Happy Cat Kaoani -->

Saturday, July 31, 2010

Musim Denggi

bila tengok sekeliling nampak macam bersih
tapi bila dengar ramai pulak yang kena demam denggi
ada sorang classmate yang tak berapa nak classmate sangat pun dia baru lepas baik demam denggi
cuti 2 minggu..
owwwhhh....
lamanya cuti?
tak mahuuuu...



saya pun demam2 jugak
batuk2 manja
tekak gatal2 ngade2..
owwhhh..
hidung sumbat2 sikit..
errmmm..
ubat dah makan dengan banyaknya
harap tak ada apa2, cuma demam biasa sahaja..
bukan langsung tak boleh berjalan atau bercakap
boleh je..
ajak pergi makan durian pun boleh..
eehhhh.. durian?



orang demam tak elok makan durianlah!
ade? ade tak?
ade aku kesah?
ammmboiii.. berlagak ehh..
tapi serius nak pekena durian ni walaupun demam + tekak gatal..
owwhhh.. i need Breacol..

ufffff..
*hukhukhuk*
cough.cough.


pssstttttt :: nak pergi i-city.. siapa yang nak ajak@ teman? kita belanja bola2 eh! heeeee...

Asyraf Pemenang Imam Muda



Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.
Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi.
Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.
Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.

ppssstttt :: Alhamdulillah.. perbanyakkanlah acara sebegini.. memang baik untuk umat Islam.


Adik-Adik Baru!

home is the best place to be at..
tu kata orang la..
kata aku..
rumahku syurgaku..
tapi kadang2 bukanlah syurga...
hahahha..

sebenarnya ini entri rindukan kucing2 saya
dan nak balik rumah sebenarnya..
ada benda nak ambik kat rumah..
dan nak berpoya-poya dan bermalas-malasan di rumah..
sangat la seronok..
tapi bila lama sangat dekat rumah buhsan pulak kan?
hahaha..

oooo..
nih masa2 ketiadaan wang nih la kasut2 aku mula nak kopak..
ini boleh mengopakkan bapak aku pulak..
nasib baik kasut banyak boleh la tukar2 selagi belum dapat PTPTN lagi..
bila dah dapat nanti boleh la beli kan..
errmmm..

orang lain balik rumah
saya pun nak!


ppsssstttt :: tekak gatal! >.<

Friday, July 30, 2010

Tegang Perut!

hari rabu dari dekat kelas sampai dari pagi sampai petang..
sambung pulak ke malam asyik gelak aje..
ade je benda yang nak digelakkan..
sampai tegang semua urat perut..
siapa yang minum dan makan mau nak menyembur kan?
haha.

tengok la
cerita hari rabu hari jumaat baru nak cerita dekat sini
kelembapan internet semalam menjadi kekangan.

malam tu kami dijemput oleh kawan2 seperjuangan untuk jadi tetamu bagi kelas serving mereka..
owwhhh..
dengan niat mahu tolong kawan2 kami pun menuju ke Hotel UiTM malam tu untuk dinner special sebab dilayan oleh kawan2 sendiri..
masuk2 je dah tak tahan gelak sebab mereka kena skema dan buat ikut cara menyebabkan kami nak ketawa kuat2..
hahaha..

mula2 dengar menu je rasa macam tak best sebab gravy dia curry..
sebab kari kan dah selalu makan..
tapi bila rasa..
OMG! sedap okeh..
tak menyesal dan berbaloi bayar harga tu sebab dapat makan sedap!

:: manggo and prawn with lime sauce ::

:: brocoli soup dan roti n butter ::
*butter dia sedap rasa nank songlap bawa balik*

:: boneless chicken wif curry gravy ::

:: brownies cake ::

:: fruits ::

masa makan lagilah macam nak matik ketawa tak hengat dunia..
lecturer tu tengok je kami2 bertiga sebab suka sangat makan sambil gelak2 sakan..
sampai dia tanya classmate ke dekat kawan2 kami yang jadi waiter..

makan sedapp..
hati senang..
faz pulak buat lawak je..
kalu tak buat lawak pun terbuat..
dengan tak sengaja buat kami ketawa sampai senak perut nak makan lagi..

lepas tu buat sedih orang2 dapur dan waiter sebab kami tak habis makan
diorang tanya tak sedap ke sampai tak habis?
owwwhhh..
kawan2 sayang..
bukan tak sedap.. tapi kami ni tak boleh makan banyak sekaligus..
makan memang banyak tapi sikit2..
ini datang by course tapi kena la cepat jugak kan..
tu yang tak terabis tu..
bukan korang masak tak sedap..
tapi sebab perut dah senak..
hahahaha..

semua waiter bercakap tak gerak mulut pun
bagi menggelakkan lecturer nampak..
hahaha..
kami je cakap kuat dan terang siap buat2 lawak..

okeh2.
tak funny buat2 lawak.
eh tipu..
funny okeh..



pppstttttttt :: sem depan korang dah tak ada.. siapa pulak yang aku nak paksa datang untuk makan nih?

Saket - Saket...


tak tahulah apa punca nak sakit2 ni
semalam bersin2 ntah berapa ratus kali
satu malam bersin je dah nak tidur baru senyap..
hidung gatal..

hari ni tekak pulak perit 
dan badan muka tak sedap
mula la telan macam2 ubat bekalan dari kampung halaman..
cehh..
bukan ubat akar kayu maksud ubat dari kampung halaman tu
ubat doktor juga la..
selain ubat dari Melaka..
owwwhhh..

dan petang ni badan panas..
tekak gatal jadi batuk2 sikit dan pening2 lalat..
haish.. ntah la kenapa..
telan antibiotik + polaramies + panadol 2 biji terus tidur..
bangun je baru rasa lapar.. huaaaaa..
tadi tengahari makan bebola cucuk2 je..
itu pun rasa tak ada selera..

malam ni kena la keluar kalau nak makan
takkan mengharapkan maggi je dalam bilik ni..
haish!



pssstttttt :: harap2 orang tak ramailah malam ni.. tak larat nak tunggu lama2 dekat cafe tu.. huuuuu

Thursday, July 29, 2010

Sultan Brunei Ada 7000 Kereta!

BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, laporGTSpirit.com semalam.
Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).
Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
:: Porsche Carma ::
Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.
:: Koenigsegg Agera CC GT ::
Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. - Agensi

Sumber :: Kosmo! Online


psstttttt :: gilers la banyak sungguh kereta.. 5 hangar kapal terbang tu besar weh!! owwwwwhhhh... bertuahnya hidup.. =)

Wednesday, July 28, 2010

100 Angkasawan Hadir Pernikahan Angkasawan Negara!



PERSANDINGAN angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos bakal berlangsung pada 10 Oktober dengan berkonsepkan Istana Kayangan.


Ilham tersebut dicurahkan oleh perancang perkahwinan terkenal, Bill Bora yang bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti.

"Konsep perkahwinan tradisional dicampur dengan elemen angkasa lepas memberi ilham kepada saya untuk memilih konsep Istana Kayangan.

"Memandangkan tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

"Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri," ujarnya yang menganggap majlis ini bakal menjadi ‘wedding of the decade’.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Selain itu, Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan Association of Space Explorers pada 3 hingga 10 Oktober ini, maka peluang ini diambil bagi menunjukkan kepada tetamu dari luar negara tentang adat kebudayaan melayu di Malaysia.

Dr. Sheikh Muszaphar dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan persandingannya pula pada sebelah malamnya.

"Kelainannya ialah saya turut menyelitkan unsur sejarah melayu, di mana Dr. Sheikh Muszaphar sebagai anak melayu pertama ke angkasa lepas akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan melayu lama.

"Persembahan Istana Kayangan pula melambangkan angkasa lepas, bulan dan bintang. Pasangan mempelai pastinya bagai seorang pahlawan Melayu mengahwini puteri dari kayangan. Banyak lagi unsur-unsur yang akan saya selitkan dari segi pemakanan, persembahan artis dan instrumen muzik.

"Saya masih mencari unsur-unsur lain bagi mencantikan lagi majlis ini. Setakat ini semua perancangan dan idea saya telah dipersetujui oleh Dr. Sheikh Muszaphar, tapi ia masih lagi diperingkat awal," ujar publisis Bill Bora yang mengakui memikul tanggungjawab yang sangat besar bagi mencorakkan majlis ini.

Namun begitu anggaran perbelanjaan masih belum dapat dipastikan kerana lokasi majlis juga masih dalam perbincangan.

"Persidangan tersebut masih belum ditentukan tempatnya. Kalau boleh Dr. Sheikh Muszaphar mahu tempat tersebut berhampiran dengan tempat berlangsungnya kongres Angkasawan bagi memudahkan para jemputannya datang," ujarnya.

Bagaimana pun, tempat kongres itu masih belum ditentukan lagi.

Dalam pada itu, Bill turut memberitahu bahawa persiapan perlu dibuat dengan teliti memandangkan Datuk Sheikh Muzafar bukan sahaja selebriti di Malaysia malah angkasawan yang diakui di peringkat antarabangsa.





psssttttttttt :: macam mana boleh lupa ni? semalam birthday Dr. Sheikh Muszaphar Shukor la!

Tuesday, July 27, 2010

Martabat Seorang WANITA~




1)Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2)Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

3)Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4)Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya, akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

5)Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

6)Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7)Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan kasih sayang, Allah Swt akan pandang dengan penuh rahmat.

8)Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah Swt dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dari permata yakut.

9)Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah Swt akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah Swt memberinya 12tahun pahala ibadat. 

10)Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan 'Bismillah', akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11)Wanita yang menguli/ kamil tepung dengan 'Bismillah', AllahS.w.t akan berkatkan rezekinya.

12)Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

13) Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah S.w.t mengizinkannya memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

14) Pahala bagi wanita hamil seumpama berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari.

15) Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa, setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah S.w.t akan beri satu pahala haji.

16)Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.

17) Apabila seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala 1 tahun sembayang dan puasa.

18)Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa Syurga wajib bagi kamu.



psssttttt :: sejuk hati dengar segala ayat di atas kan? Allah sangat mengangkat darjat wanita.. 

Produk 3 in 1 berbahaya?

:: agak2 brand ape yg dia mozek2 tu eh? ::

Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini.
Sumber :: Kosmo! Online.

Apa yang bahaya? sebab ada bahan pengawet yang tinggi atau sebab pewarna atau sebab perasa? tak di nafikan 3 in 1 memang mudah dan menepati citarasa.. 
Lebih2 lagi jika anda pelajar. beli 3 in 1 mila atau nescafe atau apa2 jenama, masak air tuang je dalam cawan.. dah siap.. tak perlu nak bubuh gula sesudu.. susu sesudu kan?
ermmm.. tapi bila dah ada berita macam ni timbul risau juga.. 
risau2 pun minun juga,, heeeee... =)


pssssttttt :: nak berbuka apa ye hari ini?

Kegembiraan Baginya, Keperitan Bagiku..



manusia sebagai hamba di dunia ini memang tak pernah lepas dari ujian Allah
ada manusia yang memdapat ujian yang besar
ada manusia mendapat ujian yang kecil
bergantung betapa Allah menyanyangi hamba-hambaNya..

sesekali hamba yang lemah ini diuji dengan hebatnya
maka timbulah pelbagai tanggapan bahawa Allah tidak sayangkan mereka
mereka salah!
sebenarnya Allah amat sayangkan hamba-hambaNya..
malah, jika Allah uji kita bermakna Allah sedang menambahkan pahala kita..
kerana Allah mahu lihat jika Dia beri kita ujian yang sebegitu, adakah kita akan ingat kepadanya?

bukan Allah mahu menyusahkan hambanya..
malah Allah adalah pencipta yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang dan Maha Mengetahui..
jika begini Allah uji kita
ketahuilah bahawa Allahlah sebaik-baik perancang segala kejadian
semua yang terjadi adalah RAHMAT dariNya..

tidak dinafikan bahawa semasa kita diuji bahawa jiwa akan berantakan
hati tidak tenang
Allah mahu lihat kita samaada ingat padaNya atau tidak
jika kita ingat padaNya maka Allah akan berikan pahala yang mencurah..
Allah tak pernah lokek dalam pemberian pahala..
malah banyak perkara yang menjanjikan pahala namun kita masih alpa dan meninggalkannya...

saat jiwa dirudung malang
saat hati hebat di uji
hanya Allah yang mengetahui betapa jiwa ini kacau
bila diri dilihat seperti sampah
bila usaha tidak pernah diendah
maka hati terus terusan berduka..

lain yang kita rancang lain pula jadinya
ada yang menyalahkan takdir 
ada yang menerimanya..

tidak salah jika kita berusaha
tidak salah jika kita ikhtiar..
mengaharapkan suatu hari nanti segala ikhtiar kita berbaloi
Allah mahu hambanya usaha..
bukan hanya menerima..
namun jika semua ikhtiar itu tidak berjaya
ketauilah Allah memang mahukan kamu berada disitu..
melalui jalan itu..
dan kamu tidak pernah berseorangan..



pssttttt :: 15 Syaaban.. anda semua puasa tak?


Kelabihan Malam Nisfu Syaaban

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN
1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )
Penerangan Hadis
1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.
2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.

5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.
7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.
8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.
9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Monday, July 26, 2010

Hari-Hari Yang Diharamkan Berpuasa..




Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

  4. Hari Haid dan Nifas.

  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

    :: ehsan pakcik google ::



    pppssstttt :: saya last puasa hari ini.. yeah!

Sungguh Tak Disangka! Malaysia menang menentang Korea!

aku ni bukanlah suka sukan 
lebih2 lagi sukan bola sepak tapi bila Malaysia menang lawan dengan Korea Selatan memang agak terkejut dan tumpang bangga juga la..
hehehe..


SKUAD bola sepak kebangsaan membuktikan mereka kini wajar untuk terus digeruni apabila berjaya mengejutkan skuad Olimpik Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh pemain tengah Selangor, Safiq Rahim pada awal separuh masa kedua.
Perlawanan yang diadili pengadil ke Piala Dunia 2010, Subkhiddin Salleh itu bermula dalam keadaan hujan renyai sambil disaksikan 5,000 penonton kedua- dua negara.
Malaysia yang dibarisi pemain B-23 kecuali tiga pemain lebih umur, Sharbinee Allawee Ramli, S. Kunalan dan Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengimbangi kekuatan lawan yang dibarisi pemain B-21 pada separuh masa pertama.
Seawal minit keempat, Malaysia sudah menguji gawang Korea Selatan tetapi percubaan Nor- shahrul hasil hantaran Zaquan Adha Radzak dari sebelah kanan sedikit sipi.
Gawang Malaysia cemas seketika pada minit ke-10 apabila tandukan penyerang Korea Sela- tan, Park Hee-seong berpunca daripada sepakan sudut berjaya menggegarkan palang gol ketika Sharbinee sudah tertewas.
Selang dua minit kemudian, Malaysia sekali lagi mengancam, kali ini menerusi pemain sayap kanan, Ahmad Fakri Saarani yang memperdayakan seorang pertahanan Korea Selatan sebe- lum rembatannya tepat ke daka- pan Lee Bum-soo.
Selepas aksi rancak pada awal permainan itu, kedua-dua pasukan sekadar bertukar serangan tanpa sebarang gerakan bahaya untuk menghasilkan gol.
Namun pada minit ke-40, Korea Selatan hampir memecah kebuntuan tetapi sepakan percuma pemain pertahanan, Park Hyung -Jin sekadar menggegar palang.
Sebaik babak kedua bermula, jurulatih kebangsaan, K. Rajago- bal tidak melakukan sebarang pertukaran dan Malaysia hanya memerlukan lima minit untuk mendahului lawan.

Gol pertama Malaysia diperoleh pada minit ke-50 menerusi rembatan Safiq selepas sepakan percuma yang diambilnya sebelum itu gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Korea Selatan.
Korea Selatan yang seakan tersentak dengan jaringan itu mula bangkit mengatur serangan tetapi masih gagal menembusi kekebalan benteng pertaha- nan yang diterajui ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Sabre Mat Abu dan Asraruddin Putra Omar.
Rajagobal melakukan enam pertukaran dengan memasukkan Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri, Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali dan Azmi Muslim menggantikan Norshahrul, Fakri, Nasriq, Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Asraruddin.

Sumber :: Kosmo! Online.


pssssttttt :: Boleh tahan juga Malaysia kan? ermmm..bukan Korea Selatan masuk FIFA ke haritu? penat sangat main kot sampai boleh kalah dengan Malaysia.. hikhik.. jangan jadi jahat pikiran boleh? ini adalah hasil kerja keras Malaysia! Malaysia Boleh!