Happy Cat Kaoani -->

Sunday, October 21, 2012

Kedek2 mengancam!





Assalamualaikum..


dah siap masak memasak. masak benda simple jugak hari ni. ikan rebus, ayam goreng dan sayur lemak. seeee? mudah je kan? nak gambar? alah, tak payah la, malu je benda biasa. hahahaha..


tapi aku belum makan.. mata dah mengantuk. kenapa pulak tetiba mengantuk ni? sebenarnya pagi tadi aku tak nak bangun sangat2 tapi disebabkan pikir nak pegi kedai, ada banyak lagi kerja nak kena buat kena la bangun pagi teman kawan pergi kedai beli lauk pauk sebab tak ada lauk. hehehe..






hari tu aku pergi RHB Alam Jaya nak bank in duit sewa rumah. tengah2 tunggu kawan bank in ada sekor kucing comel dengan kaki pendek warna macam atas ni. dia dok mengiau2 tepi kereta kami so bukak tingkap dok main2 pastu dia panjat pulak masuk dalam kereta. hehehe.. comel okehhh!


kedek2 jalan. manja sangat. aku rasa dia ada orang punya sebab manja. mungkin orang kedai punya. hehehe.. dia saje je jalan2 cari kawan dekat kawasan sekitar. hehehe..


eiiii.. aku rindu sangat budak kecik dekat rumah aku tuh. hehehee.. nak balik dah selasa ni. bestnyaaa!!!




=)




Sunday Morning!





Assalamualaikum..







hamboihhhh.. kemain kau tidur macam orang penat kerja 20jam! hahahahhaah.. geramnyaaa! kalau aku ada kucing macam ni dah lama aku akan kacau dia tidur. hhehehee..aku kan jahat, tak leh tengok kucing senang. hhahahaa...


selamat pagi semua. hari ni hari ahad. mesti ramai yang bangun lewat dan lepak2 kat rumah. tak kurang juga yang pergi walimatulurus kenalan dan berjalan2. ada yang konvo hari aku ucapkan tahniah ok. hehehe..


hari ni dah masuk 3 hari rehat tanpa buat esemen yang banyak. ada esemen Research Method tapi tak dibuat lagi. journal pun tak di baca lagi. matik la. semalam2 relax babun. relax gila2 macam minggu depan tak ada apa langsung. hari ni dah kalut. hahahaha..


biasalah, student, suka buat kerja last minit. kan? kan? sape cakap tak tu dia bukan student or dia student rajin. hahaha.. aku? golongan yang malas kot. hahhahaa.. 


ok la, nak pergi membeli barang dapur yang sudah habis ni. huahahhaa...




Saturday, October 20, 2012

Bola dan bola, soooo bosan!





Assalamualaikum..



rasa smeua orang sedang tengok Piala Malaysia. aku? aku memang ade je dekat depan ni sebab tu sekali terdengar dan tertengok piala Malaysia ni. padahalllll.. padahal aku tak minat okeh. tak minat sukan langsung. apa2 sukan la aku tak minat. hahahaa.. kesian..


yang aku dengar jerit pekik kawan2 aku tengok bola. sorang sokong kelantan sorang sokong ATM. hauahaha.. aku boleh layan cerita Salam Cinta. best jugak la ayat2 dia dalam tu. siapa ntah penulis skrip. tak nampak nak baca. al maklum la aku tengok movie online.. hehehee


masa hampir tamat, siapa agaknya pemenang Piala Malaysia ni kan? kita saksikan sebentar lagi..


bai!






Kebosanan yang amat





Assalamualaikumm...


selamat petang! dah makan tengahari? dah?  belum? siapa yang belum tu cepat la gi makan. hehehe.. aku dah makan dah. kenyang dah. masak apa?? ala, aku masak benda simple2 je. telur masak kicap, ikan goreng dan sayur kobis goreng je. aku ni bukan nak makan ke masak best2 sangat. biasa2 je.. hehee


masak semua untuk kawan2. ala, biasalah2 je. kami tak kesah. janji dapat makan. kenyang. tak de la nak makan benda sedap2 je. asal boleh makan  dah ok dah. ala, student kan. makan apa2 dah adat. makan megi. takat makan roti dengan air milo pun dah syukur. hehehe..


hari ni aku kena buat kerja. tak tahulah. sebab tak reti buat. hehehe..







motip letak gambar ni? 



gilosss.. tak tahulah. gue bosannn! jom keluar! 





bai!





Friday, October 19, 2012

Penutup Jumaat






Assalamualaikummm...






walaupun jumaat bakal melabuhkan tirai tapi aku nak ingatkan semua orang..
jom baca ayat ni..









dah baca? 

Alhamdulillahh..



aminnn...



selamat tidur semua..




=)





Buat Esemen atau Melancong?





Assalamualaikumm..



apa khabar semua? sihat? ewahh.. aku sihat2 sahaja. ala, memang sihat pun. hikhik.. sebenarnya nak cerita pasal hari jumaat hari tu aku dengan kawan2 aku pergi buat esemen untuk subjek planning. so, kami pilih tempat la. persetujuaannya kami pergi di Hot Spring Sungai Klah, Sungkai Perak. 


sebabbbbb.. sebab tenpatnya tak jauh sangat dari tempat kami belajar dekat puncak alam ni haa.. ala, student kan. nak save bajet so jangan la mengade2 nak pergi jauh2 bagai. pergi yang dekat2 sudah.. hehehe..


ahli group aku 4 perempuan dan sorang lelaki. kira macam penyeri la. sorang lelaki tu pulak dari Indonesia. dia exchage student ke sini. waaa.. feeling macam cerita Kau Yang Terindah pulak kan. hahhahaa..


ok2. aku tak ada idea nak buat lawak. tak ada idea nak melawak sebab banyak kerja. esok ada test, tak study lagi ni. konon sebelum study nak update blog sepukul dua sebab dah lama sangat tak menghapdate apa2. rasa malas bagaikan penyakit yang menular dalam diri dan jiwa. isssshhh.. payah kan??


so, korang tengoklah apa2 yang patut gambar yang aku upload. sumpah aku tak ada mood nak update sebab emosi bercelaru sekarang ni. 




laluan titi kayu untuk melihat punca mata air panas yang dibangunkan sekarang. bestt.. bila korang jalan feeling macam walking dalam hutan. macam tengah jungle trekking. =D





ni adalah keadaan atas titi kayu. nampak titi tu macam cantik je kan? padahal titi tu macam lembut2 gitu, macam takut je kalau kita pijak. walaupun sebenarnya titi tu kukuh kalau kita pijak. sentiasa tengok titi tu kalau jalan. mana la tahu kalau2 ada benda yang tak diingini berlaku. hikhok





nampak tak macam ada asap2 kabus tu? tu asap sebab air panas tu panas sangat. sebab itu adalah konkrit yang dialirkan ke kawasan air panas dia dalam kawasan punca air panas tu. ayat aku ni kenapa pelik sangat? huahahaa..






air yang belah kanan ni sejuk sikit. tak terlalu panas macam yang belah kiri tu sebab yang kiri tu dah disekat dengan kunci air yang dekat tengah2 tu. korang nampak kan? haaa..





air yang ini panas gila sampai suhu 100 celcius. yang ini jangan pulak korang sesuka hati nak rasa ke celup ke hape. mau masak tangan korang dalam ni. sebab tu air yang panas ni diorang pagarkan. dan tulis suhu. walaupun tak setiap masa 100 celcius tapi biasanya suhu air ni dalam 95celcius ke atas.






sedang merebus telur untuk santapan tekak dan perut yang sudah kelaparan. bila main2 air mula la lapar kan? betoi tak??  ni nak merasa telur setangah masak dan telur rebus yang nyummehhh! sedap owhhh! =)






sedang berusaha memecahkan dan mengeluarkan isi telur yang panas tuh. sabar je la. nak makan tapi mengelitik tak tahan panas nak pecahakan kulit telur tuh. hahaha.. ni semuanya sedang gigih. tekun..






model merebus telur hikhok. muka gila gelap dengan berkilat. eiiii.. tanpa mekap kan macam ni la.





cantik kan tulisan ni? aku nampak cantik tu yang aku ambik gambar tu. ni dekat tempat jual telur untuk direbus tu la. dah la pekerja dekat tempat jual telur tu macam bisu. angguk geleng je. langsung tak mesra alam. hape la. weii, ni tempat pelancongan la weh.. manis muka la sikit!  *emosi*






sedang merendam kaki di air kepanasan dalam 35 hingga 45. hehehe.. memula macam panas dah lama baru sedappp je diorang kata. hehehe.. aku belum sempat nak merendam kaki dah terpaksa pergi makan dan solat jumaat. =)






ni dekat kolam air panas. air ni agak panas jugak la. kena jalan slow2 masuk air kolam ni. tapi tak boleh berendam lebih dari 30minit. tak boleh kena naik jugak. hehee.. tak kami tak mampu nak berendam seluruh badan sebab tak tahan. mampu rendam kaki je.. hehee.. konon posing padahal panas ni kaki aku. hahahaha..








welcome to Hot Springs Sg Klah, Sungkai, Perak. hahahaha.. jadi model pulak aku tetiba. padahal bukan aku comel pun nak jadi model. hahaha.. kawan2 aku la ni dok suruh aku jadi model tak berbayar...






model2 petronas. time isi minyak pun menjadi. hahaha..






dimanakah mataku? hahaha.. mata aku tak nampak weh. kecik sangat dah mata aku ni. hotel budget ni cantik jugak la sebab tu kami nak ambik gambar. hehee..






comel kan?









ni gelang yang akan kami pakai sepanjang dalam Hot Springs Sg Klah.. aku sukaaaa sangat gelang ni sebab dia tak akan lembik kalau kena air. hehehee.. rendam la berapa lama pun tetap jugak la tak basah. aku sukaaaaaa... ehehehe






power rangers! bertukar! hahahaha.. gambar kami beramai2. sukaaaaa! =)







inilah kawan aku Majid. kawan dari Indonesia yang exchange ke sini. hehehe.. sangat baik orangnya dan ikot je apa yang kami cakap. hehee.. dia ni Islam so jangan risau la. dia pun solat jugak. cukup waktu kami ajak la dia solat kat mana2 masjid atau surau. pandai jugak la dia ni bawak diri. kadang2 tu bukan kami ajar pun. dia pandai2 je. hehehe..






geng kaca mata. hehehe.. eh, Majid tak pakai spek pun. tapi masa ni macam comel je kan? cantik tau kawasan belakang dia..






kami sedang diberi penerangan oleh En Ezrull salah seorang pekerja yang paling popular sekali dekat sini. dia biasanya yang akan bagi penerangan kepada pengunjung yang akan datang. hehehe..






finally.. =D






selain itu kita boleh belajar tentang flora yang ada dekat sini sebab semua pokok yang ditaman akan diletakkan nama. kan bagus jadi budak2 macam kami boleh la belajar. hehee..



sebenarnya banyak lagi aku nak letak gambar tapi dah letih nak tulis caption dia. lama gila aku buat entry ni. aku tulis dalam bape jam pun aku tak ingat la. walaupun aku tak buat apa hari ni tapi aku tak tahu la bakpe lama sangat aku tulis entry ni. lenguh weh...



selamat aku cuci baju, masak, dan tengok movie Hantu Kapcai. hehehe.. nampak tak sebab apa aku tak siap2 benda ni? banyak sangat benda yang aku buat disamping menulis entry ni. hahahhaa..


ok la, aku penat dah. dah lama kan aku tak update blog. ni pun cerita minggu lepas. baru terhegeh-hegeh nak update minggu ni. almaklum la aku ni bizi banyak sangat test, kuiz, dan esemen nak buat.


ok la sayang2 semua.. babai! =)









Thursday, October 11, 2012

Mari Membantu Kamal Affendi Hashim





Assalamualaikum 



hari ni nak kongsi sikit pasal hal2 orang lain. blog ni kan pengikat dan penghubung antara dua dunia. dunia luar dan dunia kita. dunia nyata dan alam maya. hahaa.. bahkan cerita dalam blog aku ni berkisar tentang orang lain jugak. bukan aku asyik syok sendiri je nak menaip. ahaha..


ok2.. ni nak tanya, korang kenal tak Kamal Affendi Hashim? Penganalisis jenayah yang selalu keluar di muka tv, di dada2 akhbar dan di majalah? kenal tak?? kat sini aku nak share kisah beliau.


hanya berkongsi dan mari membaca kisahnya di blog Mazidul Akmal.



beliau mengidap penyakit AVM.
 
"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.




nampak beliau walaupun tersenyum mesra tapi menanggung kesakitan yang kita sendiri tak tahu tahapnya. walaupun beliau seorang yang dikenali tapi beliau tetap orang biasa yang tak lepas dari ujian Allah.


semoga beliau tabah menghadapi ujian ini.


Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

Cerita lanjut sila baca di SINI





p/s:: aku suka bila dia bercakap. cara dia bergurau dan ketawa. semoga beliau cepat sembuh. aminnnnnn....








Morning uolsss!






Assalamualaikum semua...



selamat pagi weolsss.. dah sarapan? sihat tak semuanya? aku sihat2 je. hehehe.. nampaknya hari ni cuaca cerah sebab semalam petang dah hujan selebat-lebatnya dengan guruh kilat sabung menyabung. sampaikan aku pergi pasar malam lencun. konon teman kawan nak beli beg sekali hujan lebat sangat. masa baru sampai tu hujan tak lebat. masa tengah jalan2 dekat pasar hujan turun mencurah2. tapi terpaksa jugak jalan dan beli makanan untuk kawan2 yang dah kirim semua. 


hari ni aku ada satu kelas je. lepas tu dalam rancangnnya aku akan ke Perak untuk buat esemen di sungkai perak. esemen planning. pergi hot spring je uols. tak de la grand mana pun. saje je pilih tempat pendalaman macam tu. hahaha.. alasan padahal tak tahu nak pilih kat mana. =)


aku mungkin akan tidur sana dan mula buat esemen esok. pegi petang ni sebab nak jimat masa perjalanan. kalau pergi jumaat balik sabtu lambat sangat pulak. minggu depan aku ada banyak benda nak kena buat. hari isnin je aku ada dua presentation dan kerja2 lain yang menanti. 


maknanya sekarang ni masa amat2 emas bagi kami. tapi aku tengok semuanya relax je main fb je semua. malam tadi la menggila dengan gelak sakan. dengan komen fb bersemangat setiap minit dan jam sampai pukul 3 pagi pun tak sedar. hahaha.. gilos semua..


ni bangun2 dengan baju tak packing lagi nak pergi malam ni. dengan apa pun tak buat. bagus sangat la tu kan izaa.. nak berseronok tanpa buat apa2 persediaan. pastu pergi dengan hati yang tak tenang. hahaha.. selagi esok tak hantar atau tak present selagi tu la tak siapkan. sabaq je la perangai student macam ni. hahaha





hari tu aku teman kawan aku yang tengah tu pergi ambik ic dia. dekat sek 9 shah alam. dekat plaza masalam nun. sekali ade orang berenti tanya car wash mana area situ. aku kalau sek 9 ni tak tahu sangat. kalau sek 7 tu tahu la jugak kan. lepas tu dia kata  ni adik beradik ke? sebab sama je muka. 


hahhhh???? sama muka? orang tu tak nampak ke yang muka kami ni lain2? mungkin sebab kami pakai spek tu jadi sama tapi masa tu aku pakai lens la apesal leh cakap aku dengan dua lagi kawan aku ni sama muka? adik beradik bagai. hahaha.. adik beradik lahir jauh2. sorang lahir kat KL, aku kat Johor dan kawan aku belah kanan sekali Kelantan. elok sangat la tuh! hahahaa..


tang mana samanya pun tak tahulah! pui.. hahhaa.. emosi pepagi ni. dah la bangun2 tidur je rasa sejuk sangat. mana taknya kipas speed 3. padahal malam tadi sejuk woh lepas hujan tapi aku lupa tukar speed so merekot la sejuk tapi tak slowkan kipas dan pakai selimut. wahahaha..


apa lagi la yang aku nak merepek dekat blog aku ni kan. pagi2 dah membebel macam mak nenek. hikss.. biasalah uolsss.. i ni suka mebebel dekat sini je. dekat luar kang aku pendiam. pastu balik rumah aku bising semula.. hahaha..


ok2. mesti dah bosan nak baca lagi kehidupan aku yang serba bosan ni. aku stop sini dulu ok. babai!




thanks baca =)





Wednesday, October 10, 2012

Sungai-sungai di Syurga






hari tu masa aku pergi jalan2 dengan kawan2 aku aku dengar ustazah siti nurbahyah berceramah waktu maghrib dekat radio. 
dia kata ada 4 jenis sungai dalam syurga nanti.
lepastu dia terangkan sesuatu. 


aku rasa macam best sangat cara dia cakap tu
macam sekarang jugak aku nak pergi sungai tu nak rasa airnya
sumpah!
korang tahu je la ustazah tu kalau dia bercakap macam semuanya indah, semuanya baik2 belaka.
dan aku pun terikut2..


itulah kecerdikkan seorang pendakwah. 
mampu membuka pintu umat Islam yang lain mendalami Islam..









sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti.. ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti.. terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga.. sungai-sungai tersebut berupa :-

  1.  sungai madu,
  2.  sungai khamar yang tidak memabukkan,
  3.  sungai susu dan
  4.  sungai air jernih 



yang tidak pernah berubah rasanya.. sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkat-tingkat syurga seperti tersebut didalam hadis yang bermaksud


"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat yang paling terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arash Allah dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga"
(hadis riwayat Bukhari)


mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT iaitu muqarrabin.. manakala orang-orang yang berbuat baik pula (abrar), maka Allah SWT memberi mereka air yang bercampur kafur iaitu air dingin yang baunya wangi dan zanzabil iaitu air halia yang segar dan wangi..



















Tuesday, October 9, 2012

Resah





mengapa bagai ada rasa yang tak pernah padam? yang terpendam amat dalam dan kian membuatkan tenggelam dalam dunia yang kelam.








rasa pedih hati ini bukan lagi mainan.  bahkan ia ibarat satu penyakit yang amat perit dan menular seluruh urat sarafku. 
saat aku rebah resah gelisah aku hanya harapan KAU yang satu untuk aku mengadu.




ya Allah. 
ampunkan dosa-dosaku
tenangkanlah hatiku
tenangkanlah jiwaku




amin








Sunday, October 7, 2012

Ketensenen Terserlah






Assalamualaikum...


siang semalam kawan2 aku pergi modul. semua tak ada dekat rumah. aku sorang je dekat rumah. so, aku pun memulakan aktiviti aku hari ini dengan sapu rumah, mop rumah dan bersihkan kipas kecik aku ni. dah berhabuk sangat dah. kipas luar yang dekat syiling ni aku tak bersihkan pun. tak mampu. lepas sapu2 mop2 aku cuci cadar, sarug bantal dan baju2. sebab banyak sangat aku terpaksa cuci 2 kali. sebab mesin tu tak mampu nak tampung banyak2. 


almaklum la, aku cuci cadar, seluar jeans dan tuala2 semua. tu yang berat tu. sambil basuh baju aku masak mee lidi goreng dengan goreng ikan dan buat sambal. dah lama aku teringin nak masak mee lidi. biasalah. tekak aku memang suka mee lidi. hehehe..


tapi yang tak bestnya masa aku duk sedap2 membasuh tu mesin basuh yang dekat dapur tu tak boleh drain keluarkan air. tensen aku. dah basuh2 nak drain sebab nak bilas dia tak turun pun. aku tunggu punya tunggu dekat sejam jugak la air tak turun jugak. sampaikan tempat spin pun penuh air. apekah tempat spin penuh air. huh!


so, aku angkat kain2 basah tu pergi bilas dan spin dekat mesin dalam bilik. mesin dalam bilik tu ok cuma salur air dia patah sebab dah lama sangat. reput agaknya. tapi ok lagi. mungkin yang kat dapur ni selalu sangat guna jadi dia penat dan tersumbat. yelah, mana taknya. kami kan perempuan2 ade 7orang. sekejap nak membasuh, sekejap nak membasuh. sekejap baldi ke bakul baju kotor penuh. haihhh.. perempuan katakan. banyak pakaiannya.. kalau mesin rosak susahlah kami..


hari tu mesin dapur tu tak boleh spin. spin pun basah menitik-nitik lagi airnya. ni spin dah ok cuma tak boleh drain. macam2 betul la mesin ni, menduga betul. huuu..


lepas tu elektrik kawasan rumah kami ni asyik la mati2. sekejap mati. sekejap mati. dah dua kali macam ni. sekejap berkelip. aku jadi marah bila jadi macam ni sebab kami semua bukak laptop. dah la aku tak ada bateri. so, for sure pakai elektrik 24hours kan. kalau elektrik mati laptop aku pun mati la. tensen wehh.. jangan la main2 elektrik ni. nanti laptop rosak tau sebab mati tetiba. macam dulu, tengah2 buat esemen karen mati2 last2 laptop aku tak dapat survive so rosak. kena la pergi format. jahanam la jugak duit. tu kalau format je tak apa, ni kalau ada sprepart yang rosak macam mana? aduhhhh.. jangan la macam gini. banyak lagi duit aku nak guna ni. sedih tau!


nampak tak ketensenan aku. pepagi dah membebel dekat blog ni. hahaa.. terima kasih la sebab baca aku membebel ni. hehee


thanks baca..




Friday, October 5, 2012

Cara Melakukan Solat Sunat Dhuha






SOLAT SUNAT DHUHA


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali






Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 

++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 

++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha





Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.






Thursday, October 4, 2012

World Animal Day 2012




Assalamualaikum..


pagi ni aku bangun2 je pergi print esemen yang semalam buat tuh. walaupun esemen individual. tapi kemain payah benor aku nak buatnya. hahaa.. rasa macam berbelit2 lidah aku nak mengarang ayat. hahaa.. padahal bukan nak bercakap kan. cuma taip je tapi kemain payah. pemalas pun satu hal. buat last minit kan. hahah..


aku harapkan ade orang tolong aku dalam hal esemen aku tu. aku sangat la risau. risau yang teramat. huuuu.. tapi dalam pada yang risau2 tu aku boleh jugak2 makan, minum, gelak2 dan sebagainya. 


tapi sekali tengok facebook ehh.. ehh.. hari ni Hari Haiwan Sedunia la. atau dalam bahasa inggerisnya adalah  World Animal Day 2012 dan ke facebook mereka SINI kalau nak tengok atau baca lebih lanjut boleh click kat sane jadi korang boleh baca apa yang korang tak paham. hehehe.. sila la rajin2 kan diri supaya boleh membaca dan menambahkan imput diri. 






ini laman webnya. =)






tak pun korang boleh baca dekat sini. meh la aku copy paste dari wikipedia. so korang baca je kat blog aku. hehehe..


World Animal Day is celebrated each year on October the 4th. It started in FlorenceItaly in 1931 at a convention of ecologists.[1] On this day,animal life in all its forms is celebrated, and special events are planned on locations all over the globe. The 4th of October was originally chosen for World Animal Day because it is the feast day of Francis of Assisi, a nature lover and patron saint of animals and the environment. Numerous churches throughout the world observe the Sunday closest to October the 4th with a Blessing for the Animals.
However, World Animal Day has now gone beyond being the celebration of a Christian saint and is today observed by animal-lovers of all beliefs, nationalities and backgrounds. Animal blessings are held in churches, synagogues, and by independent Animal Chaplains in parks and fields.[2]Animal rescue shelters hold fundraising events and open days, wildlife groups organize information displays, schools undertake animal-related project work and individuals and groups of friends or co-workers donate to animal charities or pledge to sponsor a shelter animal.
In Argentina it is celebrated on April 29 as a tribute to the death (in 1926) of Dr. Lucas Ignacio Albarracín. Albarracín was, along with Domingo Faustino Sarmiento, one of the founders of the Sociedad Argentina Protectora de Animales (Argentine Society of Protection of Animals) and the proponent of the National Law on Protection of Animals.





sama2 la kita menjaga specis yang terancam dan belum terancam ni. mereka jugak makhluk di atas muka bumi Allah yang perlukan perlindungan dan tempat tingal untung kelangsungan hidup. dengan kesedaran kita semua secara tak langsung kita telah menjayakan kempen selamatkan haiwan2 sedunia. 


walaupun haiwan yang tak boleh dipegang oleh orang Islam dan najis tapi ia tetap haiwan yang perlukan perlindungan. ALLAH tak pernah menyuruh kita berlaku kejam walaupun dengan haiwan yang kita tak boleh sentuh tu. hehehee..


amboi, membebel pula ye. sesiapa yang pencinta haiwan tu boleh la tengok laman web atak ni supaya korang dapat sedikit informasi tentang World Animal Day ini. ok.



thanks baca =)





Wednesday, October 3, 2012

Risau tu akan bertukar rindu..





Assalamualaikum...



aku resah sangat sekarang ni. almaklum la aku ni bukan pandai sangat tapi esemen banyak dah. yang nak site visit, yang nak interview, yang nak buat research dan yang kena baca journal banyak2. aku bukan seorang yang suka memabaca. lebih2 lagi dalam bahasa inggeris. you know me..hahaha..


aku suka baca ayat sastera je. bahasa lama dan cerita klasik. tapi kalau dah pergaduhan diraja tu aku bosan lak dengan nama mengarut. sampaikan masa aku tengok movie Merong Mahawangsa aku boleh tertidur dalam setengah jam dalam panggung! wakakaka.. sesuka hati aku je kan..hahaha. aku memang suka prosa klasik. suka sejarah. suka muzium suka antik tapi aku tak minat penceritaan Hikayat Merong Mahawangsa tu. entah la kenapa. mengada pulak otak ni nak boleh mencerna bagai..hahaha


bab2 nak baca journal ni aku mengaggau sikit. baca sikit tapi melalu main itu ini. biasalah kan. kalau internet laju 24hours depan mata haruslah tak boleh nak buat kerja. hahaha..


yang merisaukan aku ada satu esemen ni dia nak kita present apa yang kita buat dimasa lapang. which is macam hobi korang la. apa hobi korang dan persembahkan sorang2 dekat depan. masa present dalam 5 minit je sorang. kejap je. yelah, bukan apa just 5% dalam markah keseluruhan tapi aku macam dah surrender nak pikir apa as hobi aku yang boleh impresskan lecturer. walaupun benda ni nampak mudah tapi as i said macam menguji ketajamanan minda aku nak pikir apa aku nak buat as hobi aku. dah la lecturer cakap nak sesuatu yang akademik sikit. haihhhhhhh.. tensen aku!


ce korang cakap sikit apa nak dibuat untuk presentation ni. haihhh.. sumpah aku tak ada idea. dah tu no 10 present. matik la nak cakap apa. aku macam surrender je. nak cakap ngan lecturer aku tak ada bahan nak present. sungguh!!!


bila aku risau ke aku emosi aku akan tengok dan baca blog2 orang berkaitan kucing. yang ade blog dan mostly cerita pasal kucing tu la aku mula baca sampaikan macam tak boleh stop. aku akan baca setiap entry dari awal sampai abis sebab aku suka baca gelagat kucing. cara penceritaan diaorang dalam blog tu pun best. aku terhibur baca tu semua buat hati aku rasa heal je.hehehehe..


aku rindu sebenarnya dengan kucing2 aku. lama dah aku tak main diorang. nak balik macam tak sempat je. lagi pun macam penat balik selalu dengan keadaan kewangan agak tak mengizinkan.. hahaha





ni nama dia yanti. dia antara kucing yang lama aku bela. dari time aku sekolah menengah kot rasanya tingkatan 3 or 4 macam tu dia dah ada sampai sekarang. hehee..





ni masa ade suku kaum anak2 kucing tidur tapi jangka hayat mereka tak lama. kejap je then mati pulak. kenapa ntah aku pun tak tahu sebabnya..sobsss!





dua beranak makan bersama. nyummmm! hehehee..






haaaa.. ni dia yang dalam gambar first tadi. ada nak dah. dia ni banyak kali beranak tapi kebanyakan anaknya mati. yang sihat walafiat pun tak ramai. dan tak banyak jugak yang tahan lama.. sedihkan.. 

 
dalam group ni aku paling sayang budak dalam gambar bawah ni. manjanya, keletahnya.semua aku suka. nama dia puntal tengok muka pun melting kita jadinya. keletah dia macam orang. pandai menjeling. pandai mengacau orang. semua la. sayang sangat kat dia. 





tengok la muka dia tu. buat kita melting je dengan pose manda mengada2 dia tu. eisshhhh... geram aku hoi! aku suka gomol dia. peluk dia. cium dia. main2 ngan dia. sebab ni ni manja terlebih2. sebab dia tahu orang sayang kat dia. jadi dia berlagak la dengan adik beradik dia yang lain. hikhikhik





ni batch lain pulak. yang tadi semuanya dah mati. ye, mati dan hilang. tak balik2. ni bach lain. emaknya si hitam. ni anak2 dia. yang kelabu2 sikit tu makcik budak yang tengah pandang atas tu. hehee..tengah berusaha makan dalam botol. seluk jangan tak seluk! ehehehe...






dalam batch tu aku paling sayang yang ini. seba dia gebu sangat2. bulu dia lain dari adik beradik dia yang lain. kembang2. macam cantik. pastu lembut pulak. best je pegang. dia ni pun manja walaupun pernah sekali selamba dia kencing atas sofa baru mak aku. bebel2 mak aku tapi still sayang lagi. hehehe..





yang terbaru sekali dia ni. nama dia kecik. hahaa.. sah2 macam tak ada nama lain nak bubuh kan. hahaha.. sesuka hati aku je. tapi dengan masa yang menjadi kekangan aku sekarang aku sangattttttt rindukan budak ni. budak ni boleh buat main. tapi sangat ganas dan merbahaya. hahaha.. asyik la mencakar, menggigit. sakit okeyyy.. tapi aku still rindu budak ni walaupun buas. hehehee


huaaaa... makin cerita makin la aku rindu gila budak ni. rasa nak peluk2 je. aku kalau risau mula la rindu kucing2 busuk aku ni. hahaha..


thanks baca tau! =)