Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, November 30, 2011

Hello December!











hari ini adalah hari terakhir kita di dalam bulan November. esok December akan menjengah. selamat datang Disember! =)


ini sudah menunjukkan akhir tahun 2011 kian berakhir. hanya ada sebulan sahaja lagi. aku harap sebulan ini penuh dengan memori yang indah dan berguna untuk aku kenang dan aku bawa pada tahun hadapan.


sekejap lagi tahun baru bermula. jadi persiapkanlah diri dengan azam baru yang lebih bermakna. =)








bye November. nice to meet u! <3



=)






Salam Maal Hijrah




Salam Maal Hijrah Semua!


Mungkin dah lambat nak mengucapkan Maal Hijrah 1433 kepada semua pembaca blog ni tapi saya, selaku pemilik blog ingin mengucapkannya jugak. walau dah lambat sebab ni blog saya jadi ikut suka saya la nak tulis waktu bila. haha =.='


selaku pemilik blog juga, saya nak meminta maaf kepada semua pembaca blog picisan ini jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan dan terlebih dalam proses menyalurkan isi hati saya selama ini. 


saya tidak menjadikan blog sebagai pengekpresi emosi marah saya. blog ini untuk tatapan ramai, jadi saya harus menjaga hati semua pihak. diharap semua pihak berpuas hati dengan penulisan saya selama ini. 


sungguhpun begitu, saya tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak yang sedia tidak menerima saya di alam nyata mahupun di alam maya. manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan tiada manusia yang terlalu sempurna.


saya telah memaafkan kesemua kesilapan orang sekeliling saya dimasa lalu. harap anda dapat memaafkan juga sempena pembukaan tahun Hijrah ini. bersama kita membuka buku baru. 








salam penuh ukhwah 1433 Hijrah! 





Tuesday, November 29, 2011

Berjimba!!





Assalamualaikum kawan semua.


ouch, sori la dua tiga hari ni aku tak update langsung sebab kawan2 aku datang dari Melaka dan Terengganu untuk berjalan dan menghabiskan masa bersama kami. hehe. sukanya. kawan2 aku tu sebenarnya dari diploma lagi aku dah kawan dah. tapi bila masuk degree ni sorang kerja sorang sambung kos lain. jadi dia masuk UiTM Kampus Bandaraya Melaka je. maka terpisahlah kami.


tapi memang dah setting ank keluar hujung minggu ni nak bersiar2 sebab kami dah lama sangat tak spend time sama2 together2. bila hari isnin cuti maka inilah peluang keemasan nak datang shah alam dan berjimba! yeaaaa!!


kebetulan husna ada pulak buat event dekat puncak. sambil berjimba boleh la pergi UiTM Puncak Alam kan. merasa tengok UiTM baru tu. mira la yang kami raikan sebab dia tak pernah pergi i-city dan pergi jalan2 kat KL. jadi ni memang nak bawak dia jalan2 la ni kan.



kawan2 aku sampai rumah aku hari jumaat malam. then malam tu tidur je la. esoknya baru kami ke puncak alam untuk event gromming kawan tourism kami disana. hehehe. jumpa juga dengan kawan2 lama yang semeangnya dah lama gila nak jumpa. kalau boleh nak spend time sama2 tapi apakan daya, ini je masa yang ada kan.


masa diploma dulu aku kawan baik dengan kawan2 aku ni. memang hampir semua esemen buat dengan diorang la. tapi sampai part 3 je. part 4 dah pecah group dengan orang lain. tapi kami still baik dan tak gaduh. 


cakap banyak pun tak guna kan? meh la tengok gambar je. hikhik



yang diraikan. Mira dari terengganu dan Amy dari melaka. =)



memang rindu gila okeh sebab dah berapa tahun tak jumpa. lagipun Amy tak datang masa konvo. maka tak dapat jumpa. mira kurang2 juga jumpa masa konvo jadi tak la lama sangat tak jumpanya. huuuu



my bestie since diploma till degree. sama2 daftar diploma dan sama2 daftar degree. sama2 mengharungi awal2 semester diploma dan sama2 mengharungi awal2 degree yang penuh pahit maung sebagai student. i always loves u friends. <3





ini event gromming di Puncak Alam. diorganize oleh kawan2 kelas saya dulu. datang sebagai participant dan memberi sokongan kepada mereka. sekaligus menjayakannya. good job friends! perjalanan event sangat lancar. kekurang datang bukan dari kamu semua, tapi dari peralatan sound system yang amat kurang memuaskan. layanan, perjalanan event, persembahan, dan makanan adalah terbaik. =)





ini semua kawan2 dari diploma. sekelas. selevel. sekos. ini adalah kawan2 yang sangat best. sebab diploma adalah kenangan yang sangat indah. sangat merindui saat2 itu semua dengan kawan2 diploma dan keadaan di UiTM Melaka. heyyyyy.. melaka sangat indah dengan segala kenangan dan segala yang berlaku disana. aku tak pernah bersedih disana. meninggalkan Melaka adalah perkara tersedih pernah dilakukan. =(






masa ni dekat Laman Santai Istana Budaya. sangat seronok lepak sini sebab kawasan terbuka dan bebas nak berbual, duduk sepah2, smoking cakap kuat2 dan ambik gambar macam jakun pun tak pe tak de orang nak pandang pelik. hahhaa. ramai gila kot orang bawak kamera. DSLR lagi. sebab nak ambik gambar dengan artis. 


setiap minggu ada artis jemputan. tiap minggu tema Laman Santai berbeza-beza. jadi korang boleh tahu dekat facebook Laman Santai untuk mengetahui apa tema minggu ini dan artis jemputan yang akan hadir. =)




ni dia I-City bagi sesiapa yang belum tahu. bawak Mira ke sini tapi dah malam, jadi permainan dah tutup. kalau tak ada banyak permainan macam dekat fun fair. =)





bersama pokok2 rendang setinggi aku berwarna puth. kalau warna lain tak nampak muka aku yang sangat putih tu. hakhak.





my gojes2 sayang. sangat seronok bersama mereka. berlepak dan menghabiskan masa bersama. nanti kita sama2 lepak lagi ok.










aku rasa lawa gila gambar ni. macam puteri dekat kayangan. series lawa gila. aku saje je ambik candid gambar Amy ni, tak sangka pulak comey macam ni. hehehe..



apa pun jangan serik datang rumah aku lagi ye Amy dan Mira. dan semoga persahabatan kita semua terus terjalin. miss u all! =)



bye.






Friday, November 25, 2011

Rindu gila!





mak aku kata Pasu, si anak kucing comel baru aku tu dah tak ada. tinggal anak2 kucing yang hitam2 nakal tu aje. aku sayangkan Pasu macam aku sayangkan Puntal si putih gebu yang bijak tuh. series dia pandai main emosi.


aku paling suka bila aku tepuk2 punggung kucing aku then lama2 dia akan marah aku. siap jeling2 lagi. hahaha. gila pandai jeling aku. kalau aku tepuk2 dia mesti dia akan terkam balik tangan aku. agaknya gila geram dia dengan aku yang nakal ni. yes, aku memang bergurau kasar dengan kucing. haha


aku jugak suka buat latihan PLKN dekat anak2 kucing aku masa diorang kecik. paksa diorang panjat grill lepas tu diaorang takut gila nak turun. terjerit nak turun. last2 lompat je. aku memang ganas sikit main tapi lepas tu diorang la pemanjat grill berjaya. asyik panjat grill je kerjanya. ceh. dulu takut lepas tu jadik profession kan.


 

ini si Puntal. si budak pandai yang sangat nakal. pandai ambil hati orang dan bijak bermain emosi. ewahhhh.. bijak bermain emosi katanya. hahaha. dia ni kalau kita ketawakan dia, lek pulak dia jeling. konon marah la orang ketawakan dia. tapi comel okeh dia jeling. aku tangkap aku cium2 kau Puntal! hahaha





comel tak dia posing? sumpah rasa nak tampar je muka dia yang comel tuh. geram gila ok. hahaha. aku selalu ajak dia tidur dengan aku tapi dia tak reti diam jadi susah la sikit nak train dia, hehehe


tapi sekarang Puntal ni dah hilang. aku tak tahu la dia hilang ke rumah orang lain. ataupun dia hilang sebab dia mati. tak tahu langsung. tetiba je dia hilang tak dapat di kesan. sedihnyaaaaaa~~ T__T


sekarang aku sayang si budak pasu yang kecik tapi paham apa aku kata. tu yang aku suka. tapi suah hilang jugak. oooo.. sedih jugak. kenapa semua nak menghilangkan diri? nak kata mati aku tak jumpa pun jasad mereka. tak tahulah.


orang tua2 kata, kucing kalau sayangkan tuannya dia tak akan mati di hadapan tuannya kecuali kemalangan yang tak dapat dielakkan. kalau dia dah rasa nak mati dia akan larikan diri. tu la mak aku selalu kata. aku harap kalau mereka masih hidup, dan dijaga oleh orang lain pulak aku harap mereka sihat dan bahagia di sana. sob sob




comel kan dia? muka macam tikus. aku panggil dia budak muka tikus. tapi dia paham je aku cakap. kalau aku kata tidur dia dok diam2 tidur je. hehe. suka la budak dengar cakap nih.  =)


tapi sekarang tinggal beberapa je dekat rumah. sedih la. huuu.. kesayangan semua dah tak ada. hope untuk cuti kali ni ada la penyeri hidup aku dekat rumah. =)


korang mesti banyak kucing cantik2 kan. nak satu boleh??


hikss!! 



Bosan




Assalamualaikum semua. selamat hari jumaat.


semoga sihat sejahtera hendaknya. kawan2 semua dah makan? harap korang semua dah makan ye. saya belum makan lagi. tak ada selera rasanya. pandang lauk. pandang nasik semu macam tak lalu je kat tekak. tak tahulah.


nak makan apa pun tak tahu. nak macam benda macam2 tapi duit pun tak ada. malas nak pergi cucuk. sebab kakau cucuk akan ada je nak guna itu ini. malas la cucuk duit tu. biar je duit yang tak berapa banyak tu dekat bank. hukhuk


malas gila. dengan emo semua la. erkkkkkk




Tazkirah 2 # Kawan atau sahabat?




Assalamualaikum..


ermmm.. hari ni nak cerita pasal kawan baik. ataupun best friend. korang semua ada best friend? tak kira la masa sekolah ataupun masa belajar mahupun bekerja? ada? pasti ada yang ada best friend kan? untonglaaaaa ada best friend yang memang memahami kita dan bersama kita susah senang.





memang banyak kawan yang senang2 gelak ketawa dengan kita kan. senang2 bershopping sebab guna duit sendiri, senang2 makan tempat2 mewah sambil tengok wayang tiap2 minggu sekali shopping barang mahal2. ada kawan ketawa sambil korek hidung. sambil kentut dalam air masa mandi manda kat sungai congkak dan teman jerit2 dan karoke jamban.


tapi ada je kawan saat kita lapar? saat kita saket? saat kita tak ada wang nak makan? ada kawan saat kita kesusahan buat esemen? ada kawan saat kita ada masalah dengan pakwe/makwe, dan keluarga? ada ke kawan yang nak dengar susah senang macam tu? ada lagi ke kawan yang sanggup teman kita jalan kaki berpanas berhujan pergi klinik sebab kita saket? ade lagi kawan yang sanggup teman pergi beli sesuatu yang kita amat perlukan? ada ke kawan saat kita perlukan teman berjalan kaki panas terik sebab nak print esemen? ada? ada lagi ke? 


kalau ada mereka golongan sebegitu bersama anda baguslah. mereka antara manusia yang hampir pupus di muka bumi ini. percaya tak kalau aku cakap macam tu? sila la percaya. manusia macam tu adalah sangat segelintir yang ada. kalau ada kita kira bernasib baik mempunyai mereka. 





kebanyakan manusia sekarang asyik pikirkan diri sendiri. mahu ketawa bersama tapi tak mahu bersusah menangis bersama. ada pula yang call je nak mintak tolong cepat cakap ada hal. tak nak langsung dengar apa2 masalah kawan. mana tahu ada yang boleh kita bantu. walaupun tak bantu banyak, tapi sikit tu boleh juga kan ringankan beban mereka..


kawan senang2 makan Big Apple sama2 ada. kawan susah makan megi tak ada. kan? tapi aku bersyukur lagi. aku ada kawan2 yang ada untuk aku susah senang. sanggup bersama aku. walaupun payah. walaupun susahkan dia jugak.


sejak dari sekolah aku ada kawan baik. aku baik gila dengan dia. dia budak pandai sekolah aku. aku cuma biasa2 je. tapi dia nak je kawan dengan aku. nak je tolong aku dalam setiap pelajaran. syukur aku ada dia. masuk diploma aku ada kawan baik. sejak aku masuk diploma aku mula2 kenal dia. kenal hati budi dia. sanggup susah senang dengan aku. tolong aku macam2. syukur aku ada dia. bila aku degree aku kawan dengan orang lain. ada saat aku saket, saat aku susah. syukur aku ada dia.


pada aku kawan ni kalau kita dah melepasi satu tahap, dan kita telah berpisah dengan kawan lama atas alasan jarak, pelajaran, kerja dan sebagainya, kita akan cuba cari kawan baru dekat tempat baru tu kan? kita akan cari orang yang paling kita boleh buat kawan susah senang kita pada masa tu. kita tak boleh selamanya dengan kawan lama. life must goes on...


tapi selama kita berkawan, mesti ada orang yang dengki, yang saket hati tengok persahabatan kita dengan kawan kita. mungkin sebab dia tak ada kawan karib, mungkin sebab dia menyampah tengok kelakukan berdua-duaan kita, mungkin sebab dia geram kawan dia tak baik macam kawan dia. macam2 keadaan la. 


tu belum cerita lagi tentang kawan baik terpisah sebab masalah2 yang membuatkan dia dan anda terpisah bukan? macam2 cerita dunia la. dari dulu berkawan baik gila tapi sampai satu tahap jadi tak baik dan tak kawan langsung kerana beberapa masalah. dan juga kawan2 yang backstabber. yeahhhh.. ramai juga kan yang merasainya??





walau apa pun kita masih perlukan kawan. kita tak boleh hidup berseorangan di muka bumi ni. kita kena ada tempat bergantung. kepada Allah itu sudah pasti tapi kepada manusia juga amat perlu. untuk kehidupan di dunia ini.


Allah berikan kita akal untuk berfikir dan mencari kawan sebaik2nya. mencari sahabat untuk bersama susah senang. ada pepatah berkata 'jika kita berkawan dengan tukang besi kita juga berbau besi, jika berkawan dengan penjual minyak wangi kita juga turut wangi'. 


jadi berbuat baiklah dengan semua manusia. Allah akan balas kebaikan kita dengan pelbagai cara. dengan kesihatan kita, dengan ketenangan jiwa kita, dengan kawan2 sekeliling kita juga. fikirlah semuanya...




salam sayang dan muhasabah diri. 



Thursday, November 24, 2011

Lapar ke mengantuk??




Assalamualaikum..


lepas balik kelas tadi tak ada mood nak pergi makan. makan terus tidur membongkangkan diri. sedar2 dah pukul berapa. duduk termenung sana. termenung sini. berbual sana. berbual sini maka jam menunjukkan pukul 11. 


tu pun baru terhegeh2 nak mandi la apa la. mandi2 semua setting2 bagai. lepas tu baru la menggedik nak masak nasik la goreng telur la, goreng sosej la. semua nak makan benda senang2 malam2. sekali2 sekala nak makan benda simple tapi sedappppp...


telur goreng dengan kicap adalah sedap gila ok. kicap pulak, kicap kipas udang. perghhhhhh.. makan dengan telur mata dan nasi panas2. memang naik!! hahaha


=)


ok bai, nak makan!




Selamat Hari Khamis!




Assalamualaikum kawan-kawan.


sihat tak anda semua hari ni? sihat? baguslah. yang tak sihat makan ubat ye. semoga dirahmati Allah selalu. ingatlah, kalau Allah datangkan kita saket sebenarnya Allah mahu kita sedar akan nikmatnya sihat dan bertaubat. =)


semalam perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Syiria. 2-0. memang la kita kalah sebab hari isnin baru lepas lawan dengan Indonesia. mestilah mereka penat kan. tak pe2. tu baru permulaan Olimpik London 2012. =)


hari ni nak mulakan dengan minum nescafe. sebab semalam dah terbayangkan nescafe yang hangat2 dan sedapp. weeee... seronoknya..


semoga hari ni kawan2 semua menjalani kehidupan yang menyeronokkan dan menggembirakan. aku harap aku juga begitu.



Thursday, please be nice to me.. =)





Wednesday, November 23, 2011

Tazkirah 1 # Pintu Taubat untukmu masih terbuka




assalamualikum.


anda pernah terfikir tak yang apa kesusahan kita alami, kegagalan, kesulitan kita hadapi adalah pembalasan saat kita melakukan pekara jahat, yang mendatangkan dosa dan secara tak sengaja telah menyinggung perasaan orang lain?


aku selalu fikir macam tu tentang diri aku. aku selalu pikir kalau aku susah, kalau aku sedih, kalau aku tak dapat apa yang aku nak, kalau aku gagal dalam apa2 pun aku akan pikir ini mungkin pembalasan yang Allah beri untuk aku atas apa yang aku telah lakukan.


saat tu barulah kita rasa sedih dan nak mengadu. mengadu pada manusia memang tak akan berubah pun takdir.tapi kalau kita berdoa pada Allah supaya diampunkan dosa2 silam kita dalam kita sedar atau tidak itu mungkin Allah akan memakbulkan doa kita. Allah maha pengampun dan maha penyanyang. jangan pernah lupa tu.





kadang2 ada orang cakap waktu kita sedih je baru kita ingat Allah kan? tapi sebenarnya jika kita masih ingat Allah saat kita sedih maknanya kita masih mahu bertaubat, mahu membersihkan hati, mahu menjadikan Allah sebagai pelimdung dan mendengar segala rintihan kita. sebab Allah maha mendengar setiap keluhan hati manusia. 


sebab manusia tak boleh berpegang pada semua benda hidup. sebab yang hidup akan mati. jika mati maka matilah pegangan kita. jadi kita kena berpegang pada benda yang tak akan mati dan tak pernah lupa, tidur dan sentiasa jaga. iaitu ALLAH.


sebanyak mana maksiat yang kita lakukan di dunia ini jika kita masih sedar itu adalah maksiat dan kejahatan dan kita mahu bertaubat kearah yang lebih baik dan memohon keampunan daripada Allah maka itu kita masih ada iman lagi. jika kita berbuat kejahatan dan maksiat tanpa ada sedikitpun rasa takut dan sedih maka itulah hati kita yang telah hitam dan gelap dan tak akan menuju ke jalan Allah.


manusia tidak pernah sempurna, maka setiap manusia melakukan kesilapan, dalam kita sedar atau tidak. kita manusia yang selalu membuat sesuatu perkara yang kita rasakan kita betul, yang kita rasakan kita lah yang terbaik dalam keadaan itu. tapi sebenarnya kita tak tahu yang setiap perlakuan kita, percakapan kita, cara kita selalu buat orang tak suka akan kita. bila kita ditegur kita marah bila tidak ditegur kita akan semakin alpa.






jika kita mahu orang menghormati kita haruslah menghormati orang lain, jika kita nak orang layan kita baik2 kita hendaklah layan orang baik2, kalau kita nak orang menghargai kita, kita hendaklah menghargai orang lain dan semua tu Allah akan balas balik dengan keadaan lain yang kita tak pernah tahu dan nampak sekalipun. semua perkara yang terjadi ada hikmahnya. 


memaafkan kesilapan orang lain adalah perkara yang baik. adalah mulia jika kita memaafkan seseorang itu, tapi kita tak akan boleh bersama dengan orang itu selepas perkara yang berlaku. perkara yang mereka lakukan tu adalah perkara yang bolah dimaafkan tapi tak boleh dirapatkan lagi. maka, janganlah kita memaksa diri kita untuk perkara itu.


orang kata masa akan mengubat luka, masa akan menghapus air mata dan masa juga bisa membuatkan kita alpa dengan apa yang pernah berlaku tapi tak akan pernah hilang dari ingatan.


mari kita sama2 membaca doa taubat. 





akhir sekali, kita kena pikir dan muhasabah diri kita. apa yang berlaku, apa kelakukan kita, percakapan kita, permikiran kita tu diterima semua orang atau tidak. dan sebaiknya bertindaklah mengikut keadaan yang lebih rasional.


salam kasih dari aku yang sedah muhasabah diri ini.



=)







Warna





assalamualaikum.


apa yang aku nampak dalam hidup ni kalau kita nk ada hati senang sila senangkan hati orang. tapi kadang2 orang selalu susahkan hati kita. walaupun bukan kita yang buat kesusahan tu. aku perasan dan aku nampak. aku suka bila kawan2 aku gembira bersama dengan aku. 


aku memang tak reti bergaul. kawan2 aku apa yang aku ada je. tapi aku cuba untuk menyenangkan hati orang lain walau hakikatnya aku tak senang hati. aku cuba tapi kalau tetap tindak balas negatif maka negatif la semua tu. =)


tapi syukur jugak ramai yang suka dan sayangkan aku. aku hargai anda semua aku suka korang gembira. semoga semuanya berjalan lancar. Allah sudah merancang kehidupan kita sebaik2 perancangan.






aku ingin mewarnakan dunia ini dengan duniaku. tapi malangnya dunia ini penuh dengan palitan warna2 tanpa makna. 





bai.



Tuesday, November 22, 2011

Suka basuh cadar..




Assalamualaikum!
 

aku ni ada kegemaran yang pelik sikit. kegemaran aku adalah, aku suka basuh cadar kau. macam sekarang, aku duduk rumah sewa pakai tilam je. tu pun yang nipis tu bukan yang tebal tu. tapi aku suka basuh cadar. hehe. aku rasa macam selalu kotor je benda tu. jadi aku suka basuh. 


tilam aku nipis je, kalau tidur mau tulang belakang rasa lantai tapi aku tak kesah la. janji ada tilm buat alas aku tido. aku tak kisah susah sikit. lagi pun kan tengah belajar ni. sem depan nanti aku beli la tilam baru ganti ni sebab ni dah nipis sangat.


kalau aku rasa kotor je aku basuh. apa2 la. selimut ke, tuala ke.. semua benda. kalau tak ada mesin basuh nanti susahlah. aku ni dah la pemalas nak basuh pakai tangan. dah tu jemur mesti susah nak kering. nak2 musim hujan lagi la bercinta nak kering kan. kalau kering pun macam lembab2 sebab tak kena panas betul. uish... tak bestnya! >.<







p/s:: gambar tak ada kaitan. hehe =)

20.11.2011





ramai yang melangsungkan perkahwinan 20.11.2011 kan? sebab tarikh tu cantik untuk diingati. selain orang biasa para artis juga memilih berkahwin pada hari tu.








semoga berbahagia hingga ke anak cucu! =)




Mari lari balik Johor!





Assalamualaikum!


selamat pagi! dah nak masuk tengahhari dah ni kan. nasib baik tak terlepas nak ucap selamat pagi. hehe. suka la pagi ni sejuk dan segar je. aku pulak andi pukul 6 suku hari ni. lepas solat aku tidur balik la macam biasa. budget hari ni macam dekat Johor. Johor hari ni cuti, Keputeraan Sultan. hehehe


tapi sila jangan perasan. aku duduk dekat selangor lah. malu sikit. rasa macam nak balik Johor sekarang sebab nak cuti. kalau masa aku kecik2 dulu aku nak buka dekat Serawak tapi nak sahur dekat Johor. gila jahat kan? masa tu budak2 mane la tahu. tahu nak berbuka cepat je. haha


tapi sebenarnya sekarang pun niat nak buat macam tu ada sebenarnya. aku teringin jugak nak buat tau. hehhe. ok. sape nak join buat macam tu?? angkat tangan cepat!! hahahaa


rasa macam nak minum hot chocolate kan pagi2 ni. perghhhh.. sukanya... =)





jom. 


kbai!




Penyabar!





gila bersabar kucing ni dengan budak ni. korang tengok la. comel je kot. sama besar tapi gebu2 je dua2. hehee



Mimpi yang real!




selesai sudah kegilaan manusia saat ini. haih, menjerit-jerit tengok bola. bola tu bulat kot. dah la benda bulat tu je yang di tendang. tapi suka kemain. sampai boleh mencetuskan pergaduhan dua negara. ish2...sukan lain ade jugak tapi tak pulak sokong macam ni sekali. macam apa sahaja demi bola. bola dan bola. bla.. blaa..blaa..






boringggggg..dah la kalau bola menang je nak cuti, sik2 nak cuti. ahhh.. benda yang tak sampai 20 orang main tu menang, 28juta rakyat Malaysia dapat manfaat sekali. pandai rasuah rakyat yeaa....ceh! hahaha


apa2 pun semua dah berakhir. masa bola tadi aku tensen dengar semua dok terjerit2 je. bukan main lagi. ntah apa2. bukan kau main pun. pas aku bosan dengar aku tidur. masa tidur tu aku mimpi. perghhhh.. mimpi yang tak boleh blah. mimpi yang boleh buat aku nangis.


ada orang macam nak rompak dayah tapi di sebabkan ada ikan dan burung yang tolong, ikan dan burung tu jadi mangsa. ikan dan burung tu cedera parah dan sangat kesian keadaan dia. aku ambik dan aku bawak pergi veterinar. jada sampai mereka sembuh. sayang sangat aku rasa kat diorang. kalaulah aku ada kemudahan semua tu akan aku tolong...isk isk.


mimpi tu real sangat. macam betul. aku rasa aku sedih sangat bila nengok benda tu cedera. huuuu..


bila aku sedar aku dengar orang bersorak menjerit bagai. ceh! tak habis lagi ke? tu pulak aku pikir.huh


ok. suka kan semua rakyat jelata. Malaysia menang. mari tidur dengan lena. 



bai!



Monday, November 21, 2011

Maaf, aku tak pernah suka bidang itu!











eiii.. malas gila aku nak layan bola2 ni. aku memang tak suka sukan. sukan apa2 pun la memang tak suka. maaflah. silalah sokong sebab saya tak akan sokong. perghh.. statement banggang. 


aku bukan tak ada sifat kesukanan tapi memang aku tak suka sukan. sukan adalah salah satu bidang yang amat aku tak suka dan takkan aku ceburi.


dulu masa aku sekolah tingkatan 5 aku tercari2 bidang yang aku minat dan aku suka tapi aku tetap akan tolak dan tak pernah menerima sukan sebagai bidang aku. kenapa ntah pun aku tak tahu. bukan setakat main, tengok pun aku malas plus tak suka langsung.


ada orang kata aku pelik. aku tak hyper. aku pasif aku gemok. so what? ada aku mintak kau duit buat beli makanan aku ke? tak ada kan? tayah nak sibuk2 ok. perghhh.. garang siot macam harimau2. arrhhh! tanak2.. sik2 harimau je. boring sungguh! garang macam kucing jantan la. meaaawwwww!! hahaha


apa2 pun aku doakan Malaysia memang sebab tu maruah. dan selamat pergi dan pulang. dah la bahaya. pemian siap nak baracuda bagai. ntah apa2 ntah! hahha..


ok. sila tengok bola. saya nak layan Maharaja Lawak Mega.. heeeeeee

Aku bersyukur!




aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada. apa yang orang sekeliling aku berikan macam kasih sayang dan perhatian. aku tahu ramai yang sayangkan aku dan prihatin dengan aku. prihatin dengan apa setiap masalah aku. aku tahu tu.


aku tahu aku ada family, kawan2 yang faham aku, orang sekeliling yang sayangkan aku. jadi aku tak perlu rasa kesorangan sangat. aku kesorangan dalam masa yang singkat je kot. bukan selamanya. aku syukur sangat2.


kalau aku sorang tu aku pikir macam2. aku pikir itu dan ini. aku tak boleh macam tu kan. jadi sekarang aku cuba ceria dan berkawan dengan semua orang. biar aku jadi kawan semua orang. 










salam.



Menghargai adalah pembalasan terbaik!





selamat pagi semua. semoga semua sihat walafiat hendaknya. hari ni ada yang baru naik sem, SPM dan sebagainya. kepada yang meyambut hari lahir, selamat hari lahir. semoga panjang umur dan murah rezeki ye semua. =)


semalam aku ada baca sebuah blog tentang kematian boyfriendnya. sungguh sayu dan menyayat hati. tapi dalam keadaan tu pun dia dan boyfriendnya ada salahnya. tapi tak guna menuding jari kan. semoga semua tu dijadikan pengajaran oleh penulis dan pembaca. dan semoga roh arwah berada di kalangan orang beriman. 


hari ini mahu ku isikan dengan kasih dan sayang. semoga ia akan terus tumbuh mekar seperti sebelumnya.






ya Allah, aku mahu belajar menghargai orang yang sangat menyanyangi aku selama ini. moga kau mengajar aku caranya.


T____T



Berjimba!




assalamualaikum..


aku lupa nak cerita apekah cerita hari jumaat lepas. mungkin sebab terlalu gembira bersama sahabat dan rakan taulan dirumah sewa yang diibaratkan seperti di syurga ini. hehehe.


jumaat lepas alkisahnya kawan aku ajak aku pergi casting. casting iklan katanya dekat Damansara. aku wokeh je la. dengar pulak casting kan. nak jugak aku tahu macam mana castingnya..yelah, aku ni budak hotel mane nak tahu la benda2 casting ni. kawan aku ni Masscoom.. memang la bidang beliau nih!


lepas tu jalan2 ke IKEA pulak. makan macam nak makan lapan orang. padahal perut kecik2 je suma. haha.





stim gila kawan aku ni makan kentang sampai mata jadi macam tu. hikhik. 






comey2 je kawan2 aku nih. hehe.




budak gemok tengah makan meatball dengan lahapnya. muka bulat, tangan bulat, jari bulat semua bulat . apekah la budak ni. ish ish ish...




gambar ni ada abang bersuara macho yang tolong ambilkan. haha. mula2 aku malu weh nak cakap. sekali kawan aku ni dok cakap dengan mamat tu terus mamat tu nak tolong ambik kan. yelah, ade dua orang awe gojes kan mestilah. yang tengah2 the fat dark woman tu aku la. yang thin, slim and hot tu kawan2 aku.


dah la aku pakai flat, jadi rendah gilaa.. kawan aku pakai heels sorang tu memang tinggi sikit. so, nampaknya aku je la paling rendah kali ni? fine!





parking dekat P2 tapi cari kereta dekat P1. nais kan? hebat? ye, memang. jalan lebih dari 15 minit cari kereta. dah 15min baru sedar yang kereta dekat P2. dem. such a loser gila cari kereta macam orang gila kentang. jalan sana sini cari kereta putih aummm aummm.. huhhuhuh =.='


dah jumpa kereta kawan aku suruh tunggu. dia kata kalau lebih masa bayar autopay lagi. maka tunggu la tepi mesin dan check kad tu dah 15min belum. heh. dah rupanya. membazir kena bayar lagi. ceh!




sempat lagi ni bergambar tuh. takpaham la perempuan perasan ni. heh.




balik waktu yang sangat tepat iaitu pukul 6! yeaaaa.. waktu orang balik kerja dan jammed! hahaha.






thanks pada kawan aku sebab bawak aku jalan2. kalau tak aku akan menjadi such a loser girl yang duduk rumah dalam bilik gelap sorang then makan megi dengan air coklat. makanan ruji yang tak pernah tidak disukai. demmm. hahhaa




k bai!



Sunday, November 20, 2011

Ulasan Harian Metro Ahad




korang dah baca paper hari ni? tadi aku baca tapi macam dah tak terkejut sebab aku tahu itu memang realitinya yang sebenar.


ini aku sisipkan keratan akhbar metro hari ini. korang boleh baca la sebelum aku nak ulas benda ni satu2.


PELANCONG AJAK MASUK BILIK





PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.
Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.

Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.
“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.

Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.


“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.
“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. “Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.




atas ni adalah keratan akhbar metro ahad hari ni. korang dah baca kan? panjang? nampaknya berita hangat ni. 


apa yang aku nak cakap dekat sini adalah ini adalah situasi sebenar di Pulau Tioman. memang, memang aku tak pernah ke sana. tapi berdasarkan pengalaman kawan2 aku yang berada di sana selama beberapa bulan, ia memang benar. aku tahu ia pahit untuk dikenang. tapi biarlah ia dijadikan benteng pengajaran bagi kawan aku dan yang lain. 


benda ni bukan sahaja jadi dekat pelancong. malah student praktikal juga menjadi perhatian disana. sebab mereka baru sahaja masuk dalam pulau tu dan penduduk pulau akan nampak orang selain orang yang hari2 dia jumpa. keadaannya akan lain sedikit. 


ye, aku tahu perasaan tak boleh ditolak tapi pikirlah background mereka. kalau baik dan elok bolehlah. kalau tidak sila la pikir masa depan kau dengannya. aku memang jarang percayakan orang dalam bidang aku. aku tak tahu kenapa. aku memang susah nak percaya seratus peratus. aku hanya kawan je. tak lebih dari tu. untuk bercinta dan membina kehidupan aku akan pikir patratusduabelas kali.


untuk kawan aku yang sedang sedih2 tu aku nasihatkan:


ada sebab kenapa family kau tak suka dan tak restui hubungan kau dengannya, sekarang kau dah nampak hikmahnya kan? jangan senang2 bagi hati kita pada orang yang tak tahu dan tak akan pernah tahu menghargainya.. orang sekeliling kau sentiasa sayangkan kau dan mahukan yang terbaik untuk kau. =)





aku sayang kawan2 aku. aku nak semuanya bahagia. jadi pilihlah jalan bahagia dengan betul. family dan kawan2 sentiasa menyokong kau dari jauh dan menilik pasanganmu dahulu. =)














bai!