Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 30, 2011

Jadilah yang LIBERAL..

 assalamualaikum semua kawan2. saya harap anda semua sihat2 sehaja hendaknya. lama saya tidak menulis. beberapa hari ni amat malas. lepas tu sabtu petang balik kampung. jadi memang tak bukak2 blog la, nak menulis apatah lagi. sekarang baru relax dan ada masa. mari kita bercerita sepanjang minggu ini apa yang terjadi.. =)



minggu ni saya dah masuk ke bahagian reservation. wahhh, mula2 buat la training untuk buat reservation. belajar buat reservation yang macam2 pesen tu. ada yang itu, ada yang ini. mula2 salah la jugak key in data. lepas tu dah ok dah. betu la apa yang aku buat lepas tu.


naik minggu ni aku kena buat reservation betol2 punya. bukan lagi training. tapi masih dalam belajar. lepas aku buat kakak2 ni akan tengok dan betolkan mana yang salah. biasalah budak baru belajar, mestilah salah2 sikit itu ini. lepas tu mereka betulkan. aku? aku buat muka seposen je senyummm je kalau diorang tegur. aku terima je. tak buat muka pun. malas. nak ambik ati pun malas. lepas tu aku cakap la "sori" sebab salah buat. dah salah nak buat macam mana kan? bukan tak boleh betulkan pun. lagi pulak aku ni budak beru belajar. student praktikal pulak ni. i am willing tu learn. kena marah tu biasa la kan?? heheheheh


nak2 pulak reservation system masa dekat hotel ni tak sama macam masa kita belajar. lain bebenor la kan. walaupun belajar semua benda tapi kalau dah lain system memang la tak tahu buat. salah2 pulak tu key in data kan.. hahahahaa. nasib la, dah student praktikal kan. nama pun student. hikhik


aku senyum dah mintak maaf je kalau salah. apa susah kan. selagi dia tak jatuhkan air muka aku depan orang ramai tak kesah la. takat nak marah2 sikit aku tak kesah, lantak la. tak ganggu aku pun. aku pun bukan lama. sekejap je dekat sini. 3 bulan. lepas tu good bye la. bukan aku nak kerja lama2 pun. hakhakhak.


aku nak kerja ni dengan senang hati. jadi take it easy. lalalalalalalala~








Tuesday, May 24, 2011

Digaru-garu!



assalamualaikum kawan2 semua. apa khabar? sihat? saya ni tak berapa sihat. badan saya kena gegate. atau gatal-gatal. sungguh. tpi tak banyak sangat. baru nak mula. merah2 je. tapi gatal la. huuuu.. macam ruam2 la. kalau gegate penuh dah badan merah2. ni baru2 je. tapi menggaru je hoi!


hadoiyai.. mula2 dekat opis aku menggaru-garu. ingatkan kenapa. balik tu aku cakap la kat kakak aku yang badan aku gatal2. lepas tu akak aku cakap merah2.bila aku tengok balik memang banyak merah2 tu. dekat badan. lengan. kaki.muka pun ada!!


ada gatal2 dekat dagu ni sikit. tapi nampak juga kata kakak aku. macam muka merah2. nasib baik la aku ni tak putih. kalau putih lagi la nampak segala merah2 ke hijau2 ke. kan??


hari ni last di operator. esok ke bahagian reservation pulak. hai.... tak tahulah ni. kalau esok melarat atau makin teruk gatal2nya aku kena la pergi klinik ni. tak leh dibiar ni!


risau pulak aku. kenapa pulak boleh tetiba kena gatal2 ni. setahu aku, aku tak pernah pulak alah dengan apa2 benda makanan macam seafood ke apa. kalau nak kata air mandi kakak aku pun mandi air yang sama. nak kata tilam, akak aku pun tidur atas tilam yang sama. tapi dia tak ada apa-apa pulak. ok je. selalunya dia yang sensitif lebih. ni aku pulak..kenapa ye????


jumpa esok ya! report belum berbuat. baju belum bergosok. haiyak!! =( malasnya!!!!



Monday, May 23, 2011

Menjawab



mak ai, malasnya aku nak kerja esok. kalau nak kerja pun aku masih tak reti plus sik kena assist je dengan orang time angkat call. dan bila aku angkat kata aku kena assist. time aku tak angkat suruh2 aku angkat pulak. 





esok aku kene angkat call kot. kalau diberi kebenaran la. kalau. tadi dah cuba. sejam je aku cuba angkat. tu pun ade orang lain monitor. kalau tak jangan harap la aku nak diberi kepercayaan angkat call. cam hampeh je tak bagi sokongan dan dorongan kan. wah, jadik operator pun kena ada sokongan dan dorongan eh??


wakakaka.. nasib baik hotel ni dapat makan. cuma aku tak ada baju sebab baju uniform yang aku cuba semuanya tak sesuai. kalau kecik, kecik sangat. kalau besar, besar sangat pulak maca kartun. jadi disebabkan reservation manager aku tak bagi aku pakai dia lebih suka aku pakai baju aku. jadi aku pakai la baju aku. baju kemeja putih, skirt panjang dan tudung hitam. bukan skrit pergi melawa ada ropol2 ok. tu tak sesuai sama sekali.


nasib baik la aku tak gosok baju hari2. aku tak basuh baju hari2. yeahhhh.. aku memang pemalas! yeahhh!! hahahaha.. pedulik pulak aku kan?? sebab aku kerja tempat bersih2 je jadi aku malas la nak basuh hari2. bukan kotor sangat pun. kalau kotor aku tukar la baju lain. kan senang.


sampai hari ni aku tak buat report mingguan lagi. aku ingat nak buat by department dalam tuh. sebab esok aku last dekat operator jadi aku ingat esok je baru nak terhegeh-hegeh buat report dan bagi ketua sain. budget macam aku buat ikut department la. padahal aku pemalas nak buat report ni. dah la tulis bi. ceh!!!


kena balik tulis macam dulu-dulu masa diploma. choyyy.. esok la aku buat tu pun kalau aku tak ngantok. kalau ngantok selamat la bila2 aku buat. hahahaha.. gila pemalas budak degree. budak diploma lagi rajin dari aku. kahkahkah


sape2 yang sama2 praktikal ni dah buat report mingguan?? hahaha.. meh nak kopi. hahaha.. edit sikit2. -.-'



tak ada hati lagi nak buat report. tak in langsung mood nak buat report. hadoiyai.. mood tolonglah check in dalam hati ni supaya dapat aku merajinkan diri buat report mingguan ni..=.='



ni rasa dah nak tido. mari tidurkan diri. eh, eh, rasa panas tak? saya rasa panas la hari ni. huuuuuuuuu...



Thursday, May 19, 2011

No More Kain Belah...


manager reservatian tu tengok aku pagi2 lepas dia datang. semalam aku tak jumpa dia sebab dia EL. jadi hari ni baru jumpa dia. haaaa... sekali Hajah Hamidah tengok blazer aku yang besar tu dia suruh tukar. macam kartun katanya. tak sesuai!


abaikan pipi tembam tu. baju ni besar nampak aku lagi gemuk. sebab tu  reservation manager tak bagi aku  pakai.  -.-"



berlari-lari anak dan bapak aku ke laundry untuk menukar baju. haaa.. aku pergi bersama supervisor operator untuk carik baju yang sesuai dengan aku. cari punya cari tak ada yang sesuai. ada yang besar, besar sangat. ada yang kecik blazer sampai sendat sangat tak muat. haiyak.. cam ne??


last2 aku tukar baju putih dengan kain hitam aku tu. nasib baik pakai baju tu. kalau tak? macam mana?? haaaaa...reservation manager kata tak apa. pakai je baju aku. its better dari aku pakai baju hotel. macam hape katanya. haha. aku ikut je. budak training la katakan... hahahah


hari ni start training. start la belajar segala butang2 di machine tu. praktis cakap lelaju sebab nak jadi operator. hahahaha. mula aku cakap ulang2 sebab nak laju dalam apa jua keadaan macam pekerja tetap buat. heeeeee.. dalam seminggu aku dah boleh jadi operator. kata kak ollie la.


cuma sekarang tunggu jadual aku. berapa lama aku kat operator tak pasti. belum dapat jadual means aku belum tahu aku off bila. aku rasa off bergantung pada duty roster yang dibuat di bahagian tu. tapi berapa lama aku kat bahagian2 tu aku tak tahu. sebab front office ada 4 bahagian.


mula2 macam best je belajar. ok la kan. mula2 macam blur2 sikit then lama2 ok la tuh. bila dah belajar then  ok semua baru la boleh buat kerja sendiri. wah, suka mak uolsss.. hahaha..


tapi tadi biasa la, kerja mesti ada kena busuk2 sikit kan walaupun kau keje opis je. sekali kena la cari previous data dalam store yang macam kapal karam. perghhh.. macam ada puting beliung. gila selerak. nak cari document pun tak boleh. siap kena panjat2 baru boleh. panjat dengan high heels ok. bukan senang tau. gila saket kaki main panjat2 dengan high heels ni. haiyoooo.... 


ape la store macam ni. serabut alam. selerak sungguh. tak jumpa apa yang dicari pun. dapat sikit je. tapi khabar tak baik boss suruh cari jugak esok. choyy.. kena punggah la barang2 semua.. huaaaaa..


ok. kena buat memandangkan aku budak praktikal. setakat memanjat dengan high heels apa ada hal kan?? choyyy sangat la tak ada hal.. lenguh kaki den ok! hahahaha



ok, bye. =)








Wednesday, May 18, 2011

1st Day Practikal

 1st day practikal. tak banyak benda yang boleh diceritakan. ke malas nak diceritakan? haaaa... memang pun. sebab saya penat hari ni. sebab apa penat? ni la nak cerita ni.



pergi pakai baju putih. kain hitam. then, sampai dapat baju sebab saya kerja di front office. penat je pakai baju dan kain tuh. lepas tu dapat baju. haaaa.. dapat baju dengan kain ok. blazer pun ok cuma besar sikit. tapi yang tak bestnya kain tu belah. kain belah sampai lutut. ok. fine. pakai tudung tapi kain belah sampai lutut. itu memang tak vouge langsung. aku tak pakai legging ke hape sebab aku tak tahu ok. tak tahu pun kain dia pakai kain belah. dan terpaksa pakai. gambar tak de. jangan nak mengada2. tak lawak ok...


dan berjalan la tour hotel dan tour persada johor dengan Duty manager dengan kain belah. sampai balik pukul 5 dengan kain belah tu. sungguh rasa tak selesa. tapi nak buat macam mana kan? dah hotel suruh. 


esok jangan risau. saya dah beli legging hitam untuk tutup kaki ai yang tak lawa tu. benci ah. ingatkan tak ada ape dah kena beli. sekali still kena beli jugak.. huarghhhh...


hari ni kerja tak ada apa. selain jalan2 dengan duty manager tengok2 hotel dan persada ni, selain tu tengok je kakak2 tu buat kerja. ye. tengokkkk sampai kau menguap empatratusduabelas kali. ok. sangat buhsan ye. tengok dengan tak buat apa2 ni. phewwwww...


dah la pakai high heels seharian. memang penat la gamaknya kaki ni. hukhuk. mudah2an esok tak de la berjalan banyak. buar la duduk2 je... hadoiyai.. tak sanggup den.


apa lagi yang best hari ini? belum mungkin. buat setakat ni suasana ok. cuma sedikit takut2 sebab tak ada kawan dan ini adalah hotel 5 bintang. kalau tak memang dah suka hati aku je la.. hahahaha. 


dulu praktikal tak ada protokol. main belasah je suka hati. selagi tak datang lambat. tak ada masalah besar kira ok. ni dah la ada uniform, protokol siap, takut je kalau salah buat apa2 benda. malu ok. macam kampungsangatkaunitaktahubuat. macam tu la.


aku tahu ramai pekerja macam "owh, budak ni degree.. mesti macam berlagak bagus ni" sebab kalau aku perkenalkan diri dan cakap dari ijazah perhotelan diaorang mesti maca owhhhh... degree.. sebab kebanyakannya diploma dan SPM je. banyak diploma UiTM juga. masa tu ITM lagi. dekat Dungun dan jumpa 2 orang. lain2 tak tahu lagi. jadi... mereka anggap saya ni macam banyak la tahu. padahal benda ni base on experience. tak menjadi kalau teori je. memang tak jalan... its about service kan?



gambar? nak gambar ke? owh, malas ok nak letak gambar. nanti la kalau rajin. kaki lenguh sangat ni. nak mapan je dah rasanya.. haiyakkk.. belum pukul 9 lagi la iza oi!


ok la. nak makan jajan. lapar balik. ok dah ye. bye...




Tuesday, May 17, 2011

New Life Begin!

Assalamualaikum semua kawan2. maaf sebab lama tak update. dalam seminggu rasanya. sebab saya balik rumah jadi memang tak ada la nak update ke apa sebab dekat rumah internet slow. lepas ni saya akan giat berblog semua sebab saya sekarang sudah pindah ke rumah sewa baru bersama kakak saya. sebab saya akan mula praktikal esok! yeaaaaa!!


bermula esok saya akan praktikal di Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru. position pertama saya adalah bekerja di Front Office. yeahhh.. sangat malas gosok baju dan kain untuk esok ya.. haduiiii.. >.<


sape ada yang rajin?? tak?? ala.. tolong la.. 



hari ni datang JB dan tolong kemas dan angkut barang2 dengan kakak dan mak saya. mula2 macam relax ke sekali rasa penat pulak malam2 ni. hukhuk. mata dah kelat2 tapi hati masih nak main2 lagi. mana satu ni?


baju tak gosok lagi. dokumen lagi. kasut lagi. semua tak tengok lagi.. haiii.. kena prepare ni sebelum tido kalau tak esok memang ada je la yang tertinggal tuh.


baik saya sedia sekarang kan? kalau tak memang la tak menjadi kalau esok pagi.. doakan saya supaya sentiasa baik2 sahaja dalam berpraktikal ya! wish me luck bak kata orang putih! =)


ok la.. babai. esok2 saya update lagi ye.. =)



Wednesday, May 11, 2011

Exam sudah habis!! yeaaaaa!



assalamualaikum kawan2 semua, apa khabar?? wahh.. kepada yang dah habis exam tu mesti gembira dan sibuk semuanya nak balik rumah.. heheheh.. termasuklah saya..


semalam kemas barang sampai pukul 3. baru tidur. pagi2 cepat2 siap then balik naik bas MAJU... lalalalala!.. dan sekarang saya berada di LARKIN! wawaweeeeeeeeeee.. sukanya! Rivership Village wait for me!  hikhik.. bunyinya macam tak penah balik je kan?? hahhahah..


i loikeeee.. hikhik. ok dah. tak payah nak sangap sangat dengan JB kau tu. haaaa... sebab balik cuti 4 bulan ni bukan cuti suka ria ok. suti ni kena praktikal 3 bulan. lepas tu macam biasa la kena buat report yang tak tahu format dia macam mana then baru naik sem baru.. yeaaaa!!!


sukanya.. semalam paper last saya petang. ok. ni nak cerita. lect kata soalan tu senang je. untuk sem ni senang. baca n buat latihan yang dia ajar. paper ni ada kira2. then, kami pun buat la segala latihan dan apa yang lect bagi supaya memperkukuhkan lagi cara kami mengira. nanti kalau keluar soalan boleh la jawab kan?


sekali soalan keluar... mak oi! susah ok!! yang lect ajar tu semua basic je. sangattttt basic.tapi soalan keluar amat tricky dan complicated gila. ingatkan saya je tak reti jawab rupanya bila tanya kawan2 semua kata hampeh!.. macam mana tu??


haish.. tamao la cakap pasal exam lagi. dah lepas pun. mintak2 la lulus kan? lect memang tahu kot jadi dia saja je tanak letak carry mark.. kalau letak lagiiiii la pengsan kiteorang.. hahaha...


saya ada macam2 cerita ni. nanti ye saya update. tunggu tau!!


k bye!!



Tuesday, May 10, 2011

Study Hard..



esok petang adalah last paper saya. ok. last. suka sangat dengan kehadiran last paper ini. namun ia seperti membunuhku!


kau membuat ku berantakan
kau membuat ku karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolak ku 
acuhnya dirimu


hahahah.. siap nyanyi lagi. sebab sekarang ni otak dah separuh mamai. tadi pening sangat nak study. lepas tu makan padahol actifast then ok. tapi mengantuk la pulak waktu2 macam ni.. hukhuk


apa kata kita tidur dulu then bangun esok pagi baru study semula? ok kan?? hehehe..





ni buktinya saya study dekat liblary tau. 


ok, hari ni ada kisah tentang kami dan lib tapi nanati saya akan cerita. banyak nak tulis ni. nanti ye lepas exam.. lalalallaa~



ok. doakan saya esok petang boleh jawab exam ye. paper last!! yeaaaaaa!!



bye2..




Sunday, May 8, 2011

Dah Petang Ke??




dah petang dah. dah pukul 2. ayooo.. tak start stady lagi ni. kena mula ni dari pukul 2 ni. kalau tak memang ke laut la jawabnya. haiyaaaa.. risau2.. risau yang tak berbelah bagi.

tapi tak stady2. macam mana? sengal kan? kena tunggu kawan2 ajar macam mana nak kira2 ni sebab ai tak pandai sangat la. ai tengok je soklan tu tanpa reti nak jawab. haiyakkk... nak laki pandai math la sonang anak den sumo leh jawab math dengan kacangnya.

boleh tak angan2 macam tu?? boleh kan? angan2 je kot.. hahahaha


ok. mari study. babai!




Isu Kahwin Muda - Bagi Lelaki dari Pandangan Wanita~



asalamualaikum kawan2 sekalian. selamat pagi. malam tadi panas betul kan?? aiyooo.. tak tahan rasanya. ermm... ni saya terlintas. tak la terlintas sangat pun. saya nampak fenomena ni dalam beberapa bulan lepas dan apa yang saya nampak sekaliling saya.


apa yang saya nampak ramai anak2 muda yang kahwin awal. muda. seawal umur 23. dah 24. entah pada saya umur 23 dan 24 sekarang amat muda untuk berkahwin. saya bukan kata pasal kemampuan batin. sebab batin yang meronta la mintak kawin kan? ni pasal KEWANGAN. kalau kita fikir logik. umur 23 or 24 yang baru habis belajar universiti atau apa2 tempat belajar akan adakah wang untuk membuat majlis perkahwinan? 


majlis perkahwinan sekarang berapa budgetnya? berapa pula ramai orang yang mahu di jemput? selepas kahwin mahu makan apa??


kalau kenduri kendara je makan dh RM 10 ribu. tu belum lagi hantaran. mas kahwin kan? belum lagi itu ini. pelamin, baju, mak andam, photoshoot. dan macam2 lagi benda sampingan yang nanti kena add on lepas tu.


saya memandang perkara tu amat besar dan serius. isu wang. saya tak mahu berhutang banyak2. dan saya akan fikir macam2 itu ini untuk kahwin. kahwin bukan perkara mudah. lebih2 pada lelaki. 


tapi apa yang saya nampak sekarang asal saya dapat kad jemputan je datangnya dari pasangan yang lelakinya lebih tua setahun atau 2 tahun dari saya. kalau dah 25 tu kira ok la. tapi kalau 25 baru habis belajar datang mananya duit?? kerja pun kontang-kanting lagi dah kawin? hebatttt...


tu semua guna duit mak ayah la tu kan? tak salah guna. tapi kalau saya lebih puas hati guna duit kita sendiri. wahhhh.. kalau macam tu  nak guna duit sendiri semua mau tua nanti baru kahwin la kan? ok tak apa.fikir yang terbaik. grab dato'2 cepat2.


saya tak tahu, memang yang baik adalah terus kahwin dari berhubungan kekasih bagi mengelakkan apa2 perkara tak baik berlaku tetapi, fikir la. baru jejak kaki luar u dah edar kad kahwin? OMG...


saya datang dari keluarga bukan berada. saya tahu kesusahan mencari wang tu. saya amat hargai wang. saya pula sering meminta-minta. jika saya nak apa2 saya akan ikhtiar kalau dah tak ada sumber sangat baru saya akan mintak.


bebel panjang2 pun tak guna kan? ramai je dah selamat jadi suami orang. kalau hati dah suka kan? apa nak di kata. kalau perempuan kahwin awal tu normal. tapi masalahnya apa saya nampak perempuan pulak kahwin lewat sekarang. apa dah jadi ni??


saya? ai? tanya saya pulak?? study tak habis lagi jangan nak berangan sangat la.paling2 pun umur 27 baru terhegeh2 cakap dengan faily kot. tak tahu la.. pada saya kerjaya, rumah, kereta, bayar balik PTPTN dan bagi wang bulan2 pada mak abah adalah prarioriti...


OMG, oh menarik gila. panjang nak mampus kau membebel ni eyza oi. perasn ada orang baca la kan?? hampehhhh...


ok la. mau mandi. panas owh!






* malas letak gambar. biar bosan. hahahaha*




Rasa Nak Gigit2 Je!





rasa asik nak bukak website Paul Walker je. dah kenapa aku ni pun tak tahu la. 
kalau aku kata aku craving gila kat dia ni cam ne?
nampak macam sangap tak?
hahahahhaha



statement tak boleh blah
pengakuan berani mati
padahal bukan dia tahu pun aku ni creazy fan dia ke hape
yang penting tiap kali Fast n Furious dia ada income juta2 masuk dalam akaun
ape ada hal kan??



serius.. tanak tutup page dia.
nak biar je
biar sentiasa nampak muka dia
gila tak ada adap nak tatap muka dia 24/7 kan?
lagi baik tatap dia dari tatap 24:7 betol2 punya kan??
hakhakhak



ok.
tak lucu.
tapi kaku.
















*sape puasa jangan tengok gambar atas lama2. nanti batal puasa. hikhik. letak saiz small je sebab tanak korang tengok lelama. jahat*














Rasa Hot Macam M-pop!


 panas sangat malam ni. tatau la pasal apa shah alam ni panas sangat. bila nak sejuk aman macam baru2 masuk sem dulu tak tahu la. baru2 masuk sem dulu rasa sejukk je sampaikan rasa, "ish, kenapa kipas bilik ai ni tak boleh slow dan tak boleh statik kan?" . kipas rommate saya bawak. tak boleh statik dan tak boleh tukar kelajuan. still no 3  walau apa jua keadaan. 



masa sejuk macam, "ehh, sejuk gila no 3 eh" masa panas macam ni no 3 dah tak ada apa rasa. macam nothing. dah la kipas tu kecik. huuuu..  kalau tidur dekat ruang tamu best. luas lapang dan sejukkkk je. tapiiii tanak la sebab hari tu saya penah buat.


konon2 nak study sebab masa tu ada test. test paper ni jugak kot. lupa dah. lepas tu konon tanak di ganggu. duduk la depan sensorang sambil minum nescafe tanak2 tido. last2 ngantok. nak lelap jap. dah siap2 bawak bantal dan rabbit ni nak tido sekejap. dah set alarm jugak. tak sampai berapa minit tidur ada rasa lain. bab rasa lain. bab rasa lain ni tak suka.


rasa rabbit yang aku peluk tu bukan rabbit aku. rasa macam benda lain. something yang ganjil. masa tu tidur mengadap pintu rumah. then rasa maca erkkkk.. apa yang aku peluk ni? nak bangun then sedarkan diri tak boleh memula. then boleh. bangun masuk bilik cakap kat rumate. then, tiba2 baru macam terbangun betul2 dan cepat2 kemas masuk bilik cerita kat rommate. tadi tu macam real je masa konon2 tersedar mula2 then masuk bilik. then, bru betol2 terjaga dan masuk bilik. keadaan yang 1st tu rasa macam real sangat2. macam betol2 jasad ni masauk bilik. padahal roh je tu. hadoi. lepas tu dah tanak tidur luar malam2 sorang2....


kalau dengar macam merepek tapi tu la apa yang aku rasa. bukan penakut tapi baik berjaga2. hukhuk.


sekarang ni terfikir nak tidur balik ke nak jaga terus sampai pagi. ermm?? tidur la. nanti siang bangun lagi kan?? subuh2 ni ai tak suka la duduk sorang2..heeee... tidur tak apa....


ok. bye fellas!







Masih Ada Yang Baik Hati~



hari tua ada sekor kucing warna kuning2 putih meyarap depan rumah sewa saya ni. muka dan kepala serta telinga dia penuh kurap. geramnya saya tengok. macam nak tolong garukan. dan mandikan. geram woh! macam gatal je keping2 tu. 


tapi kucing tu manja. nampak orang je datang nak manja2 tapi semua orang halau dia sebab dia berkurap. mata pun macam tak boleh bukak sebab kurap. bukan kurap la. macam fungus tu. geram sangat2 saya tengok. tapi apakan daya saya sebagai seorang student yang cukup2 makan je ni..


beberapa hari lepas masa saya turun nak beli makanan kat gerai makcik bawah rumah ni saya nampak kucing yang sama. dah bersih putih merah2 kepala dan telinga dia. dah tak ada kurap. dah cantik!! wah, siapa la yang baik hati tolong bersihkan atau ubatkan dia ni? bagusnya... ada lagi manusia yang baik hati macam tu kan??


rasa sayang sesama makhluk tu masih ada. Alhamdulillah sangat. kalau saya ada duit kelak pun InsyaALLAH saya akan tolong kucing2 yang terbiar tu semampu saya...











Saturday, May 7, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

 GEGAR BLOG MAT 2011 . en ben ni bila je dia tak buat gegar. sik2 buat gegar je. tapi bagus la bagi kesempatan kepada blogger2 baru yang merangkak2 nak cari follower ni kan??


macam biasa la kalau nak join click2 la banner abang Ben yang chantek ni. senang je. okeh.





Kawan Dengan Ni je..




saya rasa tensen sangat sekarang ni. sebab apa? adalah sebab musababnya. tak boleh list satu2 yang pasti saya tensen sebab tak paham subjek ni. tak reti buat kira2. aku memang ada masalah keturunan dengan nombor dan angka agaknya. SETERU mungkin. tak paham sungguh aku!


ntah ape2 je aku ni seteru dengan nombor la ape la. padahal ko tu yang tak paham2 tau tak? 


korang makan apa tengah hari ni? saya? hujung minggu ni saya hanya berkawan dengan dalam gambar di bawah ni sahaja. kasihan? tak perlu ok. -.-"





lepas tu minum air jarang banyak2 bagi kenyang sampai petang nanti. malam kot baru makan semula. hah, jimat kan? makan ada yang ada dekat rumah je untuk habiskan stok makanan yang masih ada. nanti nak balik malas ok nak bawak balik semua benda. apa yang boleh di makan, baik makan habiskan. apa yang boleh di  langsai baik langsaikan. apa yang boleh disedekah baik disedekahkan. hehhehe


telur tu banyak lagi tu yang ari2 sik makan makan telur je. muka pun dah maca telur dah. huahahhaha..



rasa macam nak tudr pulak la. lepas tu mimpi exam ke mimpi soklan apa yang keluar. lepas tu bangun je tarik beg balik rumah. tup tup dah hari rabu. best kan?? hehehehhe


semua tu angan2 je oi! -.-"



ok la tata..




Thanks Nuffnang!

  

kat sini nak cakap saya rasa nuffnang dah mula nampak blog saya. yelah, dulu mana nampak. almost 1 year baru berapa sen je dapat duit nuffnang tuh. sekarang ni saya nampak nuffnang dah bagi banyak iklan untuk blog saya. silih berganti. sekejap itu sekejap iklan ini. thenaks nuffnang. saya  hargai sangat. sebab sekarang la baru saya giat berblog then follower baru cecah 100.. kalau dulu hampeh je.. huuuu~






















thanks nuffnang bagi semua iklan ni. walaupun baru merangkak-rangkak nak dapatkan follower dan duit nuffnang, tapi saya sedang berusaha mendapatkannya. huuuuu~


lain kali bagilah lagi iklan2 yang best2. saya rasa orang tak click tapi saya je click. kesian kan saya? saya ada je click orang lain punya.. huuuuuu~


ok. semoga nuffnang baca dan bagi banyak2 iklan yang best. *ayat bidek walaupun tak berapa nak bodek*



tata.







Hari-hari Kita Kena Sayang Ibu kan??




assalamualaikum. apa khabar kawan2 saya? sudah sarapan?? saya sarapan biskut kering dan air nescafe je. sebenarnya nak tanya, hari ibu sebenarnya berapa hari bulan?? ce cite sikit berapa haribulan setiap tahun. aku konpius la.bukan apa ramai je orang gempak tapi aku sendiri tak tahu bila hari ibu tu sebenarnya.


aku jalan2 dekat mall nampak 'PROMOSI HARI IBU' tapi aku tak tahu pun bila sebenarnya tarikh hari ibu tu. ada orang kata 8 Mei hari ibu. ye ke? sesiapa yang tahu boleh beritahu saya tak??


kalau nak ikutkan setiap hari kita kena sayang mak kita kan? setiap hari, setiap saat dan setiap detik ingatkan mak kan? doakan kesihatan dan kesejahteraan mak siang malam macam mak doakan kita hari2. 


haih, tak suka la tulis memenda macam ni. mula la semua air dalam tubuh ni nak keluar. ok, cover jap... hehhe. 


kalau nak cerita pasal mak masing2 mesti semua tak habis2 nak buat karangan, surat cinta, surat berantai.. untuk mak kalau tiba hari ibu. kalau tak? hampeh... tapi yang pasti aku tahu semua mesti sayang mak hari2, tiap detik dan waktu. aku pun sama cuma aku tak de la nak kol mak tiap masa dan waktu. dulu masa masuk u tiap2 hari kol cerita dengan mak apa jadi hari tu. kadang2 sampai 2, 3 kali sehari. yela, masa tu baru je masuk u. tak pernah duduk asrama sebelum ni sebab aku memang tak suka asrama. baik duduk rumah mak masak sedap.


masa aku masuk u diploma dekat melaka tu, family hantar. masa nak balik tu mak dah nangis sebab sedih lepaskan anak dia yang comel ni.-.-' mak dah mula bagi pesanan2 sedih dan menitis2 air mata. aiyoooo... mak jangan la nangis. tak leh la gini. tapi aku kontrol jugak. tanak nangis. heh, hasilnya aku tak nangis walaupun agak sedih sikit. tapi tak de purpose nak sedih sebab aku masuk u. aku gembira dapat masuk u...dasar anak tak de perasaan kan? heh. 


masa aku masuk degree aku dah tak nangis dah. heh, nak nangis ape lagi kan? bukan tak penah masuk u. hehehhe. sebab dua2 anak mak dah masuk keluar macam u. mak pun dah merasa 3 konvo. walaupun anak dia ada 2 je. hehehe. 


ramai orang tanya kenapa adik beradik aku 2 je. mana la aku tahu kenapa dua je. mungkin tu je rezeki yang Allah nak kasi kat mak abah aku. tamao tanya2 lagi okeh. sekeh kang!. hehehehehe


masuk u je aku berusaha untuk berdikari. berdiri atas kaki sendiri tanak harapkan mak. tapi kat rumah mak jugak buat. hehehe. ok. tak fani pun. memang masuk je u aku rasa lainya dunia aku. hidup aku dan persekitaran. mengajar aku macam2. sejak tu aku mula sikit2 kurang kontek mak. bukan aku lupa mak tapi aku tanak serabutkan mak dengan panggilan2 aku. kadang2 aku mesej je. nampak amcam matang la sikit kan? konon la.. ehhehe


walaupun aku tak tunjuk kadang2 macam aku nak manja2 dengan mak tapi sebenarnya aku sayang mak. ingat mak. saje je konon relax. hehehe. kalau lapar lagi la aku ingat mak sebab mak tak penah bagi aku lapar. sebab tu aku jadik macam ni..kuikuikui. -.-"


nak tengok mak aku? mak aku awet muda owh... lagi cute dari anak2 dia. ni yang aku jeles ni. hahahaha..





" mak saya kata kau nak tengok rupa isteri kita masa dah tua tengok mak dia, bila saya tengok mak awak senang hati saya" - ayat Dafi dalam iklan bedak Silkygirl. 


hahahha. dah tak ada point nak cerita ke aku ni. baik2 kalau dah mula merepek ni baik gua chow. hukhukhuk. sila baca buku untuk exam selasa ni. 


hoi, exam selasa! kau tak baca apa lagi? isk isk. sebab pikir nak balikkk je. dari 30hb aku dah kemas beg untuk balik 11hb. gila semangat kan? kalau boleh tak nak praktikal. nak duduk rumah je 4 bulan tu. duduk rumah sampai bosan. bangun, makan jemput2, tengok tv cter katun, tengok sinetron, makan, tidur bangun main dekat tanah dengan adik2 sekalian dan malam tengok tv lagi. tu baru best. tapi kalau tak praktikal pasti sangatttttttttttttt bosan ok 4 bulan tanpa buat apa2... kerja?? wowowoowwoooo.. abah saya tak kasik saya kerja. sebab kalau nak kerja kena duduk bandar. kalau duduk bandar leceh. saya tade sape nak tumpang. kampung tade keje. hikssss.. *alasan*


ok dah la untuk bebelan yang gila panjang sampai bosan gila korang nak baca. feeling sangat ada orang nak baca kan? perasanlahkauiza. ok dah bye.


tata.






Annyoing la Kau ni! grrrr~

  













ntah apa yang ada dekat kau ni buat aku sampai mimpi2!
cis betol la kau yang handsome ni
tu la, sape suruh handsome.



ok bye.
tu je nk marah.




huh!




Friday, May 6, 2011

Benci ah Tengok!!! Grrrrr~




ok jeles tengok.
jeles sangat!!

>.<



jeles tengok Paul Walker dengan Jordana Brewster.
tensen ok.



ok dah bye.




sape tak tahu pergi gugel sendirik kat SINI



(Gambar) BBQ yang Awesome!!




kan saya dah janji akan rompak dari fb kawan2 saya untuk gambar2 yang cantik dan solid. sebab kawan2 saya bawak DSLR yang mantop dan memungkinkan nampak dengan jelasnya segala cacat cela diwajah walupun hanya garis2 halus. -.-"


walaupun saya hanya malu2 kucing beranak lima sewaktu mengambil gambar kerana kononnya berasa malu untuk mencapap di khalayak umum. padahal sendiri camwore adalah tahap rasa nak muntah. angel same je bila ambik gambar. tapi bila di khalayak umum saya cuba behave. cuba ok. =P


dengan ini saya berjaya merompak dari fb group saya dan tepek disini bagi anda2 semua lihat kerajinan kemeriahan kami ber'pink' sambil berBBQ! ye, tema BBQ kami adalah warna PINK =.='  sangat gegurl bila kena pakai baju pink sebab saya takde baju pink.. tudung adalah.. 


kalau tak pakai nanti di cop sebagai tak ikut tema jadi haruslah ikut segala tema yang telah dirancangkan oleh admin! yawwww!.. 




inilah semua kawan2 saya yang hadir BBQ tu. lebih kurang separuh dari kelas je yang join. tak pe yang penting happening. ada juga pakai baju tak ikut tema sebab tak ada baju pink. sangat gegurl la pink. ai pun tade okeh. hahaha.




ayam2 di atas BBQ. sila abaikan kekotoran di tempat bara tu. yang penting jaring alas bakar tu bersih ye. baru beli. jangan risau akan kebersihannya. dijamin. buktinya sampai hari ni tak ada dengar sape2 yang saket perut atau cirit birit lepas balik BBQ. kalau ada pun sebab ter'overdose' makan. -.-'  haha. sedap sangat la kot BBQ ni sampai pulun habis2an.




orang kata gambar membuktikan segalanya. buktinya semua gambar dari sini dan kebawah semua saya sedang membakar. ok. saya memang rajin. kan saya dah kata, saya memang rajin. -.-" *sila abaikan statment sengal ubi gadong tu ye*. saya take part membakar ayam di tempat grill kecik ni, sebab dia lebih rendah berbanding BBQ yang permenant tu tinggi. ai ni dah la tak berapa tinggi. =P








yang sibuk menunjuk-nunjuk itu ini tu Muiz, dia la yang rancang semua ni. dia dan sorang lagi kawan. kami panggil dia Admin. sebab dia yang bersusah payah berusaha menjayakan program ni. harus la seperti seorang diktator! hahahahaa.. ok tak pun. dia tengah cakap sesuatu je tu. hehehehe.




jika ada lagi sape2 punya kamera yang ada gambar best2 sila la upload untuk kebaikan bersama. sharing is caring. sharing is sweeet.. ok. ape aku merepek ni? sangat tak lawak ye eyza!


ok dah. nak mandi dan study. study ke? study la sebab paper hari selasa ni. uarrrggggghhhhh! tensenya paper ni. sangat risau dengan paper yang ini. ntah la kenapa. tensen sangat. hadoiiii... -.-" sebab paper kira-kira. mane la ai reti sangat an. harus la ada orang ajar ni. kalau tak menganga je ntah ape nak dijawabnya dalam kertas soklan tu nanti.


mari kita study kawan2! cewah!!!



tata.





Thursday, May 5, 2011

BBQ yang awesome!




fuh! baru balik dari BBQ dengan kawan2 sekelas dekat tasik Sek 7.. wahh.. pedih2 mata aku bakar ayam.. hehehehe.. tapi fun! thanks guys.. walaupun tak semua join tapi tetap happening! 


thanks kepada yang anjurkan. yang bersusah payah pergi beli ayam, yang masak2, dan juga yang perap2.. jasa anda hanya Allah je dapat membalasnya.. Aminnn~


hobi aku memang  bakar membakar, so, aku take part bakar membakar.. even dekat rumah pun aku kejenya sukaaaa sangat membakar. ni kan dah gian lama sangat tak merasa bakar membakar dekat rumah. kalau dekat rumah bakar membakar surat khabar lama, sampah2, daun2 kering ke ape ke.. kat sini dapat bakar membakar ayam pun tak kesahhh.. den sukaaaa main api! hahahaha..


walaupun kehangitan sampai ke setiap pelusok tubuh yang telah ku semburkan dengan wangian dari CK.. *cewah, CK konon.. padahaal.. Silky girl je*  tapi aku tetap sukaaa membakar ayam. walaupun hidung susah nak bernafas kerana dipenuhi dengan asap tapi tetap jugak berdiri depan ayam tu.. tak mahu lepas jugak..


tahniah kepada semua yang memberikan kerjasama yang tak berbelah bagi kepada BBQ ni. semoga perhubungan kita sebagai kawan2 akan terus terjalin. dan semoga akan datang akan dapat dianjurkan lagi BBQ sebegini.. mungkin lebih hebat lagi admin??? 


mungkin admin tak akan baca blog picisan saya ni.. haiii.. heeee~


last but not least, wah! macam buat karangan BI! hahahaha... padahal ayat masa jawab exam.. last2 mest tulis cenggitu.. hahahaha..


last but not least, i would like tu thanks all member who organize and run this event very well. dan semoga semuanya gembira dan kenyang pada malam ini.


pemilik camera yang cantik, sila upload secepat mungkin gambar2 yang memungkinkan ada gambar saya kerana saya nak rompak daripada FB awk.. kahkahkah!


ok! tata.. 



Wednesday, May 4, 2011

Dashboard saya PULIH!!

 
asaalamualaikum kawan2? dah sarapan?? ermm.. bagus2 saya tak sarapan pun. tunggu kejap lagi beli makanan tengahari terus. senang. eh, bukan senang ke namanya tu? owhhh.. malas eh namanya?? bukan ni.. ni namanya JIMAT di akhir sem yang kian sengkek. hehehehhehe~~


alhamdulillah, pagi ni bukak blog sudah boleh bukak dashboard. tapi blog yang telah di follow hilang semuanya. SEMUA ok. bukan sikit ada dalam 700++ blog yang saya dah add tapi hilang dalam sekelip mata. sedihnya ='(





kenalah follow semula satu2. hadoiii.. tapi tak pe. korang jangan marah. nanti saya akan masukkan bloglist tu. yelah, lambat sikit la kan.


eh2.. tadi masukkan bloglist. tapi dia kata ada je senarai blog tu. sebenarnya tak ilang la.. ada dia menyorok tu. kan dari hari tu tak leh bukak. esti la carca marba dia nak menyusun semua blog2 yang aku dah follow tu kan.. hahahaha~


ok la. lapar ni. nga tunggu makcik bawah ni bukak gerai. aku nak pergi serang akcik tu kejap lagii.. hahahaha


babai!




Tuesday, May 3, 2011

Tak Boleh Susah Lagi ke??




hamboiii.. macam tak boleh nak susah lagi je paper tadi kan? bukan main lagi lain daripada past year paper. saket pulak hati ni bila tengok soalan2 dia. lain sungguh. tak ada soalan berulang langsung. memang dia buat pembaharuan sungguh ni. tak tiru soklan sem2 lepas sungguh! sangat rajin la pembuat soalan ni, lain kali rajin2 la lagi -.-"


dah la soalan lain gilak. banyak yang tak familiar lalu diabaikan dan tak baca. saket hati pulak la. lalu jawap sesuka hati aku jugak. kalau mail lambung ada akta ni iza comel pun ada akta.. hahahhaha~


apa lagi yang dapat menghiburkan hati aku ni? selain makan? erm.. rasanya maharaja lawak dan siapa boleh belanja tengok wayang Fast Five tu baru dapat hiburkan hati.. yeahhhhh!!


sementara nak ke paper seterusnya ada seminggu paper seterusnya ni 10hb. tapi paper kira2.. cost control.. lagik la ai tak reti sangat kira2 ni walaupun sebenarnya pengiraan dia tak sesusah add math dulu masa sekolah form 5. tapi still lambat jugak dapat sebab ai memang tak reti matematik.. 


haiyaaaa... sangat la pening.. nak suami pandai math la supaya anak2 ai pandai math.  tak la dapat markah rendah je macam mak dia.. hahahahhaha..


sekarang ni mata saya rasa sangatttttt la mengantok, tapi perut pula rasa lapar sebab tak makan seharian. mungkin malam nanti la baru saya makan. kalau rajin saya pergi kedai beli kalau tak makan megi dengan telur goreng aje la.. heehehehehehe~


kalau la ai tahu, macam ni baik ai puasa je kan? senang. kejap lagi dah buka.. hahahahhaha..



ok, tak baik menyesal. lain kali mari puasa bersama-sama.


ok bye.tata


Monday, May 2, 2011

Zahiril Adzhim dan Shera Ayob selamat bertunang







selamat bertuang kepada mereka
sama cantik sama padan

dengan baju pink
ringkas tapi menawan


tahniah kepada shera dan zahiril
semoga kekal sehingga ke alam perkahwinan
mereka dijangka melangsungkan perkahwinan pada bulan November ini..


tahniah sekali lagi di ucapkan


*senyap2 je diorang ni kan? heheheh~



Lunch Sorang2~




selamat tengahari kawan2 semua! dah makan? saya baru lepas makan ikan keli 2 ekor. beli dekat mak cik dekat bawah. hahahaha.. eiii.. kucing sangat kan? biar la.. teringin sangat makan ikan nii.. hahaha


semangat makan ikan membuak2. tapi ikan keli je kalau dekat sini. ikan lain rasa macam tak sedap je. kalau dekat rumah semua ikan balunnnn! hahahaha..


kenapa suka sangat nak update blog ni padahal esok ada paper? sebab pada blog je la saya berkata2. ermmm.. semua ni kegembiraan saya.. 


untuk paper esok ni tak ada spot. ntah apa2 je jawab ni. hadoi. risau pulak ni. tapi kena hadapi dengan tabah.


ok la. saya nk study paper untuk esok ni. tata!




Feeling Mat Salleh :: French Toast ::




pagi tadi bangun2 je rasa nak makan french toast. korang tahu french toast tu apa?? ala, susah sangat cakap english, kalau bahasa melayu panggil roti telur. roti yang di goreng dengan telur. 


tapi bila dekat rumah sewa ni jadi malas serba serbi. sebab apa? hahaahhah. malas la gamaknya.. 


jadi saya hanya menjamu mata dengan hidangan di google sahaj. thanks google kerana membuatkan aku semakin lapar... huaaaaa!!




amacam? terliur tak? dengan roti yang gebu2, goreng pulak dengan telur dan susu rendah lemak yang segar. lepas tu makan dengan butter dan madu. alaaa.. kalau tekak melayu mana layan madu dengan butter ni.. mai buat sambal cuta la.. baru ngam!


sambal cuka panas2 memang best makan dengan roti telur, cekodok, atau jemput2.. haishhh..




hah! ini dia pakai roti perancis tu. ala, kalau kita yang keras panjang2 tu... makan dengan strawberry! errrkkk.. tapi tekak saya tak boleh la mengada2 makan strawberry pagi2.. makan buat ciku tak pe la...hahahha




macam ni ok kot. 2 keping je. lepas tu sebelah ada la secawan nescafe smooth yang lembut dan enak. perghhhhhhhhh!! memang best. kalau makan ni tak sedap minum milo sebab nanti macam muak. baik minum kopi. tapi kalau tak suka pekat minum yang smooth. letak coffe mate banyak sikit ganti susu. yang penting air tamau ada susu lagi. hehehehhe~


sekarang kan orang kata tak elok makan nasi lemak la hape la. obesiti nanti. mari la makan cara sihat. freanch toast. roti bakar dengan jem ke. haaaaa, sedap jugak. tapi kalau dah tekak melayu pagi2 mesti nak pekena roti canai, teh tarik, nasi lemak, kopi o, nasik goreng, mee goreng letak telur tabur siap..hahaha..


apa boleh buat, janji pandai kawal kan??


 ok bye!




Pagi isnin yang hening~


Blog saya parah! parah! semalam lepas bangun tidur pukul 9.30 malam bukak tengok boleh..


menjerit satu flat boleh dengar. siap melompat2 bagai kera kena belacan. ok tak sebenarnya. cuma senyum2 dan urut2 dada je masa tu dan cakap "yeay!! dah boleh!!"


tapi bloglist takde. hilang. memang betol2 hilang ke ape ke tatau la. tutup sekejap. then cuba browse balik dapat ke tak
sekali...... hampeh!


jadik macam sebelum ni. 502 error.. tensen balik.


macam mana ni.. saya ni nak exam. susah hati sal blog ni hilang lagi. hadoiiiiii...


dashboard owh dashboard, mana kamu hilang ni??


main sorok2 dengan saya eh??


T____T



Sunday, May 1, 2011

Help Me! Help Me!

tolong! saya perlukan pertolongan.. saya tak tahu macam mana nak buat ni.

mulanya macam ni.. siang tadi saya pergi la satu2 blog yang menyertai gegar 1000 blog abang ben. syok ni tengok satu2 blog orang. banyak blog saya jengah. adalah dalam 70 lebih blog macam tu.. syok je komen2 entry orang tengok layout orang cantik2.. boleh kenal2..


masa tu saya tak bukak dashboard saya. kira nak kuatkan line la tak nak bukak tab banyak2 sekali blogger saya tak boleh buka. aduhai.. macam nak nangis ok!


dia kata something apa ntah. pastu kata saya dah remove blog. saya pun godeh2 la. google suh saya vertifed guna phone la ape. saya bagi no phone dia bagi password vertified tu. tapi still blogger dan dashboard saya tak boleh buka. kenapa ni? mula2 bukak blog pun tak boleh tau.. huaaaa


ni dapat buat entry sebab saya download 'Blog This' ni.. kalau tak memang tak boleh la tengok..


macam mana ni? kenapa tak boleh buka dashboard? kenapa? apa sebabnya?


please sesiapa tahu tolong la ajarkan.. tolong la saya supaya boleh bukak dashboard saya. plzzzz~




Blog saya tak boleh bukak!

kenapa blog ai tak boleh bukak?? help me plzzzz!

T____T

Minggu yang Bosan~

 

assalamualaikum

memula sedar pukul 8.18 pagi
lepas tu..
ahhh,, tidur lagi la.. awal lagi ni
mata pun dok kelat2 je lagi


lepas tu tersedar semula
tengok jam pukul 10.30 pagi
ni memang dah lambat ni nokkkk


bangun la terus bukak fb dan blog tanpa bangun dari pembaringan
ceh.. macam seram ke macam haram??
hahahahha..


okelah. rasanya kena ke kedai membeli stok makanan
untuk hari akan datang ni
juga beli ubat nyamuk ye!!






grrrrr~
malam tadi ai kena kokak dek nyamuk
saket benor ati
dah la ubat nyamuk ai ni dah habis lepas tu ada la nyamuk2 durjana gigit kaki mulus ai ni
mane tahan weh!
tak boleh blah semalam ai menggaru tau..


ceh, lepas ai pasang ubat nyamuk ai yg dah tinggal sikit tu baru ai bole tidur dengan nyaman
kalau tak sampai ke siang tak dapat tidur
dengan gatalnya kaki dia gigit
cehhhhhh~~~


hari ni ai kena study la nokk
paper ai hari selasa
bukan sikit tau nak baca
haihhhhh..


semalam ai malas nak baca
hari ni baru timbul kesedaran yang jitu dalam diri ini
kuikuikui