Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, February 29, 2012

Don't give up!











>.<






Pasal apa??






Assalamualaikum...


selamat petang. hamboiii.. hari ni susah sungguh nak bukak fb dan blog. kemain slow lagi line internet. ntah kenapa ntah. agaknya ramai sangat kot yang main internet siang tadi sampaikan slow gila babun. sekarang ni baru berhasil bukak blog dengan jayanya dan boleh update blog!


dh maghrib barulah dapat menconteng arang ke blog sendiri. erkk... menconteng arang?? wakakakka...


bosan gilaaaa tak ada cerita nak tulis. erkk.. nak cerita pasal apa?? cerita pasal anak Mawi dan Ikin yang baru dilahirkan tu ke? ok jugak kan? Ekin melahirkan cahaya mata pertamanya pada pukul 4 pagi 28Feb 2012. fuhhh.. nasib baik 28hb kan. kalau 29hb macam hari ni maunya birthday sambut 4 tahun sekali. kesian baby tuh.. heeeeee...


lagi?? apa nak cerita?? Owhh.. cerita konsert Erykah Badu  tak jadi di jalankan di Malaysia kerana gambar di surat khabar The Star menyiarkan gambarnya yang bertatu nama Allah dalam tulisan jawi di badannya. sungguh kurang sensitiviti kaum terhadap agama lain di Malaysia. sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa Erykah Badu ni. tetiba je jadi femes selepas tatu tu. nasib la Erykah, sapa suruh mempermainkan agama lain. huuuuu...


apa lagi? pasal pernikahan Yury dan Lisa? Ana Rafali dan Naim? ke sesapa yang bertunang dan bernikah lagi pada bulan ini?? 


tak payah nak merepek lagi lah. sila diam2. wakakaka..


ok la. mari solat maghrib!




Bagaimana Menjadi Wanita Solehah?






Assalamualaikum...








jadilah wanita solehah supaya indah dipandang. indah luaran dan indah dalaman...



insyaAllah...







Kenangan






Assalamualaikum...





kenangan tu sangat indah kan? hehehe. saja nak menjiwang subuh2 ni supaya korang ni baca kisah aku. ala, kisah aku yang kenal dengan orang disekeling aku. yang ada macam2 perangai dan macam2 gaya hidup yang berlainan dari diri aku.


dulu masa masuk diploma aku kenal dengan sorang senior. mula2 kenal sebab aku masuk pertandingan futsal. aku lawan tapi tak habiskan main. sampai tengahari je aku blah balik kolej dan tidur sebab penat sangat main. ntah macam mana ntah aku boleh setuju dengan kawan2 kelas aku supaya main futsal lawan dengan group lain. gila la malu. tapi ntah... masa tu macam tak ada perasaan malu. yelah, masa tu mana kenal sesapa. bantai je la bola tuh! sekarang ni nak suruh main?? soriiii sangat! segan gila aku! hahahaa


aku kenal dia dari sem 1 aku dekat u sampai sekarang kami masih berhubung. dari tahun 2007 sampai sekarang 2012. bila aku fikirkan balik, rupanya dah lama jugak aku kenal dengan senior aku tuh. wawawawa...


dan masa tahun 2008 tahun lompat kan?  sama macam tahun ni. dan birthday dia 29 Feb sama la dengan tarikh hari ni yang kita akan jumpa 4 tahun sekali je. hehehe. dan masa tu aku wish la birthday dia. dan aku janji pada dia, aku akan wish pada dia tahun 2012 nanti untuk birthday dia akan datang. dia gelak je aku janji macam tu. 


tapi hari itu datang lagi dan aku tunaikan janji2 aku dulu untuk wish dia sempena birthday yang jumpa hanya 4 tahun sekali tu. waaaahhh... lama juga perkenalan kami. tak sangka jugak aku. *sambil angkat2 kening*


rasa macam baru je meninggalkan alam diploma dekat Melaka dulu. tapi bila pikir balik rupanya dah lama sangat benda ni semua berlalu. lama dah aku kenal diorang. dan dah lama aku masuk degree ni. dah dekat 2 tahun dah. 


tetiba rasa macam dah tua. sebab senior aku tu dah bertunang pun dengan gadis pilihannya. tahniah aku ucapkan kepadanya. hehehe.. jangkanya bulan september anti akan diijabkabulkan. Insya Allah... =)


aku gembira mendengarnya. semoga apa yang mereka rancangkan semua menjadi. 


ada kawan2 aku yang lain pun sama dah bertunang dan merancang perkahwinan mereka akan datang. 


gembira kau tengok semuanya bakal mendirikan rumah tangga. semoga rumah tangga kamu semua akan berkekalan hingga ke anak cucu. heeeee...


ok la, penat dah bebel2 macam mak nenek ni. nak beradu dulu la yeh!





p/s :: rindu gila dengan diploma session aku dulu. dengan Melaka. dengan kampus. dengan segalanya yang ada dekat sana. huuuuuuuu   T_____T




Mintak Perhatian ke??





Assalamualaikum..



adik2 dan anak2 bulus anda semua sedang buat apa? mereka dah makan? ermm.. adik2 bulus saya tadi petang bersuka ria dia dapat bermain2 dekat luar. ada pulak abah saya sedang meracun semak2 dan rumput2 liar disekitar rumah. bukan main lagi la dia tuh. berlari-larian kesana kemari.


haishh.. budak2 ni. suka sensangat kalau kita ni ada dekat luar buat kerja dekat tanah. diorang pulak yang lebih-lebih excitednya bermain lari sana lari sini.. panjat pokok lepas tu panggil2 kita dari atas pokok tu nak tunjukkan dia tu hebat la panjat pokok tinggi2 macam tu.. ish3!


konon dah hebat sangat la tuh. puiiii..


petang tadi saya ada main dengan adik2 bulus. saya main yang saya panggil comot. tak layan yang namanya cuput. sebab hari tu kan dia kencingkan sofa mak saya. kira macam tak ank geng lah.


sekali dia datang dekat saya meniarap. hulur tangan kanan dia. saya tak layan. then hulur pulak tangan kana dia. jadi tangan dia 2,2 dekat kain batik saya. nak perhatian la tu. saya buat tak tahu je main dengan  comot. lepas tu dia baring dekat saya supaya saya sedar yang dia ada depan dia dan nak perhatian dia. =P


mak saya tengok je gelagat cuput comel tu. pastu mak saya gelakkan dia sebab cuba meraih perhatian saya walaupun saya tak layan dia. hehehee =D


comel jugak dia macam tu. sayang tu memang la. tapi kalau dia buat salah tamao layan. kira macam tak nak geng la. hehhehehee





tengok la tangan dia yang sebelah hitam sebelah kuning tu. eiiiii... geram je aku tengok. macam nak picit-picit! hehehee


dah la tu kalau pandang orang tu dengan penuh perasaan. mintak belas kasihan la tu. hahaha


suka sangat main dengan diorang. dah la suka main. suka cium jugak. padan muka dia kena cium banyak kali. rimas lettew..hahaha



ok. bai!







Tuesday, February 28, 2012

Tolong! Saya perlukan bantuan!





Assalamualaikum semua..


dah makan tengahari? belum? samalah kita. hehehe.. 


nak cerita pasal apa hari ni? macam tak ada cerita je kan.. huuu.. 


minggu ni minggu akhir cuti semester. minggu depan dan berpusu2 pulang ke universiti masing2. jadi haruslah minggu ni nak keluar pergi membeli belah untuk naik sem ni ye dak??


ala, mesti jugak nak tukar beg walaupun belum koyak, nak beli kasut walaupun belum kopak, nak beli itu ini untuk kelengkapan naik sem nanti kan..


sama la jugak dengan aku. nak jugak shopping denga enaknya bersama duit yang berkepuk2 di dalam beg duit. tapi malangnya tak ada sesiapa yang nak sponsor sem ni. macam tak seronok je kan nak membeli belah time duit tak ada. mood tu automatik hilang je melayang..


macam nak nangis pun ada bila tak ada sesiapa yang nak hulur2. semua wat derk je. huaaaaaa! sedihnya! T________T








p/s:: ada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya yang miskin daif ini? huaaaaaaaaa!!



Monday, February 27, 2012

Rengang dan semakin gersang...





Assalamualaikum...


apa khabar anda semua? harap anda semua sihat2 sejahtera hendaknya. bosan betul kan malam ni. dah la aku belum makan malam lagi, jadi perut rasa sangat lapar dan berlalu tidak girang. huaaaa...


aku nak tanya kamu semua.


apa petua hubungan yang jauh tapi masih utuh? macam mana nak membina keutuhan tu? bagaimana membina kegembiraan itu? bagaimana membina kesetiaan hati itu? aku sangat la kagum dengan segelintir manusia yang hidup berjauhan. jarang berjumpa tapi masih mempunyai hubungan dengan pasangan masing2 dengan rapat. mesra. bergelak ketawa sentiasa dan masih saling gembira.


bagaimana?


bukan mudah membina kesetiaan atas kegembiraan. sepeninggalan orang yang kita sayang akan membuatkan hati goyah melihat kegembiraan orang lain.


kasih perlu dibaja, sayang perlu disiram, cinta perlu dia semai seawalnya supaya terjadinya akar kesetiaan yang kuat dan tak akan tumbang. walaupun hanya ditiup angin yang ringan. 


saat ada yang menghulurkan salam dan membuatkan diri rasa bahagia dan dihargai adalah saat yang paling indah sekali. dan jikalau ianya terus-terusan mengetuk pintu hati tak mustahil ianya akan terus cair...


tapi bagaimana pula jika sudah bertahun2 mengenali, semakin mengenali semakin bosan. semakin tak bahagia. semakin tak rasa gembira?? bagaimana?? bagaimana nak pupuk lagi rasa kasih itu???


macam mana ye korang yang berpengalaman nih??


bantu sikit!




Renew Passport Online!





Assalamualaikum semua..


salam 1 Malaysia. tengah buat apa tu? dah tidur ke?? aku belum tidur tapi tengah godeh2 laman web kerajaan. sekali godeh2 aku jumpa macam mana kita nak renew balik passport kita yang dah tamat tempoh tu. sekarang kan dah canggih, semuanya boleh semak guna internet, guna emel, guna SMS pun boleh tengok saman dan dapat masuk universiti ke tak. hebat dah teknologi zaman sekarang nih.


jadi bila aku godeh2 laman web Imegresen Malaysia ni aku jumpa la My Passport Online ni. aku rasa macam best je. aku pun godeh2 lagi la. rupanya memang boleh renew online je. nanti datang ambik je passport baru kita tu. wahhh! 


aku bukan apa, mak aku kata passport aku sekeluarga tu dah nak tamat tempoh tahun ni bulan 6. pastu mak aku dengar boleh buat online tapi tak tahu macam mana. tu yang aku godeh2 laman web Imigresen Malaysia ni. 


caranya pemohon mesti mengisi borang secara online dengan betul dengan disertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran 5cm x 3.5cm  yang diambil dalam tempoh 3 bulan. Buat masa ini pembayaran di buat secara kredit kad sebanyak RM300 untuk 5 tahun, RM100 untuk 2 tahun dan RM150 untuk kanak-kanan bawah 12 tahun.


Untuk mengambil passport Malaysia baru pemohon perlu membawa passport lama, bukti pembayaran dan MyKad di Pejabat Imigresen yang telah dipilih. Untuk pemohon bawah umur 18 tahun perlu juga membawa MyKad penjaga dan surat beranak ketika mengambil passport baru. Pemohonan yang tidak lengkap akan di tolak.


jadi sesiapa yang ingin renew passport sila ke My Passport Online.


mudah gila kan?? sampaikan jadi gila kalau tak buat. tapi kalau tak ada kad kredit tak boleh jugak buat benda alah ni. sila ke pejabat Imigresen berdekatan ye! heeeeeee



bye!





Sunday, February 26, 2012

Tahniah!






Assalamualaikum semua..


semenjak dua menjak ni asyik tengok gambar orang bertunang je kan. semua pakat2 nak bertunang tahun ni dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa setahun ni juga. InsyaAllah... semoga dipanjangkan jodoh dan di kekalkan hubungan tu sampai ke gerbang perkahwinan dan berkekalan hingga ke liang lahad. hanya maut sahaja yang dapat memisahkan anda berdua...


ewah.. kemain panjang la kan ucapan aku. padahal orang baru bertunang je. huhuhuh..


tak apa. aku suka tengok kegembiraan orang lain yang sedang tersenyum riang meraikan hari2 pertunangan mereka. indah...


terasa ke iza?? ceahhhhh...


tak adalah... mana ada terasa... *sambil tekup muka kat bantal* gila mengada-ngada. 


nak kena sepak agaknya iza nih mengada2 nak terasa bagai. ewah2!! kamu tu belum habis sekolah la budak lambat habis sekolah! dah la lambat habis sekolah, sekolah tak habis2! wakakakaka...


pedulikkkkkkkk... jangan piki orang kata. yang penting kita tahu siapa diri kita. keluarga tahu siapa diri kita. dan yang paling penting adalah, cari pasangan kamu yang palingggggggg sesuai. kenali hati budi dia dulu baru la nak bertunang ke nak bernikah. benda ni bukan benda main2... benda ni benda yang sangat2 serius. melibatkan hubungan kita sepenjang hayat dengan orang tu dan melibatkan segalanya dalam hidup kitaa...


dah kenapa aku serius bebenor ni?? emosi kemain! hahahaha


ok dah! tayah layan emosi!


diam2!


bye!



Rombongan Bertunang






Assalamualaikum semua..


hari ni hari ahad. hujung minggu yang dikhaskan untuk bersama keluarga. anda ada apa2 plan hari ni? berjalan bersama keluarga ke atau apa2 sahaja. ni pagi2 ni dah sarapan?? sarapan apa hujung minggu ni? roti canai? nasi lemak? epok-epok? wuhaaaaa... sedapnyaaaa >.<


saya hari ni makan jemput2 dan roti canai segera je. dengan sambal kupang dan udang mak masak semalam tapi tak ada orang makan sebab semalam aku pergi majlis pertunangan sepupu aku. jadi makan dekat sana. dah tu balik makan lagi sebab makcik aku bagi bekal bawak balik. huehuehue


erm, mereka tu umurnya 22 tahun. dan mungkin berkaihwin dalam masa setahun. wuaaaaa... aku rasa ramai je kawan2 disekeliling aku ni dah mula bertunang  dan berkahwin umur sebaya aku. tapi aku tak kesah sebab aku masih dalam lingkungan kanak-kanak belajar. wakakaka.. tak apa lah. kalau atas nama belajar nampak macam muda je. ye dak??? hehehhehe





inilah hantaran pertunangan tu.baran2 biasa je. pihak lelaki warna purple [ihak perempuan warna biru..






muka tak seberapa mengikut rombongan. huehuehue..


sebenarnya terfikir. macam mana masa aku bertunang nanti? erkkkk.. malas gila nak fikir. sekarang ni nak fikir naik sem ni nak beli barang apa lagi best. listkan barang untuk menghabiskan kupon RM200 tu lagi. huahahahhaha.. tak ada masa nak pikir bertunang ni. kawen apatah lagiiiiiiiiiiiiiiii....


those yang baca akan paham. saya tak akan berkahwin dalam jangka masa 2 tahun ni. paling cepat pun 4 tahun dari sekarang. ok. masa tu mungkin dah ada duit banyak nak kawen. jangan nak mengada2 kawen cepat sangat sebab duit tak ada. wakakakaka... =P


ok. bye!




Saturday, February 25, 2012

Morning!





Assalamualaikum semua..


apa khabar? sihat? sudah sarapan?? aku dah sarapan tadi. sarapan hotdog. ala, bukan hot dong sangat pun. sosej goreng makan dengan roti je. sebab ada sosej dekat rumah mak aku beli hari tu. aku sorang je makan. mane la nak abisnya. mak aku bukan makan sangat sosej2 ni. mak aku suka beri anak2 dia makan sampai terlebih makan. tu yang badan jadi macam ni. huehuehehe


mak aku tak ada dekat rumah sekarang, mak aku pergi rewang dekat masjid kampung aku ni, ada sambutan Maulidur Rasul esok. jadi hari ni orang kampung akan rewang sediakan makanan untuk makan esok. tradidi tu dah biasa dah dekat kampung aku ni. dari aku kecik2 dulu aku pun rewang sama.


kalau masa aku kecik2 dulu aku rewang benda mudah2 je macam lap2 cawan, lap2 dulang, sapu kawasan masjid, susun buku, telekung dan Al-Quran dalam masjid. bentang tikar untuk para tetamu yang datang esok. budak2 kan, jadi kerja mudah2 je.


aku tak tahulah sekarang. sebab mak aku kata tak ada budak2 pun tolong dekat dapur. dulu aku tolong la sikit cuci2 periuk ke, sudip ke, senduk ke.. tapi sekarang semua orang dewasa buat. kadang2 ada budak asrama pakai baju purple batik asrama akan tolong. tu pun kadang2 je. sekarang ni sejak pusat latihan rekrut Tanjung Pengelih tu buat usahasama dengan polis, dah ada budak2 polis buat latihan dekat pengkalan TLDM jadi budak2 tu akan datang dan tolong. kau tahu je la budak2 cenggitu kan, kurus melengkung pun kuat kemain, jadi haruslah mak2 dan bapak2 ni duduk2 je tayah buat apa. tengok je. tau2 je settle gotong-royong masjid diorang buat. hahahahaha..


mesti korang pikir aku pemalas kan sebab tak tolong merewang dekat masjid?? ehhhh... mane pulak aku pemalas, aku ni rajin, baik dan bersopan santun tau. aku tak pergi sebab nanti dah ramai orang tolong. biasanya macam tu la mak aku kata. ramai dah sampaikan ada yang tak ada kerja. jadi buat apa aku nak pergi kan.. heeeeeee


baik aku duduk rumah je dan gosok baju untuk pergi ikut rombongan bertunang sepupu aku lepas zohor ni. aku malas nak ikut sebab aku tak ada baju comey sebenarnya. tapi pas tengok2 ada baju akak aku yang akak aku tinggalkan, maka, sental ajelah. malas gila aku nak pikir. bertunang je pun. heeeee


ok la. aku nak gosok baju. 


bye!




Disayang..





Assalamualaikum..salam hari jumaat yang diberkati..


apa khabar? dah makan tengahari? waa.. kalau ada yang dah makan bestlah. kenyang perut senang hati kan? nak2 pulak lepas makan tengahari ni. mata pun mulalah layu je. tak bersemangat buat kerja kan? hehehe.. lawan mata nagantok tu dengan tengok video lucu ke, makan gula2 ke atau apa2 la yang buat korang tak mengantok...hahahaha


aku yang tak makan lagi ni pun rasa mengantuk semacam. dah la panas. memang waktu sesuai sangat nak melelapkan mata petang2 jumaat ni kan. hehehe.. 


tadi pagi aku bawak masuk anak kucing aku dalam rumah. saja la nak buat main. kalau dia ada dalam rumah macam best sikit. boleh main2 dengan dia. lepas main2 tu aku goreng sosej sebab nak sarapan. aku panggil dia suruh keluar sebab aku nak makan. kalau tak suruh dia keluar nanti dia kacau aku makan. aku panggil dia, dia diam je kat atas sofa depan. rupanya dia KENCING atas sofa mak aku. aku pun angkat dia letak luar. cakap kat mak aku yang anak kucing aku kencing...


mak aku pun apa lagi. bebel2 la dia kat anak kucing tu. eiiii.. geram aku. aku cepat2 bukak sarung sofa tu dan lap cepat2. basuh kusyen sofa cepat. nasib baik tak hancing, sebab dia masih kecik. kalau tak memang nak kena dengan mak aku. hahaha


mak aku pun bebel2. ish2.. pastu babab2 dia kasi dia ingat jangan kencing merata dalam rumah. kalau tak nanti dia terbiasa..tak bagus!


ni la budaknya yang kencing atas sofa tu. ceh!!





tengok la muka dia gila tak bersalah punya. eiiiii.. geram betul aku. macam nak ambik lambung2 tium2 kuat2 kasi dia lemas dalam dakapan kasih sayang aku. hahahhahaha.. gila geli ayat aku kan?? wakakakkaa


mak aku dah babab punggung dia kasi dia ingat jangan kencing merata. biasa sangat dia ni kencing merata! hahahaha..



k la. bye!!







Friday, February 24, 2012

Maksud Doa Iftitah






Assalamualaikum...





sedarkah anda semua dalam solat kita, kita sering membaca doa iftitah. tahukah anda semua maksudnya?
jadi inilah maksud doa iftitah yang sering kita alunkan dalam setiap solat 5 waktu kita itu. 


indah bukan?



=)



Thursday, February 23, 2012

Nak Cari Baru ke Pakai yang Lama?





Assalamualaikum korang semua..


dah makan malam? ahhh... aku ni asal buat entry je mesti pendahuluan tanya dah makan belum. nampak sangat la ingat makan je kan. cuba la tanya dah renew passport ke, dah bayak kereta ke, dah bayar cukai ke, dan hulur zakat ke, ye dak?? hahaha :P


tak pe, tapi aku suka tanya korang dah makan belum. aku biasanya update lepas aku makan. yelah, perut dah kenyang maka hati akan gembira. ye dak??


malam ni Lisa Surihani dan Yusry bernikah ke? Live kat Astro? wahhhh.. aku tak ada Astro. jadi korang tengokkan la untuk aku. aku lepas ni skodeng dari blog2 orang. nak jugak aku tengok baju nikah lisa dan yusry. mesti cantik bangettttt! >.<


sekarang tak ada Astro jadi abah aku tengok Forum Perdana Ehwal Islam.. dapat jugak berkat tengok ceramah agama kan. daripada tengok cerita hantu malam2 jumaat ni. erkkkkk.. padahal aku dah nak tengok cerita hantu tv3 tu. tapi macam tak jadi je. sebab abah aku konker tv. hahahaa..


tak apalah. kumpul la amalan sikit2 tengok ceramah agama kan. takpe2. hahaa


arghhh.. hari sabtu ni sepupu aku yang bawah aku setahun nak bertunang. aku ni bukan ada baju baharu. baju semua dekat puncak alam. aku tak bawak balik pun. yang ada pun aku pakai last paper hari tu. tak sempat basuh so bawak balik. nak pakai baju kurung apa agaknya. ermmmmm... kalau ajak mak pergi beli baju kurung agak2 ok tak? sekali belanja aku nak naik sem?


ke macam terburu2? kalau ye pun, esok je aku ada masa nak pergi beli baju. dah la tak merancang pun dengan mak. erkkkk... agak2 mak terima tak cadangan aku ni???


tapi aku macam dah terbayang2 dah pakai baju apa yang ada kat rumah tu aje. isk2.. macam malas pulak nak membeli tergesa2 ni. ermmmm....


handphone aku pulak buat hal. hari tu jatuh. lepas tu dia punya touch screen tu macam lari sikit la kewarasannya. ish2.. dah satu hal nak pergi betulkan pulak. memanjang ada je buat hal. tak abis2 aku ni nak menghabiskan duit mak aku aje. tu belum lagi nak beli barang2 sikit sebelum balik ni. duit owh duit...ehehehe...


tapi sekarang ni macam nampak bayangan baju lama je akan aku pakai. hahaha. gila pemalas la aku nak pergi beli esok. jadi pakai apa yang ada sudahhhhh.... bukan aku pun nak bertunangnya kan. aku tolong meramaikan je. hahahaha


ok. sekian dahulu ye! 






 

Baru nak Brunch!





Assalamualaikum semua..


sihat tak? dah makan tengahari?? aku baru sarapan. hakhakhak. sarapan pukul 12.30 tengahari. biasalah cuti macam malas sungguh makan awal2. mula2 bangun relax je. berbual2 dengan mak. lepas tu dah tengahari mula la bebel-bebel lapar. hakhak =P


korang makan sarapan apa?? eiii.. sibuk kan nak tanya pulak. tak pe la, sharing is caring tau. sharing is fun. but in a relationship sharing is not fun!! huaaaaa :D *apa yang aku merepek ni?*


okeh2. sekarang ni dah malas nak sedih2. buang masa. buang tenaga. bertenang dan terima seadanya. redha dengan ketentuaan Illahi. Allah lebih mengetahui apa yang berlaku. mungkin Allah belum nak kita berjaya. jadi Dia datangkan dulu kegagalan dan kesedihan supaya akan datang kita akan merasai manisnya kemenangan dalam keredhaannya...


sedih tu tak boleh lama2. nanti memakan diri sendiri. makanya kita harus bangkit. semoga masa silam tak akan terus menghambat kita. ceeewah!


dah nak naik sem semula dah. huarghhhh... malasnya. bila tak belajar rasa nak belajar. bila belajar mulalah rasa malas pulak. ape la kan. naik sem ni nampaknya kena berusaha keras lagi. kalau dulu banyak main2 sekarang kena kurangkan la. mana boleh macam tu kan. dah nak habis degree yank oi! memain je macam mana nak sambung master kan.. ish2.. berangan je tak sudah2 aku ni nak ambik master. ntah boleh ke tak. entah ada kewangan ke tak. tapi aku dengar ada orang dah offer nak taja master aku. wawawawa.. sukew nyeww sayeww.. *gedik gilaaaaa* (rolling eyes)


okeh2. eh, tadi pun aku dah sebut okeh2 kan? suka sangat sebut okeh2 ni. haha..



bye. jumpa lain kali yeeee...




Wednesday, February 22, 2012

Makan Malam






Assalamualaikum..


malam ni korang makan apa?
aku tak tahulah nak makan apa..
ermm.. minum air kotak soya je...


aku penat dah bersedih
penat dan lelah


yang penting mak aku paham 
mak aku sentiasa ada disisi aku


tu dah cukup untuk aku
tapi malam ni mak macam tak ada ura2 nak buatkan makanan
so, kena la cari sendiri
isk3..



Rawanku





jiwa aku patah
remuk
menyesal aku meletak harapan yang tinggi
lagi tinggi
lagi perit aku rasakan
bila ianya jatuh
menyembah bumi


apa yang aku harapkan 
tak kesampaian
menangis aku di pertengahan


aku lelah
lelah meletak harapan
menyulam angan2
mengulit impian


aku berusaha sedaya upayaku
supaya ianya berjaya
rupanya hanya sebegitu sahaja


aku lelah
aku lemah seketika


mujur ada yang memahami sekeping hati rawanku
memujukku dalam nadanya sendiri
memujuk dalam diam
memahami dalam keredhaan
saat beliau tenang
aku juga turut tenang


terima kasih ibu
kaulah yang berada di sisiku saat aku susah dan senang..



<3




Kecewa





Assalamualaikum semua..


selamat pagi. 
hari ni aku rasa sangat sedih.
sedih dengan semua perkara.


apa yang berlaku semalam
dan yang berlaku hari ni


kenapa semua tu mesti berlaku?
kenapa??


aku sudah berusaha
berusaha dengan pelbagai cara
dengan itu, ini.


dah la dengan segalanya aku korbankan
aku juga berusaha dengan memohon dari Allah
tapi mungkin sahaja Allah belum kurniakan keberkatan kepadaku


aku hairan tengok orang lain
tak mengadap Allah tapi masih boleh berjaya dalam kehidupan
Allah memang sedang menguji aku 
hambanya yang disayangi agaknya


aku terima semua ini
walaupun perit ku rasakan..





T_______T




Friday, February 17, 2012

Menggamit Memori






semalam belek2 mak keluarkan satu plastik tak besar sangat saiznya dari bilik kosong dalam rumah aku. rumah aku ade 3 bilik dan satu stor. tapi guna dua bilik je. aku kongsi dengan akak. mak dengan abah. satu bilik tu kosong jadi tempat simpal barang. dulu arwah nenek aku ada lagi jadi satu bilik untuk nenek aku. bila nenek aku dah meninggal jadi ada satu bilik kosong. 


amboi, kemain panjang lebar lagi cerita pasal rumah aku kan. haha.tak perlu pun sebenarnya. terlalu formal pulak rasanya. wekkk! hahaha


bila mak keluarkan plastik tu aku relax je. ala, mak nak berkemas la tu kot. aku agak. sekali mak keluarkan gambar2 lama. gambar masa aku belum ada, masa aku kecik, masa aku pergi jalan2, pergi pengantin, pergi mana2 je la. termasuk gambar lama mak aku kecik. sepupu2 kecik. masa mak aku anak dara, masa dah kerja, gambar mak aku kawen, dan gambar pakcik2 aku muda. 


serius lama. paling lama aku tengok gambar 1968. eh, tak2 ada gambar lagi lama sebab masa tu ada gambar mak aku kecik. kecik sangat. macam baru 2,3 tahun. pakcik aku ambik sebab dulu pakcik aku ada camera kotak tu yang kena masuk dalam kain hitam kalau nak ambik gambar. haha. terrorlah pakcik aku ni!


aku dapat tengok moyang aku. moyang perempuan aku. belah mak aku. haha. lebih kurang sama dengan nenek aku. sebab nenek aku anak pertama sebab tu sama je kot. 


aku tunjuk mak aku kalau aku tak tahu bila. mak aku tunjuk masa mak aku mengandungkan aku. masa akak aku kecik. macam2 moment. best sungguh aku tengok gambar lama. gelak2 macam sawan aku tengok gambar lama2. masa gambar hitam putih, tepi2 gambar tu berbiku2 bukan rata macam sekarang dan saiznya kecik je. korang pernah tengok?? yang pasti aku ada semua tu. 


nak tengok mari la datang rumah aku tengok. mak aku masa muda kecik gila badan. sepet2 sikit macam aku. hehehe. tapi cantik lah!


aku sayang gila tengok gambar2 tu semua. ada yang melekat2. rosak. sebab dulu kami letak dekat ruang tamu rumah. sekali masa raya ada budak tumpahkan air atas gambar dan terus la mak tak nak letak depan lagi. habis rosak gambar! huuuu


aku kata dengan mak nak scan gambar2 ni masuk komputer. biar senang nak tengok. tak ada lah kena mengadap habuk2 dan bau hapak ni semua. tapi mak kata kalau masuk komputer, bila komputer tu rosak habislah. aku cakap masuk la CD ke biar tak hilang. simpan baik2. boleh tengok sampai ke anak cucu dan cicit!


kalau anak sedara aku yang dah besar2 tu dapat tengok ni semua, mesti diorang bangga. bukan je dapat tengok moyang, tapi dapat tengok moyot. aku pun tatau sebenarnya atas moyang tu apa. bunyi moyot tu macam mayat kan? tak sedap langsung..hahahaha


sekarang ni memang la aku susah gila nak attach gambar sebab internet aku slow gila kat rumah ni. ni dah boleh bukak fb dan blog ni dah cukup syukur sangat dah. huuuu


bila nak dapat internet laju ntah aku pun tak tahu lah. nanti bila aku dah besar, aku nak letak wireless dekat rumah mak aku dekat kampung. jadi bila balik kampung ada line yang kuat dan laju. senang aku nak upload gambar ke hape masa raya ke kan... eiiii.. berangan tak sudah! hahahaa


ok, ok. aku sampai sini dulu. kang aku membebel dan berangan sampai korang muntah hijau pulak kan? 


hikhikhik



Thursday, February 16, 2012

24jam kat rumah





Assalamualaikum kawan2!


Aku sepanjang masa dekat rumah je. Memang tak pernah nak keluar. Malas pun ada. Sebab tak ada kawan. Kalau aku jalan2 tepi rumah teman2 aku semua budak2 bulus saya tu je. Yang bucuk2 masyam tu. Orang lain memang tak la..sebab rumah aku ni sebelah menyebelah mana ada orang. Aku duduk atas tanah pusaka atuk aku. Tak la seluas mana tapi jauh juga la dengan rumah orang lain. Orang kampung kan. Ada tanah sendiri2 jadi buat rumah atas tanah sendiri2 juga…


tadi siang aku pun duduk baring2 depan TV sambil baca novel kelima aku untuk cuti ni. novel kali ni aku baca aku dah baca dulu. jadi ni ulang baca. sebab pada aku novel tu best. 


lepas tu mak aku cakap


"rajin baca novel sekarang??"
"haah..tatau nak baca apa..." biasalah, jawapan budak2 u balik rumah time cuti kan.. haha..
"baca la Al-Quran ke.. dapat khatam 3 kali.." mak kata kemudian. 
"nanti boleh cakap kat Irsyad (kawan aku) yang iza dah baca dah baca Al-Quran 3kali khatam. sebab tak tahu nak buat apa.." lepas tu mak gelak pulak..



aku,
"Astgafirullahalazim..Astgafirullahalazim..Astgafirullahalazim... dah timbul riak tu tak boleh ni mak.."


aku mengucap 3 kali sebab mak kata 3kali khatam. lepas tu aku pun gelak. aku tak mak tak serius suruh aku cakap dekat Irsyad kawan aku tu aku baca Quran 3 kali. tapi bab baca Quran tu aku tahu mak aku memang suruh aku buat. saje je mak nak lawak2 tu..




aku diam je.sentap jugak dengan kata2 mak. tapi mak cakap bukan nada serius. mak cakap dengan nada main2 je. aku paham mak aku cakap walaupun dalam keadaan tak serius. tapi anak dia ni memang tahap pemalas gaban. paling pun baca yasin malam jumaat ataupun baca satu dua helai je Al-Quran. 


ishhh.. sebenarnya bosan tahan cipanzi rasanya tau. sebab dah 4 hari aku duduk rumah tak keluar2. gila2 bosan. bilalah agaknya aku nk keluar. agaknya hari sabtu baru aku keluar. tu pun sebab nak pergi belajar kereta agaknya.


abah aku dah 4 kali cakap kat aku yang abang ajar aku tu suruh aku belajar sabtu ahad ni dekat bandar penawar sebab hari selasa depan aku dah kena test JPJ. aku ye kan aje. aku tahu aku test selasa depan. sabtu ahad hari tu aku malas nak pergi. aku pergi minggu ni je la. 


aku menyampah sebenarnya cakap pasal belajar driving ni. menyampah gila. tatau kenapa. macam kena paksa kawen je kot. ehhh.. bila masa pulak aku pernah merasa kena kawen paksa?? perasan sungguh!! hahahaha -.-'


tadi abah aku cakap lagi. dia kata takut aku lupa. lupa apanya kalau aku 24 jam aku cuma duduk rumah je. bukan ada apa2 imput pun masuk dalam kelapa otak aku ni jadi aku lupa. paling2 pun imput puteri yang ditukar je masuk dalam kepala otak aku. hahaha..dah hari2 aku tengok puteri yang ditukar dengan mak.nak buat guane kan.. heeeee


abah kata nanti boleh beli kereta. beli kereta macam beli aiskrim dekat kedai agaknya abah aku ni. duit datang bak pauh dilayang. mane nak dapat duit beli kereta pun tak tahulah. sesuka suki je abah cakap senang nak beli kereta. aku ni belajar pun tak habis nak beli macam mana???


ish.... aku memang tak suka gila2 cakap pasal driving kereta sekarang. jangan cakap dengan aku. aku palinggggggggggggggg tak suka!




kbai!!




Yang dulu2 semua dah dimaafkan..





Assalamualaikum semua..


dah tidur ke? ke belum tidur? ermm... rasanya kalau ada yang belum tidur tu mesti dok buat kerja kan? macam aku lain la. cuti semester. mana ada kerja dekat rumah. kerja ruma pun tak ada. hahaa..


sebenarnya aku tatau nak cerita apa. cuma aku nak cerita pasal blog ni aje. aku buat blog ni dalam 2 tahun lepas. tapi lepas setahun aku tak banyak dapat follower. bukan sebab apa. aku ni jarang promosi blog aku. aku cuma tulis blog ikut kata hati aku. ikut kepuasan aku. aku bajet tak ada orang baca la. tak best kan..


tapi rupanya kawan2 aku baca. masa hangat blog ni ramai kawan2 aku buat. ramai yang tergila2 sampaikan sanggup tukar2 theme dan layout pat ratus lapan kali semata-mata nak nampak benda ni cantik. masa tu pantang ada kawan sama application dengan dia terus je sound. bajet dia sorang la reti buat macam tu.


masa tu semua benda nak cerita dalam blog. macam2 la orang tulis. sama2 nak saketkan hati atau apa2 pun.. hangat gila benda ni sampaikan kadang jadi gaduh jugak la. gila tak matang masa tu aku rasa. setakat blog pun nak gaduh2 bagai. aku macam rasa bodoh pulak buat benda macam tu. tapi biasalah manusia, lepas bertindak baru fikir..hahaha


semua orang masa tu dok pakat2 tulis blog. dan2 semua buat blog. tapi tak semua yang terus macam aku. aku dari dulu sampai sekarang masih dan sentiasa update blog. pasal2 apa2 pun. kalau bukan pasal diri aku pun aku update pasal kehidupan sekarang ke. apa2 ajelah. 


bila sekarang aku tengok blog lain terbiar. tak ada yang nak uruskan. kesian blog2 korang tu. 


sekarang tak payah nak sound2 thru blog lagi la. tak macho gila. tak matang langsung kan. haha. dulu pu dah lepas dah. aku pun tak simpan pape dalam hati. dah maafkan semua orang dah. nak buat apa simpan marah kan. =)


hope korang pun tak terbawak2 marah tu. harap kita semua dah saling memaafkan. semua tu benda yang paling tak matured kita pernah buat kan? heeeeeeeeeeee


sama2 la menulis benda yang baik2 je dalam blog. kalau nanti kena hisab tak adalah berat sangat nak pikul beban blog ni. kan??


k la. bai!






Kenapa Bertukar??




Assalamualaikum..


er..sebenarnya aku dah perasan benda ni hari tu. masa tu boleh je bukak blog bersawang ni. lepas tu aku nampak ada font dekat blog aku ni dah bertukar. cam font tulisan tajuk aku. sebelum ni aku bukan guna font Comic Sans pun tapi tetiba satu hari ni bila lepas aku update entry aku tengok tulisan tu dah bertukar jadi macam tulisan font Comic Sans. kenapa ek??


blog aku kena hack ke sampaikan ada orang tukar font tulisan tu? aku pun tak tahu. aku tak pernah check dan tak tahu nak check macam mana. dah lama gila aku tak edit blog aku. macam tu je. bosan jugak kadang2 tapi nak buat macam mana kan. sejak aku hantar betulkan laptop aku ni awal sem lepas, abang tu dah delete Adobe Photoshope CS2 aku. kalau ada photoshope zaman batu tu bolehlah aku edit pic header aku tu macam2 bentuk.


bila dah tak ada ni aku tak reti nak guna aplication lain. dulu aku buat header tu sendiri hasil baca tutorial Kak Intan. tranparent header. aku suka gila sebab aku boleh buat editing ni. walaupun hakikatnya berpeluh-peluh aku buat benda tu jadi elok gila tapi aku puas hati. banyak kali jugaklah tak menjadi. banyak jugak gambar aku crop tapi tak jadi buat. 


walaupun ada orang cakap Photoshope CS2 yang aku ada tu dia dah tak reti guna sebab guna CS2 masa dia belajar sem dua diploma. sekarang pakai CS5. eiii.. tak kiralah. yang penting aku puas hati dengan hasil kerja tangan aku. 


aku berangan nak buat doodle tapi tak pernah menjadi. sebenarnya tak reti tu sebab la. tangan ni tak berseni sangat. walaupun aku pernah masuk pertandingan melukis masa kecik2 dulu. pertandingan masa tu peringkat kawasan aku. adalah bertanding beberapa buah sekolah. tapi macam biasa aku tak menang. sebab dulu masa kecik2 sibuk melukis bagai nak rak samapikan bulu mata orang pun aku nak lukis. sampaikan habis masa mewarna. budak kecik kan. tak reti budget masa... -.-'


padahal sekarang pun aku tak pandai budget masa. hasilnya selalu gelabah jawap soalan masa periksa. sampaikan soalan yang aku tinggal tu aku buat saat2 jarum jam nak mencecah tamat masa. haih! apa la aku kan.. 


apa aku melalut ni?? balik ke cerita sebenar..


aku pernah suruh kawan aku yang pandai photoshope ni buatkan tok aku. tapi dia kata tak reti. dia bukan tak reti sebenarnya dia tak paham aku terangkan. aku kan bagi penerangan macam jalan masuk estet. payah! hahaha! kesian kawan aku. sampai sudah dia tak paham aku suruh dia buat tu macam mana bentuk dia. last2 aku tak suruh pun dia buat...


sekarang bila CS2 zaman batu tu dah tak ada aku tak reti nak cari mana. aku pernah mintak kawan aku. dia kata kena install. dia kata dia install dah lama. kawan bagi dia. apakata bagi kat aku jugak kan.. ermmm...


dulu ada kakak senior yang intsallkan laptop aku. untuk laptop baru aku tak ingat pulak. owhhh.. aku mintak lagi rasanya. diorang installkan. lepas tu ajar aku sikit2 macam mana nak edit gambar. ramai jugak la ajar aku. sebab aku bising2 aku tak reti guna. hahaha..


eiii.. rasa malas gila nak edit. nantilah kot masa dah ada internet laju. sekarang ni jangan haraplah. huuuuuuuuuuuu...


bukan tadi aku nak cerita pasal tulisan tajuk entry aku bertukar je ke? apesal dah kelain ni?? ish3!


k la. lagi banyak aku merapu nanti. kbai!!




Monday, February 13, 2012

Makhluk Asing!





Assalamualaikum kawan2..


tengah buat apa? ada yang kebosanan macam saya ke??  hahaha.. sama la kita kan??


aku tak tahu nak buat apa dekat rumah ni. kalaunak berkemas memang macam tu je la gamaknya. mana boleh kemas lagi. hahahha..


jadi hari tu aku terlebih-lebih rajin dengan membersihkan kipas meja bilik tidur aku. ala, kipas tu pun dah berhabuk gila. sampaikan habuk dah menutupi kawasan luar kipas tu. dah tak rasa angin lagi dah kipas tu. naik melekit badan bila malam panas.


jadi aku rajinkanlah diri buang habuk2 dia. aku buang dekat beranda rumah je.nanti aku sapu habuk2 tu. senang je. rumah aku mana ada jiran jadi kalau kau nak buang sampah memang senang la kan..


aku sibuk bukak penutup depan kipad tu bersihkan lepas tu bukak bilah kipas tu dan bersihkan jugak. sekali aku toleh je balik penutuptu nak bersihkan sekali lagi tetiba ada makhluk asing duduk dalam jaring2 kipas tuh! ceh!!





korang tengok je la budak atas ni. menyirap je aku tengok dia. dengan muka tak bersalah dia duduk atas penutup kipas tu siap rapatkan kaki dia lagi. dia ingat tu bakul tenpat dia tidur agaknya! ehhhhh...



bengang sungguh aku dengan kelakuan budak sekor nih!


apa telatah kucing korang?? meh la share... heeeee




Sesekali mencurang apa salahnya!




Assalamualaikum semua..


lamanya tak menulis di blog ni kan? sebab musababnya bila aku cucuk broadband je connect. boleh connect. tapi bila nak bukak facebook, blog dan lain2 web semua tak boleh. tensen gak aku.. dah berapa ratuspuluh  kali cuba masih tak boleh. lama2 aku malas pikir. tutup laptop. 


bukak pun sebab nak tengok movie yang tak ada subtitle je. ceh! tak ada subtitle mana best tengok kan?? -.-'


sebab musababnya aku cuma suka cucuk broadband guna satu lubang je. aku tak suka cucuk broadband aku dekat lain2 lubang pendrive tu. sebab lubang tu mudah. sebelah kiri. tak ganggu mouse aku. kalau lubang kanan memang la ganggu. broadband kan badanya besar sikit. gemok2 gebu macam tuannya jugak. jadi mana muat kalau nak berduet dengan USB lain sebab lubang tu berkembang. haaaa... paham kan???


sekali malam ni aku cuba la cucuk lubang lain. sekali boleh pulak. ermmm.. moral of the story adalah???


sesekali curang apa salahnya kan?? hahahahahhaha


okeh, mane adik2 tu jangan ikut ye. yang kakak abang ni lagi jangan ikut perkara tak elok seperti curang tu. saya curang pasal lain. bukan pasal relationship...hehehehhee


eh, korang tahu tak? aku kat rumah ni bosan gilaaaaaaaaaaaaaa... macam hape. duduk depan tv. tukar2 channel tak best. masuk bilik. baring2, bukak internet. internet pun jalan macam ulat gonggok. selow gila. jadi tutup. bukak pulak novel nakbaca. sekali baca tak best tutup jugak. arghhhhhhhhh.. bosan gila!


apa aktiviti yang best dalam rumah? sebab aku ni jenis yang tak merayap. duduk je rumah. kalau keluar pun dengan mak sebab nak beli barang dapur ke barang basah. lain2 tade. kalau kakak aku balik je ade la merasa pergi jalan2 ke JB ke, Kota ke atau bandar penawar. erhhhh..


lepas tu paling kuat pun akak aku ajak pergi jalan2 tepi pantai sekitar kawasan kampung aku ni je. erhhh.. bosah la.. balik2 tempat tu jugak yang kakak aku terjah. tade tempat lain la wehhh..


korang pergi melancong ke mana cuti semester ni? kalau pergi mana tempat yang best tu ingatlah kat aku ok!



bai!



Saturday, February 11, 2012

Relung Kasih






aku belum mampu meletakkan segala harapan dan impian
kala masa datang barulah aku akan menghadapinya


aku akur saat kau mengatakan aku berlainan dari setiap kenalanmu
namun apa yang harus aku lakukan
itu adalah aku
aku yang aku bentuk mindaku sekarang


maaf andai ini melukakanmu
aku bukanlah bidadari syurga yang kau impikan
aku hanyalah hamba Allah yang tidak lari dari sebarang kesilapan


dan aku telah berkali kali silap di hadapanmu
belum pernah ku kira
kerana banyaknya ia


lalu aku kiriman kepadamu
serelung kasih 
andai ada lagi ruang untukku berada di hatimu
walaupun hanya seketika..






Wednesday, February 8, 2012

Morning!





Assalamualaikum semua..selamat pagi! 


semoga anda semua sihat2 sejahtera semua hendaknya.. sarapan apa anda semua hari ni?? mesti sedap2 sarapan anda semua kan? hari ni rasa macam rajin pulak nak goreng roti telur. antara sarapan yang paling saya suka dan paling saya reti buat. dihidangkan bersama air horlicks hangat pilihan hati..perghhhh.. nikmat gila!


mak saya pulak kalau saya nak masak. tak kisah. mak observe je. macam supervisor. tapi nanti mak tolong2 la kalau ada apa2 yang saya tak tahu. tak tahu means tak tahu kat mana mak letak barang2 dekat dapur. yelah, tu kan dapur mak. bukan dapur saya. hari2 mak yang mak, jadi semua benda mak tahu. cuma antara mak ingat dengan tak je la mana mak letak barang2 tu. hehee


kalau kakak saya bising sikit orangnya. sikit2 panggil mak. itu mana. ini mana. hehehe.. biasalah. dia pun macam saya jugak. habis sekolah belajar jauh sampai umur 25 then bekerja pulak. jadi nak tahu banyak tu memang tak ada la. 


tak apa, sikit2 belajar la memasak kan. nanti senang bila dah berumah tangga. kalau tak nak awal2  berumah tangga pun perut sendiri ke jugak diisi kan. takkan selamanya nak mengharapkan kedai makan atau fast food! heeee..




ok. bai2. si cantik dan si kacak semua! 



Tuesday, February 7, 2012

Sweet gila!





Assalamualaikum!


Korang tengok tak cerita Vnila Coklat tadi? Amaigaddddddd… sweet gila babeng la episod kali ni. Dah la Amir baru baik sakit. Pengsan2 sebab tak makan. Pas tu ngaku dengan doctor yang Zara tu wife dia bukan girlfriend.. waaaa.. bestnyaaaa..


Dah la Amir tu comel2. Dengan kamera dia yang best. Dengan fair lady dia yang best jugak. Dengan kaktus dia yang sweet. Dengan nestum dia yang kelakar.. macam2 la..


Tapi best la tengok mula2 marah2. Then tukar jadi sayang bagai. Memang cerita ni sesuai la untuk kecomelan sejagat macam tu.


Tadi masa tengok ada jugak feeling2 macam tu, macam sweet gila kan. Tapi sebab aku tengok dengan mak dan abah aku. Jadi muka cover nak senyum ke, cover nak gigit bantal ke.. semua macam kaku je. Macam tengok je tv tanpa perasaan. Hahahha.. kelakar kan?


Kalau tak dah lama aku pun dok feeling2 sama. Sebab macam best dan sweet sangat. Hehehe..


Dah la aku memang suka kaktus. Orang suka kaktus ni biasanya hati tajam ke? Dah tu memang tak suka bunga? Sebab Izara Aishah tu pun tak suka bunga. Tapi suka kaktus. Aku pun dulu suka kaktus. Sekarang malas nak bela. Hahaha..sebab duduk uni ni jadi terhad nak buat apa2.huuuu


Eiii.. lepas ni cerita Pelangi Kasih pulak. Aku kalau dekat rumah macam ni la. Tengok semua jenis cerita dekat tv. Sampaikan boleh hafal dialog iklan. Kalau Boboiboy dengan Conan aku memang suka tengok. Perghhh.. layan! Hahahhaa..


Sapa eh dengan murah hatinya bagi aku full season cerita CSI: Miami, CSI: Las Vegas dan Supernatural? Besntnya.. nak sampai season 7 punya. Kan season 7 punya dah keluar.. best gila kot.. dulu kalau ada dekat tv 3 atau tv 5 Singapore sure aku mesti tengok punya.. baring sambil silang kaki tengok citer tu..hhahaha


Ok2. Dah2.. lelebih pulak aku yang blushing.. bukan aku berlakon cerita tu pun..hahhaa..




Bai!