Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..




Assalamualaikum kawan-kawan..



semoga sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah, selesai sudah bulan ramadhan yang penuh berkat ini. semoga semua amalan yang kita lakukan sewaktu itu diberkati Allah dan mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan. sekarang kita sudah menyambut hari kemenangan! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua kaum muslimin dan muslimat. semoga semuanya bergembira..



sejak saya habis praktikal 7hb hari tu saya memang tak berkesempatan nak update blog semua. nak bukak facebook pun tak ada. broadband saya dah limit tak bayar2. tunggu akak balik la gayanya. tapi tu la. bulan puasa tahun ini tak habis2 dengan pelbahai acara sendiri dan keluarga. jadi update blog memang dilupakan..


tak apa, nanti balik u saya akan update banyak2 macam biasa. dan semua cerita terpendam akan saya ceritakan.




salam sayang dari saya. 




SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SERTA 
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN 
KE -54






Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa di Persada Johor~





Assalamualaikum semua!



selamat pagi kawan2. semoga sihat hendaknya! apa?nada yang tak sihat? banyakkan berehat ye. puasa dak? dak? hahahha.. kesian dia saket ye. bersabar ye, tu semua dugaan yang Allah berikan kepada kita.


sebenarnya aku ni nak bercerita pasal semalam. semalam aku berbuka bersama staff Puteri Pacific Hotel dan Persada Johor. korang tak akan dapat kenal dengan mereka melalui laman web mereka sebab korang kena kenal mereka dari hati dan perasaan.


oyehhh.. mereka sangat awesome dan baik2. sampaikan kalau ada acara perpisahan kami haruslah kami nangis2 sebab sedih berpisah dengan mereka. yelah, lepas ni mana la nak mengadap muka meraka lagi sebab dah tak praktikal kan. semua baik2, semua dengan senang hati beri tunjuk ajar pada aku yang tak reti ni. semua rasa berbesar hati sebab kami masuk sana dan mereka melayan kami dengan baik.


terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi mengajar dan melayan kami dengan baik. sekalung budi ini tak dapat dibalas dengan sebaris ucapan terima kasih sebenarnya. ia lebih daripada itu penilaiannya. wah! apesal ayat aku begitu puitis? hehehehehe


dengan penuh sabar aku dapat menghabiskan praktikal disana. disana banyak mengajar aku erti sahabat, bersabar, erti kematangan dan kerajinan. waaahhh.. hasilnya?? sekarang aku semakin rajin. wewewe.. bagus tak??


semalam aku pergi jumpa dulu orang2 housekeeping sebab ada benda yang nak di cop. jadi bersalam- salaman dan berbual2. mereka ni superb best. jumpa mesti nak peluk2. rindu la kat pelajar2 praktikal ni rasanya.


dan semalam ada kawan aku chat lepas balik rumah. kenapa ko tadi moody? hahaha.. aku tak moody pun la kawan. aku cuma segan je nak makan meja belakang. meja kau. kau dengan dia dan dia kan? dan aku dah duduk dulu dengan mak2 yang suprb baik tu semua. jadi macam rasa menggedik je aku nak tukar2 tempat duduk. hahahha.. boleh terima tak alasan tu?? hehehehe


nak gambar? OMG! aku lupa nak snap2 gambar semalam. sebab segan punya pasal aku tak ambik. macam kemaruk je kau nak snap2 bagai. sebab semua orang macam relax je tak ada feeling nak ambik2 gambar poyosss.. hahahaha. jadi haruslah aku maluuu nak sap2 bagai. jadi entry ni tak bergambar la ye.. soriiii...


apa yang best? tentulah makanannya!! OMG! sedapnya nasi beryani, udang, ikan, dan kurmanya! nasi beryani yang cukup lembut dan tak terlalu berempah. ada pulak ayam dan kambing. pui! lepas tu ikan siakap sambal. sodapppp jugak tu. dan yang paling marbeles adalag udang goreng butternya! manis2 udang fresh dengan kebesaran dan kelembutan udang tu superb la! menyesalnya aku ambik 2 ekor je! nakambik lagi maluuuuuu... hikhik


kurna adalah perkara pertama aku nampak. sebab kurmanya besar2 dan tegang. bila makan rasa macam buat prune pun ada. seriyes sedap sampai rasa nak nangis. hahahhaa. tipu la nangis kan...sedapnya kurna ini  sampai ditapau dalam tisu 3 bijik dan bawak balik rumah kasi akak, mak dengan abah rasa. hahahhaa..


makanan hotel kan, haruslah sedap melampau. sebab kalau nak berbuka kat hotel atau persada cecah la RM80 ke RM 90 sorang. ok, seorang ye. jangan memain. harus la orang macam aku akan tak mahu pergi walaupun sebenarnya mampu bayar. membazir ok! mahal gila dah la aku makan ciput je. hahahaha. tak berbaloi sebab aku hanya boleh makan berselang, sikit2, sikit2.. kalau nak balun semua satu masa harus la tak boleh. meletop perut karang! hahahaha



hari ni pulak aku nak pergi semula hotel untuk buat perhitungan terakhir! hahaha.. hitung duit elaun je. aku nak  ambil dokumen sikit. lepas tu bye bye Puteri Pacific kita jumpa lagi ye kalau ada jodoh! =)







Menyampah!




rindu nak karang entry banyak dan tepek kat dashboard korang banyak2 jugak. tapi hakikatnya perlu disedari. tak ada line laju di rumah. sila cebik bibir menyampah!


ok dah! bye!

Berbuka Puasa di Tanjung Kapal Beach Resort~




hari tu 13 Ogos 2011 aku dan kawan2 berbuka puasa di Tanjung Kapal Beach Resort. ok, nama nak gah gila padahal.. biasa je la. sebab tu kampung aku terchenta. di organize macam biasa oleh orang kuat yang sentiasa ada budget nak dulukan duit dia untuk deposit. cik Yanti..hahaha.. lagi pun sekali nak jumpa kawan kami si Hazani yang baru balik German tu. dia buat internship dekat German...


lepas tu ber bondong2 lah kami ke sana. padahal tak ramai mana pun. adalah 15 orang je. tapi cukuplah sekadar berjumpa selepas 8 bulan tak jumpa. wuwuwuwuwu...


dapatlah berbual2 tanya pasal pelajaran, pasal u, pasal bila nak habis, mohon kerja apa, kau praktikal mana, semua la kan.. baru la tahu si dia ni praktikal mana, cerita pasal si anu ni la ape la. macam2 la kami berbual. lama dah tak jumpa kan. 


lepas tu tanya sesiapa yang tak datang tu dah kenapa. sebab apa. yelah, kalau lagi ramai join lagiiiiii best kan? berbual2 mesra, dan gathering macam dulu. selalunnya memang kami buat la. dulu kami buat di Mid Valley. tahun ni buat kat kampung je, senang! hahaha. nak tahu entry dulu klik SINI.


sila la tatap gambar picisan dari camera bukan picisan sebab dia guna Nikon D90. kawan saya punya camera. saya? saya tumpang menyibuk nak bergambar adalah! haahahaha




















gambar sangat jelas dan terang. segala urat sarat dan liang sebum boleh nampak dengan jelasnya. nampak sangat camera bagus bangettt! jadi haruslah gambar sentiasa terang benderang bagai tiada cacat celanya! hahaha


seronok of course la sebab kawan2 semua dengan semangatnya makan dan berbual itu ini. dan aku tak pernah rasa di ketepikan bila bersama mereka. thanks kawan2 semua!



plan raya ni ada lagi rasanya. jangan lupa mesej beritahu plan tu ye! adios!!




Bersawang~




owh, sungguh banyak cerita nak diceritakan. sangattttt banyak tapi apakan daya line internet di rumah macam tutttttt.. jadi saya terpaksa menahan diri untuk menonton tv sahaja. ataupun meain laptop hanya main game yang dah ada sedia kala. nak main internet? boleh blah!


aku rasa macam buhsannya tanpa internet disisi. rasa macam nak sumbat2 buah rambutan dalam mulut banyak2 simpan dalam mulut sampai kembung pipi. haihhhh...


rambutan ada berbakul2 dirumah, cempedak diluar pagar pun ada bersepah2 dimakan tupai. bila saya marah tupai mak kata " biarlah dia pun nak makan jugak" tapi bila aku buat derk je mak aku kata " kenapa tak cakap mak tupai sampai dah makan cempedak? dah busuk dah" eh? bukan mak nak bagi tupai tu makan ke?? *.*



korang dah beli baju raya?? belum? dah?? warna tema apa? ke warna warni? ermm, aku warna biru muda. OMG! menyesalnya pilih warna tu sebenarnya, sebab warna baju tahun ni semua warna pekat2 macam hijau pekat, kelabu, hijau lumut, pink pekat.. owhhhh, semua pekat! tensenya! >.< rasa macam putus asa nak carik baju warna tu. rasa hati, time tu jugak nak ubah warna tema keluarga tu.. aduhhh.. naik lenguh kaki tapi tak jumpa2 juga baju yang sesuai warnanya. ada yang sesuai dan berkenan, tapiiiiii harganya beratus2 okeh.. paling murah RM150. aku pandang mak, mak kata sekali setahun apa salahnya mak kata la, aku kata tak nak la, gojes sangat! * aku ni sedar diri jugak, tak payah pakai gojes2 sangat nanti tak terpakai, terbiar je dalam almari, kan rugi!* 



akhirnya beli warna baju tak biru sangat. hijau je banyak. dan aku sebenarnya tak berkenan dengan warna tu. tapi apakan daya, andai tak ada sangat aku pakai la jugak.. huuuuuu



* foto hanya sekadar hiasan duniawi*








Wednesday, August 10, 2011

Balik Kampung dengan bas pulak..malasnya!





hari ni aku kena balik naik bas sendiri. malasnya buka kepalang. sangat2 malas ok. rasa macam owhhh panas2 macam ni aku kena menapak lambai2 tangan tahan bas. malasnya plus penat. niat hati nak naik teksi je sampai Larkin. 


rasa hati macam nak balik dengan kakak je hari jumaat sebab malas nak baik2 bas ni. huuu. tapi tak boleh, mak macam nak cakap " eleh, mak pun boleh naik bas sendiri " macam ni je yang dah malas naik bas sendiri. aku pun malas nak ulang alik pergi Kota sebab malas. okeh. malas gila nak bergerak sekarang ni.huuuuuuu~


ok. nak mandi.




Lap2 air mata




sudah hari rabu. jadi hari ni aku pulang. sebenarnya tak tahu la nak pulang bila. mak suruh pulang hari ni. kakak suruh pulang jumaat saing beliau. aku? aku tak kesah pulang bila2 masa. aku selesa je duduk JB dan rumah. sama macam duduk shah alam. aku selesa. 


esok aku balik siang. tanak petang. sebab kalau petang, akan sampai malam. tanak nak buka puasa dalam bas. tak suka. hehehe. jadi balik balik cepat. dapat makan enak2 kat rumah. hehehe.


nanti 17 hb aku datang semula seba hotel panggil aku untuk berbuka puasa di Persada sama2 pekerja dan aku bakal dapat elaun yang tertangguh tu. insyaAllah aku datang semula jalan2 dekat hotel mencari kawan2 lama dan bertemu orang2 yang aku bakal tinggalkan lama2 lepas ni. entah bila aku akan balik semula tak kira la as guest atau as staff. aku pun tak pasti... kalau jodoh kita panjang dan umur panjang kita kan berjumpa ye.


hari tu masa last day ramai yang aku belum bersalam, belum mintak maaf. belum bergambar sama2. kalau dapat jumpa masa hari rabu tu nanti aku nak salam, mintak maaf banyak2 dan ambik gambar mereka. manalah tahu dalam aku praktikal tu aku ada tersalah kata, terkecilkan hati orang, terperli dan tersakitkan hati orang dalam keadaan aku sendiri tak tahu aku nak mintak maaf sangat2. hope semua maafkan kesalahan aku. aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. ;'(


aku tak nak cari lawan, aku nak cari kawan banyak2 dekat sana supaya aku dapat berkawan sampai bila2. tak kira umur tak kira jantina. sebab aku rasa kawan lebih baik berbanding status lain.


3 bulan kat sana mesti akan ada orang yang mengintai kita kan? ada je cerita masing2 di tempat praktikal masing2 kan? begitu juga aku. walaupun aku tahu ada yang cuba mendekati aku, aku terima mereka sebagai kawan. tak lebih dari itu. maaf, ye. aku harap mereka tak salahkan aku kalau aku menolak mereka. bukan darjat aku pilih. aku selesa berkawan dengan kamu semua. 


aku sedaya upaya tak mahu menitiskan air mata, tapi kenangan di sini mengajar aku erti sabar, erti bertanggungjawab, erti kerjasama, erti setia, erti kasih, dan bermacam2 lagi. aku belajar memerhati, melawan dalam diam, bertoleransi dan erti sahabat. terima kasih untuk setiap nilai murni yang kamu semua telah serapkan walaupun ianya hanya perbuatan seharian. setiap minit jam yang berputar  membawa aku kealam dimana aku bersama kamu semua dan apa yang patut aku lakukan.


semoga kita akan berjumpa lagi, mungkin bukan di hotel ini. mungkin di situasi yang lain. hanya doa aku iringkan untuk kalian supaya sentiasa sihat dan kita dapat berjumpa lagi. =)


warkah dari aku,
cewahhhh.. feeling habis aku menulis! hahahaha.. ok2 dah pukul 1 baik kau tidur iza. nanti 17hb jumpa lagi mereka2 tu. 



nite. bye2!





Tuesday, August 9, 2011

Hari-hari malas, bila mahu rajin ni?



Assalamualikum semua!



entah kenapa la internet sejak akhir2 ni sangat lembab dan sengal sahaja rasanya. dulu masa awal2 masuk rumah baru ni laju je. nak tengok Maharaja Lawak bukak je terus boleh tengok tak payah tunggu loading lama2. sekarang, nak tengok video Anwar Hadi pun kemain susah! bukan lama sangat pun! tensen tau! >.<


sekarang ni nank bukak blog orang pun kena refresh banyak kali. kadang2 tu nak bukak blog abang Ben pun sangkut. nampak sangat internet adalah berkelajuan infiniti. padahal blog abang Ben tu sangat ringan ok. hadoi la internet,sila tambah kelajuan anda pleaseeeee... -.-'


hari ni aku rasa malas gilaaa nak berkemas. semalam pun harini pun malas, apa nak jadi ni? ce cakap? esok nak balik rumah. mak suruh balik. jadi kena la kemas beg siap2 angkut letak dalam keta akak. sebab akak aku takkkan kemaskan barang aku ok. dia nak kemas barang dia je berchenta! inikan pulak nak kemas barang aku? puiii.. tak mungkin! ahahaha


aku ingat nak start berkemas lepas nii. lepas aku update sebijik dua entry dekat blog terchenta ni. almaklum la, aku ni tak dapat nak melepaskan komputer dan internet ni kalau line ok2 macam ni. rasa macam nak duduk 24jam depan komputer update entry dan komen, blogwalking lagi. suka tengok blog2 orang yang cantik2 dan banyak cerita menarik di dalamnya! 


petang ni aku paksa akak aku bawak aku pergi KSL. ala, pasaraya baru dekat JB ni. dekat sebelah Holiday Plaza. aku nak jenguk2 best ke tak shopping complex ni. kalau best bolehlah jengah selalu. aku dengan kakak selalu melepak dekat Giant je. selalunya Giant dekat taman ni je. kalau tak pergi la Giant Extra dekat Kampung Melayu tu. harga barang dekat Giant Extra murah ok. lebih murah dari Giant dekat taman ni. yelah, dekat taman ni semua  golongan chinese jadi barang2 pun mahal. ramai pulak tu orang singapore yang membeli belah jadi no wonder la sini mahal sikit dari Giant Extra yang rata2 orang melayu.




pagi tadi aku dah bodek kakak aku megi kari letup dengan telur dan buatkan air milo untuk sahur. cewahhhh.. siap bodek lagi. aku tak sabar ok tengok periuk nasi baru dia beli minggu lepas tu dok terbiar je. konon nak masak masa sahur. nan hado. aku makan roti dan biskut jugak masa sahur. pemaleh tau akak aku ni. hahaha. jadi malam tadi aku basuh periuk tu, aku sediakan megi, cuci telur semua. letak dekat2 supaya pagi aku senang, letak air then masak je. boleh la.. pukul 5 makan la megi tu. suka la dia. aku pun suka gak. dia kata aku rajin. ceh!! padahal dia yang malas, bahan ada saje tanak buat...


kalau dia tahu aku membebel pasal dia ni mampus aku tak dapat baju raya dengan kasut raya. dia janji nak belikan aku baju raya dan kasut raya. tak tahulah bila. aku raya aku tak kesah sangat. tapi time nak naik sem nanti aku memang nak beg sebab beg lama aku dah koyak, nak kasut @ sandal sebab kasut lama dah kopak, nak file, alat tulis. nak baju kurung ke tshirt ke blouse baru untuk aku pergi kelas...


selain tu make up aku, minyak wangi itu la ini la semua ni ada penuh dan baru. sebab yang ada ni semua dah nak habis. almaklum la dah 4 bulan buat praktikal. hari2 make up kan, habis la segala bedak la hape la. jadi paham2 la. aku memang gila make up, minyak wangi dan barang2 feminin ni.


owhhh... satu lagi benda yang paling penting aku nak ada dalam keadaan elok adalah handphone aku. handphone aku memang dah nazak tahap cipan ni. dengan susah nak space, tak leh dengar orang cakap kalau tak loud speaker, tak boleh off call. tak boleh tutup slide otometik dia lock. kena lock manual pulak sekarang. macam2 perangai dah budak setahun ni. yelah, selalu sangat jatuh. jahanam la dia. cuba kau selalu jatuh, mesti la sakit kaki, lutut, kepala, siku semua la..dia pun macam tu jugak..


macam gila aku nak nampaknya. kopak la kakak aku kan? haaaa.. padan muka,sape suruh jadi kakak kan dah kopak. hahaha. cuba jadi adik, senang je. nak beli keropok lekor pun tadah tangan mintak orang duit sebab 'kononnya' aku tak ada duit. kau nampak konon tu? sebenarnya ada tapi aku kedekut lebih. tanak beli guna duit aku. hahahaha. keji kan? hahaha




lagi2 pulak penjawat awan dapat setengah bulan jadi sempena hari raya ni. aku lagi la tadah tangan kat kakak aku. dah dia kakak kan. tagak je la adik kau yang mata duitan ni. hahahaha. aku ingat tahun ni aku tanak la beli spek, pakai je spek lama tu. ada 2 spek aku sekrang. spek lama tu beli time nak naik degree mesti elok lagi kan. sem ni beli lens je la. lagi pun aku pergi kelas pakai lens. bukan pakai spek sangat. sampai kawan2 aku tak tahu yang aku ni pakai spek. ada yang tanya, memang aku dah tak pakai spek ke? kat rumah aku pakai spek la. keluar jalan2 je aku pakai lens. tu pun kalau rajin, kalau malas aku sarung spek ni. senang!


panjang dah owh aku membebel. baju satu hapah pun aku belum kemas lagi. sat lagi akak aku balik. nak pergi jalan2 dah. baju apa nak pakai pun aku tak tahu lagi. bedal je la hape2 baju pun. malas pulak aku nak pikir. huuuuu..


ok la berenti sini dulu ye. babai!






Survey~



Assalamualikum kawan2!




malam ni rasa nak survey2 la. survey kasut, survey kuih, survey baju untuk raya nanti. bukan nak melaram je tapi sebab nak benda tu tersusun. nanti kalau dah nak raya taklah rasa kelam kabut cari itu ini tak jumpa. 


nak2 pula nanti sepanjang cuti puasa ni aku kena taip report untuk praktikal hari tu. nampak gayanya memang asyik menaip je la aku. walaupun aku tak tahu macam mana format report tapi macam biasa lah, belasah aje la punnnn...


ni kuih raya yang aku suka tahun ni. kuih makmur.




kasut raya idaman, idaman je ok. bukan dapat pun..hukhuk





baju kurung warna biru muda.. idaman tahun ni. sebab warna tema family tahun ni adalah biru muda...











lawa kan baju2 biru dekat atas ni? lawa baju, harga pun lawa lah nampaknya! aigooooooo..


okeh2, nak tidur.. esok mahusahur.. bye..








Monday, August 8, 2011

Merancang Berbuka di mana selama sebulan?




Assalamualaikum..



mencari tempat berbuka puasa? yelah, kadang2 sebulan makan makanan bazar bosan pulak kan? mari kita jengah makan hotel supaya selera tu dapat diubah sikit. jadi bersemangat la nak berpuasa kan. sebab dapat makan dekat hotel. ok, itu sume psyco je. hahaha


mari menjengah buffet Ramadhan di Hotel Puteri Pacific pasti anda semua tertarik dengan hidangannya!









kemudian mari menikmati buka puasa di Persada Johor. anda akan merasa kelainannya!





mengancam kan? sedap2 wooo makanan dekat sini. tak tipu punya! kalau nak makan selalu belilah Puteri Privilage..





anda akan dapat makan di Newsroom Cafe, Selasih Restaurant, Nelayan Cafe dan Straits Cafe dengan 15% diskaun bersama voucher. dijamin menjilat jari semua makanannya!



amacam? rasa macam dah pegang telefon nak buat reservation ke? jemputlah ke Hotel Puteri Pacific dan Persada Johor. anda akan mendapat kekenyangan yang jitu. sebab sedap sangat makanannya! >.<


perghhhh.. promoter ke aku ni? siap beria2 suruh datang ni? ada imbuhan untuk aku tak?? hahaha... imbuhan? puiiii.. jangan harap ok.. aku berkhidmat kat sana memang rela hati..


selamat berbuka puasa di sana!! ada rezeki kita jumpa hotel atau di Persada.. =)





Pasar dalam U..



Assalamualaikum semua!



berbuka apa hari ni? aku berbuka nasi lemak ayam goreng + kuih muih + air katira. alhamdulillah la. beli dekat bazar tadi. cepat je dah siap semua masakan. heehehe.. pasti sedap mengancam. hahaha. bulan2 puasa ni semuanya sedap belaka. mana tak sedap dah lapar melampau kan? harus la sedap.. hehehe


cerita pasal berbuka ni, aku nak cerita pasal waktu aku berbuka dekat kolej dulu.. dulu diploma dekat Melaka. owhhh.. heaven.. makanan super sedap >.< blok pulak dekat dengan pasar dalam u memang aku boleh 3,4 kali pergi pasar sebab teman kawan la, beli air la. see? aku memang suka pasar dalam u. sebab!


1. Murah  *ni memang realiti, nasi kerabu kau boleh dapat RM2.50 hingga RM 3.00 siap semua, bukan hanya nasi dan ulam2 je..siap ikan goreng, daging salai, lada sumbat, keropok. nangis tak??*


2. Banyak Pilihan
* kalau sebut pasal air, berderet tong air, air jus air biasa. kalau nasi macam2 nasi. nasi lemak je macam2 versi. yang aku suka dia ikot selera. nasi lemak kosong, nasi lemak telur rebus, nasi lemak telur gorang, nasi lemak ayam gorang, nasi lemak ayam dan telur goreng, nasi lemak ayam gorang dan telur rebus. amacam berpinar tak?? *.* tu belum lagi murtabak, roti john, yong tau fu, burger, kuih muih, jemput2 udang Alor gajah. ok, ok. dah! makanan lain, lain masa aku cerita*


3. Dapat cuci mata
   * ok ni sebenarnya bukan apa, saja. dapat tengok orang2 sekeliling. selalunya bulan puasa sabtu ahad ni kurang keluar bilik jadi dengan pergi ke pasar dapat melihat kawan2 sekampus dengan pelbagai ragam dan cara, dapat melihat kehenseman mamat2 idaman juga kepelikan sesetengah manusia.*


tu je kot. hahaha. banyak kenangan dekat UiTM Melaka dulu. beli makanan dekat pasar makan dekat tasik, jalan2 dekat tasik. kalau puasa sila pergi dalam pukul 5. kalau tak makan asap je datang lambat2. tak ada makanan dah. semua dah habis kang. hehehe


lepas tu aku suka buka sorang2. sebab senang, aku makan atas meja je. kalau ramai2 kena makan atas lantai bentang surat khabar, makan borak2 sampai hampir lepas maghrib. haha. kalau bukak bilik orang harus la berangkut kunci bilik, mangkuk la. ape la. lecehnyaaaa.. >.<


aku rela buka sorang2 dari meleceh macam tu. nampak macam aku ni lonely tak? tak kan? hahaha..kalau ada kawan sebilik makan la dengan diorang..


dah nak buka. 



SELAMAT BERBUKA KEPADA SEMUA!

baca doa berbuka dan doa makan dulu..


assalam




Manisnya kurma ini..




Assalamualaikum



selamat petang! petang yang panas! petang2 macam ni membuatkan kira mengantok dan haus. panas buakan main. yang bekerja berpanas tu sila kuatkan iman supaya terus berpanas. fikirlah panas akhirat lagi membahang dari panas dunia.. =)


tetiba tazkirah pulak kan? ececehh.. manisnya kurma ini! haaaaaaa.. korang mesti tahu kan quote tu dari siapa? Sepah la kan? ke ada seiapa tak tahu lagi? ok, siapa tak tahu sila search Maharaja Lawak Sepah dekat Youtube. kompem jumpa! nanti tahulah manisnya kurma ini tu siapa yang cakap.. eh, eh, macam orang ramai je tak tahu kan? macam bagus je aku nak bagitahu segala..ahahha


sebelum apa2 kita ucapkan tahniah kepada Abang Ben dan isterinya Kak Zila sebab bakal dapat junior! yuhuuuuuu.. Alhamdulillah kan? semoga kandungan kak Zila sihat sehingga melahirkan nanti. semoga dapat baby yang comel dan gojes. macam mama dan papanya kan? hehehehhehe

sebenarnya hari ini aku nak cerita pasal KURMA. haaaaa...bulan2 puasa macam ni semua nak cerita pasal kurma kan? bulan lain tak pun. sebab sunnah makan kurma masa berbuka. benda yang senang kita buat dapat pahala, takkan tak nak oi? haaaaa..


dulu masa aku kecik, aku tak suka makan kurma. pada aku kurma tu manis sangat dan tak sedap sangat. masa tu tak tahu la apa kebaikkan makan kurma, apa lebihan kurma, apa khasiat kurma. cuma tahu kurma tu bagus. kena makan. tapi aku tak suka >.<


lepas tu besar sikit aku mula la tahu apa khasiat kurma, kenapa kena makan sebelum makan benda lain masa buka posa. macam2 la yang aku tahu. tapi aku still tak suka kurma sebab kurma manis sangat. tak leh terima. tekak memang tak suka. 


tapi sekarang ni aku boleh je makan kurma. eleh, boleh makan banyak2 lagi. aku rasa kurma ni sekarang dah tak manis sangat. ke sebab tekak aku dah berubah? errmmm... sejak aku masuk universiti, aku kena puasa dekat kolej. kena makan je apa sahaja makanan yang dewan makan hidangkan. jadi aku semakin tak memilih. janji boleh terima tekak aku, janji perut aku kenyang. bantai je. bukan jenis memilih.


jadi sekarang aku suka kurma. buka puasa makan kurma dulu tak pa. boleh makan dua tiga pun. bukan satu je. tapi aku pilih yang lembut2 basah2 la. sebab yang kering2 aku tak suka. tersekat je kat tekak. baik yang lembut2 sedap je lembut2 manis2. hehehehe





macam gambar atas ni. ok ni cuma gambar hiasan je ok. korang jangan terliur pulak! kang aku pulak berdosa sebab membuatkan korang terliur dan tak tahan nak makan. jangan..jangan.. kawal nafsumu! hahahaha


aku ingat aku je tak suka makan kurma dulu2. tapi bila aku blogwalking blog2 orang lain rupanya ramai yang tak suka makan kurma masa dia kecik. Blog Budak Lelaki Sebelah Pintu dan Cik Bulat. macam aku jugak la dulu. hahahaha. tekak budak2 ni memang tak boleh terima eh? tapi bila dah besar2 boleh je terima tekak tu. makan pulak kurma semangkuk pun boleh kan? cuma kurma berbadam tu memang extra sedap la sebab ada badam, tapi selalu sangat tak bagussss.. kolesterol kekacang! >.< hehehehehehe..


dah pukul 4 la. korang semua berbuka menu apa hari ni? aku menunya terletak di tekak, dihati dan di bazar.. tu la. duduk rumah sewa, tak ada dapur. kalau ada dapur kan pemalas masak. kalau duduk rumah kampung tak pa. mak masak sedap2. waaaaa... ni duduk rumah sewa sahur makan biskut, makan roti je. dekat rumah kampung makan nasik. mak masak la opkos..


ko bangun2 genyeh2 mata, menguap sekali dua dah ada nasik panas di hidang atas meja. paling2 pun. kau bangun tolong ceduk nasik dalam periuk dan buat air. lauk mak dah masak. ayam, telur ayam, ikan, daging, sotong, sayur semua boleh ada atas meja pagi2. kan sedap tuh!! >.<


ok la kawan2. siapa nak masak boleh pergi masak. siap2kan bahan2. hehehehe




tata..






Officially its Over!


Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar kawan2 semua? diharap sihat hendaknya. aku sihat seperti biasa. macam biasa juga aku akan menulis blog. tapi sehari dua ni aku memang tak menulis. yelah, ketiadaan masa dan ke'slow'an internet membawa aku kekancah tidak menulis blog. apa masalah aku tulis macam ni weh? cam dalam sastera je?? -.-'


ok2. perenggan dua ni aku tulis macam biasa je. tak payah nak ikut karangan bahasa melayu tingkatan 5 sangat. hikhik. oke, aku nak beritahu secara rasminya aku telah habis praktikal di Puteri Pacific Hotel. owhhhhh.. rasa sangat lega okeh. rasa macam satu bebanan yang menimpa aku 3 bulan lalu telah pergi jauh2. aku tak perlu lagi fikir tentang praktikal. seronoknya!! >.<



Puteri Pacific Hotel


rasanya macam fuhhhhhh.. lega noh! lepas bala bencana praktikal yang amat memenatkan, menguji kesabaran, menimbulkan bermacam-macam perkataan yang keluar. errrr.. sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa lagi. aku pun mula merepek dan tidak memakan kerepek kerana sekarang bulan puasa. got it? 


semalam aku habis praktikal di Puteri Pacific Hotel. eh, eh, berapa kali nak cakap kau dah habis praktikal? -.-' .


lobi hotel


rasa seronok dalam pada yang saya rasa sedih berpisah dengan kawan2 yang telah aku anggap seperti kakak, abang, adik, mak dan ayah. seriyes. sedaya upaya aku tak  melelehkan air mata walaupun salah sorang perkerja pangkat mak aku dah menangis masa nak balik bila berpelukan dengan aku. 


"lepas ni mak tak ada kawanlah nak paring baju" kata mak.
" ala mak, nanti datang lagi budak praktikal lain tolong mak..." kata aku sayu.
" bila ada datang lagi? macam tu la. tak suka tau. datang lepas tu kita dah ajar-ajar dah sayang-sayang pergi..." kata mak.
aku hanya tersenyum. memang macam tu la mak. kataku dalam hati. :'(


aku panggil orang sebaya mak aku 'mak'. tu memang panggilan biasa dekat sana bila orang tu sebaya mak kita. tapi bila lelaki sebaya ayah kita, kita tak panggil ayah ok. ntah kenapa. mungkin bila panggil mak tu macam manja2 dan hati orang perempuan akan senang. yelah, semua budak muda2 tu panggil mak. kalau lelaki jangan panggil ayah pulak. ada kena perli pulak.. hahahha


rindu mak2 yang sangat baik2 tu. rindu mak2 yang sangat penyanyang tu. sayang mereka pada kita macam sayang mereka pada anak sendiri. best kan? dapat makan sedap2 dekat hotel. kalau aku dapat masuk kitchen agaknya mesti lagi best. chef2 banyak baik2 dan kelakar. dengan partimer yang comel2. hahahaha. ok. suka sebenarnya pergi kitchen tapi mana pernah dapat. sebab tu aku extra suka susun baju kitchen diorang. hahaha. bila diorang datang nak ambik baju aku kepoh2 tengok dan ambikkan. hikhik. ohhh.. tu bidang tugas aku la..jangan ingat aku kerja menggedik je ok? hahahha =.='


the most best part in Front Office bila kau berada di Concierge. jadi bellgirl yang sangat gojes didepan. bila kau kerjanya tukang bukak pintu dan hantar barang. bila kau di treat macam adik2 mereka je. yelah, kerja dengan lelaki. dimanjakan adalah sudah tentuuuu... yuhuuuu.. di kidnap masuk stor dan paksa aku makan jemput2. paksa aku makan meehon, paksa aku minum air teh, paksa aku itu, paksa aku ini. macam2 tau diorang ni. tapi keadaan macam tu la seronok. bila keadaan tak bizi dalam pukul 3lebih je kapten bell man halau aku pergi surau. suruh tidur katanya. haiyak..


korang cuba baca betol2. halau ok. paksa yang amat.
sama juga macam nak suruh break.
bila diorang tanya dah makan?
aku cakap belum. pergi makan. kata diaorang.
aku cakap tak ada kawan. ajak Jeff.
Jeff tu budak praktikal jugak tapi dia diploma. Jeff tak nak dia kata nak makan nanti.
abang kapten tetibe bukak kasut dan gaya nak lempar ke Jeff
"pergi makan dengan iza sekarang!"
ok, itu dahsyat. sampai Jeff terpaksa ikut. arahan kapten katanya. hahahaha


aku macam ehhh. kelakar pulak la abang ni. macam sengal pun ada. hikhik. tapi tu tandanya dia tak nak kau lapar. tanak nak kau saket. macam masa aku saket kaki hari tu aku telefon pepagi sebelum masuk kerja nak cakap kat abang Kapten yang aku saket kaki tak boleh pergi kerja. dia tahu je aku saket apa sebelum aku cakap. bila aku tanya macam mana tahu dia kata siapa lagi nak ambik berat pasal aku kalau tak dia kapten aku. hahahaha. esoknya dia tak kasi aku berdiri lama2. asal lama je suruh aku duduk dekat stor ke surau ke. suka hati la kata dia.


sama macam dekat Housekeeping. suka sangat bila dapat pergi Public Area dengan Linen. boleh berjalan2. kalau dekat public area lagi la. kau nak round satu hotel pun boleh sebab banyak tempat adalah public area. jadi untuk berjalan2 adalah tidak menjadi masalah. hehehehe. boleh jalan2 ke Rouge, jalan2 dekat lobi, dekat car park, dekat ballroom, dekat lift, dekat foyer, dekat swimming pool dan banyak lagi la. kau nak jalan sampai kejang kaki pun boleh! >.<



staff linen yang baik2! >.<


dekat linen pun sama. kau boleh berlari2 dari hotel ke Persada dengan senang hati tanpa takut dengan apa2 dan sesiapa. sebab kau pakai baju kerja dan atas urusan kerja. hehehehe.. seronokkkkk... lepas tu pergi inventory dengan abang2 supervisor yang sengal dan kelakar. asyik kena je aku dengan diorang. haiyoooo.. tapi best. itulah kenangan. itulah sebenarnya keseronokan bekarja dengan mereka. especially lelaki. senang kerja dengan mereka. tak perlu takut, tak perlu risau. semua ditanggung beressss..heheehe


panjang pulak aku membebel kan? bajet macam ade pulak orang nak baca entry panjang2 macam ni? jangan harap, separuh ke suku je korang baca gerenti dah pangkah blog aku kan? redha je la. tapi aku tak kira, aku nak jugak sebab ni aku rasa aku perlu cerita..keseronokkan aku.. =)



fuhhh.. semua pesan nanti kalau dah cuti2 sem kerja la part time kat sini. aku rasa macam errrr.. nanti aku pikirkan nanti la bila aku rasa macam terdesakkkkkkkkkk sangat nak guna duit baru aku akan kerja sana. kalau tak aku tak kan la..


ok. thanks for reading! =)




Friday, August 5, 2011

Gambar2 je dulu..
























ni malas namanya. gambar2 je kasi tepek dulu. nanti2 barulah cerita ok???






Panassss~



Assalamualaikum kawan2 semua




apa khabar anada semua? semoga sihat hendaknya! hari ni korang semua berbuka apa? makan apa? kuih apa? air apa?? aku cuma makan nasi goreng seafood dan air bandung je.. heeee.. janji kenyang sudahlah.. jangan nak memilih kan?


malas nak pergi bazar plus penat dan panas sangat jadi tak larat nak merewang kesana kemari sebelum buka. balik je kerja pergi beli makanan buka, tu pun tak beli dekat bazar, beli dekat kedai biasa je. tak beli kuih2 ke apa.. malas nak mencari la.. dekat kawasan ni mana ada orang jual nak buka puasa sebab kejiranan ni banyak orang cina.


hari ni kerja macam biasa. penat dan panas. pergi inventory hari ni dekat Ideal dan Fabricare. amboiiiii, panasnya cuaca. pedih peha bila kena dalam kereta. dah la kereta kompeni tak ada aircond tak ada. sedih kan? cuaca macam ni bulan2 puasa ni nak suruh kami pergi buat inventory? maaflah! haus ok, haus..


abang hamdan tengok perkataan cendol tepi jalan je pun dah rasa haus, ni belum lagi nak mengadap orang minum cendol depan mata. mau dia sekali berbuka ni. hahahahah


masih stay cool dan puasa. abang2 tu jugak puasa tu. hehehhe.. lepas ni sesi buat report pulak. ok?




*ngantok dah. mari tidur*





Thursday, August 4, 2011

Hari ini..



Assalamualaikum w.b.t.




selamat kita mengerjakan puasa pada hari ke-4. semoga amalan kita di terima Allah.. 



hari ni apa cerita? ceritanya tak banayk pun. biasalah cerita tempat kerja.. apa lagi yang aku nak ceritakan kan? hehehhee.hari ni pagi2 biasa je buat marking baju guest lepas tu paring uniform yang baru sampai. lepas tu pasang day curtain dekat bilik2 tertentu dan lepas tu pergi buat inventory dekat Fabricare dan Ideal. dekat Taman Daya satu, dekat Kampung Ungku Mohsin satu. 


pergi dengan abang2 supervisor. naik kereta kompeni. hakhakhak. bantai sahaja la. walaupun kereta tu tak ada aircond. kalau pakai kereta sendiri kena claim minyak pulak kan? hehehehe pergi berjimba2. sesampai je hujan masih lagi turun maka kami tak jadi la buat benda tu. lagi pun kami kena kira dekat luar.. tak ada bumbung pun. mungkin la. maka tak jadilah nak kira inventory sebab hujan..


menuju ke sebuah lagi panel laundry kami di Taman Daya. dah la dalam keta asyik kena kencing dan dipermainkan oleh abang2 supervisor tu semua. choyyy la abang2 ni.. penat aku melayan..hahahaha.. siot je aku kena main dengan diorang. tu time mata helang bos tak ada, time berjimba diwaktu kerja tapi berjalan2 diluar, time mood baik, time hati senang macam tu la.. kalau dekat pat kerja mata helang boss sentiasa ada..mana boleh bergelak ketawa sakan..



esok mungkin lebih mencabar kalau aku kalau tak hujan la. kalau hujan tatau la menjadi ke tak. hukhuk. memang kena berhempas pulas la mengira beribu bedsheet, pillow case, napkin, table cloth, chair cover, towel2 semua. aku rasa la macam lama pulak la aku dekat laundry ni. dulu masa dekat tempat lain macam tak lama sangat...huuuu.. perasaan semua tuh! =)


lagi 3 hari nak habis praktikal. rasanya dah seronok kerja dengan rela hati. kalau dapat gaji lagi rela rasanya. patutlah ramai yang dah bekerja sini berpuluh tahun. ntah la, kalau aku rasa cepat bohsan, jadi mesti aku akan cari kerja lain. aku wonder pada budak2 muda yang suka kerja sini, dalam 3 4 tahun dah bertahan kerja sini. kagum dengan kesabaran korang.. =)



sekian bebelan saya pada saat ini. kalau saya rajin saya update lagi nanti.. =)




bye!









Wednesday, August 3, 2011

Harga Makanan semakin mahal! *_*




Alhamdulillah... selamat mengerjakan puasa sampai hari ke-3 ni. namkanya, semakin bertambah hari puasa semakin dekat la masa aku nak meninggalkan hotel ni. hurmmmmm...


pasal nak habis kerja jangan cerita dulu. nanti2 la. sekarang ni aku nak cerita pasal makanan yang ada jual dekat bazar ramadhan sekitar Johor Bahru ni. 


semalam aku pergi bazar ramadhan dekat Plaza Kotaraya. sebelah parking dekat hotel aku praktikal tu. tengok makanan menyelerakan. nampak sedap. sekali tanya, beli semua mahal2. OMG! satu hari je untuk berbuka puasa 2 orang kena lebih kurang RM20++. cuba kau kira hari2 macam ni mau botak kepala yang penuh berambut ni??? lainlah kalau yang memang tak berambut tu. hikhikhik





semalam aku dengan akak aku cuma beli nasi putih + ikan keli goreng + sayur pucuk ubi masak lemak = RM12. murtabak RM3.50. satar RM2. kuih puding karamel 3 keping RM1.50. perghhhh, detail tak aku bagi tau korang. nak cakap betapa mahalnya makanan dekat sini. tu air kami tak beli sebab dah beli air Dutch Lady rendah lemak dekat OU. 


mahal gila aku rasa makanan dekat JB ni. aku yang orang Johor pun sangat terasa. tapi bila aku makan tak de la sedap sangat pun. sedap lagi makanan dekat kampung aku. sedap lagi air dekat kampung aku. even kampung tapi lagi menepati citarasa. bukan nak kata tekak aku ni memang memilih makanan setempat. tapi sebenarnya aku ni fleksibel. boleh je terima mana2 makanan kalau benda tu sedap. mostly aku yang pelahap semua makanan berbanding ada certain2 orang yang kalau lain sikit je rasa dari biasa tekak dia makan otomatik dia luah balik. aku takkkk... aku telan je terus. perut naga la katakan.. ehehehe..





tadi aku pergi bazar dekat Tebrau pulak.tak banyak tapi boleh la menghabiskan berpuluh ringgit jugak. aku beli nasi kosong + ayam masak merah + sayur kacang + telur dadar = RM13. untuk dua orang. aku macam. owh, mahalnya *dalam hati je*.


banyak sebenarnya nak cerita pasal makan ni. tapi mungkin tak pernah habis. hehehee. aku kalau pasal makan tak berapa memilih tapi kalau pasal mahal aku berkira. sebab aku ni bukan la orang senang sangat. huuuuuuuuuu~


aku nak cari kuih puteri ayu pun tak jumpa2 juga dekat bazar. jarang sangat dah orang buat kuih tu sekarang. hadoiyai.. bestnya kalau dapat yang lembut2 manis2.. hehehehehe.. macam aku la. tapi aku keras manis...heehehehehe



ok. dah habis bebel. hehhehe. thanks baca. =P




Wordless Wednesday~




















Tuesday, August 2, 2011

Penat Sangat~




Alhamdulillah.. saya selamat berpuasa hari kedua dalam bulan ramadhan tahun ini. semuanya berjalan lancar dan seperti biasa.


hari ini kerja macam biasa. wah, penat oke kerja berat bulan puasa ni. angkat bedsheet berplastik2 boleh bina tulang. kemas skirting Persada lagi. pui! penat.. waktu rehat pukul 1 tu diperuntukkan untuk tidur! kumpul semangat untuk kerja semula..


masuk bilik uniform je untie india tu cakap tolong jaga bilik uniform ni kejap sebab beliau nak makan. saya pun kata "ok untie!" sekali lepas untie balik makan, dia tengok aku dah terlentok dah tidur bawah kitchen uniform. ada hanger besi besar yang bawah tu letak tableclotch jadi memang sedap je gelap2 tersorok dan best. sekali tertidur sejam! hahahahah.. ngantuk dan penat pulak tu memang menjana kearah tidur yang efisyen la! hahahha >.<


lepas tu dalam pukul 2 aku rasa hanger tu kena gegar, rupanya abang supervisor saya yang gegar. dia saje mengacau sebab dia tak tahu siapa yang tidur situ. saya bangun dengan mata kelat dan kabur tapi still boleh kenal pasti siapa orang depan tu. dah kenal kan. dia kata "larhhh.. iza rupanya tidur, kenapa tidur sini? tidur la belakang2 sikit..." ingatkan nak advise apa ke, nak marah ke, rupanya suruh buat aku lagi lena tidur. mana boleh jadi. bawah baju kitchen pun aku dah lena inikan pulak tempat sedap2.. tak boleh! hahaha >.<



abang2 supervisor, mak2 laundry, mak2 public area, mak2 bilik, kawan2 maid, kawan2 public area, kawan2 maintainance, kitchen, laundry semua baik2 dan best2 belaka.. hari tu dua hari sebelum puasa aku tanya salah sorang mak ni, mak ni kalau masak sambal tumis memang marbeles wa cakap lu! sampaikan terkenal sangat dah sambal tumis mak ni seluruh puteri dan persada.



lepas ni mesti rasa rindu dengan kawan2 maid yang kelakar dan baik2. mesti rindu dengan mak2 yang baik2 dan penyayang, mesti rindu dengan abang2 bellman yang selalu paksa aku makan, paksa aku rehat, paksa aku pergi surau dan baring, paksa aku makan dekat store, rindu nak jalan2 as public area staff, sapu2 Rouge, sapu2 guna dust mop dekat lobi padahal nak usha mamat hensem, pergi jalan2 dekat sana sini, jadi runner, jalan2 ke persada sebab staff laundry, jalan2 pergi situ la sini la.. mesti rindu keadaan dan kawan2 dekat sana.. :'(



owh, saya rindukan mereka yang mengembirakan hati saya.. saya sukakan keadaan saya tersenyum melihat teletah mereka. mereka ada 1001 humor yang bisa mengembirakan hati saya. walaupun dalam keadaan penat. ye, penat. kami semua menggunakan 1001 tenaga untuk kerja. dalam kepanatan itu masih terselit senyuman yang   boleh menggembirakan hati dan sanubari.. =)



ahhhh.. tacing pulak tetibe. malas la nak tacing2 ni. huuuuuu~





Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa dan Bersahur! =)




SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN!!



salam kepada semua.. semua sihat hendaknya untuk menyambut  ramadhan ini.. saya baru balik shopping raya tapi saya tak dapat lagi baju raya.. abah aje dah beli kain buat baju sebab kena buat sendiri..


kalau saya beli bau dah siap je. senang kan? hehehhee..
esok sahur apa? eh, pagi ni sahur apa??
 saya tak tahu lagi makan apa..tapi sekarang ni dah balun roti canai..hehehehe
hari ni ada dekat rumah. sebab esok tak kerja.
selasa ni kerja semula. 
dan minggu depan ni saya akan habis praktikal..
seronok ke rindu nanti????
seronok pun ada, rindu pun ada...
hermmm...
oklah.. saya nak tidur dulu..
pagi nanti nak bangun lagi sahur.. 
nite kawan2..
selamat bersahur! =D