Happy Cat Kaoani -->

Monday, February 28, 2011

Pening Amat Sangat




sekarang ni aku rasa pening amat sangat. pening ni dari malam tadi. 1 malam tak tidur dengan sebab buat kerja. mengadap test dan bel sekali gus.
memang haru.


ada la tertido dan bangun sekejap je tido tu pun
sekali bangun
mak oi! saketnya pale aku..
rasa nak muntah pun ada


pagi tu dah muntah sikit
tapi gagah2!
lambat pulak tu
sori ye kawan2 sekalian
aku tak larat time tu


sampai waktu sekarang ni pun aku still peningg2
adussss..


dah makan ubat dah
still saket jugak
esok kelas pagi jugak.



hope esok dah ok
kalau tak memang ting tong la aku esok
aku pun esok jadi bartender je
nasib baik la
kalau waiter habis la aku serve mengarut



huh







tenang kan?



Presentation dan Test



hari ini aku lalui test dan presentation. pagi tu ada test Cost Control dan lepas tu ada presentation Bel. cost control sungguh haru sebab aku tak berapa ingat. mana tak nya. dah 4 kali tunda test. naik bosan dah nak baca buku dan chapter yang sama.


presentation macam biasa aku tak hafal pun benda alah tu. teruk gila.huuu. kalau aku hafal pun still teruk kan? 
huuuuu...


tentang test jangan cakaplah. full stop.



balik tu mengelabah pasal nak hantar resume. masalah tu. masalah ni.



by the way 

big thanks to my frends

especially FAZ yang banyak tolong dan guna barang2 beliau.



semoga Allah je yang mampu balas jasa beliau.




=)



Sunday, February 27, 2011

Entah Apa Rasa



sekarang ni series aku tak tahu apa yang aku rasa. semuanya berkecamuk. semua rasa jadi satu. kalau aku nak luah memang tak terluah satu-satu. aku kadang2 binggung.


aku rindu family aku.
aku rindu kawan2 aku
aku rindu semuanya yang membuatkan aku gembira.


entah la kenapa hati ni
asyik memberontak je
inginkan kegembiraan yang tiada taranya.


atau aku terlalu tamak 
terlalu haloba dalam meraih kegembiraan duniawi..




aku masih mencari
masih mencuba mencari hala tuju yang aku idamkan..

Disable Right Click



kalau nak buat disable right click senang je. 


1) Design > Page Element > Add Gajet
2) Pilih HTML/JavaScripts dan korang copy paste cod di bawah ini.


<script language=JavaScript>
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message="Haaaa.. jangan main curik2 ye!";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>





3) Ayat yang MERAH tu korang boleh tukar sendiri dengan ayat korang.
4) Last tekan save dan done!




Selamat Mencuba!!





psssstttt :: kalau nak copy tekan ctrl+c ye! kalau ada tak kena sila la beritahu saya. weeeee~

Rindu Dak Bucuk. Feeling Tengah Main Laptop Sensame








kau tengok. kau tengok budak ni.
gila excited tengok aku main game.
kau tengok la.
betapa uptodate kucing aku.



duduk tanak atas lantai.
nak atas kusyen.
lembut.
tanak duduk bawah.
nak duduk depan aku jugakkkkk..
geram aku dengan budak ni.






geram.geram. geram.
gebu.gebu. gebu.
bucuk. bucuk. bucuk.







ok. aku rindu sangat dia.
mak aku kata nanti aku balik kucing aku pangling (tak kenal dlm bahasa jawa) tengok aku sebab aku dah gemok.
dan kucing aku pun dah gemuk.
rindu. rindu. rindu.




sobs!



T_____T

Saturday, February 26, 2011

Dulu Korang Rumah Sukan Warna Apa??



dulu masa aku kecik aku admire warna hijau. sejak kecik aku suka warna hijau okeh. tapi nasib tak selalu menyebelahi aku. aku undi dapat rumah hijau masa aku kecik2. then, sekolah menengah aku dapat rumah merah. ye, rumah merah. dulu masa aku sekolah, warna merah antara kumpulan yang paling banyak menang. rumah merah dengan rumah biru. kat sekolah aku dia namakan warna2 tu dengan nama lain.


Merah  = Panglima
Biru      = Laksamana
Hijau    = Temenggong
Kuning = Bendahara



jadilah aku warna rumah panglima yang amat tak memberikan sumbangan. dulu masa aku sekolah aku mana suka bersuka. tengok orang bersukan dan aku akan sorak je. kalau rumah sukan aku memang aku sorak kalau kalah rasa macam nak bukak je baju sebab baju yang kami pakai tu baju warna rumah. semua orang tahu kau rumah apa atas padang tuh. bagus la kalau pakai baju tu, nanti kita tak ketinggalan dapat makanan free masa sukan sekolah. minum air free.. dapat nasik ayam lebih. dapat duduk dalam dewan sebab tolong cikgu buat kerja. sebab dulu aku tak main ape pun.



gila tak ada semangat kesukanan aku ni kan? biaq pi la. malas aku bertegang urat nak latihan tiap petang. lenguh beb. kalau ada latihan sukan, malam2 aku selalu je tidur depan buku. sebab buat kerja sekolah dah tu terlalu penat aku tekup je muka kat buku. tapi aku pembersih. tak ada air liur basi kuar. (walaupun ada sikit), hakhakhak



dulu kalau latihan sukan kan, semua murid kena buat saringan. daripada saringan tu cikgu akan ambil mana yang paling terror untuk mewakili rumah sukan untuk bertanding. jadi masa saringan tu aku dengan kawan2 yang pemalas nak bersukan akan buat sehabis tak baik. dapatkan markah paling rendah dan paling huduh. jahat kan?? heeee... kalau lari aku la last, kalau lompat jauh aku la lompat paling dekat dengan salah kaki landing lagi, kalau lontar peluru dan lontar lembing aku paling dekat lontar. dah tu kalau lontar lembing tak bagi terpacak. kalau lontar lauh dan terpacak kompem nama kau naik pergi pemilihan wakil rumah sukan. tanak aku...



aku paling benci larian baton. benci gila okeh. aku dah la tak kuat lari. kaki pendek. badan pun pendek. orang lain tahu nak cepat je. kena pulak pass2 baton bodoh tu. eeeeiii.. menyampahnya aku bila aku lari semua orang kat depan. aku rasa trek aku la paling panjanggggggg sekali walaupun hakikatnya sama je panjang trek tu semua. hakhakhak..


sampai masa aku form 5 dah besar dan dah pandai buat kerja jahat, aku dengan kawan2 menyorok dalam toilet sebab tak nak buat latihan sukan. buat saringan pun tak nak. pakat semua menyorok dalam toilet siat masik ramai2 dalam bilik kecik tu lagi. gila tak boleh blah punya malas nak latihan.


kawan aku pernah kata "sukanlah satu2nya bidang yang tak akan dia ceburi kelak" perghhhh... semua suka ayat dia. kira kalau sekarang kau buat status macam tu kat facebook comfirm ramai orang like status kau. hahahhaa..










oke lah. sampai disini sahaja celoteh membebel aku kali ni. nanti-nanti aku membebel2 dan mengimbau kenangan lama kembali. tata.



=)

1 Hari Tak Makan dan Minum Tapi Boleh Jogging??? Hebat ke?



hari tu aku dengan kawan2 berjogging. blah la kan, baru nak update. hahaha. lambat gila. tapi tak pe la aku nak cerita jugak. kawan2 aku sibuk ajak pergi berjogging petang2 di tasik seksyen 7 ni je. maka kami berbondong2 la ke sana. 



1st time kesana ramai gila orang. tengah lari bukan fokus lari tapi berbual dan mengumpat. memang perkara biasa la tu kan bab2 mengumpat sambil jalan2 tuh. kihkihkih. macam2 ragam kitaorang tengok tu yang mulut rasa tak boleh diam je tuh. nakal je nak mengata orang.



ikut rancangan memang dah lama nak berjogging. baru ni dapat nak berjogging. nak keluarkan peluh la sangat kan. padahal berjalan je. 1 round je aku lari. 1 round lagi aku jalan je sebab malas nak penat2 badan.


aku boleh lupa pulak masa tu siang aku tak makan hape pun. aku cuma makan sebiji cocopie je tanpa minum air. aku pun tak tahu la kenapa aku boleh tak lapar. sebab ada kawan2 kot aku jadi hepi je. aku sememangnya gembira dengan mereka. terima kasih kerana membuatkan aku gembira.


















muka orang pemalas nak lari sebab hari tu aku hanya makan cocopie dan tak minum air langsung lepas tu nak berjogging sakan. memang habis la air dalam badan aku yang gebu ni kan. hahahahha. dah la dengan hp 2 bijik aku bawak. dengan kunci keta aku sumbat dalam kocek suar aku, malas la aku nak lari kan.. jalan2 je la gayanya macam tuh...kahkahkah. bukan aku tak kuat stamina okeh. ni sebab kekangan tak makan langsung 1 hari. kalau tak aku larat je lari. sebenarnya hari tu pun larat saje je. tapi tiba2 kang kalau aku pengsan tengah2 lari mau kecoh 1 tasik. sape plak nak angkat aku kan. dah  la aku ni kecikkkkkkk sangat...hahhahaha







pssstttt :: rasa nak pergi jogging lagi. tapi tak tahu bila. dan mesti ada kawan. kalau sorang2 tak syok.hahaha. jom2 ramai2 kita pergi jogging!








Birthday Prank!



semalam malam kami serumah berkelibut untuk menyambut birthday kawan yang datang dari Melaka. plan ni dah seminggu Faz rancang dengan semangatnya. siap buat macam2 benda supaya si Mamat ni tak tahu ini adalah rancangan. rancangan yang superb dan buat Bulat rasa diawang-awangan. rasa sangat hot walaupun hakikatnya dia tak hot langsung.


hahahha. sila jangan marah abang Bulat. gurau sahaja ini semua. semog inilah birthday paling memorable yang kau pernah hadapi. eventhough hanya girls je yang celebrate untuk kau tapi ini adalah birthday prank paling seronok aku pernah jumpa. 


rancangan yang faz rancang selama seminggu ini berjalan betul2 ikut perancangan cuma tempat tu tak sesuai sebab malam tu ramai orang dan hujan. jadi padang basah dan ramai sangat orang main. kalau tak hujan memang dah lenjan makan pizza dekat situ je kan.


thanks to faz yang ajak kami serumah memeriahkan keadaan dan dapat makan free juga. kami tunpang gembira dengan keadaan happening birthday ini. wakakakaka~


kepada abang Bulat, Happy Birthday Sweet-22. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. kalau kau baca la blog aku ni. yang pasti kitaorang semua sedang menunggu kau upload gambar hadiah tu dan tag kami. hahahahaha.. sangat2 tak sabar. macam manalah reaksi kau agaknya bila bukak hadiah tu.wakakakakaka~













sori la weh. camera kau ni mane ada flash kalau nak dibandingkan dengan Blackberry yang ada flash tu kan. tu la pasal gambar gelap je ni. wuwuwuuwwuu..



kalau nak gambar terang suruh bulat upload okeh. hehehehe







Friday, February 25, 2011

Typod Injection



tadi siap lambat dan pergi tunggu bas pun lambat untuk jumpa nurul nak bagi dia gambar masa dia konvo hari tuh. aku pun dok tunggu bas datang masa matahari baru nak naik tuh. dalam pukul 10 lebih nak ke 11. mak oii!  panas gilak okeh. berpeluh-peluh ketiak aku tunggu bas Seranas ke Rapid KL yang laju tapi haremmmm.. sebijik pun tak ada tanda2 nak lalu. cisss... time aku nak cepat ni la dia tak nak lalu.



sabar lagi dan tunggu. nurul dah telefon suruh cepat2. waaaa.. kalau saya bawak bas saya dah rempit je sekarang ni. masalahnya bukan saya bawak bas tuh. bas tuh bawak saya. wuuuuuuu~



sampai seksyen 2 terus la hantar gambar then cakap la sepatah2 then nurul pun nak balik kerja semula. maka tinggal la haku kesorangan di medan selera yang panas terik tuh. mula2 hajat nak makan KFC je sebab senang nak order dan  sejuk2. tapi bila nampak ada klinik aku terjah je nak tanya kalau klinik tu boleh buat suntikan typod kan. bila aku tanya dia kata ada dan boleh buat. then, bayar RM50. ok, aku terus je buat kat situ. malas aku nak pergi klinik dekat HAKIM tuh. nanti kalau aku naik bas aku kena turun then jalan kaki sorang2 dalam keadaan panas terik. tamau aku. baik aku buat kat sini sekali tak perlu aku nak jalan jauh2 kan.huuuuu...



maka, inject la. sebelum tu aku cakap kat doktor tu yang aku takut. dokter kata tak ada apa2. waaaaa.. sekali tiba2 je dia kata "nah, pegang ni dalam beberapa minit". eh eh, dah ke kata aku. hahahhaa.. tak sedar okeh. dokter tanya sebelum ni kalau inject demam tak? aku jawap biasanya dulu2 tak. ok. tak demam baguslah. dan kemudian aku keluar dan bayar je. maka, dapatlah kad ini












lepas ni 3 tahun dah tak payah inject dah. tengok tu. sampai tahun 2014. kena inject ni semua gara-gara ada kes food poisoning dekat kitchen mock rest sebenarnya. kelas kulinari katanya. erm.. kepas ni semua orang kena menjaga kebersihan dan amalkan cara hidup sihat.



pssstttt :: ikutlah cara hidup sihat. =)

Waitress!



assalamuaikum kawan2! cewah, macam rancangan kanak2 je aku denagr panggilan kawan2 tu? hikhik. apa kabar anda semua? sihat? ermmm.. maaflah. aku tak dapat nak blogwalking kat blog korang sebab internet rumah aku ni slow la. aku pun tak paham kena nak slow sangat. nak bukak page nuffnang pun bukan main payah! tensi aku!  -_-"


ni pun baru boleh update. kalau tak nak bukak new page nak taip entry baru pun tak dapat. asyik loading je. aku pulak busy sikit lately dengan kelas, test dan nak buat LI dekat mana. usha punya usha tak juga buat keputusan. sebab aku orang Johor. kalau aku buat kat Johor pun boleh sebab aku akan tumpang rumah akak aku. tapi kalau aku buat kat Shah Alam pun boleh sebab rumah sewa ni jalan je sepanjang cuti sem. aku pun tak tahu nak cakap maca mana. cuma aku rasa kalau aku duduk JB lagi murah taraf hidup aku berbanding aku duduk sini sorang2. memang still kena bayar sewa rumah tiap bulan tapi macam aku kata lain duduk dengan akak aku berbanding aku duduk sorang. 



aku dah ada agak2 tempat yang aku nak. tapi aku belum betul2 la nak. resume pun aku tak buat lagi. ermm... buat resume tu senang je. 


sebenarnya aku nak cerita minggu ni punya hal. sepatutnya minggu ni aku jadi cashier dalam kelas serving. tapi disebabkan ada kawan aku yang jadi waiteress tak sihat dan dia balik rumah, aku kena la ganti dia jadi waiter pulak. harapan aku musnah bila aku kena jadi waiteress lagi. ciss.. dah aku suka2 dapat jadi cashier ni jadi waiteress lagi. dah 3 kali aku jadi waiter. nak masuk 4 kali dah. eh, kalau termasuk soft sell dan 4 kali la aku serve orang. tapi tahap ke kehebatan tu masih rendah okeh. kalau setakat salah2 anticlockwise tu memang dah biasa sangat dah. hakhakhak




ok. jangan gelakkan aku pakai baju macam tu. tu baju sebenar tok serving ok. ta[i comel kan aku pakai baju macam tu? hikhik. ok. aku meang suka perasan je lebih. hahaha. masa ni aku sepatutnya jadi runner je. tapi disebabkan guast ramai jadi aku kena la jadik waiteress. wuwuwuwuuuu






table setting dalam mock restaurant 2. erm.. jadik la kan. nampak macam restaurant besau2 je kan. cececeh.. perasan pulak aku nih.hikhik.




ok. minggu depan aku tak jadik waiteress lagi. lecturer aku dah sound2 kata "yang dah banyak kali jadi waiteress tak payah jadi lagi. bagi kat orang lain pulak" huahuahuahauaha.. tapi minggu depan kemungkinan besar la yang Vice Canselor UiTM Dr Sahol Hamid akan datang mock rest. kemungkinan la. tak tau lagi jadi ke tak. orang besau2 ni kena la tengok shcedule dulu kan. hope dapat la Dr Sahol datang memeriahkan mock rest kami ni. tak sabar sangat walaupun sangat nerves! 


   



psssttttt :: tangan kiri lenguh. baru lepas suntik typod. nanti la update tentang typod. bye.



Buat Kerja Sikit Tapi Berjalan je Lebih! hahaha



sorry la kengkawan. seminggu ni busy dan jugak internet tak kuat jadi sangatlah leceh nak taip entry baru apatah lagi blogwalking ke rumah korang semua. gua tatau la ape hal dengan line ni. gua rasa gua dah bayar. chop2! bila eh gua last bayar?? erkkkk...


gua nak bagitau ni maybe minggu depan gua tak update jugak sebab gua bz wehhh. bz dengan assignment dan test la hape la. nak uruskan pasal LI lagi. dengan itu lagi. ini lagi. haiyak.


hari isnin hari tu gua dengan kawan2 gua satu group pergi buat esemen dekat KL. ala, buat kat bas HOP ON HOP OFF tu.. korang tahu tak bas tu bas apa?? kalau korang tak tahu korang klik je dekat nama bas tuh. gua dah siap2kan link tok korang tengok apa benda bas tuh. bagi sesiapa yang dah tahu korang diam sudah!


sebenarnya gua dengan 3 lagi kawan2 gua ade kerja nak buat tapi sebab kawan gua ni dah pernah praktikal dan kerja kat syarikat bas HoHo ni jadi kami cuma buat sikit2 dan ambil maklumat dari orang dalam yang dah kenal sangat2 dengan kawan gua ni. lepas tu pergi berjalan2 dekat KL. apalagi. melepak kat BB la petang tu. 


memula naik bas tu macam excited semacam. sekali dah beberapa minit, rasa macam budak sekolah buat rombongan ke KL pulak. gila palat cam kanak2 baru nak up ajak pegi tengok menara KL la, KLCC la, pusat kraf kebangsaan la, Aquaria la hape la.. hadoiiii.. semua tempat tu dah pergi la. malas nak tengok lagi. ceh! berlagak ramaja zaman sekarang ni kan? hakhak


aku tatau la tapi aku rasa bayak berjalan je. bukan banyak buat kerj apa pun. hahaha. jalan2 sambil bersuka ria walaupun banyak kerja pada hakikatnya.wuwuwuwuuu..












ini masa kami balik. dari bukit bintang naik train sampai titiwangsa then jalan kaki pergi Istana Budaya sebab kereta parking dekat car park IB. jauh juga rupanya kena jalan. ingatkan dekat je. kalau dekat teksi tak nak ambik. macam tak balik modal kot. entahlah. kalau dekat jalan penat jugak ni. huhuhuhu



maka masa maghrib tu Muiz ambik kereta kami stay dekat masjid je. tunggu depan masjid. lepas Muiz ambik kami balik ke rumah masing2..





ppssstttt :: duduk makan Subway dekat BB dapat tengok macam-macam jenis manusia yang ada krisis identiti. dahsyat duania sekarang...










Monday, February 21, 2011

Means!







i love green. but its doesn't mean i love money. everyone like money. but money can't buy anything.




yes. 





MONEY CAN'T BUY ANYTHING!!



please. dun make me feels uncomfortable!





 T___________T



Sunday, February 20, 2011

Andai aku bisa berkata-kata




maafkan aku andai aku selalu melukakan mu,
maafkan aku andai kata2 ku selalu membuatkan kau terasa,
maafkan aku andai aku selalu membuatkan kau terasing,
maafkan aku andai aku melalukan sewenang-wenangnya hatimu,
tak menghargainya
seperti mana kau menghargai hatiku..



kadang kala aku bingung,
kadang kala aku keliru,
dan aku selalu ragu
aku bukan meraguimu
tetapi aku ragu dengan hatiku



amat sukar aku menerimamu
walau sejuta kali kau kata sayang
walau sejuta kali kau kata cinta
kerana aku hanyalah menyukai orang yang aku sukai
dan samapai bila2 pun aku masih menyukainya
kenapa dan mengapa jangan kau tanya
kerana aku sendiri tak tahu jawapannya..



kau harap kau terus bersabar dan menungguku
menunggu sehingga aku menyukaimu..
walau aku bukan yang terbaik yang harus kau tunggu...





T________T



Postpone Again and Again!



yeahhhh.. dengan segala hormatnya! esok kelas dan test cost control tiada buat kali ke 3! seronok tak? seronok tak? okeh. nak tanya lagi. seronok tak?? ceaaaa... takkan tak seronok kan? tade perasaan ke kalau tak seronok tuh??


fine. test ini di tunda buat kali ke 3. memang la sangat best. jom2, tengok muvie Hantu Kak Limah Balik Rumah dan karaoke dalam rumah menerusi youtube. melalak sampai jiran sebelah dan depan ketuk pintu sampai nak pecah. lepas tu bukak dengan muka tak bersalah sambil rambut kusut masai pegang pisau. mesti jiran tak terkata apa lalu balik kerumahnya semula. hahaha



sila jangan perasan je cik Iza! sebab kalau tak ada test kau kena juga buat kerja lain nih. ada banyak lagi benda nak kena buat. jangan nak berangan sangat enak2 duduk rumah weekkend nih. sila bat sesuatu untuk memanjukan diri. banyak lagi subjek2 lain yang kau kena tengok iza! jangan nak mimpi2 di siang hari lagi boleh tak?



arhhhh.. tau tak semalam rasa sengal sebab pergi 7E tak ada ATM? aku nak cucuk duit la beb! grrrrrrr... tak pasal2 melepas makan Egg McMuffin McD breakfast dengan hashbrown pagi tadi. dah la peberet gua tuh! isk isk..





blah la. blah la. blah la. 


ehhh, best kan kalau ada sebijik mesin ni dekat rumah..wawawa.. jadik belon badan hari2 makan macam ni..heeee~



tatau nak cakap apa ni. rasa nak ape pun tatau. dengan test tak menjadi. isk isk




permudahkanlah semua urusan aku Ya ALLAH... 



T_____T






Saturday, February 19, 2011

Tacing Habis.. Seyes!!







Dadali - Disaat Aku Mencintaimu 


mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta



*               *             *             *



sangat sedih tetiba dengar lagu nih. tak boleh blah. terus bercucuran air mata. isk isk..




selamat mendengar.




T____T




Dalam Ketakutan



sekarang aku kat rumah sensorang. niat dalam hati nak baa notes untuk test online yang nak dibuat kejap lagi bersama kawan2. tapi memandangkan saya seorang di dalam rumah tiba2 ketakutan itu melanda. saya amat takut sekarang. kalau ikut perkiraan akulah paling tak takut sekali. means bukan jenis penakut jerit2 macam tu. selalu macam ok jek. tapi ni tetiba rasa lain. rasa taku sangat. cam ne nih??


sampaikan aku tak boleh duduk dalam keadaan senyap sunyi. sekarang ni aku bukak lagu kuat dalam bilik. sebab kalu senyap2 lagi la aku takut... ntah kenapa datang aura takut bebenor tuh. hukhuk. aku tatau nak kol sape. aku kol kawan aku dia nga nak balik rumah. nak kol orang lain keje. nak kol supaya aku tak takut. ni sorang2 jadik takut pulak. pantang ada bunyi2 pelik sikit dan mengelabah tengok kanan kiri.


huahuahuahuahua.. sape2 tolong temankan saya!!



isk3. nak nangis la kalau macam nih.hukhuk.

Wap Megi Mampu Memutuskan Line Broadband???




tahukah anda, wap megi yang enak harum tu mampu memutuskan line broadband anda? tak percaya? sila la uji sendiri..

saya baru buat tadi. mungkin ia tidak disengajakan tapi dia memang benar!! begitu hebatkan wap megi ni? megi bukan hanya mampu memutuskan ingatan kita malam memutuskan line bb juga!!!


cuba la sendiri. anda akan terkejut dengan hasilnya!!




ini bukan megi aku masak tadi. ni aku ambik dari google. tapi kalau kat hostel gini la gayanya aku rendam. dalam bekas yang sama lak tuh. haish. sama je. cuma aku tadi tambah telur seketui. hehehehe



line akan terputus sebab apa korang tau?




sebab korang tengah beria2 meniup asap megi yang enak sebab perut dah melalak mintak diisi dan hanya megi je makanan tersedap time tuh! yeahhhH!!!!



marah ke?



fine.
jangan la marah.



hehehe.
ok
bai











ceq nak join bloglist tomatokering




waaa.. saya nak join bloglist tomato kering. tapi dia suruh saya komen2 blog dia ala2 MENTOR gituwww...


ermmm...blog beliau cantik dan cumel. saya yakin orangnya juga cumel2. heeee... dan suka pakai shawl warna warni. by the way shawl warna warni sangat cute pada muka beliau. jangan pada muka saya.tak menjadi sokmo.


dan binatang2 disekeliling blog beliau amat cumel2. saya geram okeh.





selamat berkenalan!!


:P


Nak Nangis Lah!

















































nasib korang la nak muntah hijau ke, muntah darah ke.. nak pangkah page aku ni ke. sebab sekarang ni aku rinduuuuuu sangat dengan adik aku yang tebu2 bucuk2 nih. dah lama tak balik. rindu nak main2 dengan dia. dalam adik beradik dia, dia sorang je yang aku sukaaaaaa sagat buat main. dia ni pandai tau. kalau orang panggil nama dia dia paham. kalau orang geram2 dengan dia, dia pun geram2 dengan orang. kalau orang ketawakan dia, dia jeling tanda marah la konon.... tapi sikit pun aku tak takut dengan jelingan dia tuh.. hikhik



jadi aku tepek banyak2 gambar dia. tepek besau2 suapaya aku puas hati. sebab aku rinduuuu sangat dengan dia. nak main2 dan tepuk2 dia. hehehehe..



i miss u puntal!

muah!


bai!