Happy Cat Kaoani -->

Sunday, July 15, 2012

Kenapa asyik lapar je??





Assalamualaikum.. 


sumpah tak ada mood nak tuli blog. walaupun dah habis exam. masa exam semangat membuak2 update siap buat waktu tertentu lagi. bukak sekejap2 tapi still update entry. tapi bila dah habis mulalah bosan tak tahu nak buat apa. sampaikan nak taip entry tu malas dan tak ada idea.


hari ni aku rasa macam marah, tak suka la hape la. sebab malam tadi panas sangat 3 4 kali aku tersedar sebab panas sangat. dengan peluh basah di baju. dah masyam dah, padahal tidur malam ni. aku rasa macam arghhhh... jiwa pulak bangun2 pagi. tu yang rasa nak marah tu. 


bangun2 pun lapar jugak lagi la emosi bertambah2. sebab tak ada benda nak di makan. roti tak de. apa tak de. lapar toksah cakap la. sejak habis exam semalam aku rasa laparrrrr je. padahal maghrib dah makan nasi kukus, taufufa dan kuih denderam. tapi malam still lapar lagi. dah kenapa ntah aku ni. selalu malam aku tak makan, even siang aku kebulur gila tak makan tapi still tak de la lapar sangat malam2 ni.. huuuuu


tapi dah berapa hari dah aku mengidam nak makan megi dengan telur. makan panas2 tu pulak. fuhhhhh.. sedapnya. aku terbayang2 dah berapa hari ni. setiap malam tapi ade je makanan lain yang kawan2 aku masak pastu aku pun makan sekali. tak menjadi dah megi telur aku. hahaha..


padahal megi telur je pun. bukan lasagna ke hape nak mengidam bagai kan. ape bende la iza ni. tak kelas langsunggggg! hahahaa.. 


pedulik la kan. megi pun sama2 sedap okeh. tak boleh nak pisahkan dengan student. hehehehee..






lama dah. tak pakai selendang ni. sem ni ada pakai ke? hehehe..



hehehee..


ok lah. lapar dah.



bai!





Friday, July 13, 2012

Diari Doa Seorang Muslim






Assalamualaikum.. 






renung2 kan. salam hari jumaat yang penuh berkat. 



=D




Lelaki membaca al-Quran semasa koma





Assalamualaikum.. 



nak kongsi sesuatu yang menakjubkan disini.. hanya Allah yang mampu membuat perkara ini terjadi. semua dengan kehendak Allah.. subhanallahhh! 


terjumpa satu video yang sangat hebat. seorang lelaki membaca Al-Quran saat dirinya sedang koma. sila tengok disini..







hanya dengan kuasa Allah semua ini akan berlaku. lebih lanjut boleh baca di SINI...



salamm..




Study kemana lain pulak jadinyaa..






Assalamualaikumm.. 


salam jumaat semua.. sihat? semoga sihat hendaknya. hewhewhew,.. semalam aku pergi jalan2 dengan kawan2. hasrat dihati nak study dekat Perpustakaan Tun Uda Shah Alam tu. tapi biasalah. studynya sejam dua je. tapi yang dok melencong ke lain je banyak banyak semalam. dah alang2 turun Shah Alam baik terus membeli belah apa yang nak. kalau tak nak pergi shah alam susah. hukhuk.. 





nilah tempatnya. pustakaan ni cantik dan sangat besar. semuanya menggunakan teknologi terkini. Opac pun pakai desktop jenama Apple jadi boleh pikir la macam mana hebatnya pustakaan ni. selesa sangat. kena bukak kasut. ade lift dan eskelator. eskelator sensor, kalau orang tak guma tak bergerak. kalau ade haba orang nak lalu otometik dia gerak bunyik sebijik macam transformer.. hahahaha.. jakunnnnya aku!! >.<


padahal dari sem lepas dah nak cerita. rasanya dah cerita kot. lepas tu pustakaan ni ada toilet dan surau setap tingkat. jadi tak perlu susah2 nak keluar tingkat dan pergi surau yang satu. setiap level dah sedia dengan segala kemudahan. surau ada telekung, sejadah, al-Quran, yasin, rehal, penyidai dan karpet yang sangat cantik dan sesuai. 









 cantik ka surau kecil dia? ermm.. sesuai la. pada akuni cukup memadai walaupun kecik tapi tetap ada dan selesa. bersih dan relax.. hehee..


lepas tu dok berjalan2 beli barang je lebih. bukan nak study pun. haihh.. apa la nak jadi dengan kami ni.. hehehee.. 











tu la gambar melaram kami..ehehhee.. biasanya la.. kerjanya ambil gambar je. walaupun kuali gambar memang out dan tak lawa tapi aku pedulik hape. memang la gua tak de camera DSLR nak ambik gambar yang super terang dan licin tu tapi kenangan tu tetap ada.hehehee..


terima kasih kawan2 sebab teman beli macam2. hikhik.. tanpa mereka tak dapat saya nak beli macam2 barang.. hukhuk..


=D




Thursday, July 12, 2012

Morninggg!





Assalamualaikumm...


selamat pagi! weeee... hari ni dah mula kena start study balik untuk paper 14hb ni. gap lama2 pun bukan aku study dekat rumah sewa ni. melengguk tengok laptop. mengadap laptop berjam-jam. tengok fb, twitter dan apa2 je. tengok movie segala movie. hahahaa.. gilaa tak boleh blah..


sementara ada internet yang kuat ni aku dok download resipi je kerjanya. download movie. semua aku nak download. sementara ade internet ni kan. aku suka download resipi sebab nanti aku dengan mak nak masak memasak senang. yela, kat rumah aku mana ada internet. so, kalau nak google tu baik google sekarang. hhehehee..


semalam lepas aku masak ayam ungkep tu mak aku cakap, aku pandai masak. nanti balik aku masak mak nak menjahit. mak jahit baju kurung untuk abah. baju kurung melayu untuk raya. mak kena start awal2 sebab  kalau dah suntuk nanti penat. mak bukannya awas lagi. bukannya boleh menjahit 24jam. nanti nak berenti masak la, buang sampah la, bagi kucing makan la, cuci bilik air la apa la.. banyak benor aktivitinya kat rumah.. hehehee


bulan puasa pulak tu kan. memang la mak akan tak cukup tidur. mana taknya. bangun sahur pukul 4 mak dah bangun. masak nasik dan lauk. lepas tu tak tidur sampai siang. malam mak biasanya tidur awal. ala, biasanya bukan mak aku je tidur awal. mak2 orang lain pun macam tu. dah nak bangun pagi kena la bangun awal kan..


sejujurnya aku nak jadi macam mak aku. at least macam mak aku la. sebab apa? sebab aku nak pandai masak. setakat kenduri kecik2 makan jamu orang dan bagi makan anak suami tu mestilah aku kena pandai. kena bagi air tangan aku sendiri. aku nak pandai menjahit. walaupun tak pandai jahit baju fesyen2 at least leri nak buat baju kurung untuk anak lelaki dan perempuan. baju melayu suami. at least. jadi kalau orang tanya sapa buat baju ni? mak aku..... waaaa.. ok la tu. pandai buat baju kurung.. 






banyak kan aku merepek. hahahah.. suka2 je ni. sekejap lagi aku nak keluar pergi Shah Alam study katanya. katanya la.. entah study ke tidak tu belakang cerita. jadi mari bersiap2 dahulu sebelum pergi!



Chowww!




assalam..



=D



Wednesday, July 11, 2012

Ayam ungkep!





Assalamualaikumm.. 


apa khabar semua? sihat? asal semua entry aku ni sama je? bosan la pulak. hahaa.. aku rajin sikit hari ni. rasa nak makan ayam masak ungkep atau rempah. kalau orang jawa panggil ungkep. aku suka ayam masak macam tu. jadi aku akan usahakan la. aku belajar dari mak aku macam mana nak masak. dah lama dah aku beli rempah ratus tu semua. beli dekat kampung lagi. sebab mak memang suka masak macam tu. jadi aku mintak mak ajarkan..


hari ni macam rajin, sebab tak ada paper. mula la nak masak2. hehee.. kalau tak goreng ikan ke ayam je. aku ni rajin pulak kalau ade paper. hahaa.. jadi nak masak la ayam tu. nak masak asam pedas ayam, dah penah masak, nak masak ayam masak kicap, kicap tak de, haaaaa.. masak apa ni? aku tengok2 ade rempah2 tu aku beli. apa lagi. kol la mak tanya macam ne nak buat. hehehee..


jadi mari bersilat di dapur. ehehhe.. padahal masak untuk diri sendiri je pun. hehehee..


tadaaaaaa!






dua ketul je pun. untuk diri aku sendiri. so, macam ni la. tapi tak pedasss! aku letak sikit je lada hitam. sepatutnya letak banyak lagi tadi. huuuu.. kalau mak aku masak pedas sikit. ni aku tak pandai agak lagi. tak apa2.. lain kali aku tahu la nak budget banyak mana kalau nak pedas.. hehehee



sukanyaaa.. masak kali ni menjadi.. weeee.. lalalallaa~



ok. 



bai!



=D

Masak Memasak ke??






Assalamualaikum...


apa khabar semua? sihat? dah sarapan? hamboi, sarapan bagai dah pukul 11.47 kau baru tanya pasal sarapan?? hehe, kau ni mengundang jugak kan? eh? mengundang?? sape mengundang?? hehehee..


serius rasa macam baru pukul 7 pagi sebab cuaca sejuk je. hujan dari malam tadi dan sekarang ni pun hujan gerimis mengundang! tu yang dok dari tadi mengundang, mengundang bagai tuh! hahahaa.. kawan serumah aku ni ade paper petang ni pukul 2. gua? gua dok relax2 belum gosok gigi dah mengadap lappy ni woi.. ahahhaa.. kejis gila dowhhh.. padahal perut dah berkeriuk2 ni. ehhh.. bukan keriuk2 dalam mee sedap tu.. bukan2..hehehhee..


ahhh.. persetankan semua itu. mari menulis entry dengan kadar laju yang amat sebab aku dah lapar. sarapan pun tak lagi. inikan pulak nak masak makan tengahari. hadoi, malasnya mak nak bangun nokkkk! hahahaa..


tapi sejak dua menjak duduk rumah sewa ni aku dengan suka rianya semakin rajin memasak. memasak untuk kawan2 dan memasak untuk diri sendiri. more tu diri sendiri sebab sekarang rumah aku makan saperate. suka2 hati makan apa. bila sama2 ade yang tak makan tu, ade yang tak makan ni. leceh jek.. baik saperate jadi nafsu serakah tekak masing2 dapat dipenuhi dengan kadar segara dan memuaskan hati. hahaha.. padahallll..hahahhaa


rajin la sangat padahal datang waktu aku malas gila aku goreng telur makan dengan kicap je sorang. tu tahap yang sangat2 pemalas. gila pemalas dah tu. kalau rajin sikit goreng ikan atau ayam. rajin banyakkkk.. aku masak memasak la jugak.. hehehee..


ni la hasilnya.. =D





asam pedas ikan mata besar. tapi asam pedas paste. ikut suka hati je aku masak. masukkan paste, masukkan air garam gula sikit. siap la. tak susah langsung. hahahaa.. sangat tak mencabar. hahaha.. senang sangat tu..hahaha..






sotong masak hitam. senang je. bawang merah, bawang putih, halia sikit, cili kecik tumbuk2.. haaa.. senang je. pastu sotong jangan buang hitamnya barulah menjadi sotong masak hitam. kalau buang hitam tak menjadi la. hehehehe..


ni salah satu resipi yang aku suka sangat. aku suka seafood. aku suka udang dan sotong. sotong la paling suka. kalau balik mesti aku suruh mak masak sotong. tak kira la sotong masak hitam ke nasik goreng sotong. hahaha.. senang je. mak aku masak memang la senang. aku tukang makan je.huehuehue..






ni pulak kuih gegetas. kuih ni senang jugakk.. ala, kelapa dengan tepung pulut je. pastu sira gula. sedap jugak. aku penah buat sekali. kawan2 sibuk suruh aku buat lagi. dan sorang kawan aku tu memang suka kuih ni nak aku buatkan. hahahaa..


matik la.. malu aku nak masak tok orang lain selain dak rumah aku. hahahaa.. >.<






ni pulak singgang rebus. sebab masa ni tak ada minyak so, tak boleh goreng2. maka kena la rebus2. aku tak reti sangat  tapi aku kol mak. padahal masak singgang adalah masak paling senang okehhhh! ahahahhaa...






ni asam pedas ayam. yang aku masak sendiri. masak yang tumis dulu semua tu. hahahaa.. ni baru mencabar sikit. tak de la pakai paste. wakakakaka.. ni aku buat menjadi. pekat dan pedas. huehuehue.. sukanyaaaaa..


tapi dekat sini semuanya kena tumbuk2 sebab tak ada blander. harus la tumbuk2. rancangnya sem depan baru nak beli blander kongsi ramai2. jadi sem depan haruslah lebih bersemangat nak masak memasakkkk... awwwww.... =D






phewww... hari ni tak tahu nak masak apa. ade ayam tapi tak tahu nak masak macam mana. ermm.. ingat nak masak jintan yang selalu mak buat tu. mak buat sedap tapi aku tak reti langsung ni. guane?? hukhuk..


takpe2.. jap lagi aku kol mak aku. eh, salah pulak. mesej mak suh kol aku. anakmu tak ada kredit. BIS jugak sudah mati. harus dihidupkan demi mendapat maklumat terbaru, hahahahaha...


ok la. nak kol mak. hehehee. aku ni mana pandai memasak. ni semua nak kenyangkan perut aku je. tak sedap tak apalah. tekak aku jugak. ehhee.. jadi jangan nak kata aku menunjuk2 ye. saje ni ni.. huuuu..



bai!




=D



Jumpa cik Epal! =D





Assalamualaikum..



hari tu lepas exam aku dengan kawan2 aku ala, dua orang kawan yang rapat tu la pergi makan McD dekat puncak alam ni je la. aku ni dah lama dah mengidam sangat nak makan ayam McD. dah lama sangat nak makannya tuh. dah dekat seminggu aku plan nak makan ayam McD ni tapi asyik tak jadi je..


demi nak melunaskan nasfu serakah aku ni, maka ade dengan 2 orang lagi kawan telah ke McD untuk melantak ayam dan burger yang dijamin sedap oleh McD. hahaha.. ape ke sengal sangat ayat aku ni? hahahaa...


sekali tengah aku dok tunggu2 kawan aku queue up beli makanan sekali aku tengok ada orang yang aku kenal. macam Cik Epal! hikhikhik.. tak sangka owh jumpa cik epal yang popular tu. hehehee.. lama aku usha betul ke tak eh dia tu cik epal. lama2 aku pastikan betul jugak tu cik epal. ehhehee...






nah, ni buktinya. dapat la jugak sekali ambik gambar dengan cik epal. hehehee.. sekali je pun. nasib baik cik epal peramah jugak. walaupun nampak terkejut bila aku sapa dia first time tuh. hehehe...



first time aku jumpa blogger ni wehhh.. ehhehee...suka aku ni. walaupun aku tahu aku ni bukan blogger hebat pun. aku ni blogger cikai2 je. hehehee.. setakat blogger remeh ni. mana orang nak nampak kannn.. =P


thanks cik epal sebab layan saya. =D



bai!






Tuesday, July 10, 2012

Brave Movie!






Assalamualaikum semua..


apa khabar? sihat? saya sihat2 sahaja. walaupun dah lama tak update saya takde  la duduk diam2 je dekat rumah. harus la jalan2 dihujung sem ni untuk menimba pengalaman yang tak berbelah bagi. hahahaa...


harus la hujung2 sem ni berjalan release tensen waktu exam ni kan. waktu2 exam ni aku dah 2 kali tengok wayang. biasalah. student kan bila keluar mesti tengok wayang. suka bebenor. tapi kena pilih cerita yang best2 je tengok kat wayang tu. taleh cerita melayu yang tak berbaloi tengok dekat wayang. membazir! cerita melayu tengok thru online je. tayah bazir duit tengok kat wayang. lain la cerita orang putih pecang panggung. 


macam The Avengers, Battleship, The Amazing Spiderman dan Brave. berbaloi weh bayar untuk tengok wayang. sebab best kot tengok dekat wayang. hehehee..


semalam aku pergi berjalan2 dengan kawan rumah lama aku pergi jalan2. lepak2 tapi biasalah tak boleh lama sebab kami keluar lepas habis dia present praktikal dia. petang dah. nak dekat malam. lepas tu pergi kemain jauh2 benor. sampai Sunway Piramid pergi semata2 rupanya nak tengok wayang. dah bazir masa dalam perjalanan je. dah la jem sebab petang orang balik kerja. haihhh.. kesian kawan saya tu drive jauh2. dari Pantai Dalam ke UiTM Shah Alam, pastu ke Puncak Alam, pastu ke Sunway, pastu hantar balik ke Puncak Alam. haihh.. jauh tu.. sian dia. tapi dia drifter okkkk..


15min sebelum ni dia kol tanya mana nak ambik. kami cakap la direction nak pergi rumah dekat Puncak Alam. 15-20min kemudian dah kol balik. weiii.. aku dah sampai kat bawah rumah korang ni.. hahahhaa.. gila laju kau bawak kereta Dayahhhh oiii.. sekejap gila dah sampai. ingat Shah Alam - Puncak Alam ni dekat2 ke??? ahhahahaa...


pastu jalan2 pergi la tengok wayang. cerita BRAVE. ingatkan kartun2 biasa penuh fantasi je tapi rupanya sangat la besttttt... >.< 


aku tak pernah pikir kartun ni tak mampu buat aku berfikir, tak mampu buat aku menangis dan tak mampu buat kita emosi tapi dala BRAVE ni semua ade okehhh.. suka pulak aku.. ehhehee..





cerita pasal puteri yang suka memanah dan kasar. tak suka perkahwinan. dan memberontak saat dia disuruh berkahwin. dan segalanya bermula saat dia mahu dikahwinkan. macam2 benda jadi yang sangat menguji jiwa kita yang melihat ni. lepas tu pada pengakhirannya dia akan buat kita menangis.. =(


kalau orang sayangkan mak tengok la cerita ni. kalau tengah rindukan mak jangan tengok cerita ni. menyentuh perasaan dowhhh! =)


hehehe.. apa lagi? pergi la tengok. best tau. hehehe..


=D




Saturday, July 7, 2012

Sama2 beringat dan berjaga..





Assalamualaikum..


alhamdulillah dapat menghirup udara pada hari ini. masih diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan yang serba mencabar ni. namun dengan bantuan ahli keluarga dan kawan2 keadaan tu taklah sesusah mana. masih boleh menjalani dengan penuh gembira dan senyum tawa..


sekarang ni heboh dengan cerita rogol, rompak, dan samun di kawasan aku. dan paling menakutkan aku dan kawan2 ada cerita pasal rogol gadis2 remaja yang duduk dekat rumah sewa ni ha. kawasan perumahan aku pulak tu. erhhhh.. memang takut. dengar kata pakai ilmu sebab tetiba boleh ada masuk rumah gadis2 ni. ya Allah.. takutnya kami semua! >.<


kami serumah ni sangat takut dengar berita2 macam tu. sebab dahulu ada rumah kawan perempuan yang kena hendap malam2 dari luar. dan tu siap ketuk2 tingkap rumah. sebab rumah apartment dia paling bawah sekali. kami ni rumah tingkat 3 jadi tak adalah takut sangat macam tu. ada pro and cons jugak la rumah atas ni. huuuu....


kami semua dok risau2 macam2 perkara. pikir macam2 kemungkinan. yelah, kami perempuan yang kurang berdaya. kalau dah pakai ilmu lelaki gagah perkasa pun tak mampu bertahan. hanya Allah tempat kami bergantung. 


sekarang ni semua tingkatkan keselamatan je. berjaga2. jangan ada yang lalai. saling ingat mengingati. sampaikan kawan2 lelaki ramai yang tanya apa cerita tersebar sekarang, lepas tu suruh call diorang kalau ada emergency nanti. insyaAllah mereka boleh la tolong. kami harapkan kawan2 lelaki je ni. kalau ada apa2 berlaku. isk2.. sob3..


doakan keselamatan kami semua ye. risau dengan keadaan disini. nak je balik awal2.







ok la. bai..



=D




Friday, July 6, 2012

Makan apa tengahari??






Assalamualaikumm...



apa khabar? dah makan ke semua? aku makan tengahari tadi masak ikan singgang je. mudah2. sekejap je masak. hehehe..


ni la hasilnya.. =)





pedas boleh tahan jugak la.. jadi jugak singgang rebus aku. tak menggunakan mintak sikit pun. sihat ni. bagus untuk kesihatan. padahal masak singgang ni senang gila. pejam mata pun boleh buat. hahahaa...


ok, tangan hanyir. rasa nak tidur. 


bai..



=D



The Amazing Spiderman 2012





Assalamualaikum semua..


salam hari jumaat yang indah. semoga kita semua mendapat keberkatannya. nak cerita ni. semalam malam kan aku pergi keluar dengan kawan2 aku. ala, kawan2 masa sekolah rendah dan menengah. biasalah diaorang dah nak habis belajar. aku ni baru sem berapalah. so, saje ajak aku keluar jalan2 dengan diaorang. 


Sorang kawan aku tu dah bertunang. erhhh.. pastu cerita pasal kawan2 kawen dan bertunang semua. tensen pulak aku mendengarnya. serius. pulak2 dapat berita yang aku sendiri malas nak dengar kan. perghhh.. lagi baik kalau aku tak tahu sebenarnya. kalau aku tahu macam boleh buat saket hati. puiii!


betullah kata orang ada sesetengah perkara tak perlu kita tahu. sebab kalau kita tahu kita akan tambah saket hati. selama 4 bulan ni tertanya2 kenapa jadi macam tu. sangat mustahil bila benda tu berlalu. tapi slow2 aku paham. aku tahu kenapa. kau memang tak layak untuk aku jadi Allah jauhkan kau dengan aku. Terima Kasih ya Allahh.. 


dah2.. nak cerita pasal The Amazing Spiderman ni pulak. hah! selamat la aku dah tengok. best okeh ceritanyaaaa! tak rugi langsung.. weee...











inilah yang membuat onar di bandar New York. inilah bila manusia tak mensyukuri kejadian Allah.. huuuu.. jadi bila mahukan kesempurnaan yang amat sangat sampaikan mampu membina satu cecair yang boleh memjadikan manusia ni bina semua sama genetik seperti cicak dan haiwan2 lain.


hanya kejadian Allah je yang sebaik2 kejadian. hehehee..



tengok cerita pun jangan sampai terpesong tau. ingat2 sahaja. yang penting tengok sebab tengok teknik cerita orang putih yang superrrrrr best tuh! heybatttt.. macam cerita Avengers dan Battleship la. kalau nak cerita pasal logik, cerita orang putih ni memang jauh dari logik la. tak logik langsung. tapi penemuan sains mereka memang heybat. tu tak boleh disangkal.



nak lebih best pergi la tengok sendiri ye.. =)



=)


bai..










Wednesday, July 4, 2012

To my future husband






Assalamualaikummm...



aku memang berangan nak yang macam ni. ermm.. masuk dalam senarai hantaran boleh tak my-future-husband?? hehehhehee...





boleh tak? boleh tak my-future-husband?? nak sangat. suka dengan design ni. suka dengan warna kotak dia. sukaaaaaaa..sangat! >.<



nak eh... pleaseeeee!



hehehehe..



*mood berangan*



Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam?





Assalamualaikum...


hari ni saya nak berikan anda semua pengetahuan tentang keturunan. siapa yang boleh dinampakkan aurat dan siapa yang tidak boleh. kalau tak boleh di nampakkan aurat secara automatik tak boleh bersentuhan kan. kadang2 kita jadi musykil.


jadi mari kita kenalkan siapa orang2 itu.. =)





kalau kurang jelas sila la besarkan gambar ni. hehehehe...



sebagai panduan kita. sekarang ni mudah kalau nak cari maklumat apa2 sebab semuanya ada di internet. sama ada benda tu sahih atau tak je. semua tu ditangan kita.. =D




selamat beramal! =)







Selamat pagi!






Assalamualaikummm..


apa khabar semua kawan2? selamat hari rabu, hari ni memang kena study. sebab esok ade paper. haihhhh... aku ni kenapalah malas sangat study tak tahulah. menyampah pulak dengan diri sendiri yang sangat pemalas ni. karang kalau dah mengadap kertas soalan baru nak menyesal kenapa tak study awl. haihhhhh!


hari ni kena study! jangan memain. nanti menyesal tak sudah! ehehhee.. apekah. 


hari ni rasa macam malas masak. rasa malas gila. kalau bersemangat nak study mulalah malas masak. kalau malas study rajin gila aku masak. macam semalam. rajin gila buat asam pedas bagai. hehehehe.. padahal nak makan senseorang je pun. masak asam pedas beria.. hehehee..


hari ni hari malas masak. sekali aku masak jugak. acane? nak kene pangggg??? hahahhaa...


ok2. jangan marah2. 


aku dok tunggu nuffnang bagi aku emel password baru untuk aku masuk nuffnang site. sebab dah dua minggu aku tak boleh masuk nuffnang site. aku tengok ada banyak iklan kat blog aku. iklan2 baru yang semestinya BE tapi tak dapat tengok la apa. dengan tak dapat tengok trafik lagi. hukhukhuk. sedih wohhhhhh.. ='(


dia jadi cenggini...





aku tak boleh sgin in sebab tak boleh access. apekejadah ntahhh.. aku mesej nuffnang thru fb. nuffnang balas. tapi dia kata dia hantar password baru kat emel aku. aku check tak ada pulak. ishhh.. macam mana ntah. aku suruh nuffnang emel sekali lagi. mane la tahu tak terhantar ke kan..


sedih awwwww.... 




nanti kita cakap kat nuffnang lagi.. 



=(




Tuesday, July 3, 2012

Masak memasak!






Assalamualaikum...


tengah hari tadi aku tak ada kerja nak buat. biasalah. aku nak study memang tak sebab nak kemas rumah dan basuh baju bagai. pastu masak terus. memang niat dari malam tadi nak masak benda ni. ermmm... teringat2 mak punya masakkan dekat rumah. so, lepas exam semalam aku pun masak memasak la hari ni. untuk diri aku sendiri je. heheheee...


pastu aku bersilat la dekat dapur. sebelum tu call mak dulu tanya resepi walaupun aku dah tahu tapi kol jugak mak tanya bahan2. kot2 kang salah naiya je benda tu tak menjadik. hukhuk..


aku nak masak asam pedas ayam. asam pedas buatan sendiri sebab hari tu aku dah guna pes jadi kali ni nak buat sendiri. baru la nikmatnyaaaaaa...






tadaaaa... hahaha.. masak sikit je la untuk diri aku. mesti korang rasa macam, "hek eleh, masak asam pedas pun nak kecohhhh" kan? pedulik hape aku. janji aku gembira dengan hasil masakkan aku. aku aku boleh pulak gelak2 cakap " haaa, masak sendiri, makan sendiri dan puji sendiri.. baguslahhh" hahahhahaa...



tak pe la mak. sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri kan? hahahaha... harus la aku makan feeling2 macam mak masak. hehehee.. macam ni la mak aku masak dekat rumah. asam pedas dengan sayur sawi goreng je. benda2 mudah je. aku lagi suka benda2 tu. kalau masak benda2 yang berat2 penuh rempah2 tu lagi la rasa macam bosan yang amat. benda rempah2 ni panas. so, makan benda senang tanpa rempah2 pelik2 tu. hehehehee...


hari tu aku masak sotong masak hitam. ramai gila tak pernah dengar dan tak pernah makan. sebab aku memang suka sotong masak hitam tu. perghhhh... marbeles. tapi masa aku masak tu liat sikit sotongnya. kena lama lagi mak kata masak. tak pe2. nice try. nanti2 boleh buat lagi. =D


suka pulak aku main masak2 dekat rumah sewa sekarang ni. sukaaaa sangat. rasa best je kalau masakkan yang kita masak tu menjadi. hehehee...





sukaaaaa... kalau makan nasi goreng sotong yang hitam2 tu. perghhh.. sedapnyaaa! aku memang la mengidam sangat. makan seafood adalah kegembiraan bagi aku. tak payah nak makan seafood dekat kedai2 mahal yang makan udang2 galah bagai. cukup la sotong dengan udang yang sedap dahhhh.. aku tak memilih.. 


lain2 benda yang aku penah masak. ade la sikit2. mostly kawan2 tak pernah makan. =P tak pe. aku suka duduk macam ni. ramai2 kawan2. masak macam2. dari lain2 negeri baru best. aku belajar makan masakkan orang pahang, kelantan semua. baru la variety! =)







asam pedas ikan cencaru dan kuih gegetas. aku suka la masak benda yang aku suka. ni semua antara makanan yang aku suka. jadi harus buat. nak tunggu balik rumah mak masakkan memang lama gila la nak balik. 


sejak duduk puncak ni bape kali je la aku balik rumah. sebab jauh plus banyak kerja kan. harus la jarang2 balik. hukhuk...



ok, nanti2 bila aku ada masak2 lagi aku update ok! =)



bai!





Peneman Studiku..





Assalamualaikumm..


apa khabar semua? haaaaa... lamanya tak berblog. malas pulak rasa minggu2 final exam ni. nak2 pulak dihambat rasa sangat sempit sebab study last2 minit. hukkkk.. biasalah, student kan. kalau tak student last minit. kalau tak buat esemen last minit tu bukan student maknanya. baru ada feeling2 seronok nak study dan buat esemen. baru la mengelabah nak study, baru nak mengelabah buat esemen hujung2 deadline tuh. kalau silap buat memang DEAD! hahahhahaha...


lepas tu mula la nak tensen2 nangis2 sebab tak abis study. hahaha.. matik la kalau berterusan macam ni kan. walhal, *hamboi, guna walhal bagai* setiap sem bermula azam baru adalah nak study awal. buat esemen awal. semua pakat nak awal. baru boleh jadi pelajar contoh. ni takkkk.. azam tinggal azamm...hahaa


time baru abis exam ni niat nak rehat2 sambil tengok movie ke hape ke, tapi time2 macam ni la tak ada idea nak tengok video apa, nak dengar lagu apa. kalau ada exam tu kemain! nak tengok TONTON la sebab terlepas tengok cerita kat tv, nak tengok video itu la, tengok video ni la. tapi sekarang bila tak ada apa nak di tengok??? tak de apa punnnn   -_____-'


binggung mak nokkkk! hahahahaa.. tak paham sungguh dengan diri sendiri ini! ahhhhhh!!





nampak tak permainnya dekat situ? nampak tak? hahaha.. nampak tak skrin hp aku tu ada picture sape? aaawwwww... matik la baru kawen aku dah menculik gambar itu dan menjadikan dia wallpaper hp aku. gagaga.. sawan dah aku ni..hahahaa


serius hensem dan cantik sangat Irma Hasmi dan Suami dia. weeeee.. sukanya. baju Irma Hasmie sangatttt cantik. pandai Hatta Dolmat buat. tu mesti ikut kata Irma kan. tu yang muslimah sungguh. tapi serius cantik baju tu. simple tapi sangat cantik. aku suka macam tu... =D


simple tapi sangat cantik. aku tak mintak nak buat macam grand2 bagai. cukuplah sekadar termampu. tapu tu la, berangan je lebih. padahal study pun tak lepas lagi. hahahaa


ok la. penat dah bebel2 ni. lain kali aku update! =D


bai!