Happy Cat Kaoani -->

Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Real


sape tak tahu lagi plan Digi paling murah. cuba korang tengok tu paling mahal pun RM158 dan paling murah RM58. Mari guling-guling badan sebab plan yang sangat la berbaloi dan tak mahal sangat tu. sebagai pelajar saya memang perlukan plan yang murahhhh.

kalau nak dibandingkan dengan plan lain, plan Digi ni jauhhhh lebih murah tau. fuh, berpeluh2 saya melihat. -_-" 

kalau kau tak percaya mari kita kira!

kita tengok pakej yang RM 88 tu.

  1. panggilan 450 mins
  2. sms 400
  3. mms 40
  4. internet 3GB
saya bandingkan yang RM88 punya sebab bil broadband saya RM68 kemuadian saya topup telefon saya sekurang2nya semunggu RM10. jadi bila sebulan sama dengan RM40 untuk topup. 

RM68 tambah dengan RM40 dah RM 108. lebih kurang sebulan saya akan belanjakan topup sebanyak itu.kadang2 kurang. tapi saya nak cakap, kalau guna plan RM 88 dari Digi tu korang akan dapat lebih murah dan berbaloi tahu tak.

  1. RM 0.12 untuk setiap minit panggilan
  2. RM 0.10 untuk setiap sms
  3. RM 0.20 untuk setiap mms
walaubagaimanapun plan Digi tetap murah sebab tu saya sukaaaaa plan Digi!

Bangunlah Sayang..

aku sedar yang iklan nuffnang aku akan terkeluar bila tengah malam  atau pun subuh2 tu
bila bukak siang2 tak ade pun iklan
kenapa ye nuffnang?
sebab saya buat status student ke jadi nuffnang tak bukak siang sebab siang student belajar?
saya sungguh tak faham..


ini gambar yang diambil subuh tadi lebih kurang pukul 3 pagi. aku ingatkan aku tak dapat iklan tentang iPhone 4 ni sebab tak ada pun keluar siang2. sekali subuh2 baru la terpacak dia keluar atas tu. suka jugak la. tapi mana ada orang pukul 3 ni nak tekan iklan nuff aku kan. melainkanlah orang oversea. sobs! -_-"

tak tahulah kenapa. aku baru je perasan sebab lepas pukul 12 je baru iklan2 tu muncul. sebab apa ek?
boleh tak en nuff jawab??

Bergatung

ye, memang aku sedang bergantung kepada kamu.
kalau tak ada kamu semua susahlah saya
tapi berilah saya sedikit ruang bernafas..

daripada masuk kesini pelbagai kata hati aku turut
kalau aku sedih aku nangis
jadi tiap2 hari aku menangis untuk redakan gelodak hati aku

kalau aku dah tak tahan sangat baru aku beritahu member2
tu pun kalau dah tak tahan sangat dengan jiwa sarat
terima kasih kepada yang sudi mendengar
walaupun kena marah sebab masa tu aku teremo sangat
tapi still juga dia dengar

penat aku marah 
aku luah semua
biar la dada aku tak sakit
kalau sakit jiwa aku pun saket..
lama2 jadi saket jiwa..

MySpace




DiGi iPhone 4 Play

kali ni nak beritahu tentang kenapa saya suka iPhone 4. saya suka sebab aplikasi dia yang multitasking tu. Fuh, hebat aku cakap sama kau.

macam kau boleh menjahit sambil tidurkan anak, buat cekodok pulak sambil gosokkan baju suami kau. tak ke hebat surirumah macam tu? macam tu jugalah iPhone 4 ni. sekali boleh bukak GPS, dengar lagu, boleh berskype dan bila tiba-tiba ada mesej atau call masuk korang boleh angkat tanpa perlu menutup mana2 aplikasi. tak ke bagus benor tu namanya? sebab selalu tak boleh serentak, kalau bukakni kena off yang ini. saya ni jenis suka bukak banyak2 macam sebab selalunya suka dengar lagu, lepas tu nak surf internet pulak. tiba2 ada mesej atau call masuk. sama macam laptop, saya suka buka banyak2 tab sebab nanti banyak site saya boleh tengok.

owh, bila dapat tahu iPhone 4 boleh buat multitasking mata saya dah bersinar2. inilah telefon idaman saya!


mendengar lagu adalah perkara yang amat saya gemari jadi selalunya bila balik kampung saya akan dengar lagu sampai lebam! sebab perjalanan dari universiti ke kampung dalam 7 jam. jadi earphone memang tak lepas la. dengar macam2 jenis lagu. sampai tertidur-tidur. 


hah, ini lagiiii best. kita dapat berbual guna skype dan VoIP walaupun kita tenggah running aplikasi lain. macam bila korang tengah check emel pun boleh berbual, tengah tengok movie pun korang still boleh bercakap dengan kawan korang tau! perghhh.. tak perlu nak hadap lama2 tanpa bukak aplikasi lain. kalaupun telefon tengah locked pun boleh terima call. bagussnyer!


haaa... aku tak pernah guna GPS ni. sangatttttt teringin nak guna telefon ada GPS. senang woh kalau nak pergi kenduri rumah orang tau pergi beraya. tak kurang juga senang kalau tiba2 masuk kawasan yang tak pernah datang.boleh guna GPS. yela, kalau nak pergi kenduri kahwin dekat bandar atau dekat felda2 biasanya banyak sangat rumah berderet2 dan banyak gila blok dan nama jalan ntah apa2. jadi bolehla guna GPS. sonang sikit nak cari rumah pengantin. GPS ni akan bercakap tau. even kita dengar lagu kuat2 kalau dia nak beritahu lokasi automatik lagu akan slow dan dia akan bercakap. dan sentiasa update lokasi kita. bagus kan?


inilah yang sebanarnya telefon yang saya cari!!

sila beri saya ye Digi dan Nuffnang!

Wednesday, September 29, 2010

Happy Bufday Ika!

semalam sambut birthday ika secara besar-besaran
sebab sumbangan terbesar adalah dari Apex
apex yang suruh buat suprise sebab dia tak boleh buat esok ada midterm jadi kenalah study
maka segalanya berlangsung tanpa Apex tetapi ada kek dan belon dan mainan birthday sumbangan Apex
hadiah keikaan juga daripada Apex

maka malam tadi semua berkumpul dekat bilik aku memekak sambil mengcreativekan diri membuat kad ucapan hari jadi untuk ika
ehhh, teruja habis semua.
mengelabah semacam tiap kali ada orang bukak pintu bilik
sebab ingatkan ika

Ecah sebagai dalangnya..memang memekak habislah
ketawa tak hengat dunia semua
kebetulan Sharmie datang dan sponsor KFC
pucuk dicita ulam mendatang la kan..

maka KFC dan kek adalah santapan kami pada tengah malam tadi
hasil video dan gambar2 adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk publish kerana semua tidak bertudung dan tidak memakai sahsiah rupa diri -_-"

selepas menipu cik Amber bahawa Echah jatuh bilik air
dengan selamba ke bilik aku dan kami pun suprise!!
Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You..
nyanyi2 dengan kek terpasang lilin..(lengkap Apex kasi siap bagi lighter)

selepas itu sesi makan2 
dan kemas2 bilik sebab nak balik dah sume..

Happy Birthday Ika! Sweet 21!

Catatanku 1st Giveaway



1) Anda wajib menjadi follower blog Catatanku  DONE

2) Buat satu entry mengenai GA dan pendapat tenteng blog Catatanku. DONE

pandapat ye? pada saya blog Catatanku ini menarik dan kemas. relax mata memandang.

3)Tinggalkan link pada entry ini. DONE

4) Tarikh Tutup : 23 Sept - 23 Okt 2010


Tuesday, September 28, 2010

Nak Berniaga Ke Tak ni??

tadi aku balik kelas beli la mee hoon sup. ye, agak suka la. lama dah tak hirup2 kuah sup. balik bilik aku basuh baju dulu. baru nak makan. sekali bila aku nak makan aku bukak la dengan keadaan teruja. 

aku tuang je kuang aku nak makan.sekali makan ok je. tapi bila belek2 dalam tu patutnya ada ayam di siat2 kan.. tapi ni tak. bukan isi ayam tapi segala lemak dan kulit ayam aje. aku belek2 lagi rupanya langsung tak ada isi okeh!

heh, xpela mula2 makan mee dia aje. sekali makan mee dia denga kuah saje rupanya sangat tawar. macam kau bubuh mee hoon dalam air panas letak sambal kicap sikit dan letak la bawang tabur dan daun sup aje. tasteless sangat2. aku ni jarang memilih makanan. biasanya aku bantai je tapi ni memang tahap tak sedap sangat. lagi baik kau beli mee PAMA yang mee siam tu balik bilik masak air. bubuh air panas kau makan lagiiiiiii sedap ok!

tak baik tau berniaga macam ni. bukan letak isi ayam tapi letak kulit, urat dan lemak. dah la aku ni memang banyak lemak ni bagi aku makan lemak2 lagi. banyak cantik kau?

kesian dekat kau sebab kena sumpah dengan pembeli. patut la gerai kau tak ade orang beli ye? sebab tak sedap kan? ok. aku takkan beli dekat gerai kau lagi..




pssstttt :: tak de mood nak ambil gambar. terus tolak tepi.

Seperti Rasa Kehilangan Kawan

bila aku bangun tidur je pagi ni aku rasa aku seperti tiada kawan. macam kosong je suasana. tak semangat dan penuh dengan cemburu dan saket hati. kenapa ye? aku pun tak pasti.

aku selalu cemburu dan sakit hati diam2 dengan segala perkara yang tak patut. aku tak tahulah kenapa. kadang2 dengan sebaris ayat aku dah rasa benci dan saket hati. walaupun perkara tu tak patut di bencikan. apa masalah yang ada pada aku ni? sigh.

yang pasti aku tak boleh terangkan secara specefik kenapa aku boleh saket hati dan benci macam tu sekali. padahal orang tu tak salah apa2 dan tu hak dia bila dia nak cakap macam tu. aku sendiri pun tak faham dengan sikap aku. dengan apa yang berlaku dengan diri aku. yang pasti aku selalu cemburu. cemburu dengan semua benda. walaupun bukan dengan makhluk bernyawa.

aku pasti semua orang rasa cemburu dan cemburu dengan pelbagai hal. tapi orang tak luahkan. aku nak luahkan pun aku tak boleh sebab aku tak pasti kenapa aku perlu cemburu. cemburu itu sangat subjektif dan tak terfikir oleh otak. tanpa sebab yang munasabah aku akan rasa cemburu.



Monday, September 27, 2010

Heh, Rindu Neslo Elfy!

kenapa perlu nama Elfy yang aku mention nih? sebab aku sangat rindu nak minum neslo Elfy. aku rindu nak makan ABC Along buat. rindu nak makan nasik ayam Eton dan Nasi Goreng Ayam Kunyit Ibu. Aku rindu nak makan dan minum sambil berbual2 dengan Elfy, Yanto dan Am. 

Aku rindu nak makan roti bakar sampai minum teh panas. sedap la wehhh..hehehe. Aku rindu kawan2 yang sempoi dekat cafe anjung JOTIC. Makan sampai malas nak mengunyah. makan sampai kekenyangan.jadi tak habislah air neslo Elfy yang sedap tu. 

Makan ABC ramai2 berebut kacang tanah dan buah kabung. perghhh.. bestlah! tapi kenapa semua pasal yang makanan je yang aku paling rindu? sebab bila aku makan dekat bawah sorang2 dan ditemani dengan kawan2 dibawah aku rasa sangat freedom dan tak perlu berpura-pura. Aku rasa free bila berbual2 dengan mereka dan ketawa2 bersama. bertukar-tukar gambar dan ambil gambar curi2. sangatlah seronok.walaupun sebenarnya tak lah seseronok mana. aku cuma propa je.



ini gambar curik2 masa Elfy tengah makan depan aku. beliau ni tukang pembuat air. senang je kawan dengan diorang ni. sempoi. berbual-gelak isap rokok. relax je.haha. tak adalah dengki ke, mengumpat ke, berpuak-puak ke... macam ni baru ngam!


ini pulak Yanto. ini gambar curi jugak. mereka tak tahu aku ambil gambar. macam aku tengah main telefon aje kan. Yanto ni suka sangat mengacau aku. kategori nakal2 manja gitu. tapi dia baik. bagi aku minum free. yeahhh, sekali dapat minum free terus kata dia baikkk. ape la aku ni. tapi memang kenyataan la. bukan Yanto sorang je baik, si Eton adik Yanto dan ibu pun baik2 belaka.

entah bila lagi aku nak menjejakkan kaki dekat sini lagi.bilalah lagi aku nak duduk lepak2 lagi.entahlah!




pppppssstttttt :: aku rindukan kafe sahaja. bukan tingkat 5 JOTIC je. Harap maklum.

Sunday, September 26, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER



Tiba2 en Ben buat blog list untuk September ni, jadi saya nak join juga lah. harap kekal blog  saya dalam senarai en Ben sampai akhir tahun ni.. =)

I LOVE U CONTEST


syarat2 penyertaan :

1) buat satu entry bertajuk 'I LOVE U CONTEST' DONE

2) wajib jadi follower blog beliau. DONE

3) Letakkan banner contest di  sidebar dan entry. DONE

4) jangan lupa tinggalkan link. DONE



ini gambar saya bersama mak saya. saya sayang sangat dekat mak saya sebab beliaulah yang telah melahirkan dan membesarkan saya. walaupun dengan susah payah dan segalanya beliau berkorban demi saya dan kakak. seperti yang anda semua lihat saya dan mak di atas motor. kerana saya ada banyak kenangan menaiki motor bersama mak. dengan motor mak menghantar saya dan kakak ke sekolah, ke tuisyen, ke kedai dan kemana sahaja yang boleh dijangkau oleh motor emak. saya pernah dikejar monyet dengan mak dan kami terjatuh. mak luka ditangan dan saya habis basah baju sekolah.masa tu saya sekolah rendah.

mak sanggup berulang alik mengambil saya dan kakak dari sekolah kerana waktu balik kami sama. dan sebab utama adalah kawasan rumah saya banyak monyet.jadi kami takut kesekolah menaiki basikal. selain itu, saya perasan mak sanggup tidak menjamah makanan yang kami sukai jika makanan itu sedikit.

jika nak disingkap terlalu banyak mak telah lakukan untuk saya dan keluarga jadi saya memang sangat sayangkan mak saya.segala tunjuk ajar dan berkat beliau sangat saya hargai. love u mak!!



jika anda ingin menyertai sila ke blog beliau di SINI




pppssstttt :: sekali dah terbuat karangan pulak..haishhh..maaf ye!

Saturday, September 25, 2010

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi


Syarat pertandingan :

1) Warganegara Malaysia. DONE
2) Terbuka kepada lelaki dan perempuan. DONE
3) Perlu melekatkan banner 'Raya Sakan Contest' di blog anda sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dan link kan ke entry ini. DONE
4) Pilihan untuk menjadi pengikut blog ini adalah optional.Tiada paksaan 'Mesti ikut blog aku!'. DONE
5) Tempoh contest berlangsung adalah sehingga 30 September 2010.

Cara Join :

1) Disebabkan aku ni gila gambar, maka contest pun haruslah pasal gambar kan.Korang just perlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya.Ingat ye.Temanya ialah SAKAN. Sakan tu meluas. Boleh jadi sakan melaram di hari raya, sakan melantak ketupat di pagi raya, sakan konvoi di pagi raya, sakan buat ketupat di malam raya dsb. Apa-apa yang dirasakan sakan di hari raya.Gitu.

2) Selepas tu, sila berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat.Haa...boleh?  DONE


saya rasa gambar ni menunjukkan saya dan kawan2 beraya sakan dirumah seorang kawan yang sedang open house. kemudian kami beramai-ramai beraya kerumah rakan-rakan yang lain.semua rumah yang ada dalam gambar ni kami terjah. FYI, ini hanya girls yang bergambar, ada jejaka tapi tak masuk dalam gambar sebab mereka sedang makan.

setiap rumah makan sakan. mesti usha2 balang kuih yang sedap2. dan bersemangat bercerita dan mengumpat.oopppsss..hahaha


3) Mesti letak tajuk entry 'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'  DONE





Lembut.. Bucuk dan Nakal~

apahal tajuk entry macam nih?
tak tahulah
sebab aku terfikir bila aku pegang lembut, bila aku cium bucuk dan sangat nakal!
haaaa.. sebab tu la entry ni bernama sedemikian..hehehehe

:: coklat memandang camera ::

:: si putih ekor panjang, warna macam mak dia ::

:: baring jap! ::

:: si ekor puntal, macam nenek dia..haha ::

:: me n my mom.. same tak?::

:: melihat ke satu arah yang sama ::

:: sama kan cara jalan?::

:: mak and anak ::

:: model pokok pisang terbakar ::

:: cewahhh.. ::

:: main ekor mak dia ::

:: si hitam pun nak join main jugakkkk ::


:: tengok je ekor mak dia.. bila mak dia gerakkan ekor je dia goyang2 punggung tangkap! ::

:: coklat yang gebuuu ::

:: ni aku tak pasti si puntal atau panjang.. rasanya puntal ni ::

:: budak belang. haritu dia cedera sebab kena kejar dengan bapak dia. warna bulu dia dengan bapak dia sama.jd, bapak dia nak makan dia.dia lari laju2 dan kena gigit sikit. aku ubatkan.letak minyak gamat je.lepas tu semakin manja dengan aku. aku risau sbb masa lepas cedera tu dia tak boleh jalan -_-" ::

:: mimi time! haus...::

:: ikut susunan ye! ::


okeh. tu la adik2 mucuk aku. rindu kat mereka semua. yang coklat tu aku selalu cium.walauoun aku tahu dia x suka kena cium.hahaha



ppssssttt :: bila akak aku nak reaverse kereta dia semua nak ikut jadi mak aku kurung mereka dalam sangkar bagi tak merayap belakang kereta dan terlenyek! hahaha













Day 1 - DiGi iPhone 4 Me

selamat malam

rupanya sudah pukul 11 malam. sila beri perhatian. dari tadi mahu menulis tentang ini tapi masih ada halangan kerana kekangan internet yang slow.

ini cerita tentang 4 biji epal, seekor kambing dan sebuah logo digi. memang rasa nak gila bila nampak ikon2 ni semua. bila buka emel dan bacamula tersedak2 sebab terlampau excited nak meng'grap' peluang ini.

sangat teruja dan mula baca emel. walaupun bahasa inggeris tunggang langgang tapi saya boleh lagi faham. demi mendapatkan sebiji iPhone 4 yang canggih dan smart tu. wuuuuuuuu...

bila terbaca tentang kewujudan iPone 4 ni jiwa meronta-ronta mahu membelainya seperti aku membelai sony aku. lagi teruja bila orang semua ingin mendapatkan iPhone 4 ini.

siapa yang tak mahu handphone free kan? jadi mari kita usha2 apa yang kita boleh dapat dari Digi ni.




saya nak sangat merasa guna iPhone ni. sangat la teringin. sebab tengok orang lain guna handphone touch ni macam best je.


nampak betapa aku teriiiiiingiinnnnnn sangat iPhone 4 ni? >.<

memandangkan saya amatlah suka bergambar, maka saya sangat teruja bila mengetahui iPhone 4 ini mempunyai 5 Megapixels. Fuh, mest sharp kan gambar dia? quality kamera amatlah saya titikberatkan kerana saya jenis malas mahu membawa kamera digital atau DSLR. jika iPhone 4 mahu setanding dengan DSLR maka saya tak ragu2 membawa dan merakan semua memory dengan terang dan jelas.



tengok2. sharp kan kamera dia? perghhhhh.. best gila kalau dapat nih!

Facetime. masa muka ni amat bagus. kalau dulu boleh 3g saje tapi sekarang boleh suruh orang yang kita call tu on camera belakang then tunjuk dia dekat mana. jadi kalau aku nak tengok kucing2 aku dekat rumah tengah buat apa. pastinya mak atau kakak aku pun kena ada iPhone 4 ni kan.



multitasking. boleh buka banyak aplikasi dalam satu masa.kira kau boleh GPS, boleh on lagu, boleh search internet dan macam2 lagi dalam satu masa.best tu. tak payah la buka satu then kalau nak bukak aplikasi lain kena tutup dulu then baru boleh bukak yang lain.

selain itu iPnone 4 adalah retina diaplay. dari tadi menaip malas pulak la nak menaip lagi. retina display ni sangat sharp,highest resolution dan macam2 lagi. Kira bila korang bukak blog atau apa2 laman web guna iPhone 4 ni korang tak perlu besar kecikkan mata atau selongkar almari cari kanta pembesar kan. nak2 pulak aku yang tak boleh tinggal spec mata ni. kalau tinggal maka kaburlah dunia. >.<


dan akhir sekali adalah HD Video recording.heh, kalau kata camera pun 5 megapixel toksah kata apa la tentang video. gerenti clear punya. tak adalah kalau dulu camera telefon lama nampak jasad je, segala isi muka tak nampak dengan jelas. -_-"

jadi sangat la teruja bila ada kontest akan dapat iPhone 4 ni secara percuma. rasanyaa lengkap dengan segala apa yang aku inginkan selama ni.sangat hebat dan senang. ia compact. semua dalam satu. senang dibawa kemana2 sahaja dan dengan satu gadget boleh pelbagai guna.

jadi terima kasih kepada Digi yang sangat pemurah dan Nuffnang yang sangat baik hati... =)




pppsssttt :: baru cakap teringin iPhone 4 sekali ade peluang! apa lagi sangattttt suka! >.<

Sape nak hadiah free? =)



1. bt entry "Sape nak hadiah free? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 


2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.  (DONE)

3. mnjadi follower blog ni.  (DONE)

4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!  (DONE)

5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free? =)" ni ye.  (DONE)



Tarikh tutup:
1 October 2010, 10:00 am.


saya nak tag :


Friday, September 24, 2010

Lapar..dan Bila Pizza Hut Memanggil-Manggil

kalau di ikutkan rasa lapar dalam diri ini mahu sahaja aku menapak ke Pizza Hut Seksyen 7 ni..
kalau dah terdesak sangat sorang2 pun tak apa
tapi bila fikir balik jangan la jadi bodoh sangat sebab Pizza Hut dan ada delivery
dia boleh hantarkan sampai bawah blok ni kot..
ape ke sengal sangat aku ni?
ini adalah gara2 kelaparan yang melampau..
menjadi kepedihan dan ketidakbetulan dalam berfikir..

tapi bila mandi tadi berfikir lagi
buat apa aku nak makan Pizza Hut malam-malam macam ni kan?
buat menggemukkan badan sahaja
jadi marilah masak air dan buat milo makan dengan roti gardenia ikan bilis yang sedaaapppp tu

bila tengok banyak roti dekat rak kedai bawah ni rasa nak curik je rak roti tu angkut bawa naik bilik
boleh aku makan roti hari2 24/7 kan..
sebab aku sukaaaa sangat roti..

apa yang aku merepek ni pun aku tak tahu
sila la pangkah kalau tak suka
huuuuuu
T_____T



pssstttt :: siang tadi aku cuma makan burger je sekeping..hukhuk. selera nak Pizza aje kan..hahaha

Pedihhhh..

sekarang aku menghadapi ulser mulut yang agak besar
ada dua tempat tapi dekat2 jadi ia membuatkan mulut bertambah sakit
sakit sampai minum air sejuk pun pedih dan nak ratakan lipstik guna teknik kemam mulut pun tak boleh dia akan bergesel dengan gigi dan sakit..

sakit jiwa aku
semua makanan aku makan dia rasa sakit
paling tak best minum air pun sakit

benda ni terjadi masa aku tergigit bibir
dah biasa tergigit bibir jadi biarkan je
sekali tergigit dua tempat, jadi ada dua tempat
amat pedih..

 :: contoh ulser mulut (ini bukan mulut saya ) ::

owwwhhhhh..
sudah bertukar cara nak upload gambar dalam blog
tak suka yang baru ni! >.<
tak paham sangat
better yang lama..
saya seorang yang tak sukakan kemajuan..hahahha

tengok gambar atas ni
ni la contoh ulser mulut
tapi saya punya tak banyak sampai macam ni
kalau macam ni mau nangis..
sebab sangat banyak
kalau banyak means lagiiiiiiii sakit la!

tapi lapar tetap lapar
sekarang ni pun sangatttttt lapar
tapi memandangkan dalam proses mengecikkan saiz badan makan tahan je la..
hahahaha..


pssttttt :: nak makan mee goreng la!!

Dinner at Hotel UiTM.. Again~

semalam (Rabu) aku di paksa jemput oleh cik rumate untuk menjadi guest beliau kerana minggu ni giliran beliau menjadi supervisor
adalah wajib bagi saya yang mempunyai wang dan kelapangan menolong sesama rakan
kerana beliau adalah rakan baik dan rumate saya..=)
sila senyum lebar husna kerana saya sedang memuji anda..haha

jadi saya pun mecari beberapa kawan lain dan makan bersama mereka
sangat best sebab tema raya..
ada lagu raya..
tapi aku tak pakai baju raya...
sebab aku tak sukaaaaa baju raya aku..
hahahhaa..

korang layan la gambar bawah ni ok..

:: cream of brocoli.. sedapppp woh! ::


:: chicken with spaghetti sedap dah spaghetti tu but chicken agak keras + kering.. korang goreng lama sangat ni.. letih aku makan sebab potong tak putus2.. kang aku kongkang je ayam tu korang kena beri air basuh tangan spesel tok aku..hahaha ::

:: sharmie, besah, jenab dan kak adda.. hambik korang aku bubuh nama kampung..haha ::


:: dah sampai dessert baru nak ambil gambar.. gila lupa nak ambik gambar ::


:: aksi2 jenab dan kak adda lepas makan ::


:: posing cun dari sharmie ::


:: saya di cermin.. temok!! ::


:: kak ema n jenab ::


:: ex-levelmate.. ::


:: bersama cik rumate..usna yang jadi supervisor malam tu ::


:: dayah bersama pakwe dan kawannya ::



pssstttt :: lepas makan lepak depan dekat sofa pastu berbual dengan kak ema, jannah dan dayah.. banyak pulak cerita nak diceritakan..hehehehe