Happy Cat Kaoani -->

Monday, October 31, 2011

Selamat Pagi!






selamat pagi semua! ayuh bangun pagi ni sebab nak mula kelas kan. mana yang adik2 tu dah naik sekolah semula kan. sila jangan malas2 oke2. 


pagi2 ni sedap kalau dapat minum air coklat panas idaman hati sanubari. awwwww...


tapi kalau paling best dapat teh tarik dengan nasi lemak kan. perghhhhhh!!!








mulakan harimu dengan senyuman! =)




bai!

Makan Malam je





malam ni dengan hajat nak makan je sebab lapar. lepas tu ada niat suci murni nak buat esemen dengan kawan2 dekat luar


luar means kedai. tak kira la fast food or mamak. prefer mamak. murah and mudah. plug bersepah dan wireless laju semesta. suka sangat. mamak pun dah kenal muka kami. regular customer katanya. hahah


gigih cari makan malam. hajat nak makan dekat KFC. but demyuh la. KFC penuh macam hape hari ahad akhir cuti sekolah ni. masuk juga cuba riki2 tempat kalau ada dah nak angkat punggung kan. tapi hapeh, semua nampaknya tengah mengunyah sakan. batal niat nak makan KFC. -.-'


maka ambil keputusan ke kedai biasa je. makan mee sup slurrrppp2 je nampaknya. hahha. sedap la weh mee sup dia. kena tekak ngada2 aku ni. hehehe. makan2 then pergi la buat esemen. kononnya. 


lepak mamak sambil online macam hanjeng. tapi esemen tak berbuat. alasan, cari bahan je la dulu. nak baca2 semua dekat rumah. nice. cari2 bahan, bila dah cukup tutup then buka muka buku. main komen2 dengan kawan sebelah macam hape je. jahanam dah budak2 ni. fb ni nasib baik tak leh complaint. kalau tak dah lama dia komplen malas melayan aku dengan kawan2 aku yang sawan ni. hahha


lepas tu main2 dan main. esemen tah kemana. biasalah tu kan. haha. budak2 remaja. kang kalau aku tua2 pun aku main fb lagi kot. tu pun kalau fb still available la. hehhehehe


dalam hati nikmat nak makan roti boom pulak! terasa2 dekat hujung lidah roti boom yang manis2 masin tuh! awwwww.. sedapnya! maka order la dengan seronoknya. bila dapat, masuk je mulut muka da senyum2 bahagia   ^_^


sukanya! nasib baik roti boom dia shedapppp.. ok, mula datang ngada2 tulas manja2. dah kenapa kau iza! -.-"


ok. sekarang ni dah balik rumah. sila buat esemen yang tertangguh tu. tak tahu esemen ni hantar bila. tapi sepatutnya minggu ni, sebelum mid term cuti seminggu.


apa????? cuti SEMINGGU?



YEAAAAA! sukanya! tapi minggu ni test hanjeng la banyaknya! hahahahha



best la test. macam makan mc flurry je rasanya! =)





comel tak? cepat cakap comel! cepat! hahahha




*siut je paksa2 orang cakap comel kan..haha*



bai!







Sunday, October 30, 2011

Apekah??





selamat petang!! weeeee.. entry pagi tadi tak sempat nak post then pi laju2 buat test online dekat rumah burung! hahahaha..


thanks abang long muizz sebab jemput datang rumah tanpa ada air sirap pun. hahaha. kenapa buat rumah beliau? sebab ada wifi rumah burung yang lahu dan tak putus2. tu la sebab musababnya. karang kalau terputus konsider dah hantar! demyuh la kalau terantar kan. hahaha


masa buat test adalah sawan semua. menjerit2 bagai. dengan penuh bebelan yang mengatakan test tu susah. oooo.. dah kenapa bagi soalan susah2 ni? pui! hahahhaa..marah sangat. padahal tak study memang la tak tahu apa nak jawap kan. hehehe


parah bin payah. kantoi la kan tak setadi. padahal memang tak setadi kalau nak test online sebab tu la jawapannya susah! hahaha


pastu balik laju2 sebab lain2 nak keluar semula plus nak makan2. sebab perut dah lapar macam syaiton. hahaha. tapi tak makan luar. hari ni aku masak tau. kari ayam dan daging serta telur dadar. hebat tak? cepat cakap hebat! cepat! hebat la kari ayam dan daging tin kan! hahhahaha. nak masak sendiri? tunggu la aku dapat cahaya untuk memasak ni. malas la hoi! hahahha


potong bawang, tumis then campak semua apa dalam tin kemudian panaskan. nasik saya masak jugak. awwwww.. sedapnya nasik saya. macam pulut tapi suka sangat bau nasi kalau baru masak. wap dia macam SKII.. perghhhhh... hahaha. almaklum la tak mampu pakai SKII kan. feeling2 pun dah cukup la. hahaha


sekarang mata dah ngantok2. yelah dah makan kenyang2 kan. heeeee





*sebenarnya takut nasik tak menjadi tadi. asik tengok je dia masak ke tak. air cukup ke tak. yelah, periuk orang tak reti sangat. hehehehe. btw, thanks dayah gojes atas periuknya.heeeee*




tade gambar la. sebab tak sabar sangat nafsu makan nak makan. sebab dah lapar. huuuuuuuuuuuuu









ahhh.. gambar praktikal diploma! hahahaa





Saturday, October 29, 2011

Negeri Sembilan juara!






semua cerita pasal bola. dan keputusan ni sekarang adalah Negeri Sembilan menang!! 


aku tak tengok pun. tapi kalau dah setiap sesaat ade keluar status sal bola sama je kan? tak tengok ke tengok ke still tahu jugak perkembangan. hahaha.






bai!



Makan Malam





hari ni lepas makan tengah hari dekat Padang Jawa balik terus berkemas semua benda. kemas baju2, rak dan buku2. puas hati. ada lagi benda nak dibuat.. hehehe


dah penat pulak. ke nak sambung esok? nak makan malam la. hukhuk


persoalannye sekarang nak makan apa ni? ermmmm... macam akan makan megi adalah. hehehe..







hehe. sama hot chocolate lagi. lagi dan lagi. hehehehehe




jemput makan semua. huuuuuuu =(






Morning or Afternoon??





selamat pagi. ehhh.. dah masuk tengah hari la. tak sempat  nak wish selamat pagi kepada semua pembaca budiman. perhhh.. dah kenapa aku ni? budiman siap2 ni?? ntah la.. sejuk sangat kot. otak jadi beku.. hehehehhe


ramai orang kata cerita Real Steel tu best. jadi nak tengok la. sebelum ni masa dia keluar lagi memang berhajat tengok tapi asik full je yang tinggal cuma seat depan je. maka berusaha dan berusaha lagi. hehehee






cerita ni pada mulanya biasa je. sekali tang anak dia masuk tu beri impak yang besar. anak dia sebenarnya sangat pandai dan sayang ayah dia juga. walaupun ayah dia tak hiraukan dia dan tak jaga dia. tapi sifat ayah tu tetap ada. still jaga keselamatan anak dia, still belikan makanan walaupun hanya hamburger. owhhhh...


last2 sekali memang best. saat tu rasa macam nak jerit sama sebab kemenangan Atom. sape belum tengok sila tengok dengan kadar segera. jangan lupa bawak popcorn TGV yang masin lemak manis tu serta air ais lemon tea.. menambahkan kesedapan tengok wayang. hahaha



ok la. bai.



*malam popcorn macam makan nasik*






 

Friday, October 28, 2011

Cara Mengetahui Kedai Makan Menggunakan Pelaris








sekarang ni dah banyak kita dengar kedai2 makan dan restoran yang menggunakan pelaris. banyak sangat. dan kita akui kita pun kadang2 makan tempat tu sebab kita tak tahu. kalau kita tak tahu pun tak apalah. kalau dah tahu buat apa kita nak mencemarkan rohani kita dengan semua tu kan??


dulu ramai orang cakap ada satu kedai nasi ayam dekat satu tempat ni sedap gila. banyak. banyak tu aku tak nafikan sebab memang banyak sampai nak tutup polistrin pun kena ikat pakai getah tak boleh nak tutup macam tu aja.  tapi bila aku makan aku rasa macam biasa je. tak adalah sedap sangat. tapi sebab aku makan dengan kawan2 aku mengia kan aje la kesedapan tu. makan macam tak ada feel rasanya. kenapa ntah..


masa tu aku diploma. aku tak tahu. nak2 pulak nasi ayam tu orang belanja kan. aku pun apa lagi senyap je la makan. benda free. sekali bila aku tahu sekarang kedai tu guna pelaris. sebab tu dia terkenal diseantero kawasan tu. sampai bawak ke merata tempat orang cerita.


dekat degree ni pun saya ada dengar ada kedai kawasan sek 7 ni guna pelaris. sebelum ni tak pernah makan pun. sekarang baru tahu dan harus la tak makan langsung kedai tu.


ni ada cara macam mana kita nak tahu kedai tu guna pelaris atau tak.


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :




قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )



Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.










semoga Allah merahmati kita semua..  =)





Dingin Pagi




selamat pagi semua. wahh, hari ini saya tak ada kelas lah. jadi mari duduk berhat2 sahaja ye. tak tahu pagi ni nak buat apa. sarapan pun belum. al maklumlah baru nak celik mata. hahaha. eh2, tidak lagi. tadi subuh dah celik. pastu pejam la bosan tengok rumah gelap je. then baru bangun balik pukul 9 tadi. hehehhee..


suasana sejuk je hari ni. sangat la sedap kalau tidur. tidur, dan tidur. kahkahkah. melampau kan asyik tidur je. hehehehe..


ahhh, malam tadi sejuk sangat. rasa nk gumpal2 je dalam selimut. padahal selalu rasa kipas ni macam slow je. faktor cuaca tapi kipas pulak disalahkan kan? hahaha. 


sekarang sangat addicted dengan Hot Chocolate. kalau dulu asik2 milo, asik2 milo. sekarang ni hot coklat la. heehehee.. sedapnya. kalau lagi pekat lagi la best! =)


ni pun baru nak buat air hot coklat ni. sejuk2 ni air panas cepat je jadi sejuk. tak bestlah. suka minum hangat2 supaya badan rasa hangat2 sikit kan?? hehehehe









nyum.. nyum!! 




bai! 



=)




Thursday, October 27, 2011

Sibuk Memanjang~





dari sekarang harus mula akur bahawa mereka selalu sibuk dengan tugas2 mereka. sedihnya saya bila mesej tidak dibalas. huaaaa!!







kita sentiasa ada bila awk tiada. iskk...





Pengsan sekejap!





baru balik kelas. balik2 je terus hujan mencurah2 di bumi Puncak Alam. haih.. dengan banyak kereta yang tak reti guna signal. suka2 hati je masuk sana sini himpit2. tahu la keta kami comel, tayah nak himpit sangat. kami utamankan keselamatan tau! grrrrrr~


dah la masa nak pergi kelas puncak alam tadi dengan semangatnya kami naik tangga. fuuuuuu... macam nak pengsan ok. mata dan berpinar-pinar. tapi gigihkan jua. serius, macam nak muntah ada sebab baru lepas melantak nasik, macam nak pengsan dengan pandangan dah kabur2. dengan kaki macam nak tercabut. panjat tingkat 11 woooo... bukan rendah!


dah la lift ramai orang. kelas pulak mula pukul 2 kononnya. tapi bila kami sampai lect belum masuk pun. dengan beg aku yang sangat berat. dengan bawak kamera DSLR EOS shafiq lagi. perghhhhh... menguji betul la! +.+


sampai2 je mesej orang cakap nak pengsan bagai. orang tuh suruh tarik nafas slow2 then pergi toilet cuci muka. masalahnya, nak jalan selangkah pun dah tak mampu, inikan pulak nak ke toilet. jauh wooooo...


kawan2 lain relax je. penat memang penat tapi diorang dah beberapa kali panjat tangga. saya baru sekali ni tu yang rasa macam nak pengsan tu. hahaha. padan muka aku. hadapilah kehidupan panjat tangga di puncak alam yang serba majuuuu ni. ah, tensen pulak aku. dengan liftnya, dengan panasnya berbahang. 


sem depan kena pindah jugak. apakah ni semua??? -.-"


ta paham betul la UiTM ni. ceh...


membebel macam mana pun kalau memang takdir kesama apa nak di kata kan? ok, ramai je budak duduk sana hidup pun. kalau tak, tak kan leh berjaya kan?


POSITIF THINKING PLEASE!!!


sekian sahaja bebelan saya untuk hari ini. majulah puncak alam untuk pendakian tangga yang hakiki! yehaaaaa!!! hahaha







nah seketoi gambaq kami berlima dalam kereta comel fazreen. hiks!! =)






Selamat Pagi Semua!!





selamat pagi semua! semoga hari khamis ini membawa seribu makna! =)







pagi2 ni saya rasa teringin nak minum hot coklat yang panas2 tapi sedap2 tu. tapi saya tak ada mashmellow la. jadi makan dengan biskut sahaja. biskut jacobs! yeaaaaa!!



sebab suasana dekat shah alam ni sangat sejuk jadi memang bagus la nk minum, minuman panas pagi2 ni. =)







perghhhhh! mengancam gila la hot coklat dia! ok dah bye nak pi buat cepat!!!





=)






Tekak Menggatal!





bangun2 je sedar pukul 3 setengah pagi tadi rasa lapar sangat. craving pulak nak minum horlick. dah kenapalah tekak ni pun tatau la. huh!


mengada2 betul tau tekak ni. macam nak minum2 benda hangat pulak. sebab kat sini sejuk sangat. eh, menyesal pulak cuci selimut tadi, malam ni sejuk sangat pulak. ahhhhhh!!





ingat tak dulu pernah horlick keluarkan perisa vanila dan coklat. mula2 aku minum perisa vanila rasa macam too strong dan tak suka. tapi bila akak aku suka buat dan aku terpaksa minum rasa sedap pulak. sekarang craving balik horlick vanila ni tapi  horlick dah tak buat perisa tu dah. sedihnyaaaaa...



ok la. kawan2 untuk mengelakkan nak minum horlick baik aku tidor lagi bagus. hahaha




nite. bye!!



Wednesday, October 26, 2011

Thanks Nuffnang!





saya dapat undangan ke Chatime! heeeeee..






nampak tak arrow merah tu? Nuffnang bagi saya voucher untuk di cashkan dekat sana nanti. waa.. 


mula2 tengok macam errrr.. apa ni. bila baca betul2 barulah saya tahu apa sebenarnya ini. hehhee. lambat sikit sejuk2 ni. hehhee







weeeee... seronoknya! 



THANKS NUFFNANG!!



=)



Stalker~






stalking. see his picture. see his profile. see his friend. see his walls. close his facebook and CRYING.











T______T




Cuti




Happy Deepavali semua! 



ok dah. hari ni hari deepavali. meriahnya sambutan hari deepvali saya hari ini. mana taknya kemain ramai lagi jiran2 orang India. semua sambut bagai nak rak. dengan mercum sekuat2 alam macam nak perang. makan malam tadi pun takut sebab orang main mercun sampai tepi kedai. asap dah kena aku dah sebab dekat sangat. takut woooo...



dah la semalam excited sebab ada orang sudi ajar macam mana nak setting hp untuk masukkan sim kad broadband. weeeeee... tapi sebenarnya dia tak nampak pun dia setting. dia je yang buat pas tu dah siap bagi kat aku. aku dok senyum2 je la sebab dah boleh tukar. suka sebab boleh main pesbuk dimana sahaja kan. heeeeee..


dulu aku tak pernah terfikir nak keep in touch dengan orang2 dalam blog ni. pada aku semua limited dalam blog je. tak terfikir pun nak jumpa blogger then sembang2 dan kenal2. tapi sekarang dah berubah. aku sekarang memang suka kenal dengan orang2 dekat blog. selain dari tambah kawan boleh jugak share2 pengetahuan, share minat, dan macam2 lagi. heeehehehe



kawan sekelas aku pun blogger terkenal jugak. Adam Haiqal. pergi la tengok blog beliau. best je ok. aku selalu juga kesana. ada juga blog lain macam Bingkisan Hati dan ada lagi beberapa blog lain. heeeee.. mereka kawan kelas tak apalah memang aku jumpa. tapi sejak terpisah kelas ni dan jumpa time BEL je rasa macam dah tak best la. huuuu..



selain tu orang yang tolong setting hp saya tu la. heeee.. tq awak! nasib baik awk tahu. kalau tak saya memang tak reti la. hukhuk.. borak2 sampai tak tahan dengar orang main mercun kuat sangat. masing2 pulang je... ceh, tensen mak nok dengar mercun sana sini. huuuuu. nak kenal dia? pi SINI.



dah la minum air tembikai semalam. lepas balik rumah tu sik pergi toilet patbelas kali sebab air tembikai memang suka buat kita buang air kecil selalu. heeeeee. makan nasi goreng seafood tapi ada sotong je. udang tak de. ok, seafood kedai ni tak ada udang. heheheh. dia makan nasi goreng cendawan tapi dia kata tak sedap. hikhik. nasib la awak. kadang2 memang tak berape sedap. heeeeee



hari ni tak ada perancangan langsung. memang rasa duduk rumah sampai lebam la. tapi bukan lama pun. satu hari je. esok dah ada kelas semua. bukan nak cuti lama sangat kan. huuu..



perancangan biasa di rumah adalah, basuh baju. kemas word rob. lipat baju. buat kerja sekolah. kemas buku. kemas beg dan sebagainya. hehehe. tu je la benda kalau nak buat kat rumah. apa lagi kan nak dibuat selain benda tu. heeeeeee



ok la. kalau macam ni gayanya bila aku nak berkemas semua kan? memang harapan la nak siap awal. hehehe..









nah seketoi gambar aku merah2. hehehee. ok bye!!














Monday, October 24, 2011

Monday Blues!




entahlah, rasa macam tak ada benda pulak nak tulis dekat blog ni. macam dah kehabisan idea. tak pun ketidakadaan mood nak update. aku memang tak reti nak ada mood selalu lepas tu siap tulis dengan penuh semangat yang membuak - buak..hahahahah


ahhhh.. malam ni aku kena study lagi. sebab esok ada test finance. aku ni bab2 mengira ni memang sangat bijak. hahaha.bijak yang amat sampaikan tak payah kira pakai calculator dah dapat jawapan pakai congak je. hebat tak aku? gila macam bagus kan? hahaha -.-'


aku baru balik semalam. macam2 aku kaut kat mak dengan akak aku. tapi tu la, ade je lagi nak dibeli kan? ni bukan nafsu k, ni keperluan. hehehhe


aku hitung2 makan dekat s.alam ni super banyak rasanya. bukan makan banyak. mahal maksudnya la kan. tensen aku. kalau tak merasa tak tahu. kalau makan mak oi, mahalnya. memang la tak perlu berkira bab makan tapi kadang2 perlu jugak la. tak kan asik nak makan benda mahal je hari2 kan? rabak la wei!!


aku rasa akuni dah patut start berjimat cermat. start makan benda biasa2 je dan murah2. dah banyak aku hamburkan kepada duniawi ni. ish ish ish...






motif entry menyelit gambar? haruslah ada gambar aku dah tentu ni blog aku kan? hahahha





ok dh la. tade idea nak tulis! =(









Friday, October 21, 2011

Malam yang Dingin~





malam ni saya tak dapat keluar sebab hujan lebat.jadi menu makan di rumah adalah megi goreng bersama telur goreng dan air coklat kegemaran! >.<


sedapppppppp~



padahal dah tak ada makanan jadi kemain sedap la megi tuh. hahaah



sedih!


Thursday, October 20, 2011

Fokus!





Currently dalam kelas QMT tapiii.... tak ada latihan yang nak dibuat dalam computer ni. jadi tak boleh buat. blurrrrr.. padahal kalau ada pun buat latihan slow jugak. blurr  jugak.. hehhee


melampau..


tapi saya boleh la paham jugak. sikit2. hiiii..


kelas ni sejuk sangat tau. tak tagan tau. kalau tak tahan sila bawak sweater atau shawl bagi menghangatkan tubuh anda semasa belajar. hehehhee


tak elok untuk kesihatan la kelas tak belajar macam ni. sila belajar iza. membazir je pergi jejauh. hukhuk



FOKUS!!


>____<










Wednesday, October 19, 2011

Bangunlah..





Aku sukakan tourism.
aku suka sebab aku suka melancong.
even banyak duit melayang, aku tak kesah.
sebab dari aku melancong tu aku beljar macam2.
aku belajar matang, membesar dan berdikari.



aku suka kesana kemari
mencuba benda baru
berjalan ke tempat orang 
aku suka



kerana belajar aku dapat berjalan
aku dapat merasai kehidupan di luar sana
kira aku tak adalah ketinggalan zaman sangat kalau orang cerita pasal tempat menarik di Malaysia ni
at least aku pernah jejak dan tahu apa dalamnya
kalaupun aku belum jejak sebalikya aku tahu ada yang ada
aku tahu keadaanya...



tapi keadaannya sudah lain
aku sudah menjejaki bidang lain
bidang yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk masuk
aku langsung tak nak dahulu
aku tak suka dulu



aku dalam bidang perhotelan sekarang
yes! dis is my world now
the plastik world



aku kena bijak bersama dengan orang2 yang di bidang ni
berada di dalamnya adalah mengikut rentaknya
bukan caranya
aku kena tabah
aku kena sabar
walaupun sesekali aku tak pernah suka


mungkin semua ni ada hikmah 
mungkin bukan sekarang
tapi akan datang
mungkin aku akan sedar semua ni  nanti


welcome to other world!







am i okay in green color??





Wanita Ketahuilah!




UNTUK KAUM HAWA...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilih
an terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman.. 






Kawan Baik






hari ni saya nak review blog kawan baik saya masa sekolah. namanya Liyana Upandi. dia sekarang belajar di USM cawangan kelantan. kos nursing. 


saya kawan dengannya sejak dia mula pindah ke kampung saya semasa darjah 5. ayahnya seorang cikgu di sekolah menengah kampung saya. dan sejak saya berkawan denganya kami tak pernah bergaduh besar. sedikit  salah faham adalah kan.


dia seorang yang baik hati. dan sangat  pemurah. sebab mostly kerja sekolah beliau saya tiru. terutamanya add math. sebab ayahnya seorang cikgu math dan add math. hehehe..


saya dah tak ada gambar bersamanya sebab dulu saya tak ada ambik gambar masa sekolah. sedih je kan tak ada gamabr masa sekolah. tak ambik gambar masa pakai baju kurung putih kain biru tu. hehehehe


jadi silalah melawat ke blog beliau Totally about My Life. beliau baru lagi dalam bidang blog ni. jadi sila la support beliau ye.. hehehhe









=)




Free!





Assalamualikum kawan2 semua. selamat bagi semua. yang berkerja. yang pergi kelas. yang meneruskan rutin harian. selamat pagi!!


seronoknya hari ni saya tak ada kelas. wehoooooooo~


alkisahnya, kami sepatutnya ada kelas dekat Puncak Alam hari ni. kelas CTU. cuma ada satu kelas je dekat puncak hari ini. dan sepatutnya hari ini ada presentation kumpulan dua. minggu lepas kami dan buat presentation selama sejam lebih. kali ini giliran mereka pulak.


mestilah rasa macam malas je nak dengar sebab masa kami present pun ramai je yang tidur kan. bosan sebab present je dah sejam. dah tu biasalah kalau lecturer mengajar pun tidur inikan pulak student yang membebel dekat depan tu. mestilah lagi bosan kan. hahhaha. lainlah kalau student ada attraction dalam presentation dia. hikhikhik


jadi dengan rasminya kami tak ada kelas hari ini. lalalalala.. seronoknya. boleh relax2 dan tak payah pergi puncak alam. heeeeeeeeeee


korang banyak kelas ke hari ini? hahahaahhaa *evil laugh*











*saje tepek gambar besar gedabak sebab rindu nak tepek besar2 macam ni* hehehehehhee





Tuesday, October 18, 2011

Happy Bufday Sayang~




15 haribulan Oktober
birthday kawan saya.
kawan baik saya sejak saya mula2 masuk UiTM dulu
dia yang pertama saya kenal dan terus bersamanya dalam orentasi dan duduk di bilik
kemudian bersama2 mengharungi 3 tahun diploma yang sangat mencabar.


aku sayangkan dia 
aku selalu bersama dia
dia bijak sembunyikan rasa hatinya
namun aku tahu selalu tingkahnya..


aku doakan kau bahagia dan berjaya selalu
aku sentiasa bersama mu walaupun sekarang aku dan kamu telah terpisah
terpisah kerana tuntutan kehidupan
aku redha..


aku juga doakan kau berbahagia bersama si dia
kawan ku juga
semoga hubungan kamu berdua kekal selamanya =)
















Happy bufday Husna sayang! semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah!
happy always!




=)





Anggaplah aku bukan rusuk kirimu yang hilang itu!






kau buat aku ternganga seketika
buat aku terharu seketika
buat aku diawangan seketika


tapi ia hanyalah seketika
dan sekejap cuma


bila angin berdesir 
hilanglah semua itu..


















Monday, October 17, 2011

Pensel Case hilang =(





sabtu.
aku pergi ceramah modul PPKP wajib tuh.
duduk dalam dewan DK4.
ramai2.
DK4 dekat Hotcat lama.
ceramah dua jam.
lepas tu aku lupa bawak balik kotak pensel aku
langsung lupa.



ahad.
LDK. latihan dalam kumpulan.
dalam fakulti je.
pagi2 bukak beg nak tulis2 nama
tengok2 tak ada.
baru ingat mungkin tertinggal dalam dewan semalam.
mintak tolong kawan ambik sebab dia dekat sana.
tapi tak ada.
sedih.




dalam tu memang pensel, pen, liquid, pembaris, dan stepler je. 
tapi ada satu pensel pilot shaker warna hijau kesayangan saya!
saya guna pensel tu sejak form 4 sampai sekarang tak pernah tak puaskan nafsu menulis saya.
malah saya sangat suka menulis pakai pensel.
tapi kini dia sudah tiada.
sedihnya saya.




T______T









selamat tinggal sayang   ='(





isnin nan indah!




petang yang dingin. tadi sangat panas. sekarang hujan pulak. hujan2 petang2 ni memang la mengundang kengantokkan yang maksima. ishhh


macam mana isnin anda hari ini? ok? saya ok2 sahaja walaupun ada aje yang tak kena.


biasalah. nobody perfect kan? hehehhe


last but not least.






comelnyaaaa! geram aku! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr~~~~






Gigih




semalam PPKP. modul yang wajib pergi oleh semua student UiTM tu ada dua hari. mula2 macam malas jugak nak pergi tapi memandangkan ini adalah wajib saya mengagahkan diri juga untuk melangkah ke fakulti di hari ahad yang hening ni =.='



phewww.. memang kena kuatkan iman sangat2 sebab selalu kan bangun lambat hari ahad tapi ni kena bangun awal sebab nak pergi modul ni. fuh! fuh! kena rajin2 diri sem ni. tak mau malas dah macam sem dulu. tapi aku rasa tahap malas tu sama je...hahaha


lepas habis modul. bagi menghilangkan tensen maka kami berjimba2 sekejap. lalaalalala. seronoknya! hahahha



macam2 benda yang terjadi semalam. kenangan PPKP yang kelakar kot. heeeeee~




Sunday, October 16, 2011

Allah sahaja yang tahu






A Girl asked her Boyfriend

GF: Why do you love me?
BF: I have no reason.

... GF didnt like it 'n say

GF: No. Give me a reason.
BF: Ohkay... 'Coz you're beautiful, caring 'n attractive.

Girl was satisfied,
Then one day she got sick 'n look Terribly Thin, Pale 'n Weak...

GF: Do you still love me?
BF: Now that you're not pretty 'n attractive do i have a reason to love you?

Girl Cried...
The boy hold her hand 'n say...

BF: Now you Understand?

"Love doesn't need reasons.
I Love You 'n still love you no matter what Happens."





*        *       *        *




MENYESAL KAHWIN..............


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.



Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.



Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..



Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.



Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.





Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!



“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..



Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..



Lagi abang sayang ade la..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?



Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..





Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!











ada orang post semua ni dekat wall beliau tapi ditujukan kepada aku. wordles saturday dan sunday..speechles..



jangan deritakan diriku wahai insan! 








T______T