Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, August 31, 2010

Bila Nak Pakai Lagi Ni?




motif letak gambar sendiri?
memang tak ada motif..
sebabnya dah lama saya tak pakai shawl

ini gambar masa saya praktikal hari tu..
saya pakai shawl putih sempena seminggu berkabung kemangkatan Sultan Johor
sebab dah tak tahu nak pakai tudung putih apa jadi saya pakai shawl..
macam elok je saya pakai masa tu kan?
nak pakai sekarang sungguh tak ada keyakinan..

saya ada jugak try nak pakai tapi macam pendek sangat bahagian dada tu..
segan pulak..
ermm..
tapi memang saya akuilah masa saya kerja masa praktikal dulu saya sangat la melawa dan kemas
tiap hari mesti pakai baju kurung je
baju mesti nak lain2 warna dan kemas je..
pakai tudung pun elok je tak ada senget2 ke hape..
dah tu kalau make up memang molek2 la..
sebab segankan kerja jumpa ramai orang2 kenamaan dan jugak orang yang ramai

tapi bila masuk degree balik
hampeh..
bersolek dah malas nak beria2 sangat
pakai baju pun ala kadar je
tudung senget2..
muka tak berbedak pun tak apa..
hahaha..

pengaruh keadaan ni
tengok orang lain biasa2 je kita pun jadi malas nak melawa..
ermmm..

Merdeka Vs Raya



mana lagi kuat?
merdeka ke raya?
apa yang saya nampak di sini raya lagi kuat dari merdeka
yelah, raya kan adalah meraikan sebulan kita berpuasa
menahan lapar dahaga..
dan menahan segala perkara yang tidak elok..
ecececehh..



sudahlah.. tamau jadik ustazah pagi2 ni..
eh2, pagi ke?
dah pukul 11 okeh.. nak masuk tengahari dah..
tapi rumate aku pukul 11 tu baru tebar selimut gulung badan..
amacam? 
tu pukul 2 pun belum tentu bangun tu...
hehehe..

di kesempatan ni saya nak ucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..
kita dah merdeka hari ini 
harapnya kita akan merdekakan diri kita sendiri
walaupun hakikatnya kita dah merdeka 53 tahun dulu..
tapi masalah sosial, negara dan politik masih menjadi bahan berita sensasi

saya bukan pakar bidang2 ini semua
tapi semua orang boleh nampak dengan cerita2 terkita
apa yang kita boleh kata?
minda masih tidak boleh diperkata..
hanya diri yang mengetahui apa kata hati..

ape yang aku dah merepek dekat atas ni?
haila..
kan dah buat ceramah pulak..
buhsan la ceramah2 ni wehhh..

okeh2..
cerita lain okeh.

petang ni aku dan kawan2 lama masa sekolah dulu yang berada di sekitar KL dan Shah Alam dan serata Malaysia akan mengadakan majlis berbuka puasa di.... erkkk.. tatau tempat pulak!
aku ni kan tukang ikut je jadi petang ni aku jadi tukang ikut si Aji..
ha.. cip!

agak2 orang ramai tak hari ini yek?
sebab hari ini cuti.. merdeka..
ermm..
janganlah ramai sangat orang susah nak bergerak woh!

wewewe~
mesti seronok petang ni kan?
saya nak ambil gambar banyak2 kemudia tepek dekat sini
kasi korang jeles betapa kami sangat ukhwah rapat!
sebab sebenarnya kami semua ni duduk dekat2 je..
means rumah kami dekat2 je..
kalau nak pergi naik motor vrroommm sekejap je dah sampai tapi kami ni memang suka buat gathering la sebenarnya..

kalau nak ikutkan tak jumapa bulan puasa ni boleh je jumpa time raya nanti kan
tapi tula..
saje je nak mengada2 di perantauan..
kalau nak jumpa time raya nanti boleh sangat2 sape2 ade rumah terbuka kita sebu dalam 7 buah kereta!
haaaa..
tak macam seronok pulak time tu ramai kawan2 lama dari kelas yang sama dan lain kelas..
hikhikhik..

saya semestinya tukang menenggek je di dalam kereta orang lain sebab saya ni tak ada kereta dan tak ada lesen..
ececehh..
tapi memang seronok..
dari kami habis tingkatan 5 sampai sekarang hubungan kami sangat kuat..
selalu je buat reunion..
ermm..
nanti aku buat satu entry khas untuk kawan2 sekelas aku masa dulu yek..
baru korang boleh kenal kawan2 aku..
lalalalala..

Sunday, August 29, 2010

Mari Mencuci Mata!

saya tak tahu kenapa rasa nak sangat google gambar kasut
suka tengok kasut2 yang cantik2 ni
especially wedges dan kasut penuh
lalu mencarilah style kasut2 menarik
inilah hasilnya..
silalah menjamu mata!





















apa macam?
mengancam tak kasut2 di atas tu?
geramm kan?

kalaulah aku ni bekerja ada duit sendiri bulan2 harus aku shopping bulan2 beli kasut at least sepasang
dan jugak baju tak kisahlah baju apa..
matiklah tak muat gerobok baju dan gerobok kasut *saya orang johor ye, gerobok tak boleh tinggal*
ermmm..
wedges2 tu memang smart..
wedges ni nampak tinggi tapi dia stabil tau sebab semua tapak akan dekat tanah
kalau high heels akan rasa tak seimbang sikit
tapi mesti kena sesuaikan dengan diri..

sebab perempuan cantik kalau pakai high heels and wedges..
ecececehhh..
mengade2 kan..
benar la..
tapi setakat pergi kelas malas la nak pakai semua ni..
pakai sandal je..
cepat sikit nak kejar bas kan?
hahahaha..

serius sangat geram dengan kasut2 atas ni..
grrrrrr.. *marah ni tau!*
sebab best je rasa pakai kasut ni..

ermmm..
korang cubalah beli bagi sesiapa yang tak beli lagi..
merasa sesekali..
saya dah ada wegdes 3 inci..
weeeeeee..



psssttttt :: keseorangan hari ni.. harap2 dapat study..hukhuk




Saturday, August 28, 2010

Quick Update!

ini namanya entry cepat2
tak ada masa nak buat lama2 sebab pinjam broadband cik sunshine
dia sekarang sedang basuh baju jadi saya take over sekejap mahu melihat2 blog terchenta!
yeyeyeye..

first..
tadi berbuka dekat kedai mamak
tak sedap langsung + mahal pulak..
tak habis pun makan tadi..
ceh..
tak ada gambar sebab tak de mood nak snap..

kedua..
agak terkejut melihat berita di kosmo dan metro edisi selatan yang memberitakan Norhidayu Ahamad Radzuan membuat laporan polis kerana gambar di laman facebooknya digunakan untuk menghina kesultanan Johor..
ayu??
ayu tu kawan sayalah!
cuba click SINI..

ketiga..
ada perjumpaan gengblogger di masjid shah alam dan main bowling di PAS 
saya tak join...
nak join jugak rasa tapiiii..
segan..
saya hanya blogger picisan yang baru nak merangkak2..
tak sama dengan orang lain yang dah ade beratus dan beribu follower..
huaaaa...

keempat..
perasaan tak sekarang dekat facebook dah ada bookmark apa yang kita like..
haritu saya tanya kawan saya macam mana kita nak tengok senarai apa yang kita dah like eh?
kawan saya pun kata tak tahu..
dan sekarang facebook dan improve dan ada apa yang kita like selama ni..
terima kasih kerana mendengar suara hati saya..
cewahhhh!

apa lagi nak cerita ye?
ermmm..
tak ada apalah..
nanti kalau dah ada saya membebel lagi ye..
tata.muah!

 

Friday, August 27, 2010

My Birthday Special Giveaway

\


  1. mesti jadi follower beliau  DONE
  2. publishkan entry pasal My Birthday Special Giveaway  DONE
  3. masukkan URL blog beliau dalam bloglist anda   DONE
  4. tinggalkan komen dalam entry beliau  DONE

jika anda berminat sila ke blog beliau!  sila tekan SINI


nur_eimi Lucky Draw



  1. jadi follower beliau   DONE
  2. buat entry tajuk nur_eimi Lucky Draw   DONE
  3. tag kawan.. erk.. siapa ek nak di jadikan mangsa ni? tak ada siapa la nak dijadikan mangsa... sorry!  DONE
  4. letak banner dekat sidebar  DONE
  5. last sekali tinggalkan komen anda dekat entry beliau.. DONE

jika anda berminat dengan lucky draw ini anda bolehlah ke sini








UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.


Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.
"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.
"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.


ppssstttt :: geramnye tengok baby yang comel2 tuh! geramm.. nk cubit2 pp dia..mam..mam..mam!

TMJ Palsu!


JOHOR BAHRU – Tindakan seorang individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim di laman rangkaian sosial Facebook mencetuskan satu lagi insiden yang menimbulkan rasa kurang senang keluarga diraja Johor.
Individu terbabit yang hanya dikenali sebagai Miky dikatakan mengendalikan dua akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ).
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua laman web itu semasa aktif berjaya menarik peminat sehingga mencecah 10,000 orang.
Selain memuat naik gambar-gambar dan aktiviti-aktiviti Tunku Ismail, suspek juga dikatakan melayan komen-komen peminat yang menyangka beliau adalah TMJ.
Menurut Mokhtar, pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu kelmarin.
“Perkara ini pasti akan menimbulkan kemurkaan Sultan Johor serta keluarga baginda.
“Polis Johor dengan kerjasama polis Bukit Aman ketika ini sedang menjalankan gerakan menjejaki suspek yang akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mokhtar bagaimanapun enggan mengulas mengenai lokasi sebenar suspek serta sebarang kaitan antara suspek dengan keluarga diraja Johor kerana kes itu masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Johor berhubung perkara itu.


pssstttt :: ceh! aku pun follow facebook TMJ palsu ni.. mati2 kena tipu.. ingatkan betul2 TMJ yang berhati rakyat ni main kat fb sekali orang lain.. tapi dia tahu je agenda Tunku kan? ishhh.. takutnya!


Wednesday, August 25, 2010

Selamat Berbuka Laptop!

selamat sudah semua orang menghabiskan makanan mereka yang enak terhidang bukan?
saya juga sudah menghabiskan nasi saya..
hari ini saya berbuka dengan encik laptop kesayangan saya..
selamat berbuka encik laptop!!
eehhh, dia tarik muka seba dia berhabuk dan dah lama tak update antivirus..
haihai.. saya belum ada pitis la.. 
nanti dah ada saya mandikan awak cantik2 ye encik laptop sayang!


ini laptop kesayangan saya
sebab apa saya berbuka dengan encik laptop sahaja hari ni?
sebab kawan2 saya ada kelas..
mereka tak balik berbuka..

tak pe, saya tak sedih pun..
sebab saya kenyang jugak..
tak ada efek pun..
hehhehehe..

saya suka berbuka sorang2 
tak menjadi masalah..
saya tetap juga dapat makan..
lalalalalala~



pssttttt :: tadi saya beli telur dadar.. minyak dia boleh perah buat goreng telur mata sebijik! grrrrr~ >___<

Black and White Contest


  1. menjadi follower Creative Heart  DONE
  2. banner atas ni di letakkan di sidebar  DONE
  3. tag seorang kawan, saya tag chenuraimi  DONE
  4. tinggalkan link di bawah entri beliau DONE

Ini gambar saya dalam black and white.. yawwww!




ppsssstttt :: jika nak join juga bolehlah ke blog beliau! Creative Heart!

Semoga Kamu Diberikan Kesedaran..

saya tahu kamu baik
ye, dari apa yang saya kenal kamu
kamu sangat baik sebenarnya

kamu bertolak ansur
kamu sangat peramah kadang
dan kamu suka tolong menolong

saya tahu itu semua
yang pasti saya pernah kenal kamu
dan itu yang saya kenal kamu
dalam masa kita bersama

tapi sejak akhir2 ini kamu saya lihat macam lain sahaja
ke perasaan saya sahaja?
saya selalu anggap perasaan saya sahaja..
saya tak mahu fikir bukan2 tentang kamu

tapi kadang2 ada perkara yang menampakkan sesuatu yang aneh
saya tak tahu kenapa perasaan tu datang
saya cuba hapuskan
sebab saya tak mahu bersangka buruk
namun perasaan itu tetap mahu menyelinap..

saya tetap fikir awak baik
saya tetap awak tak sengaja
saya anggap semua tu gurauan
sebab saya anggap awak itu, maka saya tak mahu ubah tanggapan itu..
walau kadang2 ada masa2 yang perasaan tak enak itu saya hanya anggap masa tu dalam emosi..
emosi yang tak boleh di kawal..

saya doakan awak bahagia
saya doakan awak tak salah anggap saya
sebab saya tak fikir bukan2 tentang awak..
awak kawan saya..


Kurang BW




saya sekarang ni tengah sengkek
jadi chenta sayang saya pun tak bersuap
jadi beliau merajuk..
yelah, dah 2 bulan tak bersuap mana tak merajuk..

dia tak boleh dipujuk dah..
tetap dengan pendirian beliau..
keras kepala toksah cakap lah..

haila..
ni pun pinjam rumate punya cik chenta sayang
sebab beliau selalu sahaja banyak maka beliau beri saya pakai dia punya..
kalau tak memang nganga  sahajalah tak dapat tengok facebook, blog kesayangan dan lain2..

nanti kalau encik ptptipu sudah masuk memenuhkan akaun bank saya yang kosong tu saya akan suap cik chenta sayang saya..
bagi makan kenyang2..
dalam proses nak tukar plan student yang RM50 sebulan tu..
ada sesiapa guna tak?
dia ada pengaruh kelajuan tak?



pssttttt :: kalau malam2 tu susah sikit BW ni sebab line slow.. hukhu.. uitm  owh uitm!  >__<

Semalam yang Lapar dan Panas

semalam aku rasa sangat lapar...
aku berbuka nasi lemak ayam berempah..
tak payah la letak gambar sebab bukan best pun..
nasi lemak tu bungkus dalam kertas minyak je
trend orang2 sini la..

lepas tu ayam tu bahagian peha setongkol..
haaa..
sambil kasi lebih..
nasi dia banyak wohhh..
selalu aku kalau makan mesti tegang je perut sebab kenyang..
ni tak pulak..
kenyang tu kenyang tapi dalam pukul 9.30 tu mula lapar balik..
dah kenapa kau perutttt??

mula la masak air bagai buat milo..
belek2 kabinet penyimpanan khazanah makanan mula cebik2 bibir seba tadi tak beli apa pun sebagai pencuci mulut *cewah, konon jimat lepas tu selongkar tak jumpa apa*
lapar pulak kan..
cuma ada roti ikan bilis dan biskut tiger choc..
ermmm..
nak tak nak bukak juga la roti tuh..
hahahaha..

dalam pukul 10 lebih kawan2 aku balik bilik siap beli segala macam jajan
kacang, chipsmore dan apa lagi ntah..
aku makan kacang je la..

petang tadi masa aku pergi bazar aku ada nampak blueberry cheese cake 
perghhh..
mantop la..
nampak berkilat je atas dia dengan jem bluberry dia..
satu rm 2.50.. standard la tuh kan..
tapi aku tak beli pulak..
jimat2 nih..

sekali malam tu asyik teringat2 kek tu aje okeh..
tak boleh jadi ni..
esok aku mesti beli sepotong buat hilangkan mengidam aku!


pssstttt :: nak berbuka apa petang ni? yong tau fu best kan? tapi mahal la..sobs!


Tuesday, August 24, 2010

Saya Masih Disitu



hari tu saya ada buat banyak entri
sekali tengok dekat senarai bloglist en Ben tak ada satu pun entry saya keluar
wahhh.. dah sedih kau..
korek2 belek2 tak jumpa jugak..
mulalah rasa saya punya URL blog dah kena buang
sebab sekali tu saya privatekan sebab nak tukar2 layout bagai..


jadi bila en Ben bukak balik senarai bloglist maka saya masuk la..
sekali ade terpancul keluar saya punya blog
suka okehhhhh..


dah rasa macam dibuang je hari tu tau..
sekali ada balik
wahh, suka tau saya..
kredit banyak2 untuk en Ben
eh2, bukan kreadit topup tau..
hahahha..


pppppssssttt :: terima kasih ye en Ben sebab tak melupakan blog picisan yang sangat sikit follower ni..
dasar si budak yang gilakan publisiti!
huaaaaaa...

BLOG LIST BEN ASHAARI


  1. Letakkan banner Ben Ashaari   DONE
  2. Tajuk BLOG LIST BEN ASHAARI dan link ke page beliau  DONE
  3. Kategori mana yang ingin saya berada adalah kategori PERIBADI (isk2 tempat terhad, harap2 dapatlah masuk)  DONE


psssstttt :: dalam 7 bulan baru 33 je kawan2 saya.. sedihnya.. sobs!

Sup Sayur

sekarang saya sedang memabayangkan sup sayur yang sedap dan dapat dihirup dengan bebasnya..
seperti sup sayur di rumah..
ramuannya tak kisahlah apa tapi biasanya mak akan buat sup sayur sawi letak fish ball dan tauhu..
tak perlu letak suhun pun tak apa..
pas tu panas2 tu boleh hirup 
sedapnya!

hirup asam pedas ikan cencaru pun sodap!
hahaha..
apa tiba2 asam pedas pulak an?

hai2.. lambatnya nak pulang
saya dah penat senarai makanan apa yang mahu makan di rumah
semestinya asam pedas ayam, telur dadar, sup sayur, singgang tumis, ikan cencaru bakar dan sambal kicap..
makan dengan nasik panas..
perghhhhh..
terketis-ketis tangan saya  makan..

macam makan ikan cencaru bakar
nak2 makan dekat hitam bahagian tengah dia..
sebenarnya berebut nak tu..
jadi cepat2 ambil.
masih panas berasap2 nak ambil juga
sah2 la terketis2 tangan tahan panas kan..
hahahah..

masih bersabar lagi
minggu depan 31 Ogos merdeka
kawan2 lama saya janji nak berbuka puasa di KL..
yess! nanti saya upload kalau ada gambar ye..



pssstttt :: saya balik 4hb.. anda?

Sunday, August 22, 2010

Bila Toileteris Mula Ringan

hai2 kawan2..
sudah berbuka semua?
kenyang?
owhh.. terawikh..

dah hari ke 12 kita berpuasa kan?
pejam celik sekejap je masa berlalu..
semoga diberkati Allah

ermm..
sebenarnya entry kali ini bukan ada apa
saje nak membebel sorang2
kalau nak baca silalah..

tadi nak mandi angkat bakul toileteris such a ringan!
macam tak ada benda
belek2 rupanya semua dah tinggal suku..
erkkkk...
aishhhh..

cepatlah 4hb!!
saya mahu pulang..
gagagagagaga..

tapi yang bestnya saya tak beli lagi tiket untuk balik 4hb ni..
tolonglah jangan habis..
tolonglahhhhhh!!

huaaaaaa...
saya nak balik, tak mahu duduk sini..
*takkan duduk sini saat raya! takkan!*



pssstttt :: esok ada listening, reading dan kuiz mandarin chapter 1 sampai 5..gagagagag.. cam ne la nak ingat ayat2 mandarin ni? sangat la tensi okeh!!

Kenapa Tak Boleh Berpoya-Poya di Hari Ahad??

kenapalah hari ahad ni aku tak boleh berpoya-poya?
berpoya-poya means boleh bersuka ria mengadap laptop sambil melayari internet dan mengedit gambar
tidur dan bersenang lenang tanpa perlu fikir macam-macam?

sebab esok adalah Isnin
dan Isnin ada test mandarin..
erkkk.. kenapalah aku kena ambil 3rd language hah?
kenapa?
amatlah tensen disini..
rasa nak meroyan je..

dulu masa diploma belajar mandarin sangat relax dan fun
ada nyanyi2..
relax2 je kelas..

tapi bila masuk degree mak oi!!
mandarin adalah perkara paling men'tensen'kan kepala otak aku
arrhhhh..
sakit jiwa... >____<


pssstttt :: nak berbuka apa petang ni??


Janganlah Pentingkan Diri Sendiri

hari ni hari ahad kan?
sepatutnya hari ahad hari untuk bangun lambat dan tidur serta berpoya2
tapi memandangkan esok hari Isnin maka semua tu kena la ditangguhkan..
sangat la tensen..
*tapi aku still bangun lewat jugak.. mengantuk woohhh*

pagi dalam pukul 10 aku dah bangun dah
mandi2 dan basuh baju
lepas mandi2 dan basuh baju dalam pukul 11 cam tu rasa mata amatlah mengantuk
maka tidur semula
bangun balik dalam pukul 1 lebih kurang
bangun baru la nak jemur baju yang aku basuh tadi
*dasar pemalas jemur baju ye aku ni*

aku dengan semangatnya ke bilik ampaian
nak jemur baju yang tak seberapa ni la
sekali aku ade nampak
berderet2 la seluar dalam siapa ntah jemur dengan bahagianya dekat ampai paling atas dan jemur cepit 
ok, paham tak?
maksudnya dia tak jemur pakai hanger atau medium lain
dia just letak dekat atas tali ampaian tu dan cepit macam jemur dekat rumah..

walaweehhhhhhhh..
nasib baik bulan puasa kalau takkkk..
aku tengok je dah tak puas hati dah sebab cara dia jemur tu sangat2 makan ruang tau..
yela, cuba bayangkan jemur sehelai satu cepit dekat tali tu
dah tu bukan satu dua helai tau!
lebih dari sepuluh ok!

cam ni la labih kurang gambarannya



bayangkan macam gambar atas ni
dia sidai satu2 macam tu
jarak2 dan ada lebih dari sepuluh helai..
melampau tak?
satu tali ampai paling atas tu dia je sangkut seluar dia..
>____<

kalau tak boleh la sidai baju kurung ke, sekuar ke yang panjang2 la dekat ampai paling atas tu..
haila, orang sekarang ni pikir diri sendiri je..
orang lain terpaksa selit mane ada ruang..
ada pulak ayat cam ni
" aku dah jemur dulu, siapa suruh lambat jemur?"
eh! hello.. tu bukan alasan okeh..
itu ayat berlagak
semua orang bayar yuran kolej RM420 okeh..
bukan kau bayar RM 840 sebab lebihkan spaceing untuk jemur seluar dalam kau aje!



psssttttt :: sangat la annoying orang macam ni -_-"

24 hotel guna bahan diragui halal



Sebanyak 24 buah hotel daripada 34 buah hotel yang dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menawarkan sajian Bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan lalu didapati menggunakan bahan yang diragui halal.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, hasil pemantauan tersebut mendapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia.
Menurutnya, promosi yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.
“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.
“Bagaimanapun, kesemua premis memberikan kerjasama dan maklum balas yang baik di sepanjang proses pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jelasnya, pihak hotel juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Menurut Wan Mohamad, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di hotel-hotel berkenaan pada setiap hari sepanjang Ramadan.
“Oleh itu, semua hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Bufet Ramadan yang boleh mengelirukan pengguna yang hendak berbuka puasa di hotel.
“Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan ia boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan,” tegasnya.
Sementara itu, katanya, sepanjang 10 Ramadan pertama, Jakim menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel di seluruh negara.
Katanya, daripada jumlah itu, sembilan hotel telah lengkap dokumen dan sedang diproses manakala tujuh lagi belum melengkapkan dokumen mereka.
“Sebanyak dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan iaitu JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor,” jelasnya.


Give Away From Polka Dot's Cottage



  1. Mestilah followers Polka Dot's Cottage  DONE
  2. Terbuka kepada folloers Malaysia sahaja, ya, saya duduk di Malaysia  DONE
  3. Buat satu N3 mengenai Polkadot's Cottage 1st Give Away dan berikan sebab2 mengapa korang layak memenangi hadiah dari Polkadot's Cottage
       
             saya layak untuk memenangi hadiah ini kerana saya amat sukakan coraknya yang semua cute2.. dan gelas di rumah saya tiada alas, jadi saya harap bila dapat alas gelas tu saya boleh la tayang masa raya nanti..hehehehe


      4.  sila ke blog beliau di SINI
      5.  upload gambar di atas di dalam entry anda  DONE
      6. tag kawan anda.. kalau tak tag tak boleh ke?



WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY


  1. Mesti mempunyai blog  DONE
  2. buat satu entry mengenai Wardahwardrobe 1st Giveaway dan lengkapkan slogan :

saya nak menang blaus dari Wardahwoardrobe kerana saya amat sukakan coraknya selain saya amat memerlukannya kerana saya selalu gunakan untuk ke kelas dan ianya kelihatan anggun bila dipakai.


     3. sila menjadi follower wardahwardrobe, saya sudah menjadi follower, nama saya Nour Eyza.  DONE
     4. copy banner dan letakkan pada entry dan sidebar serta back link  DONE
     5. tag 3 orang kawan untuk join giveaway ini   DONE
    6. sila tinggalakan komen dan entry link berserta emel   DONE




tarikh tutup 31 Ogos 2010 dan bagi sesiapa yang berminat bolehlah ke SINI





Saturday, August 21, 2010

ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE CONTEST



cara2 menyertainya sangat mudah.. mari2 saya tunjukkan! ^___^

  1. buat entry tentang Atiqah Homemade Chocolate Contest  DONE
     2. letakkan banner di atas  DONE

     3. promote2 sikit blog beliau..hehehe..  DONE
        
 ~ saya suka tengok coklat2 yang Atiqah Homemade Chocolate kerana ia nampak sweet sangat dengan pelbagai corak dan warna.. heeee..

Jom2! mari klik dekat blog beliau! sila tekan sini!

     4. kemudian komen dekat blog beliau..  DONE



ppsssttt :: terbayangkan coklat yang manis yang boleh cair di mulut.. heaven.. hikhik ^___^

Tentang Ayah yang Bisa Buat Kita Mengalirkan Airmata~

saya sangat terharu dengan entry ini
saya baca dari blog kak pnut.. sila ke sini jika anda ingin melawat blog beliau..
minta maaf ye akak..
saya mahu share naskah buat ayah ini buat semua rakan2..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


psstttt :: saya pernah peluk abah saya kuat2 dan nangis dekat bahu abah masa tingkatan 3. Masa tu ada program Kesumart, hari last tu ada ibu bapa datang.. jadi abah wakilkan saya sebab emak kena wakilkan akak.. saya nangis tak hingat dunia..hahahhaa.. love u Abah.. nak duit boleh?? hikhik ^___^