Happy Cat Kaoani -->

Friday, November 19, 2010

Dalam Kebizian

salam kawan2 semua, saya sihat2 sahaja dan bertambah sihat berada di rumah. maaf sebab tak dapat nak update entry selalu sebab internet rumah slow dan sekarang broadband saya dan kena sekat.. sebabnya? paham2 sahajalah di hujung2 semester ni..


malam ni saya akan naik bas ke Shah Alam untuk ambil jubah esok pagi.. harap2 semuanya berjalan lancar..kawan2 doakan ye!

Monday, November 15, 2010

Cerita Sem Ini

seriusly aku tak tahu apa nak cerita. tapi aku tetap juga nak cerita sesuatu. fine, aku kena cari tajuk yang boleh diceritakan.tapi masalahnya tak ada. aku tak tahu apa nak cerita sebab kat rumah sangat buhsan. tak ada yang menarik sebab aku hanya duduk rumah sahaja. kesihan aku kan?? jadi ada siapa2 nak ajak aku keluar? jika anda transport lagilah amat dialu-alukan!




seperti yang korang semua tahu, habis sudah semester ini. aku jarang sedih pada saat perpisahan, biasanya aku sedih saat lepas berpisah. saat terkenang semua memori lama. aku memang macam tu.




bila aku fikir2 balik, sekejap je semester ini berlalu. aku tak tahu berapa lama lagi aku akan belajar sebab aku tak dapat estimed jangka masa aku belajar, antara 2 tahun setengah atau 3 tahun. sebabnya aku tukar kos jadi bila tukar kos aku kena 2 tahun setengah. tapi banyak masalah yang timbul jadi aku jangka 3 tahun aku akan habis. aku harap aku cepat habis belajar, walaupun aku tahu saat2 belajarlah saat yang paling gembira dalam hidup sebab bersama rakan2. tapi apa boleh buat, kalau study lama2 akan lebih banyak la duit PTPTN yang nak kena bayar..





saat2 pahit manis suka duka aku mula menjejakkan kaki ke Shah Alam masih aku sangat ingat. aku bersama Husna mendaftar kesana dan kemari. mencari bilik kolej dan sebagainya. saat mahu putus urat saraf mengangkat segala barang sendirian dan macam2 lagi. aku banyak sangat kenangan dengan Husna. masa aku nak balik hari tu Husna kata sedih sebab cepat sangat masa berlalu. lepas ni mungkin jumpa masa ambil jubah atau masa konvo nanti.. 




lepas tu dia mungkin bizi bila start sem baru sebab dia kena kejar semua pelajaran dalam masa 2 tahun. tengok je la sem ni, sangat bizi dan kami jarang luahkan masa bersama. 




sem depan mungkin sem yang sibuk sebab sem ni adalah sem yang sangat relax sebab ada 4 subjek sahaja. aku akui sangat pleasure dan sangat la tak memberi perhatian macam masa diploma dulu. aku rasa diploma dulu kelas penuh je, penat sangat dan otak sentiasa fikir pasal assignment, kelas, kuiz dan test yang bertimpa-timpa. macam sangat pack keadaan masa diploma. masa naik degree aku sangat relax dan tak beri perhatian. jadi aku nak nasihatkan diri aku yang sem depan kena lebih peka, lebih baca buku, lebih rajin, lebih bijak bahagi masa dan sebagainya..






aku rasa tu semua layak dijadikan wish tahun baru kan?
hikhik.. 





aku harap aku dapat la buat ape yang aku dah wish. aku tahu ramai yang under estimated aku. aku tahu. bila aku cakap korang tak percaya. bila aku beri pandangan tak nak mengaku benda tu betul. hanya sebab aku gagap dalam speaking dan benda2 lain. ye, aku gagap time tu sebab aku gugup. lepas ni aku malas dah cakap. korang nak caya suka hatilah. tak nak caya sudah. 





apesal teremo ni? sebab aku nampak sesuatu yang aku tak suka dalam hidup aku. 





Sunday, November 14, 2010

Rambut..

aku dah lama perasan yang rambut aku selalu gugur. aku tak tahu puncanya. tapi memang banyak sangat. sampai kalau sapu bilik banyak gila rambut aku je. malu jugak kadang2. aku pun ada masalah rambut lain. kadang2 buat aku runsing. aku pernah berfikir kalau aku botakkan rambut dan kikis semua kulit kepala aku, bagi kelumumur semua tanggal then buat treatment. bila rambut baru tu tumbuh dia akan tumbuh rambut baru yang baik dan elok.


tapi hakikatnya tak mungkin kot. aku cuma pakai syampu biasa dan selalu bertukar2 syampu. sebab tu ke masalahnya? ke memang jenis rambut aku? rambut aku kasar, tebal dan hitam. lurus juga la. aku nak sangat tahu syampu apa yang korang pakai sampai rambut korang jadi cantik cun melecun macam tu??


aku terfikir guna Pentene tapi bagus ke? ke guna Dove baru untuk treatment tu? ke guna Herbal Essence? kenapa pakai syampu sekali dengan conditioner dan serum ke? kalau serum tu tak pakai boleh? aku pun selalu skip conditioner tu sebab nak cepat ataupun tak beli. hahaha..


tolonglah suggest syampu yang baik dan bagus untuk aku guna dan boleh beri kesan pada rambut aku. aku harap sangat korang yang baik hati ni dapat menolong aku. sebab aku tahu ramai wanita yang memiliki rambut yang cantik dan nampak bermaya.. macam rambut Hanis Zalika.. wow! cantik kan rambut dia? hehehhe


Boolaaattt!

buat masa sekarang semua entry aku tanpa gambar sebab aku malas tepek gambar sebab internet aku tak kuat nak loading gambar. jadi semua hanyalah bebelan aku yang tak berguna. harap korang masih setia membacanya. kalau tak mahu baca pun aku paham sebab blog aku tiada ilmiah cuma blog bodoh yang bercerita tentang kehidupan aku yang buhsan. fine. aku tahu tu..





aku ada banyak gambar nak tepek dekat sini, terutamanya tentang adik bulus aku yang musyuk comel tu, dan tentang macam2 lagi. aku tak tahu la bila aku dapat upload gambar dengan senang hatinya. mungkin semua tu angan2..





gambar aku pakai shawls dengan inner. aku tak pernah pakai pun. semalam aku cuba dan aku ada ambil gabar tapi tak sempat nak tepek sini. aku belum edit. nanti aku edit aku letak. sangat bulat muka aku. dah la tembam semakin la bulat. sebab tu aku sangat tak berkeyankinan bila pakai shawl.. aku tak suka tengok muka aku yang bulat dan tudung tu ikut kebulatan muka aku.. aku rasa sangat la tak berkeyakinan. aku tak suka..





tapi aku cuba pakai inner tudung yang tajam depan tu jadi buka aku takla bulat sangat. tapi masalahnya aku tak jumpa lagi mana nak dapat inner tudung yang muncung2 nampak macam tudung biasa dalam dia tu. aku rasa macam tu better untuk muka aku. yela, muka aku pun bukan lawa sangat jadi kena la pakai yang muncung2 sikit jadi tak nampak bulat sangat..hehehehe



korang ada tahu mana2 tempat nak beli inner tudung yang depan muncung bentuk macam tudung biasa? puas aku carik. aku beli macam2 inner tudung, semua melekat bult dekat kepala. tensen aku..




kalau korang jumpa mana2 blogshop ke kedai ke beritahu aku ye. aku nak beli la..hukhuk


Tan Sri Add Aku di Facebook!

aku ada dapat banyak invitation add friends dari orang di facebook. mostlay budak2 kampung bawah dari umur aku. aku tak kenal kadang2 siapa budak tu sebb letak nama mengarut-ngarut. kadang2 kalau aku baik hati aku tengok dulu gambar dia (kalau tak private la) untuk kenal yang mana satu orangnya. kalau aku sure kenal orang kampung atau budak2 sekolah lama aku baru aku approve. 



tapi kalau internet tak kuat cam ni aku memang ignore sahaja. nama mengarut-ngarut je yang diorang tulis macam nama aktor korea, nama kartun dalam anime atau apa2 la yang pada diorang best. dah tu letak gambar merepek-merepek pulak. entah gambar benda2 apa je yang dia letak tiba2 add orang. orang bukan kenal dia siapa. bukan la tak mahu approve sahaja tapi sekarang ni kita kena la tengok orang tu siapa kan sebelum nak approve. 


maaf kalau ada sesiapa yang baca ni terasa. aku bukan maksudkan korang. aku maksudkan budak2 kampung aku yang suka letak gambar pelik2 dan nama pelik2 lepas tu add aku. aku tak kenal identiti mereka pulak tu. please be matured dan tunjukkan korang yang sebenarnya...



aku kadang2 jadi tak kenal siapa la budak yang add aku ni? padahal budak tu memang dah sedia aku kenal dari dulu. haha. aku tak suka sangat yang letak nama lain dan bukan gambar dia di facebook lepas tu add aku. kalau orang yang aku dah kenal korang nak tukar gambar seibu kali pun aku tak kesah sebab aku dah kenal kan.. hehehehe


ni ada yang sampai tulis Tan Sri Dato' Asyraf apa la.. macam, eh, eh, ada tan sri add aku ke? sekali budak2 je menyamar tau.. hahhaha.. merepek2 je budak2 sekarang..



Uselesss!!!

tak apa yang menarik di rumah cuti2 macam ni. yang best hanya makan2 dan lepak2 sehaja. cuaca pula hujan memanjang. sangat tak best dan sejuk.


cuaca memang sangat tak best ditanbah pula dengan keadaan internet yang tak best ni semakin menjadikan kehidupan tak best. aku rasa aku harus mulakan sesuatu untuk hidup yang lebih baik..


perghhhh, ayat.. musim cuti ni aku tak blogwalking. aku tak taip entry aku tak buat macam2 mesti traffic aku menurun dengan banyaknya. huh, tak sukanya. penyesalannya bermula saat aku berkata, kenapalah aku beli laptop yang sangat slow internetnya ini? sangat tak bagus laptop ini. sila buang ke sungai.. 


maaf reader sekalian kalian sedang membaca entry merepek dari aku yang sentiasa kekenyangan ini. haha.. ini memang mengarut dan tak masuk akal. internet taraf hijung hidung sahaja. aku benci keadaan ini. benci..



ok. bai! 

Friday, November 12, 2010

Blog Copy Paste


seorang kawan saya ada meng'sound' saya, katanya blog saya blog copy paste. bahawasanya saya tahu beliau ni mulut yang tak ada insuran. maka beliau ni suka cakap sesuka hati beliau. masalahnya beliau cakap sesuka hati, aku ni tak tak suka dengar. walaupun ada sedikit kebenaran yang ada tapi sedikit sahaja la. saya tak tiru orang ye... kalau ada persamaan antara susun atur blog atau persamaan entry ia adalah tidak sengaja..



kita pun nak identiti kita sendiri kan? macam aku, aku pun ada identiti aku sendiri, cuma tak berapa menyerlah sangat. sikit2 sudahlah. sekarang ada macam2 cara nak naikkan nama blog. macam2 tips yang blogger2 otai dah ajar.. semuanya terpulang pada kita untuk melakukannya atau tak..



selain tu la, susun atur blog juga memainkan peranan. lebih2 lagi yang cantik dan kemas. cantik tu sangat subjektif sebab kita yang rasa kecantikkan tu. definisi cantik jugak bergantung kepada seseorang. pasa aku lah sesebuah blog tu macam mana susun atur widget, ada ikon comel2 sikit, header yang menarik, dan warna yang aman je.. tak la bersepah atau warna buat rasa nak pakai spek hitam kan...



cara penceritaan jugak penting. lebih2 lagi gaya macam cakap dengan kawan2. sempoi2 je penting. jangan lah terlalu skema atau terlalu kurang ajar.. tak best la kalau tulis blog cakap kurang ajar sangat kan.. sebab blog ni ramai orang baca. cara berkomunikasi jugak penting. lainlah kalau ada tak tahu macam mana 2 way communication tu..hehehhe



apa pun kita jadikan teladan. apa yang kawan saya cakap tu jadikan sebagai teladan. penangkis dari orang gelar kita blog copy paste. tapi pada akulah, kalau copy paste benda yang baik2 tak apa rasanya.. kan? macam dalil ke, hadis ke.. nasihat ke, kata2 hikmah ke.. harus la copy dari mana2.. tu tak pa aku rasa.. bagus la tu kan.. tapi kalau untuk tujuan tak baik tak payah la..



apa2 pun kita ada cara sendiri nak naikkan nama kita dan blog kita kan... kepada semua teruskan berblogging ye!


salam sayang!



Sooo Bored!



aku tak suka sangat cuti2 ni
sebab aku akan kebuhsanan
lagipun tak ada cerita aku nak story mory dengan korang semua
macam sangat la tak best pulak
aku tak tahulah
tapi duduk dekat u tak la best sangat jugak
tapi best la sebab internet kuat



aku tak belajar lagi buat header cantik2
ataupun buat yang senang2
bodoh piak sikit guna photoshop
sebab aku tak reti meneroka
kawan2 budak AD ramai tak tak pernah nak menuntut sangat



sekarang rasa sangat cemburu dengan mereka2 yang lagi muda dari aku tapi mahir dalam menggunakan photoshop
dan apa yang mereka edit sangat cantik ye
ooooo..
sangat jeles..
maka dengan berbekalkan keazaman yang tinggi saya mahu belajar cara2 photoshop
hukhuk





sangat la lambat ye bagi aku
malu pulak dengan korang yang dah pro buat benda2 ni semua
isk isk






tak pe,.
janji aku belajar
nanti kalau aku dah reti siap la tiap minggu aku tukar header 
hikhik
berangan je nokkkk




Cintaku Tertinggal di Rumah

salam kawan2 maya saya
maaf sebab dari petang semalam saya senyap sahaja
buhsan la saya ni kan?
sebab saya dah balik rumah
sebab tu la lambat update sikit
internet dekat rumah ni slow je..



sekarang sudah berada dirumah
dengan senang hatinya
bermain bersama adik2 bukus yang lembut bulunya walaupun agak melekit sebab tak mandi lagi
tapi saya sukaaaa...
hahahahha




mereka semakin besar dan kuat makan
nanti kalau ada kesempatan saya upload ye gambar musyuk mereka
hehehe..




dan!
baru saya perasan tadi 
adik2 bulus saya yang seramai 5 ekor tu semuanya betina!!
yaaawwww!
ramainya betina!
nanti ramailah yang beranak lagi..
hadoyaiiii..





makin meriahlah dengan jerit pekik dekat rumah ni
dengan nak kasi makan mereka lagi..
mana nak menang tangan..
tak buang sayang sebab mereka semua manja2..
manja sangat okeh...





saya ingat nak bukak untuk adoption..
nanti saya upload sekor2 gambar mereka dan anda semua boleh pilih mana satu berkenan
sebab saya juga ada halangan dan rintangan mahu bela ramai2 kucing
selain faktor2 makan dan perubatan
saya juga selalu tinggalkan mereka kalau saya dan family mahu ke mana2 dalam masa yang panjang..





saya harap ada yang sudi dengan adik2 bulus saya..
nanti saya akan war-war kan lagi ye..





selamat malam!


Thursday, November 11, 2010

Lebatnya..

sekarang saya sudah sampai di Larkin
tempat saya bermain
maka dengan seronoknya saya melepak di Mcd
meng'online'kan diri dalam hujan lebat
dalan guruh2









sekali ada seorang lelaki datang menyapa
saya tidak perasan kehadiran beliau kerana saya sibuk membuka laptop dan mengecasnya
wuwuwuuwwuu..
lalu mamat tadi meletakkan begnya di meja saya










dia nak ushar saya?
yeke??


















ushar amendenyer!!
kawan aku la si Erul tu..
"ko balik bila? bas pukul berapa?"
haaaaa...
kenal la wehhh..
tak payah dramatik sangat la
tak de orang nak usha saya yang gemuk itam ni..
wiiiiiiittttttt!!















lepas tu jumpa lagi 2 orang kawan
mereka couple..
dah ramai geng pulak..














tak la aku sorang2
tapi kalau sorang2 pun tak pe kot..
hehehehehe
















pukul 5 aku balik kampung
bas ke kampung dari Larkin 2 jam je
malam nanti sampailah!
weeeeeeeeeeee...


















cuti sem bermula!!!











Morning Dear Readers!

yeeeeeaaaaaahhhhhhh!!!!


bermulanya cuti sem selama sebulan lebih yang amat membuhsankan!
hahahaha..



hari ni saya balik rumah
barang2 lain saya angkut rumah kawan
terima kasih kawan.. ^_^



yeaa..
balik rumahhh
lepas ni duduk je rumah besarkan badan
besarkan segala yang belum besar..
hahahaa




nampaknya cuti kali ni nampak sangat membuhsankan
cuma..
cuma..
kalau ada kesempatan mahu habiskan lesen
tu je perancangan yang malu nak dirancang



hiksss...
saya balik pagi ni
tapi tak beli tiket lagi
kira redah je la..
asal dapat tiket fly terus balik Johor..





balik boleh jumpa adik2 bulus saya yang cumel2 tu
grrrrr!!
siap korang kak iza balik korang mandi!!





sila nantikan kehadiran saya yang jarang blogwalking dirumah sebab internet macam siput sedut masak lemak
sedddddaaaapppp sangat rasanya..
thanks laptop yang tak best..



hahah..
kecik ati laptop aku
hihihi..






plannning!
sampai JB nanti nak makan mana?
idea..
idea..





McD!!!!






lapar wehhh..


hehe...
okeh, doakan perjalanan saya selamat ye..


kepada rakan2 yang lain pun sama
balik hati2 tau..
terima kasih untuk satu sem berharga ini!







Nestle Nesvita!

rasanya enak bila kita buat panas2
hirup sikit2 sambal pandang cuaca luar tingkat yang redup angin pagi..
tak seronok ke macam tu?





haha.. cuba korang rasa tulang korang tu?
amacam?
rasa2 boleh tahan sampai tua?
paling2 pun sampai korang ada rasa macam..
"errkkk...kenapa belakang aku sakit ni??"
lepas tu terus teringat
ohhh.. tak minum susu atau produk tenusu rupanya..




haaa.. kan?
padan muka..
siapa suruh tak minum susu
kalau tak mahu minum susu putih baik minum susu yang sudah dicampurkan dengan nestum ke, oat ke, milo ke koko ke.. kan jadi sedapppp macam tu..
kalau minum air bandung pun boleyyyy..




bukan susu sangat sedap ke?
kenapa ada yang tak suka susu?
sebab apa?
sebab bau dia ke?
pada saya sedap je bau dia..
rasa lagiiiiiiiii sedappp..
hahahha
sebab tu saya semakin membesar!
hikssss...




maka, Nestle Malaysia mengeluarkan produk yang sedap lagi enak untuk memelihara tulang anda


check the label for your daily bone nutrition
*boleh picit je picture tu*




tengoklah, sebenarnya kita harus memberikan nutrien yang secukupnya untuk tulang kita
kalau kita tak bagi means kita ni kejam la kan..
waaaaa.. sadisnya orang cop kita kejam..



lihat2.. adalah kita bagi nutrien yang secukupnya setiap hari?
dan yang palinggggggg best selaki  sekali adalah





NON FAT



okeh tahu kan apa maksud itu?
dah, tak payah ngada2 tanya aku
aku tamau jawab..
kau tanya sini







kau boleh main picit2 je picture tu.. jap lagi ada jim keluar beritahu korang apa pentingnya minum susu dan sewaktu dengannya..





bai!

Contest My Bestfriend!!





anda diwajibkan meletak satau gambar anda bersama kawan baik anda.. satu je tau! maka inilah gambar saya bersama kawan baik saya! 








nama bestfriend saya Nurul Husna Zulkifli. beliau berasal dari Pahang. apa yang saya sayang sangat dengan dia adalah, dia kawan pertama yang saya jumpa masa saya masuk diploma tiga tahun lepas dan perhubungan kami kekal sehingga kini. beliau sangat baik hati dan sentiasa bersama saya saat susah ataupun senang. belai sangat manis dan peramah. kami tak pernah bergaduh. sebab adanya persefahaman antara kami. dulu masa diploma saya sentiasa bersamanya. berjalan menuju ke kelas, dan berjalan keluar.. 



kami saling mendengar masalah masing2. dia sangat tidak berkira dan lebih senang dibawa kemana-mana. banyak sangat suka duka kami bersama dari saat saya menjejakkan kaki ke universiti masa diploma sehingga kami masuk lagi universiti untuk ijazah.. pelbagai susah senang kami kongsi bersama. sangat banyak memori itu yang tak mampu saya ungkapkan satu persatu!



saya cuma berharap beliau sentiasa gembira dan mendapat apa yang beliau hajati. sekarang kami sudah lain kos. jadi berlainan kelas dan masa. beliau sangat sibuk dengan urusan beliau sebagai pelajar dan semester depan beliau akan berpindah dari Shah Alam ke Puncak Alam.. saya turut rasa kehilangan kawan yang sentiasa bersama saya selama 3tiga tahun ini.



ye, saya tak reti nak cerita dengan cara happy atau kelakar. saya lurus2 sahaja. hikssss,,, apa yang penting saya doakan dia sentiasa dalam lingkaran rahmat Allah dan tidak melupakan persahabatan kami..


saya sayang bestfriend saya ketat-ketat!!






p/s :: beliau yang baca sila jangan terharu okeh..hehehe





saya harap saya ada peluang dalam kontest ni. walaupun jalan cerita buhsan lurus atau kalau naik kereta tepi jalan semua kelapa sawit dan pemandangan sangat tak best tapi terpaksa tempuhi juga.. apa saya merepek ni??



okeh, jika anda berminat jugak untuk menyertai kontest ini boleh picit gambar atas kuat2 atau tekan sini



Wednesday, November 10, 2010

End of Semester

berakhirnya hari ni maka dengan ini berakhirlah sem 2 aku disini
masih aku terbayang saat mendaftar di fakulti kecik dan buruk ini
saat aku kepanasan menunggu giliran untuk mendaftar
barisan yang sangat panjang dengan macam2 jenis manusia








selepas mendaftar bergegas-gegas cari asrama
dapat dengan jayanya menetaf disatu bilik tingkat 5 kolej Mawar
tapi bila kol kawan2 lain kata duduk dekat Melati
owwwhhh, hati rasa ingin fly ke sana dengan segera dekat dengan kawan2
berbekalan semangat yang jitu
kami berdua meohon bilik di Melati pula
dan!












dapat jugak..
yeahhhhh!
keluar secara rasmi dari Mawar dan berpindah ke Melati..
berpenat lelah mengangkat beg yang best2 itu seorang diri
rasa hazab yang sangat penat masa tu
seharian kami tak makan
hanya meneguk air 100 PLUS sahaja..







malam baru dapat makan 
itupun hanya burger sebab tempat lain penuh.
ramai sangat orang masa tu..














masa berlalu pantas..
puasa...
raya..
deepavali...







busy dengan kelas dan assignment
kelas..
assginment..















sedar tak sedar dah final!
dan sekarang dah habis final....















maka berakhirlah cerita suka duka, menangis ketawa, dan segalanya disini sem ini
sem depan tiada hostel lagi..
alam rumah sewa pula menjengah...














dan satu sem ini sungguh cepat masa berlalu
sem depan cik rumate dan kawan2 lain ke Puncak Alam
busy dengan kelas dan assignment lagi
kemungkinan tiada masa berjimba bersama
semakin kurang berjumpa














aku akan rindu kalian..
sungguh...
dan segala kenangan kita!














sobs! sobs..
esok balik rumah dah..
tahun depan jumpa lagi ye Shah Alam...

















eh, salah.. masa ambil jubah dan konvo nanti jupa juga kan..
heeeeeeee....
















aku sayang kamu semua ketat2..
love u all...





















inilah cik rumate saya!






psssstttt :: masa editing adalah berbeza maka cara mengedit juga trademark juga adalah berlainan..heeeee



Morning Peeps!

segar2 pagi2 ni kan?
ermmm.. mengantoknya..
semalam tak tidur..
ehhhh..
tidur..



konon2 study la kan..
haiiii..
penatnya study..
bila kerja amat senang hati sebab tak perlu bebankan otak untuk fikir dan hafal semua benda
asyik2 pergi kerja kena buat benda yang saya hari2
tapi ada juga kerja yang perlu berfikir banyak..
errmmm...
kerja apa ye??



dulu praktikal amat mudah
datang on pc then fb dan blog...
segala haiwan dan ladang kena jaga hari2..
bila buhsan on youtube tengok video..
ermmm..
lapar turun bawah
haus turun bawah beli ABC..
petang ada kudapan..
senang kan??




isk..isk..
tu yang buat aku gemuk...



petang ni exam.. tapi kul 10 dah pergi fakulti siap2
sebab kena la awal
study sama2 kan..
bagus juga..
masuk la..
dari duduk diam2 dekat bilik..hikssss..




doakan saya boleh jawap paper petang ni ye!
thanks korang..
sayang ketat-ketat!



bai!


BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu




LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.
Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Sumber : Kosmo!

yeke semuanya palsu? ermm.. entah betul ke tidak kan? 



Lesen bas dua syarikat dibatal




KUALA LUMPUR - Lesen operasi kesemua 11 bas ekspres milik syarikat Kuala Lumpur-Malacca Express Sdn. Bhd. (SKLME) dan sebanyak 99 lesen bas sewa khas milik syarikat Taipan Suria Sdn. Bhd. (Taipan Suria) dibatalkan serta-merta semalam ekoran dua nahas yang mengorbankan 20 nyawa bulan lalu.
Serentak dengan pembatalan lesen itu, semua operasi kedua-dua syarikat tersebut juga dihentikan dan jika ingkar, tindakan sita premis akan dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang mengadakan pertemuan kelmarin.

Sumber : Kosmo!

errkkk.. korang paham tak yang aku dah banyak kali sangat naik bas Delima ni.. tak tahulah yang mana excident hari tu tapi kalaulah yang excident hari tu bas yang pernah aku naik alangkah seramnya... -___-"

jadi lepas ni tak akan nampak lagilah bas Delima atas jalan atau PLUS..dan yang paling penting, semakin berkurang la bast dari Johor ke Melaka. sebab ada beberapa bus je yang akan ke Melaka dari Johor macam bas KKKL, Delima, Singapore- Malacca Express dan 707 Travel sahaja..  ishhh.. nasib baik saya sudah tidak gunakan bas itu lagi ke Melaka.. 
lagipun aku sudah tak belajar saya..
nasib baik..


Bila Last Paper Jadi Gini

asal akhir sem jadi macam ni?
rasa badan sangat tak sedap
dulu akhir paper aku pening2
sampai muntah pukul 2 pagi..
pening sangat..


ade sekali tu aku cir bir tau..
teruk punya cir bir
sakit je terus je kuar
cam tak de filter je 
tensi sangat
tak boleh tidur
sangat la mengantuk tapi saket pale
saket perut
muntah2


kenapa macam tu ye?
ada sape2 tahu tak?
gila melampau tau 
tak caya tanya husna
dia tahu saya muntah2
cir bir..


tapi lepas habis paper ok je
siap makan KFC lagi
minum air gas pun tak pedih..
awat eh??



Bila Ada Masa Mood Pula Tiada..

*sigh*

*sigh*
penat
lapar
mengantuk







itu yanga ada dalam minda aku sekarang
tapi tak dapat lelap
tak dapat makan
hukhuk







barang semua dah settle
tumpang barang rumah Sharmie..
thanks ye..










pasal rumah sewa akan diusahakan kelas
korang tolonglah doakan aku dapat rumah untuk 4 orang dengan sewa yang berpatutan..
kalau mahal sangat kami sangat tak mampu..
kami ni kan student terlampau..
ehhhh??








malam ni internet laju betul
sebab ramai orang dah balik
ramai yang berangkut aku tengok tadi..
aku pun berangkut sekali 










tapi malas pulak nak carik idea tulis blog
badan rasa penat
lelah
lenguh
sengal











mau tidur sebab tak cukup tidur semalam
tapi tak boleh tidur..
ermmmm...
kenapalah..
rasa macam nak rehattttttttttttt je..
boleh??











ish... tak ada modal nak ngomel
kang kalau mengulas sesuatu benda jadi lain pulak..
ishhhh..
malas la bende yang menimbulkan kekecohan dan kegaduhan ni
malas...













apalagi ada ramai manusia yang bermuka cantik (cantik ke?) tapi berhati busuk kan?
yeeee.. masih ada dan masih ramai
keindahan muka tak termasuk keindahan pertuturan....
sanggup baca seluruh nya untuk mendapatkan modal untuk dikritik kan..
manusia tak pernah rasa diri salah..
tak pernah rasa puas..
kalau untuk menjatuhkan orang sanggup bersusah payah...














hindarilah dari berkelakuan begitu
sebab kau manusia jugak
kannn..














ape aku membebel ni?
mata kuyu je taip entry ni
bukan stim hape tau!
sebab penat ni!
malam ni je dah 2 kali aku mandi
mula2 maghrib
then, lepas angkat barang berpeluh-peluh mandi lagi..
















hiks...
panas.
rimas















awat aku taip jarak2 ni?
sebab cam best je tekan 'enter' lama2 sebenarnya..
hakhakhak














sape ade burger biasa????
bukan burger KFC atau McD...
yang biasa je tu tapi nak yang special macam abang dekat pasar dalam UiTM Melaka tu buat
sedapppppp
murah pulak tu
kalau daging biasa RM1.50
kalau special RM 2.50
sedap dengan limpahan mayonies dan BBQ sos yang meleleh2 keluar kertas balut burger tuh..
errrrrkkk...
ni yang main berkeriuk bunyi perut ni!!
cissssssssssssss...















okehlah.. takat ni..
kalau ada pape yang menarik ai typo lagi ye..
hiksss..








tata..
bubye!!





Tuesday, November 9, 2010

UiTM perkenal pengajian Diploma dua trek








SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan pengajian diploma dua trek dalam usaha membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik untuk mendapat peluang pekerjaan.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata diploma dua trek itu akan menilai kemampuan pelajar yang mengikuti pengajian sehingga ke semester ketiga sebelum pihak universiti menilai tahap kecemerlangan mereka menerusi himpunan mata nilai semasa (GPA).
"Mereka yang mendapat pungutan GPA kurang cemerlang akan diserapkan ke pengajian terus dengan industri yang lebih berorentasikan ”hands on” supaya mereka berpeluang mendapat pekerjaan sebaik tamat diploma,” katanya.
Beliau berkata pengajian diploma dua trek yang bakal dimulakan dalam masa terdekat itu akan membabitkan bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan dan teknologi maklumat.
Khaled berkata diploma dua trek itu merupakan satu langkah yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan dan negara dalam usaha supaya universiti mampu melahirkan graduan yang simbang dalam aspek kemahiran dan intelektual. — Bernama


nampaknya UiTM benar-benar menolong bangsa melayu kita. semua untuk anak2 bangsa yang bakal menerajui negara suatu hari nanti.. moga2 dengan wujudnya program ini lebih ramai anak melayu yang mendapat pekerjaan...

ingatlah wasiat ke tujuh raja-raja Melayu.. Melayu sebagai bangsa utama dan tidak menghilangkan hak bangsa lain..

kejayaan yang luar biasa bermula dari seorang manusia biasa yang berusaha secara luar biasa...

ceeehhhh.. gua apal iklan dalam u ni derrr... hebat tak gua?? hahahaha