Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, June 29, 2011

Pedih2 Jemariku!!




salam semua kawan2 yang berada diluar sana? sihat? semoga anda semua sihat sahaja hendaknya.. =)


siapa puasa hari ni? 27 Rejab Israk Mikraj. Alhamdulillah siapa yang puasa tu.. siapa yang tak puasa tu nanti tahun depan je la ye puasa.. =)


saya Alhamdulillah dapat berpuasa hari ini walaupun saya kemas bilik hari ni.. nak kata penat tu memang la hari2 penat. tak sah kalau tak penat ni..jadi macam biasa la bila balik rumah tu saket sendi.. saket kaki.. saket tangan.. jari pedih2 luka sebab asyik cuci toilet..


hari2 at least 15 bilik buat hari2 macam mana la jari jari kanan iza ni tak luka2 pedih. biasa la chemical kan tajam     jadi jari2 iza luka2 dan nipis. sampaikan iza nak bukak plastik chocolate yang keras sikit pun dah saket jari ni. tak boleh nak guna kuat2 bukak plastik tu.. huuuu


sedih kan? jari jemari yang comel dan cantik seperti cinderella ni telah menjadi jari jemari nenek tua!!


pedih tau! kalau2 nak pegang benda berat tak kuat.jadi saket je.. kesian kan iza?? huuuu... =(


iza memang tak suka kemas bilik. buat benda2 yang kotor, bersihkan berak kencing orang dan main dengan chemical hari2. tensen la. dah la kemas bilik ni tak ada life. tiap hari kami buat benda yang sama hari2. bosan awak tahu tak? iza bosannnnn sangat dengan keadaan yang sama setiap hari ni. tak boleh memang buat kerja macam ni.. asyik buat kerja ni tak sempat nak jenguk keluar tingkap bilik. sedar2 dah hujan.. hahahaa... kesian kan?


sungguh rasa kebuhsanan hari2 begini. =(





Tuesday, June 28, 2011

Green Environment






hari ni aku kemas bilik macam biasa. dan cuci toilet macam biasa. pagi tu aku pergi check accopuncy bilik dan check status bilik. aku buat macam kak Nora ajar. memang tu pun caranya. 

then satu bilik ni orang putih duduk, dan aku tekan loceng cakap housekeeping nak kemas bilik. dia cakap sure! dan tanya kalau2 ada laundry ke tak.. dia kata tak ada. jadi ok 5 minit lagi kami datang. 


tehn, aku masuk bilik saperate dengan kak nora, kak kora kemas katil dan aku bersihkan bilik air. macam biasa. tak ada yang luar biasa. lepas tu aku dengar pompan mat salih tu cakap dengan kak nora, yang kak nora nak tukar bedsheet ke? kak nora angguk je. then, kak nora buat lagi. mat salih tu cakap lagi, "no need to change the bedsheet, its already new" katanya.. tapi kak nora layan ke terus buat.. then, kak nora stop. aku keluar la bilik air.


"she can talk english?" kata pompan mat salih tu pada kak nora. tanya aku lettew pandai tak cakap english. tadi aku jugak cakap english.
"yes" kak nora jawap.
"owh, i think u no need to change this sheet because i already check in yesterday. i think, its ok and i want to save enviroment" mat salih tu cakap.
" owh, sorry mem, this is our rules. everyday when we make up room, we must change the bed sheet, towel, and toiletries." aku cakap.
"but i dont want to waste it. i support the green enviroment just like what your hotel put in the bathroom" mem tu cakap siap bawak aku pergi bilik air tunjuk sign green enviroment.
"yes i know this sign. but its our hotel rules mem. we ususally change it because the bedsheet and towel have stain" aku cakap lagik
" but i think if we use in one day only a little stain and it can use it" cam tu la lebih kurang mem tu jawap.
"yes, mem."
"i also support the green environment and at home i also do that. not waste any things that can waste our enviroment" 
"yes madam, i also support it. but we only as a worker at this hotel, and we must follow the hotels rules that, everyday we must to change this when we make up room" aku jawap. aihhh.. mat salih ni. meh aku cabut je sign green environment tu senang cerita!
"if that ur hotel rules i cannot do anything." madam tu macam nak mengalah.
"but i think, u only neat it not change it" dia tak puas hati lagi tuh.... -.-"
"okey madam, but today we will change it because my frend already take it off from the bed. but, next time i will follow ur request."
"yeahhh.. ok.. tq. please make it" kata madam tu puas hati dengan jawapan aku.






lepas tu aku tanya2 dia dalam record kami madam ni professor. dia kata suami dia, bukan dia. suami dia ada kerja dekat UTM. then dia teman je. sekali jalan2 dekat Malaysia katanya..


bagus jugak kalau ada patbelas orang macam ni dekat level aku. tak ada la masalah bedsheet tak cukup ke hape ke. sebab tak payah tukar bedsheet. dalam dua 3 hari je baru tukar. tu kalau orang dalam bilik tu sama. kalau orang dah tukar? takkan guest lain nak pakai bekas orang lain punya? mesti tak nak kan? kalau aku pun geli ok! hahahaha.. yela, ntah sape2 je check in tu. cina ke, india ke badan bersih ke tidak ke. mestilah kena tukar!


balik aku cerita dekat kakak aku. lepas tu kakak aku cakap,"wehhhh, taks sangka ko boleh cakap dengan mat salih!" choyyyyyyyy akak aku ni. walaupun aku ni tak pandai sangat la english tapi setakat cakap tu boleh la. balunkan aje. dulu aku dekat concierge pun aku bedal je janji orang tu paham dan aku paham. hahahahhaa








siot tak akak aku? saje merendah kan martabat adiknya! aku reti la weh aklau dah terpaksa menghadapi tu. aku redah kan aku. janji lepas! aku pedulik hape kan pasal grammer ke hape.. hehehehehe



ooohhh.. aku rasa cantik2 pulak logo green environment ni.. rasa nak letak semua je! hahahaha.. aku kan gila hijau jadi maaflah kalau mata anda tu serabut tengok benda2 hijau ni. sebab maks suka noks!!!



hehehehe.. nite! bye!






Sepah Maharaja Lawak Pertama!






memang tak dapat dinafikan bahawa Sepah adalah yang terbaik dalam Maharaja Lawak. ramai sangat orang sukakan sepah sebab sepah ada humor yang orang lain tak ada. selamber badaknya tapi kelakar gila.. boleh?


minggu 12 dan minggu 13 Sepah sangat kelakar. dan pada aku most week Sepah memang baik punya.. aku suka lawak sepah yang keMELAYUAN dan sangat ketimuran. the most week rasa macam lawak Malaysia. tak ada la macam mengarut sangat ke apa. dan yang pasti lawak mereka kita paham. dan berbekas dihati.




malas la nak komen banyak2 korang nak tahu tengok la sendiri lawak diorang ni. sangat rare dizaman sekarang. aku rasa la diorang ni bakal jadi kumpulan lawak baru di Malaysia yang mampu buat rakyat Malaysia terikut-ikut dengan rentak mereka.


bukan ikut benda yang tak baik. ikut lawak2 diorang. lagi pun bukan lawak2 diorang ni tak sopan ke apa. mostly semua ok. tak ada yang sensored.


jadi tak hairanlah kalau Sepah menjadi Maharaja Lawak Musim Pertama ni. dan aku pasti kalau ada Maharaja Lawak musim akan datang pun belum tentu sebagus dan sehebat mereka. sebab apa, biasanya musim2 seterusnya selalu lemau.. tak best dan tak sehebat musim pertama. apa aje la realiti tv macam AF, Mentor dan banyak lagi..


apa pun tahniah kepada Sepah kerana berjaya membuat satu fenomena di dalam Malaysia dengan lawak2 sempoi anda. teruskan usaha berlawak dan kekalkan imej bersih dan lawak keMelayuan anda tu. itu sebenarnya yang rakyat Malaysia suka.. "Lawak KeMelayuan" supaya ia dekat dihati penonton semua lapisan masyarakat di Malaysia..


apa pun selamat menempuhi alam realiti artis Sepah!





Monday, June 27, 2011

Pakaian Baru!







baju saya di department housekeeping. sangat tak menarik warnanya. tapi nak buat macam mana kan? dah itu bajunya. hahahaha..


baju ni besar, sebab memudahkan pekerja nak buat kerja. biar longgar-longgar. kalau ketat kang susah pulak kan? hehehehe...


dekat seluar tu ada putih2 sedikit sebab saya melutut jadi kena la kotor2 sikit. adatlah buat kerja kan? gambar ni kakak yang jadi pengajar saya tu yang ambil. saya nak ambil gambar dengan dia tapi dia tak nak sebab dia malu.. hahaha.. mengada betollah kak nora ni.. orang nak jadikan kenangan..


balik ke kampung saya lalu highway lagi.. sebab jimat minyak.. dan kejap je dah sampai.. saya cakap je dari JB ke Bandar Penawar sekejap je rasanya.. heeeeeee





dah lewat malam ni.. saya mahu tidur.. mari kita tidur ye semua! good nite!!



=)



Tahniah, Dr Sheikh Muszaphar bakal menjadi bapa!







Alhamdulillah.. ketemu kita kembali selepas 2 hari tak ada khabar berita kan? saya agak sibuk plus kepenatan yang amat selepas mengemas bilik dan mencuci bilik air hari2. hahaha..


semalam balik ke rumah, jadi tak adalah blog dan facebook. maka, balik je ke rumah sewa, saya mengadap la keduanya.. ada pulak saya dapat berita ni.. berita gembira sangat ni!!


Dr Sheikh Muszaphar bakal menimang cahaya mata.. alaaaaaa... sweet sangat la mereka ni. jeles sangat taus saya tengok mereka ni. dulu pernah la Dr ni datang merisik-risik saya tapi masa tu saya suruh tangguh sebab saya masih belajar. saya yang suruh cari orang lain dulu. memandangkan dia dan Dr Halina amat sepadan maka mereka kahwin.. dan melepaslah saya! huaaaaaaaaaaaaaa!!!





mereka tak tahu lagi jantina anak sebab mereka tak nak scan. bagi suprise la lagi best kan? semoga Dr Halina selamat melahairkan baby yang comel dan sihat! dan kepada Dr Shiekh Muszaphar selamat menjadi bapa!


=)



Saturday, June 25, 2011

Mahukan Belajar Sahaja!




aku ternanti2 bila agaknya aku akan mula belajar balik, tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan keadaan plastik macam ni lama2. aku rindukan zaman belajar. penat bukan penghalang, cuma aku tak suka kotor2 sangat dan paling tak suka aku tak dapat apa yang aku inginkan.


dan bila aku tak dapat aku nakkan jawapan. nak kan reason kenapa aku tak dapat apa yang aku nak, tapi bila aku dapat jawapannya tak kukuh, aku jadi menyampah. ye MENYAMPAH. alasan kau langsung tak boleh diterima! 


aku tak sabar nak balik belajar semula. tak sabar sangat. aku tak suka keadaan macam ni. aku sangat2 terpaksa. wajib je lakukan semua ni. kalau boleh skip aku dah lama skip. Allah je maha mengetahui perasaan aku selama ni. dan Allah jualah yang telah buat jalan hidup aku tak kucar kacir.. terima kasih ya Allah.. :'(




jiwa terluka setelah apa yang saya lakukan dipandang remah. sangat terluka. saya harap smeuani tak berlaku di lain tempat! 


=(

Spoil Mood 7 Minggu akan Datang!

 


salam kawan2 semua, maaflah lama tak menaip blog. praktikal sangat penat. kerja macam orang tak ada life... sangat la tak ada life. macam hidup kau hanya dengan bilik sahaja.. nothing with dunia luar.. 


buat setakat hari ni, aku tak rasa hidup mereka macam sungguh2 tak ada life. aku rasa macam hidup ni kosong, hanya dengan bilik yang kita kena siapkan je. buat bilik macam orang gila. 


aku masuk housekeeping sekarang ni. ye HOUSEKEEPING. yang semua orang tahu kerja housekeeping ni penat. ok, sangat PENAT! buat bilik, kemas, bilik air, kemas katil. ye aku tahu, semua orang buat benda tu. sape yang masuk housekeeping tahu la saket pinggang malam2 tu macam mana. 


point dekat sini bukanlah pasal housekeeping keje penat. FO kalau bahagian Bellman memang penat jugak. kerja adalah berdiri. macam aku dulu, sampai saket kaki. bengkak okeh kaki aku masa tuh. aku tak snap gambar pun, tak terpikir pulak nak ambik gambar. tapi serius nak jalan pun tak boleh, nak pakai selipar pun tak boleh... saket gila ok nak berjalan.. dah macam gout je gayanya! ahahaha


ni nak cerita pasal praktikal aku bukan pasal aku saket hari tu. balik cerita semula!


bermulanya macam ni. aku masuk department Front Office, than kerja selama 5 minggu than, masuk housekeeping selama 7 minggu, korang rasa macam betol ke tak schedule tu? tak kan?? kenapa kawan2 aku boleh terbalik pulak, diorang 5 minggu housekeeping then 7 minggu FO? kenapa tak 6 minggu 6 minggu sama2 department tu? WHY??


dalam kepala aku keep asking kenapa macam tu? sangat tak fair kan? aku pikir la macam mana nak dapatkan department selain HK dan FO. jadi aku make a letter then emel kat HR department aku. and you know, macam mana feed back yang aku dapat lepas aku hantar emel tu?? yessss... aku kena panggil dengan HR dan dia bagi tazkirah la.. kenapa aku hantar emel then aku CC dekat semua department head yang aku nak masuk? why? ni membuatkan mereka pandang serong dengan aku. aku malas nak pikir pasal pandang serong tu, pada aku ni semua aku kena suarakan, itu hak aku. then dia macam perli2 tanya siapa ajar aku hantar emel ape semua, aku dah prepare jawapan dah kalau hal tu dia tanya, ye la, aku kena la pandai putar belit sikit supaya orang dalam opis ni terlibat..


then, jawapanya TIDAK BOLEH ke department lain selain yang dia dah tetap kan. dia tu maknaya HR la.. frust jugak time tu, marah, saket hati semua ada.. mula2 aku memang takut masa dia keep asking aku itu ini. Jeff diam je bila disoal. then , dia kata aku yang rancang, dia ikut je then aku yang jawap semua. aku jawap baik punya.. sebab aku tahu, walau macam mana pun aku tetap dipersalahkan atas alasan apa pun..


yang aku paling tak tahan bila HR training assistant tu cakap " i was traped" eh engkau? siapa trap kau? aku cuma mintak hak aku. aku nak merasa, nak cuba.. kau rasa aku perlu tahu tak semua tu? perlu kan?


but they reality is NO! aku tak boleh pergi ke department lain selain FO dan HK sebab department lain macam Sales dan Purchasing tu banyak yang PnC. Private and Confidential.. ehhhhh... jawapan tak masuk akal! macam la aku tak tahu berapa ramai budak praktikal kos2 lain dekat atas tu.. dekat department yang kata P&C sangat ??


samapai ada sorang budak tu ambik kos Legal International dari Universiti Malaysia Perlis tu, dapat praktikal dekat bahagian Legal siap belajar dengan orang penting syarikat, lebih kurang macam Lawyer syarikat. jadi korang boleh fikir tak apa yang dia belajar hari2 dan apa yang dia boleh nampak dan dengar hari2? of coz la legal, yang bersangkaut paut dengan syarikat kan?? macam tu P&C jugak ke??


then, HR hantar emel dekat lect aku cakap aku ni memandai2 je. then lect aku balas cakap jangan memandai2 dua department dah cukup.. lecturer2 macam mana la kau nak tahu hati anak2 murid kau? 


aku bengang jugak la. dari ramai2 budak praktikal aku je yang berani bertindak. semua aku yang tanggung, biarlah. aku bukan nak berahsia, tapi semua aku hadapi dengan tabah. biarlah HK manager aku nak pandang serong pada aku ke apa. sebab aku tahu, aku tak lama dekat situ. hopefully samapai jangka masa 7 minggu akan datang ni je aku kena plastik, lepas tu good bye Puteri Pacific!


aku tak sabar nak habisan 3 bulan ni. aku harap cepatlah masa berlalu, dan aku semakin tabah menghadapi. 


serius aku cakap, aku rela jadi bell girl angkat barang, hantar barang selain dari bukak pintu untuk guest aja.. tapi aku enjoy kerja sana. pekerja baik dan kerja tak la macam pencacai.. sorry to say.. saya tak suka kemas kekotoran orang lain.. i am sick to do that!!


hahahaha...penat! penat meluah perasaan tak puas hati..




Tuesday, June 21, 2011

Happy Father's Day!



alkisahnya mula2 aku dapat MMS dari maxis ucap selamat hari bapa. then aku cakap kat mak aku, ni kalau bagi abah ni apa mesti tak dapat tengok, sebab handset abah tak boleh terima mms. handset biasa je. jadi aku tak hantar mesej hari bapa kat bapaka aku. sebenarnya terlupa.


petang tu abah aku ada mesej akak kata dia tak dapat wish happy father's day. ceh, terasa pulak dia rupanya. aku pun wish la. dah tu abah jawab macam nak tak nak je. huuuuuuuuuuu~


jadi dekat sini aku nak ucapkan selamat hari bapa untuk abah ku..  dan juga ayah2 lain di luar sana. =)









psssstttt :: lukisan huduh zaman tadika. curik dekat goole je sebenarnya.. hehehheehe =)

Maharaja Lawak Minggu 12 Live in JB







hadoi ai, baru hari ni dapat update pasal dunia luar. apa yang terjadi minggu ini. cerita maharaja lawak dan keseakan bandar Johor Bahru. Maharaja Lawak ni macam virus kan? dan biasanya orang suka benda yang boleh buat kita ketawa. macam ML ni... =)


minggu ni Maharaja Lawak di Johor Bahru. di Stadium MBJB Johor Bahru. stadium ni dekat je dengan tempat aku duduk, tapi aku tak pergi pun. sebab tak ambik pas. orang ambik pas dari pukul 10 pagi jadi diorang dah ramai2 tunggu situ start jam 11 pagi. gila awal okeh, sebab ML start pukul 10 malam...wahhhh.. meriah sungguh la dekat Johor Bahru. ramainya orang dekat stadium. menyampah ai bila nak balik kerja bas City Tram yang selalu aku naik tu tak dapat lepas kleuar dari jem depan stadium tuh. sabar je la aden.. 



tapi memang meriah dan havoc la orang JB ni. padahal bukan orang JB sahaja, ada orang daerah2 dekat Johor ni macam orang Pontian dengan Kluang sebab kumpulan Sepah dari Pontian dan Kluang. mestilah ramai kaum kerabat dan sedara mara mereka ramai yang datang untuk support mereka. bab menjerit memang orang JB memang! ahhahaha,... menjerit sakan. macam tak pernah jumpa artis je diorang ni.. hahahahha


dah tu balik kerja bas yang satu aku tunggu tu tak ada. macam mana ni? sebab selalu dalam pukul 5.30 dia dah lalu depan bus stop depan CS ni, tapi ni tak muncul2 juga sampai pukul 6. aku dah naik bengang, memang la rasa macam, " eh, dah kenapa bas tak lalu2 ni?" pakcik bas kata jem kat CIQ tak boleh lepas bas, jadi naik je bas mana2 untuk sampai rumah.



dem. bas tu je yang  betol2 sampai rumah gua. kalau yang lain sampai jauh dari rumah gua, nanti gua kena   naik teksi lagi balik rumah. kalau naik bas gua cuma bayar rm 1.30 ni gua kena bayar rm 5 sebab gua naik bas dan teksi. dah lari budget gua. nasib baik la gua ni tak la sengkek sangat masa tu. nak tak nak gua kena jugak keluar rm 5 untuk balik rumah. sebab ML punya pasal.. haiyooooooooooo...


tapi bila tengok ML minggu ni, Jozan la terbaik.. kelakar gila.. Sepah pun apa kurangnya. ada je modal nak dibuat lawak. "Manisnya Kurma ini" gila kelakar. cantik pulak Jep sepah pakai tudung kan? semput2 bagai.. hahahahaa.. kelakar gila. kalau boleh nak tengok hari2, memang tak jemu la sebenarnya... hehehehhe



Even aku tak pernah ada Astro, tapi aku tengok ML tiap2 minggu dekat youtube. tak pernah miss ok. hahaha.. lawak yang segar dan menyenangkan. lagi2 pulak Sepah tu memang kelakar. hahahha.. korang rasa tak kelakar? pi hantuk kepala tu dekat dinding, mingkin ada yang dah loose, jadi lepas hentak ketat sikit skru tu! hahahahhaha


ok bye!!





Sunday, June 19, 2011

Terima Kasih =)







terima kasih kerana menerima sikap kasarku
terima kasih kerana menerima sikap degilku


terima kasih kerana menyanyangiku..


<3






May I assist u?



hari ni rasa pening sepanjang hari. tak tahu la kenapa. nak kata tak cukup tidur rasanya aku cukup je tidur. nak kata aku tak makan aku rasa macam lebih dah makan. apa sebab aku pening pun tak tahulah.. huuuu


hari ni separuh hari jaga business centre. sebab kak zarith half day balik awal. dari pukul 1 sampai pukul 5 aku jaga. awal2 tak banyak orang datang. tapi lepas pukul 1 ramai pulak datang nak itu ini. nak call thailand la. nak call thai airways la. nak check flight la. nak tanya pergi kl la. yang tak boleh blah nak guna internet tapi tak ada duit Malaysia. ada duit England je... hadoi la incik, datang negeli orang ha, tukar la itu wang dekat money changer.. mano la nak ado duit mesia kalau cenggini? polan betol la mat salih ni.. 


sabar je la menhadapai karenah manusia yang pelbagai ragam ni. macam2 jenis je. mengarut pun ada. pening mak nyahhh.. hahaha.. -..-'


tapi seriyesly seronok sebenarnya jika kita membuatkan orang atau guest yang datang mintak bantuan tu puas hati dengan kerja kita. sebolehnya aku usahakan untuk menolong mereka yang inginkan bantuan. jika aku jadi guest pun aku inginkan bantuan yang setimpal dengan nama besar hotel ni.. jadi mesti expectations mereka tinggi kan? mesti macam APA PUN MESTI BOLEH mintak tolong dekat sini.. jadi make it them feels happy and really assist.. =)


semoga apa yang kita buat dengan hati yang ikhlas tu membuatkan mereka gembira dan mereka berpuas hati...



=)



Friday, June 17, 2011

Lebuhraya Senai - Desaru dibuka!!




lebuhraya Senai - Desaru telah dibuka 10 Jun lepas jadi dengan excitednya saya dan kakak terchenta melalui lebuhraya itu pada keesookan harinya. yelah, teruja sikit sebab ada lebuh raya yang menuju ke kampung halaman yang indah permai itu. apa lagi, balik kerja saya dan kakak memecut dari JB menuju ke highway tu. kalau dari JB kena masuk Tiram baru jumpa permulaan highway tu.


teruja bebenor kakak aku nih. tapi tak la laju mane dia bawak.. masuk lebuh raya tu rasa macam wahhh.. dah ada lebuh raya dah menuju ke kampung aku ni kan. rasa macam bangga sekejap la. jalan besar ada 2 line pergi dan 2 line balik. smooth je perjalanan. 


lepas tu lama2 jalan jadi satu line pergi dan satu line balik.. hek eleh, ni apa? lebuhraya ke jalan raya ni? jalan lama JB-SG RENGIT lagi besar.. ni pun kecik kemain. terpaksa la bertunda kalau ada yang memandu slow tu.. nak pintas line bertentangan ada banyak kereta, tu yang leceh tu.. tu yang menyebabkan semakin lambat perjalanan tuh, sebenarnya kalau laju dan smooth memang la cepat sampai..


sesiapa yang rasa pergi ke Pengerang tu jauhhhhhhhhhhhhhhh sangat mari la cuba ikut highway ni. mesti dah tak rasa jauhhhhhhhhhhhhh sangat dah.. sebab kalau ikut jalan lama banyak kelapa sawit dan keadaannya sunyi, tak menyeronokkan dan agak berliku.. kalau highway ni tak la sepenuhnya kelapa sawit, ada ladang, ada kebun.. ada rumah burung walit, sungai.. macam2 la.. lagi pun kalau dulu jalan lama dari SG RENGIT - JB 2 jam baru sampai kalau ikut lebuhraya adalah sejam lebih, kalau laju dapatlah sejam ke 45 minit je.. sebab faktor2 menunda orang2 yang bawak slow dan faktor2 queue bayar tol tu ambil masa beberapa minit kalau banyak kereta lalu..


marilah layan gambar2 aku lalu masa petang sabtu hari tu..





pandangan sebelum naik ke jambatan. macam ni la rupa jambatan tuh. jambatan kat teluk sengat tuh. nampak sekali imbas macam jambatan pulau pinang je kan? hakhakhak




ketika atas jambatan, tak adalah panjang sangat jambatan ni. tapi kira ok la.. cantik jugak kalau nak di ikutkan..





dari highway ni korang akan dapat tengok banyak kapal terbang yang terbang randah sebab nak ke Changi Airport Singapore tuh. dekat je Changi Airports tu sebenarnya dengan tempat aku duduk.. boleh lambai2 tangan dengan orang seberang je.. hikhikhik




Plaza tol untuk balik ke bandar penawar. tak sesak mane pun. kira biasa je la nih kan?






last but not least mestilah ada gambar gedik saya dalam kereta kan. kata exsited harus la camwore sane sini kan? hikhikhik




Wednesday, June 15, 2011

10 Sungai Terpanjang Didunia




1. Sungai Lena, berada di benua Eropah (Russia) - Panjang 4400 KM





2. Sungai Amur, berada di Eropah - Panjang 4444 KM




3. Sungai Kongo, Afrika - Panjang 4700 KM




4. Sungai Ob, Eropah dan Asia - Panjang 5410 KM




5. Sungai Huang Ho @ Sungai Kuning, China - Panjang 5464 KM




6. Sungai Yenisei, Angara - Panjang 5539 KM





7. Sungai Mississippi, Amerika - Panjang 6275 KM




8. Sungai Yangtze, China - Panjang 6300 KM





9. Sungai Amazon, Amerika Selatan - Panjang 6400 KM





10. Sungai Nil, Afrika - Panjang 6690 KM







Sentap Dowh~




orang kata bila kita pergi kerja, kita kena kerja dengan hati yang tenang dan ikhlas. baru la semua yang dibuat tu menjadi. diberkati..
orang kata kita kena sentiasa happy, barulah nampak muda..
orang kata tiap malam maafkan orang yang buat salah dengan kita, supaya tidur kita tenang..
orang kata bangun pagi2, throw semua masalah kita jauh2 supaya kita menjalani hidup yang tenang seharian..


tapi kalau hari2 ada je orang pertikaikan kita..
ada je yang tak kena dengan kita macam mana?
boleh ke kita terima dengan senyuman memanjang??


aku pun tak tahu la macam mana mulut orang ni yang tak reti jaga hati orang lain..
tak paham betol aku.
apa perasaan ntah..


semua cakap aku gemuk.
yes! aku memang gemuk..
semua orang nampak.. semua orang boleh bercakap
tapi jagalah hati orang sikit..
ada masalah ke kalau dia gemuk?
mengurangkan gaji kau ke kalau dia gemuk?
tak ada kan??


ntah la..
ada yang tak boleh terima?
silakan?
aku tak salahkan sesiapa..
sila la bercakap, jangan sampai satu hari nanti kena batang hidung sendiri
baru padan muka..









Sembang Malam~




rasa mengantok pulak awal2 malam ni. aku memang macam ni. cepat mengantok awal2 malam. tapi bila tengah malam tak mengantok pulak. nanti awal2 pagi mengantok balik. apa punya time tidur la iza ni kan? ermm.. sebenarnya tak biasa guna kata ganti nama sebut nama sendiri. macam sebut "iza". biasanya kata ganti nama panggil aku atau saya.. tu je.. tapi ni menggada-ngada pulak nak panggil diri sendiri iza. ntah kenapa ntah.. hahahaha =.='


ok. hari ni aku masuk business centre. kerjanya menjaga business centre kalau2 ada orang nak guna internet, photostate, fax, scan, nak booked tiket flight, nak guna meeting room dan sebagainya. tapi kerjanya tak banyak. senang2 pulak tu. jadi otomatik orang yang kerja business centre akan jadi setiausaha bagi FO department. orang bawah FO manager la lebih kurang. buat kerja2 secretary. surat, minit mesyuarat dan sebagainya la sebagai setiausaha. =)


aku belajar benda2 yang basic je la. yang sepatutnya pekerja business centre kena buat. mudah je sebenarnya. 


tadi kawan aku kata lecturer aku datang melawat. tapi dia tak jumpa aku pun. aku pun tak tahu menahu dia nak datang jenguk kitaorang dekat sini. aku tak pasti, yang aku tahu nanti time nak dekat2 habis baru dia datang jenguk rasanya. dulu pun macam tu. tapi ni tak. dah la lect tu tak kenal aku sangat tapi dia mention gemuk. dem ah lect ni. tak de rupa paras lain ke nak describe? -.-'


kawan2 aku, dapat jadi model photoshoot dekat dalam hotel sebab maid2 lain semua tengah bizi buat bilik. sebab ada banyak guest nak masuk. termasuk guest berkumpulan. bayangkan ada group nak 280 bilik cepat. dah la banyak back to back. orang keluar je ada orang masuk. tapi kebanyakkannya belum sempat keluar dah ada orang tak sabar2 nak masuk. biasanya macam tu la. sebab orang akan datang check in awal. hotel ni check in pukul 3 petang. check out pukul 12 tapi ramai je tak kuar2 lagi pukul 12. memang nak kena pukul la guest ni.. hahahhaha -.-'


muka market boleh la dapat jadi model phamplet. muka aku ni? mana la market, saiz pun tak market jadi memang tak pandang la orang. pulak tu macam tak berapa nak lawa je kan. jangan harap la nak ada orang pandang. kalau ada yang suka pun kira bagus dah. suka kita la. bukan suka ada perasaan tau! hahaha


semua sibuk mempertikaikan rupa paras dan saiz badan kalau dekat hotel ni. apa masalahnya kalau bersaiz besar? hina sangat ke? tu yang malas aku nak pikir. ada je suara2 sumbang mambang yang rekomen ubat kurus la ape la. hey, suka hati aku la nak gemuk ke kurus. ada masalah ke?? ok. tipu. aku tak akan cakap macam tu depan diorang. tu semua cuma suara hati. hahahhaa


aku lebih berkenan nak kerja bahagian admin. yang kurang nak hipokrit tapi ada juga jumpa orang. kalau dekat hotel ni semua hipokrit. lebih2 lagi front office. depan mulut manis, belakang maki siap. macam tak penah dengar kan? hahahaha.. biasa tu biasa sangat dah tu. aku lagi suka duduk kat bahagian admin. yang boleh melawa dengan baju sendiri, bukan dengan baju opis yang wajib pakai tu. 


ada Assitant Sales Office Sibu Island yang tanya aku berminat tak tentang Sales. dia kata bahagian ni quite tough. tapi kalau ada basic ok je. dia pun tahu kos hotel ni macam mana sebab dia pun dulu hotel jugak kat shah alam.. tu yang macam macam nak tanya tapi dia ada urusan. insyaAllah kalau ada rezeki satu hari nanti, mungkin aku jadi orang bawahan dia pula? mana tahu kan??  



ok la.. aku nak buat benda lain dah.. bye!









Selamat Pagi~








mood hari ni jiwang2 sikit sebab apa ntah saya pun tak tahu
tapi iza nak ucapkan selamat pagi kepada semua kawan2 diluar sana
yang sedang menuju ke tempat kerja mahupun ke sekolah

hati2 dijalan raya..


hari ni iza kerja macam biasa.. ala, biasalah.. kerja2..
hikhik..



wish me tak saket kaki lagi ye..



=)



Tuesday, June 14, 2011

Lebuhraya Senai-Desaru iras Lebuhraya Karak~



sibuk2 cerita Karak dekat pawagam sekarang ni, aku nak cerita sikit pasal highway baru yang kecik totet tu. dah macam jalan raya je setakat satu line, tak best..


masa aku balik dengan akak aku hari ahad hari tu, ada satu kejadian yang pelik berlaku dalam kereta kami. eh, bukan, kereta akak aku la.bukan kereta aku. kalau nak kata perasaan aku je memang tak logik, sebab akak aku pun rasa dan dengar apa yang berbunyi.. yang tak tahan dia berbunyi tu yang rasa lain tu.. huuuuu


lebih kurang pukul 8 lebih tu, aku dengan akak on the way balik rumah JB. masa tu dah dekat2 nak sampai Tiram rasaya sebab dah pukul 8 lebih. aku dengan akak pun relax je dalam kereta. lepas tu akak bukak radio. keluar la lagu Awan Nano dari Hafiz. sekali dekat lagu tu ada bunyi macam lelaki bersiul tau. aku dah pelik, sebab lagu tu mana ada orang bersiul. aku diam je. mungkin perasaan aku je tu aku rasa. then lepas tu dia bunyi lagi, dan lagi.. akak aku siap check tingkap kalau ada yang tak rapat dan angin masuk jadi bunyi macam bersiul tapi tak. tingkap semua ketat rapat.


then, dia bunyik lagi. akak aku tak tahan, cuit peha aku. sebelum tu aku pun tak tahan. aku siap pandang seat belakang lagi, kalau2 ada la benda yang nak tumpang tu aku nasihatkan tumpang sensenyap la. tayah nak epi sangat nek keta akak aku ni. walaupun sebenarnya berderau jugak aku masa toleh seat belakang tu, dibuatnya memang ada terconggok situ macam mana? hahahaha


lepas tu aku tak puas hati, aku pun sebut la " a'uzubillahiminasyaiton nirrajim..." kuat2 aku cakap dalam kereta tu. ada la 3 kali. lepas tu aku saing2 baca ayat kursi 3 kali aku baca dengan akak aku supaya benda tu tak bunyi lagi. akhirnya dah tak ada bunyi bersiul dah. nasib baik la.. sebab bunyi tu memang macam dalam kereta..


tapi sebenarnya agak menyeramkan jugak la bunyi siulan tu. hadoi. saje je nak mengacau la tu.. huh.. nakal betoi la benda tuh!


puh2, lain kali dalam perjalanan banyakkan membaca ayat2 Allah. bukan lagu duniawi semata-mata. hahaha..








pssssttttt :: kalau nak memulakan perjalanan jangan lupa baca doa naik kenderaan.. =)






Yang lepas tu lepas la..




lepas sehari MC saya balik semula kerja di Concierge. hari last di concierge. hai.. tak penat pun hari ni sebab bukan cuti sekolah. tak peak time. jadi macam tak ada kerja berdiri buat penat badan. orang lain pun sikit je tolak troli naik atas. tak banyak sangat pung. relax je hari ni..


tak banyak beza pun biasa je hari ni. dan bayak bosan sebab tak banyak kerja. walaupun boleh mencari kerja yang setimpal tapi saya tak nak bebankan diri saya dengan kerja di hotel ini. ada pekerja tetap, mereka ada gaji, buat apa saya nak penat2 saketkan diri buat semua yang tak perlu saya buat kan? 


semalam dah tulis pasal satu entry ni. lepas tu nak publish tak lepas. internet buat hal. sampai sekarang stuck tak boleh publish. tensen betul la.. hadoi.. ape la benda ni. buat saket jiwa je.. ni pun baru boleh nak post, kalau tak tak boleh bukak. kenapa ntah, saya pun tak tahu..


ada sesuatu yang malas nak dengar, bila ada orang cerita pasal orang yang dah lepas, kira cakap cerita pada budak2 zaman sekarang sejarah yang seronok la dulu. macam tadi, diorang nampak aku bosan je duduk kat kaunter, sebenarnya memang aku bosan, bukan boleh buat apa, dah tu penat je berdiri tanpa ada ape2.. lepas tu diorang cerita pasal dulu ada budak praktikal perempuan juga dekat concierge ni tapi masa tu kaunter concierge ni memang tip top sebab dia sangat rajin. semua benda dia buat. angkat barang, tolak troli, susun barang semua dia buat macam lelaki. jadi best kata lelaki2 tu semua... wahhhh, nak sangat budak tu ambik la dia keje. aku memang tak la nak buat semua kerja2 lelaki dan memenatkan tu. dengan kasut tingginya. aku dah la dah penah bengkak kaki, memang tak la nak buat kerja2 berat2 macam tu. lagi pun cuba korang pikir, kalau aku je buat kerja2 amal yang memenatkan macam tu habis tu diorang nak buat apa?? diorang ada gaji, aku tak de.. elaun pun macam tak berapa nak bagi je.. ciput je..


nak kata aku berkira? memang, memang aku berkira. jadi? hahahaha.. aku berkira dengan semua tu. tapi malas nak cakap la. buat dunno je. kang kalau aku cakap kata aku menjawap... 


aku malas pikir, jadi aku ingat nak buat kerja aku je. aku tak kacau orang, dengan harapan orang pun tak akan kacau aku. tu je.


apa cerita korang hari ni? ok ke tak ok??




Dalam hati gua ada butterfly derrrr~

















addicted dengan gelanga dan rantai yang ada butterfly.. sangat sukakan butterfly..



gua memang rock tapi dalam hati gua ada butterfly okeh! jangan memain! hahahahaah





ok dah bye!






Monday, June 13, 2011

Bengkak Kaki




assalamualikum semua kawan2? sihat?? semoga sihat la hendaknya. jangan macam saya terdengkot-dengkot2 jadinya..kenapa?? mesti nak tahu kenapa kan? ke tak ada orang nak tahu eh? bajet perasan betol la iza ni ada orang nak ambik berat pasal dia kan?  kesian saya kan?


hari sabtu hari tu macam biasalah saya balik kampung lepas balik kerja... lepas tu malam pergi karnival semua then balik. malam tu cuci baju dan tidur..


esoknya saya bangun pagi ahad tu kaki saya sangat saket dan bengkak. belakang tumit dekat keting tu yang benjol dan saket tu mungkin saraf dan effect satu kaki.. kamin bengkak dan tegang lagi kaki kiri saya.. puiii... nak jalan pun saket gila. saya cakap dekat mak, mak suruh letak mingak gamat dulu sebab mak nak masak sarapan. saya kata minyak gamat busuk. lepas tu mak yang letak minyak  gamat tu kat kaki saya.. bukan saya letak sendiri.. hehehee


lepas mak masak sarapan dan makan semua, saya, mak dan akak ke klinik kat pekan. akak batuk dan selsema. saya saket kaki tu yang nak dapatkan ubat dan makan ubat cepat bagi cepat baik. saya tahu badan saya ni tak mudah kena saket tapi kalau saket cepat je sembuh.. senang la sikit.. tu yang saya suka sangat ubat.. sebab ubat boleh menghilang kesakitan yang saya alami tapi tak lupa dengan izinNya juga.. =)


lepas ambik ubat semua saya balik dan makan ubat. petang sikit saya balik JB semula. dah ok sikit. dah tak bengkak sangat dah. hari ni saya rasa dah ok walau bukan sepenuhnya.. bengkak dah susut. benjol dah tak saket sangat dah. cuma nak biarkan dia betol2 baik dulu.


jadi saya dapat cuti hari ni sebab semalam keadaannya sangat teruk. tak boleh jalan sangat dan nampak sangat bengkaknya. kalau saya tak boleh berjalan macam mana saya nak kerja kan? pergi balik kerja kena jalan, kat tempat kerja pun berjalan dan berdiri je dengan high heels tuh.. haiii.. mintak la cuti hari ni. jadi sedang bersenang lenang la dekat rumah sekarang ni di hari isnin dan orang lain dan kakak saya kerja.. lalalalala~


malas benau nak tepek gambar ubat saya makan tuh. tak payah la eh? boleh? hahah.. dapat buat urat, bengkak, antibiotik, dan krim sapu.. 













kasut yang atas ni paling aku suka.. nampak simple je tapi menarik.. terpikir juga nak beli kasut baru atau nak tampal span je belakang kasut lama tu.. bukan tak boleh pakai lagi tapi boleh menyakitkan kaki je sebenarnya.. huuuu.. petang ni nak pergi giant tengok2 dulu, kalau berkenan nak beli satu.. hehehehe


ok. sesiapa yang kerja tu kerja elok2 ye.. siapa yang sekolah tu selamat bersekolah... lalalalala~



Friday, June 10, 2011

Cute Baby with Their Bantal Busuk~



hari ni tak sepancit semalam. kerana hari ni saya tak puasa jadi tak la sepenat semalam. bertenaga la sikit.. hehehe.. tapi lambat la makan lunch hari ni. pukul satu lebih baru nak makan. yang si Jafrie baru makan sikit dah kena panggil sebab ramai orang yang check in hari ni. yelah, hari ni kan hari jumaat.. bermulalah cuti hujung minggu orang2 disini..


dijangka esok lagi la ramai yang check in. biasalah tu kan... aku buat reservation pun banyak sangat 11june check in.. jadi tak hairanlah esok akan menjadi hari yang busy dan memenatkan.. huuuuu


hari ni aku tengok ramai budak2 kecik yang baru2 nak naik check in. comel2 diorang ni. macam2 gaya ada. ada yang sangat hyperactive. ada yang sangat sweet tapi pemalu. ada yang tak tahu apa ikut je. ada yang sangat excited datang2 je lari2 dan jerit2 kat lobi, ada pulak yang menangis2.. macam2 hal la diorang ni. biasanya kami akan suka dengan budak2 kecik yang comel2 dan kecik2 ni.. lembut je kulit diorang ni kan? wahhhh.. sukanya pegang baby! hehehehe..


tadi ada budak yang jerit2 lari2 satu lobi.. ada yang bawak bantal busuk then main2 sampai bantak tu jatuh2 atas lntai.. ada yang saket mata.. ada yang sangat sweet senyum je tapi tak bercakap pun. tapi sangat paham apa orang cakap.. kita panggil dia datang, senyum2.. then Duty Manager bagi kek dia ambik pun senyum je.. heeee.. comel.. geramokeh tengok dia! hahahhaa.. semua orang geram tengok dia yang cantik dan comel tu..heeeee~


hari ni aku dah mula angkat barang ke bilik. sorong troli yang berat tu. ok. troli tu tak berat cuma barang2 tu yang memberatkan troli. tapi yang aku hantar tu cuma budak2 u jugak.. semua perampuan. kira ok je. orang lain dah jerit2 panggil aku Bell girl. sebab selalunya semua lelaki yang angkat2 barang. kalau beg besar2 aku malas la  angkat. habis kudrat wanita aku nak angkat... pastu tertarik semua urat saraf tolak troli. hahahhaa.. dah ler aku pakai heels. penat weh! diorang pakai kasut plat pun penat, inikan pulak pakai heels.. choyyyyy...


tapi enjoy la kerja sana. bahagian concierge la. hehehe.. ape pun kita tengok la dulu macam mana. rasa nak cepat2 3 bulan ni la.. huuuuu~





Selamat Malam..




selamat malam semua.. semoga tidur indah ye. saya pun nak tidur ni. esok nak kerja lagi.. ok??


nite.. assalamualikum! =)

Pirates of the Caribbean on Stranger Tides!








semalam ke Giant, tengok Pirates of the Caribbean. mula2 nak tengok Kung Fu Panda 2 dengan akak aku sekali tak jadi pulak. aku dengan akak pilih Pirates. sebab tahu dah Johnny Depp punya lakonan superb punya.. hahahha..


memang best dan tak rugi tengok. menrik kali ni sebab ada mermaid yang bunyi macam kucing tuh. hahahhaha.. tapi best dan best... 


sebelum tu seludup air Cool Blog dulu dalam handbeg akak aku. beli popcorn dan masuk makan. ok, popcorn GSC tak sesedap TGV rupanya.. selama ni aku dok makan TGV punya, jadi aku admire macam TGV punya la sedapnya.. sekali hampeh pulak.. pahit2 sikit, mungkin sebab karemel dia yang terhangus kot... tak  sedappppp....


tapi nasib baik Cool Blog sedaaaapppppppppppp..... dan sejukkkkk... aku beli perasa Honeydew pulak.. dulu pernah beli Kiwi.. ni nak rasa honeydew pulak.. sedap la.. aku beli mesti yang ada unsur2 warna hijau, sebab aku kan suka warna hijau...hehehehehe...


lain kali nak cuba perasa lain pulak la.. akak aku beli perasa Coklat.. tak tak rasa pun dia punya sebab dia saket tekak.. boleh pulak kan saket tekak minum cool blog siap.. hai..


bermulanya aku tengok wayang ni sebab hari tu mak abah aku tengok wayang dekat sini. tengok Nur Kasih The Movie gamaknya.. masa aku kerja.. jadi aku kata "mana aci tengok wayang tak ajak ija!!" ok. lepas tu akak aku janji nak tengok wayang dengan aku pulak cerita lain...


dan ni dia menunaikan janjinya... hehehhe..



apa pun rating Pirates ni 4.78.. hahaha.. boleh pulak 0.78 tu ada kan? tak pe la layannnnnnnn je... hehehehe...



ok.. bye semua!!




Thursday, June 9, 2011

Bell Girl??



hari ini sepenuhnya aku di Concierge. tanpa pergi ke reservation menolong orang2 reservation membuat kerja umum. kerja umum tu macam buat booking yang senang2, photostate, print, fax, scan dan failing la.. apa lagi yang sesuai dengan kerja budak2 praktikal ni. hehehe...


dan hari ni aku seharian di Concierge dan berdiri di tepi pintu masuk. berdiri sahaja dengan kasut tumit membuatkan kaki lenguh. juga disebabkan kebuhsanan yang mendalam kerana tak dapat duduk2 dan minum2. sebab hari ni ada orang datang untuk check ISO dan aku puasa pulak tu. dahaga tu bukan main tak boleh kata la kan. tapi kena la bersabar dengan tabah dan sabar. hahahha. 


hari ni happy. kerja di Concierge memang seronok dan menyeronokkan. happy sentiasa dan kena sentiasa tersenyum. tapi penat sikit la. sebab berdiri je 8 jam kerja. walaupun dapat duduk dan tidur tapi biasalah mana selesa sangat.. 


tapi ada pun keseronokan tu berganda. ramai yang boleh diminta tolong. semua baik2 belaka. hahahah.. tu yang bagus kan? tapi benarlah, aku mahu lama2 dekat front office sebab best. senang dan bersih.. hahaha.. such a pemalas ke housekeeping.. hahahha


dah memang tu realitinya.. kalau tak percaya silalah percaya. tak payah nak ugut2 nanti aku akan kena jugak ke hapa. sebab sebelum ni orang lain dah kena kan? hahahha..


semoga aku tabah menjalani 3 bulan praktikal ni. aku tak tahu la macam mana nak cakap, tapi sebenarnya hati aku bukan kat sini..








Tuesday, June 7, 2011

Puas Hati




disebabkan asyik tak dapat je tengok movie fast 5 dekat panggung apatah lagi dekat wayang, hari tu hari jumaat petang aku balik kerja terus balik rumah. tapi memandang mak aku nak beli sesuatu dekat pasar Pandan maka kami ke sana. jalan2 lepas tu aku nampak kedai CD. biasalah... kedai CD cetak rompak. hakhakhak.. 


aku dok pandang2 carik cerita terbau dekat situ. aku nampak la Kungfu Panda 2, Pirates of the Carribean dan Kongsi.. aku tanya Fast 5 ada tak cina kedai tu kata ada. haha.. dia siap bagi aku tengok. RM4 je dik. amboiiii.. murah gilaaaaaa... aku beli sebab tensen nak download Fast 5 tak lepas2. jadi beli je senang. lepas tu aku tengok tak ada subtitle dan hampeh sikit la kualitinya. biasalah kan. dah nama pun cetak rompak. tak mampu nak beli yang betol2 punya.. hukhukhuk





memang best. tidur siap mimpi2 Vin Diesel dengan Paul Walker lagi. memang dah parah sangat dah ni.. hahahhaa...


mari la tidur kawan2 semua. esok mahu kerja. lalalalala.. esok kerja!



bye.. nite! =)