kalau tak kesian umi terlepas bas. aku walaupun terlepas inysaAllah ada bas lagi balik johor. ni balik kelantan memang tak adalah. 


overall cerita ni nampak tak tragis tapi bila kau sendiri ada kat tempat tu rasa sangat la cuak dan tragis. risau dan sebagainya. 


but semuanya dah selamat. dah balik semula ke sini. 







yeaaa! ni umi kawan aku. hosemate! she is the lawak person, fast leaner, she is clever, love cooking, and she is Kelantanese! hehehee.. 



dah2, cukup promosi kawan2 sendiri. but.... sudah berpunya! maaf! anak datuk je boleh masuk lain. okeyyy! 



bubye!



=)




Monday, November 12, 2012

Rawan






Assalamualaikumm...



sekarang ni aku rasa macam nak keluar dari rumah. nak keluar jalan2 walau tak sedar diri ini demam. tak apa lah. aku boleh pakai baju sejuk. jalan2 cari ketenangan yang aku tahu aku boleh cari sendiri. tapi tidak. aku tak boleh cari sendiri. kalau dekat shah alam dah lama aku siap2 pergi lepak2 dnegan kawan2 aku release tensen.


siapa kawan2 aku? aku pun tak tahu siapa. yang mana patut aku percayai dan yang mana harusku sandarkan  harapan. hakikatnya aku tak boleh berharap dan terus berharap. aku harus berusaha sendiri. berdiri di atas diri sendiri..


dan sekarang ni adakah aku terlalu beremosi atau sememangnya emosi itu datang kepadaku. aku tak tahu. maafkan aku andai aku telah melukakan hati2 kalian semua. mungkin bukan sengaja bahkan buat niatku sama sekali.


rawan yang aku simpan aku anyam sendiri. 









masih memikirkan diri sendiri dan masa depan..




Sunday, November 11, 2012

Tensen kena mandi..






Assalmualaikum..



ni nak cerita, aku balik cuti hari raya haji minggu lepas2 kan. lepas tu aku telah merajinkan memandikan budak busuk ni. aku suka cium dia. tapi dia tak penah mandi. such ap bucuk. korang boleh bayangkan betapa busuknya dia ni.. wekkk...







ala2 model. ambil gambar dari belakang. cewahhh... *macam bagus je budak sekor nih!*



konon bajet model. padahal.... busuk ya rabbi! hahaha...







cak! budak busuk dah mandi..muahahahha... padan muka! HAHAHAHA!
sukanya aku bila dapat mandikan dia ni. hahaha....







muka tensen sebab kena mandikan. lepas tu asyik naik atas kusyen. tensen aku. maka aku letak la alas kain batik maka menjilat la kau atas tu. nak sangat kan. aku bukak kipas speed 5 lepas tu menjilat la dia samapi kering. adalah dalam 10 minit kering pun bulu budak ni. hahahaha



lepas tu wangiiiii je budak2 ni. hahaha.. bau talcum katanya..wakakaa.. tak de maknanya talcum bagai. 




balik ni mak aku kata nak mandikan lagi dia ni. hehehee..



aku balik khamis ni. siaplah kau budak busuk.wakakaa!




bai!